ANJAKAN PARADIGMA GURU PEMANGKIN KECEMERLANGAN PELAJAR
Oleh Abdul Rahim bin Ali
Email: [email protected]
Jabatan Sains Sosial
Unit Sejarah
IPG Kampus Tuanku Bainun
Pembuka Bicara
Anjakan paradigma dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru tidak semata-
mata mengamalkan amalan tradisional dalam PdPc. Kaedah ini membosankan dan
menurunkan motivasi pelajar (SKPMg2, 2016). Amalan pedagogi individu guru
melibatkan kesungguhan setiap guru untuk belajar dan meningkatkan ilmu dalam kerja
mereka (Phillip, 2003). Sehubungan itu, Davies dan Ellison (2001) menyatakan bahawa
Model Mental boleh merubah tingkah laku dan cara guru berfikir. Hasil kajian mereka
mendapati salah satu perancangan strategik sekolah untuk masa hadapan adalah
pembinaan keupayaan guru melalui jangkaan diri yang tinggi serta budaya
kecemerlangan terhadap tugas yang mereka laksanakan. Satu kajian yang dijalankan oleh
Henze, Van Driel dan Verloo (2000) untuk menyelidik bagaimana guru belajar dan
mengadaptasi pengetahuan dalam persekitaran perubahan mendapati guru lebih banyak
terlibat dengan aktiviti pembelajaran individu secara tidak formal semasa bekerja.
Pengenalan
Guru merupakan golongan yang memiliki kerjaya yang mampu merealisasikan
keinginan semua pihak. Transformasi pendidikan telah dilakukan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (PPPM) merancang pelbagai inisiatif untuk memperkasakan bidang pendidikan.
Pelan tersebut dirancang dalam konteks mengekalkan standard pendidikan antarabangsa
dan aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan murid-murid di Malaysia bagi meghadapi
cabaran pendidikan abad ke-21 (Zamri, 2013). Dalam konteks PdPc mata pelajaran
Sejarah, kemahiran pedagogi abad ke-21, memberi cabaran baharu kepada guru untuk
mengarap kecemerlangan pelajar. Mata pelajaran Sejarah sering dianggap mata pelajaran
yang membosankan, ketinggalan dan tidak menarik (Ariegusrini Agus & Mohamad
Johdi Salleh 2009; Yong Shu Lan 2013; Malar Muthiah 2013).
1
Isu dan Cabaran Mata Pelajaran Sejarah
Sejak mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh murid
sekolah menengah sehinggalah mata pelajaran ini diangkat martabatnya menjadi mata
pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terdapat pelbagai
perubahan yang berlaku dalam kurikulum Sejarah itu sendiri. Kurikulum ini disusun
secara bersepadu merangkumi unsur-unsur ilmu, kemahiran pemikiran sejarah dan
penerapan nilai patriotisme (KPM).
2
Perubahan yang berlaku perlu dipandang dari sudut yang positif untuk memartabatkan
serta memperkasakan ilmu Sejarah yang merupakan ilmu yang mempunyai
kepentingan dalam pembinaan sesebuah negara (Ahamad, 2011). Pelbagai cabaran
yang perlu dihadapi oleh golongan pendidik untuk menyediakan pelajar yang
mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang tinggi pada zaman milenium ini.
