TARIKH : 7 OGOS 2023 (ISNIN) MASA : 7.30 PAGI TEMPAT : DATARAN ILMU SK SILIBIN
PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM NILAM ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998. OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Mengadakan aktiviti-aktiviti membaca secara berperingkat dan berterusan, meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan. 3.2 Menyediakan bahan bacaan, sama ada di sekolah atau yang boleh diperolehi di luar sekolah yang bersesuaian mengikut tahap murid. 3.3 Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat gerakan galakan membaca. 3.4 Mendapatkan penglibatan ibu bapa supaya membaca juga berlaku di rumah. 3.5 Meningkatkan impak melalui sistem ganjaran dan penghargaan di peringkat sekolah. 3.6 Menarik minat murid-murid dan guru-guru membaca dan terus menjana idea kreatif dan inovatif untuk membina tabiat membaca yang berterusan.
7.20 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di Dataran Ilmu SK Silibin 7.30—8.30 pagi : Ucapan aluan pengerusi majlis Nyanyian Lagu Negaraku lagu Negeri Perak lagu Sekolah, Bacaan doa Ucapan Guru Besar Pelancaran Program NILAM & Galakan Membaca Penyampaian hadiah Bacaan Terbanyak Bulan Januari hingga Bulan Jun 2023 Penyampaian hadiah & sijil penyertaan kepada peserta Pertandingan Apresiasi Buku 2023 Peringkat Daerah Kinta Utara 8.30 pagi : Majlis bersurai
PENGERUSI EN JALALUDIN BIN ISMAIL – GURU BESAR PENGERUSI 1 EN ZAMRI BIN HASIN – PK PENTADBIRAN PENGERUSI 2 PN LAILY BINTI SHARI – PK HAL EHWAL MURID PENGERUSI 3 PN SAERAH BINTI SAAT – PK KOKURIKULUM PENYELARAS PROGRAM PN ZAITON BINTI SADAM – GURU PUSAT SUMBER & MEDIA SETIAUSAHA PN NORHAYATI BINTI YAHAYA PENGERUSI MAJLIS PN ZAITON BT SADAM GURU BERTUGAS MINGGUAN SIARAYA EN NOR ALHAFIZ B NASIR EN MUHAMMAD NOORAKMAL B JALALUDIN EN LIZAT B YOB @ ALI BUKU PROGRAM PN JESIN MALAR A/P GEORGE BACAAN DOA TN HJ HAFIZI B MOHAMED PELANCARAN PROGRAM PN HJH LATIFAH BT MUHAMAD JAAFAR PN NORMA BT ABDUL RAHMAN KAWALAN DISIPLIN GURU BERTUGAS MINGGUAN (KUMPULAN 4) SIJIL & HADIAH PN ZAIHASRA BT ABDUL HALIM PN AZLINDA BT MOHD HOSAINI PN NOORAZRINA BT TAHRIM DOKUMENTASI & GAMBAR PN NORHAYATI BT YAHAYA PN HASLINA BT ISHAK
Membaca dan belajar amalan hidup mulia, Jadikanlah panduan wawasan anda, NILAM program membaca memberikan semangat, Membaca dengan jaya budaya kita. Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita, Ganjaran yang diberi tidak terhingga, Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari, Pembaca yang bestari anugerah diberi. NILAM NILAM anugerah NILAM, Menerangi Jalan suram, NILAM NILAM anugerah NILAM, Idaman pembaca jaya. Membaca dan belajar amalan hidup mulia, Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita, Dunia indah sekali pasti lebih berseri, Amalan membaca menjana minda bestari.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SKS yang menjayakan Majlis Pelancaran Program Nilam dan Galakan Membaca.