The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgufatinssemkl, 2022-03-23 21:28:09

SENI TARI TING 2 SSeM

SENI TARI TING 2 SSeM

UNIT 5 SEKILAS FAKTA Etnik Kadazan Penampang
khususnya dan etnik lain
Sumazau ritual ditarikan di Sabah umumnya telah
oleh Bobohizan dengan mengadaptasikan gerakan
iringan paluan muzik asas daripada aksi dalam
Sumazau Penampang
yang dikenali sebagai ritual tersebut untuk dijadikan
sompogogunan. bahan koreografi khususnya
Tujuannya adalah untuk tarian Sumazau (Penampang) yang
menandakan interaksi telah berkembang dan dijadikan tarian
antara manusia keramaian.
dengan Dalam konteks perayaan keramaian
semangat alam masyarakat Kadazandusun, tarian
spiritual bagi yang diiringi muzik berkumpulan
menunjukkan wujudnya yang menggunakan gong merupakan
perdamaian antara gambaran kegembiraan. Tarian Sumazau
mereka. (Penampang) daripada etnik Kadazandusun
tidak semestinya melibatkan penari lelaki
Sumber: Seni Persembahan dan wanita menari bersama-sama, tetapi
Sebagai Perkakasan Ritual boleh melibatkan tiga atau lebih penari
Pengubatan: Paluan Gendang wanita atau lelaki pada satu-satu masa
dan Tari Sumazau dalam yang sama.
Ritual Monogit oleh Kadazan
Penampang di Sabah ditulis Penari bergerak Penari bergerak
oleh Hanafi Hussin. membuat pola lantai keluar dari pentas.
dengan ragam tari
Muzik dimainkan tarian Sumazau. Muzik diakhiri
terlebih dahulu. dengan bunyi
Setelah tamat perlahan setelah
Penari masuk persembahan, penari telah
ke tengah pentas penari memberikan keluar dari pentas.
selepas tanda tanda hormat kepada
isyarat pangkis penonton sebelum
diberikan. keluar dari pentas.

MASUK RAGAM KELUAR
PANGGUNG TARI PANGGUNG

Rajah 5.2 Struktur persembahan tarian Sumazau (Penampang).

94

A. ALAT MUZIK TARIAN SUMAZAU (PENAMPANG) SEKILAS FAKTA

Rajah di bawah menunjukkan alat muzik tarian Sumazau Lagu untuk tarian
(Penampang) bagi masyarakat Kadazandusun. Sumazau dikenali
sebagai Sumazau.
GONG 1 Kadang-kadang
perkataan magagung
Sasalakan (bermakna memalu
Sasalakan merupakan gong paling kecil gong) atau frasa
yang terdapat dalam alat muzik ini. Ketika magagungsumazau dan
persembahan, gong ini bertingkah dengan kata nama pogagungan
gendang melalui pukulan yang laju. digunakan. Muzik
Sumazau terdiri
GONG 2 daripada bahagian
rentak irama yang
Nananangon bermula dengan
Nananangon merupakan gong yang mempunyai gendang dan diikuti
saiz lebih besar berbanding dengan sasalakan. oleh sasalakan, dan
Gong ini mempunyai ritma yang paling sukar kemudian diakhiri
untuk dimainkan. dengan tatavag.

Sumber: Muzik Malaysia:
Tradisi Klasik, Rakyat dan
Sinkretik ditulis oleh Patricia
Matusky dan Tan Sooi Beng
(2012).

GONG 3 UNIT 5

Hahambatan
Gong ini dipukul berterusan satu demi satu
sepanjang lagu.

GONG 4

Hohotukon
Cara bermain gong ini adalah seperti bunyi ketukan.

GONG 5

Kukulimpoon
Gong ini digunakan untuk tanda berhenti.

GONG 6

Tatavag
Gong ini dinamakan sebagai tatavag yang bermaksud “Besar”.

Rajah 5.3 Alat muzik tarian Sumazau (Penampang).

95

Zon Aktiviti B. TEKNIK PERGERAKAN
Tarian Sumazau ditarikan oleh penari lelaki dan wanita
Dengan menggunakan secara berhadapan, bulatan dan barisan memanjang. Tarian
pelbagai sumber tersebut ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke
seperti Internet, cari paras bahu mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan
maklumat tentang perlahan-lahan dan lemah lembut bersama-sama iringan
lagu lain yang sesuai paluan gong daripada pelbagai ukuran dan satu gendang
untuk mengiringi tarian dengan rentak yang khusus. Penari akan menggerak-gerakkan
Sumazau. kaki dengan langkah yang kecil, sementara tumit kaki diangkat
dan diturunkan mengikut paluan gong. Terdapat dua
pergerakan asas yang boleh dilakukan secara berselang-seli
mengikut kehendak dan urutan yang disusun oleh koreografer.

Pada permulaan gerak, penari akan mengalihkan berat
badan dari kaki kiri ke kaki kanan dengan cara menghenjut
sambil mengayunkan tangan di sisi mengikut lagu. Apabila
penari lelaki memberikan isyarat pangkis, semua penari
akan menyambung tarian dengan pergerakan yang kedua,
iaitu menghenjutkan kaki sambil mendepakan kedua-dua
tangan mereka.