Pendidikan abad ke-21 adalah lebih mencabar dengan penggunaan pelbagai teknologi
baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, perubahan yang berlaku
dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru untuk memahami konsep dan
penggunaan teknologi baharu yang dibawa dalam bidang pendidikan (Mohamad Johdi
Salleh, & Ariegusrini Agus,2009). Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran abad ke-21 ialah satu kemestian. Pelajar perlu belajar mengikut zaman
mereka. Sekiranya guru tidak mengikuti perkembangan ini maka pelajar akan lebih
tahu dan lebih cekap terhadap penggunaan sains dan teknologi. Hal yang demikian
kelak, guru perlu lebih proaktif dengan kreatif dan inovatif untuk meneroka teknologi
baru (Renuka Ramakrishnan et al. 2013). Pendekatan gaya pembelajaran
konvensional seperti “chalk and talk”, komunikasi satu hala dan sebagainya dilihat
sudah kurang sesuai dengan keperluan pelajar abad ke-21 ini. Mereka perlu disajikan
dengan kurikulum yang berorientasikan transformasi bagi membolehkan pengajaran
Sejarah difokus untuk kemahiran berfikir (Utusan, 2014). Kemahiran abad ke-21 amat
menekankan kemahiran berfikir aras tinggi untuk menyediakan pelajar yang lebih
kreatif dan kritis serta meningkatkan keupayaan dan kebolehan sedia ada pelajar. Oleh
itu, transformasi terhadap pendekatan dan orientasi kurikulum Sejarah seharusnya
diberi perhatian yang sewajarnya supaya pengajaran Sejarah tidak ketinggalan dalam
arus perubahan yang progresif dalam bidang pendidikan.
Pengetahuan yang baik tentang Sejarah tidak mencukupi bagi guru sejarah. Sebagai
seorang pendidik ataupun pengajar guru-guru Sejarah harus cekap dalam bidang
pedagogi dan amalan bilik darjah (Abd.Rahim, 2000). Menurut beliau kekurangan
unsur kreatif dalam pengajaran Sejarah mengakibatkan seseorang pelajar itu bosan,
jemu dan tidak berminat dengan mata pelajaran Sejarah. Kelemahan ini berpunca
daripada kaedah pengajaran Sejarah yang diamalkan oleh guru yang tidak menarik dan
tidak kreatif. Pelajar kini juga didedahkan dengan kaedah yang bercorak hafalan
(Omardin & Yunus, 1996).
Latar Belakang Penulis
Penulis ialah mantan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kulim/Bandar Baharu (2013
hingga 2015) dan guru cemerlang Sejarah (1999 hingga 2011) membuat kunjungan ke
3
Pejabat Pendidikan Daerah Kulim/Bandar Baharu untuk mendapat pengesahan dan
kebenaran Pegawai Pendidikan Daerah untuk membuat tinjauan terhadap seorang guru
Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Selama, Kedah Darul Aman. Berdasarkan
pengalaman sebagai guru Sejarah dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, penulis
memilih Puan Hamidah binti Ghazali sebagai responden. Beliau merupakan seorang guru
yang berjiwa pendidik, bertanggungjawab, bersahsiah positif, optimis dan ceria.
Puan Hamidah binti Ghazali dilahirkan pada 12 Mei 1967 di negeri Kedah Darul Aman.
Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar iaitu
sebuah sekolah agama yang tersohor di negeri Kedah. Beliau merupakan pelajar terbaik
4
STPM di SM Tunku Mahmud, Alor Setar pada tahun 1989. Seterusnya beliau
melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UKM pada tahun 1990 dan memperoleh
Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam Sejarah pada tahun 1994. Pada 3
Julai 1994 beliau telah mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Beliau
mula bertugas menjadi guru di SM (P) Pudu, Kuala Lumpur pada 3 Julai 1995. Pada 1
April 1997, beliau bertukar ke SMK Chio Min, Kulim. Seterusnya beliau ditukarkan ke
SMK Junjong pada 1.1.2000. Setelah tiga tahun berada di SMK Junjong, beliau
ditukarkan pula ke SMK Taman Selasih pada 1.1.2003. Ketika berada di SMK Taman
Selasih, beliau sempat melaksanakan beberapa kajian tindakan terhadap teknik
pembelajaran Sejarah untuk calon SPM. Pencapaian subjek Sejarah SPM pada tahun
2003 hanya 55 peratus (%) pelajar lulus. Memandangkan beliau merupakan pemeriksa
subjek Sejarah SPM, maka beliau telah memperkenalkan beberapa teknik belajar dan
menyediakan nota Sejarah. Selama sembilan tahun berada di SMK Taman Selasih,
keputusan subjek Sejarah pada tahun 2011 telah meningkat 81 peratus (%) pelajar lulus
Sejarah. Pada 2. 2. 2012, beliau ditukarkan pula ke SMK St. Anne‟s Convent sebagai
Guru Kanan Kemanusiaan. Akhirnya, pada 1. 2. 2017 beliau ditukarkan ke SMK
Selama sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Beliau akan menamatkan
perkhidmatannya pada tahun 2027.
