The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 3 - KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL & PENYELIAAN BIMBINGAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by effendijazz82, 2020-05-07 10:18:30

MODUL 3 - KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL & PENYELIAAN BIMBINGAN

MODUL 3 - KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL & PENYELIAAN BIMBINGAN

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

TUGASAN e-NPQEL
APRIL 2020
MODUL 3

KEPIMPINAN INSTRUKSIOANL
BIMBINGAN DAN PENYELIAAN

NAMA :
MUHAMMAD EFFENDI BIN ZAINOL ABIDIN

AMBILAN :
SRUT 4 / 2020

1

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

TUGASAN :
Buat REFLEKSI daripada pembacaan anda dengan menggunakan sekurang-
kurangnya DUA Standard Kompetensi (Menyelesaikan Masalah, Memimpin
Perubahan, Memimpin Pembelajaran dan Membangun Kapasiti) bagi tema-tema
berikut :
i. Kepimpinan Instruksional
ii. Coaching and Supervision

2

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

i) KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Konsep Kepemimpinan Instruksional

Kepemimpinan instruksional merujuk kepada satu entiti yang berbeza daripada
urusan rutin pentadbiran di sekolah tetapi yang berkait rapat dengan pengurusan
pentadbir dalam penyediaan tugas guru di kelas dan pemantauan kemajuan murid,
(Sheppard,1996)

Selain itu, Drake & Roe (1986) pula mendefinisikan kepemimpinan
instruksional sebagai sebarang usaha ke arah menggalakkan dan menyokong pihak-
pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai
matlamat sekolah dan pembentukan satu sistem sosial sekolah yang kukuh..
Pemimpin organisasi perlu memahami cara untuk memupuk kesediaan ini supaya
pekerja akan lebih komited terhadap perubahan yang dilaksanakan.

Model Kepemimpinan Instruksional

Terdapat tiga model utama yang berkait rapat dengan kepemimpinan instruksional
iaitu Model Alig-Mielcarek (2003), Model Hallinger (2000) dan Model Weber (1996).
Walaubagaimanapun, antara model yang boleh dijadikan panduan oleh pengetua
atau guru besar adalah Model Alig-Mielcarek (2003). Model yang menarik perhatian
saya untuk dibincangkan adalah Model Alig-Mielcarek(2003)

Model Alig-Mielcarek (2003)

Model Alig-Mielcarek (2003) telah ditambahbaik modelnya berdasarkan kepada model
kepemimpinan instruksional yang diambil dari kerangka kepemimpinan instruksional
Hallinger & Murphy (1985), kerangka kepemimpinan instruksional Murphy (1990), dan
kerangka kepemimpinan instruksional Weber (1996).

Model ini menjelaskan bahawa seorang pemimpin perlu mengenal pasti dan
menyebar matlamat bersama-sama, mengawal dan memberi maklum balas terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan pembangunan profesional

3

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

sekolah secara meluas. Dalam dimensi ini, pembentukan visi dan misi ialah asas
kepada pembentukan matlamat bersama-sama dan menjalin segala usaha di sekolah.
Penetapan visi dan misi sekolah merupakan tanggungjawab pengetua untuk
mencapai matlamat sekolah tersebut. Perkongsian visi dan misi sekolah dengan
kerap, baik secara rasmi dan tidak rasmi kepada ibu bapa dan masyarakat setempat
membolehkan visi dan misi ini difahami dan dihayati dan dicapai sepenuhnya. Oleh
itu, setelah pengetua dan guru besar merangka matlamat maka guru perlu
menyampaikan matlamat itu melalui segala aktiviti yang berlangsung di sekolah.

Sub dimensi mengenal pasti dan menyebar matlamat bersama-sama merupakan
elemen utama dalam model ini. Seorang pemimpin dikehendaki bekerjasama secara
kolaboratif dengan staf untuk mengenal pasti dan menjelaskan matlamat sekolah.
Matlamat ini dijadikan panduan untuk membuat keputusan organisasi, menentukan
amalan pengajaran, pembelian bahan kurikulum, dan membina sasaran untuk
peningkatan akademik mahupun prestasi organisasi secara keseluruhan.

Sub dimensi mengawal dan memberi maklum balas terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran menjelaskan bahawa aktiviti yang dilakukan oleh pemimpin
instruksional dalam bidang akademik. Hal ini termasuklah keberadaan pemimpin di
sekolah, perbincangan antara pengetua dengan guru, memberi pujian dan maklum
balas kepada guru dan murid dan komuniti dalam hal prestasi akademik dan akhirnya
memastikan waktu pengajaran di sekolah tidak terganggu.

