MPU23012 : PENGAJIAN
ISLAM
PENGARUH
GLOBALISASI
TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM
DISEDIAKAN OLEH :
TENGKU PUTERI NOR QAYYUM BINTI
TENGKU AZLAN
16DPM20F1073
NUR EISYA NABILA BINTI MOHD
NASIR
16DPM20F2019
ISI KANDUNGAN
01 Pengenalan
02
03 Rumusan Artikel
04 Punca-punca berlakunya
05 pengaruh globalisasi
06 terhadap masyarakat islam
07 Kesan-kesan
berlakunya pengaruh globalisasi
terhadap masyarakat islam.
Langkah-langkah mengatasi
masalah pengaruh globalisasi
terhadap masyarakat Malaysia
Kesimpulan
Rujukan
PENGENALAN
Globalisasi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dalam
kehidupan kita pada hari ini. Ia bermaksud kehidupan kita pada zaman
dahulu berbeza berbanding dengan zaman sekarang. Secara umumnya
juga Kita dapat lihat bahawa globalisasi ini membawa pelbagai
perubahan kepada kita terutama kepada generasi muda yang kian
membesar. Antara contoh aspek yang terkesan dengan proses globalisasi
ini adalah ekonomi, politik, sosial dan juga hiburan. Dalam topik ini juga
kita akan membincangkan berkenaan punca-punca yang membawa
kepada arus globalisasi iaitu Kita dapat lihat bahawa semakin canggih
teknologi sekarang. Hal ini tidak menutup tujuan lain melainkan untuk
menampilkan kemajuan dan sifat daya saing antara negara-negara. Hal
yang demikian, kita juga perlulah mengambil langkah-langkah mengawal
globalisasi yang ada dengan mengaplikasikannya untuk melakukan hal-
hal yang berfaedah dan mendapat keredaan Allah SWT. Tidak semua
perubahan yang berlaku harus kita ikuti kerana kita sebagai umat Islam
mempunyai pegangan hidup dimana semua perhiasan dunia ini adalah
untuk disandarkan semata-mata hanya kerana Allah SWT. Oleh itu, Kita
perlulah sentiasa berusaha memperbaiki diri agar semua ibadah yang kita
lakukan diterima oleh Allah SWT.
RUMUSAN ARTIKEL
Isu salah faham ini banyak dibicarakan
terutama dalam media sosial. 2 artikel berkaitan
topik ini akan di dibincangkan. Antara artikel
tersebut ialah :
• BUDAYA MASYARAKAT DIANCAM GLOBALISASI.
Proses globalisasi yang berlaku sekarang dianggap sebagai suatu
gerakan peralihan budaya konvensional kepada suatu persekitaran
yang menyatukan segala pemikiran, ideologi, falsafah dan pegangan
masyarakat. Ia telah mewujudkan suatu perubahan drastik terhadap
perlakuan, pemikiran dan tingkah laku individu untuk menghasilkan
identiti baharu yang bertentangan dengan nilai atau norma masyarakat
sedia ada. Peningkatan dalam teknologi maklumat menyebabkan
masyarakat terdorong untuk mengubah budaya yang mereka amalkan
kepada suatu konsep budaya baharu yang dikatakan dapat memenuhi
perkembangan era teknologi maklumat tersebut. Arus globalisasi yang
memuncak kini menyebabkan pendedahan maklumat internet yang
tidak ditapis akan tersebar dan menjadi ikutan orang ramai. Masyarakat
Islam akan cenderung untuk mengikuti dan meneroka budaya-budaya
baharu yang ditonjolkan oleh negara Barat dalam usaha memperluaskan
pengaruh mereka. Kesan daripada kebebasan mendapatkan maklumat
akan menyebabkan masyarakat terpedaya dengan pendedahan minda,
sekali gus menghakis nilai-nilai murni yang ada dalam diri. Umat Islam
perlulah menguasai ilmu teknologi dan maklumat berdasarkan al-Quran
dan Hadith supaya tidak terpesong dengan ideologi atau ajaran yang
mengelirukan.
RUMUSAN
ARTIKEL
• KESAN GLOBALISASI TERHADAP PELAJAR-PELAJAR ISLAM.
Artikel ini membincangkan kesan globalisasi terhadap pelajar-
pelajar islam seperti yang kita semua sedia maklum, agama
Islam mewajibkan umatnya untuk menuntut ilmu baik yang
muda ataupun yang sudah berumur. Kesan globalisasi ini telah
memberi kesan kepada masyarakat terutama sekali para remaja.