Kepakaran beliau kurang menyerlah ketika berkhidmat di tiga buah sekolah yang terawal
kerana tempoh perkhidmatan yang agak singkat, namun situasi berbeza apabila beliau
berkhidmat di SMK Taman Selasih. Pengalaman beliau sebagai pemeriksa kertas 1249/2
telah memudahkan beliau untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid. Di samping
mendidik, beliau juga memikul tugas-tugas lain dalam pengurusan seperti Setiausaha
Majalah, Setiausaha Bilik Mesyuarat dan Setiausaha Kokurikulum dengan sebaiknya.
Tugasan ini banyak mendorong beliau menjadi seorang guru yang berdedikasi dan
bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diamanahkan. Beliau memperoleh
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2005 dan 2014. Seterusnya beliau
dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Selama, Kedah.
Beliau mula bertugas sebagai pemeriksa kertas 1249/2 pada tahun 1999. Pengalaman
sebagai pemeriksa kertas membantu beliau menjadi guru yang lebih berkeyakinan
mengajar calon SPM. Menurut beliau, untuk menjadi guru yang berjiwa pendidik, kita
perlu menjadi pemeriksa supaya kita tahu dan mahir membina soalan, memilih topik dan
kaedah mengikut tahap murid, dan seterusnya mendapat keyakinan murid terhadap PdPc
yang kita sampaikan. Guru juga perlu memahami budaya dan latar belakang murid,
sebelum kita memperkenalkan sesuatu kaedah PdPc kepada mereka. Sebagai contoh,
jika kita mengajar di kelas pelajar yang lemah dan aktif, sudah tentu kita sukar mengawal
mereka. Oleh itu, guru perlu cekap memilih kaedah dalam tempoh 80 minit. Ketika
beliau mengajar Sejarah di SMK Selama, beliau telah menjalankan PdPc di kantin, iaitu
tempat laluan para pentadbir dan guru-guru lain sepanjang PdPc. Pelajar lelaki yang aktif
telah berubah sikap menjadi kurang aktif dan lebih memberi fokus kepada PdPc. Selama
5
22 tahun sebagai guru Sejarah Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima, pelbagai kaedah
PdPc dan penyediaan nota yang beliau amalkan. Antaranya Kaedah Tracks 3 Colours,
PaMaJeIliTa, Mudahnya Kbat, dan 3T9P1K PICC I CHuN.
Visi dan Misi
Visi Puan Hamidah ialah melahirkan masyarakat yang berilmu. Di samping itu, beliau
ingin menjadi guru yang profesional dalam menjalankan tugas dan menjadi tauladan
6
kepada pelajar. Berdasarkan temubual dengan beberapa orang murid didapati mereka
selesa dan tertarik dengan sifat kesantunan, murah hati, sabar, kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang mudah diterima dan menyeronokkan ketika disampaikan oleh guru.
Bagi mencapai visinya, beliau sentiasa berusaha menjadi guru yang berinovasi agar
dapat melahirkan generasi yang kreatif, inovatif dan berakhlak mulia.
Sepanjang lima tahun mengenali beliau, penulis mendapati bahawa pemilihan Puan
Hamidah sebagai responden sememangnya tepat. Beliau mempunyai kehebatan yang
luar biasa dan jarang ditemui dalam kehidupan hari ini. Sumbangan beliau diiktiraf
apabila beliau dianugerah Guru Inovatif oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul
Aman pada tahun 2015. Situasi ini perlu diterokai supaya dapat dijadikan panduan,
pedoman dan pengajaran yang berguna kepada semua warga pendidik.
