3T 9P 1K PICC I CHuN
1
3T 9P 1K PICC I CHuN
BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA
1.1 Latar belakang Negara Bangsa Sebelum kedatangan Barat
Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu
Proses pembentukan Negara bangsa mengambil masa yang lama dan melalui beberapa tahap
berdasarkan sesebuah kerajaan. Contoh kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya,
Angkor dan Majapahit.
RAJA
Raja toggak utama kerajaan:
Kedudukan raja diperkukuhkan dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar.
Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya.
Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci.
Contoh: Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva.
UNDANG-UNDANG
Undang-undang dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan.
Undang-undang tersebut terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam
pentadbiran kerajaan.
Contoh: kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa.
WILAYAH PENGARUH
Wilayah pengaruh merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan
seseorang raja.
Contoh: kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam
Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra.
RAKYAT
Rakyat merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.
Contoh: rakyat kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan
upacara persetiaan dan meminum air sumpah.
Soalan[Teks: hal. 5]
a. Bagaimanakah seseorang raja berjaya menjadikan kerajaannya sebuah empayar yang
terkenal? (6 markah)
P4: Perundangan
P5: Pentadbiran/ Pentadbiran/ Pemimpin
2
3T 9P 1K PICC I CHuN
NILAI HURAIAN
KUKUH KESULTANAN
KERAJAAN & MELAYU MELAKA
MELINDUNGI CONTOH
RAKYAT
HKM &UULM
ISI
PERUNDANGAN
LATIHAN I CHuN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
b. Jelaskan maksud wilayah pengaruh. [Teks: hal. 4] (2 markah)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
KERAJAAN
Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan,
mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kerajaan wujud apabila ada raja.
Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu pembesar.
Pemerintahan beraja diperkukuhkan dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan.
3
3T 9P 1K PICC I CHuN
Sistem pentadbiran kerajaan yang tersusun dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana.
Selepas kedatangan Islam, pemerintah Kesultanan Melayu Melaka mula menggunakan gelaran
sultan. [Teks: hal.6] [5 markah]
RAKYAT
Rakyat adalah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah.
Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka dan mematuhi undang-undang yang
dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Rakyat Melaka terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Laut.
Golongan diperintah terdiri daripada rakyat yang merangkumi golongan merdeka dan hamba.
Kesejahteraan rakyat Melaka dijamin oleh sultan, manakala rakyat mengakui kekuasaan sultan.
Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman dan ikatan antara golongan pemerintah
dengan golongan diperintah. [5
markah]
KEDAULATAN
Kedaulatan ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
Kedaulatan ini merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah.
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur
tangan kuasa asing.
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming.
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar beberapa orang utusan antaranya termasuklah yang
diketuai oleh Laksamana Cheng Ho.
Urusan ini untuk mengeratkan hubungan antara China dengan Melaka.
[5 markah]
WILAYAH PENGARUH
Setiap negara mempunyai wilayah iaitu kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya diterima
umum.
Wilayah pengaruh merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan
Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera.
Wilayah pengaruh ini diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini.[Teks: hal. 7]
[4 markah]
UNDANG-UNDANG
Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu:
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Undang-undang ini digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat.
Undang-undang ini juga menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan yang
unggul. [Teks: hal. 7] [5 markah]
4
3T 9P 1K PICC I CHuN
[Nota tambahan] Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal yang menyentuh bidang kuasa raja dan
pembesar serta pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat. Ia juga menyatakan hukuman
terhadap kesalahan jenayah awam, undang-undang keluarga dan sebagainya. Undang-Undang Laut
Melaka pula memperuntukkan perkara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut seperti bidang
kuasa nakhoda kapal. Negara bangsa moden hari ini juga mempunyai sistem perundangan yang bertulis
bagi menjadi panduan dalam menguatkuasakan undang-undang seperti penggubalan Perlembagaan.
