LAPORAN MESYUARAT AGUNG KALI KE -39
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SK TENGKU AMPUAN MARIAM
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.
2019/2020
TARIKH : 9 MAC 2020 (ISNIN)
MASA : 3.15 PETANG
TEMPAT : KANTIN, SK TENGKU AMPUAN MARIAM
KEHADIRAN : 173 ORANG
PENGERUSI : ENCIK MOHD MAKHTAR BIN AMBAK
AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE - 39
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke - 38
3. Membentang dan menerima Penyata Kewangan 2019/2020
4. Usul dan Hal hal lain
5. Pembubaran AJK PIBG 2019 / 2020 dan Melantik Pengerusi Sementara
6. Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2020 / 2021
7. Ucapan Penangguhan oleh Yang DiPertua
Bersurai
Mesyuarat bermula pada jam 3. 15 petang
1. Ucapan Pengerusi Mesyuarat
1.1 YDP mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dalam
Mesyuarat Agung Kali ke ini.
Makluman
1.2 YDP turut mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa kerja dan semua guru-
guru dalam membantu menjayakan majlis ini.
Makluman
2. Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke - 38
2.1 En. Mohd Razali bin Chik selaku setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat
Agung kali ke -38.
Makluman
2.2 En. Muhd Razali bin Chik membentangkan Laporan Aktiviti sesi 2019/2020.
Beliau meminta Minit mesyuarat Agung kali ke- 38 dan laporan aktiviti disahkan.
Makluman
2.3 Pengerusi membentangkan Laporan Aktiviti PIBG sepanjang tahun 2019/2020. Laporan
diterima tanpa sebarang pindaan.
Makluman
2.4 Encik Muhammad Azizi bin Abdullah mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung kali
ke -38 Dan Laporan Aktiviti disahkan. Disokong oleh Encik Aizat bin Ismail.
Makluman
3. Membentangkan Dan Menerima Penyata Kewangan 2019/2020
3.1 Bendahari membentangkan Laporan Penyata Kewangan sepanjang tahun 2019/2020.
Makluman
3.2 Puan Kharoni Kartini binti Mohamad mencadangkan agar penyata kewangan berakhir
31 Disember 2020 ini disahkan. Disokong oleh Puan Nurul Ashikin binti Jaafar.
Makluman
4. Usul
4.1 Membentangkan Usul
Setiausaha memberitahu majlis yang beliau menerima 12 usul daripada ibu bapa.Beliau
hanya merumuskan 5 usul kesemuanya untuk dibincangkan dalam mesyuarat AJK nanti
iaitu :-
4.1.1 Usul 1
Harap dapat pantau penjaja diluar sekolah yang menghalang laluan ibu bapa
kerana meletakkan kenderaan menjaja di hadapan wakaf menunggu terutama
selepas waktu persekolahan atau waktu balik.
Nama: Liza Haryanti binti Abu Bakar
Ulasan: Guru Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan hal itu diluar bidang kuasa sekolah
dan ibu bapa bolehlah melaporkan pada PBT.
4.1.2 Usul 2
Mohon pihak sekolah benarkan atau bagi kelonggaran kepda kenderaan ibu bapa
masuk kawasan sekolah ambil anak ketika hari hujan.
Nama: Noor
Ulasan: Guru Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan Pihak sekolah tidak boleh
membenarkan kerana kawasan sekolah sempit dan tiada aliran keluar masuk yang
baik. Akan mewujudkan suasana sibuk/jem.
4.1.3 Usul 3
Kebersihan di pondok menunggu hentian bas amat mengecewakan terlalu kotor.
Sampah dibuang merata-rata tempat dan tong sampah terlalu penuh sehingga
melimpah.
Nama: Nurul Aida binti Mat Rasid
Ulasan: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyatakan Hal sampah dan kekotoran
di pondok memunggu diluar bidang kuasa sekolah. Akan menasihat murid untuk
sentiasa menjaga kebersihan.
4.1.4 Usul 4
Mencadangkan supaya murid-murid memakai tudung berwarna hitam sewaktu
Pendidikan jasmani
Nama: Rozita binti yusof
Ulasan: Guru Penolong Kanan Pentadbiran menyatakan cadangan tersebut tidak dapat
dilaksanakan. Kekalkan tudung putih.Kebaikan untuk semua
4.1.5 Usul 5
Menyatakan bahawa kantin sekolah Gred A dan akan menggalakkan murid membeli
Di kantin sekolah.
Nama: Wahab
Ulasan: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menyatakan isu penjualan di luar pagar
sekolah barangan yang tidak sepatutnya dijual tidak termasuk makanan.
5. Hal – Hal Lain
Penolong Penasihat memaklumkan bahawa Mesyuarat telah bersetuju dengan keputusan seperti
diberikut:
5.1 Bayaran bagi sumbangan PIBG adalah dikekalkan dengan kadar bayaran RM 30.00
perkeluarga, seperti mana arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu pada surat bertarikh 19 Januari 2014 yang bertajuk Penyelarasan Kutipan
Sumbangan PIBG.
Makluman
5.2 Yuran untuk murid bukan warganegara dikenakan kepada murid bukan negara di
sekolah ini sebanyak RM 120.00 untuk Pendaftaran di JPNT dan RM2.00 untuk Majlis
Sukan Sekolah Malaysia, RM1.60 untuk insurans murid (dibayar disekolah).
Makluman
6. Pembubaran AJK PIBG 2019 / 2020 dan Melantik Pengerusi Sementara
6.1 Yang Dipertua PIBG membubarkan AJK PIBG 2019/2020
6.2 Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk melantik Tn Hj Hashim B Omar
untuk mengendalikan pemilihan AJK PIBG sesi 2020 / 2022
Makluman
7. Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG 2020 / 2022
7.1 Mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan baru PIBG 2020 /
2022 buat kali ini.
Makluman
7.2 Ahli mesyuarat bersetuju untuk melantik En Muhd Aimin bin Tahir sebagai
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Tengku Ampuan Mariam
mengantikan En Mohd Makhtar bin Ambak.
Makluman
7.3 Majlis mesyuarat bersetuju menyerahkan kepada Tuan Guru Besar untuk
melantik AJK dikalangan guru bagi sesi 2020/2022.
Makluman
8. Ucapan Penangguhan
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir. Semua
kerjasama pihak ibu bapa akan memberikan impak kemajuan sekolah pada masa akan datang.
Beliau juga berharap agar pihak ibu bapa dapat memberikan komitmen dalam sebarang aktiviti
sekolah bagi kecemerlangan anak-anak dan sebagainya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang
Disahkan oleh:
(MUHD AIMIN BIN MOHD TAHIR)
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),
SK Tengku Ampuan Mariam, 20200
Kuala Terengganu