pendidikan khas fatin nabylah bt fadzil
“Pendidikan Khas” ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di tiga opsyen (setting) persekolahan, iaitu sekolah pendidikan khas, atau di sekolah arus perdana yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah atau pendidikan lepas menengah. APA ITU PENDIDIKAN KHAS?
DEFINISI & kONSEP PENDIDIKAN KHAS Pendidikan khas ialah pengajaran yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berpengetahuan khas ( Hallahan &Kaufman 2000) Mengikut Heward (2000) pula pendidikan khas boleh diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai intervensi iaitu proses mencegah, menghapus atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam sekolah atau masyarakat. Oleh itu Pendidikan Khas secara umumnya didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya. Ia merupakan satu program pendidikan yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dari segi intelek, fizikal dan emosi serta sosialnya yang tidak mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang normal.
Falsafah Pendidikan Khas Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdedikasi, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Khas
Visi & Misi Visi Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluankhas kearah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikankebangsaan Misi Menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid pendidikan khasuntuk menjadikan mereka INSAN yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup danmemberikan sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.
Penjelasan Tentang Pendidikan Khas SIAPA? Guru yang dilatih khusus mengajar kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas Apa? Kurikulum pendidikan khas yang diubah suai bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh murid pendidikan khas. Di mana? Penempatan kelas : bergabung dengan pelajar normal, kelas berasingan atau sekolah berasinagn. PENDIDIKAN KHAS
SIAPAKAH KANAKKANAK KHAS? Ciri-ciri mental Keupayaan deria Ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal tingkah laku sosialemosi keupayaan komunikasi pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan maksima.
Bermasalah Penglihatan Lembam Kategori murid pendidikan khas. Bermasalah Pendengaran Bermasalah Pembelajaran Palse Selebral Gangguan Emosi/ tingkah laku Syndrom Hipoaktif Hiperaktif Down Autistik Pelbagai Kecacatan
“Sekolah Pendidikan Khas” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan khas (MBK) pada semua peringkat persekolahan. Sekolah Pendidikan Khas ini dikendalikan terus oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas). Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Program Pendidikan Khas?
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Program Pendidikan Khas Integrasi? “Program Pendidikan Khas Integrasi” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan khas yang hanya dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
“Program Pendidikan Inklusif” ertinya suatu program pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Program Pendidikan Inklusif?
• Kurikulum yang digunakan di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif. • Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas. (Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004) • Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) Apakah kurikulum yang diguna pakai di Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi?
1 : Mula 2: Mengenal pasti 3 : Pendaftaran Proses Pendaftaran Kanak Pendidikan Khas 4 : Kelayakan 5 : Penempatan 6 : Tempoh Percubaan 7 : Kekalan
penutup Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya semakin bertambah dengan meningkatnya tahun ke tahun.Terdapat banyak faktor peningkatan kelahiran kanak-kanak ini seperti faktorusia ibu, masalah kesukaran semasa kelahiran, pemakanan, pencemaran alamsekitar mahupun baka. Kanak-kanak ini mungkin jiran kita, sanak-saudara, murid-murid mahupun bakal anak didik. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dalammenangani anak-anak bermasalah pembelajaran ini untuk masa depan mereka yang lebih baik. Kepelbagaian masalah pembelajaran bukanlah satu alasan untukbakal pendidik menjadikan anak-anak bermasalah ini seorang manusia. Cabarandan halangan mesti dilalui untuk memaknakan kehidupan mereka. Setiap masalahpembelajaran seperti yang dibincangkan di atas mempunyai rawatan tertentuuntuk mengurangkannya dan mengelak daripada terjadi. Oleh itu, langkah demilangkah perlu diikuti supaya masalah pembelajaran yang berlaku ini dapatdikurangkan