The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihah0104, 2021-10-19 11:26:25

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

SMK (P) SULTAN IBRAHIM JOHOR BAHRU
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 TAHUN 2021

TAJUK:
(AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN MAJIDI BARU)

NAMA: NAJWA NAJIHAH BINTI REME
KELAS: 3 FUTURIS
NAMA GURU: PUAN NORMALA BINTI HARON

SENARAI KANDUNGAN
LAPANGAN GEOGRAFI KAJIAN TEMPATAN (KLGT)

BIL PERKARA HALAMAN SEMAKAN
1 TAJUK DAN MAKLUMAT UTAMA 1 4/10
2 ISI KANDUNGAN 2 20/9
3 PENGHARGAAN 4 4/10
4 PENDAHULUAN 5 4/10
5 PETA KAWASAN KAJIAN - GOOGLEMAPS 6 20/9
6 OBJEKTIF KAJIAN 7 23/9
7 KAEDAH KAJIAN 8 23/9
8 JADUAL / GRAF 4/10
9 GOOGLEFORM -SOAL SELIDIK 9,10,11 20/9
10 PELAPORAN KEPENTINGAN 12 20/9
11 PELAPORAN MASALAH / KESAN 11/10
12 PELAPORAN CADANGAN / LANGKAH 13,14 11/10
13 RUMUSAN 12,13 13/10
14 SUMBER RUJUKAN 14,15 23/9
15 LAMPIRAN 19/10
16
17
18,19

HARI TARIKH AKTIVITI
Khamis (2 September 2021) - cikgu menerangkan cara untuk membuat kajian
Hari 1 (pdpr)
lapangan - belajar melalui aplikasi youtube cara membuat
google form
Hari 2 (pdpr) Isnin(6 September 2021) - belajar untuk membuat soalan borang soal selidik
- cikgu menerangkan bagaimana untuk membuat
konsep/takrifan
-cikgu menunjuk contoh konsep/takrifan
-cikgu meninggalkan tugasan untuk mengemas kini
borang soal selidik

Hari 3 (pdpr) Isnin(20 September 2021) - cikgu meninggalkan tugasan untuk membuat
konsep/takrifan
Hari 4 (pdpr) Khamis (23 September 2021) - cikgu menerangkan cara untuk menetapkan lokasi
Hari 5 (sendiri) Jumaat (1 Oktober 2021) rumah di aplikasi google maps.
Hari 6 (pdpr) Isnin (4 Oktober 2021) -cikgu menetapkan masa untuk cikgu menerangkan
tentang graf,cikgu minta mengedarkan borang soal
Hari 7 (pdpr) Khamis (7 Oktober 2021) selidik kepada respondan
kajian - cikgu menerangkan tentang objektif kajian,kaedah
Hari 8 (tutorial) Isnin (11 Oktober 2021) kajian dan pendahuluan
-memperbaiki soalan borang soal selidik
-cikgu menerangkan bagaimana mahu menganalisa
google form
-cikgu ajar bagaimana mahu bina graf
-cikgu menerangkan bagaimana mahu buat
penghargaan
-cikgu menerangkan bagaimana mahu buat kawasan

-cikgu menerangkan tentang hasil kajian
-cikgu menerangkan cara untuk pembentangan
-penulisan pelaporan

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Pengetua Sekolah Menengah (P) Sultan Ibrahim,iaitu Puan Hajah
Rosliza Binti Taib kerana memberi kebenaran kepada saya dan rakan-
rakan yang lain untuk menjalankan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru
Geografi saya yang dihormati Puan Normala binti Haron kerana banyak
memberi bimbingan dan dorongan kepada saya sehingga kerja
lapangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih ditujukan kepada
kedua-dua ibu bapa saya yang tercinta kerana banyak memberi
sokongan moral kepada saya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan
seperjuangan saya dan semua responden serta orang sumber di Majidi
Baru yang banyak memberi bantuan dan kerjasama kepada saya
sepanjang kerja lapangan ini dijalankan.

