The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAMIDAH BINTI GHAZALI, 2020-06-11 00:51:15

MUDUL 3.3 MJJ SMUT 2 HAMIDAH GHAZALI

MUDUL 3.3 MJJ SMUT 2 HAMIDAH GHAZALI

MODUL 3.3 JARINGAN & JALINAN SMUT 2 Hamidah 2020
Ghazali

Pengenalan

Berdasarkan daripada mandat KPI SBT Versi tahun 2014 yang telah diluluskan oleh

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 20 November 2014, Bidang

Jaringan dan Jalinan membawa wajaran sebanyak 10% merupakan salah satu bidang

KPI untuk mencapai pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.

Jaringan (Networking) dalam negara (Kebangsaan) bermaksud kerjasama antara

sekolah dengan sekolah lain di dalam negara dengan melaksanakan aktiviti secara

bersemuka atau maya berfokuskan sama ada bidang kurikulum, kokurikulum, Hal

Ehwal Murid atau pengurusan.

Jalinan (Linkages) dalam negara (Kebangsaan) bermaksud kerjasama antara sekolah

dengan organisasi agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, IPTA, IPTS, Badan

Korporat atau NGO sama ada di dalam negara atau cawangan organisasi Malaysia

yang beroperasi di luar negara. Kerjasama ini bagi melaksanakan aktiviti secara

bersemuka atau maya berfokuskan bidang Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid

atau pengurusan.

Data 1: GP SPM, Peratus Kehadiran dan Amalan PAK 21 (SMK Sg. Kob)

Bil Tahun GP SPM % Kehadiran Kekerapan Pelaksanaan Kesediaan Amalan PAK 21 (%)
1.2
1 2017 5.26 90.20 Sangat kerap 37.8
61
2 2018 5.52 90.33 Kerap 0

3 2019 4.82 90.77 Kadang-kadang

4 2020 4.52 91.00 Tidak pernah

Data 2: SKPMg2 Standard 4 (SMK Sg. Kob)

Terdapat empat isu yang perlu dilakukan intervensi bagi menyelesaikannya. Keempat
isu ini saling berkait antara satu sama lain dan matlamat akhir adalah pencapaian murid
dalam SPM.
2. Plan 1: SWOT

3.3 JARINGAN & JALINAN Page 1

MODUL 3.3 JARINGAN & JALINAN SMUT 2 Hamidah 2020
Ghazali

Isu 1: Meningkatkan GP SPM dan Meningkatkan % Kehadiran Murid.
Intervensi kaedah Jaringan, mengadakan program kolaboratif dengan guru dan murid
dari empat buah sekolah yang berdekatan. Jalinan dengan PLG Sungai Karangan,
Tabung Haji, Yapeim, UniKL dan Pejabat Zakat.
Plan 2: Soalselidik googleform
https://forms.gle/yYRSaCx3GFoRKtJy7
Contoh: Data hasil dapatan

3.3 JARINGAN & JALINAN Page 2

MODUL 3.3 JARINGAN & JALINAN SMUT 2 Hamidah 2020
Ghazali

Isu 2: Kesediaan Amalan PAK 21 dan SKPMg2 Standard 4

Intervensi untuk isu ini lebih berfokus kepada guru, oleh itu Jaringan lebih kepada
program kolaboratif dengan pegawai dari IPG dan SIP+ (PPD).

3. Do: Intervensi yang dipilih (Meningkatkan GP SPM dan Meningkatkan %
Kehadiran Murid) 2 Intervensi serentak mengikut kumpulan murid.

Program:

i. Kem PINTAR SPM Fasa 1,2 dan 3 (Kumpulan Cemerlang, Sederhana dan GALUS)

ii. Kelas 7 UP (Murid Ponteng Berkala)

Kaedah Pelaksanaan:

BIL PROGRAM PELAKSANAAN JARINGAN JALINAN

1 Kem PINTAR SPM Fasa Aktiviti melibatkan murid-murid Ting. 5 Melibatkan Guru-guru 1.Peruntukan

1,2 dan 3 (Kumpulan mengikut Kumpulan berdasarkan Prestasi Cemerlang dan Kewangan daripada

Cemerlang, Sederhana dan Data TOV PAT Ting. 4 . Pemeriksa Kertas PIBG, Pejabat Zakat,

dan GALUS) Lokasi Kem yang dipilih 1. PLG, Sg SPM dalam dan luar Tabung Haji.

