PdPR SEJARAH
PPD KULIM, BANDAR BAHARU
HAMIDAH BINTI GHAZALI
PKP SMK MAHANG,
09700 KARANGAN, KEDAH
SEJARAH 1249
SPM 2021
[email protected]
https://t.me/PICCICHUN
BAB 1: KEDAULATAN NEGARAI CHuN_T5
KSSM 2021\Bab 1 sejarah kssm f5.pdf
1.1: Konsep Kedaulatan
Yunani:
supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi / negara yang
bebas dan merdeka.
Bahasa Inggeris:
sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap
pemerintahan.
Bahasa Arab:
Daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.
Bahasa Melayu:
Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi
terhadap pemerintahan negara.
Takrif kedaulatan.
Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas
serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan
pentadbiran negara
CONTOH SOALAN
1. Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang
diasaskan dan diamalkan sejak zaman tamadun Yunani. Kedaulatan negara kita
dapat dilihat dengan lebih jelas sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. [Teks:
hal.4]
Apakah maksud kedaulatan mengikut bahasa seperti berikut:
a) Yunani: (2 markah)
supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi / negara yang
bebas dan merdeka.
b) Bahasa Inggeris: (2 markah)
sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap
pemerintahan.
c) Bahasa Arab: (2 markah)
Daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.
d) Bahasa Melayu: (2 markah)
Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi
terhadap pemerintahan negara.
e) Nyatakan takrif kedaulatan. (2 markah)
Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta
mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.
2. Terdapat beberapa orang tokoh yang memberikan tafsiran mereka
tentang kedaulatan. [Teks: hal. 5]
Aristotle (Ahli Falsafah Yunani)
Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem
pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk
kerajaan yang terikat oleh undang-undang.
Ibnu Khaldum (Ilmuan Islam)
Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah
negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya.
Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan
semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela
untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama.
Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis)
Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah
negara. Kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai
kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang,
mentafsir dan melaksanakannya
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri
Malaysia Pertama)
Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan
keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan
kesejahteraan rakyat.
Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua
Hakim Negara)
Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka, memiliki
kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak
dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa
telunjuk asing.
3. Jelaskan kepentingan kedaulatan kepada rakyat dan
negara kita. (KBAT FAKTA) [Teks. hal. 5](6 markah)
ISI Panduan menjalankan pentadbiran (P5)
Panduan melaksanakan undang-undang (P4)
CONTOH Perlembagaan Malaysia/ Akta-akta/ Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia
HURAIAN Menjamin kesejahteraan rakyat
UNTUK Untuk melancarkan pentadbiran/ supaya tidak
mudah diceroboh oleh kuasa asing/ demi imej
negara dan bangsa Malaysia
NILAI Memastikan kemakmuran negara/ mendapat
pengiktirafan oleh negara lain/ lambang
kemerdekaan/ kebebasan sesebuah negara
4. Huraikan jenis kedaulatan yang berkaitan dengan sesebuah
negara. [Teks: hal.6-7] (6 markah)
Kedaulatan
Tradisional
Kedaulatan
Moden
Kedaulatan
Undang-
undang
Kedaulatan
Antarabangsa
1.2: Ciri Negara yang Berdaulat
5. Apakah maksud istilah berikut? [Teks: hal. 8]
a) Raja Berperlembagaan: (2 markah)
Raja Berperlembagaan bermaksud pemerintahan
beraja mengikut peruntukan Perlembagaan
Persekutuan. Terdapat tiga institusi Beraja iaitu Yang
di-Pertuan Agong pada peringkat Persekutuan, Institusi
Beraja pada peringkat negeri dan Majlis Raja-Raja.
b) Demokrasi Berparlimen: (2 markah)
Demokrasi Berparlimen bermaksud demokrasi yang
dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan
raya.
c) Huraikan ciri negara yang berdaulat. (6 markah)
Mempunyai Pemerintahan negara berdaulat diwujudkan untuk menjaga kestabilan
Pemerintahan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi. Pemerintahan dijalankan
secara teratur. Contoh, Malaysia mengamalkan sistem Raja
Mempunyai Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ketua Negara ialah Yang
Sempadan di- Pertuan Agong. Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri.
Sempadan merupakan garis pemisah antara negeri atau negara. Malaysia
Mempunyai berkongsi sempadan dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan
Perundangan Filipina. Sempadan Malaysia diakui oleh PBB. Penetapan sempadan
memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan
Mempunyai pembangunan ekonomi negara kita.
Rakyat Sistem perundangan menjadi asas kepada peraturan negara. Sistem
perundangan penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan
dan melindungi rakyat. Sistem perundangan Malaysia berpandukan
Perlembagaan Persekutuan. Parlimen bertanggungjawab menggubal dan
menentukan sistem perundangan negara kita.
Rakyat merupakan penduduk di sesebuah negara. Rakyat terikat kepada
undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam.
Kita disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta
identiti nasional yang sama.
d) Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme,
bagaimanakah anda buktikan bahawa anda mempunyai taat setia
yang tinggi kepada negara? (KBAT UMUM)[Teks: hal. 8-9]( 8 markah)
ISI Memahami dan mematuhi Sistem Perundangan negara kita.
