KISAH SANG
KANCIL MENGIRA
BUAYA
Pada suatu hari, Sang Kancil sedang berjalan-jalan di dalam hutan
untuk mencari makanan. Sang Kancil berasa sangat lapar dan ingin
makan buah-buahan. Tidak lama kemudian, Sang Kancil menjumpai
sepohon pokok rambutan. Buah rambutan tersebut berwarna merah
dan telah masak ranum.
Wah! Sedapnya
buah rambutan itu.
Tapi bagaimanakah
aku menyeberangi
sungai ini?
Akhirnya, Sang Kancil mendapat akal. Sang Kancil memanggil Sang
Buaya di dalam sungai untuk meminta bantuan.
Buaya oh buaya!
Tiba-tiba, Sang Buaya muncul dan melompat untuk memakan Sang
Kancil. Sang Kancil sempat mengelak.
Berani kau tunjuk muka.
Buat apa kau datang sini
Sang Kancil? Kau nak kena
makankah?
Tidak. Aku datang membawa
perintah Raja Sulaiman. Raja
Sulaiman menyuruh aku
menjemput semua penghuni
hutan untuk kenduri.
Terima kasih Sang Kancil. Kami
semua pasti datang ke kenduri
Raja Sulaiman.
Setelah Sang Buaya dan rakan-rakannya bersetuju, Sang Kancil
menyuruh mereka berbaris untuk mengira bilangan mereka. Sang
Kancil pun melompat di atas badan Sang Buaya sambil mengira.
Akhirnya, Sang Kancil berjaya menyeberangi sungai. Sang Kancil
berasa tidak sabar untuk makan buah rambutan yang masak ranum
itu.
Sang Buaya dan rakan-rakannya bersorak kegembiraan kerana mereka
akan menghadiri kenduri Raja Sulaiman.
Sang Kancil berasa lucu dan tanpa disedari Sang kancil ketawa
mengejek-ejek Sang Buaya kerana mempercayai kata-katanya.
HAHAHAHA! Sebenarnya, kenduri
Raja Sulaiman bukan minggu
depan, tetapi minggu lepas. Kamu
semua sudah ditipu. Aku meminta
kamu semua berbaris supaya aku
boleh menyeberangi sungai untuk
makan rambutan.
Berani kau tipu kami Sang
Kancil. Aku akan makan
kau Sang Kancil.
Sang Buaya berasa sangat marah dan berjanji akan membalas
perbuatan Sang Kancil. Sang Kancil berjalan meninggalkan Sang Buaya
dan rakan-rakannya sambil ketawa mengejek-ejek.
Selamat tinggal buaya-
buaya semua. Aku nak
makan buah rambutan
dulu.