Karangan, Damai Resort Merbok, Hotel DKBB 2. Sumbangan

Tabung Haji Prasarana daripada

Melibatkan Guru-guru SMK Sg. Kob dan PLG, PLKN, dan

Guru-guru Cemerlang dari dalam dan luar Hotel Tabung Haji.

DKBB. 3 Kos:

Setiap Kumpulan, mengikuti Program selama PLG-RM 5000.00

3 Hari 2 Malam Damai Resort- RM

5000.00

Khidmat masyarakat

twin program
TH –RM 10,000.00

2 Kelas 7 UP (Murid Program ini melibatkan murid-murid yang TIADA Pusat Serenti

Ponteng Berkala) ponteng berkala Karangan-

20 orang murid Tingkatan 5 Sumbangan Pegawai
Program 1: Dijalankan di sekolah – Jam 8.00-
LLDK
12.00 tengah hari Yapeim – Sumbangan

Dikendalikan oleh Agensi Anti Dadah, Pusat Modul dan RM600.00

Serenti Karangan (Agensi Kerajaan)

Program 2: Kelas 7 UP- (Yapeim)- Bekalkan

Modul Latihan dan sumbangan RM 600.00-

Pelaksanaan setiap pagi Ahad-Khamis (7.00-

9.15 pagi)

3.3 JARINGAN & JALINAN Page 3

MODUL 3.3 JARINGAN & JALINAN SMUT 2 Hamidah 2020
Ghazali

Pendekatan mempengaruhi agensi: SMK Sg. Kob banyak mendapat sumbangan
kewangan daripada pihak swasta seperti Tabung Haji, Pejabat Zakat dan Yapeim.
Sumbangan prasarana dari UniKL dan Pusat Latihan Guru (PLG) dan Pusat Serenti
Karangan (agensi kerajaan) dan Pemadam (NGO). Pihak sekolah dan JK PIBG
menjalin hubungan yang baik dengan ke semua agensi ini. Contoh, Pegawai TH Kulim
adalah mantan murid SMK Sg. Kob. Ke semua cikgu Islam SMK Sg. Kob membuat
potongan berjadual kepada Pejabat Zakat, maka 80% daripada potongan itu
dipulangkan kepada sekolah. Guru-guru juga membuat potongan sumbangan kepada
pihak Yapeim, sebagai balasan, Yapeim mengembalikankan keuntungan kepada pihak
sekolah. Sumbangan Tenaga Pakar dan Prasarana untuk Kem Kecemerlangan murid
disediakan oleh UniKL kerana SMK Sg. Kob adalah Sekolah Angkat kepada UniKL
sejak tahun 2017. Ramai pelajar cemerlang SPM telahpun melanjutkan pelajaran
mereka ke UniKL. Mereka ini kembali ke sekolah untuk mengadakan aktiviti bimbangan
subjek bahasa Inggeris kepada murid-murid T2 dan T4 pada waktu kokurikulum.
Pihak sekolah telah memberi sijil dan cendera hati kepada semua pihak yang
memberi sumbangan kepada sekolah sebagai tanda penghargaan. Ini juga bagi
mengekalkan dan meneruskan kerjasama Jaringan (sekolah lain) dan Jalinan dengan
ke semua agensi tersebut.
Pemantauan: Setiap kali lepas program dijalankan, prestasi murid dapat dilihat melalui
keputusan peperiksaan Pertengahan Tahun dan selepas Peperiksaan Percubaan SPM.
Bagi Isu Murid Ponteng Berkala, Kelas 7Up berlangsung selama tiga bulan,
pemantauan dibuat semasa program dijalankan, ujian khas diadakan untuk 20 orang
murid ini. Dapatannya, pencapaian mereka makin meningkat dan makin kurang
bilangan hari ponteng sekolah. Akhirnya peratus ponteng Tingkatan 5 makin menurun
dan GP SPM 2019 mencapai GP 4.82.

