The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by miaauni114, 2021-09-22 03:54:15

FLIPBOOK MADAM FAIZAN ( AAK 2093 ) (1)

FLIPBOOK MADAM FAIZAN ( AAK 2093 )

SLIDESMANIA.COMNAMA : NUR DAMIA ‘ AUNI BINTI AHMAD NOOR

NO MATRIK : PID20246

KUMPULAN 2
KOS PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK
TAJUK : KANAK – KANAK AKTIF

SUBJEK / KOD SUBJEK : SAHSIAH DAN BIMBINGAN
TINGKAH LAKU KANAK – KANAK ( AAK 2093 )
DIPLOMA : PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK

SECARA ISLAMIK

NAMA PENSYARAH : PUAN FAIZAN BINTI GAYUH

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT

BIL 1 , 2 dan 3
4 , 5 dan 6
SLIDESMANIA.COM 1 Mengenal pasti masalah tingkah laku 7 , 8 , 9 dan 10
kanak – kanak sama ada tingkah laku 11 , 12 dan 13

tersebut adalah tingkah laku yang positif
atau negatif

2 Memilih salah satu tingkah laku , ulaskan
ciri – ciri tingkah laku tersebut.

3 Nyatakan faktor yang menyebabkan
tingkah laku berlaku.

4 Cadangkan kaedah dan teknik dalam
mengurus tingkah laku.

SLIDESMANIA.COM1. Mengenal pasti masalah tingkah laku kanak – kanak sama ada
tingkah laku positif atau negatif.

Definisi tingkah laku ialah apa yang dilakukan oleh seseorang atau
diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua
tindakan manusia yang boleh diperhati , diukur dan dinilai . Tingkah laku
pula terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku
negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu suka ingin
tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku
negatif pula terbahagi kepada tiga iaitu distruktif , distruptif dan sikap
bergantung.

1

SLIDESMANIA.COM Kanak – kanak aktif

Maksud kanak – kanak aktif ialah anak yang memiliki kelebihan tenaga
dan memiliki daya gerak yang lebih tinggi dibandingkan dengan anak –
anak lain. Namun , kanak – kanak aktif ini normal tanpa gangguan. Cuma
mereka sangat lasak dan membuatkan kita berasa penat dan letih untuk
melayan karenah mereka. Anak yang aktif ini juga sebenarnya wajar dan
baik untuk perkembangan otak mereka. Mereka juga cepat memahami
sesuatu dan mudah memberi impak yang baik kepada kita semua. Dari
segi kecergasan pula, kanak – kanak aktif ini jauh lebih cergas dari segi

fizikal dan mental mereka.

2

SLIDESMANIA.COMTingkah laku kanak – kanak aktif ini ialah tingkah laku positif . Tingkah laku positif

merupakan tingkah laku kanak- kanak yang baik untuk perkembangan mereka
kerana dengan adanya tingkah laku ini , kanak – kanak akan lebih bersemangat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran . Kanak – kanak

ini sentiasa ceria dan berkeyakinan apabila melakukan sebarang akktiviti semasa

sesi pembelajaran berlangsung. Ini juga dapat memudahkan guru untuk melakukan
pelbagai aktiviti bersama kanak – kanak ini . Bukan itu sahaja , kanak – kanak aktif

ini mempunyai sikap ingin tahu dan ia akan membantu guru dalam merangsang
pemikiran kanak – kanak dan penting dalam perkembangan kognitif mereka.
Dengan sikap ingin tahu kanak – kanak ini , guru akan lebih mudah untuk

menyediakan peralatan permainan yang menarik serta memudahkan guru untuk
mengajar semasa sesi pembelajaran . Ini kerana kanak – kanak ini lebih suka
kepada aktiviti – aktiviti seperti penerokaan dan sebagainya. Guru boleh
menyediakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat kanak – kanak untuk terus

bersemangat dan ceria .

3

SLIDESMANIA.COMii) Memilih salah satu tingkah laku kanak – kanak , ulaskan
ciri ciri tingkah laku tersebut.