UNIT 5 tangan

Lelaki Wanita
• Mengayunkan tangan di sisi ke hadapan dan • Mengayunkan tangan di sisi ke hadapan dan
ke belakang pada paras sederhana mengikut ke belakang pada paras sederhana mengikut
tempo lagu. tempo lagu.
• Aras depaan tangan penari lelaki perlu pada • Aras depaan tangan penari wanita pula agak
paras bahu berbanding dengan depaan tangan sedikit rendah daripada penari lelaki, iaitu pada
penari wanita. aras bawah ketiak.
• Aras depaan tangan 90° ke sisi dan siku • Aras depaan tangan 45° ke sisi dan siku
dipatahkan / dibengkokkan. dipatahkan / dibengkokkan.
• Keadaan jari ialah Genggam Tak Sudah. • Telapak tangan dihadapkan ke sisi dan ke kanan.
• Kedua-dua tangan diayun ke hadapan dan • Kedua-dua tangan diayun ke hadapan dan
ke belakang pada tempo yang sederhana. ke belakang pada tempo yang sederhana.
• Ayun tangan secara berterusan. • Ayun tangan secara berterusan.

96

Lelakikaki• Kaki kanan menghenjut 2
dan kaki kiri pula
1 UNIT 5menapak penuh ke atas
dan ke bawah mengikut
kiraan pada gong.

• Lutut dibengkokkan
ketika kaki
dihenjutkan.

3 45

Wanita • Kaki kanan menghenjut 2
dan kaki kiri pula menapak
1 penuh ke atas dan ke bawah
mengikut kiraan pada gong.

• Lutut dibengkokkan ketika
kaki dihenjutkan.

345

97

Ragam Sumindok Minsaladu LelakiC. STRUKTUR PERGERAKAN
Penari berada
UNIT 5 pada posisi
sedia.

12

Pergerakan dimulakan dengan kaki kanan menapak penuh ke arah sisi kanan. Kaki kiri dibawa
ke sisi kaki kanan sambil dihenjutkan ke atas dan ke bawah mengikut kiraan gong. Pergerakan
tangan diayun ke arah hadapan dan ke belakang pada tempo sederhana.

3 4

98

567 UNIT 5

Pergerakan kaki berubah

dengan kaki kiri bergerak

menapak penuh ke arah sisi kiri,

manakala kaki kiri ke sisi kaki

kanan sambil dihenjutkan ke

atas dan ke bawah mengikut

kiraan gong. Pergerakan

tangan diayun ke hadapan

dan ke belakang pada tempo

8 sederhana. Ulang pergerakan

9 yang sama sehingga

kiraan lapan.

99

UNIT 5

Ragam Sumindok Minsaladu Wanita
123

456

789

100

Ragam MANGAMBAI

UNIT 5
123

45 Lelaki

1 2 3 4
5
Pola 1 Pola 2 Wanita

Pola 3 Pola 4 Pola 5 101

Aliran Penari Wanita Aliran Penari Lelaki

5.3 TARIAN ETNIK SARAWAK

UNIT 5 Sarawak yang dikenali sebagai “Bumi Kenyalang” mempunyai
pelbagai etnik yang unik. Etnik terbesar dalam populasi penduduk
Sarawak ialah Iban. Namun begitu, terdapat juga pelbagai etnik
lain seperti Bidayuh, Kayan, Kenyah, LunBawang, Penan, Kelabit,
Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan,
Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan
lain-lain. Kesemua etnik ini mempunyai tarian yang tersendiri.

Gambar Foto 5.4 Walau bagaimanapun, anda hanya akan didedahkan dengan
Tarian Rejang Be'uh. satu daripada tarian etnik yang popular, iaitu tarian Rejang Be'uh
daripada etnik Bidayuh. Etnik Bidayuh merupakan etnik di Sarawak
yang tinggal di kawasan Bau, Serian, Pedawan dan Lundu.

TARIAN REJANG BE’UH

Perkataan tarian dalam bahasa Bidayuh ialah sigar, rejang dan langi
yang berbeza mengikut daerah. Hampir kesemua tarian Bidayuh
wujud daripada kepercayaan yang diwarisi pada zaman animisme.
Bagi perkataan Rejang Be’uh, Rejang bermaksud tari dan perkataan
Be’uh pula memberikan makna burung helang.

102

Pada masa ini, tarian Rejang PINTAR TMK
Be’uh bukan hanya sekadar legenda
atau mitos kepada etnik Bidayuh, Gunakan enjin carian
malah telah dijadikan sebagai tarian untuk mendapatkan
untuk dipersembahkan kepada para maklumat lanjut tentang
penonton. Tarian ini dipersembahkan masyarakat Bidayuh.
oleh dua pasangan penari. Mereka
menari dengan melakukan gerakan Jelaskan bentuk
seperti gaya seekor burung helang persembahan tarian
mengepak-ngepak sambil bertarung Rejang Be’uh dan
mengikut rentak pukulan gong dan tarian Sumazau
bunyi loceng kecil pada kaki penari. (Penampang).
Kebiasaannya, semasa tarian ini
dipersembahkan, para penari akan UNIT 5
mengenakan pakaian tradisional etnik
Bidayuh selepas musim menuai padi.
Selain itu, tarian Rejang Be’uh menjadi
tarian yang sering dipersembahkan
semasa sambutan perayaan sebagai
tanda kesyukuran dan kegembiraan
selepas tamatnya musim menuai padi.
Tarian ini juga dipersembahkan di rumah
baruk etnik Bidayuh bagi mengalu-
alukan kedatangan para tetamu yang
datang berkunjung ke rumah mereka.