PENDAHULUAN

Saya Najwa Najihah Binti Reme, Tingkatan 3 Futuris,dari Sekolah
Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim,Johor Bahru,Johor telah menjalankan
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 yang bertajuk Amalan Kitar
Semula di Kawasan Majidi Baru,Johor Bahru,Johor.

Saya memilih Majidi Baru sebagai lokasi kejadian kerana Kawasan
tersebut merupakan Kawasan tempat tinggal saya dan ahli keluarga.
Hal ini telah memudahkan usaha saya untuk mengumpul dan
menyusun maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan kerja
lapangan ini.

PETA KAWASAN KAJIAN-GOOGLE MAPS

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mendefinasikan konsep dan takrifan kitar semula.
2. Melukis dan mentafsir graf tentang bahan dan amalan kitar semula di

Kawasan Majidi Baru.
3. Menghuraikan kepentingan kitar semula.
4. Mengkaji masalah amalan kitar semula di Kawasan Majidi Baru.
5. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah amalan kitar semula

di Kawasan Majidi Baru.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpulkan
beberapa maklumat dan data dalam kajian ini. Kaedah-kaedah tersebut ialah:

1. Rujukan
Saya telah merujuk pelbagai sumber seperti buku teks,buku rujukan dan
internet untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini.

2. Temu bual

3. Pemerhatian
Pemerhatian dibuat secara langsung di Kawasan kajian untuk melihat jenis-
jenis bahan yang dapat dikitar semula oleh penduduk di Kawasan Majidi
Baru,Johor Bahru,Johor.

4. Soal selidik
Soal selidik dilakukan dengan cara mengedarkan link google form dari
aplikasi telegram atau whatsapp kepada 10 orang responden yang terpilih
untuk mendapatkan maklumat tentang kepentingan amalan kitar semula
di Kawasan Majidi Baru,Johor Bahru,Johor. Di samping itu, kaedah ini juga
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang masalah atau halangan
dalam menjalankan kitar semula di Kawasan kajian serta Langkah-langkah
yang dapat di ambil untuk mengatasi masalah tersebut

JADUAL: KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TEMPATAN- KAJIAN KEPENTINGAN KITAR SEMULA

MASALAH YANG BERLAKU JIKA TIDAK LAKSANAKAN BILANGAN RESPONDEN(ORANG)
AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN PERUMAHAN
KITA 10
6
PENCEMARAN ALAM SEKITAR 9
9
PEMBUANGAN SISA DOMESTIK BERTAMBAH 0

PENCEMARAN AIR

PENULARAN WABAK PENYAKIT

PENCEMARAN BUNYI

MASALAH YANG BERLAKU JIKA TIDAK
LAKSANAKAN AMALAN KITAR SEMULA DI

KAWASAN PERUMAHAN KITA

12

10

8

6

4

2

0

pencemaran alam sekitar penularan wabak penyakit

pembuangan sisa domestik semakin bertambah pencemaran bunyi

pencemaran air

JADUAL: KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TEMPATAN -KAJIAN KEPENTINGAN KITAR SEMULA

KEPENTINGAN KITAR SEMULA DALAM BILANGAN RESPONDEN(ORANG)
KEHIDUPAN SEHARIAN KITA
MENJANA PENDAPATAN 10
MENJIMATKAN SUMBER SEMULA JADI 8
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG SIHAT, 7
BERSIH DAN SELESA
MENGURANGKAN PENCEMARAN 3
MENJADIKAN KITA LEBIH KREATIF 6

KEPENTINGAN KITAR SEMULA DALAM
KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

12
10

8
6
4
2
0

menjana pendapatan
menjimatkan sumber semula jadi
mewujudkan persekitaran yang sihat,bersih dan selesa
mengurangkan pencemaran
menjadikan kita lebih kreatif

JADUAL= KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TEMPATAN- KAJIAN LANGKAH UNTUK
PENAMBAHBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN PERUMAHAN KITA