Akhirnya, dalam sub dimensi mewujudkan pembangunan profesional sekolah secara
meluas menerangkan bahawa amalan yang konsisten terhadap pembelajaran perlu
dilakukan sepanjang hayat. Pemimpin instruksional meminta guru menyelia,
memantau dan menilai pencapaian murid berdasarkan analisis data, menyediakan
pembangunan profesional yang sejajar dengan matlamat sekolah, dan menyediakan
bahan serta sumber guru. Aspek penting dalam model ini ialah penekanan terhadap
data oleh pemimpin sekolah untuk melakukan analisis prestasi murid.

4

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

REFLEKSI

Kepimpinan instruksional adalah merupakan satu amalan yang biasa
diamalkan oleh guru besar. Ini kerana ianya menekankan kepada peranan pemimpin
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah. Ia juga
adalah satu usaha menambah baik dan memberi fokus dalam proses yang melibatkan
bidang pendidikan di sekolah. Konsep kepimpinan instruksional itu seterusnya
menjurus kepada perubahan berkaitan dengan sekolah berkesan yang mana ianya
selaras dengan perkembangan pendidikan yang semakin mencabar dan meluas.

Sebagai seorang pemimpin yang akan memacu sekolah, perlu difahami
apakah yang dikatakan sebagai pemimpin instruksional. Bagaimanakah untuk
menjadi pemimpin instruksional yang berjaya?. Dalam memacu sesebuah sekolah ke
arah mencapai misi dan visi, sebagai bakal guru besar, saya perlu sedar bahawa
perubahan perlu dilakukan dan ianya mestilah dilakukan oleh diri saya sendiri terlebih
dahulu. Dan saya juga perlu sedar bahawa setiap perubahan yang akan dilakukan,
pasti akan adanya halangan yang akan wujud. Tidak kira samada halangan itu
datangnya dari faktor dalaman mahupun dari faktor luaran. Dalam menangkis dan
melalui halangan-halangan yang bakal ditempuhi, saya sedar bahawa ilmu
pengetahuan dan pengalaman adalah sesuatu yang sangat penting.

Memimpin perubahan adalah salah satu standard kompetensi yang perlu ada
dalam kejayaan seseorang pemimpin instruksional yang baik. Sebenarnya, jika ingin
dibandingkan dengan apa yang difahami dan dibaca berbanding dengan apa yang
sedang dan telah saya lakukan, masih banyak perkara yang saya rasakan perlu
diperbaiki dalam menuju ke arah pempimpin instruksional yang baik. Sebagai contoh,
saya tidak pernah menyatakan secara jelas kepada rakan-rakan guru di bawah saya
berkaitan dengan misi dan visi yang hendak dicapai. Ini akan menimbulkan beberapa
konflik dan seterusnya akan membuatkan sesuatu perubahan yang ingin dilakukan itu
tidak mencapai apa yang dikehendaki. Apa yang diminta untuk dilaksanakan, guru-
guru hanya sekadar melaksanakan arahan tanpa sebarang matlamat dan hala tuju.
Halangan yang besar dapat saya nyatakan adalah daripada beberapa kalangan rakan
guru yang mana berada dalam keadaan zon selesa. Ini adalah sesuatu perkara yang
biasa wujud di dalam mana-mana pentadbiran dan pengurusan sekolah. Perihal ini
terjadi berkemungkinan dari pemikiran guru-guru ini bahawa mereka lebih

5

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

berpengalaman dari saya. Ini disebabkan oleh jarak umur yang jauh berbeza dan
mereka ini boleh dikategorikan sebagai guru yang berpengalaman. Guru-guru tidak
sedar bahawa tanggungjawab mentadbir sekolah dan membangunkan sumber
manusia dalah tanggungjawab bersama dan bukannya hanya tanggungjawab
pentadbir sahaja.

