The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HAMIDAH BINTI GHAZALI, 2020-05-28 20:52:23

BAB 2 LALUAN YANG BERLIKU

BAB 2 LALUAN YANG BERLIKU

BAB 2

JALAN YANG
BERLIKU-LIKU

I CHuN BCH JUMAAT 29052020

User
29MEI2020

1

BAB 2 : LALUAN YANG BERLIKU

Ujian yang berliku-liku sepanjang hidupku. Namun aku tidak pernah lupa akan ayat al-
Quran, Suruh al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, “Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala daripada kebaikan
yang dilakukannya dan dia mendapat seksaan daripada kejahatan yang dilakukannya.
Mereka berdoa, „Ya Tuhan kami, jangan Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami
melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, jangan Engkau bebani kami dengan beban
yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya
Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami
pikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah
pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

Mac 1986

Suasana di rumah Lot 1551 pagi itu hening. Ayam di reban sudah bangun, Si Jantan
berkokok keriangan. Sudah menjadi tugas Si Jantan melaungkan suaranya. Sudah
ada jadual tetap dan faham akan tugasnya. Sejak jam lima pagi, Si Jantan beradu
suara silih berganti bersama Si Jalak bapanya. Pun tidak mahu tewas beradu suara
dengan anaknya itu. Kian sahut-menyahut yang berlarutan.

Ayah yang sejak tadi masih masih berwirit. Mulut ayah yang kelihatan berkumat-kamit,
di jari jemarinya menguis biji tasbih, matanya yang dipejam hampir tidak nampak mata
hitam, tanda begitu khusyuk ayah menghambakan diri kepada Ilahi. Selagi tidak cukup
1000 kali, ayah tidak akan berganjak dari sejadahnya yang berwarna kebiru-biruan itu.
Jika pagi-pagi ayah berjemaah di masjid, sejadah itu jugalah disangkutnya di bahu
ketika menapak pergi dan balik dari rumah Allah itu.

Jarum jam sudah menghampiri angka enam. Aku melangkah ke ruang dapur. Mak
sudah menjerang air. Dapur gas yang baru ayah beli dua bulan yang lalu, banyak
memudahkan mak menyediakan makan minum kami sekeluarga. Tok pun suka dan
makin kerap menyediakan pelbagai menu tradisional untuk kami. Paling aku suka kuih
bungkus. Rasanya yang lemak manis, sedap sehingga menjilat jari.

2

Adik bongsuku Asma belum bangun. Mencecah lima tahun sudah usianya. Masih dibuai
mimpi indah. Adikku Man dan Omar tiada di rumah, mereka masih di asrama sekolah
masing-masing. Abang Mat pula terus bekerja di Hicom, Syah Alam. Tok pula kerap
meninggalkan kami. Tok lebih suka tinggal dengan Kak Cak atau pun Kak Cik.
Tinggallah aku, ayah, mak dan adik bongsuku Asma. Tahun 1986 itu, hanya kami
berempat menghuni teratak tradisional di Lot 1551, Kampung Alor Pudak, Pendang,
Kedah.

Aku menghampiri mak yang sudahpun selesai solat subuh pagi itu.
“Mak, nanti chek nak pi sekolah, ambik keputusan SPM”.
“Naik bas pukul 9.00 pagi”, aku maklumkan kepada mak.
“Pi dengan sapa?”
“Sorang mak, Not kan sakit, dia tak ambik SPM”.
“La, lupa mak, Not ada di wad, tak tau la nasib dia, sakit keturunan ni susah nak baik,
tengok Tok Wan dia, ayah dia, sampai la ni tak sihat-sihat, jadi isin ni tak dak ubat lah”,
cerita mak tentang keluarga Not rakan karibku yang sakit isin.

“Chek pi sorang la mak, tapi ….. duit tambang bas mak?”

Anak mata mak memancarkan satu cahaya yang terang dan jelas. Memandang tepat
ke arah anak mataku. Bibir mak mengukir senyum. “ Nanti mak bagi, Dah pi bagi nasi
sejuk ni kat ayam, hingaq sungguh depa”, pinta mak.

Tanpa sepatah kata, aku mencapai besen plastik yang berisi nasi sejuk lebihan
semalam yang mak hulurkan. Aku bergerak ke reban. Sampai di muka pintu reban, aku
meletak besen ke tanah dahulu. Bimbang nasi akan tumpah nanti. Tangan kanan ku
membuka penyelak reban. Penyelak kayu. Sesuai untuk reban Si Jalak sekeluarga.
Riuh rendah bunyi Si Jalak, berdetak-detak bini-bininya menyampaikan khabar bahawa
mereka sudah bertelur. Telur sebiji riuh sekampung. Kutuang nasi sejuk ke dalam
besen dalam reban. Si Jalak dan Si Jantan menerjah keluar. Bosan mereka berebut
makanan yang tidak seberapa itu. Aku biarkan saja.

Si Jalak dan ayahnya, mengepak-ngepak keriangan, terasa bebas dari kurungan
semalaman. Aku melangkah ke kepuk. Jari-jemariku yang melidi dan comel itu ku

3

hulurkan ke dalam guni lusuh, di situ tersimpan beras hancur yang ayah beli dari Kilang
Sengkek. Aku ceduk tiga tempurung untuk Si Jalak sekeluarga. Sebaik selesai tugasan
pagi itu, aku bergerak masuk ke dalam rumah. Tiba di pintu dapur, tak semena-mena
mataku tertumpu kepada seekor anak kucing. Kesejukan dia. “Ini mesti ada orang
buang malam tadi ni”, ramalku.

“Mak ada anak kucing orang buang malam tadi, kesian dia, sejuk ni, kita bela na”. Moga
mak memberi reaksi yang positif.

“Bawa masuk mai sini nak tengok”. “Oi, comei ni kalau mandi, korek-korek telinga dia,
kita bagi nama Buu, pi bagi dia nasi, kurung bawah tudung saji yang lama tu, matahari
terik nanti mak bagi mandi”, arah mak keriangan setelah kehilangan Merah yang
dilanggar kereta beberapa hari yang lalu. Patah tumbuh hilang berganti.

Itulah kasih mak kepada binatang kesukaan Nabi Muhammaad SAW. Bukan main suka
lagi mak bila dapat Buu pengganti Merah.

Selepas sarapan pulut berlaukkan tamban kering goreng dengan kelapa kukur bersama
mak dan ayah pagi itu, aku terus mandi dan bersiap-siap untuk ke sekolah.

Tepat jam 9.00 pagi, bas tiba di wakaf. Pak Din sebagai pemandu bas Mara Alor Setar
- Sungai Tiang sudah lama mengenali kami sekeluarga. Dari jauh dia sudah tahu akan
penantian kami untuk menumpang bas yang dipandunya. Demikian juga dengan
kondaktornya, abang Hisham. Mereka pasangan serasi untuk destinasi Sungai Tiang –
Alor Setar sejak lima tahun yang lalu. Aku meniti anak tangga bas perlahan-lahan , lalu
duduk di tempat kesukaan yang hampir dengan tangga dan pintu bas. Abang Hisham
tak habis-habis mengusikku. “Badan kurus kering, suka duduk dekat pintu, nanti jatuh
terbang dari bas”, ujarnya sambil menghulurkan tiket bas yang sudah diketipnya
mengikut tarikh dan trip perjalanan. Kuhulur bayaran tambang ke Alor Setar RM1.00
untuk sehala.

Faham benar akan gurauan abang Hisham. Mataku melerek ke kiri. Melayan fikiran
sambil memandang panorama sawah kehijauan yang terbentang luas tanda padi
sedang membesar. Tak lama lagi berisi susu. Indah betul ciptaan Allah ini. Bumi

4

bertuah tempat kelahiran nenek moyangku yang kini sudah pun masuk generasi yang
kelapan. Panorama Negeri Jelapang Padi.

