The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAMIDAH BINTI GHAZALI, 2020-03-29 20:26:59

SKRIP SIARAN RTM

SKRIP SIARAN RTM

SKRIP SIARAN RTM

TAJUK 1: FORMAT PENTAKSIRAN SUBJEK SEJARAH TINGKATAN 1,2
DAN 3

TAJUK 2: CARA-CARA MENJAWAB SOALAN KBAT (KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS TINGGI)

Assalamualaikum warahmatullahhi ta’ala wabarakatuh dan salam sejahtera
kepada semua anak murid cikgu dan semua pendengar yang sedang mengikuti
siaran ini.

Saya Cikgu Hamidah Ghazali , cikgu sejarah SMK Sungai Kob, Karangan , Kedah
akan bersama anda menerusi siaran Radio Kedah selama 30 minit.

Ada 2 tajuk yang akan cikgu sampaikan hari ini. Tajuk yang pertama ialah format
pentaksiran Subjek Sejarah bagi Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 dan
tajuk yang ke-2 ialah cara-cara menjawab soalan KBAT.

Para pendengar yang disayangi,

1. Format pentaksiran Tingkatan 123, subjek sejarah dibahagikan kepada 3
bahagian iaitu:
i- Bahagian A: Terdapat 20 soalan objektif aneka pilihan, bahagian A ini
murid dikehendaki menjawab semua soalan. Peruntukan markah
adalah sebanyak 20 markah.
ii- Bahagian B: Terdapat 4 soalan struktur yang mengandungi 3 atau 4
pecahan soalan.
Murid diwajibkan menjawab ke semua soalan dan markah yang
diperuntukkan adalah 10 markah bagi setiap soalan. Ini bermakna,
40 markah diperuntukkan di bahagian B.
iii- Bahagian C: Terdapat 4 soalan esei pada bahagian C. Murid
dikehendaki memilih mana-mana 2 soalan esei untuk dijawab. Setiap
soalan esei diperuntukkan markah 20 . Ini bermakna, 40 markah
diperuntukkan di bahagian C.

2. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab Kertas Pentaksiran Sejarah
Tingkatan 1,2 dan 3 ini ialah selama 2.00 jam.

Anak-anak pelajar yang cikgu kasihi,

Kita berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan sekarang, Ujian Allah
kepada umat manusia di seluruh dunia. Marilah kita bekerjasama bergandung
bahu untuk mengharungi ujian ini. Mohon anak-anak berkerjasama dengan
guru-guru yang telahpun menggunakan pelbagai laman sosial, aplikasi e-book,
google classroom , whatsapp, telegram dan lain-lain kaedah pembelajaran
alam maya. Manfaatkan masa yang Allah kurniakan ini dengan mengikuti
pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh para guru anak-anak
sekalian.

IKLAN PENAJA (1 MINIT)

Salam kasih sayang anak-anakku,

Seterusnya, kita fokus kepada soalan KBAT. Soalan KBAT ini adalah bahagian
yang ramai anak-anak tidak gemar menjawab dan dianggap susah untuk
dijawab.

Sekarang, cikgu kongsi satu kaedah dengan anak-anak.

Kita mulakan dengan contoh soalan yang pertama, soalan yang mudah dan
hampir dengan kehidupan kita seharian:

Soalan: Mengapakah kewujudan kerajaan-kerajaan awal bermula di lembah
sungai? (8 markah)

Cikgu nak kongsi satu kaedah iaitu kaedah imaginasi, sekarang anak-anak
bayangkan sedang berada di tepi sungai…apa yang anak-anak nampak?

IKLAN PENAJA (1 MINIT)

Bersiaran lagi kita ya anak-anak,

Nampak tanah pamah atau lembah sungai???

Tanah yang subur sangat sesuai untuk pertanian.
Contoh tanam padi dan jagung.
Nampak air sungai yang sedang mengalir???
Dalam sungai ada apa???......Ikan dan udang.
Apa kegunaan air untuk kita???......minum, mandi dan mencuci pakaian.
Tiba-tiba nampak seorang Pak Cik sedang mendayung sampan….pernah anak-
anak naik sampan???
Ha, sekarang kita tengok berapa markah yang anak-anak boleh dapat?
Jom kita susun semula….
Kawasan sungai dipilih kerana terdapat tanah pamah yang subur dan sesuai
untuk pertanian contohnya menanam padi.
Untuk ayat ini, anak-anak sudah dapat 3 markah.
Kita teruskan ya….
Sungai membekalkan sumber protein untuk kita contoh ikan dan udang. Air
sungai untuk kegunaan harian seperti minum ,mandi dan memasak.
Untuk ayat ini, anak-anak diberi markah 4 markah
Belum 8 markah kan???
Sungai juga sistem perhubungan/ pengangkutan zaman tamadun awal contoh
mereka mencipta sampan dan rakit.
Dah cukup 8 markah anak-anak….
Masyarakat zaman silam kreatif kan anak-anak?
Mereka bijak menggunakan sumber alam yang ada disekeliling mereka.

Dari situ wujudlah Tamadun Mesopotamia, Tamadun Mesir Purba, Tamadun
Indus dan Tamadun Hwang He.

Cikgu ulang perkataan penting yang perlu ada dalam jawapan bagi soalan tadi.

 Tanah pamah
 Pertanian
 padi
 Sumber protein- ikan
 Kegunaan harian- minum
 Sistem perhubungan/ pengangkutan
 perahu
 Kreatif
 Contoh Tamadun Awal.

Cikgu harap anak-anak dapat membuat ulangkaji secara berterusan ketika
arahan PKP ini.

Sekian dulu, kita jumpa lagi di lain siaran, assalamualaikum.


Click to View FlipBook Version