Pihak pentadbir, rakan sejawat, dan murid-murid di SMK Selama beruntung dan bertuah
kerana mendapat seorang guru Sejarah yang berkaliber ini. Beliau menyumbang idea,
kepakaran dan khidmat konsultasi di sekolah, daerah dan di peringkat kebangsaan. Bagi
sesetengah rakan yang seusia, mereka hanya menghitung hari persaraan, namun beliau
pula memikirkan sumbangan yang dapat diberikan sebelum meninggalkan profesion
perguruan ini. Beliau berpegang kepada hidup, “bersyukur dan bersabar kerana
perjalanan hidup adalah ujian Allah, mencari ilmu selagi ada peluang dan
menyampaikan ilmu kepada orang lain walaupun sedikit yang menerimanya”.
Perubahan Paradigma Guru
Idea dan usaha beliau dalam bidang kokurikulum bermula pada tahun 2004, iaitu ketika
beliau dilantik sebagai Setiausaha majalah sekolah „Tinta Minda‟ di SMK Taman
Selasih. Beliau berjaya mendapatkan ramai penaja dan keuntungan majalah sekolah pada
tahun tersebut ialah sebanyak RM3000. Keuntungan tersebut digunakan untuk membeli
sebuah kamera Canon untuk kegunaan sekolah bagi merakamkan pelbagai aktiviti. Pada
tahun 2005 pula, keuntungan majalah sekolah sebanyak RM2500 dan digunakan untuk
melengkapkan dan menceriakan Bilik Mesyuarat Sekolah.
Bakat beliau semakin menyerlah setelah dilantik sebagai Penyelaras Kelab dan Guru
Kanan Kemanusiaan di SMK St. Anne‟s Convent. Pada tahun 2013 beliau berjaya
membimbing Kelab Pengguna Sekolah dalam Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna
(CIP). Peserta SMK St. Anne‟s Convent berjaya menjadi Johan Negeri Kedah Darul
Aman setelah mengalahkan 50 buah sekolah. Pasukan ini telah meraih RM1500, sijil,
7
hamper dan hadiah iringan. Pada peringkat kebangsaan pasukan ini telah berjaya dalam
kategori “Bijak Belanja” ketika menyertai Pertandingan CIP di UPM. Menurut beliau,
ketika murid-murid menyertai CIP di peringkat kebangsaan, pelajar-pelajar rasa teruja
kerana mereka dilayan seperti tetamu istimewa, segala-galanya disediakan malah diberi
wang belanja sebanyak RM200.00 seorang oleh KPDNKK. Pengalaman ini mendorong
beliau mempelkenalkan Teknik PaMaJeIIiTa iaitu PdPc dalam bentuk pertandingan
menyediakan pamplet. Pa-Pamplet, Ma-Maklumat, Je-Jelajah, Ili-Ilustrasi dan Ta-Peta.
Kaedah ini dijalankan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan untuk aktiviti Kokurikulum
(Persatuan atau Kelab).
8
Walaupun beliau agak baru dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum, namun
perubahan yang saya lihat di SMK Selama agak berbeza dengan sebelumnya. Ketika
melapor diri di SMK Selama, beliau berasa sedih kerana tanda nama sekolah yang
berlapuk dan papan tanda sekolah yang pecah. Landskap cantik tetapi tidak diurus
dengan dengan baik. Oleh itu, beliau mengambil menjadikan peluang ini sebagai
tanggungjawab pertamanya untuk mengubah panorama tersebut supaya lebih ceria.
Gambar di atas sebahagian lokasi SMK Selama yang sempat dipilih oleh beliau untuk
ditransformasikan melalui aktiviti kokurikulum.