LANGKAH UNTUK PENAMBAHBAIKAN BILANGAN RESPONDEN (ORANG)
AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN
PERUMAHAN KITA 2
MEMPERKETATKAN UNDANG-UNDANG 1
MENGADAKAN KEMPEN KITAR SEMULA 3
MEMPERBANYAKKAN TONG-TONG KITAR 1
SEMULA
MENGADAKAN RONDAAN PADA SETIAP 1
MINGGU UNTUK MEMASTIKAN PEMBUANGAN
SISA DOMESTIK DALAM KEADAAN YANG
TERKAWAL
MENUBUHKAN SATU ORGANISASI UNTUK
MELANCARKAN PROGRAM-PROGRAM YANG
DIANJURKAN

LANGKAH UNTUK PENAMBAHBAIKAN
AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN

PERUMAHAN KITA

4

3

2

1

0
memperketatkan undang-undang
mengadakan kempen kitar semula
memperbanyakkan tong-tong kitar semula
mengadakan rondaan pada setiap minggu untuk memastikan pembuangan sisa domestik
dalam keadaan yang terkawal
menubuhkan satu organisasi untuk melancarkan program-program yang dianjurkan

GOOGLEFORM- SOAL SELIDIK

HASIL KAJIAN
Menurut Kamus Pelajar Edisi kedua,kitar semula bermaksud kaedah atau teknik untuk

memproses bahan-bahan seperti kertas,botol dan tin yang telah digunakan untuk
menghasilkan barangan baharu yang dapat digunakan semula. Menurut Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pula,kitar semula bermaksud memungutdan
mengasingkan sisa pepejal bagi tujuan menghasilkan barangan baharu yang dapat digunakan
semula. Contoh barang-barang yang dapat dikitar semula ialah bahan-bahan
plastik,kertas,botol kaca dan barangan besi.

MASALAH YANG BERLAKU JIKA TIDAK LAKSANAKAN AMALAN KITAR
SEMULA DI KAWASAN PERUMAHAN KITA

1. Pencemaran alam sekitar
=Gaya hidup penduduk yang kurang mesra alam juga menyumbang
kepada faktor pencemaran alam sekitar. Kebanyakan oenduduk
kurang peka dengan isu pencemaran. Penduduk juga sudah terbiasa
dengan sikap dan tabiat tidak endah dalam pembuangan sampah
merata-rata dan amalan kitar semula. Tambahan pula mojoriti
penduduk di sini kurang pengetahuan tentang pengurusan sisa
pepejal.

2. Penularan wabak penyakit

= Penularan wabak penyakit yang berlaku di kawasan Majidi Baru ialah
denggi yang disebabkan oleh takungan air sampah dan air longkang
yang kotor. Selain itu, taun juga berlaku di kawasan ini yang berada di
kawasan yang air tidak bersih. Hampir 80% penduduk di sini pernah
menjangkiti penyakit-penyakit ini.

3. Pencemaran air

= Pencemaran air yang berlaku di kawasan Majidi Baru disebabkan
oleh sampah sarap yang berlebihan di dalam longkang hingga
menyebabkan saluran longkang tersekat. Pencemaran air juga salah
satu sebab penularan wabak penyakit yang disebabkan air yang kotor.
Hal ini kerana, jika air kotor nyamuk akan membiak dengan banyak di
dalam air yang kotor.

KEPENTINGAN KITAR SEMULA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

1. Menjana pendapatan

= Jika kita mengamalkan amalan kitar semula juga dapat
menjana pendapatan kerana kita mengumpul barang yang
dikitarkan semula untuk dijual. Hal ini kerana, sekali gus dapat
menjana pendapatan. Contohnya, menjual buku yang terpakai
dan kotak-kotak yang tidak guna lagi. Selain itu, menjana
pendapatan juga dapat mengurangkan kita dari menjadi
seorang yang boros kerana kita mengguna semula barangan
yang tidak terpakai. Contohnya kotak kasut,kita bole menjadikan
tempat untuk meletak barang.

2. Mewujudkan persekitaran yang bersih,sihat dan selesa

= Mewujudkan persekitaran yang bersih,sihat dan selesa juga
adalah kepentingan kitar semula kerana jika kita mengamalkan
amalan ini, hidup kita akan lebih nyaman kerana persekitaran
kita bersih. Hal ini juga dapat mengelakkan kita dari mendapat
penyakit yang berjangkit seperti denggi dan taun.