Oleh itu, saya merasakan bahawa dalam menjadikan diri sebagai pemimpin
instruksional yang baik, saya perlu memastikan bahawa peranan pemimpin dalam
organisasi adalah membantu mewujudkan iklim sosial yang baik, membantu
kumpulan untuk mengorganisasikan diri, membantu kumpulan dalam menetapkan
prosedur kerja, mengambil tanggungjawab untuk menetapkan keputusan bersama
dengan kumpulan, memberi peluang kepada kumpulan untuk belajar dari
pengalaman. Selain itu juga, saya merasakan bahawa secara formalnya, pentadbir
sekolah adalah pemimpin keseluruhan sehingga pentadbir sekolah harus memahami
fungsi kedudukan, membawa perubahan yang signifikan dalam mewujudkan visi dan
misi, menetapkan dasar dan matlamat yang hendak dicapai, mempengaruhi,
mendorong, mengajak, memimpin dan menggerakkan seluruh anggota organisasi
untuk mencapai matlamat yang telah disepakati bersama. Di antara kepimpinan dan
pengurusan tidak dapat dipisahkan. Pemimpin dalam mengurus atau menguruskan
sekolah adalah mengatur agar seluruh potensi sekolah berfungsi secara optimum
dalam menyokong pencapaian matlamat sekolah. Pentadbir sekolah mempunyai
tugas merencanakan, mengorganisasikan, menyelia, dan menilai,
seluruh kegiatan pendidikan di sekolah. Perlu juga diingatkan bahawa peranan
pemimpin sekolah juga termasuk mengurus proses belajar mengajar,menganggarkan
dan memperuntukkan sumber kewangan, mengurus pentadbiran sekolah, mengurus
pengurusan asset serta mengurus hubungan dengan masyarakat diluar sana.

Penyelesaian masalah juga merupakan salah satu kompetensi yang penting
dalam menjadikan kepimpinan instruksional itu berjaya. Dari sudut penyelesaian
masalah, saya menyedari bahawa apa yang difahami oleh saya hasil dari bacaan
adalah tidak dilaksanakan sebagaimana di sekolah. Ini kerana kebanyakkan masalah
yang wujud hanya diselesaikan dengan cara sendiri yang mana ianya tidak ada proses
tindakan lanjut sebagaimana yang difahami iaitu dengan menggunakan kaedah
penyelesaian yang betul. Ini adalah kelemahan yang harus saya akui dalam membuat

6

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

penyelesaian masalah. Antara kelemahan yang dapat saya kenalpasti adalah dari
segi pengurusan data dan maklumat. Pengurusan data dan maklumat adalah salah
satu elemen yang penting dalam menyelesaikan masalah kerana setiap masalah akan
dapt dikenalpasti dengan data yang diperoleh. Kelemahan lain yang dapat saya
nyatakan adalah sari segi pengurusan masalah itu sendiri. Saya beranggapan
bahawa setiap masalah yang hadir itu adalah merupakan sesuatu perkara yang buruk.
Dan hasil dari pemahaman inilah, sebagai menyediakan diri saya seorang pemimpin
instruksional yang berjaya, saya dapat memahami bahawa masalah yang wujud itu
haruslah ditukar menjadi kepada satu peluang dan ruang untuk kita menambahbaik
apa yang dilakukan untuk manfaat di masa hadapan. Saya juga perlu memastikan
bahawa setiap maslah itu dapat saya kawal dengan baik dan tidak mewujudkan
sesuatu keadaan yang akan menjadi lebih buruk.

Dalam mendepani cabaran di masa hadapan, untuk menjadikan seseorang
pemimpin instruksional yang berjaya memimpin sebuah organisasi ke arah yang lebih
hebat, banyak lagi ilmu yang perlu saya cari dan pelajari. Secara keseluruhannya,
saya perlu memainkan peranan yang sebetulnya dengan berani melakukan
perubahan dengan cara dan kaedah yang betul serta menyelesaikan masalah dengan
secara bijak dan teratur. Ini akan menjadikan organisasi saya dapat bergerak
sebagaimana misi dan visi yang hendak dicapai.

7

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

ii. COACHING AND SUPERVISING

PENYELIAAN (SUPERVISING)
Glickman (1990) juga menyatakan bahawa penyeliaan pengajaran ialah

sejenis penyeliaan yang dinamik dalam proses pendidikan yang bertujuan untuk
meningkatkan mutu pengajaran. Dalam erti kata lain, setiap penyeliaan perlu
membawa perubahan yang positif untuk meningkatkan mutu pengajaran seseorang
guru.

Menurut (Harris, 1998; Holland, 1998; Zepeda, 2007; Abdul Rahman Abdul
Majid, 2010; Shukri Zain, 2011; Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi, 2011)
pula, penyeliaan adalah satu kaedah dan teknik untuk meningkatkan pengajaran dan
seterusnya meningkatkan pembelajaran pelajar menggunakan pendekatan yang
pelbagai dan sistematik. Penyeliaan dapat membantu guru menyelaraskan aktiviti
pengajaran dan merangsang guru untuk mencapai prestasi kerjaya cemerlang serta
dapat memperkembangkan potensi diri seseorang guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan ‘Surat Pekeliling
Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1987 yang bertajuk Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran di
dalam Kelas oleh Pengetua dan Guru Besar’ (KPM, 1987). Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 3/1987 merupakan arahan pelaksanaan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran
guru di bilik darjah oleh pengetua sekolah dan diperingatkan bahawa penyeliaan
pengajaran di bilik darjah adalah satu tugasan yang penting.