LAMBANG KEBESARAN
Lambang kebesaran merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
Lambang kebesaran ini juga menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
Antara lambang kebesaran ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna nobat, regalia dan
cap mohor.
Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan. [4 markah]
NOTA TAMBAHAN:
1. Undang-Undang Pahang
Digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul
Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614) dan
mengandungi 92 fasal
2. Undang-undang 99 Perak
Digunakan semasa pemerintahan Sultan
Iskandar Dzulkarnain (1752-1765), berbentuk
soal jawab, mengandungi 99 soalan dan
jawapan.
Soalan:
a. Nyatakan ciri-ciri Negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. [8 markah][Teks: hal. 6-7]
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
b. Apakah maksud wilayah taklukan? (2 markah)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
5
3T 9P 1K PICC I CHuN (2 markah)
c. Apakah maksud wilayah naungan?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
d. Bagaimanakah proses perolehan wilayah melalui perkahwinan berlaku? (2 markah)
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
1.3 Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang
Keunggulan bermaksud kesempurnaan dan keistimewaan yang dimiliki oleh sesebuah kerajaan
( 2 markah)
Keunggulan Kesultanan Melayu Melaka terbukti melalui sistem pentadbiran dan
undang-undang yang tersusun
Sehingga menjadikan KMM masyhur
SISTEM PENTADBIRAN
Sistem Pentadbiran KMM dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan.
Menjadikan pentadbiran KMM lancar dan tersusun.
Sultan memberi kuasa mentadbir kepada sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada
Pembesar Berempat.
Kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai kawasan pegangan. (kawasan yang
dikurniakan oleh Sultan Melaka kepada Pembesar Berempat)
Sultan
Bendahara
Penghulu Temenggung Laksamana
Bendahari
Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka
I. Sistem pentadbiran KMM tersusun dan berhierarki.
Sultan mengetuai pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama.
6
3T 9P 1K PICC I CHuN
Terdapat Pembesar Berempat iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan
Laksamana.
Pembesar ini dibantu oleh Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan penghulu.
II. Sistem pentadbiran KMM mempunyai dua peringkat:
Pentadbiran pusat
Peringkat jajahan
a. Pentadbiran Pusat:
Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat- Bendahara, Penghulu Bendahari,
Temenggung dan Laksamana.
Hubungan dan persefahaman dua hala antara sultan dengan pembesar
Hal ini bagi memastikan proses pentadbiran yang sempurna dan mengelakkan
tindakan sewenang-wenangnya oleh pemerintah.
Bendahara mempunyai tugasan dan peranan yang sangat penting.
Bendahara adalah ketua pentadbir dan ketua turus angkatan tentera.
Bendahara sebagai penasihat sultan dan menjadi pemangku sultan
Penghulu Bendahari adalah pengurus perbendaharaan KMM.
Sumber pedapatan KMM diperoleh daripada urusan perdagangan, cukai dan ufti
wilayah taklukan dan naungan.
Syahbandar adalah pengutip cukai di pelabuhan
Pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan.
Hasil perbendaharaan untuk membeli senjata dan membina istana.
Sistem kewangan yang teratur menjadikan KMM maju dan makmur.
KMM mempunyai sistem keselamatan yang teratur.
Menjaga keamanan di darat dan di laut.
Tugasan ini diserah kepada Temenggung sebagai penjaga keselamatan kota Melaka.
Laksamana sebagai panglima angkatan laut Melaka.
b. Peringkat jajahan:
Pembesar ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung.
Pembesar dilantik oleh sultan dan Pembesar Berempat.
Peranan mereka seperti menjaga dan mengekalkan keamanan pentadbiran dan
dibenarkan mengutip cukai, contoh Penghulu.
Soalan:
a. Bagaimanakan Kesultanan Melayu Melaka memperoleh sumber pendapatan?(4
markah)[Teks: hal. 9]
7
3T 9P 1K PICC I CHuN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
UNDANG-UNDANG
KMM mempunyai dua undang-undang yang berasaskan syariah dan hukum adat.
