The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

153067288-Amalan-Kepimpinan-Instruksional-Samsudin-Said

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuepunye, 2021-03-22 09:54:23

153067288-Amalan-Kepimpinan-Instruksional-Samsudin-Said

153067288-Amalan-Kepimpinan-Instruksional-Samsudin-Said

AMALAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENJANA INOVASI DAN
TRANSFORMASI SEKOLAH: MUDAH, PRAKTIKAL DAN EFEKTIF

Oleh
Samsudin Bin Said

Pengetua
SMK Sultan Abd Samad, Banting

Selangor Darul Ehsan

ABSTRAK

Bermula tahun 2010, saya mula bertugas di SMK Sultan Abdul Samad, Telok
Datok Banting, Selangor . Saya mendapati sekolah ini mempunyai beberapa
aspek pengurusan, budaya kerja, budaya disiplin pelajar serta keadaan
persekitaran yang kurang memuaskan. Prestasi akademiknya adalah sangat
rendah, sehingga pada tahun 2010, sekolah ini telah diletakkan dalam banda 6
oleh pihak NKRA. Langkah pertama yang saya jalankan ialah membuat anilisis
SWOT dan mengadakan perbincangan dengan semua pihak untuk mendapatkan
maklumat tepat bagi membuat perancangan pembangunan sekolah secara
menyeluruh. Pembangunan sekolah secara menyeluruh ini, saya namakan
sebagai program transformasi sekolah secara holistik meliputi aspek
persekitaran dan fizikal sekolah, profesionalisma guru, instruksional,
pembangunan budaya penyayang, disiplin pelajar serta aspek perancangan
semula bidang iaitu akademik, HEM dan kokurikulum. Beberapa program inovasi
telah dijalankan bermula awal tahun 2010. Hasilnya pada tahun 2011, sekolah
ini telah menunjukkan perubahan yang drastik dari segi disiplin, budaya belajar,
instruksional guru dan persekitaran fizikal secara keseluruhannya. Keputusan
peperiksaan tahun 2010 telah meningkat dengan baik sehingga sekolah ini telah
berjaya mencapai band 5. Pada tahun 2011, prestasi akademik telah bertambah
baik, di mana ia telah mendapat anugerah peningkatan prestasi SPM tertinggi
peringkat negeri. Terakhir, sekolah ini telah diberitahu dicalonkan untuk
menerima tawaran baru bagi kategori lonjakan prestasi peperiksaan awam tahun
2011.

1. Latarbelakang Pengetua

Nama : SHAMSUDDIN BIN SAID

Pengalaman bertugas: TEMPAT BERTUGAS TEMPOH
BIL. JAWATAN
25.4.83-15.4.89
1. Guru Penolong SMK Telok Datok, Banting 16.4.89-31.8.94
2. Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,
KPM 1.9.94-31.4.96
3. Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor 1.5.96-31.3.99
4. Kaunselor Pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang 1.4.99-15.1.07
5. PK Pentadbiran SMK Methodist, Banting 16.1.07-
6. PK Pentadbiran SMK Jugra, Banting 29.12.09
30.12.09-
7. Pengetua SMK Sultan Abdul Samad, Banting Sekarang

2. Kejayaan dan Pencapaian Utama Amalan Kepimpinan Instruksional,
bermula 4.1. 2010 hingga Mei 2012.

Pada tahun 2009 sekolah ini berada pada band 6, pada tahun 2010 pada band
5, pada tahun 2011 ,GPS bagi keputusan SPM di tempat ke 5 daripada 16 buah
sekolah menengah di daerah Kuala Langat. Pada tahun 2010 , 87 orang pelajar
manakala pada 2011 seramai 40 orang pelajar gagal menguasai 3M berjaya
menguasai kemahiran 3M dalam tempoh 4 bulan melalui kelas intervensi. Model kelas
intervensi di sekolah ini telah dijadikan contoh pelaksanaan program intervensi di
sekolah-sekolah menengah di Negeri Selangor. Sementara itu, amalan kajian tindakan
yang dijalankan pada tahun 2010 dan 2011 untuk menyelesaikan masalah 3M telah

diamalkan oleh semua guru dan pelajar kelas peperiksaan untuk meningkatkan prestasi
mulai 2012.

Sistem sekolah sesi ke 3 telah mendapat pengiktirafan dari pihak IAB apabila kami
telah dijemput untuk membentangkannya dalam kolokium kajian tindakan
kebangsaan pada tahun 2011. Pihak sekolah ini juga telah dijemput berkongsi
pengalaman dengan sekolah-sekolah Program SIP (School Improvement Program)
Zon Utara pada tahun 2012.