Surat ini memberi panduan pada aspek-aspek dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang patut diselia. Surat ini menekankan bahawa pencerapan terhadap
pengajaran dan pembelajaran guru adalah tanggungjawab pengetua sepenuhnya.
Namun, beban tugas pengetua yang semakin berat ditambah pula kepelbagaian tugas
pengetua turut menimbulkan kekangan masa untuk melakukan tugas pencerapan
maka tugas penyeliaan boleh diwakilkan kepada penolong-penolong kanan, penyelia
petang, ketua jabatan atau ketua bidang.

Namun demikian, tidak dinafikan bahawa penyeliaan pengajaran guru di bilik
darjah merupakan agenda utama dalam pengurusan dan penyeliaan kurikulum
sekolah. Sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh
seorang guru besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang (Horng & Loeb,

8

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

2010). Dengan keupayaan mereka menggembleng seluruh tenaga guru dan pelajar-
pelajar diyakini matlamat menjadikan sekolah cemerlang akan dapat dicapai. Salah
satu tumpuan pengetua dan guru besar ialah meningkatkan tahap kualiti pengajaran
guru agar menjadikan sekolah sebagai pusat kecemerlangan dalam penyebaran ilmu
pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran serta pembentukan
keperibadian pelajar.

Kajian McKean dan Mills (1964) menjelaskan bahawa tugas penyeliaan adalah
untuk mengajar guru atau membimbing guru cara mengajar yang berkaitan dengan
kurikulum dan bentuknya meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Dapatan kajian ini sama dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Robiah Sidin
(1988) dan Ibrahim Mamat (1993) yang menyatakan bahawa penyeliaan bermakna
memberikan bimbingan kepada para guru untuk berkembang, meningkatkan dan
mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka.

Pemantauan dan penyeliaan hendaklah dilaksanakan secara sistematik
berlandaskan bidang keprofesionalisme terhadap guru dan bukannya semata-mata
mencari kesalahan mereka. Dan ianya perlulah secara konsisten, berfokus serta
menggunakan instrumen yang bersistematik bagi memastikan status keberkesanan
aktiviti yang dijalankan.

BIMBINGAN (COACHING)

Bimbingan ialah proses membantu individu membuat keputusan yang penting
dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya, (Gladding , 2000) Menurut
Suradi 1997 , pula mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu
memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan
kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada denga sepenuhnya. Bimbingan
(Coaching) dijalankan adalah untuk memberi peluang mengadakan intervensi awalan
dan proaktif demi meningkatkan prestasi kerja.

Seorang individu yang membantu individu lain untuk berusaha berterusan
dalam meningkatkan kompetensi/prestasi kerja dinamakan sebagai Coach. Coach
tidak memberikan ilmu, sebaliknya membina kesedaran coachee tentang kemahiran,

9

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

pengetahuan dan kepakaran mereka sendiri. Tugas Coach adalah untuk memudah
cara coachee untuk meningkatkan pembelajaran. Selain itu, Coach juga bertindak
memotivasikan dan membimbing coachee untuk menggunakan kemahiran,
pengetahuan dan kepakaran yang ada pada mereka untuk merealisasikan apa yang
mereka mahu. Coach akan membantu bagi mengeluarkan kepakaran dan resos yang
sedia ada dalam diri coachee. Mereka boleh memilih arah mereka sendiri dan jalan
terbaik untuk meningkatkan prestasi. Misi seseorang coach adalah untuk mencabar
pemikiran coachee supaya berfikir dengan serius untuk menghuraikan kekusutan
dalam pemikiran mereka dan seterusnya menemui jalan yang menuju kepada
longgokkan idea dan jalan penyelesaian.

Dalam melaksanakan bimbingan, seseorang Coach itu perlu ada kemahiran
dalam bimbingan supaya apa yang dilakukan mencapai kehendak dan matlamat yang
sebenar. Kemahiran-kemahiran yang perlu ada adalah seperti berikut :

• Membina kepercayaan, kerahsiaan and rasa hormat.
• Temu bual konteks :

o Pendengaran aktif
o Penyoalan reflektif
• Penetapan matlamat (goal setting)
o GROW
o KPI
• Memerhatikan dan memerihalkan praktis
• Memberi maklum balas berkesan

10

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

REFLEKSI

Proses bimbingan dan penyeliaan adalah salah satu tanggungjawab penting
bagi seseorang Guru Besar mahupun GPK dalam memastikan kejayaan dan
pelaksanaan kurikulum di sekolah. Proses bimbingan dan penyeliaan ini penting
dalam membentuk sikap positif guru-guru dalam meningkatkan prestasi dan
kemenjadian pelajar mereka. Melalui bimbingan dan penyeliaan juga, ianya akan
dapat membawa satu haluan kepada semua warga sekolah bagi mendacai misi dan
visi yang dikehendaki.

