The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Folio bertajuk budaya dan perpaduan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syuqkran.hafidz, 2021-04-25 04:01:40

Budaya Dan Perpaduan

E-Folio bertajuk budaya dan perpaduan

ETIKA DAN PERADABAN
E-FOLIO

PERPADUAN DAN KEBUDAYAAN

MUHAMMAD SYUQKRAN HAFIDZ BIN HARFIZI
(17DDT20F2006)

MUHAMAD DANISH FARIS BIN MOHD ROSLAN
(17DDT20F2014)

MUHAMMAD IDHAM BIN SABARUDDIN
(17DDT20F2020)

SELVAM MANI A/L BALAGURU
(17DDT20F2998)

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN SHAHRUL AZMEE
(17DDT20F2999)

1

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKASURAT

Pengenalan 3
Maksud Kebudayaan 4
5
Maksud Perpaduan
6
Perpaduan dalam Kepelbagaian dari Perspektif :
• Psikologi Sosial 7
• Antrapologi 8
• Ontologikal 9
10
Kebudayaan Malaysia 11-12
Latar Belakang 13
14-15
Kumpulan Etnik
Adat Resam dan Pengaruh 16
Faktor Pemilihan Isu Perpaduan 17-19
Status Isu Perpaduan di Malaysia
Konsep Asas Perpaduan dan Integrasi Nasional 20
21
• Asimilasi
• Amalgamasi
• Pluraliti
Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia
Cadangan Kepada Pihak Berwajib
Rumusan
Rujukan

2

PENGENALAN

Budaya merupakan asas integrasi bangsa, di mana ia merupakan satu elemen yang
penting dalam mengasaskan sebuah negara bangsa yang bertamadun. Dalam konteks

istilah, budaya dapat ditafsir sebagai cara hidup dan warisan tradisi sesebuah
masyarakat yang telah menjadi norma dalam kehidupan seharian. Budaya juga
merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan, seperti adat, moral, nilai-nilai murni,
kesenian, agama dan juga tingkah laku yang dipelajari dan diterapi daripada kelompok
masyarakat. Antara negara-negara besar yang di mata dunia, Malaysia merupakan
sebuah negara yang unik dan termahsyur sebagai sebuah negara berbilang bangsa
yang bersatu padu. Kesepaduan sosial dan integrasi kaum yang dikecapi telah
menyumbang kepada kestabilan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.
Tidak dinafikan, usaha untuk mencapai perpaduan masyarakat pada permulaannya
merupakan satu strategi untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Namun begitu,
perpaduan masyarakat menjadi bukan setakat suatu simbol perjanjian antara kaum
sahaja, malah ia merupakan tonggak utama kepada kesejahteraan dan kestabilan
negara pada hari ini, dari aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Oleh yang demikian,
sebagai anak Malaysia, kita wajar menghargai usaha yang dilakukan oleh tokoh -tokoh
pejuang dan berusaha untuk mempertahankan perpaduan masyarakat ini demi

keamanan dan keharmonian negara.

3

MAKSUD KEBUDAYAAN

Menurut kamus, kebudayaan dimaksudkan sebagai satu cara kehidupan. Kamus Dewan (2005)
mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran , akal budi , berkelaluan dan sebagainya,

Justery, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hiduo yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekononi, politik, agama, kepercayaan,

ada resam, sikap dan nilai

Dalam buku An Introduction to Anthropology karya Ralph L. Beals dan Harry Hoijer menyatakan
konsep kebudyaan ialah mengenalpasti kelakuan yang biasa di dipratikkan, diperoleh melalui
pembelajaran oleh sesuatu kumpulan masyarakat. Selain itu, buku karya Prof Dr.
Koentjaraningrat bertajuk “Pengantar Antripoloji” menyatakan bahawa kebudayaan berasal
daripada kata Sanskrit buddhayah yang bermaksud “budi” atau “akal”. Oleh sebab itu,
kebudayaan dapat diertikan sebagau “hal – hal bersangkutan dengan akal”.
Buku yang berjudul An Introduction to Social Anthropology karya Lucy Mair menyatakan

bahawa kebudayaan ialah hak milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang
sama