Jam 9.40 pagi bas tiba di Stesen Bas Mara Alor Setar. Tidak jauh dari Stesen Kereta
api Tanah Melayu. Dari situ aku menapak ke Stesyen Bas United Transport Company
(UTC) yang terletak 200 meter dari Stesen Bas Mara. Aku perhatikan dari jauh, bas ke
Kuala Kedah sudah setia menanti penumpang di lorong ke-12. Makin laju ku mengatur
langkah. Bimbang akan ketinggalan bas.

10.30 pagi kutiba di perkarangan Maktab Mahmud. Hari persekolahan seperti
lazimnya, kedengaran suara guru, ustaz dan ustazah yang sedang menyampaikan ilmu
dengan gaya dan nada masing-masing. Tiada seorangpun kawanku yang kelihatan.
Sudah tentu mereka sedang mengikuti pengajaran di Maktab Mahmud Putera, bersama
dengan pelajar lelaki di kelas Tingkatan Enam. Lain lah aku yang gagal peperiksaan
Thahelei. Terasa malu untuk ku bersua muka dengan para guru juga rakan-rakanku.
Apa kan daya.

“ Assalamualaikum, ustazah, hari ini keputusan SPM diumumkan, dengan siapa saya
boleh ambil slip, ustazah?” ujarku sebaik saja bersua muka dengan ustazah Sofiah.

“Ya, hari ini keputusan SPM, tapi kamu mesti ambil slip di Pejabat Maktab Mahmud
Putera, semua pelajar Tingkatan Enam ada di sana, kamu pergi sana lah”. Jelas
Ustazah Sofiah.

Entah kali ke berapa ramalanku tersasar. Aku terpaksa menapak ke Maktab Mahmud
Putera yang letaknya sejauh satu kilometer dari Maktab Mahmud Puteri.

Jam di tangan sudah menunjuk arah 11.00. Mentari kian terik memancar. Tiba di
pejabat, terpaksa beratur panjang. Sabar menunggu giliran. Rakan-rakanku yang
cemerlang keputusan SPM kelihatan riang gembira, saling bertukar-tukar slip. Majlis
penyerahan keputusan sudah lama selesai.
Kini, sampailah giliranku.
“Bagi nombor giliran”, pinta Encik Syukri setelah aku tiba di mejanya.
“M093 303”. Jawabku ringkas.

5

Jari jemari Encik Syukri bergerak pantas, helaian demi helaian beliau meneliti lembaran
slip. Selepas beberapa detik berlalu, jemarinya terhenti. Matanya merenung. “M093
303, betul?”, soalnya ingin kepastian. “Ya betul”, aku mengiakan.
Degup jantung kian jelas kedengaran. Apapun realitinya aku perlu pasrah. Ya, Allah
tabahkan aku. Ajarilah hati ini menjadi kuat. Aku mengatur langkah ke suatu sudut yang
jauh dari kawan-kawan yang ramainya beruniform sekolah. Hanya aku yang berbaju
kurung berbunga ros merah hari itu. Situasi ini sudah cukup membuatkan aku terasa
kerdil, lambang pelajar yang pernah gagal ujian. Lambang aku tidak lagi layak digelar
pelajar sekolah agama yang tersohor itu.

Sebelah pintu masuk utama Maktab Mahmud Alor Setar, di sisi gerbang sekolah,
tersadai bangku batu sepanjang empat kaki. Kulabuhkan pinggul bertulang di situ. Slip
SPM kubuka, “Ya Allah! Pangkat Dua, Bahasa Melayu P7, gagal lagi aku, mak……” air
mata ini tumpah lagi. Kian bertali arus. Kian laju dan tidak dapat kubendung lagi
perasaan sedih, keciwa berbaur-baur di jiwa. Mak, runtuh hati ini mak. Maafkan aku
mak!

Ya, sepatutnya tatkala bunga-bunga kerisauan bercambah, aku perlu tambahkan
submission kepada Allah, bukannya melayan perasaan tak menentu. Sepatutnya aku
redho dan tabah, berserah kepada Allah sepenuh jiwa supaya Allah tolong uruskan
segalanya kerana Allah adalah sebaik-sebaik perancang. Tentu ada hikmahnya yang
menanti kelak.

Tiba di rumah jam menghampiri dua petang. Mak baru saja lepas menunaikan solat
zohor. Tiada kelihatan kelibat ayah. Adik bongsuku Asma, sedang bermain-main
dengan Buu. “Mak, chek dapat Pangkat Dua, bahasa Melayu P7, tak boleh minta
Maktab, tak layak mintak cikgu mak. Kena ambik bahasa Melayu lain baru boleh minta
cikgu”, jelasku kepada mak. “Yang lain semua elok ka?”. “Ya, elok mak, campur semua
dapat 21 unit, sepatutnya Pangkat Satu, tapi bahasa Melayu P7, tu yang chek dapat
Pangkat Dua mak”. “Tak pa lah, ada rezeki kemudian, boleh ambik periksa lain”, pujuk
mak.

Seminggu berlalu.

6

“Ayah, chek nak pi Kulim, rumah Kak Cik, nak daftar ambik periksa bahasa Melayu lain.
Bulan Julai nanti periksa tu ayah, bolehkan ayah?”, Soalku.

“Chek pi sorang berani ka, kalau berani pi la, sampai pekan, telefun Kak Cik dulu, takut
dia pi kursus ka, pi mana-mana ka, kalau Kak Cik tak ada kat rumah dia, chek jangan pi
Kulim”, pesan ayah satu persatu. Maklumlah aku tidak pernah ke Kulim bersendirian.
Tiga kali bertukar ganti bas dalam perjalanan ke sana. Dalam lingkungan empat hingga
lima jam baru tiba di Kulim.

Perancangan Allah mengatasi perancangan hamba-Nya. Aku tiba di rumah Kak Cik jam
12.00 tengah hari. Masih waktu bekerja. Terpaksalah aku menunggu sehingga jam
2.00 petang. Sebagai cikgu MRSM, Kak Cik perlu menjemput anak-anaknya di rumah
pengasuh selepas waktu sekolah tamat. Akhirnya Kak Cik tiba di rumahnya pada jam
2.30 petang.

“Mak ayah sihat, mak ayah kirim salam, ni lepat pisang mak kirim”, khabarku kepada
Kak Cik.

“Waalaikumussalam, masuk rumah dulu, nanti kita sembang, ni tolong dukung Along
masuk dalam”, arah Kak Cik yang jelas kelihatan akan kepenatannya. Mengurus hal-hal
sekolah. Mengurus dua anak lelakinya Along empat tahun dan Angah tiga tahun. Abang
ipar sebagai Pegawai Petronas, sudah tentu tiba lewat di rumah. Kerap kalinya, jam
7.00 petang baru sampai.

Esok pagi barulah aku ke Pejabat Pendidikan Daerah Kulim untuk mendaftar sebagai
calon SPM bahasa Melayu Julai (July Paper). Selesai urusan pendaftaran aku balik ke
rumah Kak Cik. Tahun itu, Kak Cik berjiran dengan Ustaz Azizi Abdullah, penulis novel
„Seorang Tua di kaki Gunung‟, teks Komsas Tingkatan Lima. Sempatlah aku
berkenalan dan meminjam novel-novel daripada Ustaz Azizi selama aku berada di
rumah Kak Cik. Hujung minggu itu, aku dan Kak Cik sekeluarga pulang ke kampung.

Tinggallah aku dengan mak, ayah dan adik bongsu. Sementara menanti bulan Julai
tiba, aku belajar memasak, belajar menjahit dan juga belajar mengemas rumah. Ala-ala

7

bakal suri rumah lazimnya. Di selang-seli dengan latihan bahasa Melayu set soalan
SPM tahun-tahun sebelum itu.