SMK Selama terpilih dalam Daerah Kulim Bandar Baharu di bawah Transformasi
Sekolah 25 (TS 25). Cara atau kaedah pendekatan yang dipilih beliau untuk menjayakan
TS 25 adalah menjalankan aktiviti kokurikulum melalui pertandingan antara kelab,
persatuan sukan dan permainan dan unit uniform. Beliau tidak memaksa guru-guru
penasihat untuk menjalankan aktiviti ini. Hanya guru-guru yang berminat sahaja dan
memilik lokasi sendiri untuk ditransformkan. Sebanyak 11 lokasi yang dipilih dan
beliau menyusun kertas kerja untuk aktiviti tersebut. Akhirnya aktiviti ini berjaya
9
disiapkan sepanjang bulan Julai. Aktiviti ini di bawah Program Lestari Sekolahku yang
menelan belanja sebanyak RM3160.00 dan termasuklah hadiah sebanyak RM860.00.
Tuan Pengetua SMK Selama, memuji Puan Hamidah kerana banyak idea untuk
mengubah corak dan budaya sekolah ini.
SMK Selama juga telah berjaya menganjurkan Hari Anugerah Kokurikulum 2017
(MAKKO) di bawah kelolaan Puan Hamidah pada 27 September 2017. Usaha beliau
untuk mencungkil bakat murid dalam pelbagai pertandingan di peringkat Daerah,
negeri dan Kebangsaan seperti Kadet Bomba, Kadet Polis, Bola Jaring dan Bola Sepak.
Seramai empat orang peserta Pasukan Kadet Bomba telah berjaya ke Peringkat
Kebangsaan , Kadet Polis telah menjadi Johan di peringkat Daerah, empat orang
pemain Bola Sepak telah mewakili daerah ke Peringkat Negeri dan Pasukan Bola Jaring
pula berjaya meraih tempat ke-3 peringkat Daerah. Seramai 100 orang murid diberi
sijil dan hadiah kerana Berjaya dalam pertandingan masing-masing.
Pihak sekolah juga telah berjaya menganjurkan Hari Usahawan 2017( HAUSAHA).
Pengajuran HAUSAHA 2017 berbeza caranya berbanding dengan budaya SMK Selama
sebelum ini. Setiap Ketua Gerai diberi kebebasan menentukan menu dan barjet mereka
sendiri. Guru-guru amat berpuashati kerana mengurusan HUASAHA 2017 berjalan
lancar dan mendapat keuntungan sebanyak RM 3389.00. Keuntungan ini akan
digunakan untuk membeli sebuah Water Cooler untuk kegunaan murid-murid SMK
Selama.
Sambutan Hari Kemerdekaan SMK Selama juga telah dijalankan dengan jayanya tetapi
dengan cara yang berbeza dengan cara sambutan tahun-tahun yang lalu. Beliau telah
memilih Larian Merdeka sebagai program kemuncak sempena hari merdeka yang Ke-
60. Sebanyak lapan aktiviti yang dijalankan dengan kos sebanyak RM 1710.00. Beliau
menggalakkan penglibatan murid dalam bidang kokurikulum selepas PT3 di bawah
Program PASCA PT3 seperti pertandingan memasak, ceramah Sistem Demokrasi di
Malaysia dan Lestari Sekolahku dengan kos sebanyak RM1274.00. Walaupun tahun
2017 sudah tiba dipenghujungnya, beliau telahpun menyediakan Kertas Kerja „Lestari
Stor Sukan‟ dengan kos sebanyak RM600.00 yang akan dijalankan sepanjang cuti
sekolah pada bulan Disember kelak.
Pihak sekolah sangat berbangga atas usaha beliau kerana setiap aktiviti yang beliau
rancangkan, dapat dijalankan dengan jayanya. Penganjuran pertandingan menggalakkan
10
penglibatan murid dan memupuk semangat daya saing. Setakat ini, pihak sekolah telah
memberi sokongan yang jitu dan padu atas usaha beliau. Beliau tidak merancang setiap
program seorang diri, sebaliknya sentiasa berbincang dengan guru-guru yang banyak
memberi kerjasama untuk membangunkan sekolah. Walaupun beliau merupakan
seorang Penolong Kanan Kokurikulum yang baru saja dilantik, namun sudah banyak
perubahan dalam Unit Kokurikulum yang beliau sumbangkan.