Ibnu Khaldun berpendapat budaya merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Manusia mempunyai
intelek dan daya fikir, melalui intelek manusia dapat memahami satu sama lain. Manusia dapat

menyesuaikan cara hidup dengan alam sekeliling, proses menyesuaian melahirkan budaya
yang berbeza – beza antara kawasan

Kesimpulanya, kebudayaan merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi dan
yang bersifat dinamik. Di samping itu, ada unsur menerima dan menolak yang dipraktiskan oleh
sesuatu masyarakat dalam satu kesulurahan sistem kehidupan, didalamnya terkandung unsur

teknologi, ekonomi, organisasi sosial, kepercayaan dan sistem simbol yang menjadi milik
bersama sesuatu masyarakat.

4

MAKSUD PERPADUAN

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerlkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpuan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua

perhubunhan bidang sosiologi yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya
digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan .

Asas perpaduan bagu sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau
biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati
dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori
berkaitan factor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat
Menurut Kamus Dewan Bahasa, Pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan

mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan n egara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan

tanah air.
Di samping itu, definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian, kecicikan dan perihal berpadu iaitu bergabung

menjadi satu, sepakat dan sebagainya.

5

PERPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN DARI
PERSPEKTIF :

Psikologi Sosial

Rasa kesatuan ang merentas pemisahan fizikal dan psikologi yang meliputi jutaan
konteks metafizikal.

Antrapologi

Sosiologi suatu rumusan ang menyimpulkan dan mengatrikulasikan bagaimana
manusia mengurus dan menyusun dari segi abstrak dan nyata.perbezaan sosial

sedia ada dalam kalangan mereka.

Ontologikal

Mengurus dan menyusun pada umumnya atas keinginan untuk mewujudkan
keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam kenanggotaan
kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan

material.

6

KEBUDAYAAN MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan
damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu

merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.
Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik

di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di
bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakan kaum Cina beragama
Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau

Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5%
daripada populasi. Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan
Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera
lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan

untuk perniagaan.

7

LATAR BELAKANG

Malaysia terdiri daripada dua wilayah geografi yang berbeza: Semenanjung Malaysia
dan Malaysia Timur. Malaysia dibentuk apabila Persekutuan Tanah Melayu bergabung
dengan Borneo Utara (hari ini wilayah Sabah), Sarawak, dan Singapura (keluar pada

1965) pada tahun 1963, dan perbezaan budaya antara Semenanjung dan Malaysia
Timur kekal. Semasa pembentukan Malaysia, kuasa eksekutif terletak pada Parti

Perikatan (kemudian Barisan Nasional) gabungan tiga parti politik berasaskan kaum,
iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia

(MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC). UMNO telah menguasai gabungan itu sejak
penubuhannya. Walaupun Islam adalah agama rasmi negara, Perlembagaan Malaysia

menjamin kebebasan beragama.