PMaansgugkung PTaerrisembahan KPaenlugagrung

• Muzik dimainkan • Penari bergerak membuat • Penari keluar
terlebih dahulu. pola lantai dengan ragam dari pentas.
tari Rejang Be’uh.
• Penari masuk ke • Muzik diakhiri
tengah-tengah • Setelah tamat menari, dengan bunyi
pentas selepas tanda penari memberikan tanda perlahan setelah
isyarat pangkis hormat kepada penonton penari keluar dari
diberikan. sebelum keluar dari pentas. pentas.

Rajah 5.4 Struktur persembahan tarian Rejang Be’uh. 103

PINTAR TMK A. LAGU DAN ALAT MUZIK
Masyarakat Bidayuh mempercayai bahawa muzik sangat
Gunakan enjin carian penting dalam setiap upacara ritual, selamat datang dan
untuk mendapatkan hiburan mereka. Dalam persembahan tarian Rejang Be’uh,
maklumat lanjut tentang alat muzik yang digunakan ialah gong, tawak, canang
muzik tarian Rejang dan gendang. Walaupun alat muzik yang digunakan ini
Be'uh dengan kata kunci hanyalah terdiri daripada alat yang tidak mempunyai nada,
muzik Bidayuh. masyarakat Bidayuh sangat bijak menghasilkan nada muzik
yang tertentu bagi sebarang upacara. Secara umumnya,
muzik tradisional masyarakat Bidayuh ditunjukkan dalam
gambar berikut.

Tawak (Gong besar) Gong papan

UNIT 5

Canang

Sidabat (Gendang)

Gambar Foto 5.5 Alat muzik tarian Rejang Be'uh.

104

B. TEKNIK PERGERAKAN
Teknik pergerakan dalam tarian Rejang Be'uh lebih menumpukan gestur
tangan dan asas pergerakan kaki.

TANGAN Gestur Tangan
Lelaki
• Tangan diangkat dan Wanita
• Kedua-dua tangan
dibentukkan (satu tangan
diluruskan ke hadapan dan diletakkan di hadapan
satu tangan lagi didepakan dada.
ke sisi). • Kedudukan telapak
• Ayunan tangan yang tangan menghadap
sederhana dan tidak ke hadapan.
terlalu laju. • Ayunan tangan
• Pergelangan tangan sederhana dan tidak
dipatahkan ke atas dan terlalu laju.
ke bawah secara berterusan.
• Lengan dibuka luas seolah-
olah sedang mengepak.
• Pergerakan tangan tidak
terlalu lembut, sentiasa
gagah dan menampilkan
sifat kelelakian.

KAKI kaki Asas Pergerakan Kaki • Kedua-dua kaki dirapatkan dan UNIT 5
• Kedua-dua kaki dirapatkan dan dibengkokkan dibengkokkan ketika melangkah untuk
merendahkan posisi tubuh badan.
ketika melangkah untuk merendahkan posisi
tubuh badan. • Menapak dengan menggunakan tapak
• Hentakan kaki dengan menggunakan tumit kaki ke kanan dan ke kiri bersilih ganti
ke hadapan bersilih ganti mengikut tempo lagu mengikut tempo lagu.
secara sederhana.

Posisi 1 Posisi 1
Sedia Sedia

22

3434

105

UNIT 5 AsSaAsSTaAnNgGaAnN tToOnNgGaAnNtKeAleDnAtNaGnPgUt-eUlPu(nTgEkLuEpNTANG TELUNGKUP)

12
34

Asas Kaki GI-SIK PO-ON (po’on bergesek)

1234

106

C. STRUKTUR PERGERAKAN UNIT 5
Gabungan beberapa asas pergerakan seperti gerak langkah setempat, gerak berpusing,
gerak maju dan undur serta gerak ke sisi kiri atau ke kanan boleh membentuk ragam tari.
Kebiasaannya, penari wanita dalam tarian Rejang Be'uh akan menarikan setiap pergerakan
dengan penuh tertib, beradab, lemah lembut serta bersopan santun. Hal ini disebabkan
setiap pergerakan yang ditarikan mempunyai nilai estetika tersendiri bagi mengekalkan
kelembutan dan kesantunan. Bagi penari lelaki pula, pergerakan yang ditarikan lebih
menampilkan kegagahan dan penuh bertenaga.

RAGAM TONGAN NGIPAS

12

34

107

UNIT 5 Ragam Bikabur Da’ Tipat (lelaki)

12

34

Bahu penari lelaki diangkatkan sedikit pada setiap hentakan kecil bagi posisi
kaki yang dilakukan.
108

Ragamtongan semirip-terbang (lelaki )

123

UNIT 5

456

Ragam ini biasanya ditarikan
oleh penari lelaki sahaja.
Pola lantai dalam ragam ini
membentuk dua bulatan
kecil yang dicantumkan.

