The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihajjarnasir, 2022-11-02 11:02:36

CASE STUDY HIGHWAY (2)

CASE STUDY HIGHWAY (2)

DCC30103:
HIGHWAY AND TRAFFIC

ENGINEERING

INTRODUCTION TO HIGHWAY AND TRAFFIC

PENSYARAH KURSUS:
PN. MAI AZUNA BINTI MEOR YUSUF

KELAS: DKA3A

SITI HAJJAR BINTI MOHD NASIR
08DKA21F1108

NUR HANI NAZURAH BINTI MOHD ZAMRI
08DKA21F1096

PENGENALAN

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya
melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya
atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh
membawa kecederaan dan juga kematian. Bak kata pepatah, alah
bisa tegal biasa kini telah menjadi sinonim dengan masyarakat
Malaysia memandangkan saban hari rakyat Malaysia disajikan
dengan berita-berita kemalangan jalan raya yang menyayatkan hati
sama ada di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Negara kita
merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat
kemalangan yang tinggi. Kecelakaan jalan raya bukan sahaja malah
telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang
terdapat di jalan raya. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita
kaji untuk memahami masalah kemalangan jalan raya supaya dapat
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

1)KECUAIAN PEMANDU

Kemalangan jalan raya juga sering berlaku di negara kita akibat kecuaian pemandu
Itu sendiri dalam mengendalikan kenderaan. Pemandu tersebut kadang
Melakukan hal yang tidak sepatutnya dilakukan ketika memandu seperti bermain
telefon bimbit, memasang radio dengan kuat, memandu dalam
keadaan yang letih atau mengantuk, memandu dalam keadaan bawah alkohol atau
dadah dan lain-lain. Masalah tersebut yang menyebabkan pemandu terlibat dalam
kemalangan jalan raya. Hal ini terjadi kerana sikap pemandu yang tidak cakna pada
diri sendiri dan orang lain atau lebih tepat individu yang
mementingkan diri sendiri.

FAKTOR KECUAIAN PEMANDU

Utusan hmetro "viral video pemandu mabuk
mengheret motosikal sejauh dua
kilometer. Ujian (kandungan alkohol) telah dan
bacaannya melebihi apa yang dibenarkan, Pemandu
atau pengguna sering melanggar peraturan jalan raya
sesuka hati. Sebagai contohnya, memandu dalam
keadaan yang mabuk dan letih atau melanggar peraturan
jalan raya. Apabila berlaku kemalangan sudah tentu
mereka akan cedera. Tegasnya, sikap kecuaian pengguna
Ini tidak seharusnya diamalkan oleh masyarakat kerana
malang tidak berbau. Selain itu, Ini kerana mereka sengaja
melanggar lampu trafik di jalan raya. Akibatnya,
kemalangan boleh berlaku dan tidak dapat mengawal
kenderaan dengan baik. Oleh itu, kita perlulah cegah
sebelum parah.

FUNGSI PENGURUSAN TRAFIK

Kerajaan perlu mengkaji dan menilai semula aspek perundangan dan
hukuman ke atas pesalah lalu lintas. Kerajaan seharusnya
mengenakan tindakan keras kepada pesalah lalu lintas yang
melakukan kesalahan berat, mereka hendaklah dikenakan hukuman
penjara, dan denda yang setimpal. Contohnya, hukuman berkenaan
terutama bagi Seksyen 45A dan Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan
1987. Tindakan keras ini walaupun dilihat berat dan menyusahkan tetapi
hakikat sebenarnya, tindakan ini akan dapat mengurangkan kes
kemalangan berlaku terutama yang melibatkan pemandu mabuk. Hal ini
kerana pemandu mabuk sering menyebabkan kemalangan sehingga ramai
nyawa terkorban.

