The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN AKADEMIK NURUL ZAFIERAH MOHD ZIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zafierah09-437, 2022-05-17 21:05:07

PENULISAN AKADEMIK NURUL ZAFIERAH MOHD ZIN

PENULISAN AKADEMIK NURUL ZAFIERAH MOHD ZIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NURUL ZAFIERAH BINTI MOHD ZIN
NO. KAD PENGENALAN 010310011442
ANGKA GILIRAN 2020192340156
KUMPULAN PISMP F8
TAJUK TUGASAN
NAMA PENSYARAH PENULISAN AKADEMIK
TARIKH HANTAR Dr. SITI HALIMAH MD YASSIN
TARIKH TERIMA MAKLUM BALAS
12 MEI 2022

PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN ii
PENGENALAN 1
LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA 1-4
KESIMPULAN 4-5
RUJUKAN 6-7

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya, saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.
Saya menjulang sepenuh-penuh penghargaan kepada Dr. Siti Halimah Md Yassin,
Pensyarah Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073), atas kesudian beliau memberi
tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak menghulurkan bantuan kepada saya
sepanjang proses pembentukan kerja kursus ini. Beliau juga tidak jemu-jemu dalam
memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar cara-cara membuat kerja kursus mengikut
kriteria yang telah ditetapkan.
Pelbagai ilmu dapat saya rungkai sepanjang membuat tugasan ini. Ucapan ini juga
ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kerja kursus ini sama ada
secara langsung ataupun tidak. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah
saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin
tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat menambah
ilmu pengetahuan disamping dapat menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Selain itu juga, harapan saya agar dapat
memberi maslahat kepada diri sendiri terutamanya serta kepada pembaca agar kita
sama-sama menjadi pendidik yang berpengetahuan luas dalam menyampaikan
maklumat bukan sahaja dalam proses pembelajaran malah kepada masyarakat
setempat.

PENGENALAN

Persekitaran bilik darjah memberi impak yang mendalam terhadap hasil pembelajaran di
sekolah. Menurut Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman (2019), bilik darjah
merupakan persekitaran yang khusus iaitu bersifat multidimensi serta penuh dengan pelbagai
pelajar, tugasan dan tekanan dari aspek masa serta kepelbagaian budaya. Persekitaran bilik
darjah juga merangkumi hubungan kompleks antara struktur fizikal seperti penyusunan bilik,
keluasan ruang, cahaya dan susunan meja serta aspek psikologikal iaitu interaksi guru dan
murid. Bilik darjah secara amnya merupakan ruang yang digunakan oleh murid dan guru bagi
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah dan persekitaran bilik darjah juga
merangkumi rutin harian, susun atur meja dan hubungan guru-murid yang merupakan tunjang
penting dalam membentuk dinamika dalam pembelajaran, (Anniliza et al., 2021). Hal ini jelas
menunjukkan bahawa persekitaran bilik darjah mesra memainkan peranan yang vital bagi
mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan kepada murid. Oleh itu jelaslah bahawa,
bilik darjah yang mesra budaya amat penting dalam sesi PdP di sekolah.

LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM (2013-2025) mengutamakan konsep
semarataan pendidikan selaras dengan dasar utama pendidikan inklusif sebagai asas dalam
pelaksanaan ‘Pendidikan untuk Semua’ tanpa membezakan dan mendiskriminasi murid dari
aspek jantina, latar belakang dan budaya, (Primus V. W. & Musirin, 2021). Rentetan daripada
itu, aspek perpaduan juga dapat dicapai melalui interaksi dalam kalangan murid yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang kerana sekolah merupakan institusi pendidikan yang
berperanan sebagai medium utama bagi mewujudkan identiti nasional dalam kalangan murid
yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Dalam hal ini, guru bertanggungjawab
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya agar konsep perpaduan dapat diterapkan melalui
semangat kekitaan dalam kalangan murid pada peringkat awal.