Hukum Kanun Melaka
Undang-Undang Laut Melaka
Kedua-dua undang-undang ini bagi menjamin kemakmuran dan kesejahteraan KMM.
I. Hukum Kanun Melaka (HKM)
HKM mengandungi 44 fasal yang membincangkan:
i. Jenayah- perbuatan jenayah menggugatkan ketenteraman dan keharmonian
KMM.Hukuman setimpal untuk jenayah membunuh, menikam dan mencuri. Fasal 5.1
berkaitan hukuman membunuh apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa
pengetahuan raja atau pembesar. Fasal 4, Hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa
yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan.
ii. Peranan Sultan dan Pembesar- Setiap pembesar mempunyai peranan dalam
pentadbiran dan mereka perlu arif dalam hal ini. Fasal 1, dijelaskan tugas sultan,
Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari. Sultan Bertanggungjawab untuk
melantik pembesar contoh Bendahara dan Temenggung.
iii. Kekeluargaan- Undang-undang keluarga untuk mewujudkan keharmonian dalam
keluarga dan menyelesaikan masalah keluarga atau perkahwinan. Fasal 26, menyatakan
perkahwinan perlu mempunyai empat orang saksi, jika tidak cukup, memadai dua orang
sahaja. Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam perkahwinan.
iv. Ekonomi- Undang-undang ini jelas berkaitan urus niaga untuk mengawal perdagangan
Melaka agar tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Fasal 30, amalan riba diharamkan,
urusan perniagaan mesti baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli.
II.Undang-Undang Laut Melaka (UULM)
UULM diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan
Nakhoda Sahak. Undang-undang ini diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Shah. Kandungannya
ialah:
i. Peranan Nakhoda- Berkuasa penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran. Fasal
13.1, dinyatakan nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat
hari. Fasal 13.3, sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tidak ada dalam
senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang dalam kapal
untuk mendapatkan persetujuan.
8
3T 9P 1K PICC I CHuN
ii. Pelayaran- Undang-undang ini menjelaskan peranan nakhoda, jurumudi, malim dan
jurubatu. Fasal 9, seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran- keadaan ombak,
arus dan kedudukan bulan dan bintang. Jika malim lalai sehingga menyebabkan
pelanggaran dan kerosakan, dia akan dijatuhi hukuman bunuh.
iii. Jenayah- Jenayah di atas kapal menggugatkan ketenteraman dan keselamatan isi kapal.
Hukuman terhadap jenayah mencuri, membunuh dan memberontak. Fasal 5, jika
berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal, orang tersebut dikenakan
hukuman mati.
iv. Percukaian- Bersistematik dan adil. Cukai dalam urusan pelayaran untuk perdagangan.
Contoh cukai perjalanan dan hasil perniagaan. Fasal 6.3, nakhoda menentukan cukai
terhadap penumpang iaitu 1/10 daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin
turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.
NOTA TAMBAHAN [Teks. T2 hal.78] NOTA TAMBAHAN [Teks. T2 hal.78]
1. Hukum Kanun Melaka 2. Undang-Undang Laut Melaka
HKM mula ditulis semasa pemerintahan Sultan Undang-undang ini ditulis pada zaman Sultan
Muzaffar Shah (146-1456). Undang-undang ini Mahmud Shah (1489-1511) bertujuan
disusun semula secara teratur pada masa menentukan peraturan pelayaran dan
pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511). perdagangan. UULM mengandungi 25 fasal yang
Undang-undang ini mengandungi 44 fasal yang menerangkan peraturan di laut, tertib berniaga
berkaitan hak keistimewaan, tanggungjawab raja dan tatacara berjual beli. Kandungannya juga
dan pembesar. Hukum Islam juga terdapat dalam berkaitan tanggungjawab nakhoda, anak kapal,
undang-undang ini yang berkaitan dengan kiwi dan syahbandar. Undang-undang ini
jenayah, urusan jual beli dan kekeluargaan. HKM menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan
ini dapat mewujudkan keamanan dan menjamin dengan lancar dan adil. Keadaan ini memberikan
keselamatan rakyat. Jenayah di dalam negeri keyakinan kepada para pedagang.
