The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fazsnajhiah, 2021-05-18 10:27:00

RUKUN NEGARA

ETIKA EFOLIO

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN
SEJARAH PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH
TUAN MOHD SYAHNAN BIN MD ZAIN

NAMA PELAJAR

NAMA NOMBOR MATRIK
HURIN FASIHA BT JAMSARI 15DPR20F2012
NUR HAZIMAH BT MOHD RAZALI 15DPR20F2020
NUR FARAH NAJHIAH BT ZAHAR 15DPR20F2014
NUR FITRI SYAMIRA BT RIDZUAN 15DPR20F2010

ISI KANDUNGAN

UNIT ISI KANDUNGAN MUKA
1.0 PENGHARGAAN SURAT

1

2.0 PENGENALAN 2-3

3.0 SEJARAH PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK DI 4-6
MALAYIA 7-8
9-12
4.0 HALANGAN PEMBENUKKAN MASYARAKAT MAJMUK DI 13
MALAYSIA

5.0 KESAN PEMBENTUKKAN MASYARAKAT MAJMUK DI
MALAYSIA

6.0 KESIMPULAN

1.0 PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat
kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang
sepenuh penghargaan kepada Tuan Mohd Syahnan Bin Md Zain, Pensyarah
Matapelajaran Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU 21032), di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak mencurahkan ilmu kepada kami
sewaktu sesi pembelajaran. Selain itu, tidak lupa juga kata sepakat rakan-rakan di dalam
kumpulan dapat kami bersama menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, ribuan terima kasih
kami ucapkan kepada rakan kumpulan yang memberi kerjasama sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini . Pelbagai ilmu yang dapat kami peroleh bersama sepanjang
kami menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan dari semua pihak , tidak mungkin kami
dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

2.0 PENGENALAN

Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia hasil gabungan daripada
beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam
Melayu. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh ‘peradaban globalisasi’
yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara
bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan
ekonomi mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul
antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Usaha membina
peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan
kerohanian dan moral yang dituntut oleh islam dan agama-agama lain
berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan
peradaban majmuk di Malaysia perlu dilaksanakan dengan lebih teliti.
Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini
manakala keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin . Akhir
kata, kita perlu menggunkan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada
kita terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi
kita yang baik berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual tau
keilmuan.

3.0 SEJARAH PEMBENTUKAN MAJMUK DI MALAYSIA

Sebelum abad ke-18, penduduk di Malaysia di Tanah Melayu dan kepulauan borneo
ketika itu didominasikan oleh orang asli, orang Melayu dan kaum bumiputra sabah dan
Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat
juga kaum pendatang daripada sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak
masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang daripada sumatera, Indonesia. Tetapi tidak
menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada
rumpun bangsa yang sama

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat factor penarik yang ada
di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab
mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga hari ini. Struktur masyarakat di
Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan
penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi
berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor
utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada china dan india

Masyarakat cina daripada negara china
sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh
dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu,
mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke
tanah melayu. Kemasukkan buruh-buruh cina ke
tanah melayu melalui beberapa cara yang
dikenalpasti diusahakan oleh orang cina sendiri
yang telah menetap lama di tanah melayu melalui
sistem tiket yang sangat popular. Bilangan buruh cina yang berhijrah memang ramai dan
sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan
kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke tanah melayu

Kemasukkan masyarakat cina ke tanah melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakt majmuk daripada pengaruh masyarakat cina yang semakin
bertambah. Pengaruh masyarakat cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat
cina ke sistem sosial alam melayu dan kedatangan masyarakat melayu ke tanah melayu
akhirnya membentuk satu masyarakat baharu iaitu baba nyonya dan cina muslim.

Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di
Malaysia dan mmenggambarkan keunikkannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas negara china dan india, tanah melayu, sabah dan Sarawak
juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti Indonesia dan Ceylon. Namun,
bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada china dan india.
Kebanyakkan pendatang Indonesia berasal daripada jawa, Kalimantan(Banjarmasin),
Celebes, timor dan Sulawesi serta beberapa bahagian kepulauan yang berhampiran
dengan selat Melaka. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik
antaranya orang jawa, bugis, minang dan banjar. Pendatang daripada Ceylon
kebanyakkannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai
selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-
19 berterusan sehingga abad ke -20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan
british di Ceylon. Faktor ekonomi adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka,
sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di
negara asal mereka.Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses
pembentukkan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses
pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan
etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan
ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik yang berlaku dalam masyarakat
majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.
Pengambilan pekerja buruh daripada luar dibuat secara tetap sudah pasti akan
menimbulkan masalah sosioekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi
mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogenous seperti
mana yang cuba dielak oleh negara-negara eropah barat dan telok.