Ciri – ciri kanak – kanak aktif yang pertama ialah sukar mengikut arahan .
Kanak – kanak yang tiada tumpuan kelihatan seperti tidak mendengar apabila
kita sedang bercakap dengan mereka. Mereka kebiasannya mudah keliru dan
lambat dalam melaksanakan sebarang tugas yang diberikan oleh guru mereka.
Guru perlu menerangkan sesuatu perkara itu beberapa kali supaya mereka
mudah untuk faham serta mampu melaksanakan setiap tugasan yang diberikan
dengan baik dan kemas. Ini kerana mereka ini sukar untuk mentafsir atau
memproses maklumat dengan kadar yang cepat. Jadi , guru perlu bersabar
dengan sikap kanak – kanak aktif ini kerana mereka ini agak lambat dalam
melakukan suatu tugsan. Selain itu , ciri – ciri kanak – kanak aktif yang kedua
ialah suka bertindak mengikut emosi. Akibat perlakuan impulsif , mereka juga
suka menunjukkan emosi secara telus dan cenderung dalam melakukan sesuatu
tindakan yang terlintas dalam fikiran mereka tanpa kebenaran penjaga ataupun
guru. Ini juga boleh menyebabkan sesuatu yang buruk akan berlaku jika tiada
pantauan daripada penjaga dan guru. Kita sebagai penjaga atau guru mesti
menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kanak- kanak aktif ini.

4

SLIDESMANIA.COMBukan itu sahaja , susah tidur malam juga merupakan ciri – ciri kanak –kanak aktif.
Ini kerana mereka sering berasa gelisah , berpusing sini sana kerana cuba untuk
mengaktifkan diri walaupun pada waktu tidur malam. Ibu bapa perlu melakukan
sesuatu kepada kanak – kanak aktif ini kerana mereka akan mengalami masalah
sekirannya tidak dapat tidur yang secukupnya seperti akan cepat berasa letih pada
waktu siang walaupun tidak banyak melakukan aktiviti. Kanak – kanak aktif ini
akan kerap terjaga dan mudah gelisah . Mereka sepatutnya tidur dalam tempoh enam
hingga lapan jam sehari supaya dapat mengekalkan keseimbangan badan serta sihat
tubuh badan. Tidur yang mencukupi juga akan menyebabkan seseorang itu sentiasa
bersikap positif dan ceria sepanjang hari. Secara langsung dapat melakukan
sebarang aktiviti dengan baik. Di samping itu, ciri – ciri kanak aktif yang lain ialah
terburu – buru. Kanak – kanak aktif ini mudah terburu – buru dan tidak sabar untuk
melakukan sesuatu yang terlintas dalam pemikiran mereka. Ini amat
membimbangkan penjaga dan juga guru ketika berada di taska. Sebagai contohnya,
mereka ini sukar untuk menunggu giliran dalam permainan atau apa – apa yang
diingini seperti memotong barisan semasa hendak mengambil makanan dan
sebagainya. Kanak – kanak aktif ini juga sering menyampuk perbualan orang tua
atau aktiviti lain kerana sikap yang tidak sabar mereka.

5

SLIDESMANIA.COM Seterusnya , ciri – ciri kanak- kanak aktif ialah susah fokus . Kanak – kanak aktif
ini akan mengalami kesukaran dalam menumpukan perhatian , menyiapkan
tugasan atau mempelajari perkara yang baru. Dalam hal ini , ibu bapa atau guru
perlu memberikan sokongan dan dorongan yang berterusan kepada kanak –
kanak aktif ini supaya mereka dapat melakukan tugasan yang diberikan dalam
tempoh yang ditetapkan. Kanak – kanak yang kurang tumpuan ini tidak
semestinya mempunyai perlakuan anak aktif . Sebaliknya , mereka mungkin
jarang yang buat perangai, boleh duduk diam, dan tidak menumpukan kepada
perbuatan yang dilakukan oleh orang sekelilingnya. Ibu bapa atau guru perlu
bijak dalam memberikan sesuatu yang dapat menarik minat mereka supaya
mereka lebih mudah untuk fokus apabila melakukan sesuatu yang disukainya.
Akhir sekali , ciri – ciri kanak – kanak aktif ialah sangat cuai. Ini kerana kanak-
kanak aktif ini juga sukar untuk menguruskan diri sendiri dan bermasalah untuk
menyimpan barang kepunyaan mereka. Ibu bapa perlu melatih mereka untuk
menyimpan barang kepunyaan mereka ditempat yang sepatutnya dengan kemas.
Jadi peranan ibu bapa dalam menguruskan kanak – kanak aktif ini amat penting.

