MILA DUNIA MAKANAN
SINOPSIS Buku ini menceritakan tentang seorang kanak-kanak bernama Mila yang sangat suka makan makanan ringan serta manisan sehingga menganggu kesihatan gigi Mila. Mila amat sukakan makanan tidak sihat ini sehingga terbawa-bawa ke alam mimpi. Apakah yang akan terjadi kepada Mila sebenarnya, jika anda ingin tahu, bacalah cerita ini sehingga habis. PENULIS ILUSTRASI Siti Nurjulikah Siti Nurjulikah
Di sebuah kampung di pinggir bandar terdapat seorang kanak-kanak comel berumur 9 tahun bernama Mila. Mila seorang kanak-kanak yang ceria dan suka makan makanan ringan serta manisan. Setiap hari Mila tidak akan lupa makan makanan ringan dan manisan seperti gulagula, kek coklat, ais krim dan sebagainya. 1
Mila sangat suka makan donat, Mila akan pastikan harinya dimulai dengan donat perisa strawberi dan kek cawan berperisa coklat disaluti dengan badam. Mila juga akan pastikan di dalam beg sekolahnya mempunyai kudap-kudapan seperti gula-gula. Mila sangat gembira apabila dapat makan makanan kegemarannya. Namun tabiat Mila yang suka makan makanan tidak sihat ini amat merisaukan ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya amat risau akan kesihatan gigi anak kesayangan mereka walaupun telah dilarang berulang kali. Mila tidak mempedulikan nasihat ibu dan ayahnya dan menolak untuk pergi ke klinik gigi. 2
Ibu dan ayah Mila cuba memujuk Mila untuk berhenti makan makanan ringan dan manisan. Ibu dan ayahnya telah membuat perjanjian dengan Mila, jika Mila berhenti makan makanan ringan serta manisan, ibu dan ayah akan tunaikan apa saja permintaan Mila. Pujukan itu nampaknya berhasil apabila Mila berjanji untuk tidak makan makanan tidak sihat lagi. Mila berkata “ibu ayah, Mila berjanji Mila akan berhenti makan makanan tidak sihat lagi, tapi bolehkah Mila pergi ke majlis hari jadi Zahra esok petang dan makan kek hari jadi Zahra?” “Boleh Mila, tapi jangan makan banyak sangat ya nak.” Kalau Mila makan terlalu banyak nanti gigi Mila akan sakit dan rosak” kata ibu. 3
Keesokkan harinya, Mila pun datang ke majlis hari jadi kawan baiknya, Zahra. “Wah! banyaknya kek dan gula-gula, Mila sangat gembira” kata Mila. “Mila mari sini kita makan kek cawan ini, kek ni sangat sedap. Ibu saya yang buat.” balas Zahra pula. Mila, Zahra dan kawan-kawannya mula bermain dan makan makanan manis tanpa henti sehingga majlis selesai. 4 Mila berasa sangat gembira dan makan banyak makanan manisan seperti kek coklat, biskut coklat, dan ais krim di majlis hari jadi Zahra. Ketika Mila menyuap kek coklat ke dalam mulutnya, Mila mengaduh kesakitan. “Aduh!” kata Mila sambil memegang mulutnya. Namun Mila hanya membiarkan saja rasa sakit itu lalu menyambung makan kek coklat itu.
5 Waktu malam pun menjelang tiba, Mila dan keluarganya makan malam bersama-sama. Ibu Mila menghidang makanan yang sihat seperti ikan, ayam dan sayur. Namun Mila menolak untuk makan makanan itu kerana Mila tidak menyukai sayur-sayuran dan ikan. Mila hanya makan seketul ayam bersama nasi dengan kuantiti yang sedikit. Kelakuan Mila itu telah membimbangkan ibu dan ayahnya. Ayahnya berkata, “Mila makanlah banyak sikit, makan ikan dan sayur yang ibu kamu masak ini, sedap!.” Lalu Mila pun menjawab, “Mila tak mahulah ayah, Mila teringin nak makan donat dan ais krim” Ibu dan ayah Mila berpandangan. “Bukankah Mila sudah berjanji untuk tidak makan makanan seperti itu lagi? “Mila tidak boleh makan donat dan ais krim malam ini, habiskan makanan yang kamu makan sekarang.” Tegas ibu Mila mula berasa sedih dan tidak berpuas hati dengan ibu dan ayahnya. Mila pun berlari keluar dari ruang makan dan menguncikan dirinya di dalam bilik.