8

KUMPULAN ETNIK

Malaysia adalah masyarakat
berbilang etnik, pelbagai budaya, dan

pelbagai bahasa, dan banyak
kumpulan etnik di Malaysia

mengekalkan identiti kebudayaan
yang berbeza. Orang Melayu, yang

menyumbang lebih separuh
penduduk Malaysia, memainkan
peranan dominan secara politik dan dimasukkan ke dalam kumpulan yang dikenal pasti
sebagai bumiputra. Bahasa ibunda mereka, Bahasa Melayu, adalah bahasa
kebangsaan negara. Dengan definisi perlembagaan Malaysia, semua orang Melayu
adalah orang Islam. Orang Asal, penduduk terawal Malaya, membentuk hanya 0.5
peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia pada tahun 2000, tetapi mewakili
majoriti di Malaysia Timur. Di Sarawak, kebanyakan kumpulan orang bukan Islam
diklasifikasikan sebagai orang Dayak, dan mereka membentuk kira-kira 40 peratus
penduduk di negeri ini.
Orang-orang Cina telah menetap di Malaysia selama berabad-abad, dan membentuk
kumpulan etnik kedua terbesar. Orang Cina pertama yang menetap di Negeri-negeri
Selat, terutamanya di dalam dan sekitar Melaka, secara beransur-ansur menerima
unsur-unsur budaya Malaysia dan berkahwin dengan masyarakat Malaysia dan dengan
ini, sebuah kumpulan etnik baru yang dipanggil muncul Peranakan. Orang-orang Cina
telah mengadopsi tradisi Melayu sambil mengekalkan unsur-unsur budaya Cina seperti
agama Buddha dan Taoisme yang sebahagian besarnya. Kepelbagaian Cina yang lebih
biasa yang dituturkan di Semenanjung Malaysia adalah Kantonis, Mandarin, Hokkien,
Hakka, Hainan, dan Fuzhou.

9

ADAT RESAM DAN PENGARUH

Kesenian dan muzik telah lama bertapak di Malaysia, dengan seni Melayu mula
berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu. Seni tradisional berpusat pada bidang
seperti ukiran, barangan perak dan tenunan. Hasil seni yang menggambarkan manusia

terbatas sehinggalah pada pertengahan kurun ke-20 akibat pengaruh Islam. Seni
persembahan dan wayang kulit amat popular dan sering memaparkan pengaruh India.
Pelbagai pengaruh dapat dilihat dalam seni bina, daripada budaya individu di Malaysia

serta daripada negara-negara lain. Sajian makanan sering terbahagi mengikut garis
etnik tetapi beberapa hidangan wujud dengan adunan dari pelbagai kumpulan etnik.
Sukan popular di Malaysia termasuk badminton, boling, bolasepak, skuash, and hoki.
Malaysia turut memiliki sukan tradisi. Antaranya ialah Wau yang merupakan permainan
layang-layang dengan rekabentuk halus. Pantai di Malaysia pula popular dengan selam
skuba, kapal layar dan lain-lain aktiviti sukan air. Aktiviti berakit di jeram dan trekking
juga dilakukan. Dari aspek kebebasan bersuara, kebanyakan media Malaysia terikat

dengan parti pemerintah Umno, dengan akhbar-akhbar utama di Malaysia dimiliki
kerajaan dan parti-parti politik pemerintah. Selain akhbar Bahasa Melayu, terdapat juga

akhbar Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang diedarkan secara
meluas.

10

FAKTOR PEMILIHAN ISU PERPADUAN

Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini
demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi
rapuh jika ada tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan
dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum
boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan
terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih
sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran
untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang

menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama
kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan

pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969
yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu
pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan
antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara
selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan
Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan
Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan
dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18
Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji

11

dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan
menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972
menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan
Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti -

aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum.

Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila
kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union oleh Inggeris di

negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk
membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil
gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu,
Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah
mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat
dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi menjamin
keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama

antara satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran
yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan
Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan
antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam
jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin

dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang

utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua
jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

12

STATUS ISU PERPADUAN DI MALAYSIA

Pergolakan Kaum Menggugat Kedaulatan Negara

Negara kita telah pun mencapai kemerdekaan selama 55
tahun, namun dalam soal perpaduan di kalangan masyarakat

berbilang kaum masih tidak lagi diselesaikan sepenuhnya.
Pada masa kini, hubungan yang harmoni sesama kaum
dipandang ringan oleh sebahagian besar daripada kita.
Menurut Datuk Mohd.Ariff Sabri Abdul Aziz, isu sensitif
antara kaum dalam soal hak, warna kulit, kepercayaan