Langkah yang boleh diimplimentasikan oleh guru bagi menjayakan hasrat bilik darjah
mesra budaya merangkumi empat aspek pengurusan, antaranya ialah pengurusan
persekitaran fizikal. Persekitaran pembelajaran yang positif dan produktif memerlukan guru
untuk mewujudkan perpustakaan mini di dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, menurut
Mayasari Abd Majid et al., (2020), perpustakaan mempunyai pengaruh positif yang signifikan
terhadap motivasi pelajar berdasarkan analisis regresi berganda. Sebagai contoh, murid
digalakkan menguruskan sendiri koleksi bahan bacaan di perpustakaan mini tersebut seperti

1

membawa dan menyumbangkan komik, majalah, album dan buku cerita rakyat yang berkaitan
etnik dan budaya masing-masing. Kesannya, murid bukan sahaja dapat menambah ilmu
pengetahuan malah dapat berkongsi dengan rakan-rakan lain di dalam bilik darjah berkaitan
budaya mereka seperti perkongsian gambar sambutan hari perayaan dalam album,
penceritaan pantang larang kaum tersendiri dalam majalah dan sebagainya. Tambahan pula,
perpustakaan mini ini juga akan menjadi tumpuan kepada murid bagi mengisi waktu lapang
mereka di dalam kelas sementara menunggu ketibaan guru berbanding menghabiskan masa
dengan perkara yang tidak berfaedah sekaligus meningkatkan pengetahuan berkaitan
sensitiviti, amalan dan info berkaitan budaya etnik lain. Perkara ini sejajar dengan pandangan
Anis Farhana et al., (2019), membaca dapat menambah pelbagai ilmu pengetahuan dalam
mempelajari proses tentang manusia itu sendiri sekaligus mampu memberi kesan yang besar
dan penting dalam kehidupan, iaitu setelah mentelaah bahan bacaan di perpustakaan mini
berkaitan budaya rakan lain, murid akan menghormati amalan rakan lain dan tidak menyentuh
sensitiviti mereka. Oleh itu jelaslah bahawa, pengurusan persekitaran fizikal perlu
dititikberatkan oleh guru dengan membina perpustakaan kecil agar murid terdedah dengan
amalan dan budaya kaum lain dalam usaha membentuk bilik darjah yang mesra budaya
dalam usaha membentuk semangat kekitaan dalam diri murid sekaligus memberi pengalaman
proses PdP yang bermakna kepada murid.

Pengurusan sosial merupakan antara aspek yang perlu dititikberatkan dalam usaha
membentuk bilik darjah mesra budaya. Antara langkah yang boleh diaplikasikan ialah guru
seharusnya melaksanakan sesi PdP yang mengaplikasikan strategi berpusatkan murid.
Strategi berpusatkan murid memberi peluang kepada murid untuk bertutur bagi menyatakan
pandangan dan idea terhadap isi pelajaran dan padangan masing-masing, (Rohani, Hazri &
Mohammad Zohir, 2017). Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan aktiviti berkumpulan
yang menggabungkan murid yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan budaya bagi
menggalakkan murid berinteraksi antara satu sama lain sekaligus mewujudkan persefahaman
dan toleransi serta memupuk nilai kerjasama dalam diri murid. Secara tidak langsung, perkara
ini sejajar dengan dasar utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), iaitu Pembelajaran
Abad Ke-21 (PAK21) adalah sebagai wahana utama dalam menambah baik amalan pedagogi
para pendidik dalam pengajaran dalam bilik darjah bagi memaastikan kemenjadian murid
dengan memupuk komunikasi aktif dalam kalangan murid dan pemupukan nilai kerjasama
melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan bagi memperoleh maklumat, (Mashira Yahaya
et al., 2019). Kesannya, murid mampu membentuk tingkah laku yang mudah disenangi dan
diterima rakan sekeliling melalui pembelajaran dalam pasukan serta persefahaman antara
satu sama lain. Buktinya, menurut Abdul Rasdi, Shamsudin & Sufiza (2016), pelaksanaan

2

kerja dalam kumpulan mampu membina keyakinan diri murid serta meningkatkan keterujaan
mereka untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam berkongsi idea sekaligus
menanamkan sifat tolak ansur, saling menghormati dan saling memahami antara satu sama
lain. Oleh itu jelaslah bahawa pengurusan sosial perlu dititikberatkan dengan pengalikasian
sesi pengajaran berpusatkan murid agar perpaduan dalam kalangan murid dapat diutuhkan
sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni dalam bilik darjah.