4. Check – Penilaian: Dapatan daripada aktiviti yang dilaksanakan, dapat
menyelesaikan masalah kewangan. Setiap program yang dijalankan untuk
meningkatkan prestasi murid dalam SPM memerlukan kos yang tinggi. Contoh, Kos
untuk empat program adalah seperti berikut:

3.3 JARINGAN & JALINAN Page 4

MODUL 3.3 JARINGAN & JALINAN SMUT 2 Hamidah 2020
Ghazali

BIL AGENSI PROGRAM SUMBANGAN

1 Pusat Latihan Guru (Sumbangan Zakat dan PIBG Peningkatan Prestasi- Kumpulan RM 5000.00

Cemerlang & sederhana

2 Damai Resort (Sumbangan Zakat) Peningkatan Prestasi –Kumpulan RM 5000.00

GALUS + Khidmat masyarakat) Twin

program

3 Hotel Tabung Haji (Sumbangan TH) Peningkatan Prestasi (Kumpulan RM 10,000.00

Cemerlang)

4 SMK Sg. Kob (Sumbangan Yapeim) 7Up (Kumpulan GARUK- Ponteng RM 600.00

Berkala)

5. Action - Cadangan penambahbaikan dan kaedah mengekalkan hubungan J&J.

Penambahbaikan telah dilaksanakan bagi tahun 2020. Pihak sekolah telah
menghubungi pihak Intel untuk mendapatkan sumbangan semasa PKP Covid 19.
Seorang guru di sekolah merupakan isteri kepada Pegawai Intel. Rundingan telah
dijalankan. Akhirnya pihak Intel telah memilih seramai 295 orang murid dan kakitangan
swasta (Pekerja Kebersihan) telah mendapat sumbangan berbentuk barangan seperti
beras dan lain-lain barang dapur yang bernilai RM 250.00 bagi setiap penerima. (295
orang X RM 250.00= RM 73, 750.00). Pihak Intel juga telah menyumbangkan sebanyak
RM25,000.00 untuk membaiki tandas sekolah. Pada 11 Jun 2020, pihak Intel telah
menyumbangkan barangan keselamatan Covid 19 seperti Sanitizer dan lain-lain yang
bernilai RM30,000. Jelaslah, kaedah menjalin hubungan yang baik melalui rundingan
dan perantaraan guru SMK Sg. Kob dengan pasangan atau dengan mantan pelajar
dapat meluaskan lagi J & J ini. Kami mengamalkan konsep keterbukaan dengan pihak
agensi luar dan berlapang dada jika mendapat sebarang komentar daripada pihak
waris yang kurang berpuas hati. Setiap kali menerima sumbangan, pihak sekolah akan
menghantar sijil dan surat penghargaan kepada pihak berkenaan bagi mengekalkan
hubungan yang baik dan berterusan.

Kesimpulannya, jaringan dan jalinan adalah sebagai satu cara untuk menjayakan
sesuatu program melalui pelibatan ibu bapa, komuniti, sektor awam dan swasta. Hal ini
amat penting dalam usaha penambahbaikan organisasi kerana melalui pelibatan ini
organisasi sekolah dapat bekerjasama dan mendapat bantuan sama ada dalam bentuk
kewangan, khidmat tenaga pakar, bantuan prasarana ataupun bantuan barangan.
Sekian, terima kasih, Alhamdulillah.

3.3 JARINGAN & JALINAN Page 5

MODUL 3.3 JARINGAN & JALINAN SMUT 2 Hamidah 2020
Ghazali

3.3 JARINGAN & JALINAN Page 6


Click to View FlipBook Version