The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI AMAN KALI KE-48

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cnidaria2, 2024-06-21 10:40:51

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI AMAN KALI KE-48

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI AMAN KALI KE-48

Keywords: BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG

AHAD TN HJ MD CEASER BIN SAAD SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN JLN KAMPUNG BARU, SRI GADING MesyuaratAgung PIBG KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN 23 JUN 2024 09.00 PAGI DEWAN AULA BESTARI Dirasmikan oleh : Syarikat Gading Setia Ventures


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-48 SekapurSireh Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera Syukur kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Aman Kali ke-48 bagi tahun 2023/2024. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG atas segala kerjasama dan penat lelah dalam usaha yang dicurahkan bagi menjayakan segala aktiviti sepanjang sesi 2023/2024 serta menjayakan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun ini. PIBG merupakan jambatan unik yang menghubungkan masyarakat (ibubapa/penjaga) dengan warga sekolah. Justeru peranan yang dimainkan bukanlah sedikit agar semua tahu dan sedar akan tanggungjawab masing-masing terhadap hala tuju sekolah. Besarlah harapan saya jika permuafakatan antara guru dengan ibu bapa/penjaga dapat dieratkan. Dengan ini, sekaligus persefahaman dan kerjasama antara guru dengan ibu bapa/penjaga dapat diwujudkan. jalinan yang penuh bermakna ini seterusnya akan memberikan manfaat kepada anakanak kita juga akhirnya. Saya mengambil kesempatan ini menjemput tuan puan bermusyawarah dan berbincang dengan pihak kami. Persekitaran yang sesuai amat penting bagi anak-anak untuk menimba ilmu. Sebagai pendidik saya menyeru agar tuan puan memberikan sepenuh sokongan dalam setiap program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala perancangan dan pelaksanaan yang dibuat adalah untuk kebaikan anak-anak kita bersama. Dalam meniti arus kemodenan, tidak dinafikan akan ada kesalahan dan kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Idea dan pendapat bernas daripada pihak tuan puan amatlah dialu-alukan demi penambahbaikan mutu kerja kami. Segala kesulitan akan cuba ditangani bersama. Sesungguhnya akan kami usahakan agar kita sama-sama memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara yang digubal sebegitu murni untuk kemakmuran dan kesejahteraan warga Malaysia. Sekian, terima kasih. SELAMAT BERSIDANG ZAMZAM BIN TOIMIN GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN 1


Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-49 SeulasPinang Assalamua’laikum w.b.t dan salam sejahtera Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan nikmat dan limpah kurnia-Nya maka saya dapat mencoretkan sepatah dua kata alu-aluan dalam buku program Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 bagi Sekolah Kebangsaan Seri Aman sesi 2024/2025 ini. Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Seri Aman, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SKSA kali ini. Kerjasama yang erat dan sokongan semua pihak merupakan suatu pemangkin untuk menyediakan SKSA ke arah suasana persekitaran pembelajaran yang lebih selesa untuk anak-anak kita. Sebagaimana kita semua maklum, objektif utama PIBG adalah untuk membantu dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Disamping itu, ianya merupakan satu medium untuk kita bersama-sama mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul sama ada secara dalaman atau luaran. Oleh yang demikian, PIBG akan berusaha dengan lebih keras, berganding bahu untuk memastikan pencapaian cemerlang sekolah dapat dilonjakkan sebagai sekolah yang gemilang. Akhir bicara, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48 ini. Saya mengharapkan dengan kepimpinan AJK PIBG yang baru dilantik akan dapat menambahkan lagi prestasi anak-anak di SKSA. Mudah-mudahan pengorbanan dan niat murni kita semua untuk membuahkan kejayaan anak-anak yang gemilang akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Amin. Sekian, terima kasih. EN KASIBAN BIN SAMSUDDIN YDP PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN 2


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-48 Aturcara Majlis • Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru • Ketibaan jemputan / Perasmi • Nyanyian Lagu Negaraku • Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Irfan bin Ahmad Kamal • Ucapan YDP PIBG En. Kasiban bin Samsuddin • Ucapan aluan Guru Besar En. Zamzam bin Toimin • Ucapan dan Perasmian oleh Tn Hj Md Ceacer bin Saad (Gading Setia Ventures) • Penyampaian sijil kepada AJK PIBG 2023/2024 • Penyampaian sijil kepada pelajar cemerlang SKSA • Persembahan Nasyid • Persembahan Taekwondo • Rehat – Tayangan Montaj • Mesyuarat Agung PIBG bermula • Ucapan YDP (En. Kasiban bin Samsudin) • Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Agung kali ke-47 tahun 2023 • Membentang dan mengesahkan penyata kewangan bermula 1 Januari 2023 dan berakhir 31 Disember 2023 • Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 • Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 • Membahaskan usul • Cabutan Bertuah • Sesi bergambar / Bersurai 9 . 0 0 P a g i 9 . 3 0 P a g i 1 2 . 0 0 T / h a r i 3