Kini tiba saat yang ditunggu-tunggu.

Aku calon bahasa Melayu SPM Julai 1986. “ Kita pi awal sikit, nanti Kak Cik lambat pi
sekolah, kita pi Sekolah Menengah Badlishah dulu, nanti tanya Pak Guard bilik
peperiksaan BM Julai, nanti dia tunjuk, lepas periksa terus balik, jangan singgah
menyinggah pulak”, pesan Kak Cik panjang lebar. “Faham?”. “Faham cikgu”, aku akur
saja arahan Kak Cik, maklumlah Kak Cik cikgu bahasa Melayu. Emmm….

Selepas bertanyakan Pak Guard akan lokasi Dewan Peperiksaan, aku menapak ke
dewan. Setiba di situ, masih kosong, hanya aku yang terawal tiba di situ. Meja kerusi
sudah berlabel. Mataku meninjau meja yang berlabel M249 706. Pesan Tok Wan,
sementara menanti tibanya waktu peperiksaan, bacalah selawat kepada junjungan Nabi
kita, selawat banyak-banyak akan menenangkan jiwa kita yang tidak tenteram. Hati kita
sentiasa tidak tenteram, hatilah yang selalu menghasut dan memesongkan emosi dan
fikiran kita.

Aku menoleh perlahan-lahan sebaik saja mendengar bunyi derap sepatu yang makin
kuat. Tentu ada seseorang sedang melangkah ke sini. Aku melemparkan senyuman
kepada insan yang baru tiba di muka pintu dewan. “Tentu cikgu, ….”, bisikku sendiri.
Bersamanya dijinjing sebuah bag sandang berwarna hitam. Kuperhatikan saja insan itu
dari jauh. Matanya melerek ke arahku lalu mengukir senyuman. Aku membalas
senyumannya. “Wah! hendsome betul cikgu ni, bergaya.” Ku alihkan pandangan ku
keluar dewan. Sudah ramai calon lain sudah sampai. Sebaik saja seorang guru
perempuan datang, semua calon yang berdiri di luar dijemput masuk. Jam 8.00 pagi
bermulalah kami memerah otak, meneliti arahan soalan, memikirkan jawapan dan
mengarang jawapan seperti yang ditakdirkan. Selesai waktu peperiksaan, aku terus
pulang ke rumah Kak Cik seperti yang dipesan.

Sementara menunggu keputusan bahasa Melayu SPM Julai diumumkan, Kak Cik
meminta aku menyambung pelajaran di sekolah swasta yang terletak di Bukit
Mertajam. Perlu restu mak terlebih dahulu.

8

Ogos 1986. Aku mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Masyriah, Bukit Mertajam.
Sekolah Agama Swasta. Aku ditempatkan di kelas Enam Rendah Satu. Ku kira, semua
rakan baru ku adalah yang senasib denganku. Apapun situasi mereka, biarlah.
Harapan mak tak boleh aku singkirkan begitu saja. Mak mahu aku jadi cikgu, macam
Kak Cak, macam Kak Cik. Arwah Tok Wan pula nak aku jadi „orang besar‟. Tak pernah
aku lupa harapan mereka. Sikit pun tak.

Memandangkan aku pelajar baharu, rakan-rakan yang lain telahpun belajar empat
bulan yang lalu, sebaik sahaja keputusan SPM diumumkan. Rata-rata mereka
mendapat Pangkat Tiga. Kukira aku jauh lebih beruntung. Apapun, hanya itu pilihan
yang ada untukku mengejar cita-cita sehingga berjaya sebagai „orang besar‟. Maka aku
perlu usaha berlipat ganda. Tiada istilah putus asa dalam kamus hidupku.

Disember 1986, keputusan bahasa Melayu SPM Julai diumumkan. Kak Cik yang tinggal
di Kulim, segera mendapatkan slip bahasa Melayu Julai di Pejabat Pendidikan Daerah
Kulim. Alhamdulilah aku peroleh P5. Dan aku layak memohon Kursus Perguruan
seperti yang diidamkan.

1 Januari 1987, hari pertama aku kembali melangkah ke sekolah swasta itu dengan
harapan dapat mendaftarkan diri sebagai calon STPM. Bimbang yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran. Bimbang permohonan ke Maktab Perguruan tidak
kesampaian.

Mac 1987, selepas tiga bulan mengikuti kelas, “seronok nampak hari ini?” Aku
dikejutkan oleh satu suara garau dari sebelah. Aku terkejut seketika. Lamunanku
terganggu serta-merta. Aku berusaha untuk mengembalikan tumpuanku yang
terganggu dengan suara garau itu.

Perlahan-lahan aku menoleh dan mengukir senyuman untuknya. Mata kami bertaut.
Aku pejamkan mataku, terasa semacam ada sesuatu yang masuk. Menusuk kalbu. Tak
pernah kurasa begini. Jatuh cintakah aku? “hendsome betul dia”, bisik hati kecil ini.
Suara hati ku di kala senja remaja. “Biarlah dulu, malula kalau aku mula, haish
janganlah perigi cari timba. Ajarilah hati supaya tidak gelojoh, tidak beradap, ikut hati
mati, ikut rasa binasa.

9

Hari kedua, Si hendsome bertindak lebih berani. Kusabar menanti bas tiba seperti
lazimnya. Sebaik bas tiba, kami seramai enam orang, satu persatu meniti anak tangga.
Aku yang ke lima dan dan si hendsome orang yang terakhir. Aku memang gemar
memilih kerusi yang hampir dengan pintu bas. Kulabuhkan pinggulku yang tak berisi
itu. “Aduh!” , siku kiriku tersadung di binggai tingkap bas. Terasa ngilu sekali. Tak
semena-mena, si hendsome melabuhkan pinggulnya di sebelahku. “Sakit?”. Aku diam
seribu bahasa. Malunya aku waktu itu. Sudah tentu Si hendsome perhatikan situasi aku
sebentar tadi. Bas terus meluru ke pekan. Tiba di separuh jalan, Si hendsome melunasi
tambang bas hari itu. Tidak pun kuucapkan terima kasih. Malu makin menebal sehingga
aku lupa akan bayaran itu.

Hari ketiga, “Awak Hamidah kan? Dari Kulim?” Tanya Si hendsome sambil anak mata
memandang tepat ke arah anak mataku. Aku anggukkan kepala sambil mengukir
senyuman. Masih malu tapi teruja di jiwa yang bergelora. Akhirnya kami akrab
berkawan. Perpustakaan Awam Bukit Mertajam menjadi saksi pertemuan kami pada
hujung minggu. Genap setahun kami berpacaran. Sempatlah aku merasa akan kasih
dan perhatian daripada seorang yang dikasihi. Ruang hati ini terisi.

Mei 1987, aku menduduki ujian bertulis bagi tapisan pertama sebelum ditemuduga
sebagai peserta kursus di Maktab Perguruan. Jika tiada surat panggilan temuduga, itu
bermakna aku gagal ujian bertulis.

Dalam kesibukan belajar dan berpacaran itu, aku terlupa yang bahawa aku telahpun
gagal ujian bertulis secara automatik apabila peserta kursus perguruan yang berjaya
telah mendaftarkan diri di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim pada Julai 1987.

Setahun 1987 itu, sebagai calon STPM di sekolah swasta, aku belajar berkawan
dengan kaum Adam, termasuk seorang guru sekolah rendah lulusan Maktab Perguruan
yang menyambung pelajarannya di peringkat STPM. Waktu itu, guru bahasa Melayu
aku kurang mahir sebenarnya pada nilaian aku, maklumlah sekolah swasta, main
tangkap muat saja, guru yang tidak mendapat apa-apa latihan perguruan secara formal.
Hanya guru subjek Sejarah dan Pengajian Am, lulusan USM dan UKM, dua subjek ini
aku selesa menerima pengajaran yang guruku sampaikan.

