The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan PLaN semakan Nov2020_LAMPIRAN B

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CIKGU CHEETALAKCHUMY BALU, 2023-11-24 19:09:15

Garis Panduan PLaN semakan Nov2020_LAMPIRAN B

Garis Panduan PLaN semakan Nov2020_LAMPIRAN B

LAMPIRAN B GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH (PLaN) 1. TUJUAN Garis panduan ini bertujuan memaklumkan tentang pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) di sekolah rendah yang terpilih di seluruh negara. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bil.18/2018 bertarikh 19 Disember 2018 telah memaklumkan bahawa amalan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap l termasuk Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS2.0) dimansuhkan mulai tahun 2019. Oleh yang demikian, sekolah diberi autonomi mengenal pasti murid Tahap l yang mengalami kesukaran menguasai literasi dan numerasi serta menyediakan intervensi yang bersesuaian di peringkat sekolah. 2.2 Satu Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional telah dijalankan oleh KPM pada tahun 2018 untuk meneliti kesesuaian dan kaedah pentaksiran murid Tahap l, menambah baik pembelajaran murid secara berterusan, serta menentukan instrumen pentaksiran yang diselaraskan dengan KSSR dan sejajar dengan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Kajian tersebut telah mengesyorkan beberapa langkah intervensi yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menyokong murid yang mengalami kesukaran menguasai literasi dan numerasi berdasarkan 4 fokus yang berikut: a. Menambah baik pengajaran dan pembelajaran b. Memperkasa pengurusan sekolah c. Memperkukuh penglibatan ibu bapa, dan d. Mempertingkat intervensi awal


2 2.3 Hala tuju baharu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah berbeza daripada Program Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 (2013-2018) dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti dan sokongan seperti berikut: 2.4. Justeru itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional Bilangan 1 Tahun 2019 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 5 Mac 2019 telah bersetuju untuk melaksanakan PLaN berdasarkan dapatan kajian tersebut mulai tahun 2020. LINUS2.0 PLaN Objektif Menguasai asas literasi dan numerasi berdasarkan dua belas konstruk Menguasai literasi dan numerasi dengan mencapai sekurangkurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3) berdasarkan DSKP Akauntabiliti Penentuan KPI secara berpusat dan item saringan yang sama untuk semua murid yang terlibat Penentuan KPI berbeza mengikut Take-Off Value (TOV) sekolah dan pentaksiran formatif mengikut tahap keupayaan murid Sokongan Intervensi secara topdown dan sama untuk semua Intervensi terbeza mengikut keperluan sekolah dengan bimbingan oleh PPD dan JPN


3 3. KAEDAH PELAKSANAAN 3.1 Syor Kajian Kebolehlaksanaan Agenda Literasi dan Numerasi Nasional telah mengetengahkan enam langkah intervensi dalam PLaN untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti yang berikut: a. Bahan Pengajaran Harian yang Berfokus dan Terbeza bagi Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) bagi Bahasa Melayu dan Matematik serta Schemes of Work (SoW) bagi Bahasa Inggeris telah dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran secara berfokus dan terbeza bagi pelaksanaan PdP yang lebih berkesan. Objektif MoLIB: Guru menguasai asas kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berdasarkan pelbagai aras kebolehan murid; Guru melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam meningkatkan penguasaan murid; Guru berkeupayaan membangunkan bahan pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza berdasarkan keperluan murid. MoLIB mengandungi bahan bimbingan terarah kepada guru-guru literasi Bahasa Melayu dan Numerasi. Bagi Literasi, pemetaan Bahasa Melayu berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Semakan) Tahun 2 dan Tahun 3 yang merujuk kepada Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis Aspek Seni Bahasa Aspek Tatabahasa


4 Manakala, bahan Numerasi sebagai panduan dan bimbingan terarah kepada guru matematik. Enam tajuk pembelajaran berfokus dan terbeza Numerasi disediakan dalam MoLIB iaitu; Mengukur panjang Mengenal tanda senggatan minit pada muka jam Melukis bentuk asas bagi bentuk dua dimensi Menentukan nilai nombor hingga 10 000 Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada keseluruhan Menyelesaikan ayat matematik melibatkan wang. SOW pula telah mengaplikasi pembelajaran berfokus dan terbeza melalui contoh-contoh pelbagai strategi dan cadangan aktiviti mengikut aras murid yang dimuatkan dalam SoW dengan setiap kemahiran dan aspek bahasa melalui tujuh strategi; Strategi 1: Differentiate by the task pupil are given Stategi 2: Differentiate by the type and amount of support provided Stategi 3 : Differentiate by the outcome expected from pupils Strategi 4: Differentiate by the time pupils are given to complete a task Stategi 5: Differentiate by supporting individual learning preferences and needs Strategi 6: Differentiate by the types of question asked Strategi 7: Differentiate by the feedback given. b. Pelaksanaan Professional Learning Community (PLC) dalam meningkatkan pedagogi Pendekatan PLC yang berfokuskan kepada perancangan pengajaran yang berkesan dapat membantu pihak sekolah menangani isu literasi dan numerasi. Penglibatan pegawai pemulihan, SISC+ dan SIP+ sebagai pasukan sokongan kepada pihak sekolah adalah penting. Guru digalakkan menggunakan pelbagai alat kolaboratif PLC seperti yang dinyatakan dalam Kit