Selain itu, Pengetua juga telah di beri penghormatan untuk membentangkan
perkongsian pintar transformasi sekolah dengan seluruh ahli Majlis Pengetua Sekolah
Menengah Malaysia (MPSM) Pulau Pinang dan Pengetua/Guru Besar/PPD Negeri
Perlis pada tahun 2012. Pada tahun ini juga sekolah kami juga turut menerima
kunjungan daripada beberapa buah sekolah menengah lain yang berminat mendengar
dan berkongsi pengalaman berkaitan program transformasi yang berjalan di sekolah ini.

Profil Sekolah SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK
42700 BANTING, SELANGOR
1. Nama dan alamat sekolah BEB 1070
A ( luar bandar )
2. Kod sekolah Smk harian ( dua sesi)
3. Gred sekolah 78 orang (lelaki = 16 perempuan= 62 )
4. Jenis sekolah
5. Bilangan guru 9 orang

6. Bilangan staf

6. Bilangan murid 1132 orang ( 85 % bm, 15 % b/p)

Sejarah dan latar belakang sekolah

Kronologi Peristiwa TAHUN
1. Diasaskan sebagai secondary continuition school 1962

2. Mempunyai bangunan sendiri, iaitu 4 blok 1964

3. Dimulakan comprehensive education system 1965

4. Dipanggil Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) 1969

Telok Datok

5. Dipanggil Sekolah Sultan Abdul Samad, Telok Datok 1972

6. Dipanggil SMK Sultan Abdul Samad, Telok Datok (Gred A) 1994

7. Akan dinaik taraf menjadi Kolej Vokasional, KPM, iaitu Mulai 2013
sekolah harian pertama di naik taraf di bawah transformasi
pendidikan vokasional.

Kepentingan Kepimpinan Instruksional dalam Organisasi Sekolah.

Memandangkan sekolah adalah sebuah institusi yang berfungsi untuk membentuk dan
menghasilkan pelajar ke arah kemenjadian sahsiah, akademik dan bakat serta
kepimpinan, maka model dan amalan kepemimpinan sekolah perlulah benar-benar
sesuai dan selari dengan fungsinya yang subjektif. Oleh itu, kepimpinan instruksional
perlu menjadi teras dan perlu dikuasai dengan terbaik oleh setiap orang pemimpin
sekolah khususnya Pengetua dan Guru Besar. Malah ia perlu di fahami dengan jelas
oleh penggubal dasar, pegawai profesional di semua peingkat dan institusi latihan
pendidikan. Saya sangat percaya dan telah mempraktikkannya selama 2 tahun di SMK
Sultan Abdul Samad, Telok Datok, Banting. Ternyata melalui pengalaman sekolah ini,
terbukti bahawa pengetua mampu merubah sebuah sekolah dalam jangka masa tidak
sampai dua tahun. Transformasi ini telah merubah sebuah sekolah yang berprestasi
rendah, bermasalah disiplin, motivasi guru sangat rendah, sebuah sekolah yang
dianggap gagal oleh masyarakat sehingga menjadi sebuah sekolah yang Berjaya dalam
pelbagai aspek. Sekolah ini kini mempunyai budaya kreativiti, menjadi pilihan ibu bapa,

menjadi penanda arasan pengurusan, budaya disiplin, budaya kerja guru dan program-
program inovasi di peringkat negeri dan kebangsaan. Rumusannya di sini, walaupun
ada orang mengatakan pemimpin atau pengetua itu penting dalam menjana
kecemerlangan sekolah, tetapi percayalah apa yang lebih penting dari itu ialah
bagaimanakah stail dan jenis kepimpinan yang kita diamalkan serta sejauhmanakah
kita dapat mengoptimumkan dan menerapkan nilai-nilai kepimpinan itu dalam budaya
kerja warga sekolah kita adalah penentu utama pembangunan sebuah sekolah yang
berkarektor.

Halangan utama kebanyakan pemimpin sekolah atau Pengetua ialah pertama; kita
kurang yakin kepada potensi diri sendiri, guru-guru, pelajar dan kemudahan yang sedia
ada.Sebagai contohnya ada yang berkata ‘ saya tak mampu membuat seperti dia, di
sekolah saya tidak ada guru yang mahir pemulihan untuk mengajar pelajar yang tidak
menguasai 3M, pelajar saya masih lagi tidak menguasai 3M dan sekolah saya ini
sekolah lama’ dan sebagainya”. Jadi, dalam soal ini, kita mestilah ketepikan dahulu
halangan pemikiran itu dan cuba kita tanya apakah sikap, cara berfikir, visi, misi, daya
kepimpinan kita telah kita perbetulkan dan optimumkan. Kalau kita katak, kita telah
memperbetulkan dan optimumkan semuanya itu, persoalannya mana analisis SWOT,
SKT/KPI, kepimpinan dan pengetahuan, perancangan, pelan tindakan, sistem,
pendekatan, kajian tindakan, senarai semak, keteladan, pasukan, a kreativiti, inovasi,
bimbingan, perkongsian, budaya kerja, budaya penyayang, tindakan, buku rekod
mengajar, buku latihan, buku catatan, pencerapa, program, nilai-nilai murni,
penghargaan, mana pengagihan tugas, mana motivasi, prioriti, teknologi, komitmen,
instrument pengurusan, budaya disiplin, budaya belajar, budaya bilik darjah, budaya

sekolah, budaya penyelenggaraan, analisis, post-mortem, rekod, dokumentasi,
transformasi dan semua pertanyaan itu merumuskan di manakah kepimpinan
instruksional kita.