TUJUAN PENGURUSAN TRAFIK

Meningkatkan tahap keselamatan jalan raya yang disebabkan oleh pemandu
dibawah pengaruh alkohol yang dibenarkan iaitu

80 mg/100 ml. pemandu yang mabuk atau letih, sesetengah orang yang
menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak bersama rakan atau
saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan mereka
dengan keadaan mabuk.Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya
dan seterusnya meragut nyawa pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini
memaparkan kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu jalan
raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan menjadi

mangsa kemalangan jalan raya disebabkan itu pihak berkuasa
haruslah mengambil insiatif terdekat untuk membendung pemandu yang
mabuk.Hal ini demikian,mereka akan mudah tertidur ketika memandu dan akan

melanggar apa-apa sahaja di depan.Oleh yang demikian,jelaslah
bahawa pemandu yang mabuk dan letih perlu diberikan tindakan keras agar

mereka serik untuk memandu dalam keadaan mabuk lagi.

KEBERKESANAN PENGURUSAN TRAFIK

Membuat sekatan • Memperkasakan penguatkuasaan undang-undang. Kita boleh

lihat, ramai di antara pengguna jalan raya mempunyai saman dan
lihat bagaimana mereka menyelesaikannya. Apabila pihak polis

memberikan diskaun kepada saman barulah
mereka akan tergesa-gesa untuk membayarnya. Perkara ini

kurang memberi kesan kepada pesalah jalan raya. Sistem dimerit
yang telah sedia ada wajar dikuatkuasakan dengan lebih ketat
dimana jika mereka telah disaman sebanyak tiga kali, mereka
akan ditarik semula lesen memandu mereka seterusnya kos
untuk mengambil semula lesen memandu digandakan. Begitu

juga bagi pemandu-pemandu yang melanggar peraturan jalan
raya yang telah ditetapkan. Selain itu, dengan adanya sekatan
pihak berkuasa yang membuat pengguna jalan lebih berhati-hati
atau berhemah di jalan raya kerana takut dikenakan tindakan.

2)KEADAAN JALAN RAYA

Struktur jalan juga memberi kesan yang positif terhadap kes kesesakan lalu lintas.Hal ini kerana
pihak yang bertanggungjawab terlalu mengambil mudah tetang permasalahan struktur
jalan. Masalah ini bukan sahaja berkaitan dengan mod pengangkutan, bahkan turut melibatkan
struktur jalan raya yang membahayakan seperti tiadanya pembahagi jalan yang jelas, jalan yang
pecah dan berlopak, jalan tidak rata, kurangnya kemudahan lampu isyarat, kesesakan
lalu lintas yang boleh memberi kesan kepada fizikal dan psikologi manusia dan beberapa
kesan lagi. Struktur jalan yang tidak sistematik sedikit sebanyak mempengaruhi
kes kesesakan lalu lintas.

FAKTOR JALAN RAYA

Berita Malaysia kini memaparkan tentang kemalangan jalan
raya akibat jalan berlubang. Seorang penghantar makanan
Grab Food disahkan maut di tempat kejadian selepas
motosikalnya hilang kawalan apabila mangsa menghampiri
lampu isyarat simpang tiga dan terlanggar lubang di bahu
jalan, menyebabkan motosikal yang ditunggangnya hilang
kawalan.Mangsa terbabas di lorong kiri jalan dan disahkan
maut di tempat kejadian. Hal ini kerana jalan yang
rosak tidak dibaiki dengan segera oleh pihak berkuasa atau
mungkin kerana pengguna lain yang tidak cakna untuk
membuat laporan tentang jalan raya yang rosak. Jalan
berlubang menyebabkan kelancaran pengguna jalan raya
terganggu.