Di dalam bilik, Mila berasa sangat sedih dan mula menagis. Mila sangat teringin mahu makan donat. Fikiran Mila dipenuhi dengan makanan ringan serta manisan sahaja. Membuatkan Mila berfikir bahawa Mila akan sangat bahagia dan gembira jika hidup dalam dunia makanan ringan dan manisan. Mila yang sedang khusyuk berimaginasi dengan dunia makanan ringan dan manisannya mula perlahan-lahan menutupkan mata dan tertidur. 6
Ketika Mila sedang lena tidur, tiba-tiba Mila terbangun disebabkan terdengar bunyi bising seperti bunyi seorang mengerang kesakitan. "Aduh...aduh sakitnya." Mila pun membuka mata dan sedar dia berada di dunia lain. 7
Dunia Mila kini dipenuhi dengan pelbagai jenis makan makanan ringan serta manisan. Bukit-bukau serta pokok-pokok semua menyerupai makanan kegemaran Mila. Mila berasa sangat gembira dan merasa ingin terus tinggal di dunia baru tersebut. 8
Sedang Mila berseronok meneroka dunia makanan itu, Mila terjumpa dengan kawan-kawannya. Mereka kelihatan sangat gembira dan mula berjalan-jalan menyelusuri sungai coklat sambil bernyanyi-nyanyi. Mila dan kawan-kawannya makan pelbagai jenis makanan manis seperti gula-gula, coklat, kek dan sebagainya. Mereka berlima berasa sangat seronok dan makan tanpa henti sehingga lewat malam. 9
Sedang lima sekawan itu leka makan, mereka terdengar seperti ada bunyi seseorang kesakitan. Mila dan kawan-kawannya mula perasan setiap kali mereka menyuap makanan manis masuk ke mulut, mereka akan terdengar bunyi, "aduh...aduh sakitnya" Rupa-rupanya bunyi itu datang dari gigi mereka. Namun Mila dan kawan-kawannya masih membiarkan bunyi itu dan meneruskan makan kerana mereka masih tidak merasa sakit pada bahagian gigi mereka. 10
Mila yang sedang leka dengan makanan kegemarannya itu mula sedar dengan bunyi seseorang mengerang kesakitan yang makin jelas kedengaran. Mila juga mula perasan tentang keadaan kawan-kawannya yang mula menghilang satu demi satu. Kawan-kawan Mila lenyap dari pandangan Mila sambil mengerang kesakitan dan menagis memegang gigi mereka. Mila pun mula risau dan cuba mengejar-gejar kawankawannya. Ketika Mila menyelusuri sungai coklat yang hanya diterangi bulan dan bintang untuk mencari kawannya yang hilang, Mila tiba-tiba terjumpa dengan makanan kegemaran Mila iaitu donat. 11
Mila sangat sukakan donat sehingga Mila lupa tujuan asalnya adalah untuk mencari kawan-kawannya yang hilang itu. Mila yang cuba untuk mencapai donat kegemarannya itu tiba-tiba terdengar bunyi seperti seseorang sedang marah. Mila mencari-cari dari mana datangnya bunyi itu. "Mila, jika kamu seorang anak yang baik kamu seharusnya tidak makan makanan tidak sihat ini dan mentaati nasihat ibu dan ayah kamu." Kata si Gigi kepada Mila yang cuba memakan donat. Disebabkan tabiat kamu yang suka makan makanan tidak sihat, aku telah menjadi rosak dan mula berlubang kesannya nanti akan datang kepada kamu, Mila." Sambung si Gigi lagi 12
