MORFOLOGI BAHASA MELAYU Pembentukan Kata Baharu & Kesalahan Penggunaan Kata dari Sudut Morfologi. BMMB3203 Ts. Biamin bin Ahmad Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail
AHLI KUMPULAN AHMAD ZAIM BIN GHAZALI AMIRUL ASRI BIN RAMLEE KHAIRUL NIZAM BIN MISTAM
01 - 02 - 03 - PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU PENILAIAN ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BERDASARKAN ARTIKEL ISI KANDUNGAN
PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU
PEMBENTUKAN KATA BAHARU Terdapat 3 cara pembentukan kata baharu iaitu ; 01 - MEMINJAM UNSUR-UNSUR IMBUHAN BAHASA ASING 02 - PENGGUNAAN POPULAR 03 - PERANCANGAN BAHASA YANG RASMI
01 - MEMINJAM UNSUR-UNSUR IMBUHAN BAHASA ASING AWALAN AKHIRAN Dwi - dwibahasa -man : budiman Eka - ekabahasa -wan : hartawan Maha - mahasiswa -wati : seniwati Tekanan yang kuat untuk menerima unsur asing disebabkan oleh kemajuan sains dan teknologi yang memaksa bahasa Melayu mengambil imbuhan asing. IMBUHAN KATA SANSKRIT
AWALAN AKHIRAN anti- (melawan atau menentang) : anti-amerika , antibiotik -is (ahli) : artis , cerpenis pan- (seluruh atau genap) : pan-amerika , pan-asia -isme (fahaman) : komunisme , nasionalisme Pro- (menyokong) : prodemokrasi , pro-rusia Imbuhan daripada Bahasa Inggeris yang dipinjam oleh Bahasa Melayu ini merangkumi awalan dan akhiran. IMBUHAN BAHASA INGGERIS
AKHIRAN -ah (merujuk perempuan) : Sultanah, Ustazah, Siswazah -at (merujuk perempuan) : hadirat, muslimat -lah (berdisat) : ilmiah, rohaniah, wataniah -in (merujuk lelaki) : hadirin, muslimin IMBUHAN BAHASA ARAB Pinjaman imbuhan daripada Bahasa Arab ini tidak produktif dan hanya berbentuk akhiran sahaja.
AWALAN Tata- (peraturan) : tatabahasa , tatasusila , tatatertib IMBUHAN BAHASA JAWA Imbuhan bahasa Jawa ini tidak produktif yang mana selalu digunakan hanyalah imbuhan awalan.
02 - PENGGUNAAN POPULAR Buang negeri pencen sari kata tajuk berita Ibu Kota campur tangan gram tajuk kecil Kempen Derma kilat meja berita pilihan raya Pencakar Langit komisen lidah pengarang perang saudara Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara juga ambilan keseluruhan. Bentuk-bentuk ini kemudiannya menjadi popular dan digunakan secara umum. CONTOH :
03 - PERANCANGAN BAHASA YANG RASMI DBP Malaysia dalam buku pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1993) menjelaskan tentang penggunaan dan perancangan bahasa rasmi : i - penggunaan perkataan bahasa Melayu yang biasa digunakan dan khusus maknanya untuk mendukung makna istilah. CONTOH : gaya , garis pusat , tapak ii - penggunaan peekataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. CONTOH : peka , cerakin , mendap iii - penggunaan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang biasa digunakan CONTOH : dernaga (klasik), kamir (kelantan), labur (Negeri Sembilan) iv - penggunaan bahasa serumpun atau dialek melayu yang sudah tidak lazim digunakan CONTOH : dening (kelantan) , riam (johor), engkabang (iban)
PENILAIAN ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI
PENILAIAN ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI 02 - KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG 01 - KESALAHAN PENGGUNAAN KARTA PEMERI 03 - KESALAHAN PENERIMAAN IMBUHAN 03 - KESALAHAN KATA SENDI NAMA
Dalam akhbar Utusan Sarawak bertarikh 6 Oktober 2015, terdapat kesalahan penggunaan kata pemeri “adalah” dalam artikel yang bertajuk “ Lewandowski mampu ledak 7 gol ”. Dalam petikan tersebut, penggunaan kata pemeri “adalah” telah digunakan seperti berikut: “ Adalah baik saya boleh bersaing dengannya dalam latihan.” Sumber: Utusan Sarawak, 6 Oktober 2015 Dalam petikan tersebut sepatutnya tidak perlu diletakkan kata pemeri “adalah” di pangkal ayatseperti contoh berikut: “ Baik sekiranya saya boleh bersaing dengannya dalam latihan. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI ''ADALAH'' PADA PANGKAL AYAT
