INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59200 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(AMBILAN OKTOBER 2021 SEMESTER 1)
ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
(EDUP2083D)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA PELAJAR SITI MUSADDAH BINTI MT HASSAN
2021152380030
ANGKA GILIRAN 810610-03-5150
NOMBOR KAD PDPM OKTOBER 2021 (B1)
PENGENALAN PUAN NOORIZAN BINTI BAB
KUMPULAN 1 APRIL 2022
NAMA PENSYARAH
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA
MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
1
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 4
2.0 MAKLUMAT TENTANG PAKAR 4-5
3.0 HASIL PERBINCANGAN 5-6
4.0 MAKSUD PERBEZAAN INDIVIDU 7
5.0 MAKSUD PEMBENTUKAN PERSONALITI 8-9
6.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
9-10
PERSONALITI
7.0 KATEGORI KANAK YANG BERMASALAH 10-11
12
(BERKEPERLUAN KHAS) 13
8.0 KESIMPULAN 14
RUJUKAN
LAMPIRAN
2
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dianugerahkan masa, tenaga untuk menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi Subjek Asas
Psikologi Pendidikan iaitu Puan Noorizan Binti Baba kerana dengan bantuan dan panduan yang
diberikan saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tidak lupa juga kepada keluarga
dan suami saya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi
sokongan moral untuk menjayakan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada mereka yang terlibat secara lansung atau tidak dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Terima kasih semua.
3
ANALISIS TENTANG PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN KAITANNYA
DENGAN PERBEZAAN INDIVIDU, PEMBENTUKAN PERSONALITI DAN KONSEP
KENDIRI
1.0 PENGENALAN
Setiap kanak-kanak mengalami tahap perkembangan yang berbeza mengikut rentak
mereka sendiri. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-
kanak contohnya genetik, neorologi, fizikal, emosi, persekitaran dan sebagainya. Menurut Pakar
Perunding Neonatologis, Sunway Medical Centre Velocity (SMCV), Dr Hasmawati Hassan
menyatakan terdapat empat aspek penting peringkat perkembangan kanak-kanak iaitu motor
kasar, motor halus dan visi, kelakuan dan pembangunan sosial serta pendengaran dan
pertuturan.
Setiap daripada kita tentunya mempunyai gambaran dan pandangan terhadap diri
sendiri. Gambaran sedemikian disebut sebagai konsep kendiri. Ia merangkumi gambaran
tentang rupa, kesihatan, kebolehan, kelemahan, tingkahlaku dan sebagainya. Konsep kendiri
dibentuk hasil daripada interaksi kita dengan orang lain dan penyesuaian kita dengan alam
sekitar. Penyesuaian yang berjaya akan membawa kepada konsep kendiri yang positif
manakala kegagalan akan membawa kepada konsep kendiri yang negatif.
2.0 MAKLUMAT TENTANG PAKAR
Dalam tugasan ini, saya mengambil keputusan untuk menemu bual seorang insan yang
hebat iaitu Pakar perunding Psikiatri Kanak-kanak & remaja yang kini bertugas di Hospital
Selayang, Selangor iaitu Dr. Norharlina bt Bahar yang mempunyai pengalaman dalam bidang
ini selama 15 tahun. Dr. Norharlina telah menamatkan pengajiannya dari universiti Kebangsaan
Malaysia dengan memperoleh Ijazah Doktor Perubatan (M.D), beliau juga mempunyai Ijazah
4
kepakaran di Universiti yang sama (Master of Medicine Psychiatry), beliau juga berpengalaman
dalam bidang psikiatri kanak-kanak & remaja di Melbourne, Australia.
Saya telah membuat temujanji dengan memohon secara bersurat dan mengatur
temujanji untuk meminta pandangan dan pendapat beliau tentang perkembangan kanak-kanak
dan kaitannya dengan perbezaan idividu, pembentukan personaliti dan konsep kendiri kanak-
kanak. Masa yang diatur agak panjang kerana Dr. Seorang yang sangat padat jadualnya.