FUNGSI PENGURUSAN TRAFIK

Pihak bertanggungjawab juga perlu memastikan seluruh jaringan jalan raya
samada di kawasan bandar mahupun luar bandar diselenggara dengan baik. Hal
ini dapat membantu pengguna jalan raya menikmati pemanduan yang selesa dan
selamat. Terdapat juga kes kemalangan jalan raya yang berlaku
kerana terperosok dalam lubang yang terhasil daripada pembinaan jalan yang
tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Pihak berkuasa perlu sentiasa
memastikan tiada ketirisan berlaku dalam pemberian peruntukkan dan
penyelenggara melakukan kerja mereka dengan amanah dan mencapai tahap
kualiti yang terbaik. Tambahan pula, jika lantikan penyelenggara dilakukan
dengan betul, kontraktor tersebut juga perlu memastikan jalan raya berada
dalaam keadaan baik untuk digunakan oleh pengguna jalan raya. Inisiatif ini
sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pengurangan risiko terhadap
kemalangan jalan raya.

TUJUAN PENGURUSAN TRAFIK

Memastikan pengurangan kadar kemalangan jalan raya disebabkan
oleh struktur jalan yang rosak. Hal ini akan memberi keselesaan
dan keselamatan kepada pengguna untuk melalui jalan apabila
sudah dibaik pulih. Kerosakan jalan raya tersebut telah
mengorbankannya banyak nyawa. Keadaan jalan yang rosak

memberi kesan yang berbahaya terhadap pengguna jalan raya yang
melaluinya walaupun kerosakan jalan itu hanya kecil namun
memberi impak yang besar.

KEBERKESANAN PENGURUSAN TRAFIK

Melaporkan kepada pihak berkuasa

• Pihak berkuasa atau jabatan kerja raya perlulah cakna akan aduan
pengguna jalan raya dan memastikan penyelenggaraan dilakukan

secepat mungkin bagi menjamin keselesaan pengguna. Sehubungan
dengan itu, orang ramai juga diminta melaporkan kerosakan
jalan. Membuat sekatan ataupun menghalang

kenderaan bagi mengelakkan pengguna jalan raya melalui struktur jala
n raya yang rosak supaya tiada kemalangan berlaku. Terdapat 2

faktor kerosakan jalan iaitu faktor lalu lintas dan faktor non lalu lintas.
Faktor kerosakan jalan adalah penyebab kerusakan jalan yang

ditentukan oleh pergerakan kendaraan dan perlakuan pengguna jalan
terhadap jalan itu sendiri manakala faktor non lalu lintas disebabkan

oleh bahan perkerasan yang sudah lama, keadaan cuaca dan
kesalahan ketika dalam pelaksaan pengerjaan.

3)KEADAAN CUACA

Keadaan cuaca salah satu punca kemalangan jalan raya seperti panas dan hujan.
Keadaan cuaca yang tidak menentu juga mampu memberi kesan kepada
pengguna yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Hujan mengakibatkan jalan
licin dan panas terik mengakibatkan pantulan cahaya kepada pengguna. Masalah
ini disebabkan oleh, keadaan cuaca yang menyebabkan pengguna tidak dapat
mengawal atau mengendalikan kenderaan mereka dengan baik. Hal
ini berkemungkinan, jalan licin, tanah runtuh, pokok tumbang, angin sekiranya hujan
manakala panas terik berkemungkinan suhu, pantulan cahaya dari cermin,

FAKTOR KEADAAN CUACA

Kemalangan bas persiaran yang membawa 29 penumpang
termasuk dua pemandu di Kilometer 60.2 Lebuhraya Utara
Selatan, dipercayai akibat jalan licin ketika hujan renyai.
Bas persiaran terbabit dipercayai hilang kawalan
dan terbabas ke sebelah kiri jalan. "Penumpang
bas terbabit terdiri daripada 29 orang. Walaupun begitu,
pemandu bas tersebut bebas daripada pengaruh alkohol dan
dadah.Hal ini demikian,jalan raya yang licin semasa hujan akan
mengurangkan kecekapan brek kenderaan dan boleh
mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan raya yang
berselekoh tajam juga amat berbahaya kerana kenderaan di
sebelah sana tidak dapat melihat kenderaan yang datang
dan mereka akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya yang
berlubang-lubang yang boleh menyebabkan tayar sesuatu
kenderaan dan kenderaan yang datang belakang akan melanggar
kenderaan yang tersangkut jika tidak berhati-hati.Keadaan jalan
raya yang dibina di cerun bukit yang curam juga boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya.