Pada masa ini,sekolah ini telah menghasilkan guru model dalam semua aspek
khususnya pengajaran. Hampirke semua pencerapan pembelajaran dan pengajaran
biasa serta juga ‘lesson study’ pada tahun 2012 ini, bukan sahaja dirakamkan dalam
bentuk gambar tetapi juga dalam bentuk video dan dikongsi di laman ‘face book’ guru
serta dikongsi dalam ‘you tube’ termasuk P&P Pengetua sendiri. Hari ini juga, kami
telah menjadikan hampir semua pelajar-pelajar kami sebagai pelajar contoh atau
model dari segi sahsiah walaupun rata-rata mereka mempunyai asas akademik yang
lemah dari sekolah rendah.

Kepimpinan dan Kepimpinan Instruksional di SMKSAS.
Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada ‘pimpin’.Pimpin bererti bimbing, pandu,
atau tunjuk.Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan
menuju ke suatu tempat.Kepimpinan membawa erti ‘keupayaan sebagai pemimpin,
daya serang pemimpin (Kamus Dewan 1994). Kepimpinan juga boleh dimaksudkan
sebagai kebolehan mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan sesuatu tugas bagi
mencapai matlamat. Manakala instruksional boleh di definisikan sebagai ‘the act of
instructing (to teach, to educate, to impart knowledge or information) or teaching’.

Oleh itu, kepimpinan instruksional boleh didefinisikan sebagai ‘gabungan penyeliaan,
pembangunan staf dan perkembangan kurikulum’ (Blasé, 1998). Manakala pendapat
lain pula mengatakan bahawa kepimpinaan instruksional ialah ‘gelagat secara langsung

atau tidak langsung yang mempengaruhi pendekatan guru mengajar dan menghasilkan
pembelajaran murid serta peningkatan potensi’ (Gupton, 2003). Manakala Hussien
(1989) mengatakan bahawa kepimpinan instruksional sebagai ‘usaha yang diambil
oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk
memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan
matlamat sekolah’.

Persoalan dan isu yang sering dibangkitkan ialah sejauhmanakah pemimpin sekolah
atau Pengetua memberi penekanan dan peruntukan masa yang banyak kepada
kepimpinan instruksional secara langsung.Dapatan dari pihak JNMK, KPM dan kajian-
kajian yang dijalankan di peringkat negeri mendapati bahawa ada kalangan Pengetua
kurang memberi perhatian terhadap instruksional secara langsung.Berdasarkan
pengalaman saya, kita bukan sahaja perlu memberi perhatian atau tanggungjawab
langsung tentang kepimpinan instruksional ini, tetapi juga memberi perhatian secara
tidak langsung atau menegaskan tentang instruksional atau pembelajaran dan
pengajaran ini dalam semua aspek serta aktiviti di peringkat sekolah. Unsur-unsur
tentang instruksional ini misalnya perlu di selitkan atau digabungjalinkan dalam ucapan
harian, doa, aktiviti kokurikulum, program pembangunan disiplin dan sebagainya.
Proses penggabungjalinan dan penerapan ini penting bagi membolehkan perkara yang
dianggapkan sukar sama ada oleh guru, pelajar dan ibu bapa, iaitu kecemerlangan
akademik itu akan menjadi fokus, tanggungjawab dan amalan penting oleh semua
pihak. Dengan cara ini, pembangunan sekolah menjadi lebih holistic dan wujudnya
budaya sosial dan belajar yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah, luar bilik darjah
atau di rumah.

Sebagai pemimpin sekolah, pengetua terpaksa memberi focus pada pembelajaran dan
pengajaran. Penyelidikan sekolah telah menunjukkan bahawa pengetua sekolah boleh
membawa perubahan yang mendadak tentang produktivi sekolah. Pengetua
melakukannya melalaui peranannya sebagai pemimpin instruksional di sekolah.

Pengalaman Pengetua Sewaktu Memulakan Tugas di SMKSAS.