10

Cikgu Ibrahim Yaakub yang berasal dari Selama, Perak dan Cikgu Puzer Muhammad
yang berasal dari Padang Serai, Kedah. Kedua-dua orang guruku ini kami berkawan
rapat sehinggalah aku menjejakkan kaki ke menara gading dua tahun selepas itu. Kami
sering berutus surat sebaik sahaja selesai tamat peperiksaan STPM pada tahun 1987.

Cikgu Puzer, aku digelarnya “murid nakal”, emmm…

Keputusan STPM ku tidak membanggakan, Si Hendsome berjaya mendaftarkan diri
sebagai siswa UKM dan tinggalkan aku tercari-cari hala tuju yang tidak keruan itu,
Dengan keputusan 1A , 2E dan 2R, keputusan yang tidak melayakkan aku ke mana-
mana universiti, huhu…

Menumpang rezeki di Selatan Thailand

1 Januari 1988. Atas keperluan dalam perkhidmatan, Kak Cik dipindahkan ke MRSM
Beseri, Jalan Kaki Bukit, Perlis. Sementara menunggu keputusan STPM 1987 itu, aku
mengikut Kak Cik berpindah ke sana. Sementara Kak Cik dapatkan pengasuh untuk
adik Mat anak ketiganya yang baru berusia dua tahun. Tinggallah aku dengan Kak Cik
dengan jawatan „pengasuh‟. Sebagai majikan yang tidak rasmi, Kak Cik membayarku
gaji bulanan sebanyak RM 200.00.

Februari 1988. Aku mengisi borang permohonan kursus perguruan lepasan SPM kali
kedua.

Mac 1988. Aku mengisi borang STPM kali kedua juga. Entah keberapa kali urusan
pengisian pelbagai jenis borang. Mahir sudah aku. Alah bisa tegal biasa.

Aku mengikuti kelas tuisyen pada waktu petang, sebaik sahaja Kak Cik pulang ke
rumah. Masuk bulan Ogos, Kak Cik sudah dapatkan pengasuh untuk adik Mat. Along
sudah masuk darjah satu dan Angah pula sudah ke tadika. Mereka tidak perlukan
pengasuh. Empat bulan berbaki sebelum tibanya peperiksaan STPM. Kuranglah
bebanku bila ada khidmat pengasuh khas untuk adik Mat, namun sudah menjadi
kebiasaan adik Mat lebih bermanja denganku. Maka aku tiada pilihan, masih mengikuti
tuisyen STPM di sesi petang.

11

Aku menduduki STPM kali kedua pada November 1988 sebagai calon persendirian.
Sebenarnya, hari pertama aku melangkah keluar dari rumah itu, tiada keyakinan pun.
Menapak ke dewan peperiksaan Sekolah Jenis (K) Jit Sin. Berlatar belakangkan
pendidikan agama, tapi kini ku berada di dewan sekolah yang begitu asing, sekolah
yang „tiada nama‟, malah bukan tersohor pun. Aku tidak menaruh harapan yang besar
untuk meraih walau sebutir A.

Al-akmalul minal niat. Setiap amalan itu bergantung kepada niat.

Mac 1989, keputusan STPMku sekadar memperoleh 3E dan 3R. Padanlah dengan
usahaku yang tidak menentu sekadar mengikuti kelas tuisyen dua jam sehari itu.
Berpatutan dengan niat hari pertama aku melangkah ke dewan peperiksaan. Sesuai
benar dengan 3E dan 3R yang tertera pada slip. Sebaik saja slip dibuka, mata hitamku
kiam berbalam, 3E 3R, tiada sebarang makna.

Aku melangkah longlai ke pintu pagar sekolah. Jari jemariku digenggam erat,
menggupal slip bersaiz 10 inci x 6 inci itu sambil mengatur langkah satu persatu. Di
sudut kiri pintu pagar kelihatan pondok pengawal. Berdiri sasa seorang pengawal lelaki
sambil matanya memandang tepat ke arahku. Di sisinya terdapat tong hitam tanpa
tudung. “Ya, di situ selayaknya slip ini tempat kau”. Kulapkan air mata dengan bucu
lengan baju kanan. Slip masih dalam genggaman kiri. Sebaik tiba di tepi tong hitam
tanpa tudung itu, kucampakkan ia. “Selamat tinggal slip, selamat tinggal kegagalan…”

Allahu Rabbi. Dugaan ini sungguh berat untuk aku telan. Air mata tak dapat aku tahan,
dada yang ketat setelah berkali-kali gagal. Menahan sebak, akhirnya pecak bagai
empangan. Membuak-buak air mata keluar. Setiap kali Allah uji, carilah apa hikmat
Allah nak bagi. Didik hati. Dekati Rabbi. Itulah terapi hati!

Setiba di rumah, Lot 1551 itu, aku terus naik ke ibu rumah. Berkurung sejenak di dalam
bilik. Kucapai Quran terjemahan tulisan jawi. Dalam Quran itu tersimpan rapi empat
keping RM 50.00. “Cukup ni untuk bayar duit pendaftaran STPM, ini rezeki titik peluhku
sendiri, upah sebagai pengasuh, moga kali ini aku meraih kejayaan”, ku mencipta azam
baharu. Nekad. Aku tidak boleh gagal lagi.

12

Selesai solat asar hari itu, aku menghampiri mak. Mak tercungap-cungap menyorong
anak batu giling di atas pelenggar belakang rumah. Asma adik bongsuku mengusap-
ngusap belakang Buu. Lapan tahun sudah usia Asma. Makin comel pulak adikku ini.
Makin cerah kulitnya. Aku memandang tepat ke arah mak. Jantungku makin kuat
berdetup-detap, bimbang berbaur keciwa. Luahan harapan baharu bagai tersekat di
halkum. Kian sempit dan menghimpit nafasku. Akhirnya “mak, chek kena ambik periksa
lagi, tak boleh minta universiti mak, chek dah buang slip periksa dalam tong sampah,
tapi kali ni chek nak bayar guna duit sendiri, duit yang Kak Cik bagi masa jaga adik
Mat”, jelasku panjang lebar.

“Ha, ambik periksa lain, tapi duduk dengan mak, mak masak jaga makan minum hang,
mak nak hang masuk universiti macam Kak Cik hang, mak nak hang jadi cikgu macam
Kak Cak , macam Kak Cik hang, biaq mak dengan ayah yang cari duit, kalau hang tak
mau hidup susah hang pi ambik periksa lain, duduk dengan mak, depan mata mak, mak
boleh tengok hang setiap hari, tengok hang belajar waktu malam”, mak luahkan juga
apa yang berbuku di hatinya petang itu.

Akurlah aku dengan keputusan mak petang itu.

Sementara itu, aku telah pun mengisi borang Maktab Perguruan kali ketiga. Masih tak
putus harap untuk bergelar guru lepasan SPM. Serentak dengan pendaftaran calon
STPM pun juga ketiga kalinya. Kali ini tidak lagi seperti kali pertama atau kali kedua
pendaftaran STPM. Aku memilih SMK Subang Alor Setar sebagai tempat untuk
mengejar cita-cita. 22 tahun sudah usiaku tahun itu. Aku kembali bertudung, berbaju
putih dan berkain biru. Memakai lencana sekolah, tanda nama dan berkasut putih
seperti lazimnya pakaian rasmi budak sekolah. Bangun awal untuk ke sekolah.
Menunggu bas seawal 6.00 pagi. Pernah diejek sepupu yang sudah beranak empat .
“Kak Dah ni, apa la… orang dah empat anak… dia dok pakai baju sekolah lagi?”. Ah!,
biarkan, ini hari dia, hari aku akan tiba nanti. Dendam membara di jiwa tanpa dipinta.
Ya Allah! Hinakah aku mengejar cita-cita, mengejar impian?
Ya Allah! Aku berusaha untuk berjaya, berkhatilah usahaku ya Allah, bantulah aku
untuk mencari keredhoanmu. Tiada apa yang perlu dikesalkan. Tiada sapapun yang

13

perlu diperbetulkan. Suratan takdir untukku sudah pun berlalu begitu. Masa kini yang
perlu aku hadapi dengan tabah.
2 April 1989.