Melaka dapat diatasi dengan baik dan terurus.
1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat
Hubung kait pemerintah dan rakyat KMM selaras dengan konsep waadat ( perjanjian).
Rakyat bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar.
Hubungan ini berfungsi menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan.
Hubungan timbal balik ini mengukuhkan pemerintahan KMM yang membawa
kegemilangan kesultanan ini.
I. Golongan Pemerintah dan Rakyat
Golongan pemerintah terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat diraja dan ulama.
Peranan Sultan- menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda.
9
3T 9P 1K PICC I CHuN
Mewujudkan perpaduan rakyat. Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta
kestabilan kerajaan dan memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat.
Peranan Pembesar- memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan.
Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat .
Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem
kerah.
Peranan Rakyat- Menunjukkan taat setia kepada pemerintah.
Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa
tulah(kecelakaan). Menjadi tentera.
Menghadiri majlis umum seperti gotong royong dan menjadi pengayuh atau pendayung
kapal perang.
Menyumbangkan tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan.
Rakyat terdiri daripada pelbagai golongan seperti peniaga, petani, tukang dan nelayan.
Hamba pula terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa.
Soalan:
a. Mengapakah institusi beraja di negara kita perlu dipertahankan? (6 markah)
P4: Penggubal Undang-Undang terawal untuk kerajaan
P5: Lambang keagungan sesebuah kerajaan yang diperintah atau ditadbir oleh institusi beraja.
1K: Berjaya menjaga keselamatan kerajaan dengan sokongan taat setia rakyat yang tidak
berbelah bahagi.
Nilai: Keagungan KMM yang diwarisi hingga kini
Nilai: Kepimpinan yang baik menjadikan sesebuah kerajaan itu unggul , sejahtera dan harmoni.
NILAI HURAIAN CONTOH
diwarisi
taat setia hingga kini KMM/
raykat Sultan
ISI Mahmud
Lambang Shah/
kejayaan
pemimpin
10
3T 9P 1K PICC I CHuN
LATIHAN I CHuN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
b. Pada pendapat anda, bagaimanakah kedaulatan dan keselamatan negara kita dipelihara
daripada ancaman anasir luar?
(8 markah)
P4: Perlembagaan tersusun/ Perundangan bersistematik
P5: Pentadbiran tersusun/ Pemerintah yang cekap
P7: Pertahanan yang kukuh
P8: Pelan Pembangunan Pendidikan yang tersusun/ rakyat berilmu pengetahuan
P9: Prasarana moden/ lengkap
NILAI HURAIAN CONTOH
Sokongan Menstruktur Dasar Ekonomi
rakyat yang pentadbiran/ semasa
kajian/ latihan
padu
ISI
Pentadbiran
LATIHAN I CHuN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
11
3T 9P 1K PICC I CHuN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
c. Prinsip yang berikut ialah prinsip kedua Rukun Negara.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Sebagai warganegara yang patriotik, bagaimanakah anda menghayati prinsip Rukun Negara di
atas? (6 markah)
P4: Mematuhi peraturan/ undang-undang negara
P5: Menumpahkan taat setia kepada pemimpin negara/ tidak menghina raja
P7: Memberi sumbangan tenaga untuk mengukuhkan pertahanan Negara, menentang musuh
negara
P8: Menguasai ilmu dalam pelbagai bidang
Contoh: Menentang anasir luar, tidak melakukan jenayah, menjauhi gejala sosial, membanteras
rasuah, tidak melanggar undang, menaikkan nama negara, tidak berhijrah keluar negara dll
yang munasabah
NILAI HURAIAN CONTOH
Taat setia
dapat membayar
cukai
tingkat
ekonomi pendapatan
ISI
Patuh undang-
undang
LATIHAN I CHuN
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
12