6

SLIDESMANIA.COMNyatakan faktor yang menyebabkan tingkah laku berlaku.

Faktor yang pertama ialah faktor genetik. Sebanyak tiga hingga lima peratus kanak –

kanak dari seluruh dunia aktif disebabkan oleh faktor genetik. Faktor genetik ini ialah
disebabkan oleh ibu bapa dan saudara mara yang memang dari kecil lagi sudah aktif dan
iaanya akan diwarisi kepada kanak – kanak kelak. Maklumat genetik perlu berinteraksi
bersama faktor luaran yang lain seperti pemakanan dan persekitaran untuk menentukan

faktor fizikal dan perlakuan organisma secara keseluruhannya. Perbuatan yang dilakukan
oleh kanak – kanak kebiasannya dipengaruhi oleh ibu bapa ataupun ahli keluarga mereka
sendiri. Ibu bapa boleh melatih kanak – kanak aktif ini supaya sentiasa berkelakuan baik
dan sopan ketika berhadapan dengan orang ramai. Bukan itu sahaja, bagi penyakit

keturunan yang hanya diwarisi salah satu gen ( ibu atau bapa ) , dipanggil autosomal
dominan . Jika ia berlaku dalam pasangan , peratusan anak untuk mewarisi penyakit
berkenan adalah lima puluh peratus. Kanak – kanak aktif ini juga tidak dapat mengawal
setiap gerak geri mereka kerana mereka suka melakukan sesuatuyang menarik perhatian

serta mencuba sesuatu yang baharu. Jadi pemantauan daripada ibu bapa amat perlu supaya
dapat mengawasi aktiviti yang dilakukan oleh kanak - kanak aktif ini.

7

SLIDESMANIA.COM Selain itu , faktor persekitaran juga merupakan faktor – faktor kanak – kanak
aktif. Perkembangan emosi dan sosial kanak – kanak ini bergantung kepada
latar belakang ibu bapa dan persekitaran kanak – kanak , apa yang dilalui oleh

mereka seharian juga akan mempengaruhi tingkah laku mereka kelak. Kanak
– kanak aktif ini melakukan sikap seperti ini kerana mereka ini kurang
mendapat kasih sayang berbanding dengan kanak – kanak yang lain. Jadi

sebagai ibu bapa yang terbaik , kita mestilah memberikan kasih sayang yang
tak terkira serta meluangkan masa bersama – sama mereka supaya mereka

berasa disayangi dan dihargai oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa juga perlu

memberi ruang untuk melakukan aktiviti seharian mereka untuk menyalurkan

kelebihan tenaga mereka , menerima batasan, serta membangkitkan rasa

percaya dalam diri mereka. Sokongan daripada ibu bapa serta guru akan
menjadikan kanak – kanak aktif ini untuk semangat dalam pembelajaran dan

mudah melakukan sebarang aktviti atau permainan yang disediakan oleh guru

mereka. Ibu bapa juga boleh menggunakan teknik pengelolaan perilaku seperti
memberikan pujian dan hadiah kepada kanak – kanak aktif ini supaya mereka
lebih berdispilin yang kosisten. Apabila kanak – kanak aktif ini mendapat

pujian mereka lebih mudah berasa teruja dan akan melakukan sebarang

aktiviti dengan teliti .

