The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PB1_Fatini0088_BMD_Syair Penghujung Thamarat al-Muhimmah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrftini12, 2023-02-22 03:31:29

PB1_Fatini0088_BMD_Syair Penghujung Thamarat al-Muhimmah

PB1_Fatini0088_BMD_Syair Penghujung Thamarat al-Muhimmah

Presented by: Lorna Alvarado NAMA PELAJAR NUR FATINI BINTI MOKHNI ANGKA GILIRAN 2022232310088 PROGRAM/AMBILAN PPISMP/JUN 2022 UNIT BM D NAMA PENSYARAH PUAN ROZIAH BINTI RAMLI BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU PUISI TRADISIONAL & MANIFESTASI AKAL BUDI


PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan 1, penghasilan produk bagi kursus BMMB1104 dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Roziah Binti Ramli kerana telah memberi tunjuk ajar dan kepercayaan beliau kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyempurnakan tugasan ini secara langsung mahu pun tidak langsung kerana tanpa bantuan kalian, mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Sekian, terima kasih.


BIL. KANDUNGAN/TOPIK 1 Takrif Kesusasteraan Melayu Jenis-Jenis Kesusasteraan Melayu Konsep Kesusasteraan Melayu 2 Takrif Syair Pendapat Tokoh Sastera Mengenai Syair Jenis-Jenis Syair Beserta Contohnya Ciri-Ciri/Bentuk-Bentuk Syair Konsep Puisi Tradisional (SYAIR) 3 Fungsi Hiburan Fungsi Pendidikan Fungsi Dakwah Fungsi Kritikan Sosial Fungsi-Fungsi Sastera Melayu 4 Syair Nasihat : Penghujung Thamarat al-Muhimmah Manifestasi Akal Budi Masyarakat ISI KANDUNGAN


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan merupakan satu karya seni yang dicipta dan disampaikan melalui bahasa. Siti Hajar Abdul Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu ' susastera ' yang bermaksud huruf atau buku indah.


Sastera rakyat Mitos Lagenda Cerita rakyat Sastera istana Prosa Tradisional Cerpen Novel Drama Prosa Moden Pantun Seloka Gurindam Syair Puisi Tradisional Sajak Puisi Moden JENIS-JENIS KESUSASTERAAN MELAYU Topik utama !


KONSEP PUISI TRADISIONAL -SYAIR-


Puisi merupakan satu genre terawal yang digunakan sejak awal peradaban dunia. Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam pusisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan, teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya Puisi tradisional mempunyai nilai estetika yang tersendiri yang setiap daripadanya mempunyai fungsi yang tersendiri. PUISI TRADISIONAL


APA ITU SYAIR ? Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam.


A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan karya puisi tradisional Melayu lama yang telah sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. Bukti: Kata-kata yang tertulis pada batu nisan tua yang dijumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada T.M. 1380 ditulis dalam bentuk syair. Mohd. Yusof Md. Nor (1985) berkata bahwa syair berasal daripada puisi Arab iaitu "sy'ir" tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusateraan Arab. PENDAPAT TOKOH SASTERA MENGENAI SYAIR MOHD. YUSOF MD. NOR A. TEEUW


Harun Mat Piah (1989), mengatakan bahawa pengkaji bersependapat bahawa istilah syait berasal daripada Bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum. Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi.. PENDAPAT TOKOH SASTERA MENGENAI SYAIR HARUN MAT PIAH SYED NAQUIB AL-ATTAS


JENIS-JENIS SYAIR BESERTA CONTOHNYA


1. SYAIR ROMANTIS Syair romantis adalah syair yang berunsurkan percintaan. Terdapat pada Penglipur Lara Hikayat mahupun cerita rakyat. Kebiasaannya merujuk kepada kisah yang panjang. Contoh: kiasan, kehidupan, agama, cinta, persahabatan dan seangkatan dengannya.


2. SYAIR PANJI Syair Panji merupakan penglipur lara. Syair Panji ini juga merupakan syair yang menceritakan sesuatu keadaan yang terjadi di dalam istana atau sesebuah kerajaan. Syair ini bertemakan tentang pengembaraan dan peperangan. Namun, ada juga yang menyelitkan unsur percintaan.


3. SYAIR SEJARAH Istilah “Sejarah” itu sahaja telah menggambarkan segala-galanya. Oleh itu, syair sejarah ini adalah berkisarkan tentang peristiwa yang berlaku ketika masa lampau ataupun yang telah berlaku. Kebanyakkan syair jenis sejarah ini mengisahkan tentang peperangan.


4. SYAIR KIASAN Syair kiasan ini merupakan sejenis syair yang membawa “pesan”. Hal ini kerana, setiap isi yang terdapat di dalam syair kiasan adalah berbentuk tersirat. Ia boleh menjadi sesuatu yang baik dan ia juga boleh menjadi sesuatu bentuk sindiran.