Menurut Kamus Dewan, emosi membawa takrifan perasaan dan gerak hati yang
dialami oleh seseorang seperti gembira, sedih, takut, marah dan kecewa yang akan terpapar
melalui tindak balas fisiologi. Pengurusan emosi juga merupakan aspek yang perlu diambil
berat oleh guru dalam usaha membentuk bilik darjah mesra budaya dengan mempraktikkan
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam pelaksanaan PdP. EMK merupakan unsur nilai
tambah yang diterapkan dalam proses PdP dengan tujuan mengukuhkan lagi kemahiran dan
keterampilan modal insan dalam diri generasi muda bagi menangani cabaran elemen yang
bersesuaian dengan konsep bilik darjah mesra budaya ialah penerapan nilai murni dalam
kalangan murid. Sebagai contoh, guru boleh menerapkan nilai hormat-menghormati,
kerjasama, kasih sayang dan bertolak ansur dalam usaha memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan murid melalui pelaksanaan aktiviti PdP secara berpasukan, pujian sebagai
tanda penghargaan, penceritaan kisah tauladan dan sebagainya. Hal ini demikian kerana,
menurut Latifah et al., (2012), pendidikan merupakan wadah penting dalam menjana anjakan
paradigma setiap individu sekaligus memainkan peranan penting dalam melahirkan insan
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan terutamanya semangat perpaduan dan kekitaan
yang utuh. Kesannya, murid akan didedahkan dengan perbezaan budaya dan latar belakang
antara mereka serta mengajar mereka untuk menghormati dan menghayati aspek perbezaan
dalam kalangan mereka sekaligus memupuk murid untuk mengamalkan nilai murni dalam
pergaulan seharian. Hal ini demikian kerana, penerapan nilai murni memegang peranan yang
vital dalam membina nilai yang positif dalam diri murid menuju kepada pembangunan insan
yang seimbang dari aspek akademik dan akhlak. Perkara ini disokong oleh Sapie Sabilan et
al., (2018), tanpa penerapan nilai murni dalam pelaksanaan sesi pengajaran, matlamat utama
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan individu yang seimbang dalam
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial tidak akan tercapai sekaligus memansuhkan
generasi yang mampu membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Oleh hal yang
demikian, jelaslah bahawa penerapan nilai murni dalam pelaksanaan EMK dalam sesi PdP
merupakan asas dalam membentuk bilik darjah yang mesra budaya melalui pembentukan
individu yang mempunyai nilai positif dalam diri.

3

Bidang sosiolinguistik berkait rapat dengan bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri dan
fungsi variasi bahasa serta pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan,
(Noriati A. Rashid et al., 2017). Pengurusan sosiolinguistik juga tidak seharusnya dipandang
enteng dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Antara peranan guru dalam
aspek sosiolinguistik ialah melaksanakan aktiviti berbahasa di dalam bilik darjah. Sejajar
dengan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia, menurut Ruddy
& Ruhizan (2022), pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti
dan terperinci agar dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan perpaduan nasional
dengan meningkatkan penguasaan murid terhadap kemahiran penggunaan bahasa
kebangsaan tanpa mengira kaum, bangsa dan budaya. Sebagai contoh, guru boleh
melaksanakan aktiviti berpidato, aktiviti lakonan, aktiviti perdebatan, aktiviti teater pembaca
aktiviti syarahan. Secara tidak langsung, murid akan sedar terhadap kepentingan menguasai
bahasa kebangsaan melalui penggunaan bahasa yang tepat dalam aktiviti PdP sekaligus
menjadi warganegara yang mempunyai jati diri dan semangat cinta akan bahasa kebangsaan.
Rentetan daripada itu, guru perlu memainkan peranan yang vital untuk melatih murid
menggunakan bahasa sebagai konteks komunikasi sebenar dan memantapkan kemahiran
murid dalam menghubungkan ayat-ayat yang digunakan dalam satu kesatuan teks dalam
pelbagai situasi kehidupan, (Mohd Asri, Zulkifley & Kartini, 2016). Menurut Zulkifley (2014),
pelaksanaan aktiviti berbahasa mampu memenuhi fungsi bahasa iaitu sebagai sarana
komunikasi dan selaras dengan matlamat sebenar pendidikan bahasa yang bertujuan
melahirkan modal insan berpengetahuan tinggi tentang bahasa serta aspek penggunaannya
dalam konteks komunikasi sebenar. Kesannya, pemartabatan bahasa Melayu merupakan
tonggak utama dalam pembentukan kebudayaaan yang bersifat nasionalisme kebangsaan
sekaligus membentuk identiti Malaysia yang dikenali dengan kepelbagaian budaya yang
mendorong kepada melahirkan bentuk budaya yang berprinsipkan kesatuan. Oleh itu,
jelaslah bahawa pelaksanaan aktiviti berbahasa di dalam bilik darjah mampu memartabatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sekaligus memupuk nilai jati diri dalam kalangan
murid sejajar dengan tonggak utama pembentukan bilik darjah mesra budaya iaitu individu
yang mempunyai semangat kekitaan dalam diri.