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-48 Ahli Jawatankuasa PENASIHAT EN ZAMZAM BIN TOIMIN YANG DIPERTUA PIBG EN KASIBAN BIN SAMSUDDIN NAIB YDP PIBG EN SAHIMAN BIN WAGIMAN SETIAUSAHA PN NUR SAADIAH BINTI FADZIL BENDAHARI CIK NUR IZZATUL NISHA BT ADNAN AJK IBU BAPA PUAN SAHKILA BINTI MAHPOL PUAN NOREZAIDA BINTI KUSIN PUAN KHATY BINTI KASMUNII ENCIK MOHD KHAIRI BIN MOHD HASHIM ENCIK NAZRIN BIN MOHD ZAIN ENCIK NORAZIZ BIN ABDUL SAMAD AJK GURU PUAN NORHAYATI BINTI BADRON PUAN NORHAYATI BINTI SAMSOL PUAN NORHANA BINTI SENI PUAN ROHAINA BINTI SELAMAT 4


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-48 Jawatankuasakerja 5 PENYAMBUT TETAMU EN ZAMZAM BIN TOIMIN EN KASIBAN BIN SAMSUDIN EN NOR SAHIMAN BIN WAGIMAN BUKU PROGRAM/JEMPUTAN/MONTAJ PN NUR SAADIAH BINTI FADZIL PN NURUL IZYANI BT ABDUL RAHMAN PENGACARA MAJLIS PN ROHAINA BT SELAMAT PERSIAPAN TEMPAT EN NORSAHIMAN BIN WAGIMAN EN MOHD KHAIRI BIN MOHD HASHIM EN NAZRIN BIN MOHD ZAIN EN NORAZIZ BIN ABDUL SAMAD EN TEA MING CHEE PN MAILMUNAH BT SULEIMAN CENDERAHATI/ SIJIL PN NUR SAADIAH BT FADZIL CIK IZZATUL NISHA BT ADNAN CABUTAN BERTUAH PN KHATY BINTI KASMUNI PN NORHAYATI BT SAMSOL PN NOR SURAYA BINTI GHUZALI PN ZALILA BT YAHYA JAMUAN IBUBAPA/ GURU PN SAHKILLA BINTI MAHPUL PN HAWA HUZAIFAH BT SABTU PN HJH FADHLUN ISMAIL PN AMAL HAYATI BT PARMAN PERSEMBAHAN MURID PN NORSHAZELEEN BT MOHD SHAFIE PROTOKOL PN ROSNIHAYATI BT MD SAHIL PN NORBAITI BINTI SARPIN PN NORHAFIZAH BT MOHAMAD BACAAN DOA EN MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD KAMAL HIASAN PENTAS/BACKDROP CIK NUR IZZATUL NISHA BT ADNAN PN SANISAH BT AMIN PN NOOR DATHUL BASARIYAH SIARAYA/FOTOGRAFI EN MUHAMMAD IRFAN BIN AHMAD KAMAL PN NOOR FARIZA BINTI AHMAD PENDAFTARAN PN NOREZAIDA BT KUSIN PN NOOR DATHUL BASARIYAH BINTI MOHD NASUHAH PN RUSLINA BT ABDUL MAJID PN SANISAH BINTI AMIN JAMUAN VIP PN NORHAYATI BT BADRON PN HJH KARTINA BT RASID PENCATAT MINIT MESYUARAT PN SARA BT SAAT PN NUR AZLIN BT MOHAMAD JAWAHIR KEBERSIHAN PEKERJA PEMBERSIHAN


MesyuaratAgung PIBG Kali ke-48 Agenda Mesyuarat AGENDA 1 AGENDA 2 AGENDA 3 AGENDA 4 AGENDA 5 AGENDA 6 AGENDA 7 AGENDA 8 AGENDA 9 : Ucapan YDP PIBG : Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 : Pembentangan penyata kewangan PIBG tahun 2023 : Perkara berbangkit : Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 : Pemilihan dan Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 : Membahaskan usul : Hal-hal lain : Ucapan Penangguhan - YDP PIBG 6