8

SLIDESMANIA.COMBukan itu sahaja , faktor kanak – kanak aktif ialah faktor pemakanan. Beberapa zat
makanan seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan yang terdapat dalam makanan
boleh menyebabkan pembentukan perilaku aktif kepada kanak – kanak. Ibu perlu peka
terhadap pemakanan yang diambil atau yang diberikan kepada kanak – kanak aktif ini
kerana akan mempengaruhi mood kanak – kanak ini . Pemakanan yang seimbang seperti
yang terkandung dalam piramid makanan itu amat bagus untuk dijadikan menu utama
bagi kanak –kanak supaya mereka ini dapat mengekalkan kesihatan tubuh dan serta jauh
daripada pelbagai penyakit yang berbahaya seperti penyakit kencing manis kerana terlalu
banyak minum air yang bergas dan makan makanan yang tidak berkhasiat. Malahan ,
pewarna tiruan , penambah rasa , dan pemanis buatan serta kandungan gula yang terlalu
tinggi boleh menyebabkan sistem saraf terlalu aktif. Biasannya , bahan seperti ini banyak
terdapat pada produk makanan segera. Sebagai contohnya , donat beraneka salutan dan
gula – gula. Jadi ibu bapa perlu mengawal dan melarang kanak – kanak ini untuk makan
ataupun membeli makanan yang boleh memberikan kesan yang buruk ke atas diri
mereka sendiri. Ini kerana , pengambilan pemakanan yang berkhasiat dapat menjadikan
seseorang itu sentiasa ceria dan berasa sihat sepanjang hari .

9

SLIDESMANIA.COM Faktor neurologi juga merupakan faktor yang terakhir bagi faktor kanak –
kanak aktif ini. Risiko kanak – kanak aktif yang lebih tinggi didapatkan pada

bayi yang lahir dengan masalah – masalah prenatal . Sebagai contohnya,
proses bersalin yang lama , persalinan yang normal dan persalinan dengan
cara menggunakan forcep. Ini secara langsung , akan memberikan kesan
kepada bayi tersebut . Disamping itu , faktor – faktor seperti bayi yang lahir

tidak cukup berat badan , ibu yang terlalu muda serta ibu yang merokok juga
meningkatkan risiko kanak - kanak aktif ini. Apabila seseorang ibu itu

mengandung sewajarnya mereka menjaga kandungannya dengan baik kerana
segala pemakanan yang diambil oleh ibu akan mempengaruhi anak didalam

perut tersebut. Pemakanan yang sihat seperti minum susu segar dan juga
mengambil buah – buahan yang segar pada setiap hari . Para ibu juga boleh

membuat pemeriksaaan kandungan di klinik untuk dipantau oleh doktor
sekurang – kurangnya dua bulan sekali . Kajian dalam bidang neurologi
sehingga kini , dipercayai terjadi akibat kelemahan fungsi pada salah satu
nuerotransmiter di otak. Ini akan menyebabkan gangguan di otak kanan .

Perkara seperti ini sangat ditakuti oleh para ibu , jadi mereka mesti bijak
dalam menjaga kandungan daripada sebarang perkara yang memudaratkan
bayi tersebut. Penjagaan yang rapi juga amat bagus dilakukan oleh para ibu.

10

SLIDESMANIA.COMiv. Cadangkan kaedah dan teknik dalam mengurus tingkah laku

Kaedah dan teknik dalam mengurus tingkah laku boleh dilakukan oleh setiap guru
dalam mengurus tingkah laku kanak – kanak aktif ini. Setiap guru mesti ada satu
bentuk sistem untuk mengurus tingkah laku yang sistematik supaya dapat melahirkan
kanak – kanak yang cemerlang dan mempunyai tingkah laku yang baik.
Jadi ada tiga kaedah dah teknik dalam mengurus tingkah laku yang saya akan huraikan.
Kaedah dan teknik yang pertama ialah alat pengukuran personal yang boleh
dilaksanakan dengan menggunakan kaedah pendekatan fizikal. Kaedah ini boleh
dilaksanakan oleh guru kepada kanak – kanak aktif ini . Kaedah yang seterusnya ialah
dengan menggunakan mobilitii fizikal iaitu dengan berjalan ke hadapan , ke belakang ,
ke kiri , ke kanan atau mengelilingi kelas sambil membuat pengawasan. Teknik ini
amat sesuai dilakukan oleh guru semasa melakukan sesi pembelajaran bersama kanak –
kanak aktif. Guru tersebut mesti menunjukkan eksperisi muka yang menyenangkan ,
menarik , marah kerana ia tergolong dalam teknik pertama ini. Melalui pendekatan
Rasulullah SAW pula , kita boleh mengusap kepala kanak – kanak aktif ini kerana
dengan cara ini mereka merasakan diri mereka diberi perhatian dan dihargai.

