PENGURUSAN
PERNIAGAAN
BPP 1033 COMPUTER PRACTICE
Setiap hari, pekerja di pejabat akan menaip pelbagai dokumen. Semua dokumen
tersebut perlu disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Teknik menaip
sentuhan adalah satu teknik yang boleh digunakan untuk menaip dengan pantas dan
tepat. Teknik ini melibatkan aktiviti mengetuk
kekunci tanpa melihat tangan, kekunci, atau skrin.
Setiap kekunci dikesan melalui sentuhan dan diketuk
dengan hujung jari secara pantas dan lembut.
SENAMAN
Murid hendaklah membuat senaman regangan badan dari masa ke semasa. Ini amat penting
untuk mengurangkan tekanan pada otot akibat aktiviti menaip yang berterusan. Terdapat tiga
jenis senaman:
• Senaman Pergelangan Tangan
• Senaman Mata
• Senaman Jari
ERGONOMIK
ERGONOMIK IALAH SATU KAJIAN TENTANG :
❖ pekerja dan persekitaran pekerjaan bagi
mencapai suasana kerja yang lebih selesa
dan selamat.
❖ Cara untuk meningkatkan kesihatan dan
produktiviti semasa berkerja.
Stesen kerja yang ideal membolehkan pengguna komputer
membuat kerja dengan:
• Selesa
• Meminimumkan risiko kecederaan
• Mengekalkan postur badan
• Kedudukan tangan yang baik ketika menaip.
Matlamat ergonomik adalah:
• Meningkatkan produktiviti dan kecekapan
• Menghasilkan keselesaan untuk
mengekalkan posisi badan dan postur tangan
yang betul
• Mengurangkan tekanan psikologi
• Mengurangkan kadar kemalangan dan
kesakitan yang melibatkan kecederaan fizikal
PENGELOLAAN RUANG KERJA
• Pencahayaan – Cahaya mestilah sesuai dan terang untuk membolehkan kerja
dijalankan dengan baik di samping tidak menjejaskan penglihatan murid. Sistem
pencahayaan yang baik diperoleh secara terus dan tidak terlindung oleh halangan-
halangan seperti almari, langsir, sesekat dan sebagainya.
• Persekitaran udara - Persekitaran udara yang dingin boleh menghasilkan suasana
yang selesa untuk menjalankan tugas.
• Ruang Kerja - Ruang kerja mestilah mempunyai sistem ventilasi yang sesuai dan
sempurna untuk membolehkan pengaliran udara yang baik. Ruang kerja juga
mestilah bersih, kering dan tidak sesak dengan barang dan sampah.
• Kawasan Kerja - Sediakan peraturan kerja dan penggunaan peralatan. Pastikan
tiada makanan dan minuman berhampiran kawasan kerja. Kawasan kerja juga perlu
dilengkapi dengan peralatan keselamatan
• Bunyi - Pastikan kawasan kerja jauh daripada sebarang gangguan bunyi.
Papan kekunci merupakan peranti input yang biasa digunakan untuk memasukkan data
berbentuk teks untuk diproses. Apabila menggunakan papan kekunci, seseorang perlu
menaip dengan cara yang sistematik dan betul. Teknik Menaip Sentuhan adalah menaip
secara sentuhan tanpa melihat papan kekunci.
Papan kekunci komputer terdiri daripada kekunci abjad, kekunci fungsi, kekunci kursor,
kekunci numerik dan beberapa kekunci khas.
Mengenalpasti susunan kekunci pada papan kekunci :
➢ Kekunci abjad (a-z)
➢ Kekunci numerik,
➢ Kekunci tanda baca
➢ Kekunci servis
➢ Kekunci fungsi khas
➢ Kekunci Pergerakan kursor
➢ Kekunci Pad Numerik
Mengenalpasti susun letak kekunci papan kekunci
➢ Kekunci abjad (a-z)
• Kekunci baris rumah (A,S, D, F, J, K, L, ; )
• Kekunci baris tengah (kekunci rumah, G dan H)
• Kekunci baris atas ( Q, W, E, R, T, Y, U, I, O, P)
• Kekunci baris bawah (Z, X, C, V, B,N, M)
➢ Kekunci numerik, (1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 0)
➢ Kekunci tanda baca ( . , : ; ! ?)
➢ Kekunci servis ( Enter, space bar, shift, shift lock, backspace,)
• Esc – (escape) melangkau
memadam
• Delete – memadam dari belakang
bersetuju / memilih
• BackSpace – menyelit
Menukar ke huruf besar
• Enter – Untuk menggunakan fungsi kekunci di atas.
• Insert – digunakan secara bersama dengan huruf
fungsi yang digunakan bersama dengan fungsi yg lain
• Caps Lock –
• Shift –
Cth : Shift + 1 = !
• Ctrl –
• Alt –
TEKNIK MENAIP SENTUHAN
Menaip sentuhan adalah menaip secara lembut dan mata tidak
memandang pada papan kekunci. Selain daripada itu, langkah-langkah
berikut akan memberikan teknik menaip sentuhan yang baik :
i. Kekalkan postur badan dengan betul semasa menaip
ii. Sentiasa lengkungkan jari
iii. Gunakan kekunci Spacebar dengan betul
iv. Fokuskan mata pada bahan menaip
v. Ketuk setiap kekunci secara sentuhan dengan gerakan
pantas dan ketukan lembut
vi. Ketuk kekunci Enter dengan jari kelengkeng
vii. Kekalkan kedudukan jari pada kekunci rumah
viii. Taip secara berterusan
ix. Gunakan teknik penjarian yang betul semasa menaip
Rentak
Kekalkan rentak yang sama dan konsisten semasa menaip. Taip secara
berterusan tanpa berhenti supaya dapat meningkatkan kepantasan
menaip.