Minit Mesyuarat Tarikh : 11 JUN 2023 Hari : Ahad Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Aula Bestari Kehadiran : (Rujuk Lampiran) 1.0 Ucapan Yang Dipertua PIBG 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir pada mesyuarat pada hari ini. 1.2 Harapan Pengerusi agar segala yang dibincangkan dapat diputuskan dengan lancar. 2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-47 2.1 Encik Kasiban bin Samsudin meminta ibu bapa merujuk minit mesyuarat PIBG yang lepas dan beliau memohon semua ibu bapa menerima minit tersebut. 2.2 Puan Norlizah Abdul Ghani mencadangkan minit mesyuarat agung PIBG kali ke-47 diterima dan disahkan. Cadangan tersebut disokong oleh Puan Norain. 7


Minit Mesyuarat 3.0 Membentangkan dan Menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022 3.1 Pengerusi meminta semua ibu bapa merujuk Penyata Kewangan seterusnya mempersilakan Puan Sanisah binti Amin selaku bendahari PIBG untuk membentangkan laporan kewangan. 3.2 Bendahari PIBG turut membentangkan baki awal Januari 2022 adalah sebanyak RM15,265.91 manakala baki akhir RM1008.21. Encik Khairulnizam mencadangkan penyata kewangan disahkan dan disokong oleh Encik Nor Sahiman bin Wagiman. Pengerusi meminta ibu bapa untuk mengemukakan soalan berkaitan penyata kewangan. 4.0 Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2022/2023 dan Pemilihan Jawatankuasa Baharu Sesi 2022/2034 4.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG bagi sesi 2022/2023 5.0 Pelantikan Pengerusi Sementara 5.1 Encik Nor Sahiman bin Wagiman mencadangkan Encik Kasiban Bin Samsuddin dilantik sebagai pengerusi sementara dan disokong sebulat suara. 8


Minit Mesyuarat 6.0 Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 6.1 Puan Jamilah Begum binti Muhammad Latif mencadangkan Encik Kasiban bin Samsudin dikekalkan sebagai YDP PIBG dan disokong oleh Encik Nor Sahiman bin Wagiman. 6.2 Puan Norbaiti mencadangkan cadangan ditutup. Puan Norhana Seni menyokong cadangan ditutup. 6.3 Puan Noraini binti Osman mencadangkan Encik Norsahiman bin Wagiman sebagai NYDP PIBG dan disokong oleh Puan Jamilah. 6.4 Puan Norlizah mencadangkan agar cadangan ditutup dan Puan Aisyah menyokong cadangan ditutup. 6.5 Encik Norsahiman bin Wagiman mencadangkan agar AJK lepas yang hadir pada hari ini dikekalkan iaitu Puan Nazlinda, Puan Sahkilla dan Puan Norezaida dan disokong oleh Puan Norliza menyokong cadangan tersebut. 6.6 AJK lepas yang tidak hadir pada hari ini digugurkan. 6.7 Encik Nor Sahiman mencadangkan Encik Aris Fadillah bin Jubri dilantik sebagai AJK yang baharu tetapi Encik Aris Fadilah menolak kerana mempunyai komitmen Bersama NGO yang lain. 6.8 Puan Zalila Yahya mencadangkan Puan Khaty binti Kasmuni dan disokong oleh Puan Nazlinda. 6.9 Puan Noraini binti Osman mencadangkan Encik Hairi bin Mohd Hashim, Encik Noraziz bin Abd Samad dan Encik Mohd Nazrin bin Mohd Zain. Puan Noraini mencadangkan cadangan ditutup dan disokong sebulat suara. 6.10 Puan Nazlinda dilantik menjadi pemeriksa kira-kira. Puan Norliza mencadangkan Puan Jamilah Begum dan Puan Siti Nadia binti Mohd Zain. 6.11 Encik Nor Sahiman mencadangkan cadangan ditutup dan disokong oleh Puan Norbaiti bt Sarpin. 6.12 Puan Siti Nadia binti Mohd Zain dilantik sebagai pemeriksa kirakira yang baharu. 9