11

SLIDESMANIA.COM Disamping itu, kaedah dan teknik yang kedua pula ialah teguran . Guru perlu
melakukan teknik ini kerana ia akan menjadikan kanak – kanak aktif ini lebih

baik serta perangainya juga akan dapat dikawal. Walau bagaimanapun , guru
juga perlu bersikap tegas dengan kanak – kanak aktif ini supaya mereka lebih

menghormati dan takut kepada guru mereka. Sebenarnya tidak salah sekirannya

guru tersebut bersikap tegas kerana tegas dan berkasih sayang digabungkan

maka pasti akan menghasilkan sebuah kesempurnaan. Guru ini hanya mahukan
yang terbaik buat kanak – kanak aktif ini dan mempunyai tingkah laku yang

positif serta dapat membanggakan orang sekeliling. Teguran boleh dilakukan

dengan pelbagai cara seperti teguran dengan nada yang baik , ini juga akan
memberikan kesan yang baik serta kanak –kanak ini akan mudah menerima
teguran tersebut. Kanak – kanak lebih suka apabila ditegur dengan baik daripada

ditengking atau dimarahi. Sebagai ibu bapa dan guru yang merupakan contoh

teladan yang diikuti oleh ibubapa , maka ibu bapa dan guru ini perlu berkelakuan

positif dan ceria apabila menjalani kehidupan seharian. Teguran yang baik akan
memberikan kesan yang baik kepada kanak – kanak aktif ini kerana mereka juga

mudah mendengar kata walaupun kadang kala kurang faham apa yang kita cuba

sampaikan. Jadi kita mesti tegur secara berulang kali dengan nada yang baik.

12

SLIDESMANIA.COMAkhir sekali , tindakan pembetulan juga merupakan kaedah dan teknik dalam mengurus

tingkah laku. Tindakan ini dapat dilaksanakan dengan menangani masalah secara spontan
dan menghentikan dengan baik. Guru boleh membetulkan tingkah laku kanak – kanak

aktif ini secara langsung apabila melihat mereka melakukan kesalahan apabila bertingkah
laku. Banyak kaedah dan teknik lain yang boleh digunakan antaranya ialah hukuman yang
diketahui oleh murid dan relevan seperti ketuk – ketampi. Hukuman ini sesusai dengan
kanak – kanak aktif yang berumur empat hingga enam tahun kerana mereka masih kecil

lagi. Peranan guru dalamm menangani tingkah laku ini sangat dititikberatkan kerana
kanak – kanak aktif ini lebih banyak menghabiskan masa mereka di tadika mahupun pra
sekolah berbanding di rumah mereka . Di samping itu , jika kanak – kanak ini masih
melakukan tingkah laku yang bermasalah ini , guru boleh melakukan kaedah dan teknik

yang lain. Sebagai contohnya , menukar tempat duduk dan berjumpa dengannya selepas
sesi pengajaran berakhir. Teknik ini lebih memudahkan guru untuk mengetahui
sekirannya kanak – kanak itu mengalami sebarang masalah. Melalui perjumpaan ini, guru
boleh membimbing perlakuannya ke arah yang lebih baik. Dengan ini , guru dapat
menjadikan kanak –kanak ini sentiasa berkelakuan baik dan berfikiran positif.

13

RUJUKAN :

1.https://atikakpsgroupn.blogspot.com/2019/05/bab-10-pengurusan-tingkah-
laku-dan.html?m=1

2.https://www.popmama.com/kid/1-3-years-old/rachma-novianty/perbedaan-
anak-aktif-dan-hiperaktif

3.https://www.researchgate.net/publication/340512086_Pendidikan_Akidah_
Rasulullah_SAW_Terhadap_Kanak-
Kanak_Berdasarkan_Hadith_Ke_Sembilan_Belas_Al-
Arba'In_Alnawawiyyah

SLIDESMANIA.COM

SEKIAN TERIMA KASIH

SLIDESMANIA.COM


Click to View FlipBook Version