4. SYAIR KEAGAMAAN Syair keagamaan merupakan salah satu syair yang penting. Hal ini kerana di dalam syair keagamaan terdapat lagi sebilangan kecil syair lain. Contohnya: Syair Sufi, Syair Tentang Ajaran Islam, Syair Nasihat, dan Syair Kisah Nabi. Syair jenis ini kebiasaannya adalah berunsurkan sesuatu yang dapat dijadikan moral kepada diri dan masyarakat.


CIRI-CIRI/BENTUKBENTUK SYAIR


BENTUK Syair MELIPUTI ASPEK: 1 . RANGKAP 2. BARIS 3. SUKU KATA 4. RIMA 5. TERIKAT


Rangkap Pertama 4 Baris RANGKAP dan baris Bentuk konvensional syair Melayu mengandungi empat baris serangkap. Namun, ada juga sesetengah syair yang dihasilkan dua atau tiga baris serangkap. Setiap baris mempunyai 4-5 patah perkataan. Rangkap Kedua 4 Baris Rangkap Ketiga 4 Baris Rangkap Keempat 4 Baris ** syair contoh


"Ada kepada suatu hari, " - sepuluh suku kata suku kata Suku kata adalah di antara 8 hingga 12 suku kata sahaja sebaris. Contoh: ** syair contoh "Katanya wahai cahaya mataku" - 11 suku kata "Sampai habis semua diterimakan" - 12 suku kata


Rangkap Pertama Rima akhir ri,ri,ri,ri ** syair contoh Rima Rima akhir ialah a,a,a,a Ini bererti setiap akhir baris dalam sesuatu rangkap mestilah diakhiri dengan rima yang sama Contoh: Terikat Merupakan puisi terikat Rangkap Kedua Rima akhir nya,nya,nya,nya Rangkap Ketiga Rima akhir ku,ku,ku,ku Rangkap Keempat Rima akhir kan,kan,kan,kan


FUNGSI-FUNGSI SASTERA MELAYU


Sastera ini terhasil daripada kesedaran atau pun perkongsian daripada pengarang berkenaan kehidupannya dan lain lain. Mereka ini menggunakan pengalaman, persekitaran, pemerhatian dan sebagainya sebagai satu bentuk idea dalam penulisan mereka. Oleh sebab itu la munculnya pelbagai jenis bentuk Sastera Melayu sebagai bentuk penyampaian mereka. Justeru, kita dapat simpulkan bahawa setiap daripada itu, ada sesuatu yang tersirat dalam penyampaian mereka. Bagaimana sastera ini muncul? FUNGSI SASTERA MELAYU 1. Hiburan Apakah fungsifungsi yan ditekankan? 2. Pendidikan 3. Dakwah 4. Kritikan sosial


Secara Am Seperti yang telah diperkatakan tadi, bentuk hiburan ini bukan sahaja daripada kata-kata bahkan juga irama dan rentaknya. Oleh yang demikian, fungsi syair sebagai hiburan ini kita boleh lihat sebagai satu karya yang sering dilagukan di dalam majlis-majlis tertentu seperti pesta keramaian dan adat perkahwinan. Contohnya: Syair Pengantin Bersanding Hiburan ini terhasil daripada keindahan kata-kata, irama atau rentak yang indah. Unsur “hiburan” ini penting dalam mewujudkan satu karya sastera yang boleh membawa keseronokan. Fungsi ini juga boleh dikatakan penting dalam kepada penerimaan masyarakat sebagai satu karya yang diminati kerana adanya unsur-unsur hiburan. 1. HIBURAN Fungsi syair sebagai hiburan


Secara Am 2. PENDIDIKAN Karya sastera ini juga berperanan sebagai alat pendidikan. Hal ini kerana karya sastera ini merupakan satu bentuk penyampaian dalam memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Tiga penekanan yang ditekankan dalam mencapai objektif pendidikan adalah: Contoh: Cerita Sang Kancil dengan Buaya yang sangat popular dalam kalangan kanak-kanak dan menjadi satu bentuk asuhan moral kepada masyarakat - Merupakan sesuatu yang boleh membawa kesedaran - Mengubah perspektif pemikiran masyarakat - Memberi ruang kepada masyarakat untuk menyerap nilai-nilai moral


Fungsi syair sebagai alat pendidikan 2. PENDIDIKAN Syair juga mempunyai fungsi sebagai alat pendidikan. Hal ini diperkatakan kerana ada sesetengah jenis syair yang memenuhi tiga penekanan yang dinyatakan tadi Contohnya: Syair Nasihat. Syair berupa nasihat ini sama sahaja objektif dia dengan karya sastera seperti cerita Sang Kancil dengan Buaya yang kedua-duanya bertujuan memberi teladan kepada masyarakat. Namun yang membezakannya ialah bentuk penyampaiannya. Kebiasaannya jika penyampaian berbentuk syair memerlukan keupayaan pendengar atau pembaca untuk teliti agar dapat memahami apa yang disampaikan. Syair nasihat ini ditujukan buat "sahabat" dalam perkongsian pengarang berkaitan kehidupan.