SISTEM PENJARIAN YANG BETUL
Terdapat sistem khas dalam pemidangan huruf. Setiap jari
diperuntukkan untuk kekunci yang tertentu sahaja.
Kekunci a s d f ; l k j (baris rumah - Home Row Keys)
• Ketuk kekunci a dengan jari kelengkeng kiri
• Ketuk kekunci s dengan jari manis kiri
• Ketuk kekunci d dengan jari tengah kiri
• Ketuk kekunci f dengan jari telunjuk kiri
• Ketuk kekunci ; dengan jari kelengkeng kanan
• Ketuk kekunci l dengan jari manis kanan
• Ketuk kekunci k dengan jari tengah kanan
• Ketuk kekunci j dengan jari telunjuk kanan
• Ketuk kekunci Enter dengan jari kelengkeng kanan
• Ketuk kekunci Space bar dengan jari ibu kanan
Kekunci g dan h
• Ketuk kekunci g dengan jari telunjuk kiri dari kekunci f
• Ketuk kekunci h dengan jari telunjuk kanan dari kekunci j
Kekunci e dan i
• Ketuk kekunci e dengan jari tengah kiri dari kekunci d
• Ketuk kekunci i dengan jari tengah kanan dari kekunci k
Kekunci r, t dan u, y
• Ketuk kekunci r dengan jari telunjuk kiri dari kekunci f
• Ketuk kekunci t dengan jari telunjuk kiri dari kekunci f
• Ketuk kekunci u dengan jari telunjuk kanan dari kekunci j
• Ketuk kekunci y dengan jari telunjuk kanan dari kekunci j
Kekunci q, w dan p, o
• Ketuk kekunci q dengan jari kelengkeng kiri dari kekunci a
• Ketuk kekunci w dengan jari manis kiri dari kekunci s
• Ketuk kekunci p dengan jari kelengkeng kanan dari kekunci ;
• Ketuk kekunci o dengan jari manis kanan dari kekunci l
Kekunci c, v dan n, b
• Ketuk kekunci c dengan jari telunjuk kiri dari kekunci f
• Ketuk kekunci v dengan jari telunjuk kiri dari kekunci f
• Ketuk kekunci n dengan jari telunjuk kanan dari kekunci j
• Ketuk kekunci b dengan jari telunjuk kanan dari kekunci j
Kekunci z, x dan , .
• Ketuk kekunci z dengan jari manis kiri dari kekunci s
• Ketuk kekunci x dengan jari tengah kiri dari kekunci d
• Ketuk kekunci , dengan jari manis kanan dari kekunci l
• Ketuk kekunci . dengan jari kelengkeng kanan dari kekunci ;
(tekan kekunci space bar 2X setiap kali selepas tanda noktah di akhir ayat)
• Ketuk kekunci m dengan jari tengah kanan dari kekunci k
Kekunci Shift
• Tekan kekunci Shift kanan dengan jari kelengkeng kanan untuk menaip
huruf besar aksara yang ditaip dengan tangan kiri
• Tekan kekunci Shift kiri dengan jari kelengkeng kiri untuk menaip huruf
besar aksara yang ditaip dengan tangan kanan
Kekunci tanda baca
• Kekunci / dan -
Ketuk kekunci – menggunakan jari kelengkeng kanan dari kekunci ;
Ketuk kekunci / menggunakan jari kelengkeng kanan dari kekunci ;
• Kekunci tanda soal ?
Tekan shift jari kelengkeng kiri dari kekunci a
Ketuk kekunci dengan jari kelengkeng kanan
Lepaskan kekunci Shift dan kembalikan kedua-dua jari ke kekunci rumah
• Kekunci tanda seru
Tekan shift jari kelengkeng kanan dari kekunci ;
Ketuk kekunci ! dengan jari kelengkeng kiri dari kekunci a
Lepaskan kekunci Shift dan kembalikan kedua-dua jari ke kekunci rumah
Kekunci 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0
• Ketuk kekunci 1 dengan jari kelengkeng kiri dari kekunci a
• Ketuk kekunci 2 dengan jari kelengkeng kiri dari kekunci a
• Ketuk kekunci 3 dengan jari manis kiri dari kekunci s
• Ketuk kekunci 4 dengan jari tengah kiri dari kekunci d
• Ketuk kekunci 5 dengan jari telunjuk kiri dari kekunci f
• Ketuk kekunci 6 dengan jari telunjuk kiri dari kekunci f
• Ketuk kekunci 7 dengan jari telunjuk kanan dari kekunci j
• Ketuk kekunci 8 dengan jari telunjuk kanan dari kekunci j
• Ketuk kekunci 9 dengan jari hantu kanan dari kekunci k
• Ketuk kekunci 0 dengan jari manis kanan dari kekunci l
*** untuk semua kekunci simbol yang berada di atas kekunci numerik,
tekan shift (kiri/kanan) diikuti ketuk kekunci simbol menggunakan jari yang
sama dengan kekunci numerik berkenaan
Teknik mengingat penjarian yang betul untuk menaip
Tangan Kiri
Tangan kiri bermula dengan jari kelingking kiri:
SWZ DEX FGRTCV
AQ
JHUYNB KIM
OL ,
;P.
Tangan kanan
Tangan kanan bermula dengan jari telunjuk kanan;
Telunjuk Tengah Manis Kelengkeng
JH K L ;P.
UY I O
NB M
Janganla Kasi Lainla ;Pedas.
Hitam Unik Ikan Otak-
Yang Nampak Masin Otak,
Bagus