3. Menjadikan kita lebih kreatif

= Menjadikan kita lebih kreatif juga adalah salah satu
kepentingan kitar semula kerana kita membuat sesuatu yang
baharu dari barang yang terpakai. Contohnya seperti botol
boleh dijadikan pasu bunga. Selain itu, botol juga boleh
dijadikan tempat untuk menyimpan alat-alat tulis. Di samping
itu, bekas aiskrim juga boleh disimpan ikan atau ayam kerana
bekas aiskrim tahan suhu yang berada di tahap sejuk beku.

LANGKAH UNTUK PENAMBAHBAIKAN AMALAN KITAR SEMULA DI KAWASAN
PERUMAHAN KITA

1.Memperbanyakkan tong-tong kitar semula

=Memperbanyakkan tong-tong kitar semula ini perlu di menambaikan
kerana di Majidi Baru kekurangan tong-tong kitar semula. Jika
kekurangan tong-tong kitar semula, penduduk akan membuang sampah
mereka sesuka hati di mana sahaja yang mereka minat. Jika tidak dijaga
hal ini, sampah sarap itu akan bertaburan di atas jalan raya,hal ini akan
menyebabkan kekotoran.
2. Memperketatkan undang-undang

= Pihak swasta dan pihak kerajaan berganding bahu untuk mengawasi
kawasan perumahan yang tidak menjalankan amalan kitar semula yang
telah ditetapkan. Pihak Selainitu, kedua-dua pihak juga perlu mewar-
warkan penguatkuasaan undang-undang berkenaan amalan alam sekitar
di kawasan-kawasan yang tertentu.

3.Mengadakan kempen kitar semula

=Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen kitar semula pada
peringkat sekola agar pelajar didedahkan amalan kitar semula. Ketua
pengurusan kawasan perumahan boleh mengadakan kempen secara besar-
besaran agar penduduk kawasan setempat menjadi lebih peka dengan amalan
kitar semula yang wajar dijalankan.

RUMUSAN

Kesimpulannya, melalui kajian yang dijalankan,saya dapat memahami
tentang kepentingan amalan kitar semula di kawasan Majidi Baru. Dengan
mengamalkan kitar semula, kita dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar
yang berpunca daripada pembuangan sisa pepejal di samping dapat
menceriakan persekitaran tempat tinggal kita. Selain itu, kitar semula juga dapat
menjana pendapatan sampingan kepada penduduk di kawasan ini. Akhir sekali,
amalan kitar semula ini perlu dipupuk dan disemai dalam diri setiap lapisan
masyarakat di negara kita, terutamanya generasi muda demi mengekalkan
keindahan alam sekitar ini.

RUJUKAN

BUKU TEKS
AHMAD RIDZUAN BIN ABD RAHMAN,RAJINI GAURI MUTHUSAMY,PAU

ANAK UTEK,BUKU TEKS GEOGRAFI TINGKATAN 3,IMS BOOKS TRADING SDN.BHD
2018.

INTERNET

• https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/
• https://core.ac.uk/download/pdf/11490180.pdf

ORANG SUMBER

DANG NURUL MAISARA BINTI SANUSI,18 TAHUN
NAJWA IRDHINA BINTI REME,18 TAHUN
REME BIN RASHIB,44 TAHUN
NOR AZAH BINTI ABDUL JALIL,51 TAHUN
NAJWA MAISARAH BINTI REME,17 TAHUN
SYAFIQAH SUHAILI BINTI SANUSI,18 TAHUN
NOOR SYAFEERA BANU BINTI SAJAHAN,18 TAHUN
DYIA ALIYYAH BINTI AZWAN,18 TAHUN
SITI NOR ATHIRAH BINTI AZMI,18 TAHUN
MUHD AL BUKHARY BIN ZULKARNAIN,16 TAHUN

LAMPIRAN

1. Contoh gambar tong kitar semula di kawasan Majidi baru

2. Contoh pencemaran yang berlaku di kawasan Majidi Baru

3. Contoh barang yang dikitarkan semula di rumah saya

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version