Minit Mesyuarat 7.0 Pembentukan AJK PIBG sesi 2023/2024 adalah seperti berikut: Penasihat : Encik Zamzam bin toimin Yang Dipertua PIBG : En. Kasiban bin Samsuddin NYDP PIBG : En. Nor Sahiman bin Wagiman Setiausaha Kehormat : Puan Nur Saadiah binti Fadzil Bendahari Kehormat : Cik Nur Izzatul Nisha binti Adnan AJK Ibu Bapa : Puan Sahkila binti Mahpol Puan Norezaida binti Kusin Puan Khaty binti Kasmuni Encik Mohd Khairi bin Mohd Hashim Encik Nazrin bin Mohd Zain Encik Noraziz bin Abdul Samad AJK Guru : Puan Norhayati Binti Badron Puan Norhayati binti Samsol Puan Norhana binti Seni Puan Rohaina binti Selamat Pemeriksa Kira-kira : Puan Nazlinda binti Ahmad : Puan Siti Nadia binti Mohd Zain 10


Minit Mesyuarat 8.0 Membahaskan dan Menerima Usul 8.1 Pengerusi membentangkan usul perdana sekolah iaitu mengekalkan sumbangan PIBG berjumlah RM 50.00 setiap keluarga bagi tahun 2023. 8.2 Puan Nurizah Abd Ghani – minuman RMT hanya air masak sahaja, dan diperjelaskan oleh GPK HEM Puan Norbaiti bahawa makanan RMT adalah mengikut garis panduan oleh KPM. Muridmurid ada dibekalkan susu RMT dan kandungan kalorinya mencukupi untuk keperluan anak-anak RMT. 8.3 Puan Norliza bt. Salleh- makanan RMT asyik berulang-ulangPengusaha Kantin menjelaskan bahawa, selain mengikut menu, beliau juga mengubahsuai mengikut kesukaan murid-murid agar tidak terbuang. 8.4 Puan Siti Rosnalizawati bi Ismail- mengusulkan agar pihak sekolah menyediakan Baju KRMJ atau baju sukan di sekolah untuk memudahkan murid membeli pada bila-bila masa. Tuan Guru Besar menerangkan bahawa penyediaan baju sekolah yang sedia ada di sekolah perlukan kos/ modal 6 yang tinggi. 8.5 Encik Norsahiman bin Wagiman mencadangkan setiap keluarga memberi sumbangan sebanyak RM 10 setahun untuk dana membaiki SMART TV yang rosak. Sokongan sebulat suara daripada ibu bapa. 8.6 Mohd. Saifulazli mencadangkan agar jadual waktu murid sering berubah dan murid membawa buku teks dan buku tulis yang banyak. Guru Besar menjelaskan bahawa isu beg berat ini dan sebagai intervensinya 1 hari hanya 4 subjek sahaja dan jadual berubah kerana mengikut keperluan semasa. 11


Minit Mesyuarat 9.0 Hal-hal lain 9.1 Encik Aris Fadilah meminta pihak sekolah menyediakan persembahan yang lebih sesuai pada masa akan datang. 9.2 Encik Saniran bin Bonawi berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa yang hadir pada mesyuarat akan datang terutamanya kaum bapa. 10.0 Ucapan Penangguhan YDP PIBG 10.1 YDP PIBG mengucapkan selamat datang kepada AJK baharu. Beliau turut memaklumkan bahawa PIBG memerlukan dana bagi melancarkan program sekolah. Jadi marilah bersama-sama berusaha untuk mencari dana tersebut. 10.2 YDP berharap kerjasama dari ibu bapa agar lebih prihatin dan berikan sokongan sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan di sekolah. 10.3 Mesyurat ditangguhkan pada pukul 12.45 Tengah hari. 12 Disediakan oleh: Disahkan oleh: (NUR SAADIAH BINTI FADZIL) (KASIBAN BIN SAMSUDDIN) SETIAUSAHA PIBG YANG DIPERTUA PIBG SK SERI AMAN SK SERI AMAN Pencatat Minit: 1) Pn Rohaina bt Selamat 2) Pn Amal Hayati bt Parman