5 PLC. Melalui pendekatan PLC yang berkesan, guru dapat mengenal pasti isu, melaksanakan intervensi dan membuat refleksi untuk penambahbaikan PdP. PLC dapat didefinisikan sebagai sekumpulan guru yang komited dan berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru dalam merealisasikan kemenjadian murid. Justeru, dalam melaksanakan PLC, guru perlu terlebih dahulu memahami konsep FIS iaitu Focus, Improve dan Share. Bagi konsep focus, guru perlu mengenal pasti, mencari punca dan memahami masalah dalam PdP yang menyebabkan murid tidak dapat menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran. Seterusnya improve, di mana guru perlu menyusun strategi ke arah mencapai matlamat dengan mengumpul, menganalisis data dan memilih alat kolaboratif yang sesuai untuk dilaksanakan sebelum membuat rumusan dan penambahbaikan. Hasil dapatan, pengalaman dan amalan terbaik yang baik seharusnya dikongsi bersama di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan. c. Penggunaan bank item pentaksiran formatif yang menyokong pentaksiran bilik darjah (PBD) Guru boleh menggunakan bank item pentaksiran formatif yang telah dijajarkan dengan DSKP Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Item pentaksiran yang telah disediakan dapat membantu guru menjalankan pentaksiran bilik darjah dengan lebih berkesan mengikut tahap keupayaan murid dalam kelas masing-masing. Melalui bank item yang telah disediakan, guru boleh menggunakan item-item tersebut untuk mengetahui kemajuan murid dan membuat penambahbaikan dalam PdP berdasarkan penguasaan murid. Semua item yang dibuat berdasarkan Tahap Penguasaan 3 (TP3) seperti yang terdapat di dalam DSKP.


6 d. Penambahbaikan pengurusan instruksional Kompetensi pentadbir sekolah sebagai pemimpin pendidikan dipertingkatkan melalui bimbingan yang berterusan dan konsultasi oleh pihak PPD, School Improvement Partners (SIP+) dan KPM. Pentadbir sekolah perlu memantapkan kepimpinan instruksional, meningkatkan pemahaman dan pengurusan isu literasi dan numerasi serta merancang intervensi bagi menyelesaikan masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid. Sehubungan itu, peranan Guru Besar sebagai pemimpin Instruksional adalah sangat penting dalam memastikan semua murid di Tahap 1 sekolah rendah, kecuali murid berkeperluan khas menguasai tahap minimum dalam literasi dan numerasi. e. Penetapan sasaran berdasarkan kemajuan murid (improvement-based targets) Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira. Dengan penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipastikan ke arah membina asas pencapaian baik sekolah. Pegawai JPN dan PPD tidak terkecuali dalam bekerjasama membantu pihak sekolah agar sasaran tahap penguasaan murid yang ditetapkan iaitu sekurangkurangnya TP3 tercapai. f. Pelaksanaan kempen kesedaran kepada ibu bapa KPM turut menyokong usaha pelaksanaan kempen kesedaran terhadap isu pendidikan dalam kalangan ibu bapa dan komuniti khususnya untuk menangani murid yang belum menguasai literasi dan numerasi melalui aktiviti seperti hebahan media sosial, libat urus secara bersemuka dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dan juga penyediaan bahan bercetak yang berkaitan. Sebagai ibu bapa,


7 mereka boleh membaca bersama-sama anak, memberi pujian dan bermain sambil belajar dalam membantu anak-anak menguasai kemahiran-kemahiran ini. Penglibatan komuniti setempat dengan mengadakan pelbagai pendekatan sosial mampu meningkatkan perkembangan akademik anak-anak. 4. PERANAN DAN FUNGSI JPN dan PPD memainkan peranan yang penting bagi memastikan pelaksanaan PLaN berjalan lancar pada peringkat daerah dan sekolah. Penyelaras PLaN yang dikenal pasti di JPN bertanggungjawab menyelaraskan pelaksanaan PLaN secara kolaboratif dengan PPD di negeri masing-masing. JPN juga perlu memastikan penyaluran maklumat dan kaedah komunikasi yang berkesan dapat membantu pihak PPD dan sekolah dalam pelaksanaan PLaN. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah atau Timbalan Pembelajaran PPD adalah sebagai focal person yang bertanggungjawab sebagai penghubung kepada JPN dan KPM dalam pelaksanaan PLaN. Focal person bertindak melapor pelaksanaan PLaN kepada JPN. Focal Person juga bertindak untuk melantik pegawai PPD yang sesuai untuk membimbing dan membina upaya pihak sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan intervensi yang bersesuaian untuk PLaN serta menentukan hala tuju sekolah secara kolaboratif, contohnya, dalam penetapan baseline dan sasaran sekolah. 5. PENUTUP Garis Panduan ini diharap dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah agar pelaksanaannya cekap dan berkesan. Maklumat lanjut berkaitan PLaN boleh didapati daripada laman sesawang DELIMa (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) melalui pautan http://portal.moe-dl.edu.my/bahansumberpdp.


Click to View FlipBook Version