FUNGSI PENGURUSAN TRAFIK

Memastikan keselamatan dan keselesaan jalan
Selain daripada itu, pihak berkuasa perlulah memainkan peranan
penting dalam memperketatkan undang-undang yang sedia ada.
Dengan cara ini, pengguna jalan raya mempunyai kesedaran akan
peraturan undang- undang jalan raya yang telah ditetapkan. Hal
ini demikian, kerana apabila pemandu tidak mematuhi undang-
undang yang sedia ada akan mengganggu keselesaan pengguna
lain. Disebabkan oleh itu, kemalangan jalan raya juga sering
berlaku kerana jalan licin akibat hujan yang menyebabkan banyak
kenderaan mudah terbabas. Hal ini akan membahayakan
pengguna lain di jalan raya terutama kepada kenderaan yang
membawa muatan berat seperti lori, trelar atau penggangkutan
awam.

TUJUAN PENGURUSAAN TRAFIK

Mengurangkan kemalangan disebabkan jalan raya yang licin semasa hujan.
Hal ini menyebabkan pengurangan kecekapan brek kenderaan dan boleh

mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan raya yang berselekoh tajam juga
amat berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat

kenderaan yang datang dan mereka akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya
yang berlubang-lubang dan berkemungkinan dalam dengan lopak air yang
boleh menyebabkan tayar sesuatu kenderaan dan kenderaan yang datang
belakang akan melanggar kenderaan yang tersangkut jika tidak berhati-
hati.Keadaan jalan raya yang dibina di cerun bukit yang curam juga boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,tanah runtuh yang
berlaku di sepanjang jalan kerana hujan yang lebat atau hujan yang
berterusan.

KEBERKESANAN PENGURUSAN TRAFIK

Menyediakan tempat berhenti

Pihak pengurusan trafik perlulah bertanggungjawab dalam
menyediakan tempat berhnenti sementara yang mencukupi supaya

pemandu dapat berhenti seketika sekiranya berlaku perubahan
cuaca seperti hujan lebat. Hal in kerana dengan adanya tempat

berhenti sementara yang mencukupi dapat membantu
mengurangkan peratusan kemalangan jalan raya sekaligus dapat
memastikan pemandu dapat memandu dalam keaddan yang selamat.

Konklusi

Kesimpulannya, pelbagai cara telah dibincangkan bagi menangani kes-kes
kemalangan jalan raya yang kian membarah hari ini. Setiap pihak
terutamanya kerajaan dan media massa mempunyai obligasi yang mustahak
dalam memupuk kesedaran pengguna jalan raya tentang keselamatan dan
langkah terbaik untuk mengatasi kemalangan daripada berlaku. Peribahasa
Melayu ada berkata, sudah terhantuk, baru terngadah yang boleh
didefinisikan apabila kita sudah terkena kemalangan barulah kita sedar dan
terlambat untuk melakukan apa-apa. Semua pihak perlulah berganding bahu
bagai aur dengan tebing supaya setiap langkah yang diambil mendatangkan
kesan yang positif. Jika kemalangan jalan raya dapat diatasi dan dikurangkan
kadarnya, tidak mustahil untuk imej negara menjadi sanjungan di mata dunia
kerana kemampuan rakyat kita mematuhi peraturan dan berhemah tinggi
apabila menggunakan jalan raya.

RUJUKAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/584929/9-kemalangan-maut-angkara-
pemandu-mabuk

https://www.malaysiakini.com/news/557590

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/10/1007836/kemalangan-bas-persiaran-
terbabas-disebabkan-jalan-licin-ketika-hujan

https://jasapengaspalan.co.id/faktor-yang-membuat-jalan-
rusak/#:~:text=Faktor%20yang%20membuat%20jalan%20menjadi%20rusak%20dibagi%20
ke,dan%20perlakuan%20pengguna%20jalan%20terhadap%20jalan%20itu%20sendiri

https://www.scribd.com/document/505831879/Case-Study-Highway

https://www.scribd.com/document/521597090/Topik-2-Pengurusan-Trafik

Kegagalan dalam
Turapan Flexible

1) Retak Buaya (Alligator Cracking)

Jenis keretakan pada jalan tersebut merupakan retak
buaya (Alligator Cracking). Ia dinamakan retak buaya
kerana retak yang membentuk serangkaian kotak-kotak
kecil yang saling berhubungan menyerupai kulit buaya.
Retak ini terjadi kerana keruntuhan lelah oleh beban
kenderaan yang berulang. Selain itu, mungkin juga
disebabkan oleh bahan perkerasan atau kualiti material
yang kurang baik. Oleh itu, keretakan tersebut boleh
diatasi dengan melakukan lapisan taburan asphalt dua
lapis iaitu Gator Patch. Jika celahnya kurang dari 3mm,
sebaiknya bahagian yang telah mengalami retak akibat
air yang merembes masuk ke lapisan fondasi tanah harus
dibongkar terlebih dahulu dan dibuang bahagian yang
basah, kemudian dilapisi lagi dengan bahan yang sesuai
seperti.

Retak Buaya (Alligator Cracking)

Kesimpulannya, retak buaya (Alligator Cracking) ialah
keretakan yang biasa terjadi pada permukaan jalan raya.
Pihak bekuasa seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) haruslah
bertanggungjawab membaiki jalan raya yang mempunyai
masalah tersebut dengan segera. Hal ini kerana untuk
mengelakkan terjadinya kemalangan jalan raya disebabkan
permukaan jalan raya yang rosak.

2) Bleeding

Jenis kerosakan pada permukaan jalan raya tersebut
dinamakan bleeding. Kerosakan jenis bleeding
merupakan jenis kerosakan yang disebabkan oleh
kandungan bitumen yang terlalu tinggi dan kandungan
lompang udara yang terlalu rendah. Selain itu, kerosakan
itu juga disebabkan semburan tack coat terlalu banyak
dan lebihan bitumen meresap ke dalam lapisan asphalt.
Oleh itu, minor bleeding boleh dibetulkan dengan
menggunakan pasir kasar untuk menghapuskan lebihan
pengikat asphalt. Manakala major bleeding pula boleh
dibetulkan dengan memotong lebihan asphalt dengan
penggred motor atau mengeluarkannya dengan pengisar
pemanas.

Bleeding

Kesimpulannya, pihak yang bertanggungjawab wajiblah membaiki semua
kerosakan dan keretakan jalan raya dengan segera bagi memberi
keselesaan kepada pengguna jalan raya.

3) Retak Melintang akibat Suhu
(Transverse Thermal Cracking)

Retakan tersebut merupakan retak melintang akibat
suhu (Transverse Thermal Cracking). Retak ini terjadi
kerana perubahan suhu pada material perkerasan
jalan. Material ini digerus berulang akibat daya
gesekan dengan material lain, tegangan tarik
berkembang dalam material perkerasan. Retak
thermal biasanya terjadi dalam arah melintang dan
tegak lurus dari arah arus lalu lintas. Jenis retak ini
biasanya memiliki jarak yang sama. Retak ini adalah
jenis retak yang tidak berhubungan dengan beban lalu
lintas dan biasanya mengalami perubahan dari musim
panas. Oleh itu, masalah keretakan ini boleh diatasi
dengan menampal keretakan untuk menghalang
kemasukan air ke dalam subgred melalui rekahan.

Retak Melintang akibat Suhu (Transverse Thermal Cracking)

Retakan tersebut boleh dibaiki melalui kaedah Spray-Injection Hole Repair Methods.
Langkah pertama, keluarkan serpihan dan air dari lubang dengan meniupnya.
Seterusnya sembur bahagian bawah lubang dengan coat tack. Tiup agregat dan asphalt
ke dalam lubang dan kemudian tutup bahagian yang telah dibaiki dengan lapisan agregat
yang lain. Dengan kaedah pembaikan ini, anda tidak perlu memampatkan lubang sebaik
sahaja selesai menyembur tack coat. Kesimpulannya, retak melintang akibat suhu
ini boleh dibaiki dan diatasi dengan cara yang mudah sahaja. Jelaslah bahawa suhu juga
boleh mengakibatkan keretakan pada permukaan jalan raya.

