The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suhaiza.ismail667, 2021-05-18 07:22:46

Berkelah Bersama Keluarga

Tema : Kekeluargaan.
Tajuk : Berkelah bersama keluarga .

Pada cuti sekolah yang lalu , Keluarga Akmal berkelah di
kawasan air terjun yang terletak di Kanching , Selangor .
Puan Rohani ibu Akmal menyediakan dan minuman untuk
keluarganya . Beliau membawa makanan seperti nasi goreng ,
roti , bihun goreng dan kuih .

Mereka pergi ke sana dengan menaiki kereta . Sepanjang
perjalanan Akmal dan adik-adiknya sangat seronok dan tidak
sabar untuk mandi di air terjun tersebut. Suasana di
kawasan air terjun itu sungguh indah dan nyaman.

Apabila sampai di situ Encik Jamal mencari kawasan yang
teduh untuk berehat dan meletakkan makanan . Puan Rohani
membentangkan tikar untuk duduk sambil menghidangkan
makanan yang dibawa . Akmal dan adik-adiknya mandi di
kawasan air terjun tersebut sambil diperhatikan oleh Encik
Jamal.

Mereka sungguh seronok dapat berkelah dan mandi-
manda di air terjun itu sambil menikmati suasana yang
nyaman dan mendamaikan. Ramai orang berkelah di situ
kerana kawasan yang luas dan bersih .

Setelah penat bermain dan mandi , mereka berehat
sambil menikmati makanan yang dibawa oleh ibu .


Click to View FlipBook Version