The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERAN BERTEMA SIRI 1
TAHUN BARU CINA
TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syahirahmahat96, 2022-01-23 23:59:13

PAMERAN BERTEMA : TAHUN BARU CINA 2022

PAMERAN BERTEMA SIRI 1
TAHUN BARU CINA
TAHUN 2022

PAMERAN BERTEMA

TAHUN BARU CINA

May the coming New Year bring you joy, love,
and peace.

Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana
seekor makhluk ganas bernama "Nian" membuat huru hara di

Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam
ketakutan dan kesengsaraan.

Mereka mencari ikthiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya,
mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan

reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga
api siang dan malam.

Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan
tahun baru menurut kalendar mereka. Orang Cina percaya ada
12 binatang yang menaungi kalendar iaitu tikus, lembu, harimau,
arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing
dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya

yang tersendiri.

Tahun Baru Cina 2022 merupakan Tahun
Harimau. Tahun Baru Cina jatuh pada 1 Februari

2022.

MALAM TAHUN BARU CINA

Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga sama ada
dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa
untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya ikatan

kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat
harmoni.

UCAPAN TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap
dengan kuat, yang dikenali sebagai "ungkapan
pembawa tuah".

恭喜發財


Gong Xi Fa Cai

(Tahniah dan semoga mendapat rezeki)

新年快乐


Xi Nian Kuai Le

(Selamat Tahun Baru)

PAKAIAN
TADISIONAL

PAKAIAN

Mereka percaya warna merah membawa tuah dan
kecemerlangan dalam hidup. Nasib akan ditimpa malang
sekiranya mereka memakai pakaian berwarna hitam atau

warna gelap.
Pakaian tradisional masyarakat Cina dikenali sebagai

Samfoo, Hanfu dan Cheongsam.

1.SAMFOO

Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar'
dalam bahasa dialek Kantonis. Samfoo

dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar dan
terbelah di depan dan berkolar tinggi serta

dipakai bersama seluar longgar. Pakaian ini
diperbuat daripada kain lembut seperti kain

sutera.

2. HANFU

Han Cina pakaian, atau Hanfu (“Busana dari
orang Han”) merujuk kepada pra- abad ke-17

pakaian tradisional dari China Han, yang
dominan dari kelompok etnik China. Hanfu
telah membentuk gaya kostum tradisional dari
banyak negara- negara Asia. Beberapa negara
seperti Vietnam, yang baik atau pengikut
negara atau di bawah penjajahan China
sebelum 1884, pakaian tradisionalnya sama

dengan Hanfu.

3. CHEONGSAM

Pakaian ini dipakai oleh wanita
berketurunan Cina. Biasanya dipakai
pada upacara-upacara tertentu seperti
majlis perkahwinan dan semasa Tahun

Baru Cina. Pakaian ini selalunya
diperbuat daripada kain suera, satin dan

lain-lain jenis kain yang lembut.

AMALAN TAHUN
BARU CINA

ANG PAU

Ang Pau atau sampul merah diedarkan sepanjang
Tahun Baru Cina oleh pasangan suami isteri atau orang

tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin.




Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi
sampul merah ini kepada kanak-kanak.

TARIAN SINGA

Tarian Singa adalah sebahagian daripada
tradisional dalam masyarakat Cina. Penari meniru
pergerakan singa dengan menggunakan kostum
singa. Kostum ini dimainkan oleh dua penari iaitu

seorang memainkan bahagian hadapan dengan
menggerakkan kepala singa. Mankala seorang lain
penari akan memainkan bahagian belakang kostum

singa tersebut.

TARIAN NAGA

Tarian Naga dikuasai oleh sekulumpulan penari yang ramai.
Seramai 15 - 20 orang penari terlibat dengan tarian naga
bergantung kepada saiz naga.

Sebiji bola akan diambil dan dimainkan oleh salah seorang
penari untuk mengarahkan perjalanan atau pergerkan naga.

CHAP GOH MEI

Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan pertama
kalender China. Hari itu juga dikenali sebagai "Pesta Lampu"
atau "Festivel Tanglung". Lampu-lampu akan dinyalakan pada

waktu malam sebagai aktiviti utama pada perayaan itu.

MAKANAN WAJIB HIDANG
SEMASA TAHUN BARU CINA

YEE SANG

Yee Sang yang merupakan antara
hidangan tradisi dan popular Tahun Baru.

Yee Sang disajikan sebagai hidangan
pembuka selera sebagai simbol

penyatuan dan lambang kemurahan
rezeki.

LIMAU MANDARIN

Amalan memberi buah limau mandarin merupakan simbolik
kepada memberi tuah. Limau Mandarin yang dipanggil 'kam'

dalam bahasa Kantonis membawa maksud emas. Ia
merupakan kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana

melambangkan limpahan kekayaan.

LADU

Ladu Cina merupakan sebahagian daripada
sajian wajib Tahun Baru Cina. Ladu Cina

merupakan simbol kekayaan. Hal ini kerana
bentuk ladu adalah sama seperti wang emas

Cina yang berbentuk seperti bot kecil.
Menurut kepercayaan, lebih banyak ladu
yang dimakan semasa sambutan Tahun Baru
Cina, lebih banyak wang yang anda akan

jana sepanjang tahun.

BEBOLA PULUT MANIS

汤圆Bebola pulut manis atau Tāngyuán ( )

lazimnya dihidangkan semasa Pesta Tanglung
tetapi di selatan China, bebola pulut manis
dimakan semasa Tahun Baru Cina.

Sebutan dan bentuk bebola pulut ini seringkali
dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan yang
erat dan kesatuan. Oleh sebab itulah hidangan
ini merupakan hidangan wajib semasa jamuan

makan malam.

PULUT

Kek Pulut atau Nian Gao merupakan sajian
tradisional wajib setiap kali Tahun Baru Cina .
Nian Gao ialah homonim yang merujuk pada

frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’.
Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan
malam adalah cukup penting bagi golongan
peniaga kerana hidangan ini menandakan
peningkatan dan pengembangan perniagaan
mereka ataupun terdapat peningkatan dalam

kehidupan mereka.

HIASAN
TAHUN
BARU CINA

TANGLUNG

Tanglung merupakan sejenis alat
pelindung yang melindungi lilin dari
tiupan angin ketika berjalan pada waktu

malam.
Tanglung merupakan salah satu benda
penting dalam kebudayaan Cina dan

telah menajdi salah satu unsur
kebudayaan Cina.

Tanglung digunakan pada

KALIGRAFI

Poster Kaligrafi Cina memaparkan
peribahasa Cina.

JONGKONG YUANBAO

Yuanbao emas melambangkan wang dan kemewahan.
Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan
pertukaran piawaian di China zaman silam.

HIASAN BUNGA

Pokok duit Pokok Jade
Lucky bamboo

SELAMAT TAHUN BARU CINA
2022

DARIPADA :
PUSAT SUMBER SEKOLAH

SK PAROI


Click to View FlipBook Version