The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK BMMB1104

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 861-3-permaisuri, 2022-03-26 11:51:55

KESUSATERAAN MELAYU

TUGASAN 1 PENGHASILAN PRODUK BMMB1104

Keywords: EDUCATION

KESUSASTERAAN
MELAYU
BMMB1104

PERMAISURI BINTI AHMAD GUZALI F2K

NAMA PENSYARAH : PUAN NORMI BINTI MOHD DALI

ISI KANDUNGAN

TAKRIF JENIS DAN BENTUK
KESUSASTERAAN KESUSASTERAAN MELAYU
MELAYU

CIRI-CIRI DAN MANIFESTASI AKAL BUDI
FUNGSI
KESUSASTERAAN
MELAYU

TAKRIF
KESUSASTERAAN

MELAYU

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Siti Hajar Abdul Aziz (2011), dalam buka Bahasa
Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada
perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku
indah. Sastera dari makna umum bermaksud bahasa yang digunakan
dalam kitab-kitab. Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud hasil
seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Seni kesusasteraan pula
ialah seni karang mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk
prosa dan puisi. Dalam konteks pendidikan pula, kesusasteraan
Melayu ialah ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa Melayu
berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel,
cerpen, drama, sajak dan prosa tradisional.

JENIS DAN BENTUK
KESUSASTERAAN

Jenis dan bentuk kesusasteraan mempunyai pelbagai ragam kerana
masing-masing memiliki unsur-unsur khusus yang membentuk pola
secara berbeza untuk tujuan tertentu. Kesusasteraan Melayu dari segi
jenis dan bentuknya dapat dibahagiakn kepada Kesusasteraan Melayu
Klasik (tradisional) dan Kesusasteraan Melayu Moden. Kesusasteraan
Melayu dari segi jenis dan bentuknya dapat dibagikan kepada 4 jenis :

Prosa tradisional
Prosa Moden
Puisi Tradisional
Puisi Moden

PROSA TRADISIONAL

Prosa tradisional merupakan bentuk kesusasteraan yang
masih kekal hingga ke hari ini dan masih menjadi sumber
pengetahuan, amalan, pengajaran, sempadan tingkah laku
atau sumber atau pengenalan masyarakat Melayu kepada
masyarakat luar. Prosa tradisional mempunyai 2 genre
iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).

SASTERA RAKYAT (LISAN)

Menurut Zaidan et al. (2000:182) sastera lisan adalah ungkapan dari mulut ke mulut, hasil
kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan dengan
sastera tulisan dalam masyarakat moden. Sastera Lisan disebut juga sebagai Sastera
Rakyat. Sastera Rakyat terbahagi kepada dua kategori, iaitu naratif dan bukan neratif.

Sastera naratif terbahagi kepada Mitos, Legenda dan Cerita Rakyat manakala Sastera bukan
naratif terdiri daripada Puisi Rakyat.

SASTERA NARATIF

MITOS LEGENDA CERITA RAKYAT

Mitos ialah cerita yang dianggap Legenda merupakan cerita Cerita Rakyat berbentuk prosa
benar-benar terjadi dan dianggap yang dipercayai benar-benar dan tidak dianggap benar-
suci oleh empunya cerita dan berlaku tetapi tidak dianggap benar terjadi. Ceruta Rakyat
masyarakat yang suci. Tokohnya terdiri merupakan sumber hiburan,
mendukungnya. daripada manusia yang menegakkan kebenaran dan
Mitos mengisahkan kejadian alam mempunyai sifat yang luar mengandungi moral atau
semesta, manusia, binatang biasa. Antara jenis legenda sindiran. Antara jenis cerita
tumbuh-tumbuhan, bentuk muka ialah legenda keagamaan, rakyat ialah cerita binatang,
bumi dan kejadian alam. Mitos legenda perseorangan,legenda cerita penglipur lara atau
terbahagi kepada 3 jenis, iaitu tempat dan legenda tokoh. lipur lara, cerita jenaka dan
mitos asal usul, mitos institusi cerita teladan.
sosial dan mitos politik.

SASTERA ISTANA (TULISAN)

Sastera tulisan mula diperkenalkan setelah penerimaan Islam sekitar abad ke-15 dan berkembang dalam
istana. Sastera Hikayat terbahagi kepada 3 jenis berdasarkan unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, iaitu
unsur Hindu, Islam dan Hindu Islam.