Aliran Pergerakan

78

109

UNIT 5 Ragam tongan mengepak (Manuk Similip) (lelaki)

1 23

45

110

Ragam Bi-Pusing (Wanita) UNIT 5

123

Ragam Bi-Pusing ditarikan
dengan menggunakan
pergelangan tangan yang
disebut sebagai Tongan
Telentang – Telangkup. Ragam
ini biasanya ditarikan oleh
penari wanita sahaja.
Pola lantai dalam ragam ini
membentuk empat arah
penjuru yang berbeza.

45

678

111

RRaaggaamm Tolak Da Bi-Ngon (wanita)

123

UNIT 5

45

67 8

112

Ragam TONGAN KADANG PU-UP & gi-sik po-on (kaki) (wanita)

123

CONTOH POLA LANTAI
Pola 1 Pola 2

Pola 3 Pola 4 UNIT 5

Aliran Penari Wanita Aliran Penari Lelaki

45

678

113

UNIT 5 SEKILAS FAKTA

Nilai-nilai murni boleh
disimpulkan sebagai
budi pekerti, tingkah
laku atau perlakuan
yang diamalkan oleh
seseorang semasa
berinteraksi dengan
orang lain berdasarkan
nilai baik yang disepakati
secara bersama-sama.
Budi bahasa juga
menunjukkan kejernihan
fikiran, ketinggian akhlak
dan akal budi seseorang.

Sumber: Disesuaikan daripada
“Memupuk Nilai-nilai Murni
dalam Masyarakat” dlm.
Gagasan 1Malaysia Melalui
Landasan Seni & Budaya ditulis
oleh Lee Lam Thye (2013).

5.4 NILAI MURNI DALAM TARIAN

Nilai murni ialah satu daripada cerminan jiwa yang
dibentuk dalam membina nilai kendiri seseorang
seperti membentuk akhlak dan budi bahasa yang mulia.
Penerapan unsur nilai kendiri yang cemerlang boleh
dipupuk dan dipamerkan dalam aktiviti tarian sebelum,
semasa dan selepas latihan atau persembahan.
Nilai murni dipupuk dengan tujuan agar anda dapat
menghayati serta menjadikannya sebagai teladan dan
ikutan untuk memelihara tatasusila dan menampilkan
sahsiah yang terpuji.
114

Gambar Foto 5.6 UNIT 5
Sebelum memulakan latihan dan persembahan,
penari harus sentiasa bantu-membantu sama
ada dari aspek fizikal atau mental.

Gambar Foto 5.7
Semasa latihan dan persembahan,
penari harus berdisiplin, sentiasa
bekerjasama, hormat-menghormati dan
bersemangat muhibah sesama rakan
dalam kumpulan.

Gambar Foto 5.8
Penari perlu mengamalkan kebersihan dan
kekemasan dengan memastikan busana,
aksesori dan prop disimpan dengan baik
selepas latihan mahupun persembahan.

115

Refleksi Minda IMBAS SAYA
www.malaysia.travel/ms-my/

about-malaysia/culture-n-
heritage/music-and-dance

TARIAN MALAYSIA

Tarian Etnik
Sarawak
(Rejang Be’uh)

Tarian Rakyat Cina
(Yun Nan Hua Deng)

Tarian Sumazau
(Penampang)

NOTA GURU
Bimbing murid memahami dan menghuraikan rajah di atas secara lisan.

116

Jawab soalan berikut.
1. Yang berikut ialah lima asas gestur tangan yang digunakan dalam pergerakan asas

tarian rakyat Cina kecuali
A. Jian Zhi
B. Dan Zhi
C. Wo Quan
D. Nan Zhang
E. Lan Hua Zhi
F. Zhang Bu Wei
2. Senaraikan enam posisi kaki dalam pergerakan tarian Yun Nan Hua Deng.
3. Nyatakan empat teknik penggunaan kipas yang digunakan dalam tarian Yun Nan
Hua Deng.
4. Jelaskan nama ragam yang terdapat dalam tarian Yun Nan Hua Deng yang
telah dipelajari.
5. Namakan enam alat muzik bagi tarian Sumazau (Penampang).
6. Bandingkan teknik asas pada pergerakan tangan dan kaki yang digunakan dalam
persembahan tarian Sumazau (Penampang) dan Rejang Be’uh.
7. Bilakah persembahan tarian Rejang Be’uh biasanya diadakan?
8. Senaraikan nama ragam yang terdapat dalam tarian Rejang Be’uh.

117

UNIT

6 Sinografi
Tari

Perhatikan gambar. Apakah
hubung kait antara kesemua
gambar tersebut?