Mengikut pandangan beliau pemantauan perkembangan adalah membuat pemerhatian
dan memberi tumpuan terhadap cara-cara spesifik bagaimana anak kecil kita bermain, belajar,
bercakap, bertindak dan bergerak setiap hari secara berterusan.
3.0 HASIL PERBINCANGAN
Pengertian Perkembangan
Merupakan satu pencapaian kematangan seseorang individu hasil daripada interaksi baka dan
persekitaran. Ia merupakan perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif
dan sosioemosi yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani
dengan pembelajaran.
Perkembangan bersifat kualitatif adalah:-
1. Perkembangan perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri kanak-kanak
2. Perkembangan hasil dari pembelajaran
3. Perkembangan hasil dari pengalaman dan kematangan
4. Penyesuaian diri kanak-kanak dengan persekitaran
5. Perubahan seseorang kanak-kanak mengikut peredaran masa
6. Perkembangan melibatkan personaliti, sosial, kognitif serta bahasa.
5
Peringkat Perkembangan
1. Perkembangan Sosioemosi
Menurut Dr. Norharlina, perkembangan sosioemosi ialah membolehkan kanak-kanak mengurus
dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan
membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian.
2. Perkembangan Sosial
Satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain
mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Contoh aktiviti yang
kanak-kanak boleh lakukan adalah melalui bermain, persahabatan, perhubungan dengan rakan
sebaya dan sebagainya.
3. Perkembangan Moral
Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran,perasaan dan tingkah laku terhadap
nilai kebenaran atau kesilapan. Ia mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan regulasi
dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan interaksi sosial dengan
orang di persekitaran.
4. Perkembangan Rohani Mengikut Pandangan Islam
Mengikut kamus dewan (1998), rohani boleh diertikan sebagai batin, yang berkaitan dengan roh,
rohaniah atau jiwa, rohani merupakan sesuatu yang berlawan dengan jasmani iaitu perkara
yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
6
4.0 MAKSUD PERBEZAAN INDIVIDU
Menurut Khairul Yusri (2007) perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Setiap individu yang dilahirkan
adalah berbeza di antara satu sama lain. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk
mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan
mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap
sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan
corak pembelajaran mereka. Perbezaan individu adalah tiada dua orang yang sama, setiap
orang berbeza dari segi bakat, potensi dan kebolehan diri masing-masing.
Aspek-aspek perbezaan individu
1. Fizikal
Perbezaan yang diwarisi seperti paras rupa, susuk badan (tinggi, berat saiz) jantina, kemahiran
fizikal, warna kulit, mata, perwatakan dan sebagainya.
2. Mental
Kecerdasan mental individu berbeza (kebolehan mengira, menaakul, mengingat, kebolehan
berbahasa dan sebagainya).
3. Emosi
Kebolehan seseorang kanak-kanak untuk mengawal emosi dan perasaan mengikut situasi
tertentu.
4. Tingkah laku
Kebolehan kanak-kanak untuk berkerjasama, ketangkasan bertindak, perhubungan di antara
satu sama lain di dalam kelas.
5. Sosial
Guilford (1959) telah menerangkan perbezaan sosial ikut ciri-ciri semulajadi yg akan tentukan
samada individu itu pemalu, pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif. manakala
minat, sikap, keperluan, kecenderungan juga mempengaruhi setiap individu.
6. Rohani
Cara berfikir, sikap pergaulan iaitu boleh berinteraksi dengan ahli masyarakat & persekitaran
dengan baik..
7
5.0 MAKSUD PEMBENTUKAN PERSONALITI
Konsep Kendiri
Menurut Carl rogers (1950), ia menyatakan diri dimana individu itu sendiri berikan kepada
dirinya sendiri secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau “aku”.
Menurut Stewat dan Friedman (1987), menghuraikan konsep kendiri sebagai tanggapan
individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi.