Sastera Undang-undang pula dijadikan sebagai bahan kajian tentang sistem pemerintahan, sistem
pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Ia terbahagi kepada 2 iaitu Adat Temenggung dan Adat
Perpatih.

Sastera Epik disebut sebagai sastera pahlawan dan bersifat sejagat. Sastera Epik mementingkan ciri
kepahlawanan.

Sastera Panji merupakan karya yang isinya mengenai kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan.

Sastera Agama kebanyakkannya berfokus pada cerita tentang Nabi Muhammad S.A.W yang menyebarkan
agama Islam.

PROSA MODEN

Anas Haji Ahmad (1988) berpendapat bahawa hasil karya sastera
selepas tahun 1800M digolongkan dalam sastera moden.
Pembahagian dari segi masa ini bertujuan untuk memudahkan kita
untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera
Melayu. Prosa Moden terbahagi kepada 3 iaitu :

cerpen
novel
drama

CERPEN PROSA MODEN DRAMA

NOV EL

Cerpen ialah gabungan 2 Novel ialah proses rekaan Drama merupakan satu karya
perkataan iaitu cerita dan pendek. yang panjang yang mana yang dibangunkan oleh unsur
Cerpen berkembang apabila didalamnya termuat intrinsik iaitu satu kesatuaan
kegiatan persuratkhabaran sebahagian daripada sebuah yang berbentuk karya secara
Melayu mencapai zaman kehidupan. Novel mempunyai keseluruhannya. Antara unsur
kegemilangannya sekitar tahun 2 corak iaitu bercorak yang mendukung drama itu
1930-an. Cerpen biasanya kemasyarakatan dan ialah skrip drama yang
berkisar tentang sesuatu kejadian semangat kebangsaan. menjadi panduan kepada
atau peristiwa menjadi fokus pengarah.
utama.

PUISI TRADISIONAL

Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di
dunia. Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan
2 buah epik yang berjudul lliad dan odyssey. Masyarakat Hindu juga
menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana.
Kesusasteraan awal bangsa Arab tertulis dalam bentuk puisi. Orang
Melayu berbangga dengan puisi milik mereka yang dinamakan
pantun. Puisi tradisional terbahagi kepada 4 jenis :

pantun
syair
gurindam
seloka

PANTUN GURINDAM

Pantun ialah kaedah rangkapan yang Gurindam sebagai satu bentuk puisi
tertua dan memang asal kepunyaan Melayu tradisional seperti mana yang
masyarakat Melayu. Ia terkandung dikenali sekarang siperkenalkan oleh Raja
dalam 2,4,6,8 dan 12 rangkap dan Ali Haji melalui Gurindam 12.
pantun berkait.
SELOKA
SYAIR
Seloka lebih merupakan pepatah, bidalan
Syair merupakan puisi berlagu yang atau perumpamaan yang mengandungi
dikatakan berasal dari Parsi dan telah unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan
dibawa masuk ke Nusantara bersama- dan sindiran.
sama dengan kedatangan Islam.

PUISI MODEN

Puisi Moden hanya mempunyai 1 genre iaitu sajak. Sajak ialah puisi
moden yang lebih bebas yang terikat pada sesuatu pola khusus
walaupun ada ketikanya memberikan ciri matra,rima dan rentak.
Sajak lebih mementingkan keberkesanan pengucapan perasan
melalui pemilihan dan pemakaian kata-kataya yang saling
menumpang dan terjalin menurut erti serta irama.

Sebagai puisi moden, sajak tidak terikat pada peraturan seperti
pemilihan kata atau diksi, pembentukan rangkap, baris serta
pematuhan skima rima akhir seperti dalam puisi tradisional.

CIRI-CIRI DAN
FUNGSI

KESUSASTERAAN
MELAYU

KEINDAHAN
Keindahan merupakan gaya dan lenggok bahasa yang digunakan dalam karya sastera
ybaenrggadnatpuantgmkeepyeaaYrdtolatauehkncketaasinoanntaukloesafoinnyaouddunadrhsuoaaturnhdyseiaerensnregecblemau.teaemhd hbvieasrsunialtlkusaktrosyucaaaipttuutu.sKrueestiuhnnedaanhaatnahuasstirluskatsuterra
karya sehingga menjadi sesuatu yang utuh

MENCERMINKAN PENGALAMAN
Pengalaman merujuk kepada tindak balas yang utuh daripada jiwa manusia yang
digambarkan secara realiti. Dalam sastera, pengalaman diceritakan melalui
bahasa.