agama dan budaya sering dipertikaikan.
Sebagai contoh, dalam insiden seorang pengetua sekolah
menengah dan penolong pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-
kata berbaur rasis, mereka didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan
boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai pelajar-
pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menyedihkan. Walaupun terdapat sebab-sebab
di sebalik kejadian tersebut, tetapi perkataan sedemikian yang dikeluarkan oleh seseorang yang
berkelayakan tinggi telah menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan masyarakat Cina dan
India, seolah-olah mereka diperlakukan seperti warga negara kelas kedua.
Pada satu sudut yang lain pula, seorang bloger yang kemudian menjadi artis dan pengarah
popular yang bernama Namewee sering kali menggubah lagu-lagu yang mengandungi unsur-
unsur yang dilihat sebagai rasis oleh orang Melayu. Tetapi Namewee dikatakan bertindak
sedemikian hasil daripada pengalamannya yang tidak dilayan dengan wajar oleh pihak -pihak
tertentu. Filem kontroversinya ‘Nasi Lemak 2.0’ tidak menikmati penolakan cukai sebanyak 20%
sebagaimana yang dinikmati oleh kebanyakan filem tempatan Malaysia yang lain walaupun
filem tersebut berjaya menonjolkan konsep 1Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah
dan pengiktirafan di luar negara.
Ironinya, tiada sebarang pengecualian atau pengiktirafan yang diberikan walaupun Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz (2011), menyokong dan berkata bahawa ‘Nasi
Lemak 2.0’ merupakan filem 1Malaysia. Justeru, ia membuktikan bahawa isu keharmonian
antara kaum masih menjadi persoalan besar dan penyelesaian bagi masalah ini tidak ditemui
lagi walaupun pelbagai usaha telah diambil.

13

KONSEP ASAS PERPADUAN DAN INTEGRASI
NASIONAL

Integrasi amat sukar untuk difahami kerana memerlukan pengorbangan dalam
menjayakannya. Proses ini bukan mudah dicapai sekiranya masyarakat di Malaysia
masih lagi mempunyai sikap berpuak-puak dan bersikap perkauman antara satu dan
lain. Sebab itulah terdapatnya tiga konsep asas perpaduan dan integrasi nasional yang

perlu kita fahami terlebih dahulu.

Asimilasi - Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, asimilasi bermaksud pemaduan

bermacam-macam atau jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu seperti
pemaduan unsur-unsur daripada kebudayaan yan g berlainan menjadi satu
kebudayaan. Ini bermakna asimilasi merupakan satu proses dua kebudayaan dibentuk
menjadi satu bentuk budaya yang baru bagi mengurangkan perbezaan etnik yang
ketara. Masyarakat yang berfikiran secara berlainan akan bersatu dalam kebudayaan
yang sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti diwakili dengan formula A+B+C =A.
Etnik minoriti iaitu B dan C akan mengamalkan bentuk kebudayaan A yang merupakan
golongan dominan dalam sesebuah negara. Di Malaysia, sebagai contoh asimilasi
bukanlah konsep perpaduan yang baru di Malaysia. Kita lihat sahaja, masyarakat Baba
dan Nyonya menjadi rujukan terbaik hasil daripada proses asimilasi etnik Cina dengan
kebudayaan Melayu. Pada zaman Kesultanan Melaka dan Kesultanan Johor-Riau
asimilasi suku Orang Laut berlaku apabila dalam perkahwinan campur berlaku
menyebabkan Suku Mah Meri, suku Orang Kanaq, suku Orang Kuala dan suku Orang
Seletar dikategorikan oleh Malaysia sebagai orang asli Malaysia. Pada hari ini kita
dapat melihat orang Cina dan India berbaju kurung dan ini tidak memberi pandangan
yang sinis oleh orang Melayu. Berkat daripada sistem pendidikan kebangsaan, generasi

muda bukan Melayu begitu fasih berbahasa kebangsaan.

14

Amalgamasi - Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya

atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam
menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara
kumpulan etnik. Terori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini
A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgam, satu kumpulan
baru terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan etnik

yang sedia wujud mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi
baru atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Di Malaysia, proses
amalgamasi yang dapat kita lihat pada masa kini adalah masyarakat Serani iaitu
perkahwinan campur antara orang Portugis dan Melayu.