Bersekolahlah aku dalam usia yang mencecah 22 tahun pada 12 Mei 1989 itu. Jika
direnung pada raut wajah, aku kelihatan seperti baru mencecah 17 tahun. Kerana awet
muda dan baby face itu, aku didekati oleh pelajar Tingkatan tiga. Untuk kali ketiga dia
menduduki peperiksaan SRP. Manakala aku kali ketiga menduduki STPM. Emmm….
Betul-betul gila ku rasa. Namun aku tidak sesekali cepat melatah. Betulkan niat,
fokuskan matlamat. Bukan kasih, simpati dan cinta yang kucari di situ. Realitinya aku
memburu cita-cita. Ingat itu!

Hari ketiga bulan Jun sudah. Pintu kelas berkeriuk ditolak seseorang. Tanda akan ada
guru yang masuk. Mataku merenung tepat ke arah pintu. Seorang perempuan muda
berwajah kulit hitam manis berdiri di muka pintu. “Assalamualaikum, betul ini kelas
tingkatan enam?”. “Ya, betul”, jawab Rosli selaku ketua kelas kami.

“Saya cikgu Siti Mariam, cikgu Sejarah kamu semua. Cikgu Azam dah berhenti.
Sambung belajar di USM. Saya penggantinya”, cikgu Mariam perkenalkan diri.

“Saya baru saja habis belajar di USM, saya ambil pendidikan di USM dalam bidang
Sejarah, harap kamu semua boleh menerima saya sebagai guru Sejarah yang baharu”.
Mungkin saya kurang pengalaman mengajar, tapi saya cuba beri yang terbaik untuk
kamu semua. Saya dulu ambil STPM di sini juga. Lulus cemerlang dan dapat masuk
USM. Saya berharap sangat-sangat kamu semua berjaya seperti saya.” Panjang lebar
sesi perkenalan cikgu Siti Mariam dengan kami.

Alhamdulillah, inilah yang ku mahu. Subjek Sejarah memang minatku sejak Tingkatan
Satu. Kini, aku mendapat mentor yang benar-benar sesuai dengan kehendak hati dan
jiwaku.

November telah tiba. Kali ketiga aku menduduki Peperiksaan Tinggi Pelajaran
Malaysia. Pusat peperiksaan yang ditentukan untuk kami calon STPM 1989 tahun itu
adalah di Kolej Sutan Abdul Hamid (KSAH). Sekolah tersohor sejak zaman penjajahan

14

British. Sekolah yang banyak melahirkan tokoh elit. Aku menumpang aura mereka.
Setiap inci bumi KSAH adalah bekas jejak langkah insan-insan hebat sejak berkurun
lamanya. Letaknya KSAH, tidak jauh dari Stesyen Bas Mara, Alor Setar. Dengan
angga giliran KOB / 2112 aku benar-benar bersedia bertarung. Biar halilintar membelah
langit, membujur lalu melintang patah, biar guruh berdentum dentam, aku tidak peduli
lagi. Satu saja impianku. “Aku mesti masuk „U‟”.

Dari hari pertama hingga lah ke hari terakhir, dari kertas pertama hinggalah kertas yang
terakhir, aku yakin jawapanku kali ini benar-benar all out. Kalau gagal lagi kali ketiga ini,
tiada lagi kali keempat. Aku tidak akan mengulangnya lagi. Sampai bila-bila pun. Aku
tekad.

“Sudah-sudahlah usaha kau mengisi borang itu ini berkali-kali, bukan masanya lagi kau
berpakaian baju budak sekolah itu”, ku bermonolog sendiri. Satu persatu bagaikan
tayangan Drama Minggu di RTM. Silih berganti memoriku terungkap tanpa jemputan.
Betapa banyaknya mata pena dan lembaran jawapan peperiksaan yang tersasar itu
hadir dari jemariku. Hadir dari idea, pemahaman dan pemikiranku. Betapa banyaknya
kegagalan tercatat pada slip keputusan. Laluan hidup yang berliku-liku tak mampu lagi
aku teruskan. Aku akan berhenti di nokhta yang terakhir, jika aku gagal lagi.

Menanti Keputusan STPM 1989 penuh debaran.

Sebelum tiba bulan Mac.
Aku cuba mencari pekerjaan di bandar Alor Setar. Sehari suntuk aku meronda dari satu
permis ke satu permis untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakanku
dan juga minatku.
Hari kedua, aku mengatur langkah lagi. Alhamdulillah, hari kedua rezeki memihak
kepadaku. Aku diterima bekerja sebagai Jurujual di salah sebuah kedai buku JM Books
Stor . Tersohor di Alor Setar ketika itu . Tidak jauh letaknya dengan Sekolah Menengah
Subang. Gaji permulaan yang ditawarkan sebanyak RM 300.00. “Wow! lumayan tu”,
bisik hati kecil ini. Untuk diriku saja sudah memadai kerana masih tinggal di kampung
bersama ibu ayah.

15

Hari pertama bekerja sebagai jurujual. Aku diminta melabel harga pada buku dan
menyusunya di rak mengikut kategori dan jenis buku. Buku paling popular waktu-waktu
awal tahun ialah buku latihan ulangkaji keluaran Preston dan Sasbadi. Awal-awal tahun
1990, ramailah pelajar mendapatkan buku latihan ulangkaji berfokus atau topikal.
Selepas jam 2.00 petang ramai sekali pelajar mengunjungi JM Books Stor. Aku dan
seorang lagi pekerja, Kak Manisah namanya tak menang kaki tangan kami melayan
mereka.

Hari kedua. Aku dan Kak Manisah diarah memasukkan buku ke dalam kotak. “Ada
tempahan yang perlu dihantar”, jelas penyelia tanpa dipinta. Aku dan Kak Manisah
menyepi seribu bahasa, mengikut sahaja arahan penyelia kami, Mohammad Najib.
Beliau seorang India muslim. Agak garang wajahnya, Tidak banyak bercakap, kurang
mesra, melainkan arahan semata-mata untuk kami.

Hari ketiga. Sebaik pintu kedai dibuka, aku, Linda, Kak Manisah dan Pak Long Rosdi
masuk ke kedai. Terus ke bahagian stor simpanan buku-buku yang ditempah. Belum
tiba waktu kerja. Waktu bekerja yang ditetapkan ialah jam 9.00 pagi hingga jam 5.00
petang. Kedai dibuka untuk orang awam bermula jam 10.00 pagi hingga jam 5.00
petang. Tak semena-mena hari itu, penyelia kami merungut-rungut. Kurang jelas
butiran rungutannya. Sekadar melepaskan rasa ketidakpuasan atau meluahkan
kemarahan pun aku tidak pasti. Anak mata Linda mengerling ke arah Kak Manisah, Kak
Manisah mengalih pandangan ke arah Pak Long Rosdi. Pak Long Rosdi memberi
isyarat nonverbal. Mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak memahami rungutan
Mohammad Najib. “Biarlah dia, kena marah dengan bos barangkali”, Pak Long Rosdi
meramal. “Jom kita sarapan dulu, jom Midah, Pak Long belanja hari ini”, rezeki jangan
ditolak. Aku menurut Pak Long dari belakang, menuju ke sudut kiri stor. Kami
menikmati sarapan bersama-sama. Nasi goreng yang mak bekalkan untukku pagi itu
enak sekali kurasa. “Midah masak ka nasi goreng ini?” soal Kak manisah ingin tahu.
“Tak la kak, mak yang sediakan, sekali goreng untuk adik.” “ Sedap, lain kali bawa lagi
na”, pinta Kak Manisah. Aku anggukkan saja.