4) Jalan Berlubang (Pothole)

Jenis kerosakan jalan tersebut merupakan jalan berlubang. Jalan
berlubang adalah disebabkan oleh berkemungkinan jalan lama yang
melebihi 10 tahun dan kawasan tersebut mempunyai kepadatan trafik
yang tinggi. Selain itu, jalan raya di kawasan tersebut merupakan
laluan kenderaan berat seperti lori dan bas. Masalah kerosakan ini
boleh diatasi dengan melakukan kaedah Semi-permanent Pothole
Repair Method. Kaedah pembaikan lubang ini sebenarnya adalah salah
satu yang terbaik. Untuk menggunakan kaedah ini, mulakan dengan
mengeluarkan serpihan dan air dari lubang. Seterusnya, potong bersih
di sepanjang sisi lubang supaya lubang baru boleh berada di
atas turapan yang kukuh. Seterusnya meletakkan larutan tampalan di
dalam lubang dan padatkan tampalan dengan menggunakan plat
getaran atau penggelek. Pastikan plat tampalan lebih besar daripada
penggelek.

Jalan Berlubang (Pothole)

Kesimpulannya, jalan berlubang (pothole) boleh dibaiki dengan
menggunakan kaedah Semi-permanent Pothole Repair Method.
Masalah jalan berlubang haruslah ditangani dengan segera bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

5) Longitudinal Cracking

Jenis keretakan tersebut ialah longitudinal cracking.
Keretakan ini biasa terjadi pada permukaan jalan raya.
Bentuk keretakan ini biasanya selari dengan tepi bahu
turapan dan dalam lingkungan 6 hingga 8 kaki dari tepi
bahu berturap. Longitudinal cracking terjadi disebabkan
oleh sambungan lorong turapan dibina dengan kurang
baik dan keretakan reflektif dalam lapisan asas. Selain
itu, ia juga terjadi disebabkan perubahan volume dalam
subgred. Longitudinal cracks boleh diatasi dengan
menggunakan kaedah Cross-stitching (Jahitan Silang).
Tujuan Cross-stitching adalah untuk mengekalkan jalinan
agregat dan memberikan tetulang serta kekuatan
tambahan. Bar pengikat yang digunakan dalam kaedah
Cross-stitching menghalang keretakan
daripada pergerakan menegak, mendatar atau melebar.

Longitudinal Cracking

Kesimpulannya, longitudinal cracking tidaklah memberi
impak yang sangat besar kepada pengguna jalan raya.
Walaupon demikian, pihak bertanggungjawab mestilah
mengambil berat tentang masalah tersebut dah harus
memperbaiki kerosakan atau keretakan tersebut dengan
segera bagi mengelakkan berlakunya kemalangan di jalan
raya.

Kaedah Cross-Stitching

Kegagalan dalam
Turapan Tegar

1) Punch-Out failures

Retakan tersebut dinamakan sebagai punch-out failures
dalam turapan tegar. Sambungan dan rekahan retakan
tersebut biasanya akan mengekalkan lebar 1.5m. Punch-
out hanya memecahkan segmen kecil bongkah kepada
beberapa bahagian. Punch-out menyebabkan kekasaran
permukaan asphalt dan boleh membuatkan asphalt
menjadi lembap. Bukan itu sahaja, keretakan ini juga
boleh menyebabkan perpecahan asas atau subgred.
Sebab utama terjadinya keretakan ini adalah beban
berulang yang berat dan ketidakcukupan ketebalan
papak. Selain itu, ia juga terjadi kerana kehilangan
sokongan asas atau kekurangan pembinaan.