Secara Am 3. DAKWAH Definisi dakwah: Ali Mahfudh dalam kitab Hidayatul Mursyidi mendefinisikan dakwah iaitu mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan mencegah mereka daripada berbuat mungkar, agar mereka dapat kebahagian dunia dan akhirat. Dakwah ini merukan satu proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia dan disampaikan melalui medium saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad’u) Medium saranan/Mad’u = bahasa Islam menjunjung tinggi nilai-nilai kesusasteraan Pertemuan antara agama dengan kesusasteraan dapat dilihat berdasarkan realiti peradaban Islam sebagai agama Rahmatan Lil Alamin dalam sejarahnya.


Fungsi syair sebagai dakwah 3. DAKWAH Seperti sedia maklum, dakwah merupakan pesanan yang bermakna yang berkait rapat dengan hal ehwal agama. Di dalam karya sastera syair, kita dapat lihat fungsi penyampaian dakwah ini di dalam syair jenis keagamaan. Contohnya: Syair Nasihat Syair jenis ini bukan sahaja memberi nasihat secara sebarangan bahkan ia jua berunsurkan dakwah dalam mengajak untuk berbuat kebaikan.


Secara Umum 4. KRITIKAN SOSIAL Kritikan sosial adalah salah satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang bertujuan atau berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan cerita suatu sistem atau proses bermasyarakat. Apa itu kritikan sosial? Sastera ini merupakan satu bentuk penyampaian. Jadi, kaitannya dengan kritikan sosial ialah, kritikan sosial ini berupa sudut pandangan manusia yang berbeza-beza terhadap sesuatu perkara.


Fungsi syair sebagai kritikan sosial 4. KRITIKAN SOSIAL Fungsi kritikan sosial di dalam syair boleh dijumpai di dalam syair jenis kiasan. Hal ini kerana syair jenis ini berunsurkan sindiran. Baris keempat, "Yang tak layak bersanding dengannya " merupakan satu kritikan sosial. Hal ini kerana jika ditelitit keseluruhan rangkap, dilihat pengarang membuat perbandingan di dalam masyarakat dan menimbulkan diskriminasi dalam sesebuah hubungan.


MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT Syair Nasihat Penghujung Thamarat al-Muhimmah (Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)


Nasihat bapa kepada anak tentang kepentingan menuntut ilmu pengetahuan jika anaknya dilantik sebagai raja atau menteri supaya dapat memimpin negara dengan jujur dan ikhlas. TEMA


Rangkap Syair Maksud Syair 1 Tamatlah kitab dikarang orang, Akalnya pendek ilmunya kurang, Daripada sangat hajatku gerang, Diperbuat juga sebarang-barang. Pengarang atau penyair sudah selesai mengarang kitab supaya dapat dijadikan SYAIR NASIHAT (Penghujung Thamarat al-Muhimmah) 2 Melepaskan hati yang terbuku, Pengajaran kepada sekalian anakku, Mudah-mudahan betul tingkah dan laku, Perangai yang baik biar terpaku. Seorang insan yang bergelar ayah berharap agar anakanaknya bijak menjaga tingkah laku dan sentiasa berakhlak mulia.


Rangkap Syair Maksud Syair 3 Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Nasihat kebajikan ayahanda beri, amalkan jangan malas dan ngeri. Ayah menasihati anaknya jangan bermalas-malasan dalam kehidupan. 4 Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda menjadi raja, Hati yang betul hendaklah disahaja, Serta rajin pada bekerja. Menurut ayah, apabila anaknya menjadi raja, setiap perkara yang dilakukan mestilah berlandaskan tindakan yang betul dan sentiasa rajin dalam bekerja.


Rangkap Syair Maksud Syair 5 Kerja kebajikan janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Ayah menasihati lagi anaknya agar sentiasa melakukan kebajikan. Pada masa yang sama, niat di dalam hati perlulah ikhlas dan bersih seperti "air di dalam gelas" . 6 Menuntut ilmu janganlah segan, Ilmu yang benar jangan yang bukan, Iaitu ilmu yang kebajikan, Di kitab ini sudah disebutkan. Ayah menasihati anaknya untuk menuntut ilmu dan ilmu yang dituntut itu mestilah ilmu yang betul seperti apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT.