Inovasi dalam PdPc Guru
Pengalaman pembentangan Kajian Tindakan (KT) bermula pada tahun 2014 iaitu KT
yang bertajuk Mudahnya KBAT di Pusat Kegiatan Guru di Gurun, Kedah bersama
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan beberapa orang guru lagi untuk dibukukan oleh
pihak Sektor Pengurusan Akademik (SPA). KT ini telah terpilih untuk anugerah inovasi
peringkat negeri bagi tahun 2015. Seterusnya beliau telah menjalankan KT pada tahun
2015 dengan Tajuk 3T 9P 1K PICC I CHuN. Kajian ini telah dibentangkan di BTBTN
dan beliau dianugerahkan Guru Inovasi oleh Jabatan Pendidikan Negeri pada tahun
tersebut. Pada tahun 2016, beliau telahpun menjalankan KT bertajuk PaMaJeIliTa,
namun KT ini belum sempat dibentangkan kerana jadual tugasan beliau sebagai
Jurulatih Utama Sejarah dan juga penceramah Teknik Menjawab SPM yang begitu
padat. Sepanjang tahun 2015 dan 2016, Puan Hamidah sering dijemput oleh pihak
sekolah di seluruh negeri Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang untuk berkongsi teknik
menjawab soalan Sejarah SPM 1249/2 dengan menggunakan Teknik I CHuN dan
penggunaan Modul I CHuN secara berterusan iaitu ketika PdPc sehinggalah sewaktu
berada di dalam Dewan Peperiksaan.
ANUGERAH GURU PEMBENTANGAN
INOVASI 2015 I CHuN di BTPTN
11
Sepanjang tahun 2015 hingga tahun2017, Puan Hamidah juga dijemput oleh pihak PPD
DKBB sebagai penceramah Teknik Menjawab Sejarah SPM terutama sekali menjelang
SPM seperti Program Pecut Sejarah, Gemilang Sejarah, Skor A Sejarah dan 100% lulus
Sejarah. Beliau juga menjalankan Program Kolaboratif I CHuN dengan MRSM PDRM
pada 26-28 Mei 2016.
Gambar-Gambar Pembentangan Inovasi Puan Hamidah
Strategi Pengajaran Guru
Penggunaan teknik I CHuN dimulakan di SMK St. Anne‟s Convent untuk pelajar-
pelajar Tingkatan Empat Sains Sosial pada tahun 2014 (T4) dan 2015 (T5). Murid-
murid kelas 4SS pada tahun tersebut ialah pelajar GALUS yang telah menduduki PT3
pada tahun 2014. Calon SPM yang telah menduduki PT3 terikut-ikut dengan format
peperiksaan subjek Sejarah PT3 yang tidak memerlukan pembacaan yang bersistematik
dan berterusan banyak mempengaruhi minda murid berfikiran negatif seperti subjek
Sejarah tidak perlu dihafal, tidak perlu mengingati fakta dan akhirnya menyebabkan
mereka malas membaca. Situasi berbeza apabila mereka berada di tingkatan empat.
Untuk lulus sejarah, murid-murid perlu menghafal fakta dan tahu teknik belajar dan
juga teknik menjawab soalan Sejarah. Lebih-lebih lagi subjek Sejarah adalah subjek
wajib lulus dan wajib menduduki peperiksaan sebanyak 3 kertas (1249/1,2,3). Cara
penyelesaiannya, Puan Hamidah telah mempelkenalkan Teknik I CHuN bagi
memudahkan murid mengikuti dan mengingati fakta-fakta sejarah di samping
memahirkan diri tentang teknik menjawab soalan SPM dengan menggunakan teknik I
CHuN.