Minit Mesyuarat PENYATA KEWANGAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN BERMULA 01.01.2023 hingga 31.12.2023 BIL TARIKH PENDAPATAN RM BIL TARIKH PERBELANJAAN RM 1 19.03.23 Baki dibawa hadapan 1008.21 1 18.03.23 Bubur lambuk 900.00 2 02.05.23 Sumbangan PIBG ( 122 X RM50 ) 6100.00 2 20.03.23 Pembelian 3 buah kipas (6 UTM, 1 UTM & BILIK KH ) 600.00 3. 08.10.23 Sumbangan PIBG (16 X 50) 800.00 3 13.04.23 Bayaran tahunan MPZ 50.00 4. 17.11.23 Sumbangan En. Saniran Bin Bonawi 200.00 4 16.04.23 Cenderahati NGO ( Bakul Kasih Ramadhan 1444H ) 80.00 5 23.05.23 Jamuan mesyuarat ajk 64.00 6 10.06.23 Cenderahati AJK PIBG 420.00 7 10.06.23 Cenderahati perasmi 50.00 8 11.06.23 Jamuan MAT ke 47 750.00 9 11.06.23 Saguhati pelajar cemerlang 300.00 10 11.06.23 Fotostat buku program dan lain-lain 300.00 11 11.06.23 Sumbangan persembahan 150.00 12 04.10.23 Pertukaran nama pemegang akaun bankrakyat 200.00 13 11.10.23 Sumbangan kepada murid yang menyertai pertandingan Peringkat Daerah 420.00 14 11.10.23 Bayaran papan PAK 21 585.00 15 17.10.23 Sumbangan Sambutan Maulidur Rasul 300.00 16 19.10.23 Sumbangan lawatan sambil belajar ke Johor Bahru 200.00 JUMLAH PERBELANJAAN 5369.00 BAKI DIBAWA KE HADAPAN 2739.21 JUMLAH PENDAPATAN 8108.21 JUMLAH PENDAPATAN 8108.21 13


BIL N A M A P R O G R A M TARIKH 1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 11.6.2023 2 Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 24.07.2023 3 Gotong Royong Madani kali pertama 22.8.2023 4 Mesyuarat AJK PIBG kali kedua 17.01.2023 5 Gotong-royong Madani kali kedua 8.2.2024 6 Program Bubur Lambuk Ramadan 2.4.2024 7 Acara Merentas Desa 23.4.2024 8 Mesyuarat AJK PIBG kali ketiga 12.5.2024 9 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 23.6.2024 AKTIVITI/ PROGRAM 14


AKTIVITI/ PROGRAM 15 JADUAL KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT AJK PIBG SESI 2023/ 2024 BIL NAMA 1 2 3 1 En. Kasiban bin Samsuddin / / / 2 En. Nor Sahiman bin Wagiman / / / 3 Puan Sahkila binti Mahpol / 4 Puan Norezaida binti Kusin / 5 Puan Khaty binti Kasmuni / 6 Encik Mohd Khairi bin Mohd Hashim / 7 Encik Nazrin bin Mohd Zain 8 Encik Noraziz bin Abdul Samad 9 Puan Nur Saadiah binti Fadzil / / / 10 Cik Nur Izzatul Nisha bt Adnan / / 11 Puan Norhayati Binti Badron / / / 12 Puan Norhayati binti Samsol / / / 13 Puan Rohaina binti Selamat / / / 14 Puan Norhana binti Seni / / /


USUL/ CADANGAN 16


MAKLUMAT AM 17 PIHAK PIBG SK SERI AMAN SANGAT MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN IBU BAPA DAN ORANG RAMAI DALAM USAHA UNTUK MENINGKATKAN KUALITI PROGRAM SERTA USAHASAMA DENGAN PIHAK SEKOLAH DALAM MELAKSANAKAN PELBAGAI AKTIVITI YANG DIRANCANG. SEKIRANYA TUAN/ PUAN INGIN MEMBERIKAN SUMBANGAN BOLEHLAH DISALURKAN KEPADA MAKLUMAT BERIKUT: NAMA AKAUN: PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN NO AKAUN: 11-0162891-4 UNTUK MAKLUMAT MENGENAI INFO DAN AKTIVITI SEKOLAH, SILA LAWATI LAMAN FACEBOOK RASMI SEKOLAH IAITU: SK SERI AMAN, KG BARU, SRI GADING SILA TEKAN LIKE DAN SHARE PAGE KAMI! ☺


SekalungPenghargaan Jutaan terima kasih kepada : PERASMI, TN HJ MD CEACER BIN SAAD GURU BESAR, SEKOLAH KEBANGSAAN SK SERI AMAN YANG DIPERTUA PIBG 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN JAWATANKUASA PIBG 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN PARA PENYUMBANG HADIAH CABUTAN BERTUAH PARA IBU BAPA DAN PENJAGA dan PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAUPUN TIDAK LANGSUNG dalam menjayakan MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN 18


Click to View FlipBook Version