Selesai bersarapan, Pak Long Rasdi menggangkut kotak-kotak buku tempahan ke
dalam van melalui pintu belakang kedai. Dari jauh ku perhatikan penyelia kami sudah

16

berada di ruang pemandu, sambil melemparkan pandangan tajam ke arah Pak Long.
Mulutnya berkumat kamit, masih tidak berpuas hati dengan rungutan yang tidak berbutir
itu. Aku dan Kak Manisah membantu Pak Long Rosdi mengangkut kotak alat tulis ke
dalam van. Ke mana barang-barang ini dibawa, aku tidak pasti. Bukan urusanku.
Biarlah penyelia dengan egonya yang urus. Biarkan dia.

Jam 10.00 pagi sudah. Aku menarik selak pintu besar kedai. Kak Manisah turut
menarik dan menyorong pintu besi kedai. Sekali sorong saja, pintu besi terperosok di
sudut kiri pintu utama kedai. Kak Manisah pindah ke pintu kanan pula. Linda
menyusun barang-barang di atas meja cashier, begitulah rutin kami. Aku sikit-sikit
belajar. Banyak bertindak sebagai pembantu kedai dan pelayan pelanggan. Kami tidak
dibenarkan duduk semasa bekerja. Patuh saja aku arahan bos. Budak baru belajar.

Hari kesepuluh. “ Midah dengan Manisah, sini kejab”, bosku yang botak separuh kepala
itu memanggil kami berdua ke biliknya. Tanpa berlengah, aku dan Kak Manisah
berjalan ke biliknya. Entah kenapa, tak semena-mena jantungku berdegup pantas. “Ada
aku buat salah ka? Eish… risau benar.

“Esok pagi kamu berdua datang awal sikit, sebelum pukul lapan. Kita perlu ke
Mergong. Jam lapan pagi kita mesti sampai di kilang cetak, ada barang yang nak kena
angkut, kamu ada nampak Si Najib, ponteng kerja ka?” bertubi-tubi arahan berbaur
pertanyaan terpacul keluar dari mulut bos. Aku pandang Kak Manisah, minta bantuan.
“Ha, Manisah, mana Najib ni?” “ Pukul Sembilan setengah belum nampak batang
hidung. Gaji nak cepat, kerja culas”. Tak bernafas dan tak bernokhtah rungutan bos
tentang Najib. Kak Manisah masih membisu seribu bahasa. Aku, jauh api dari
panggang untuk aku menjawab persoalan bos itu. Akhirnya, “Saya tak tahu bos, dari
minggu lepas lagi Najib macam ada masalah, asyik merungut tak tentu pasal, tak jelas
apa yang dia rungutkan. Kami semua tak pernah tanya dia, bos”. Jelas Kak Manisah
juga panjang lebar. Moga bosku terima penjelasan Kak Manisah dan kami boleh
bergerak ke rak untuk menyambung kerja yang tertangguh tadi. “Ha, pergi sambung
kerja, esok datang awal, jangan lambat-lambat pulak”. Baik bos.

17

Aku dah fikir. Pagi esok mesti bangun awal. Mesti tunggu bas pertama, jam 6.30 pagi
dari rumah. Jika terlepas bas trip pertama, habis la aku. Mesti datang awal esok, tak
boleh lewat.

Hari ke sebelas. Pertama kali aku menaiki van syarikat yang dipandu sendiri oleh bos.
Si Najib masih menghilang entah ke mana. Aku yang menurut perintah!, Aku duduk di
sebelah bos. Kak Manisah di sisi tingkap. Kami tiba di perkarangan kilang cetak tepat
jam 8.00 pagi. Bos melaporkan diri di pondok pengawal sebelum kami dibenarkan
masuk ke kawasan kilang. Hadirnya kami bertiga , disambut oleh seorang wanita
separuh umur. Cantik, walaupun nampak sudah garis-garis usia pada wajahnya. Kami
bersalaman. Mataku melerek ke tanda namanya. Choo. Ringkas sahaja. Kami diiring
ke bilik pejabatnya. Kemas, bersih dan tersusun fail-fail di almari berpintu kaca. Label
berwarna pink dan hijau. Mungkin ada kepentingan tertentu berkenaan warna label itu
pada tulang fail .

Hari ke dua puluh. Encik Najib kembali bekerja seperti biasa. Masih membisu seperti
sebelum ini. Kami tidak ambil peduli dengan feelnya. Masing-masing menjalankan
tugas seperti biasa. Aku dan Kak Manisah menyusun set latihan ulangkaji. Esok pagi,
buku-buku ini akan dihantar ke Sekolah Menengah Alor Janggus. 80 buah semuanya.
Bos mengarah aku dan Kak Manisah turut ke sana bersama Encik Najib. Semoga
semuanya berjalan lancar.

Tiba hari gaji sebagai juru jual.

Berkat kerajinanku , majikan menyerahkan gaji pertamaku sebanyak RM 930.00.
Alhamdulillah, benar-benar lumayan, selepas waktu bekerja aku dan rakan-rakan
termasuk Pak Long Rasdi meraikan hari gaji kami, tanpa kusedari sudah lewat senja
dan aku tertinggal bas untuk pulang ke rumah.

“Ya, Allah! bas terakhir dari pekan dijadualkan pada jam 8.30 malam, sudah tentu aku
akan tiba lewat di rumah nanti”, berkecamok sudah mindaku waktu itu. Dan ibuku,
sudah pasti bagai kucing kehilangan anak, pasti itu keadaannya.

18

Aku tiba di rumah tepat jam 9.00 malam. Ayah belum pulang dari masjid. Lega. Tapi
aku pasti berhadapan dengan mak. Tak kan boleh elak walaupun seinci. Pasti. Cepat-
cepat aku menyelinap masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik. Berlakon seperti tiada
apa-apa kesalahan yang telah aku lakukan. Malam itu aku lalui seperti tiada keanehan,
tapi perasaan ini tidak dapat kutipu diriku.

Tiba lagi subuh yang hening. Syukur Ya Allah, Kau limpahkan rahmat-Mu yang tak
terhingga buatku. Aku masih diberi peluang menikmati hembusan bayu pagi tanpa
bayaran sesen pun. Alhamdulillahi lazi ahya na ba‟dama ama tana ilaihinnusyur.

Aku bangun dari tempat tidur. Jari jemariku memegang dan menarik-narik cadar tilam
supaya kembali lendik. Ditepuk-tepuk bantal peluk yang sampulnya sudah berminggu
tidak dicuci. “Emm…. Bau diri sendiri, wangi”, aku tersenyum sendiri, masuk bakul
angkat sendiri. Siapa pun tak tahu akan takdir sebentar lagi.

Tiba di muka pintu bilik mak, langkahku terhenti. Khur semangat. Mak berdiri tegak
memandang tajam ke arahku. “Hari ni tak payah pi kerja, duduk rumah buat apa yang
patut”, arah mak dengan tone suara yang tinggi. Kelopak mata mak dibuka luas-luas.
Hampir tersembul biji mata mak.

Aku akur, aku faham mengapa arahan mak begitu. Mak tahu aku pulang lewat.
Hu…hu….

Mac 1990.