Campur tangan inggeris di tanah melayu bermula apabila francis light menduduki pulau
pinang pada ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran
secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang
panjang semasa pemerintahan colonial british di Malaysia iaitu
selama lebih seratus lima puluh tahun bermula 1786 hingga
1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh jepun
semasa perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka
masa singkat itu dianggap tidak mempunyai signifikan yang
besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk. Masyarakat
homogenis melayu tanah melayu telah mengalami transformasi
kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi
etnik-etnik melayu, cina dan india sebagai kompponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan
India yang berasimilasi dengan budaya tempatan
seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan
Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan
India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila
perkahwinan antara orang asing dengan penduduk
tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori

penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain.
Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-
India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran
daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh
itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran
kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya,
adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.

4.0 HALANGAN PEMBENTUKKAN MASYARAKAT
MAJMUK

POLITIK:-

Halangan daripada segi politik timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima
kepimpinan dari kaum lain yang mana kepimpinnya sendiri. Mereka hanya akan berburuk
sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan
kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempunyai peganggan dan prinsip mereka
sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri.
EKONOMI:-

Halangan dari segi ekonomi yang paling nyata ia perbezaan dari segi pekerjaan di mana
perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecahan dan perintah seperti mana
dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang
dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang dimana
sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang cina dan kebnyakkan yang tinggal di
Kawasan ladang ialah orang india

SOSIAL (PENDIDIKAN):-

Pada zaman penjajahan, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif,
terutamanya untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan
kerana British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan
sendiri sahaja. Pihak inggeris juga telah mewujudkan Sekolah Vernakular Melayu,
Sekolah Vernakular Cina dan Sekolah Vernakular Tamil yang sudah pastinya telah
menybabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisah mengikut sistem persekolahan
dan hubungan antara mereka sudah menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah
Vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut.
Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British
tidak memainkan peranan dengan adil, terutamanya dari segi layanan yang setaraf kepada
semua bangsa atau kaum.

5.0 KESAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Menurut Mothy dalam slideshare yang bertajuk Implikasi tidak wujud perpaduan kaum
dan integrasi nasional di Malaysia. Salah satu kesanya adalah keharmonian negara
terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan
rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan
bersama. ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan
kaum hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi
masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana
yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan keharmonian namun
sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan
integrasi nasional dalam negara. Kesan yang kedua ialah wujudnya masyarakat yang tidak
bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan
kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud
masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini
pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa
sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh
menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat
sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.

Kesan yang ketiga ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal
sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara
rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk
dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud
kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukkan jurang di antara
masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa simbol tidak perpaduan
di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan memandang rendah
kerana tiada keamanan dalam negara. Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting
dalam negara.

IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA

Menurut Mohamad Faiza Bin Ibrahim dalam slideshare yang bertajuk Konsep
Masyarakat Majmuk. Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada

beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah
Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu
mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi
kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan
sosial.

i. Politik

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan
terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan
kemasukan orang asing melalui sistem sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas. Hal
ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan
menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran
balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga
menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu Seperkara yang menarik
tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang
imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh
bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi
melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya.

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing
bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi
gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buru-buruh ini
dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan
Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat
tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi
menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-
undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang
sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan
kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal
mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini
keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada
pemerintah Inggeris

Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa
kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang

berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah
mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang
dihadapi oleh masyarakat pribumi.

ii. Ekonomi

Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan
sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan
ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong
kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh.
Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga
buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. Selain itu, kerajaan
telah menjalankan pelbagai usaha dan strategi untuk memberi peluang kepada masyarakat
Melayu dan bumiputera agar bergiat aktif dalam sektor ekonomi. Pembangunan ekonomi
negara kita dilakukan dengan mengambil kira kedudukan masyarakat yang dilihat
berperingkat agar lebih seimbang melalui dasar-dasar kerajaan dari dulu hingga sekarang.

iii. Sosial

Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.
Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di
Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris
menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di
Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan
sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud
sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti
setiap kaum di Malaysia.

Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan
serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa
Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran
bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk
mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan
kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keada bahawa mereka
masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi

bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan
mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

Selain itu, kerajaan British telah membina jaringan jalan perhubungan dan pengangkutan
seperti jalan kereta api dan jalan raya. Sistem jalan pengangkutan tersebut
menghubungkan antara ladang getah dan lombong bijih timah dengan kilang mahupun
pelabuhan. Hal ini telah menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan
perhubungan di Tanah Melayu.an dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi
kemasukaorang asing kerana mereka

6.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, kemasukan migran luar ke Tanah Melayu pada abad ke-18 telah
menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Proses ini berterusan
sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang
kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini
menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan
latar berlakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia telah terjadi secara tidak sengaja.
Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu adalah melayu. Namun pada
pertengahana abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-
ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris di Tanah Melayu.

Kemasukan imigran di dunia Melayu meninggalkan banyak kesan, sama ada kesan
positif mahupun kesan negatif. Ia bergantung kepada carabagaimana kita melihat dan
mentafsir kedatangan mereka. Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu
telah mencorakkan perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru,
mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru
struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada hari ini, masyarakat majmuk di malaysia
terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk di tanah
melayu adalah melayu.

Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan
mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80
kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa
yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain.

Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu
dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang
lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita kecapi masakini.


Click to View FlipBook Version