Dalam akhbar Utusan Sarawak bertarikh 24 September 2015, terdapat kesalahan penggunaankata hubung “ini kerana” dalam berita yang bertajuk “ FAS rugi sekitar RM 380,000 ”. Dalam petikan berita tersebut kata hubung “ini kerana” digunakan seperti berikut: “ Ini kerana dua perlawanan tanpa penonton di Stadium Negeri menyebabkan FAS hilangan pendapatan sekitar RM 300,000. ” Sumber: Utusan Sarawak, 24 September 2015Petikan berita tersebut sepatutnya menggunakan kata “hal ini demikian kerana” seperti dibawah: “ Hal ini demikian kerana dua perlawanan tanpa penonton di Stadium Negerimenyebabkan FAS hilangan pendapatan sekitar RM 300,000. ” Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan denganperkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. Hal ini demikian kerana katahubung menurut Abdullah Hassan berfungsi menghubungkan perkataan dengan perkataan,frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa (Hassan, 2006). Ayat di atas tidak gramatis kerana ungkapan “ini kerana” menyalahi struktur ayat bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu, “ini kerana dalam petikan berita di atas adalah tidak sesuai digunakan dan perlu digantikandengan kata hubung “hal ini demikian” KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG '' INI KERANA''
Dalam akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 6 Oktober 2015, terdapat kesalahan penggunaan imbuhan “memper-” dalam artikel yang bertajuk “Guru, murid -murid WINs melawat SJKC Methodist” seperti yang dinyatakan di bawah: “ Dalam lawatan itu, pengurusan WINs turut memperkenal akademik dan persekitaranpembelajaran di sekolah itu. ” Sumber: Utusan Borneo, 6 Oktober 2015. Sepatutnya, perkataan “memperkenal” ditambah imbuhan “-kan” di belakangnya. Contohayat yang betul adalah seperti berikut: “ Dalam lawatan itu, pengurusan WINs turut memperkenalkan akademik danpersekitaran pembelajaran di sekolah itu. KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN'' MEMPER- ''
Dalam akhbar Utusan Borneo, terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama “dari” dalamberita yang bertajuk "Masalah perparitan aduan terbanyak diterima MBM" . Dalam petikan berita tersebut, kata sendi nama “dari” digunakan seperti berikut: "Manakala bahagian penguatkuasaan, MBM turut merekod dua aduan mengenaipenjaja haram dan suatu aduan dari bahagian kesihatan iaitu kes kawalan vektor." Sumber: Utusan Borneo, 5 Oktober 2015 Petikan berita tersebut sepatutnya menggunakan kata sendi nama “daripada” seperti ayat di bawah: "Manakala bahagian penguatkuasaan, MBM turut merekod dua aduan mengenaipenjaja haram dan suatu aduan daripada bahagian kesihatan iaitu kes kawalan vektor. "Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua yang dikarang oleh (Amdun Husain, 2015), katasendi nama yang menerangkan tempat bermulanya sesuatu bergerak berasal. Ia jugamenerangkan permulaan sesuatu jangka waktu, sejak. KESALAHAN KATA SENDI NAMA ''DARI''
CONTOH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA BERDASARKAN ARTIKEL
ARTIKEL YANG DIPILIH
KESALAHAN 1 Pembetulan: masyarakat-masyarakat = masyarakat Kesalahan: mengulang perkataan yang merujuk kepada ramai/banyak dengan menjadikannya sebagai kata ganda
KESALAHAN 2 Pembetulan: pesakit-pesakit = pesakit Kesalahan: 1,830 sudah menunjukkan nilai yang banyak. Pesakit hanya berlu berdiri tunggal
KESALAHAN 3 Pembetulan: setara = selaras Kesalahan: Penggunaan istilah yang tidak tepat
KESALAHAN 4 Pembetulan: agak lebih lama = lebih lama Kesalahan: Kata adjektif yang tidak sesuai
KESALAHAN 5&6 Pembetulan: 1.contoh-contoh = contoh 2.saudarasaudari = saudara-saudari Kesalahan: 1.Kata tunggal yang tidak sepatutnya digandakan 2.Kata ganda yang memerlukan simbol sempang.
KESALAHAN 7 Pembetulan: semuanya = semua Kesalahan: nya dibelakang perkataan.
TERIMA KASIH ZAIM, ASRI, KHAI