118

Kosa Kata Objektif
Pembelajaran
Baju borih Shan jiao
Bokos kupuong Shan ko • Menjelaskan aspek sinografi
Busana Shan mian dalam persembahan tari.
Da shan gu Shan zhou
Du dou Siga’ (i) Busana (ii) Tatarias
Fu Sigar (iii) Prop
Gaung Simbong
Girundung Simis • Mengaplikasikan pengetahuan
Himpogot Sinuangga asas sinografi dalam
Jipo bayuh Sipiah /Solo'ung merancang persembahan tari.
Jomuh Sirambuk
Pangieh Slapai • Membuat pembentangan
Sam Slapai pinggang tentang pengaplikasian
Sandangon Tangkong sinografi dalam
Sauva Tapi’ persembahan tari.
Setego/Sitoga Xiao shan go
Shan bing

119

PENGENALAN

Sinografi ialah istilah yang digunakan dalam cabang seni
persembahan merangkumi elemen set dan prop, tatacahaya,
tatarias, busana dan kesan khas. Pemerhatian terhadap sinografi
adalah dengan melihat elemen tersebut dapat dijalinkan dengan
baik dan memberikan kesan maksimum terhadap perjalanan
cerita selain memberikan impak kepada penonton.

Elemen

Busana Tatarias Prop

UNIT 6

Busana ialah pemakaian pakaian tari Tatarias ialah tatacara rias diri Prop ialah kelengkapan atau bahan
yang lengkap dari hujung kepala hingga dari aspek solekan, dandanan dan mudah alih yang digunakan oleh
hujung kaki. pemakaian aksesori. penari dalam tarian.

120

Dalam unit ini, anda akan mempelajari unsur
sinografi yang terdiri daripada aspek busana, tatarias
dan prop bagi tiga tarian tradisi di Malaysia, iaitu tarian
Yun Nan Hua Deng (tarian rakyat Cina), tarian Sumazau
(tarian etnik di Sabah) dan tarian Rejang Be’uh (tarian
etnik di Sarawak). Setiap tarian mempunyai cara
pemakaian busana, tatarias dan prop yang berbeza
mengikut kaum.

Sinografi

Tatabunyi Tatacahaya

UNIT 6

Tatabunyi melibatkan peralatan yang mengeluarkan bunyi dan Tatacahaya merupakan sistem pencahayaan dalam
membantu dalam memberikan kesan khas sesuatu persembahan penggambaran filem, pementasan dan sebagainya
yang terdiri daripada alat siar raya, lagu dan sebagainya. untuk menghasilkan persembahan yang berkesan.

121

UNIT 6 6.1 SINOGRAFI TARIAN
YUN NAN HUA DENG

A. TATARIAS
Tatarias ialah unsur sinografi yang melibatkan solekan bagi
sesuatu tarian. Bagi tarian Yun Nan Hua Deng, bedak asas yang
digunakan perlulah berwarna cerah. Solekan yang digunakan
pula hendaklah tebal dan menggunakan warna merah
sebagai warna utama. Fokus solekan adalah di bahagian mata
dan kening yang bertujuan untuk menunjukkan keberanian.
Selain itu, celak berwarna hitam digunakan untuk melukis
bahagian kening dan hujung mata agar kelihatan tajam.

Gambar Foto 6.1
Solekan wajah penari
untuk tarian Yun Nan Hua Deng.

Langkah-langkah Solekan Wanita dan Lelaki

1 Pilih bedak
asas mengikut
kesesuaian
warna kulit.

2 Sapukan
bedak asas
pada wajah
sehingga rata.

122

3 Ratakan UNIT 6
bedak dengan
menggunakan
span wajah.

4 Sapukan
pembayang
mata di
bahagian
kelopak
mata dengan
menggunakan
teknik serakan
(wanita: merah
atau merah
jambu, lelaki:
warna coklat).

5 Lukis bahagian
kening dan
hujung mata
agar kelihatan
tajam.

123

UNIT 6 6 Lukis hujung
kelopak mata
dengan
menggunakan
celak yang
berwarna hitam.

7 Lekatkan bulu
mata palsu dengan
menggunakan
gam secara cermat
(wanita sahaja).

8 Gunakan
pembayang
mata berwarna
coklat untuk
membentuk
bahagian hidung.
124

9 Sapukan UNIT 6
pemerah pipi
pada tulang
pipi dengan
menggunakan
arah sapuan dari
pipi hingga
ke telinga.

10 Sapukan gincu
berwarna
merah (wanita)
dan pengilat
bibir (lelaki).

125

Langkah-langkah 2 Bahagikan rambut kepada dua bahagian.
dandanan rambut

1 Sisirkan rambut dengan
rapi menggunakan sikat
yang sesuai.

UNIT 6

3 Sisirkan setiap
bahagian rambut
secara kemas.
Kemudian, ikat
rambut pada aras
telinga dengan
menggunakan getah.

126

4 5Lilitkan rambut sehingga Gunakan sanggul palsu untuk membentuk
menjadi satu gumpalan rambut yang diikat. Pastikan kedudukan
dengan menggunakan kedua-dua sanggul seimbang.
sepit rambut.

