The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 995-16-nurliyana, 2022-05-15 21:34:33

BAHAN AUTENTIK, TEKS,GRAFIK.pptx

BAHAN AUTENTIK, TEKS,GRAFIK.pptx

BAHAN PENGAJARAN

LITERASI

NURLIYANA INSYIRAH BINTI SUHAIMIN
BM7

BAHAN AUTENTIK

-Perkataan autentik bermaksud satu keadaan atau benda yang masih asal atau
asli. Noresah (2000) mendefinisikan autentik sebagai bahan yang dapat
dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar (bukan palsu, rekaan dan
sebagainya).

-Bahan yang dipilih mestilah bermutu bahasanya agar dapat melatih pelajar
supaya menjadi lebih kritikal dan peka terhadap penggunaan bahasa yang betul
dan tepat. Pembelajaran berasaskan bahan autentik ialah pembelajaran
berasaskan aktiviti dalam suasana sebenar yang membolehkan seseorang pelajar
menumpukan kepada pengetahuan dan kemahiran. Contohnya, kemahiran
berfikir dan kemahiran menyelesaikan tugasan.

-Merupakan bahan bercetak, bahan audio dan video yang boleh dijumpai dalam
kehidupan seharian murid. Contohnya, menu, rancangan radio dan iklan dalam media
elektronik

JENIS AUTENTIK

-Dua kategori bahan autentik yang utama, iaitu bahan bercetak dan bahan audio.
Contoh bahan bercetak: kupon, tiket, kad hari jadi, papan tanda jalan raya,
majalah dan surat khabar Contoh bahan audio: drama, wayang, video, DVD,
laporan cuaca, berita pengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan
lain-lain yang diambil daripada siaran radio atau televisyen, fail media digital (
podcasts) dan E-books.

-Contoh bahan bercetak: rencana kesihatan, berita bencana alam (banjir,
kebakaran, tanah runtuh, angin puting beliung dan sebagainya), petikan cerpen,
forum, bacaan sajak, syair, pantun dan lain-lain yang diambil daripada siaran radio
atau televisyen. Bahan tersebut senang diperoleh dan penutur boleh
mendapatkannya dalam susunan yang senang kepada yang agak susah.

CIRI BAHAN AUTENTIK

Aktiviti pembelajaran berasaskan keadaan sebenar. Pelajar menyiapkan
tugasan dengan mengenal pasti dan meneliti tugasan mereka Beri peluang
kepada pelajar untuk memeriksa dan mengkajitugasan dalam jangka masa
tertentu seperti dalam tempoh satu hari, berminggu atau berbulan dan
bukan dalamtempoh beberapa minit atau beberapa jam. Pelajar diberi
peluang meneliti dan memahami tugasan mereka daripada pelbagai
perspektif dengan menggunakan pelbagai sumber. •Pelajar berpeluang
berkolaborasi dengan pihak lain sewaktu menjalankan pembelajaran
autentik

KELEBIHAN BAHAN AUTENTIK

-Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran

-Mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari
-Menunjukkan peringkat atau proses sesuatu pembelajaran

-Menghasilkan pembelajaran yang lebih konkrit
-Memberi pengalaman sebenar belajar kepada pelajar

BAHAN TEKS

Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012), bahan teks boleh
didefinisikan sebagai suatu bahan pembelajaran yang mengandungi tulisan.
Teks juga merupakan sesuatu yang tertulis untuk dijadikan dasar dalam
memberi pelajaran atau merupakan penghasilan suatu bahan yang bertulis.
Bahan teks digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
untuk Kemahiran Membaca bertujuan untuk melatih murid meningkatkan
kemahiran membaca mereka melalui teks yang dibacanya daripada guru.
Buku teks/ bahan teks merupakan bahan bantu mengajar yang dikarang
khusus oleh beberapa orang penulis dan pengarang. Penggunaan bahan teks
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat memperluas kosa kata
murid dari pelbagai konteks kerana dalam suatu bahan teks, mengandungi
pelbagai kosa kata berdasarkan topik atau tema tertentu.

FUNGSI BAHAN TEKS

Proses pengajaran dan pembelajaran dan menjadi
lebih lancar. Bahan teks adalah sebagai panduan
kepada guru dan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran. Memudahkan murid untuk memahami
apa yang dipelajari. Proses pembelajaran akan
menjadi lebih menarik. Bahan teks adalah sebagai
bahan untuk membuat rujukan

KELEBIHAN BAHAN TEKS

Bahan teks kebiasaannya lebih mudah didapati
Bahan teks juga mudah dikendalikan dan
digunakan dalam kelas semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran Dapat menambah kosa kata
murid.

BAHAN GRAFIK

Bahan grafik merupakan satu istilah umum yang merujuk kepada semua
jenis unsur visual yang menyokong teks untuk menjadikan sesuatu
mesej bercetak lebih jelas dan menarik. Grafik juga merupakan
kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol,
huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu
media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada
sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Bahan bantu
mengajar grafik terdiri daripada gambar ( gambar tunggal, gambar
bersiri, poster dan lain-lain) serta jadual, peta, carta alir, graf serta
kartun

KELEBIHAN BAHAN GRAFIK

Persembahan lebih menarik Menekankan fakta-fakta tertentu dan
penonton akan lebih mudah memahami maklumat tersebut,
penyampaian maklumat juga lebih pantas dan efektif kaedah
persembahan yang dipelbagaikan terutama dengan adanya
unsur-unsur animasi

JADUAL CONTOH BAHAN GRAFIK

Murid diminta menerangkan maklumat
yang mereka faham daripada jadual murid
lain mendengar dan mencatat maklumat
tersebut maklumat yang ditulis perlu
diterangkan semula mengikut kefahaman
murid

Kartun

Berdasarkan gambar tersebut, murid
diminta menyatakan pemahaman mereka
berkaitan dengan gambar Beberapa orang
murid diminta menceritakan sukan apa
yang mereka pernah libatkan diri
Murid-murid yang lain mencatat dan
menceritakan semula cerita yang telah
disampaikan oleh rakan mereka dengan
menggunakan ayat mereka sendiri

KESIMPULAN

Pada era berteknologi kini, bahan-bahan berbentuk grafik
dikatakan lebih mudah dan dapat memberi kesan kepada
minda penerima dan juga penyampai maklumat. Disini bukan
bermaksud kaedah tradisional perlu dilupakan akan tetapi,

kita perlulah bergerak selari dengan perkembangan
teknologi dalam pendidikan pada masa kini agar kita dapat

bergerak setaraf dengan negara-negara luar


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Hana Si Tompok Oren
Next Book
EPC Business Profile