CONTOH (P4)
Tidak melakukan melakukan sebarang jenayah yang boleh
menjejaskan imej negara/ menyertai anggota keselamatan
negara seperti polis, tentera dan kastam
HURAIAN Sanggup mempertahankan kedaulatan negara jika negara
diceroh oleh kuasa luar.
UNTUK Sanggup berkorban untuk mengekang anasir luar/
NILAI mengutamakan barangan Malaysia untuk mengelakkan
pengaliran wang ke luar negara.
Mengamalkan konsep perpaduan dalam masyarakat demi
mewujudkan kesejahteraan hidup.
1.3 Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat
1. Jelaskan kepentingan mewujudkan negara berdaulat? KBAT
FAKTA [Teks: hal. 10-11](6 markah)
ISI Keberkesanan pentadbiran (P5)
CONTOH Dasar Pentadbiran negara dilaksanakan melalui Jemaah
Menteri dan Kementerian yang ditubuhkan.
HURAIAN Kedaulatan memberi kebebasan kepada negara
UNTUK Untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan
pihak luar.
NILAI Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran.
Diperkukuhkan melalui peruntukan undang-undang dalam
Perlembagaan Persekutuan.
ISI Kemakmuran Ekonomi (Tema 1 Ekonomi)
CONTOH Pembangunan ekonomi dalam bidang pertanian, perindustrian
dan perdagangan
HURAIAN Usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf
hidup rakyat
UNTUK Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar
kemakmuran ekonomi.
NILAI Demi memacu ekonomi negara
ISI Kesejahteraan / keselamatan sosial (1K)
CONTOH Usaha untuk memartabatkan bahasa kebangsaan,
kebudayaan, sukan dan Rukun Negara.
HURAIAN Supaya negara dapat melahirkan generasi yang berilmu dan
berkemahiran melalui pendidikan.
UNTUK Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial
bagi kesejahteraan rakyat.
NILAI Memupuk semangat perpaduan dan perasaan muhibbah.
Rasionalkan kepentingan kedaulatan dalam menentukan bentuk
sistem pentadbiran negara pada masa ini. KBAT UMUM [Teks:
hal.11] (6 markah)
ISI Memperuntukan undang-undang dalam Perlembagaan
CONTOH Persekutuan (P4)
HURAIAN Terdapat Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan
UNTUK seperti Kementerian Industri Asas Tani
NILAI Bertanggungjawab untuk membangunkan ekonomi negara
dalam sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan
Dasar Pertanian Negara untuk memacu ekonomi dalam sektor
pertanian.
Demi meningkatkan taraf hidup rakyat dan hidup dalam
kemakmuran.
1.4: Langkah Mempertahankan Kedaulatan
Jelaskan usaha-usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara kita.
KBAT FAKTA [Teks: hal. 12-15] (8 markah)
ISI Mewujudkan kestabilan politik (P5)/
CONTOH Kemakmuran Ekonomi
HURAIAN Dasar Pertanian Negara, Buku Hijau
Pemerintah melaksanakan pentadbiran dengan
UNTUK cekap/ pelbagai program bagi memajukan ekonomi
rakyat
NILAI Pemerintah dan rakyat mempunyai peranan yang
sama untuk menjamin kestabilan politik dan
kemakmuran ekonomi.
Perlu kerjasama rakyat dan pemerintah.
Buktikan hubungan pemerintah dan rakyat mampu mengekalkan
kedaulatan negara. KBAT [Teks: hal. 12-15] (8 markah)
ISI Berjaya menjaga keselamatan rakyat (1K)
CONTOH Menangani gejala covid 19
HURAIAN Arahan pemerintah kepada rakyat/ mematuhi arahan
PergerakanKawalan Pergerakan (PKP) PKPB yang bermula
UNTUK pada 18 Mac 2020.
NILAI Untuk memutuskan rantaian covid
Kerjasama semua rakyat/ mematuhi arahan pemerintah
ISI Mengukuhkan pertahanan negara(P7)
CONTOH Serangan ke atas Lahad Datu pada tahun 2013
HURAIAN Tindakan pasukan keselamatan negara (polis dan tentera)
berjaya menangani serangan ini
UNTUK Demi mengekalkan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara
NILAI Sanggup berkorban untuk negara
Huraikan cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan kedaulatan
negara kita. KBAT FAKTA [Teks: hal. 4-15] (8 markah)
ISI 1 Usaha untuk mengekalkan keselamatan rakyat dan
ISI 2 negara (1K)
ISI 3 Peranan pemerintah dan rakyat untuk mengukuhkan
ISI 4 perpaduan kaum
ISI 5 Peranan pemerintah dan rakyat untuk memakmurkan
ekonomi negara
Usaha menangani gejala dadah/ rasuah/
penyeludupan/ kedatangan pendatang asing
Usaha untuk mengekalkan kestabilan politik
Sejauh manakah Malaysia berjaya mengatasi pelbagai cabaran untuk
mengekalkan kedaulatan negara. KBAT [Teks: hal. 4-15] (8 markah)
ISI Berjaya Mengukuhkan pertahanan negara(P7)
CONTOH Serangan ke atas Lahad Datu pada tahun 2013
HURAIAN Tindakan pasukan keselamatan negara (polis dan
UNTUK tentera) berjaya menangani serangan ini
NILAI Demi mengekalkan keselamatan rakyat dan
kedaulatan negara
Sanggup berkorban untuk negara