Peranan Ibubapa
Banyak aktiviti yang boleh membawa kepada perkembangan kanak-kanak yang boleh
dilakukan oleh ibubapa bersama anak-anak supaya kekal terangsang dan dipenuhi dengan
perasaan ingin tahu sekali gus belajar menerokai dunia di sekeliling. contoh, ibu bapa boleh
mencuba untuk menyanyi dan bercakap dengan si kecil menggunakan tona suara yang sengaja
diperbesarkan dan memerhatikan ekspresi wajah untuk melihat bagaimana mereka bertindak
balas terhadap perbezaan bunyi suara itu dan ia akan membantu dalam pembangunan bahasa
mereka.
Peranan Guru
1. Guru perlu memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas kerana kesannya
sangat penting dalam mencapai kejayaaan hasil daripada pembelajaran mereka di dalam
kelas.
2. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dalam membantu kanak-kanak membentuk
konsep kendiri yang positif, guru perlulah membina keyakinan diri murid iaitu guru perlu
mengetahui setiap kekuatan dan kelemahan mereka. Walaupun murid lemah dalam
sesuatu bidang tidak semestinya tidak cemerlang dalam bidang lain.
3. Guru perlu sentiasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
kebolehan dan minat mereka.
8
4. Guru perlu sentiasa memberi kata-kata semangat dan motivasi dengan menggunakan ujian
dan ganjaran contohnya guru sentiasa menggunakan pujian dan ganjaran bagi
menunjukkan pegiktirafan dan penghargaan terhadap hasil kerja murid.
5. Tindakan guru menggunakan cara belajar melalui bermain yang terancang untuk
membolehkan pembelajaran yang menyeronokkan, seterusnya dapat membantu
perkembangan kanak-kanak.
6. Guru menjadi role model dengan menunjukkan sikap prososial dan kemahiran beremosi
semasa mengajar.
Kepelbagaian yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaiknya dalam
membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya
setiap murid dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Pentingnya peranan
guru untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di dalam
sesebuah kelas.
6.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI
Pelbagai faktor yang dapat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak, antaranya
adalah faktor kebakaan dan faktor persekitaran.
1. Kebakaan
Melibatkan kecerdasan, emosi dan bentuk tubuh. Termasuklah bentuk tubuh badan seperti
ketinggian, berat badan, warna kulit dan fungsi kederiaan.
2. Persekitaran
Dipengaruhi dari keluarga, rakan sebaya dan juga Media Massa.
- Pengaruh Keluarga
Keluarga dapat mewujudkan suasana kemesraan, kasih sayang dan bertimbang rasa
mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Ibu bapa seharusnya memainkan
perana yang baik kepada anak-anak apabila berinteraksi seperti bercakap, menunjukkan nilai-
nilai murni serta memberi kasih sayang yang sepatutnya sewaktu perkembangan mereka.
9
- Pengaruh Rakan Sebaya
Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga kedua terpenting selepas
keluarga bagi kanak-kanak. Samada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah yang positif
ataupun yang negatif .
- Media Massa
Banyak kajian telah membuktikan hampir semua kanak-kanak daripada semua peringkat umur
didapati menghabiskan masa menggunakan media elektronik (3-5 jam menonton TV setiap
hari), kandungan media amat diperlukan bagi menjaga kebajikan dan menyediakan
persekitaran yang lebih sihat ntuk memastikan kanak-kanak mendapat manfaat sepenuhnya
daripada media yang ada di sekeliling mereka.
7.0 KATEGORI KANAK YANG BERMASALAH (BERKEPERLUAN KHAS)
1. Masalah Kerencatan Akal
Iaitu kanak-kanak yang tidak dapat mengawal sebahagian otot tubuh dalam keadaan yang
normal, kerosakan di bahagian otak menyebabkan kanak-kanak mengalami kurang upaya
perkembangan dan kerencatan akal mempunyai tahap IQ yang kurang daripada 70.
ciri-ciri kerencatan akal adalah :
Pembelajaran yang rendah berbanding rakan sebaya
Kemajuan dalam bidang akademik amat rendah
Kesukaran dalam memahami idea-idea abstrak
Kelemahan dalam pemindahan pembelajaran
2. Masalah Penglihatan
Menurut Wong Huey Siew (2006) dari segi perundangan adalah masalah penglihatan
mmelibatkan penilaian ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang pada mata yang terbaik
dengan pembetulan.