12
Langkah pertama, beliau telah menjalankan soal selidik terhadap pelajar untuk
mengetahui tentang sikap dan pandangan mereka terhadap subjek sejarah dan juga teknik
belajar sejarah. Peringkat permulaan, beliau memberi panduan kepada pelajar dengan
berkaitan falsafah hidup dalam I CHuN. Falsafahnya adalah seperti berikut:
I: Ikut Al-Quran & Sunnah
Ikut cakap ibu bapa
Ikut ajaran guru
C: Contohi Nabi & Ulama
Contohi orang yang berilmu
Contohi icon negara Tun
Dr. Mahathir Mohammad.
H: Hati- kawal hati dengan fikiran
Hati-kehendak hati tiada had
Hati rosak- rosak segalanya.
U: Untuk apa kita hidup?
Untuk apa matlamat kita berusaha?
Untuk jadi „siapa‟ kita ini?
N: Nilai diri.
Dinilai di dunia dan juga di akhirat.
I CHuN yang diperkenalkan oleh beliau berjaya memberi kesedaran kepada pelajar.
Dalam hal ini pegangan agama yang baik menurut al-Quran dan hadis nabi dapat menjadi
manusia itu ada pedoman hidup. Ingatlah bahawa ibu bapa dan guru sanggup berkorban.
Oleh itu, gunakan dengan sebaik-baiknya. Nafsu buruk perlu dikawal dan sentiasa
berusaha untuk berjaya pada masa hadapan. Di samping falsafah ini, beliau seringkali
mengungkapkan “bersyukur…Tuhan jadikan kita manusia dan kita bernafas tanpa
bayaran”
Hasil kejayaan dalam SPM sepanjang tempoh perkhidmatan dan mengajar Sejarah
Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima kian membanggakan pihak sekolah. Di SMK
Taman Selasih, bermula dengan peratus lulus 55 peratus (%) (2003) meningkat kepada
81 peratus (%) (2011). Kemudiannya di SMK St. Anne‟s Convent mencapai 100 peratus
(% ) pada tahun 2014, dan 2016. 98.67 peratus (%) pada tahun 2013 dan 2014. Gred
13
purata terbaik adalah SPM 2013 iaitu 2.97.
Tahun Bil A+ A A- B+ B C+ C D E G % GP
Calon
2012 75 1 11 4 9 10 12 10 10 7 1 98.67 4.55
2013 75 9 19 9 12 7 8 2 3 5 1 98.67 2.97
Jadual 1: Perbandingan Peningkatan Peratus Lulus SPM Tahun 2012 dan Tahun 2013
Pembentangan I CHuN hanya di peringkat negeri kerana jadual tugasan beliau sebagai
penceramah terlalu padat. Situasi ini telah menghalang beliau melangkah lebih jauh
hingga ke peringkat kebangsaan. Pengiktirafan yang beliau peroleh hanya di peringkat
negeri iaitu sebagai Guru Inovatif iaitu pada tahun 2015. Walau bagaimanapun, beliau
tetap bersyukur, sebagai seorang guru, beliau juga mempunyai tanggungjawab lain
seperti sebagai isteri, ibu dan anak yang perlu dipikul. Pengiktirafan sebagai Guru
Inovatif 2015 sudah cukup “besar‟ baginya yang bergelar pendidik selama 22 tahun.
Kreativiti Guru
Penulis berkesempatan melihat proses PdPc Puan Hamidah di SMK Selama. PdPc
dengan menggunakan Teknik I CHuN dan beberapa teknik APA 21 yang berlaku
serentak. Beliau melaksanakan PdPc di dalam kelas untuk kelas cemerlang dan sederhana
seperti Kelas A, B dan C.
14
PYRAMID NOTES
PdPc bilik tayangan untuk Kelas A,B dan C. Sesuai untuk pelbagai teknik dan pengajaran
APA 21. Beliau memperkenalkan teknik penyediaan nota terbaharu yang beliau
namakan Pyramid Notes.