Tiba hari yang kutunggu-tunggu. Pagi itu, terasa akan kelainannya. Berbeza
debarannya dengan hari-hari sebelum ini jika tiba hari keputusan diumumkan. Mungkin
kerana aku telah berjanji „tiada lagi ulangan kali empat, ulangan STPM kali ketiga ini
adalah kali terakhir‟. Betul. Aku bertekad, jika gagal STPM kali ketiga ini, aku tidak
akan mengulangnya lagi untuk kali keempat. Tak kan.

Jam sudah menunjukkan angka 10.00 pagi. Mentari sudah kian terik. Selesai solat
dhuha, aku ditegur mak. “Kata hari ini nak pi sekolah, ambik keputusan periksa?” Tanya
mak. “Lambat sikit mak, rasa takut pun ada”. “Pi awai, boleh balik awai, borang

19

universiti tu boleh isi cepat-cepat”. Mak macam confidence saja yang aku layak mengisi
borang UPU. Entah la, firasat mak mungkin ada benarnya.

Aku tiba di pintu pejabat sekolah tepat jam 12.00 tengah hari. Kelihatan dari jauh, Puan
Rokiah sedang membelek-belek fail di hadapannya. Encik Ramli pula sedang menaip
sesuatu. Ketup ketap bunyi ketukan mata aksara. “Ha, baru sampai ka?”, tegur cikgu
Siti Mariam yang tiba-tiba datang dari arah belakangku. Belum sempat aku berkata-
kata. “Tahniah, kamu best student STPM tahun lepas”, cikgu Siti menghulurkan
tangannya kepadaku, lantas kusambut salamannya itu. Mata kami bertaut. Terasa
mataku berkaca. Kian kesamaran apa yang berada di hadapanku. Lalu jatuh berjurai air
jernih bagai mutiara terputus talinya. Mak, betul firasat mak, benar rasa hati mak, berkat
doamu mak. Terima kasih mak. Syukur ya Allah!

Slip selebar 15cm x 20cm yang kuterima, K08/2112, tertera sudah Gred 5 mata
pelajaran 1A, 1B,1C, 2D dengan mata kreadit 62. Alhamdulilah ya Allah dan air jernih
kian membasahi bahu cikgu Siti Aminah. Syukur.

Tidak seperti selalunya bila aku tiba di rumah. Mak sudah setia menanti akan
kepulanganku. Duduk bersahaja di atas pangkin bawah ibu rumah. Di sebelah mak,
kelihatan Buu dan adik bongsuku Asma. Ayah pula, tengah mengheret galah panjang,
menuju ke pangkal pokok kelapa. “Ayah, sini dulu, tengok slip ni dengan mak, sat-sat
lagi la ayah kait nyior tu”, pintaku nada rayu.

Tanpa beralasan, ayah menyandar galah di pangkal pokok kelapa, terus ke arah mak
yang dari tadi berkumat-kamit mulutnya menyunyah sesuatu. Ayah melabuhkan
punggungnya di sebelah mak. Lantas, “Mai ayah tengok slip, elok ka?”. Aku diam, biar
ayah teliti dahulu. “Ha, elok ni, kalau ada A ni elok la, syukur anak ayah berjaya kali
ini”. Ujar ayah sambil matanya memandang ke arah mak. Mak seperti faham akan
pandangan ayah itu. “Mak dah simpan dah duit, sampai masa kita guna saja”. “Minta
UKM la, macam Kak Cik, kali ni mak nak pi sama hantaq Dah pi sana”. “Mak, belum isi
borang lagi, mak dah berangan, belum tentu dapat UKM mak”. Aku menyangkal angan-
angan mak. Bimbang mak pula yang keciwa nanti. Adikku yang dari tadi asyik
mendengar perbualan kami tiba-tiba mencelah. “Chek nak pi juga, boleh?”. Pinta adik.

20

“Nanti la, kak Dah isi borang dulu, pilihan pertama UKM dan pilihan ke dua USM, mana-
mana dapat kita pi na”, putus aku tanda penamat perbualan kami. Aku bangun dari
pangkin lalu melangkah masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat zohor hari itu.

Seperti kehendak mak, pilihan pertama UKM dan pilihan kedua USM. Tiada pilihan
ketiga dan keempat.

Sementara menunggu surat panggilan ke universiti, seperti selalunya aku akur dengan
arahan mak, belajar memasak dan menjahit. Persis lazimnya amalan anak gadis
terlewat rezeki dan perjodohan.

Mei 1990. Rakan pondok-pondok, Not telah kembali ke rahmatullah dalam usia 24
tahun. Ditinggalkannya sepasang anak sebagai waris penyambung generasi.
Innalillahiwainnailaihirajiun. Sementara Shima masih mendapat rawatan sakit jiwa,
keluar masuk wad yang tidak menentu jadualnya. Kasihan dia.

Di sini bermula kisahnya

Bulan Jun telah masuk hari keempat. Esok hari kelima. Malam masih tanpa bintang.
Kegelapan di mana-mana. Tidurku tidak lagi nyenyak seperti malam-malam yang
berlalu. Bulan Jun bulan penantian bagi pemohon ke menara gading. Dalam
kesamaran, ke belek jam di hujung kepala. Jarum pendek menunjukkan angka dua.
“Lambat lagi nak cerah ni”, malam itu kurasa begitu panjang sekali. Akhirnya tiba
dinihari juga.

5 Jun 1990.

Selesai solat subuh pagi itu, mak meminta aku sediakan adunan untuk sarapan.
“Bancuh tepung, kita goreng cucur udang pagi ni”, arah mak sambil menadah cerek di
kepala paip. “Sat lagi bancuh kopi, ayah nak bawa bekai pi „bendang lama‟, isi biskut
empat segi dalam plastik macam selalu”, arah mak lagi. Mak masih tidak percaya akan
tugas rutin yang dia arah untukku setiap pagi. Ayat yang sama diulang-ulangnya sejak
dua bulan yang lalu. Sejak aku tidak dibenarkan bekerja sebagai jurujual.

Mata hari sudah tinggi segalah.

21

Sejak masuk bulan Jun, aku gemar sekali duduk-duduk di pangkin bawah ibu rumah.
Di situ, mataku terus menghala ke hujung jalan bertar. Dari jauh aku akan nampak
kelibat abang posmen. Dari jam 9.00 pagi hingga melewati jam 11.00 pagi, di situlah
aku bermenung seorang diri. Mak tidak pernah berkata apa-apa setiap kali melihat aku
kegelisahan selama dua jam di atas pangkin itu. Kadang-kadang aku berperangai
seperti adik bongsuku. Ku masukkan Buu ke dalam buaian kain batik. Kubuai Buu
sehingga dia nyenyak tidur. Tak ubah seperti ibu sedang membuai bayinya. Resah
gelisah jiwa tidak dapat digambarkan. Hati bergelora bagai lautan dihempas badai.

Sinar mentari kian membahang, namun bayang abang posmen masih belum kelihatan.
Aku bangun dari pangkin, meninggalkan Buu yang masih nyenyak bermimpi. Aku
melangkah masuk ke dalam rumah dan terus ke dapur. Ku capai pemegang pintu peti
sejuk. “Baik masak, nanti mak pun tak bising-bising, ayah balik dari bendang terus
boleh makan, nanti-nanti sampai la abang posmen tu‟, kucuba pujuk diri.

Sebaik selesai masak, “Cuba tengok ni, surat masuk universiti barangkali, posmen
hantar tadi”, mak menghulurkan sampul putih bersaiz A4 kepadaku. Kucapai sampul
yang mak hulurkan, dikoyak perlahan-lahan hujung sampul. Hati-hati, jangan sampai
terjejas kandungannya. “Betul mak, dapat UKM ni, macam Kak Cik, syukur ya Allah”,
kulihat air mata mak berlinangan. Lantas kepeluk mak erat. Bagaikan tidak mahu
kulepaskan pelukan itu. Impian dan harapan mak telah kutunaikan. Berbunganya hati
ini apabila melihat mak terhibur. Mata putih mak yang sudah kekuningan itu kian
berkaca.