Setiba di sekolah pada hari tersebut adalah merupakan hari pendaftaran pelajar
Tingkatan 1 . Seterusnya pada hari yang sama, saya terus mengendalikan mesyuarat
guru sehingga hamper tiba waktu makan tengahari. Kemudiannya saya telah
mengadakan perbincangan khas dengan barisan pentadbir selama satu jam. Pada
minggu pertama bertugas, saya telah meninjau persekitaran , bilik-bilik darjah dan
memerhati budaya sekolah. Seterusnya saya membuat analisis prestasi akademik,
sahsiah dan kokurikulum dan mengkaji semula perancangan program-program
sekolah. Seterusnya saya telah mendapatkan maklumat dari pentadbir serta guru-guru
dan menetapkan keperluan dan prioriti baru untuk sekolah kami.

Berdasarkan kepada maklumat awal satu analisis SWOT telah dibuat untuk
mendapatkan data dan gambaran sebenar tentang tahap sekolah. Analisis rekod
menunjukkan bahawa tahap pencapaian akademik adalah sangat rendah sama ada
secara bandingan dengan sekolah-sekolah lain di daerah Kuala Langat ( pencapaian
kuantiti, kualiti dan GPS bagi peperiksaan SPM/PMR). Daripada enam belas buah
sekolah menengah, SMKSAS berada pada kedudukan ke empat belas atau tiga belas.
Status sekolah berasaskan ‘ranking’ NKRA pada tahun 2009 ialah pada band 6.

Isu kedua, ialah berkaitan tahap disiplin pelajar dan masalah vandalisma pelajar. Kes
terakhir tahun 2009, iaitu yang berlaku pada bulan November telah melibatkan
pergaduhan pelajar tingkatan 4 yang mana seorang pelajar Melayu Tingkatan 4 telah
dipukul dengan kerusi plastik oleh seorang pelajar India menyebabkan pelajar tersebut
luka di kepala. Seorang guru perempuan yang sedang mengandung secara kebetulan
lalu di kelas tersebut dan cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut telah dipukul juga
dengan kerusi plastik dan telah terkena pada kandungan. Kes ini telah dilaporkan
kepada polis, di mana seorang pelajar telah ditangkap polis, manakala pelajar yang
luka dan guru perempuan tersebut telah dihantar ke hospital.

Berhubung dengan vandalisme pula, sebanyak 140 keping siling di enam buah bilik-bilik
darjah di blok ‘D’ telah dirosakkan dengan menggunakan berbagai cara. Sejumlah RM
4,000.00 telah dibelanjakan oleh pihak PIBG untuk membaikinya segera pada awal
Oktober, manakala sebanyak RM2000.00 digunakan untuk membaiki kerosakan tandas
dan pintu-pintu kelas pada minggu pertama dan kedua 2010.

Berdasarkan kepada situasi tersebut, saya mendapati bahawa budaya belajar dalam
kalangan murid-murid khususnya di bilik darjah hampir tidak berkesan langsung
khususnya bagi kelas pelajar sederhana dan lemah. Daripada dapatan tersebut satu
kertas cadangan telah dibuat dengan diberikan nama program transformasi sekolah.
Komponen utama dalam transformasi sekolah ialah membangunkan budaya disiplin
berasaskan pendekatan budaya penyayang dan tindakan disiplin semerta,
pembangunan program instruksional berasaskan kepimpinan instruksional dan program
pemulihan 3M serta pendekatan penyelesaian masalah secara kreatif dan inovasi,
termasuk penggunaan kajian tindakan.

Hasilnya dalam masa empat bulan pertama, semua masalah kerosakan kemudahan
asas termasuk vandalisme telah dipulihkan. Pada masa yang sama aspek
pembangunan kesedaran dan budaya sahsiah diberi penekanan utama seperti konsep
amalkan 5 perkara sebelum tiba 1 perkara, program 3S 1L berkonsepkan budaya
penyayang di mana Pengetua dan guru-guru adalah sebagai ibu dan ayah dan pelajar
adalah anak mereka sewaktu di sekolah. Program budaya bilik darjah dan kelas 3M ini
telah mula menguba sikap dan budaya sekolah sehingga pada pertengahan tahun
2010, suasana sekolah menjadi lebih konsdusif dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan. Masalah disiplin menurun secara drastik dan sudah mula ramai ibu
bapa memohon untuk memasukkan anak-anak mereka ke SMKSAS. Mulai tahun
2011, pihak PPD Kuala Langat mula menghadkan permohonan untuk pertukaran
masuk pelajar ke SMKSAS dan ibubapa perlu mendapatkan persetujuan pengetua
terlebih dahulu untuk mengelakkan kepadatan pelajar dalam satu-satu kelas.

Amalan kepimpinan instruksional Model SMKSAS(Hasil kajian tindakan)

SWOT (HOLISTIK)
Kekuatan, Kelemahan,
Peluang dan Ancaman

IMPAK/PENCAPAIAN AMALAN DASAR DAN ARAH TUJU
Post-Mortem, Laporan KEPIMPINAN Visi, Misi,Matlamat,
INSTRUKSIONAL
& Dokumentasi Objektif, SKT/KPI (P. Strat.)