Rangkap Syair Maksud Syair 7 Hendaklah anakanda mengaji selalu, Dari yang lain lebihkan dulu, Had syarak janganlah dilalu, Tidaklah anakanda beroleh malu. Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan perkara ini perlu diberi keutamaan berbanding perkaraperkara lain. Hukum syarak pula jangan dilanggar agar kelak tidak mendapat malu. 8 Segala perbuatan dengan berilmu, Maka kebajikan boleh bertemu, Jika sebarang-barang diramu, Akhirnya anakanda jatuh tersemu Setiap perbuatan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan agar dapat membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam melakukan sesuatu agar tidak terjerumus ke arah kemudaratan.


Rangkap Syair Maksud Syair 9 Ilmu itu benar faedahnya, Membezakan hak dengan batilnya, Mengetahui rakyat benar salahnya, Supaya dihukumkan dengan adilnya. Ilmu itu ada manfaatnya. Perkara yang benar dan tidak benar dapat dibezakan dengan adanya ilmu. Dengan adanya ilmu juga, pemimpin dapat mengetahui rakyatnya benar atau salah supaya hukuman yang diberi itu adil. 10 Jika ilmu tidak diendah, Sebab anakanda capak permudah, Rakyat datang membawa gundah, Anakanda tercengang tunduk tengadah. Selanjutnya, jika ilmu ini di anggap remeh, apabila anaknya menjadi raja, tentu akan menjadi masalah. Jika ada rakyat datang menyatakan masalah, anaknya tidak dapat menyelesaikannya kerana tidak adanya ilmu.


Rangkap Syair Maksud Syair 11 Hendak menghukumkan tiada tahu, Hendak diam hati tak mahu, Berpeluk tubuh tangan ke bahu, Mengeluh mengucap mengata Allahu. Anaknya tidak tahu menjatuhkan hukuman, anaknya juga tidak mahu terus berdiam. Hanya berpeluk tubuh dan menyebut nama Allah SWT sahaja yang termampu. 12 Terkadang duduk mendiamkan diri, Sepatah tidak mengeluarkan peri, Penat duduk bangkit berdiri, Lalu masuk ke dalam purl. Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa-apa. Setelah penat duduk dan berdiri, akhirnya anaknya bersembunyi di dalam istana.


Rangkap Syair Maksud Syair 13 Orang berdakwa duduk menanti, Serta dengan bersakit hati, Hairan takjub tidak mengerti, Sebab bicaranya belum pasti. Orang yang dibicarakan akan menanti keputusan pengadilan dengan perasaan marah kerana perbicaraannya belum pasti dapat dilakukan. 14 Terkadang dihukumkan dengan biladah, Bukannya syarak bukannya 'adah, Ambil lekas jalan yang mudah, Supaya jangan berhati gundah. Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan yang terbaik ialah kembali merujuk kepada hukum syarak untuk mendapatkan ketenangan hati.


Rangkap Syair Maksud Syair 15 Jika demikian apa jadinya, Hukum tak betul dengan jalannya, Di hadapan majlis diterimanya, Di belakang kelak diumpatnya. Jika perbicaraan tidak dijalankan dengan betul dan mengikut hukum, pemimpin pasti akan dikeji oleh rakyat. 16 Jika yang benar kita hukumkan, Di belakang jangan kita hiraukan, Umpat dan puji kita biarkan, Kepada Allah kita syaksikan. Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum Allah SWT, maka kejian dan pujian rakyat tidak perlu dihiraukan oleh mereka.


Rangkap Syair Maksud Syair 17 Fasal 1 Jika anakanda jadi menteri, Orang berilmu anakanda hampiri, Lawan mesyuarat lawan berperi, Supaya pekerjaan jadi ugahari Ayahnya menasihati lagi, sekiranya anaknya menjadi menteri, perlulah mendampingi orang yang berilmu agar segala urusan pekerjaan berjalan dengan lancar dan mudah. 18 Hendaklah periksa adabnya wazir, Di dalam kitab sudah terukir, Hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, Supaya jangan jadi tergelincir. Ketua perlulah memerhatikan tingkah laku pegawai bawahannya agar penyelewengan tidak berlaku.


Terdapat 9 nasihat daripada seorang bapa kepada anak yang dapat disimpulkan: Jaga tingkah laku dan sentiasa berakhlak mulia. Jangan bermalas-malasan dalam kehidupan. Setiap perkara yang dilakukan mestilah berlandaskan tindakan yang betul dan sentiasa rajin dalam bekerja. Sentiasa melakukan kebajikan. Tuntut ilmu dan ilmu yang dituntut itu mestilah ilmu yang betul seperti apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT. Rajinkan diri untuk mengaji dan hukum syarak jangan dilanggar. Setiap perbuatan mestilah berlandaskan ilmu pengetahuan. Dampingi orang yang berilmu. Seorang ketua perlu memperhatikan tingkah laku pegawai bawahan. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. RUMUSAN


RUJUKAN


SEKIAN, TERIMA KASIH Semoga bermanfaat!


Click to View FlipBook Version