15
GALLERY WALK
PdPc dijalankan di kantin sekolah, khas untuk pelajar proaktif iaitu kelas akhir Tingkatan
Satu Damai (1D). Pelajar-pelajar kelas ini sukar dijangka akan tindakan dan reaksi
mereka jika berada di dalam kelas. Oleh itu, beliau telah bertindak membawa mereka
ke tempat lain yang mudah untuk dikawal. Kantin salah tempat laluan semua guru untuk
pergi menjamu selera. Dengan cara ini, tingkah laku mereka bukan sahaja dikawal oleh
guru semasa PdPc malah akan mendapat perhatian setiap guru yang berkunjung ke
kantin. Secara tidak langsung, PdPc dapat dijalankan dengan lancar, berkesan dan
terkawal.
16
PdPc di Dewan Terbuka dijalankan pada waktu kokurikulum sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan untuk pelajar Tingkata Satu, Tingkatan Dua dan Tingkatan Empat. Teknik
berceramah, tayangan video, dan kuiz telah dilaksanakan beberapa kali semasa aktiviti
kokurikulum dijalankan bermula jam 2.30 petang hingga 3.30 petang pada hari Selasa
atau Rabu.
17
CERAMAH DI DEWAN CERAMAH TEKNIK
SEKOLAH PADA WAKTU MENJAWAB DI DEWAN
KOKURIKULUM POLITEKNIK
MAKKO 2017 HAUSAHA 2017
Rumusan
Guru mestilah sentiasa berevolusi, kreatif, boleh mencipta kaedah baru melalui
penyelidikan, inovatif, menunjukkan kesarjanaan dalam amalan. Guru bukan sahaja
bekerja tetapi beribadah, bukan hanya mengajar untuk menjadi pandai, tetapi menjadi
bijak, pintar, berkeyakinan diri, berani mengambil risiko dan boleh merubah nasib
anak bangsa. Guru adalah jurutera bangsa dan negara. Guru perlu sesuaikan ciri-ciri
pelajar alaf ini dengan kaedah mengajar yang merangsangkan, inspiring dan mencabar
minda. Guru yang berjaya adalah guru yang sanggup berubah manakala guru yang
gagal adalah guru yang kekal dan terkongkong dengan idea dan kejayaan lampau.
18
Bibliografi
Ahamad, R. Awang, I.Abdul Razak, A. Zahara, A. & Sharifah Nur Puteh. (2011).
Kurikulum sejarah ke arah pembentukan perpaduan kaum di Malaysia. Jurnal
pendidkan dan latihan 3 (1) :1-17
Abd. Rahim, A.R. (1999). Kemahiran berfikir kritis merentasi kurikulum: Pendekatan
pedagogi dan wawasan pendidikan bestari. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.
Abd. Rahim, A.R. (2000). Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Davies, B., & Ellison, L. (2001). Organizational learning: Building the future of a school.
International Journal of Educational Management, 15(2), 78-85.
Henze, I., Van Driel, J.H., & Verloop, N. (2009). Experienced science teachers‟ learning
in the context of aducational innovation. Journal of Teacher Education, 60(2), 184-199.
Malaysia, Kementerian Pendidikan. (2013). Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR)
dokumen standard kurikulum dan pentafsiran. Putrajaya:KPM., http://www.moe.gov.my
Mohamad Johdi, S & Ariegusrini, A. (2009). Tranformasi pengajaran sejarah
berasaskan multimedia. Dlm Abdul Razaq & Isjoni.Transformasi pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Penerbitan Bersama: Falkuli Pendidikan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi dan FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. hlm.113-126.
Mohd Samsudin & Shaharuddi. (2012). Pendidikan dan pengajaran mata pelajaran
sejarah di sekolah di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy,
39(2), 116-141.
Omardin, A., & Yunus, M. (1996). Kaedah pengajaran sejarah. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributor. Sdn. Bhd.
19
Renuka, R., Norizan, E., & Siti Hawa, A. (2013). Kesan penggunaan sumber digital
terhadap amalan pemikiran sejarah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Utusan Malaysia. (2014, September 25). Kenapa sejarah dianggap membosankan.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sastera/20140214/sa_01/.
20