AMALAN/PELAKSANAAN

Konsep, Pendekatan, Ciri KI:
Aktiviti/Program, Budaya, Pengurusan

dan Persekitaran

(Pengetua, Pentadbir, Guru & Pelajar)

Berdasarkan kepada model di atas, proses perubahan dan pembangunan instruksional
di semua peringkat pelaksanaan adalah bermula dengan analisis SWOT, sebelum
dirangka arah tuju atau dirangka program transformasi atau dijana idea baru atau
dirangka pelan tindakan atau pendekatan. Proses pelaksanaan idea atau
program/aktiviti menggunakan pendekatan kajian tindakan. Pendekatan ini didapati
sangat sesuai dan dapat menyelesaikan masalah dengan baik kerana ia membolehkan
perubahan dan kajian semula terhadap sebarang tindakan itu secara berterusan. Ini
dapat mengatasi sebarang kelemahan dalam sesuatu jangka masa pelaksanaan yang
ditetapkan.

Melalui model SMKSAS ini juga, proses pelaksanaan sesuatu program instruksional itu
dibuat dalam satu bentuk pusingan atau kitaran berterusan. Sesuatu program atau

sistem itu akan terus menerus dilakukan penambahbaikan melalui kitaran kedua, ketiga
dan seterusnya. Inilah yang menjadi faktor kenapa proses penambah baikan sekolah
atau peningkatan prestasi akademik itu dapat berlaku dalam tempoh masa yang singkat
dan mencapai lonjakan saujana (rujuk model di atas).

Kepentingan Model SMKSAS Ke Arah Transformasi Instruksional Berkesan

Antara elemen-elemen utama yang member kesan besar terhadap pembelajaran dan
budaya sekolah ini ialah;

i. Idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam menangani masalah
ii. Berasaskan nilai – teras profesional, etika kerja KPM, tonggak 12

iii. Membangunkan budaya profesionalisme:
- Membangunkan model kepimpinan ikutan
- Meningkatkan penyatuan kepakaran
- Mempertemukan persamaan fikiran/amalan
- Mempertemukan matlamat ‘state holder’
- Kepimpinan yang jelas dan telus
Proses Transformasi Sekolah

Doa/Niat/keinginan

Visi/Misi/SKT/KPI

Tunjuk teladan/terap dalam kerja harian

Bina pasukan dan kerjasama

Doa, usaha dan komitmen semua pihak

Kenapa amalan kepimpinan instruksional mudah dilaksanakan ?

i. Pengetua adalah pemimpin kurikulum dan instruksional
ii. Pengetua diberi mandat dan kuasa merencana kejayaan
iii. Sekolah mempunyai sumber melaksanakan perancangan
iv. Pengetua ada pengalaman luas dan peluang mencetus idea mengubah

sikap, nilai dan amalan guru yang ramai

Bagaimana Kepimpinan Instruksional model SMKSAS dilakasanakan ?

i. Penjanaan idea kreatif dan inovatif
ii. Merentas bidang pengurusan
iii. Gabung jalin dengan aktiviti/tugasan rutin
iv. Membina tanggapan dan kepercayaan warga
v. Penyerapan dan penerapan dalam budaya kerja

Instrumen pelaksanaan kepimpinan instruksional model SMKSAS

i. AnalisisSWOT
ii. Sistem perancangan SKT/KPI
iii. Sistem pengelolaan – tindakan & pimpinan
iv. Sistem pengawalan/pemantauan
v. Sistem penilaian/penambahbaikan
vi. Sistem pelaporan/dokumentasi
vii. Sistem penghargaan/kebajikan

Transformasi Berasaskan Sistem Pembelajaran dan Pengajaran:

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2

MODEL P & P : RUJUK SUMBER KUASA RUJUKAN GURU
MOTIVASI GURU
1.PER. MENGAJAR JELAS VISI, MISI & DASAR IKUTAN GURU
2.P & P BILIK DARJAH
3.B. LATIHAN MURID SEDIAKAN SKT/KPI BUDAYA PROFESIONAL
4.PENCERAPAN P&P TEORI DAN AMALI P & P BERJALAN BAIK
PENCERAPAN EFEKTIF
MODEL PENULISAN BUKU AMALAN ‘LESSON STUDY’
PERSEDIAAN MENGAJAR LATIHAN MURID BAIK
PERIKSA BUKU BERTULIS
MODEL P&P, ‘LESSON BUDAYA B. DAR. BAIK
STUDY’ TINDAKAN KERJA BAIK

MODEL LAT. & BUKU
LATIHAN MURID

MODEL PENCERAPAN

RAKAM/VIDEO AKTIVITI
BENTANGKAN LADAP

Transfromasi Berasaskan Nilai-nilai Professionalisme Pihak Pentadbir, Guru dan Staf:

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2

PROFESIONAL: ANALISIS SWOT GURU MODEL
1. PENTADBIR
2. GURU KAJIAN KEPERLUAN TANGGUNGJAWAB
3. STAF LAIN
ORIENTASI ARAH TUJU KOMITMEN

RANGKA SISTEM & KERJASAMA
BUDAYA KERJA UTAMA TUGAS
POSITIF & PRO AKTIF
KETELADAN & BIM. KREATIF & INOVATIF
INSTRUKSIONAL KUALITI KERJA
AMANAH/INTEGR IT I
ETIKA DAN PERATURAN TERIMA PERUBAHAN
PERANCANGAN UKHWAH & MESRA
SISTEMATIK
SUMBER KUASA KEPUASAN KERJA

PENINGKATAN ILMU

Transformasi Berasaskan Pelaksanaan Program-program Kurikulum:

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2

PROGRAM: ANALISIS SWOT SKT /KPI (GURU &
1.KURIKULUM KAJIAN KEPERLUAN PELAJAR)
2.PEMB.PELAJAR T ETAPKAN ARAH TUJU
3.SOKONG KHAS PERAN. STRATEGIK
JAWATANKUASA & HARI PERUBAHAN
FUNGSI MOTIVASI B. IBUNDA
BICARA AKADEMIK
PERANCANG AN KAJIAN TINDAKAN
BUDAYA NILAI & BELAJAR
PELAKSANAAN NOTA PETA MINDA
BUDAYA 3S 1L(MESRA)
KEPEMINPINAN HARI GRADUASI
KELAS PECUTAN AWAL
PENILAIAN & AKHIR
PELAPORAN & PEMBELAJARAN KENDIRI
DOKUMENTASI

Berasaskan Pencapaian Pelajar UPSR rendah, 80 % SJK(C)/(T) dan 35 %-

BM:

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2
ANALISIS SWOT
PELAJAR: KAJIAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN
1.UPSR RENDAH ORIENTASI ARAH TUJU KENDIRI
2.80% SJK(C)/(T) SET NILAI BARU
3.35% MASALAH RANGKA STRATEGI CATATAN KENDIRI
TERAP NILAI BARU LATIHAN BANYAK
BM MOTIVASI & CONTOH SIFAR PONTENG
TERIMA KASIH BANYAK
KAUNSELING SIMPAN SUARA
HARGA DIRI SAYA ANAK GURU
PENGHARGAAN POST-MORTEM KENDIRI
MODEL PELAJAR YA-BASMILAH(AKU STAR)
JAYAKAN MBMMBI
5 TERAS NILAI KENDIRI

Berasaskan Input Fizikal dan ICT/Media Baru:

INPUT PROSES IMPAK 1 & 2
ANALISIS SWOT
FIZIKAL & ICT: KAJIAN KEPERLUAN SELESA DIGUNAKAN
1.PONDOK, KANTIN, ORIENTASI ARAH TUJU BERKEADAAN BAIK
BERINFORMASI
SS,ICT,KOMPUTER BAIKPULIH BERSIH DAN NYAMAN
2.PERSEKITARAN PENJAGAAN PELBAGAI GUNA
PENGGUNAAN MUDAH AKSES/CAPAI
SELESA PEMANTAUAN
PENAMBAHBAIKAN TERJAGA DAN BERGUNA
NILAI TAMBAH
MEMBANTU P & P
CERIA DAN TENTERAM

MENGGALAK KREATIVITI
MENGGALAK INOVASI
MENGGALAK MOTIVASI

RUMUSAN PENCAPAIAN KPI/
IMPAK
BIL. AMALAN KREATIVITI DAN INOVASI di SMKSAS Perubahan sikap dan budaya
hormat serta nilai-nilai murni yang
1. Doa hati ayah/guru (dimulakan tahun 2010) ketara.
Semua pelajar tidak kuasai 3M
2. Kelas intervensi kemahiran asas 3M dan pengukuhan telah boleh kuasai 3M dan
3M model SMKSAS (tahun 2010, 2011 dan 2012) dijadikan contoh JPNS

3. Budaya kajian tindakan guru dan pelajar (2010,2011 Dibentang peringkat kebangsaan
dan mulai 2012 semua guru dan pelajar) (IAB)

4. Sistem sekolah sesi ke 3 (11.30 pg – 1.20 ptg, bagi Dibentangkan peringkat
pelajar sesi petang datang awal). Dimulakan tahun kebangsaan(IAB) dan tanda aras
2011. SM Daerah Klang

5. Budaya 3S 1L dan sekolah penyayang (dimulakan Pencalonan amalan terbaik
tahun 2010, 2011 dan dimantapkan 2012) pemimpin sekolah JPNS

6. Ilmu cahaya fajar (kelas 7.00 pg – 7.40 pg). Bermula Nilai & budaya ilmu serta

pada tahun 2011 hingga kini menggerakkan budaya belajar

yang unggul.

