The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by gmedotcom, 2023-03-22 10:15:11

HIKAYAT SANG SEJATI

SKJ3

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN 3 ( BBA 4032 ) atau terkenal dengan nama singkatan SEJATI telah dibuka pada 1 JULAI 1995 . Terletak kira-kira 10km dari Bandar Kajang . SEJATI berkeluasan 4.75 ekar atau 38 000 meter persegi .


Nama sekolah ini diambil sempena lokasi sekolah yang terletak dalam Kawasan Perumahan Seksyen 3 , Bandar Baru Bangi, Selangor . Bilangan murid pada tahun pertama seramai 1075 orang dan guru 68 orang .Tuan Haji Shahri Bin Jasman bertugas sebagai Guru Besar pertama hingga 31 Mei 1997. Sekolah ini asalnya hanya mempunyai 4 blok ( Blok A,B,C dan D ) dan sebuah padang untuk aktiviti Pendidikan Jasmani serta Ko Kurikulum . Blok E dibuka pada tahun 2007. Pejabat pentadbiran sekolah terletak di aras 1 Blok B .Kawasan sekolah diceriakan dengan tumbuhan menghijau dan Taman-Taman mini . SEJATI juga berjiran dengan SMK Jalan 3.


Pada tahun 1998 sekolah ini telah dinaik taraf sebagai Sekolah Gred A, kategori sekolah luar bandar. Pencapaian akademik cemerlang telah dibuktikan dengan pencapaian keputuasn UPSR terbaik Daerah Hulu Langat bagi tahun 1996,1998,1999 dan 2005. Manakala pencapaian terbaik Ko Kurikulum dalam kategori Kelab dan Persatuan pada tahun 1999 dan 2000 .


Pada tahun 2002, sekolah ini telah dipilih menjadi Perintis kepada Program Mata Pelajaran Bahasa Arab. Seterusnya pada tahun 2004, perlaksanaan mata pelajaran Bahasa Arab telah diperluaskan dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Kelas Prasekolah mula Beroperasi di SEJATI pada tahun 2005 berserta 1 blok baharu PRASEKOLAH telah dibuka secara rasminya .


Kecemerlangan SEJATI diteruskan lagi dengan penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada April 2009. SEJATI terus mengorak langkah kecemerlangan dengan Penganugerahan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) pada 17 Februari 2011 .


Sepanjang beroperasi , SEJATI telah diterajui dengan cemerlang oleh 6 orang Guru Besar iaitu :


Tuan Haji Shahri Bin Jasman 1 Julai 1995 - 31 Mei 1997


Puan Azimah Binti Hussein . 1 Jun 1997 – 15 Okt 2002


Puan Salbiah Binti Karto 06 Okt 2002 – 16 Julai 2003


Puan Siti Rozita Binti Yahya 17 Julai 2003 – 15 Jun 2010


Puan Nor Hainei Binti Abu Bakar 16 Jun 2010 – 13 April 2017


Puan Rozita binti Ahmad 14 April 2017 sehingga kini ….


Antara kejayaan terbesar yang telah diterima oleh SEJATI adalah seperti berikut : •Diiktiraf sebagai SKK April 2009 . •Diiktiraf sebagai SBT kohort 2 17 Februari 2011. •Dianugerah Tawaran Baru ( Al Bai’ah ) 2011, 2012, 2013 , 2014 dan 2015 . •Dianugerahkan sebagai Sekolah Inspirasi SKPMG2 2017 •Dianugerahkan sebagai Sekolah Cemerlang KBAT peringkat Kebangsaan 2018 .


LAGU SEKOLAH Pautan video https://youtu.be/BgvmhydGcdg https://youtu.be/KPqXgTlbNw8 LAGU : A.ALI LIRIK : Puan Maznah Binti Sidek .


Click to View FlipBook Version