Banyak cabaran yang perlu dilalui untuk menuntut ilmu. Antaranya
penguasaan pelbagai bahasa. Bahasa inggeris adalah bahasa kedua
bagi rakyat Malaysia. Ia untuk memudahkan para remaja untuk
menyambung pembelajaran di luar negara. Tapi adakah kita sedar
sebagai umat Islam kita juga perlu menguasai bahasa arab? Ini
kerana ia memudahkan kita untuk memahami erti yang terdapat
dalam Al-Quran. Akibat daripada globalisasi ini telah mempengaruh
kehidupan masyarakat disebabkan olah insiden-insiden yang berlaku
diluar sempadan negara. Dengan matlamat dan cita-cita yang jelas ia
mampu memberi seseorang individu itu bertenaga. Dalam sejarah
Islam juga telah banyak membuktikan bahawa matlamat dan cita-cita
yang jelas mampu membawa kejayaan kepada pihak Islam didalam
peperangan walaupun jumlah tentera islam dan kekuatan mereka
amat sedikit.
PUNCA – PUNCA BERLAKUNYA
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM
• ISU PANDEMIK COVID-19.
Difahamkan punca arus globalisasi ini kian memuncak adalah
disebabkan virus
COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Banyak kematian telah
dicatatkan dan
pelbagai tindakan telah dilakukan oleh kerajaan dalam menangani
wabak penyakit
yang berbahaya ini.
• Umat Islam juga tidak terkecuali dalam bersama-sama berjuang
menghadapi virus ini. Semua sektor ekonomi dan pendidikan juga
mengambil langkah alternatif untukmenangani masalah tersebut.
Wabak ini telah memberi kesan buruk kepada bidang ekonomi
terutama sekali dalam bidang pendidikan. Para pensyarah dan para
guru bertungkus-lumus untuk memberikan pelajaran yang terbaik
kepada pelajar mereka. Dengan menggunakan media internet, para
pelajar tidak akan terlepas dengan pelajaranDengan isu pandemik
ini, kita dapat melihat setiap individu termasuk umat Islam seluruh
dunia berganding bahu untuk mengurangkan wabak yang telah
memberi kesan buruk.
PUNCA – PUNCA BERLAKUNYA
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM
• TERPENGARUH DENGAN HIBURAN YANG MELAMPAU.
Malaysia memiliki keunikan budaya yang cukup banyak. Dengan seiring
berkembangnya zaman dan pengaruh globalisasi yang masuk ke Malaysia,
budaya-budaya asing mula mempengaruhi dan menyaingi negara ini.
Sehinggakan budaya asli masyarakat Malaysia yang memiliki nilai-nilai luhur
kian terhakis. Salah satunya budaya yang datang dari Korea Selatan, negara
ginseng ini telah meluaskan dan menyebarkan arus budaya yang disebut
Korean Wave. Kuatnya arus globalisasi hiburan ini, menjadi penyebab utama
maraknya idolalisasi terhadap produk-produk import. Tawaran yang sangat
menghiburkan generasi muda ini, ibarat menemukan air di gurun pasir yang
tandus. Sehinggakan tanpa berfikir panjang, hiburan khas Korea Selatan ini
menjadi makanan seharian di Malaysia. Begitu mudahnya budaya asing
masuk tanpa kita semua menyedarinya. Masyarakat Malaysia terutamanya
para remaja sangat meminati budaya Korean Wave ini. Antara trend yang
menjadi ikutan remaja zaman sekarang ialah drama, lagu, makanan dan juga
bahasa pertuturan.
KESAN-KESAN
BERLAKUNYA PENGARUH
GLOBALISASI TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM
• KESAN TERHADAP AGAMA
Kesan berlakunya pengaruh globalisasi
menyebabkan agama islam tercemar. Umat islam
akan dipandang hina kerana mengikuti budaya barat
yang memakai pakaian bebas dan tidak menutup
aurat dengan sempurna. Pakaian yang dahulunya
sopan dan menutup aurat semakin lama tidak
melambangkan ciri ciri islam yang sebenar.
Masyarakat islam sering terpengaruh dengan
kemajuan dunia, sering terpengaruh dengan budaya
barat yang terlalu mengejar pujian dan kemodenan.
KESAN-KESAN
BERLAKUNYA PENGARUH
GLOBALISASI TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM
• KESAN TERHADAP SOSIAL DALAM MASYARAKAT
• Globalisasi memudahkan kita untuk bersosial dengan
sesiapa sahaja di setiap pelosok dunia. Oleh itu, masyarakat
islam tidak terkecuali dalam bersosial dengan pelbagai
masyarakat di luar yang berbeza negara, budaya, bangsa,
dan Bahasa.
• Pelbagai aplikasi yang digunakan untuk berkomunikasi
dengan mereka seperti Facebook, Instagram, Twitter dan
sebagainya.
• Kebanyakan umat islam tidak menjaga batas pergaulan
mereka sehingga mendatangkan perkara buruk termasuklah
jenayah seperti menipu, merokok, merogol dan membunuh.