10
Sebahagian kanak-kanak menghadapi masalah penglihatan iaitu mata mereka tidak sama
dengan kanak-kanak lain. Oleh itu kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu
mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak suapay dapat mengoptimakan
pembelajaran dan pencapaian mereka.
ciri-cirinya adalah :-
Mata merah
Mata tertutup
Tiada nak mata
Juling dan sebagainya
Perlakuannya adalah:-
Selalu menggosok mata
Mencondongkan mata
Mengelipkan mata
Memegang bahan bacaan terlalu dekat dengan mata
3. Masalah Pendengaran
Pekak iaitu tidak dapat mendengar dengan baik dan tidak dapat mendengar langsung
perkataan dan sebutan di persekitaran mereka.
Menurut Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (1992) kanak-kanak pekak sebagai seorang yang
rosak pendengaran kerana dalam kebanyakkan contoh, kanak-kanak ini mempunyai
pendengaran separa. kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak dapat bertindak balas terhadap
bunyi-bunyi di sekelilingnya.
Ciri-cirinya adalah:-
Kurang bagi perhatian dalam kelas
Tidak memahami arahan
Kurang melibatkan diri dalam aktivti yang melibatkan pertuturan
11
8.0 KESIMPULAN
Setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan. Peranan guru adalah
amat penting dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan
untuk setiap murid yang berbeza. Guru perlu merancang aktiviti proses pengajaran dan
pembelajaran mengikut kebolehan murid, menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai
seperti aktiviti kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat
memotivasikan murid yang mempunyai perbezaan dari segi aspek fizikal, intelektual, emosi dan
sosial.
Semua pihak perlu bertanggungjawab dan perlu sentiasa mencuba untuk menentukan,
membina kebijaksanaan dan kebolehan kanak-kanak berdasarkan perbezaan individu. Semua
aspek yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat kanak-kanak untuk terus
belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
12
RUJUKAN
Abdul Latiff, M. A. (2006). Konsep Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: FederalPublicatio
n.
Mok Soon Sang. (2003). Bimbingan dan Kaunseling. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Suradi Salim. (1996). Bimbingan dan Kaunseling, Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publication&
Distributors Sdn Bhd.
https://www.academia.edu/6063345/Soalan_Latih_Tubi_Perkembangan_Kanak2
https://adoc.pub/perbezaan-individu-nordin-tahir-ipgm-kampus-ipoh.html
https://www.pendidik2u.my/konsep-perbezaan-individu/
13
LAMPIRAN
Link GM
https://meet.google.com/gjq-djth-hxd?pli=1&authuser=0
Soalan Soal Selidik
1. Bagaimana pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dapat membantu
pengajaran guru?
2. Jelaskan perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
3. Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan oleh seseorang guru untuk membantu
perkembangan kanak-kanak
4. Cadangkan cara seseorang guru dapat membantu kanak-kanak disleksia dalam kelas
normal
5. Bincangkan kepentingan perkembangan individu terhadap kerjaya guru di tadika
6. Apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh seseorang guru untuk membantu
meningkatkan perkembangan emosi yang positif dalam kalangan kanak-kanak.
7. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti dan konsep kendiri individu dalam
kehidupan
8. Apakah peranan seseorang guru yang boleh meningkatkan perkembangan konsep kendiri
yang positif dalam tadika
9. Huraikan kemahiran pedagogi dan perspektif yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
mencapai objektif tentang konsep-konsep dalam setiap peringkat menurut Jean Piaget.
10. Huraikan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran sekiranya pelajar autisme
belajar dalam kelas bersama pelajar-pelajar normal
11. Bagaimana cara seseorang guru dapat membantu semasa proses pertumbuhan dan
perkembangan sosialnya
12. Jelaskan peranan guru dalam membantu kanak-kanak mendapat perkembangan potensi
yang optimun
14
15