7. Kelas pecutan awal (Jan – P. Percubaan, dimulakan Lonjakan PMR/SPM

tahun 2011 hingga kini)

8. Kelas pecutan akhir ( lepas percubaan – PMR/SPM, Lonjakan PMR/SPM
dimulakan tahun 2011 hingga kini)

9. Pusat pembelajaran umum (kantin dinaiktaraf dan Menjadi tanda aras sekolah luar

ditukar fungsi untuk aktiviti pembelajaran dan relief). yang membuat lawatan.

Mulakan tahun 2011 dan dilengkapkan 2012.

10. Open library (perpustakaan terbuka atau anjung Menarik perhatian pelajar untuk
bestari) terletak di dalam pusat pembelajaran umum menggunakan dengan lebih
(PPU). Dimulakan tahun 2011. terbuka dan santai.

11. Relief berpusat ( di PPU, 1 guru 2/3/4 kelas). Sifar kelas tanpa guru dan
Dimulakan tahun 2012 pembelajaran menyeronokan.

12. Program guru muda (membantu guru relief untuk Rancangan pengajaran guru tidak
mengelolakan aktiviti P & P mengikut tugasan yang tertinggal.
diberikan oleh guru. Dimulakan tahun 2012

13. Hari instruksional (dimulakan tahun 2012), berasaskan Peningkatan kualiti instruksional,

pelaksanaan dan pelancaran aktiviti kurikulum seperti motivasi guru, budaya

pencerapan, pengajaran lesson study, pemeriksaan dokumentasi video / you tube

buku latihan, budaya bilik darjah, pedagogi model (media baru)

kognitif dan aktiviti LADAP berkaitan instruksional.

14. Pedagogi model kognitif dan pendekatan pengajaran Meningkatkan kualiti P&P dan

berasaskan kaedah ‘lesson study’ untuk semua guru minat pelajar untuk mengikuti

dan semua mata pelajaran (dimulakan tahun 2011) pengajaran guru khususnya bagi

pelajar lemah.

15 Guru Model – wujud hasil daripada pembangunan SKT/KPI tercapai seperti yang
sistem dan pendekatan inovasi dalam amalan ditetapkan dan wujudnya budaya
kepimpinan instruksional (bermula tahun 2010) P&P yang berkualiti.

16. Program budaya bilik darjah (displin dan belajar). P&P guru dapat dijalankan dengan
Dimulakan tahun 2010 berkesan kerana tiada gangguan
disiplin

17. Program motivasi bahasa ibunda (kerohanian). Pembangunan kecemerlangan

Dimulakan tahun 2010. sahsiah yang cepat.

19. Hari perubahan diri – konsep kesedaran kepentingan Pelajar mempunyai gagasan yang

menambahbaik diri dan sikap, menggunakan jelas dan dapat menilai tahap

instrumen catatan harian (borang semak nilai kendiri). SKT/KPI kendiri

Dimulakan tahun 2010

20. Progaram jaminan kualiti (guru dan pelajar) melalui Peningkatan kualiti dan pengurusan

penyediaan SKT/KPI secara konstruktif dan kerja serta pencapaian SKT

menyeluruh. Dimulakan tahun 2011

21. Hari graduasi SPM – terima slip SPM secara formal Membentuk minat dan motivasi

pakai jubah akademik. Dimulakan tahun 2011 dan kepada pelajar lain

tahun 2012.

22. Nota ulangkaji peta minda (dimulakan tahun 2012) Kaedah ulangkaji efektif dan cepat.
Pelajar dapat mengingat pelajar
dengan lebih baik.

23. Program perancangan strategik akademik Pelaksanaan aktiviti akademik dapat
(dimulakan tahun 2010 hingga kini) dijalankan secara sistematik dan
mengikut takwim.

24. Konsep 5 teras nilai-nilai kendiri utama. Program ini Pencapaian sifar salahlaku 5 disiplin

melatih pelajar berkongsi visi dan misi sekolah utama(bergaduh, melawan guru,

khususnya berkaitan disiplin yang sangat memberi mencuri, merokok dan merosak harta

kesan kepada program akademik. Dimulakan tahun benda sekolah).

2010 hingga kini

25. Post-mortem kendiri ( guru dan pelajar) – dibuat Pelajar menyiapkan sendiri analisis

setiap kali lepas ujian dan peperiksaan dalaman dan post-mortem ujian / peperiksaan

dengan penglibatan Pengetua, PK akademik dan dalaman

kaunselor (dengan merujuk kepada SKT/KPI).

Dimulakan tahun 2011

26. Catatan kendiri (dibuat secara harian berhubung Pelajar lebih bertanggungjawab dan

dengan aspek disiplin, latihan/kerja rumah, NILAM tahu tugas atau peranan mereka.

dan budaya belajar bilik darjah (guna format khas).