• Teknologi kini perlulah dipantau oleh setiap lapisan umur
agar perkara yang tidak diingini dapat dicegah dari awal.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
MASALAH PENGARUH GLOBALISASI
TERHADAP MASYARAKAT ISLAM
Masalah pengaruh globalisasi terhadap
Islam sebenarnya boleh diatasi sekiranya
umat Islam sentiasa berhati-hati dan
prihatin terhadap isu-isu Islam dan
cabaran semasa.
• MENJADIKAN KEMUDAHAN INTERNET SEBAGAI MEDAN DAKWAH.
• Kemudahan internet juga mestilah digunakan sebagai satu medan dakwah
bagi menyampaikan ajaran Islam dan menyampaikan nilai-nilai murni kepada
masyarakat seluruh dunia. Pada zaman kini, kita dapati hanya masyarakat
barat yang sangat aktif menggunakan kemudahan teknologi perhubungan dan
komunikasi termasuk untuk menyebarkan cara hidup, cara berfikir dan sistem
nilai mereka kepada masyarakat lain di dunia. Hasilnya, kita dapati cara hidup
barat semakin meluas diterima di seluruh dunia termasuk di kalangan
masyarakat Islam. Umat Islam mestilah berusaha untuk mengubah keadaan ini
dengan menjadi lebih aktif menyebarkan dakwah Islam melalui teknologi
komunikasi dan maklumat. Hal ini akan membolehkan cara hidup, cara berfikir dan sistem nilai
Islam pula disebarluaskan dan diterima pakai secara meluas di seluruh dunia. Bagi membolehkan
hal ini terjadi, umat Islam mestilah berusaha melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan. Inilah jihad dan perjuangan fi sabilillah yang tinggi dan mesti dilakukan oleh anda,
para penuntut sekalian.
• IBUBAPA MEMBERIKAN DIDIKAN AGAMA YANG CUKUP KEPADA ANAK-ANAK
• Memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak amat penting dalam
membentuk dan mendidik mereka untuk menjadi insan yang soleh dan solehah, ibu bapa
merupakan contoh yang paling utama dalam hal akhlak dan penghayatan nilai islam.
• Jika ibu bapa menghayati ajaran dan amalan islam di rumah, maka ini akan menarik anak-anak
untuk mengikutinya dan begitulah sebaliknya.
• Ibubapa haruslah mendidik anak anak mereka sejak lagi dalam memberi didikan agama dengan
akhlak yang baik supaya mereka menjadi seorang yang berguna kepada agama, negara dan
masyarakat. Setiap didikan dan pembentukan sahsiah seorang anak bermula daripada ibu bapa.
• Sekiranya didikan itu dari didikan dengan cara yang baik, maka elok lah segala tingkah laku
mereka seperti sabda Rasulullah S.A.W :
• ‘ Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci bersih, maka kesalahan ibu
bapalah yang menjadikan mereka yahudi, nasrani, dan majusi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesan globalisasi terhadap Islam perlu ditangani
segera. Semua pihak harus memainkan peranan dalam
membendung masalah ini. Oleh itu, untuk meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan bidang kepimpinan, pengurusan dan
pentadbiran perlu menghadapi ilmu dan kemahiran dalam
pelbagai bidang. Mereka memainkan peranan penting dalam
pembangunan negara. Hal ini demikian, yang penting ialah
membina generasi baru kepimpinan, menggabungkan intipati
mukmin (kejujuran, amanah & sifat mahmudah) dengan
kepakaran dan kebolehan peringkat tinggi (cekap,
berketerampilan, dan mahir). Dengan sifat penghambaan Allah
dan sifat tugas Khilafah, Malaysia akan menjadi sebuah negara
Islam yang progresif, bertolak ansur dan bersemangat. Kita mesti
memastikan bahawa kedua prinsip (hamba dan khalifah) itu terus
terkandung dalam konsep yang cemerlang, terbilang dalam
pelbagai aspek.
LAMPIRAN
RUJUKAN
JURNAL:
• https://ejournal.um.edu.my/index.php/ADAB/article/downloa
d/7789/5348/16495
INTERNET:
• https://iluminasi.com/bm/remaja-malaysia-mentuhankan-k-
pop-membimbangkan.html
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi
• https://dosenekonomi.com/ilmu-ekonomi/ekonomi-
makro/ciri-ciri-globalisasi-ekonomi
BUKU
• Globalisasi; Pengaruh Globalisi di Dunia, Penulis: Andini
Wahma Pradipta, Melaty Anggraini, Mely Fauziyah Laeli,
ISBN: 978-623-228-918-5
ARTIKEL:
• https://www.slideshare.net/farizagriawanwibowo/artikel-
globalisasi