6 Pastikan rambut
disembur dengan
menggunakan
penyembur rambut
supaya kelihatan kemas.

UNIT 6

127

UNIT 6 7 Letakkan bunga untuk
menghias sanggul.
128

B. BUSANA Du dou
Selain tatarias, unsur sinografi dalam tarian ialah busana. (apron)
Busana klasik Cina asalnya berlapis-lapis serta sarat dengan
sulaman benang emas dan sutera. Kini, busana klasik Cina UNIT 6
masih boleh dilihat namun diubah suai mengikut peredaran
masa dan kesesuaian pemakaian. Busana tradisional yang
masih dipakai dalam majlis ialah samfu. Kebanyakan busana
tersebut masih dihasilkan dari negara China. Busana ini
ditenun dengan menggunakan fabrik sutera dan
broked yang berwarna terang serta dihiasi dengan
benang emas dan perak. Busana tersebut
menggunakan warna merah sebagai warna
utama dan digabungkan dengan warna
lain yang bersesuaian. Busana lelaki dan
wanita menggunakan potongan leher
tinggi dan dihiasi dengan butang
baju bersulam. Du dou digunakan
oleh penari wanita untuk menutup
bahagian dada. Bagi tarian Yun Nan
Hua Deng, penari wanita memakai
Sam (baju), Du dou (apron) dan
Fu (seluar), manakala penari lelaki
pula memakai Sam (baju) dan
Fu (seluar).

Sam
(baju)

Fu
(seluar)

Gambar Foto 6.2 Antara busana tari yang digunakan bagi tarian Yun Nan Hua Deng.

129

Jelaskan alasan C. PROP
kekerapan penggunaan Prop digunakan sebagai instrumen untuk
prop dalam tarian menggambarkan motif pergerakan.
rakyat Cina. Bagi tarian Yun Nan Hua Deng, setiap
pergerakan pada kipas mempunyai
maksud tertentu.

daun
(Shan Mian)

kelopak
(ShaN Ko)

UNIT 6 perdu pusat pucuk
(Shan Bing) (Shan Zhou) (Shan Jiao)

ranting dahan
(Xiao Shan (Da Shan Gu)

Gu) Gambar Foto 6.3 Struktur kipas Yun Nan Hua Deng.

130

SINOGRAFI TARIAN SUMAZAU (PENAMPANG) Jelaskan cara untuk
mengelakkan
A. TATARIAS sapuan bedak
Sebelum ini, anda telah mempelajari teknik asas untuk solekan bertompok-tompok.
bagi penari wanita dan lelaki. Kini, anda akan mempelajari
teknik solekan mata yang mudah untuk digunakan dan
dipraktikkan ke atas wajah penari wanita. Solekan di bahagian
mata ini hendaklah menggunakan warna yang sesuai untuk
memberikan kesan yang dramatik dan menyerlah. Untuk
itu, anda akan mempelajari teknik solekan serakan dengan
menggunakan warna ungu.

Langkah-langkah Solekan Lelaki

1

Letakkan sedikit
pelembap
agar wajah
tidak kering.
Pastikan wajah
dalam keadaan
bersih dan
tiada sebarang
kekotoran.

2 UNIT 6

Sapukan bedak
asas pada
keseluruhan
wajah dengan
menggunakan
rona warna
yang sesuai.

3

Ratakan bedak
debu pada
keseluruhan
wajah bagi
menyempurnakan
solekan.

131

Langkah-langkah Solekan Wanita 2

1 Pilih bedak
asas yang
Letakkan sedikit sesuai dengan
pelembap agar warna kulit.
wajah tidak
kering.

3

Ratakan bedak
debu pada
keseluruhan wajah.

UNIT 6 4 6

Sapukan warna Bentukkan
pembayang mata kening dengan
pada kelopak menggunakan
mata sehingga pensel berwarna
rata. Gunakan coklat gelap.
teknik serakan.

5

Sapukan
pembayang
mata berwarna
putih di bahagian
atas kelopak
mata untuk
menyerlahkan
bahagian ini.

132

7 Lukis alis 8
mata dengan
menggunakan Letakkan bulu
pensel berwarna mata palsu pada
hitam. hujung kelopak
9 mata dengan
Sapukan pembayang cermat.
mata berwarna coklat
di bahagian hidung 10
dan bentukkan struktur
hidung. Sapukan pemerah pipi
pada tulang pipi dengan
menggunakan arah sapuan UNIT 6
dari pipi hingga telinga.

11

Sapukan gincu
berwarna merah.

133

SEKILAS FAKTA B. BUSANA
Pakaian tradisi tarian Sumazau biasanya dipakai pada musim
Selampai merupakan perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas
busana tambahan yang seperti perkahwinan. Pada asasnya, busana ini menggunakan
dipakai pada bahu warna hitam sebagai warna utama dan dihiasi dengan renda
penari wanita bagi tarian berwarna keemasan. Butang baju pula diperbuat daripada
Sumazau (Penampang). logam yang berwarna emas.
Pemakaian selampai
UNIT 6 bergantung pada SIMBONG SIMIS
upacara atau majlis
tertentu. Pada zaman Subang yang diperbuat Blaus putih (baju
ini, selampai yang daripada logam tembaga dalam) berhias
dipakai oleh penari atau perak renda kecil
wanita adalah tidak di bahagian dada
seperti penggunaan SINUANGGA
asal selampai. Secara HIMPOGOT
tradisionalnya, • Baju blaus pendek
selampai mestilah yang diperbuat Tali pinggang
dari jenis kain batik daripada kain baldu berbentuk
berwarna kekuningan berwarna hitam syiling daripada
atau coklat. Namun, logam perak
kini, penggunaan dan dihiasi dengan yang biasanya
selampai berubah corak menarik mempunyai tiga
tidak mengikut warna menggunakan lilitan
asalnya. Selampai telah
diubah suai mengikut benang emas TANGKONG
peredaran zaman
dan arus kemodenan • Lehernya berbentuk Tali pinggang
serta kehendak pentas seakan-akan huruf ‘U’. berbentuk
persembahan di cincin daripada
samping perlu mengikut • Terdapat beberapa logam perak
kesesuaian pemakaian. butang yang dikenali yang biasanya
sebagai batawi dan mempunyai tiga
Sumber: Persatuan aksesori pelengkap lilitan
Kebudayaan Kadazandusun, yang digantung pada
Sabah (KDCA) leher.