KARYA SENI
Karya seni terbahagi kepada dua kategori, iaitu karya sastera dan karya bukan
sastera. Dalam hal ini,terdapat tiga perkara yang dapat membezakan antara karya
sastera dan karya bukan sastera, iaitu bersifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya
bahasa yang khusus.

PENGALAMAN SENI
dpPieeammlabbmaacci.aaSddeaaseppoaarttaYammntoteeguemmnpcteaaainhhnognaaakmmloasfiiorydhyaoaaadunsjdirulmogaktuaeahdrmreaiyreseanarnemicdlepaae.etlperaaadltusvakiiaepsnupeaurilasssttaiowncaaastpaatssutkreearratyhyaeannyga jika

FUNGSI KESUSASTERAAN

1) ALAT PENDIDIKAN
pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-kisah yang
ditulis oleh mereka yang terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi,
politik, sosiologi dan agama. pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun
dengan unsur-unsur pengalaman, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya yang
mana akan dapat dikutip para pembaca maka berlakulah pendidikan secara tidak langsung.
Jadi dapat dilihat dengan jelas bahawa kesusasteraan mampu menjadi bahan untuk
pendidikan buat masyarakat.

FUNGSI KESUSASTERAAN

2) INSTRUMEN PERPADUAN
Menurut Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera dijadikan
instrumen penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau 'esprit de corp' dalam
kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangssa yang bersatu padu.
Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk
budaya kebangsaan untuk dikongsi bersama sebagai pemangkin bagi menyatupadukan
rakyat.

FUNGSI KESUSASTERAAN

3) ALAT KAWALAN SOSIAL DALAM KEHIDUPAN
Sastera secara umumnya dapat dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan
seharian. Melalui cerita rakyat umpamanya, anggota masyarakat diberitahu tentang
perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Cerita rakyat juga dirujuk untuk
menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Perlakuan yang baik seperti yang terdapat
dalam cerita rakyat juga dijadikan ikutan. Dalam cerita-cerita legenda pula, terdapat tokoh
menjadi sanjungan satu-satu masyarakat.

FUNGSI KESUSASTERAAN

4) DAKWAH
Sumbangan sastera Islam dalam pembentukan akhlak manusia Melayu telah dilakukan
oleh sarjana untuk melihat atau mengukur sejauh mana sumbangan sastera Islam kearah
pembentukan akhhlak manusia di alam Melayu ini. Bagaimanapun, dengan berpegang
kepada konsep sastera Islam seperti mana digariskan oleh Ismail Hamid sastera Islam tidak
lagi terbatas kepada cerita para Nabi dan lain-lainnya tetapi ianya terbuka kepada cereka
yang lain seperti puisi .

FUNGSI KESUSASTERAAN

5) MEDIUM PROTES DAN KRITIKAN SOSIAL
Berasaskan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan
manusia, tentunya hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan .
Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari
menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi
tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun
menyampaikan mesej.

FUNGSI KESUSASTERAAN

6) HIBURAN
Keperluan menghiburkan akan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokkan
yang indah. Hiburan terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau
rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau
pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadi karya
sastera seperti cerita penglipur lara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati
dan digilai pada suatu ketika dahulu

MANIFESTASI AKAL
BUDI

PANTUN

Biar orang mencabut cendawan
Kita mencabut padi kan mati
Biar orang berebut bangsawan
Kita berebut budi pekertI

Contoh pantun di atas ialah mengenai adab dan perilaku seseorang supaya tidak
ketawa dengan kuat sehingga mengilai Ia memberi gambaran tentang adab yang tidak
baik dan wajar dihindari. Ia bersesuaian dengan agama Islam yang melarang kita
daripada sifat riak, sombong dan takbur. Sikap ketawa dengan sekuat hati dan mengilai
yang digambarkan boleh menyebabkan seseorang itu mudah menjadi sombong dan
riak sehingga harga dirinya menjadi rendah pada pandangan masyarakat di
sekelilingnya.

SYAIR BIDASARI

Denganku tuan suatu riwayat, (Rangkap 1)
Raja didesa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Sifat rendah diri pada penyair yang mengarang syair tersebut sangat terserlah dalam rangkap 1 di
atas. Penyair membahasakan ganti nama dirinya sebagai fakir. Dalam Bahasa Melayu, perkataan ini
berasal dari perkataan arab iaitu miskin. Namun orang fakir adalah lebih kekurangan dari orang
miskin. Perkataan ini bermaksud individu yang tidak mampu menampung dari segi keperluan
hariannya seperti membeli makanan, pakaian, tempat tinggal , pendidikan dan sebagainya yang
melibatkan kehendak dan keperluan harian seseorang manusia. Individu terbabit juga tidal
mempunyai pekerjaan yang tetap, sikap masyarakat Melayu yang sering merendahkan diri sebagai
suatu adab apabila berhubung dengan orang lain. Akal budi seperti ini sentiasa mengingatkan
individu tidak berasa riak dengan kelebihan yang ada dalam diri.