Dimulaka tahun 2012

27. Latihan banyak dan latihan kendiri. Pelajar telah Meningkatkan bilangan latihan yang

menetapkan perancangan dan target latihan yang dibuat oleh pelajar selain daripada

hendak dibuat setiap minggu dengan bimbingan. yang diberikan oleh guru.

Dimulakan tahun 2011 dan 2012

28. Sifar ponteng. Setiap pelajar membuat rekod Membentuk nilai tanggungjawab

kehadiran mereka setiap hadir dalam buku catatan untuk hadir sekolah dan

kendiri dan menentukan ia memberi surat penjelasan mengemukakan surat pengesahan

atau surat doktor apabila tidak hadir bersebab. apabila tidak hadir.

Dimulakan tahun 2012

29. Amalan ‘simpan suara’, iatu bercakap dengan Berjaya menjadikan bilik darjah
perlahan semasa dalam kelas atau semasa terkawal dan senyap dan ini
mengikuti sesuatu majlis rasmi melalui konsep membolehkan P&P dijalankan
‘simpan suara’. Dimulakan tahun 2010 dengan berkesan.

30. Konsep Pengetua/guru dan pelajar adalah ibu bapa Berjaya mewujudkan konsep

– anak di dalam kawasan sekolah.Menjadikan kekeluargaan dan budaya

persekitaran sosial sekolah kondusif dan mesra. penyayang.

Dimulakan tahun 2010

31. Konsep terima kasih banyak-banyak Cikgu. Pelajar Semua pelajar telah mengamalkan

bukan sahaja mengamalkan budaya memberi termasuk semasa di luar kelas.

ucapan terima kasih apabila guru hendak Kesannya komitmen dan motivasi

meninggalkan kelas, tetapi perlu ditambah dengan guru meningkat.

perkataan ‘banyak’(mulai tahun 2012)

32.. Program YA – BASMILAH. Satu konsep di mana jika Pelajar bermotivasi dan bersemangat

pelajar itu boleh membaca, menulis, memahami dan untuk melakukan yang terbaik

membuat latihan yang mencukupi atau banyak. kerana telah memahami bahawa

Pelajar itu mesti boleh lulus termasuk pelajar tiada sebab mengapa mereka gagal.

sederhana atau lemah.

CABARAN

Cabaran utama ialah tanggapan bahawa aktiviti p & p adalah sesuatu yang
menjadi perkara lazim atau ‘routine’ maka tiada inovasi yang perlu berlaku.
Namun begitu dengan pembinaan budaya kerja positif dan usaha membina
budaya kerja berkualiti, pemikiran itu dapat dibendung.
Cabaran kedua merubah paradigma guru-guru untuk meyakini bahawa setiap
murid boleh diajar. Inilah halangan perubahan dan inovasi dalam instruksional
yang besar. Saya menegaskan bahawa kita hendaklah melihat bahawa masalah
tersebut adalah satu anugerah berbentuk cabaran dan kita perlu mencari idea
atau usaha bagaimana menukarkan masalah kepada peluang. Pemimpin
sekolah atau guru-guru perlu harus ingat bahawa kita mempunyai kuasa ikhtisas
dan profesional. Hasilnya ,program kelas pemulihan atau intervensi SMKSAS
telah diangkat menjadi program Jabatan Pelajaran Negeri Selangor pada tahun
2012. Pada tahun 2012 ini, SMKSAS telah bebas sepenuhnya dari masalah
pelajar tidak menguasai 3M.

KESIMPULAN

Amalan kepimpinan instruksional yang dilaksanakan di SMK Sultan Abdul
Samad Banting telah menjadi pemangkin kepada transformasi sekolah dari segi
pencapaian akademik. Sekolah ini telah berada dalam band 6 pada tahun 2010
telah melalui pelbagai proses transformasi dalam setiap aspek dari pentadbiran
sehinggalah ke bilik darjah. Hasil dari pelbagai program yang kreatif dan inovatif
telah melionjakkan sekolah ini ke band 5 pada tahun 2011.

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussien, Pengurusan Organisasi, Utusan Publication &
Distribution Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur,1996

Ee Ah Meng, Bimbingan dan Kaunseling Jilid 2, Penerbit Fajar Bakti,
KualaLumpur, 1998

Ibrahim Mamat, Kepimpinan Sekolah: Teori dan Praktis, Kumpulan Budiman,
Kuala Lumpur, 1996

Leith, K.A, The move toward transformational leadership, Educational
Leadership, 1992

Mumtaz Begum Abdul Kadir, Kualiti Dalam Pengurusan Sumber Manusia
Penerbit Fajar Bakti, Kuala Lumpur.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
ในตัวชี้วัดที่ 13 ระดับความสำเร็จในการปฏิบัติงานที่ดี (Beast Practice)บี
Next Book
Proof