TAPI'

Sarung bagi pakaian
tradisional wanita

Gambar Foto 6.4 Contoh busana untuk penari lelaki dan wanita bagi
tarian Sumazau untuk etnik Kadazandusun di Penampang, Sabah.

134

SIGA´ UNIT 6

Penutup kepala yang
menggunakan kain tenunan
bermotifkan tumbuhan

GAUNG

Baju berlengan panjang yang
menggunakan baldu warna
hitam dan dihiasi dengan
corak benang berwarna emas

SANDANGON

Daun silad kering yang
diikat pada kain merah
serta diletakkan pada
sebelah sisi pinggang
penari lelaki yang bertujuan
sebagai simbolik kepada
tangkai padi yang ditanam
di sawah padi

SAUVA

Seluar baldu panjang
berwarna hitam yang
dihiasi dengan corak
benang berwarna emas

135

UNIT 6 SEKILAS FAKTA Gambar Foto 6.5
Tatarias penari wanita
Tarian Rejang Be’uh menyerlahkan keunikan
bermaksud tarian tarian Rejang Be'uh.
helang. Tarian ini berasal
daripada pertarungan SINOGRAFI TARIAN REJANG BE’UH
antara Madu Sawan
dengan Tingkilang A. TATARIAS
Ramang. Kedua-dua
pihak tersebut telah Bagi tarian Rejang Be’uh, penari wanita dan lelaki
berebutkan puteri menggunakan teknik solekan yang sama seperti
bongsu raja kayangan solekan bagi tarian Sumazau (Penampang). Anda juga
yang cantik, iaitu diberikan kebebasan untuk menggayakan solekan
Sibude Ramang/Dara yang sesuai bagi tarian ini agar kelihatan lebih menarik.
Buda’. Raja kayangan Antara warna pembayang mata yang biasa digunakan
telah mengarahkan adalah seperti warna oren, coklat, biru, magenta dan
Madu Sawan dan sebagainya. Bagi penggunaan gincu atau pemerah
Tingkilang Ramang bibir pula, warna yang biasanya digunakan ialah coklat,
untuk bertarung dalam merah jambu dan merah hati.
suatu tarian. Sebagai
ganjarannya, pemenang
akan dihadiahkan
puteri bongsu. Sebelum
bertarung, Madu Sawan
telah menghiasi dirinya
dengan ular lut sinar
yang besar dan kecil
yang dipakai sebagai
tanjak di kepala, kalung
di leher, tali pinggang
di pinggang dan
gelang di pergelangan
tangan dan kaki.
Semasa pertarungan,
ular lut sinar tersebut
telah menyerang
Tingkilang Ramang
setiap kali mereka
bersentuhan yang
akhirnya menjadikan dia
lemah dan mati. Madu
Sawan telah memenangi
pertarungantersebut
dan berjaya
memperisterikan Sibude
Ramang/Dara Buda’.

Sumber: Persatuan
Kebangsaan Dayak Bidayuh,
Kuching, Sarawak (30 Julai
2017).

136

PINTAR TMK

Gunakan enjin carian
untuk mendapatkan
maklumat lanjut
tentang pemakaian
tarian Rejang Be'uh
dengan menggunakan
kata kunci sinografi
tarian Rejang Be'uh.

Zon Aktiviti

Lakukan aktiviti
secara berpasangan.
Himpunkan maklumat
yang berkaitan dengan
pengaplikasian
sinografi dalam
persembahan tari.
Buat buku skrap
tentang sinografi
dalam persembahan.

UNIT 6

Gambar Foto 6.6
Contoh busana untuk penari wanita
dan lelaki bagi tarian Rejang Be'uh.

B. BUSANA
Keindahan busana bagi tarian etnik dari Sarawak
terserlah dengan hiasan yang jelas mempamerkan
kemahiran seni tangan individu yang menghasilkan
busana tersebut. Hiasan pada busana membentuk
motif sama ada daripada jalinan manik atau labuci.
Perhiasan diri daripada perak dan manik yang sarat
melambangkan status dan kekayaan bagi si pemakai.

137

UNIT 6 SIGAR ialah hiasan

kepala yang diikat dengan Gambar Foto 6.7
menggunakan kain berwarna Bahagian pada busana
hitam dan dihiasi renda penari wanita dan lelaki
berwarna keemasan. bagi tarian Rejang Be'uh.

JIPO BAYUH ialah

kepingan kulit kayu yang
dijadikan sebagai baju
tanpa lengan.

SIRAMBUK ialah rantai

yang diperbuat daripada
bahan seperti manik, gigi
beruang atau harimau dan
kepingan kayu.