SELOKA PAK PANDIR

Anak dipijak dagang dijinjing Mulut kena suap pisang
Kucing dibunuh tikus dibela Buntut kena cangkuk onak,
Harta habis badan tergadai Gunting makan di hujung
Mendengar gelagak dagang Pak pandir juga menanggung.
Tak sedar bertelanjang Apa didengar gelagak dagang
Mendengar guruh dilangit Gelagak rambutan jantan:
Air di tempayan dicurahkan Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan

Akal budi manifestadi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini ialah menyindir individu yang bersikap
mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang
sepatutnya ialah mendahului keluarga terdekat bukannya orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri disebabkan
tiada talian darah. Buktinya Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malahan menyakitinya
sebagaimana dalam frasa 'anak dipijak'. Manakala pihak yang tiada kaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik
sebagaimana dalam frasa 'dagang dijinjing'
Manakala dalam baris 'hartanya habis tergadai' menunjukkan gambaran Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada
kemungkinan watak tersebut seorang yang boros berbelanja, banyak hutan dan terpaksa menggadaikan hartanya. Ada
kemungkinan yang lebih besar watak Pak Pandir suka berjjudi atau bertaruh. Pertaruhan seseorang yang berjudi selalunya
melibatkan harta. Jikalau kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau terpaksa diserahkan kepada pihak yang
menang. Sewajarnya kita perlu pandai mentadbir harta. Jika tidak, harta akan habis tergadai dan menanggung hutang seperti
maksud baris, “hartanya habis tergadai. "Kalau dibincangkan baris 'tak sedar bertelanjang' merupakan suatu kritikan halus
tentang sikap yang tidak sedar kelemahan diri. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak
menutup sebahagian badannya yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar maka dia telah mebiarkannya dirinya tidak
berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang ada pada
dirinya. Oleh itu beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.

GURINDAM 12

Fasal 1 barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya
barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudarat
barang siapa mengenal yang empat
maka itulah orang yang makrifat

barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah

barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri

Akal budi pada fasal satu ini pengarang menjelaskan kepada pembaca bahawa apabila hidup tidak
mengenal agama yakni Tuhan, maka hidupnya sia-sia tanpa ada bertujuan. Hal ini menyebabkan
seseorang sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan. Manakala, mengenal yang empat berkait
dengan ajaran tasawuf iaitu syari'at, ma'rifat, tarikat dan hakikat. Apabila seseorang telah mengenal
yang empat ini maka kehidupan akan semakin terang tanpa ada sedikit rasa was-was. Perbincangan
akal budi masyarakat Melayu juga boleh dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran dalam puisi
tersebut. Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. Umumnya, falsafah mempunyai ciri-
ciri pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah menurut Mana
Sikana (1996) ialah suatu kesenian berfikir, yang waras, bernas dan mendalam. Menurutnya lagi,
karya sastera yang dihasilkan yang membicarakan sesuatu subjek, biasanya akan membicarakan
sesuatu itu secara artistik dan estetik, maka di situlah tersimpannya mutiara falsafahnya. Tuntasnya,
falsafah bermaksud memikirkan sesuatu dengan sangat mendalam dan membincangkan sesuatu
perkara secara terperinci untuk mendapatkan jawapan yang benar dan sebenar terhadap sesuatu
perkara.

RUJUKAN

SITI HAJAR ABD. AZIZ. (2011). BAHASA MELAYU 1. SHAH
ALAM: OXFORD FAJAR SDN.BHD.

HARUN MAT PIAH; (1989). PUISI ME;AYU
TRADISIONAL.KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (1988) GLOSARI ISTILAH
KESUSASTERAAN .KUALA LUMPUR .DBP

SITI ZALIHA M HASHIM (2016) KENALI PUISI
TRADISIONAL KITA.KUALA LUMPUR.DBP
HAMKA (2007) PERIBADI. KUALA LUMPUR. PUSTAKA
DINI

SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version