Berdasarkan hasil bacaan dan pemahaman saya, memang tidak dinafikan
bahawa bimbingan dan penyeliaan ini adalah satu faktor yang besar dalam
membentuk sebuah organisasi yang cemerlang. Di sekolah saya, proses bimbingan
dan penyeliaan ini sememangnya berlaku. Namun, ianya tidaklah seperti apa yang
dinyatakan secara teorinya. Ini berkemungkinan terdapat beberapa kekangan yang
berlaku. Antaranya kekangan dari segi masa pihak pentadbir yang terlalu banyak
dengan pelbagai tugasan yang lain. Selain itu, dapat saya simpulkan juga kekangan
dari segi ilmu bimbingan itu sendiri. Selain daripada kekangan dari pihak pentadbir,
saya juga dapat mengenalpasti terdapat kekangan dan halangan dari pihak guru-guru
juga. Ini disebabkan hampir sebahagian guru-guru di sekolah saya tinggal berjauhan
dari sekolah. Dan ini menjadi satu alasan yang kuat bagi mereka untuk tidak dapat
hadir apabila ingin melaksanakan program bimbingan.

Sebagai seorang yang bakal menjadi pemimpin, saya dapat mengenalpasti
dua standard kompetensi yang boleh saya kaitkan dan dibuat rujukan. Memimpin
Pembelajaran adalah salah satu standard kompetensi yang boleh saya kaitan dalam
proses bimbingan dan penyeliaan. Dalam membawa perubahan, perkara yang utama
sekali perlu dilakukan oleh guru besar adalah membawa perubahan belajar itu sendiri
ke dalam diri mereka. Ianya bukan sahaja hanya kepada guru-guru di sekolah sahaja
yang perlu belajar berubah. Selain itu, bagi agenda pembelajaran murid, saya
berpandangan bahawa peluang hendaklan dibuka seluas-luasnya untuk murid dapat
berinteraksi dengan pemimpin sekolah itu sendiri dan gurunya terutama merujuk
kepada kandungan pembelajaran murid. Hasil pembelajaran murid, dilihat daripada
outcome interaksi itu, bergantung kepada bagaimana guru menyampai kurikulum,
merekabentuk tugasan akademik, dan bagaimana murid melibatkan diri dalam

11

MODUL 3: KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL& BIMBINGAN PENYELIAAN

melaksanakan tugasan. Ini akan mewujudkan perasaan hormat menghormati di
kalangan pelajar dan mengajar mereka bagaimana untuk bergaul sesama mereka.

Selain itu, dalam meningkatkan proses bimbingan dan penyeliaan ini,
kompetensi yang boleh saya kaitkan adalah membangun kapasiti. Membangun
kapasiti adalah merupakan satu standard kompetensi yang penting dalam membentuk
dan mencapai matlamat yang dikehendaki. Apa yang dapat saya perhatikan didalam
organisasi saya, proses ini tidak menjadi keutamaan terutamanya dalam proses
bimbingan dan penyeliaan. Pihak pentadbir hanya menjalankan penyeliaan
berdasarkan kepada instrument SKPMg2 (Standard 4) yang mana diakui pentadbir
sendiri kurang mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahuan yang berkenaan.

Dari sini, dapat saya nyatakan bahawa kepentingan dalam memberi latihan
kepada semua warga sekolah berkaitan dengan skop tugasan yang mereka
laksanakan. Antara aktiviti yang saya rasa perlu dilaksanakan di sekolah saya dalam
membantu meningkatkan kemahiran dan kecekapan warga sekolah adalah program
motivasi. Selain itu, program LADAP perlu dilakukan dengan lebih berkesan agar
dapat membantu guru-guru dalam meningkatkan kemahiran-kemahiran yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, dalam menjalankan proses bimbingan dan penyeliaan
yang berkesan, saya merasakan bahawa seseorang pemimpin itu perlu mempunyai
kemahiran dalam mengurus dan memimpin sesebuah organisasi pendidikan yang
sering berdepan dengan halangan yang rumit. Ini dapat diupayakan dengan bantuan
pembimbing bagi meningkatkan prestasi kepimpinan mereka bagi menghadapi
cabaran yang pelbagai serta mempunyai kepakaran dalam bidang pengetahuan dan
kemahiran bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran dalam pendidikan.

12


Click to View FlipBook Version