SLAPAI PINGGANG

ialah kain panjang yang diikat
di bahagian pinggang.

BENGKUNG ialah

kain pengikat di bahagian
pinggang yang biasanya
menggunakan warna merah
dan hitam.

SELUAR ialah fabrik yang

diperbuat daripada kain satin
berwarna hitam dan dihiasi
warna keemasan.

SETEGA/SITOGA ialah

gelang kaki yang dipakai
oleh penari lelaki dan terdiri
daripada sebiji loceng yang
diperbuat daripada perak.
Gelang ini diikat dengan
menggunakan cebisan kain
merah pada pergelangan
kaki dan berbunyi ketika kaki
dihentakkan dan digerakkan.
138

SIPIAH/SOLO'UNG ialah topi yang UNIT 6

dijahit dengan menggunakan gabungan tiga warna,
iaitu merah, putih dan hitam serta dihiasi corak
berwarna keemasan.

PANGIEH ialah rantai manik

yang menggunakan gabungan tiga warna,
iaitu putih, merah dan hitam.

BAJU BORIH ialah baju berlengan

pendek yang dihiasi renda berwarna keemasan
di sekeliling penjuru lengan baju.

BOKOS KUPUONG ialah tali pinggang

yang diperbuat daripada perak dan terdapat
dalam pelbagai bentuk.

SLAPAI ialah kain berwarna merah yang

diletakkan pada leher.

JOMUH ialah skirt pendek yang dihiasi renda

berwarna keemasan dan disusun secara melintang.

GIRUNDUNG ialah gelang kaki yang

dipakai oleh penari wanita yang terdiri daripada
sebiji loceng yang diperbuat daripada perak

atau tembaga dan diikat dengan menggunakan
cebisan kain merah. Girundung ini berbunyi
ketika kaki dihentakkan dan digerakkan.

139

Refleksi Minda IMBAS SAYA

http://www.sabah.edu.my/
skm015.wcdd/pakaian.htm

BUSANA TARIAN YUN NAN HUA DENG,
SUMAZAU (PENAMPANG) DAN REJANG BE'UH

TARIAN TARIAN REJANG TARIAN SUMAZAU
YUN NAN HUA DENG BE`UH (PENAMPANG)

140

Jawab soalan berikut. i.
1. Labelkan struktur kipas dalam tarian Yun Nan Hua Deng.

vii.

vi.

v. ii.
iv.

iii.
2. Nyatakan maksud istilah berikut.

i. Siga�
ii. Gaung
iii. Simbong
iv. Tapi'
v. Sinuangga

3. Namakan aksesori pada tarian Rejang Be'uh yang diperbuat daripada bahan seperti
manik, gigi beruang atau harimau dan kepingan kayu.

4. Apakah kegunaan du dou?

5. Terangkan sejarah ringkas tentang busana tarian Yun Nan Hua Deng.

6. Mengapakah solekan di bahagian mata dan kening menjadi keutamaan bagi tarian
Yun Nan Hua Deng?

7. Huraikan lima elemen sinografi yang telah anda pelajari.

141

UNIT

7 Koreografi

PENGENALAN

Anda telah didedahkan dengan pengenalan asas koreografi dalam penciptaan
tari dengan menggunakan unsur koreografi, iaitu konsep, idea, tema dan
pergerakan. Di samping itu, anda juga didedahkan dengan improvisasi gerak
pada ragam tari dan pola lantai yang bersesuaian.
Anda akan mempelajari penghasilan idea kreatif berdasarkan perancangan,
komposisi tari dan improvisasi, produk persembahan dan analisis. Seperti yang
telah diketahui, koreografi merupakan sesuatu yang dapat difahami sebagai
terjemahan idea, buah fikiran, cadangan, penyatuan dan kreativiti dalam bentuk
tarian yang mempunyai permulaan, pertengahan dan pengakhiran.

meKKmtkebOEosreerlreetiitIRokaagapkNnrEpagsfaeeedrDOrnaatkumkhyGAeeaabnnniygjRHkuarksdeusAiacAantinipdvaFtaiaNatnin.Ipada

Abdul Hamid Chan
142

K O R E O G R A F Imdkieerokurseppoagrkerasainfkelarunamheoallanelhiudiseteaaoryriaaannng.g Kosa Kata

Wong Kit Yaw artistik
asimetri
dinamik
eksplorasi
estetika
formasi
pengintegrasian
praktikal
idea kreatif
kreativiti

Objektif
Pembelajaran

• Menghasilkan komposisi
tarian dengan menggunakan
unsur koreografi, iaitu
konsep, idea, tema dan
pergerakan.

• Membuat improvisasi gerak
berdasarkan ragam tari dan
pola lantai.

• Merancang dan membuat
hasil ciptaan.

• Menganalisis hasil ciptaan
tarian yang dipersembahkan.

Saat mencipta suatu

KOREOGRAFI,

sumber dasar bermula daripada akal, hati
dan kehendak jiwa. Pengolahan gerak pada
tari merupakan peralihan daripada satu gerak
kepada satu gerak yang lain sambil dipenuhi
sarat emosi dan jiwa.

Mohd Ali bin Iskak

143


Click to View FlipBook Version