Mila masih lagi dengan sikap tidak ambil pedulinya. Mila tetap dengan pendiriannya untuk makan donat kegemarannya. Mila makan dengan sangat rakus dan terburu-buru. Ketika Mila menyuap suapan terakhir donat ke dalam mulut, tiba-tiba keluar titisan darah dari mulutnya. Mila cuba mengelap titisan darah itu namun darah itu tidak berhenti mengalir keluar dari giginya. Mila pun berasa sangat takut. Mila berlari mencari rakan-rakannya dan cuba untuk keluar dari dunia makanan manis yang semakin gelap itu. Sedang Mila berlari-lari tanpa hala tuju, Mila terlanggar sebuah pokok besar dan tinggi menyerupai biskut coklat. Mila yang terlanggar pokok itu pun terjatuh dan mengaduh kesakitan. Gigi Mila yang berdarah juga sudah tercabut dan Mila mula pengsan. 13
Mila membuka mata perlahan-perlahan dan Mila mula sedar yang dia bukan lagi berada di dunia makanan manis. Mila pun memegang dan melihat giginya dihadapan cermin bilik. Mila berasa lega kerana giginya tidak lagi mengeluarkan darah. Namun Mila merasa giginya sangat sakit dan kelihatan berlubang hitam. Mila pun mula menagis. Mila berteriak memanggil ibu dan ayah. "Mila, kamu kenapa nak?" Tanya ayah. "Ibu ayah, gigi Mila sangat-sangat sakit dan berwarna hitam, Mila takut, nanti gigi Mila rosak dan tercabut Mila tidak mahu gigi Mila rosak." Adu Mila sambil teresak-esak menangis. 14
Pada hari yang sama, Mila telah dibawa ke klinik gigi. Mulai hari itu, Mila telah berjanji mengurangkan makan makanan ringan serta manisan. Mila juga berjanji untuk mentaati ibu dan ayahnya dan tidak akan melawan arahan dan nasihat mereka. Pengakhirannya Mila pun hidup dengan gembira dan mula makan makanan yang sihat. Mila kini lebih rajin menjaga kesihatan giginya kerana Mila tidak mahu mengulang kesilapan dan merasa sakit gigi lagi. Mila juga kini lebih rajin memberus gigi dan mendengar nasihat ibu, ayah dan juga doktor gigi.15
Makanan manis dan ringan, memanglah menggoda, Tapi ingatlah, gigi kita perlu dijaga. Coklat dan keropok, bukanlah pilihan bijak, Menghakis gigi, hingga memudar kilauan makna. Beruslah gigi, setiap pagi dan malam, Dan hindari makanan yang buat gigi berkulat. Anak-anak bijak, pilihlah makanan yang sihat, Agar gigimu tetap kuat, hingga waktu berakhir. Ibu ayah kita, penjaga yang setia, Mengajarkan kita, tentang hidup yang sihat. Dengarlah nasihat mereka, dalam memilih makanan, Kesihatan gigi, janganlah diabaikan. Jadi anak-anak, dengarkanlah pesan ini, Jauhi makanan manis, serta ringan yang membahayakan. Mentaatilah nasihat ibu ayah, yang penuh cinta kasih, Untuk senyum cerah, dan gigi yang bersih. 16
d PENGAJARAN TAMAT Sentiasa menjaga kesihatan gigi dengan memberus gigi setiap pagi dan malam. 1. 2. Mendengar nasihat ibu ayah Mengurangkan pemakanan yang tidak sihat seperti makan makanan ringan dan manisan 3. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka Muhammad Al Afzan. (2008). Binaan Plot. https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/03/binaan-plot.html Zamri Mohamad. (2012, December 24) Tips Penulisan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak (2). https://youtu.be/P6UCpnLm2BE?si=Gte2K6JdtOwn6Ohg RUJUKAN