Pluraliti - Pluraliti ataupun majmuk bermaksud gabungan dua atau tiga perkataan yg

mem punyai satu pengertian. Masyarakat majmuk bermaksud ~ masya rakat yg terdiri
daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa.Pluralisme budaya bukan

fenomena baru dalam Alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-
Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis,
Sepanyol, Belanda dan British) dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sekurang-

kurangnya sejak abad ke 5 Masihi lagi. Pertembungan dan pertemuan budaya-budaya
besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena social yang istimewa dalam

Alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya.

15

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA

Perpaduan ialah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakatan dan
Negara keseluruhannya melalui ideology Negara supaya tiap-tiap anggota

masyarakatan dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan
kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpadu an memainkan peranan penting
dalam memacu kestabilan & kemajuan Negara. Sejak merdeka lagi,kerajaan telah
memupuk semangat perpaduan dalam memakmurkan negara kita. Pelbagai dasar telah
dijalankan untuk mencapai proses perpaduan ini.Tanpa perpaduan, kemajuan Negara
yang ingin dicapai untuk wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana

kerjasama diperlukan untuk menjana kemajuan. Kepentingan perpaduan kaum di
Malaysia adalah;

Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang
harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya

masyarakat berbilang kaum di Negara kita seperti cina,melayu,india,kadazan dan
sebagainya. Peribahasa “rambut sama hitam, hati lain lain” jelas menunjukkan

walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan
manusia adalah berbeza. Dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan

masyarakat,barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat
tercapai. Olehhal yangdemikian,sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah

mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata
peribahasa,”bulat air kerana pembentung, bulat airkerana muafakat".

Kesimpulannya, setiap warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untu k
memantapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan
mestilah dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan

yang kita idamkan.

16

CADANGAN KEPADA PIHAK BERWAJIB

Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia
tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca

dan diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat
berbilang kaum, budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling
menghormati antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.

Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan
kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian,
perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan

keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya
kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan
hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan

perpaduan kaum di negara ini?

Sebagai cadangan pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan
memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah
sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak
kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Anak-anak digalakkan
berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan
membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau
17

perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan
membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.

Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai
bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda.
Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi
dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan
dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar

jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan
semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara cadangan yang
dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini,
guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan

projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan -sambutan
majlis di sekolah.

Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk
menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan

bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif
tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu -isu sensitif semasa mengajar, misalnya
dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum

lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi
menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar
dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk
mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

18

Cadangan tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat
kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami

peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969,
sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan

keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah
tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan
yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan
bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu

sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peran an dalam mengukuhkan perpaduan
kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,

Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan
hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu

menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang
komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.

19

RUMUSAN

Keamanan negara di Malaysia sangat penting dalam usaha negara kita menginjak
menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini

boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa
terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.

Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969, kita wajar memperkuat semula perpaduan kaum di
negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni di negara yang kita cintai ini.

Dalam nada yang sama, kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah
negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut

bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Seterusnya, kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat
dicapai jika semua rakyat bersatu padu, bertolak ansur, hormat menghormati antara

sesama angota masyarakat.

Akhir sekali, kita berharap agar semua warganegara di negara kita akan sentiasa
mematuhi undang-undang dan peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan

menghargai jasa
tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi

kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna.

20

RUJUKAN

https://www.google.com.my/imghp?hl=en&tab=ri&ogbl
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
http://jganraj.blogspot.com/2017/01/maksud-perpaduan-ialah-penyatuan-dan.html
https://solidaritas.my/adakah-perbezaan-budaya-dan-adat-di-malaysia-mengekang-kekuatan-
perpaduan-masyarakat/
https://journals.mindamas.com/index.php/sosi ohumanika/article/view/436/434

21


Click to View FlipBook Version