Punch-Out Failures

Punch-out boleh dibaiki dengan menggunakan kaedah Full-Depth Asphalt Patching.
Apabila kontraktor ingin melakukan tampalan kedalaman penuh, dia bermula dengan
menandakan segi empat sama atau segi empat tepat yang lebih besar sedikit
daripada kerosakan. Kawasan turapan ini kemudiannya dikeluarkan, biasanya dengan
menggergajinya. Semua lapisan turapan dikeluarkan untuk mendedahkan asas.
Sekiranya asas perlu dibaiki atau diperkukuhkan, syarikat penurapan menguruskan
perkara ini sebelum membina semula turapan dengan memasang asphalt baharu.
Asphalt baharu akan memanjang ke turapan sekeliling untuk memastikan kedap air.
Tampalan kedalaman penuh mempunyai jangka hayat yang panjang, selalunya melebihi
turapan di sekeliling. Kesimpulannya, keretakan jenis punch-out ini haruslah dibaiki
dengan segera bagi mengelakkan kemalangan terutamanya kepada penunggang
motosikal. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) harus mengambil tindakan jika terdapat jalan
raya yang rosak bagi memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Full-Depth Asphalt Patching

2) Shrinkage Cracking

Jenis keretakan tersebut ialah shrinkage cracking.
Keretakan ini berbentuk seperti belahan garis rambut
(hairline split) dan keretakan ini didapati tidak didapati
meregang sepanjang ketebalan kepingan. Keretakan ini
mempunyai lebar 0.1 hingga 3mm dan panjang sehingga
1000 mm. Selain itu, keretakan ini juga akan
membenarkan kelembapan dan perkembangan bahan
masuk ke dalam asphalt. Keseriusan bahaya bergantung
pada lebar dan arah putus. Keretakan ini terjadi
disebabkan oleh pembinaan struktur yang lemah dan
pemulihan yang tidak sesuai di mana bahagian
luar dibenarkan kering dengan cepat dan penggunaan
konkrit berkualiti tinggi atau bahan tambah yang
memberikan kehangatan penghidratan yang tinggi.

Shrinkage Cracking

Shrinkage cracking ini boleh dibaiki dengan cara mengolah
semula permukaan konkrit menggunakan penggetar permukaan untuk
menutup rekahan pada kedalaman penuhnya dan kemudian dilengkapkan
dengan kemasan permukaan. Oleh itu, keretakan jenis ini tidaklah terlalu
sukar untuk dibaiki dan tidak terlalu membahayakan pengguna jalan raya.

Cara membaiki keretakan jenis Shrinkage Cracking

3) Corner Breaks

Jenis kerosakan pada permukaan itu dinamakan Corner
Break. Ini adalah kegagalan dalam turapan tegar yang
disebabkan oleh lalu lintas yang sesak di sudut yang tidak
mempunyai sokongan yang mencukupi. Sokongan
mungkin telah hilang disebabkan papak bergulung
kerana tapak bawah pada asalnya tidak dipadatkan
dengan betul. Kerosakan ini boleh diatasi dengan
menggunakan kaedah Slab Jacking Process.
Pengangkatan papak (slab lifting) dilakukan dengan
suntikan. Lubang kecil digerudi melalui papak
konkrit dan bahan disuntik dibawahnya. Bahan ini
mengisi kekosongan di bawah konkrit.

Corner Breaks

Oleh itu, kerosakan jenis corner break boleh diatasi dengan kaedah yang
agak mudah dan tidak perlu menggunakan jentera yang besar. Kerosakan
ini juga tidak membahayakan pengguna jalan raya kerana ia hanya
merupakan kerosakan yang kecil atau ringan dan kurang terdapat di jalan
raya yang besar.

