1 TEKS UCAPAN ALU-ALUAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT SK KUNAK 2 TAHUN 2022/2023 Disampaikan Oleh ENCIK SALIM BIN SAMAI GURU BESAR, SK KUNAK 2, KUNAK.
2 Terima kasih diucapkan kepada saudara dan saudari pengacara majlis. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam JPN Sepakat Sabah Hebat, dan Salam PPD Kunak, We Foster Bersama Menjana Kegemilangan. SALUTASI Yang Berbahagia Tuan Lajahuri bin Lajahidi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kunak, Yang dihormati Puan Teresa Bestan, Penolong Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Kunak merangkap Pegawai Hadid SK Kunak 2, Seterusnya, Yang Dihormati Encik Rosman bin Rayman, Naib Yang Dipertua PIBG SK Kunak 2, Yang dihormati Encik Amadun bin Sawanun, Penolong Kanan Kokurikulum SK Kunak 2 merangkap Pengarah Program majlis kita pada pagi ini, Yang dihormati Puan Hjh Zahria binti Hj Saming, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Yang dihormati Puan Rukayah binti Hj Judin, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Barisan guru selaku ahli jawatankuasa pelaksana majlis Para penerima Anugerah Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat SK Kunak 2 bagi Tahun 2022/2023, Seterusnya, para ibu bapa dan penjaga serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
3 KATA ALUAN 1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya juga, kita dapat berhimpun pada hari ini untuk bersama- sama memeriahkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat SK Kunak 2 bagi Tahun 2022/2023. 2. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Lajahuri bin Lajahidi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kunak atas kesudian hadir bersama-sama warga SK Kunak 2 dalam meraikan majlis pada hari ini. 3. Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana majlis yang diketuai oleh Encik Amadun bin Sawanun selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum, atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis yang telah dirancang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua. 4. Hadirin sekalian, Penganjuran majlis anugerah kokurikulum ini adalah yang pertama kalinya diadakan dan merupakan antara usaha pihak sekolah untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid khususnya dalam bidang kokurikulum bagi tahun 2021 dan 2022. Justeru, pada kesempatan ini, saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para murid yang bakal menerima anugerah malahan kepada ibu bapa juga para guru yang telah menjadi tulang belakang atas setiap kejayaan yang dilakar oleh anak-anak di SK Kunak 2 ini. 5. Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada
4 saya yang paling utama adalah kejayaan terletak pada diri murid itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha mencapai kejayaan, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi bak kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Oleh itu, saya menyeru agar kita bersama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita di SK Kunak 2 yang tercinta ini. Hadirin dan hadirat sekalian, PENUTUP 6. Sebagai penghujung bicara, harapan saya agar dengan terlaksananya majlis ini mampu menjadi jambatan ukhuwah dan memupuk permuafakatan dalam kalangan warga sekolah sekaligus memantapkan budaya kerjasama dan ketekunan dalam menjayakan sesuatu program atau majlis di peringkat sekolah. 7. Saya juga amat berharap agar penganjuran majlis sebegini dapat meningkatkan motivasi murid-murid untuk mencapai kecemerlangan dalam segenap aspek sama ada akademik, sahsiah dan kokurikulum. Selain itu, diharapkan dapat mewujudkan budaya saing yang sihat dalam kalangan warga sekolah. 8. Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada pagi ini, sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Sesungguhnya, setiap penat lelah dan pengorbanan yang dilakukan oleh guru-guru untuk kemenjadian anak-anak didik kita, hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Dialah sebaik-baik pemberi ganjaran. Buat para guru, teruslah membimbing demi kecemerlangan, kepada semua murid yang menerima anugerah saya ucapkan syabas dan tahniah. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
5