KESIMPULAN

Tuntasnya, pembentukan bilik darjah mesra budaya amat penting dalam membentuk
perpaduan serta semangat kekitaan dalam diri murid pada peringkat awal. Dalam konteks
ini, guru merupakan insan yang akan menggerakkan sebarang perubahan ke arah jati diri
yang lebih baik dalam diri murid. Rentetan itu, guru sewajarnya memainkan peranan yang

4

vital dan kreatif dalam melaksanakan strategi bagi memenuhi segala aspek pengurusan
dalam usaha mengutuhkan pperpaduan sekaligus membentuk masyarakat harmoni dalam
bilik darjah. Dasar kepada kejayaan pembentukan bilik darjah mesra budaya adalah
keseimbangan diri dalam segenap aspek dan saling membantu. Oleh itu jelaslah bahawa
bilik darjah yang mesra budaya dapat menyatukan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum,
latar belakang dan budaya sekaligus mendukung teras pembangunan kurikulum iaitu
memfokuskan kepada keberhasilan murid yang memiliki enam ciri iaiti pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta
identiti nasional.

5

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Sufiza Ishak. (2013). Interaksi lisan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, jilid
3(1), 42-51.

Aney Marinda Muhammad Amin & Norasmah Othman. (2019). Pengurusan bilik darjah guru
baharu yang mengikuti program pembangunan guru baharu (PPGB). Jurnal
Pendidikan Malaysia, jilid 44(1),21-27.

Anis Farhana Mohd Kassim, Azlina Mohd Khir & Mohd Ziyad Afiq Zaharim. (2019). Motivasi
membaca, persekitaran membaca di rumah dan sikap membaca dalam kalangan
pelajar di UPM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, jilid 4(6), 92-
100.

Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2021). LiNuSR: Impak
pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, jilid
8(1), 1-12.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Buku penerangan Kurikulum Standard Sekolah
Rendanh (Semakan 2017). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Nurul Hidayah Ahmad Zakhi. (2012).
Penerapan nilai murni dan pembentukan jati diri kanak-kanak prasekolah mellaui
penggunaan multimedia. Jurnal Hadhari Special Edition, 51-65.

Mayasari Abdul Majid, Shamila Mohamed Shuhidan, Wan Ab Kadir Wan Dollah & Mad Khir
Johari Abdullah Sani. (2020). Pengaruh perpustakaan sekolah ke atas dan prestasi
pelajar di Malaysia. Jurnal Perpustakaan, Arsip dan Dokumentasi, jilid 12(2), 155-175.

Masyira Yahaya Ph.D, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman & Khairul Anuar
Bahrin. (2019). Amalan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) Gguru-guru sekolah rendah. Jurnal IPDA, jilid 1 (26), 13-26.

Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid & Kartini Abd Wahab. (2016). Geografia- Online Malaysian
of Society and Space, 12(9), 32-45.

Noriati A. Rashid, Ying. B. P., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017).
Siri Pendidikan Guru: Budaya dan pembelajaran edisi kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Primus V.W. & Musirin Mosin. (2021). Pengurusan pentaksiran bilik darjah murid berkeperluan
khas dalam program pendidikan inklusif di sekolah rendah. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH), jilid 6(8), 59-68.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad. (2017). Model bersepadu penerapan
kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan
Malaysia, jilid 42(1), 1-11.

Ruddy Anak Sibat & Ruhizan M. Yasin. (2022). Pengaruh persekitaran sosial bilik darjah
terhadap tahap penguasaan kemahiran dan motivasi murid dalam bahasa Melayu.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), jilid 7(4), 1-13.

Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Mohammad Fuad Ishak, Shazarina Zdainal Abidin &
Suziana Hanini Sulaiman. (2018). Konsep penerapan dan penghayatan nilai-nilai
murni berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Conference: International
Conference on Moslem Society 2018, Kolej Universiti Islam Antarabangsa.

6

Zulkifley Hamid. (2014). Faktor persekitaran sekolah dan etnik dalam perancangan dan
pelaksanaan program pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia. Geografia- Malaysian
Journal of Society and Space, jilid 10(5), 85-95.

7


Click to View FlipBook Version