4) Joint Spalling

Retakan tersebut dinamakan sebagai Joint Spalling.
Joint spalling ialah pecahan tepi papak dalam 2 kaki
(0.6m) dari sisi sambungan. Keretakannya biasanya
tidak memanjang secara menegak melalui papak,
tetapi sebaliknya bersilang pada sambungan pada
sudut. Ini mungkin berkaitan dengan penyusupan sendi
atau pertumbuhan turapan, yang disebabkan oleh
agregat reaktif. Konkrit atau teknik pembinaan yang
tidak berkualiti juga akan mengakibatkan berlakunya
joint spalling. Masalah keretakan ini boleh diatasi
dengan menggunakan kaedah Sealing Method. Sealing
method ini ialah teknik penyambungan permukaan ke
permukaan bahan menggunakan bahan yang biasanya
daripada jenis yang berbeza, yang melekat pada
permukaan konkrit.

Joint Spalling

Kesimpulannya, pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Kerja Raya (JKR)
mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat kerosakan pada jalan raya.
Hal ini kerana, kita ingin mengelakkan kemalangan terjadi yang disebabkan oleh
keadaan jalan raya yang tidak baik atau rosak.

5) Pop-Out

Kerosakan jalan raya ini dinamakan sebagai Pop-Out. Pop-Out
bermaksud sedikit pepejal yang terkeluar dari luar konkrit asphalt
kerana sifat bahan dan kerja mutu yang rendah. Pop-out juga
ialah cebisan kecil PCC yang terlepas dari permukaan meninggalkan
celah kecil atau tanda pock. Perkara ini dikenali sebagai "jump out".
Saiz standard jenis kerosakan ini ialah 25 hingga 100mm lebar dan 13
hingga 50mm dalam dan luar. Kerosakan pop-out ini terjadi
disebabkan oleh rintangan beku-cair agregat yang lemah. Selain itu,
kerosakan ini juga disebabkan oleh tindak balas alkali-agregat.
Masalah kerosakan ini boleh diatasi dengan kaedah Partial Depth
Repair (PDR). PDR ialah kaedah pemulihan turapan konkrit yang
digunakan untuk menangani kemerosotan permukaan dan
kemerosotan atas ke bawah pada sambungan dan rekahan. Semasa
pembaikan, konkrit yang rosak dikeluarkan dan diganti di bahagian
atas papak.

Pop-Out

Kesimpulannya, jalan rosak jenis Pop-Out ini mestilah dibaiki
dengan segera agar dapat memberikan keselesaan kepada
pengguna jalan raya semasa memandu. Selain itu, kerosakan ini
harus dibaiki agar dapat mengelakkan kemalangan jalan raya
daripada berlaku.

RUJUKAN

https://www.academia.edu/10434648/bentuk_bentuk_retak_perkerasan_jalan
https://www.google.com/search
q=apa+itu+retak+buaya+pada+jalan&rlz=1C1GCEA_enMY971MY971&sxsrf=ALiCzsZCet6mt9LwnQ0KkY8w2CkCP
Ffmw:1666790630788&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiq3dn7_v36AhUkzTgGHbt6CvsQ_AUoAXo
ECAIQAw&biw=1280&bih=569&dpr=1.5#imgrc=kYl9b_rUZYxyvM&imgdii=uIL1dR829l6lnM
http://metiebar.acpa.org/Concrete_Pavement/Technical/Fundamentals/Cross-

Stitching_Cracks.asp#:~:text=Cross-
stitching%20is%20a%20repair,and%20horizontal%20movement%20or%20widening
https://ascelibrary.org/doi/10.1061/41048%28355%2915#:~:text=Repair%20methods%20that%20are%20gen
erally,one%20side%20of%20the%20joint
https://theconstructor.org/transportation/types-failures-in-rigid-pavements-causes-repair/16105/
https://thesurfacemasters.com/2021/03/09/what-is-full-depth-asphalt-patching-atlanta-asphalt-repair/
https://pavementinteractive.org/reference-desk/pavement-management/pavement-distresses/punchout/
https://www.irjmets.com/uploadedfiles/paper/volume2/issue_6_june_2020/1538/1628083040.pdf


Click to View FlipBook Version