21 Jun 1990, Sah lah aku pelajar UKM sesi 1990/1991

20 Jun 1990, aku dan mak ke rumah Kak Cik. Dari situ abang iparku bersetuju
menghantar aku ke UKM. Aku akur saja dengan rancangan Kak Cik dengan suaminya.
Mereka berdua lebih arif urusan pendaftaran ini.

Kami tiba di Foyer Bangunan Pentadbiran UKM pada jam 7.30 pagi. Semua urusan
pendaftaran diproses di situ. Aku turut berbaris bersama siswa siswi yang lain. Aku
berdiri di belakang seorang siswa. Sedetik berlalu, datang seorang siswa lalu berdiri
dibelakangku. Kami dimaklumkan bahawa, ada 10 stesyen yang perlu kami lalui bagi

22

melengkapkan proses pendaftaran. Semuanya telah dilabel dengan jelas. Perlu
bersedia selama dua hingga tiga jam bagi melepasi 10 stesyen itu. Aku tidak kisah
berapa jam yang diperlukan. Yang pasti, inilah saat yang kutunggu sejak bertahun
lamanya. Yang mak tak putus-putus berdoa sekian lama itu. Pasti.

Selesai urusan Bayaran Pendaftaran Pelajar Baru, nombor pendaftaran 29866, dengan
kadar RM 369.00 dan resit bernombor 137863, maka sah lah sudah aku kini pelajar
Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, UKM sesi 1990/1991 yang bermula
pada tarikh 21 Jun 1990.

Tok Wan! Ini permulaan untuk kumiliki kehidupan „api dalam kaca air dalam besi‟ dan
jadi orang „besar‟. Semoga roh Tok Wan damai di sana.

Jam 11.00 pagi, selesai sudah urusan pendaftaran itu, kami bergerak ke Kamsis B,
(Komplek Siswa) untuk urusan pendaftaran Asrama. K5D 410. Itulah kamar kecil yang
menempatkan dua orang penghuni selama dua semester. Rakan sebilik dari Tanjung
Karang, Fakulti Pengajian Islam dan sudah tentu dia akan bergelar ustazah sebaik
tamat pengajian nanti.

Selesai sudah sesi orientasi pelajar baharu. Kini tiba waktu kuliah dan tutorial. Masih
tersesat lorong-lorong ke Dewan Kuliah. Bumi UKM yang berbukit-bukit itu agak
memenatkan aku. Mendaki tangga Kamsis B yang begitu curam dan tinggi sebanyak
dua kali sehari , menjadikan tubuhku yang kecil kian melidi. Daripada 45 kilogram telah
berkurang sehingga 38 kilogram. Tak ubah seperti murid Tingkatan lima saja layaknya.
Demi cita-cita , kujadikan ia satu cabaran. Alah bisa tegal biasa.

Minggu ketiga di UKM, terserempak aku dengan Si Hendsome, dia sudahpun tahun
ketiga. Kukerling mataku dari jauh. Sudahku maklumi dari 5 Jun lagi , sudah terlintas di
hatiku, aku pasti bertemu Si Hendsome bila tiba di UKM. Lambat laun kami pasti
bertemu jua. Dan hari ini sudah tiba waktunya.

Dengan penuh kerisauan dia menghampiriku yang dari tadi tidak berganjak ke mana-
mana. Bukan dia yang kutunggu. Aku menanti waktu Dewan Kuliah A dikosongkan.
Tiba masanya, jadual kuliah kursus ME 1163 Sejarah Eropah: Peradaban Awal. Tak

23

semena-mena dia meluru ke arahku. Terpacul saja amarah dari dia yang kerisauan
tanpa usul periksa. “Jangan dok cerita kat sapa-sapa yang kita pernah berkawan
sebelum ni, anggap ja kita tak kenai…..”. Aku tidak berkata apa-apa, sebaliknya
melangkah pergi ke dalam dewan. Aku di sini bukan mengejar kasih yang kau
tinggalkan dulu. Yang kau menyepi selepas setahun kita berpacaran itu. Tidak terlintas
pun di hati ini untuk mencari cinta di bumi UKM ini. Aku sedar siapa diriku dan tak
pernahpun aku lupa impian mak dan kini impianku sendiri.

Berlalulah detik-detik waktu yang kulewati di kampus sehingga berakhir semester
pertama sesi 1990/1991. Minggu peperiksaan sudah tiba. Aku kerap mengunjungi
Perpustakaan Universiti. Bukan untuk mencari bahan rujukan, tapi inilah masa aku
mengulangkaji, bertukar-tukar assignments dan mengikuti sesi perbincangan dengan
rakan-rakan.

Saat ini, bermulalah sesi pengenalan aku dengan siswa yang memegang nombor
pendaftaran 29865, yang turut beratur di hadapanku semasa hari pendaftaran empat
bulan yang lalu. Ku gelar dia X pramugara, jauh lebih hendsome daripada Si
Hendsome. Kami sama-sama berasal dari Kedah, dan dia orang kampung yang berjaya
menerjah keluar dari „norma kampung‟ sebagai pramugara MAS selama dua tahun.
Mengikuti kelas STPM pada hari-hari tidak bekerja dan kini bersama aku mengejar
impian di bumi UKM.

Lumrah norma kampus, dan kami pun termasuk dalam kelompok norma kampus . Kami
mula berpacaran sehinggalah hujung semester pertama sesi 1991/1992. Cuti semester
tahun itu, langsung dia ke Lot 1551 untuk berkenal-kenalan dengan ayah dan family
yang lain. Berani juga dia bertemu ayah untuk berbicara tentang kami. Aku yang sudah
maklumi dengan feel ayah, paling ayah tidak suka kami bercinta sedangkan kami jauh
dari pandangannya. Mulalah ayah membandingkan Kak Cik dengan aku. Kak Cik
diijabkabulkan pada semester kedua ketika dia di UKM. Tidak mungkin aku seperti Kak
Cik. Kami bukan mengenali sejak di bangku sekolah. Tidak sesekali sama situasinya
dengan Kak Cik. Entah apa yang ayah bualkan dengan X pramugara. Aku tidak pula
bertanya. Yang aku dengar dari mulut ayah, “Ayah suka ja, kalau hampa dua sama-

24

sama suka, tapi ayah tak suka dok berkawan tak tentu hala ni, darah muda ni, bukan
boleh percaya sangat”. Kutafsirkan bahawa ayah meminta dia melamar aku segera.

Selepas cuti semester pertama berakhir, tibalah semester kedua sesi 1991/1992. X
pramugara tidak lagi bertegur sapa. Berlalu seperti rakan-rakan lain. Seolah-olah tidak
pernah pun dia mengenali aku. Aku redho. Sudah itu takdirnya untukku. Ku mesti
tabahkan hati ini. Ku pujuk hati sendiri, sudah suratan takdir yang hidupku berliku-liku ,
penuh ranjau, onak duri yang perlu aku hadapi sepanjang hidup ini.

Di menara gading ini, kukutip ilmu yang melimpah ruah dalam segenap segi. Rezekiku
tidak memihak kepada kasih dan cinta sebaliknya menghimpun pengalaman yang
melaut dari sudut yang lain. Sebelum tiba cuti semester pertama sesi 1992/1993, aku
menjalani temuduga khas untuk mengikuti Program Angkat Yayasan Negeri Sarawak.
Aku lulus dalam sesi temuduga itu.

Disember 1992, anak nelayan di bumi Kenyalang

Seramai 10 orang pelajar UKM dari pelbagai Fakulti yang terpilih berangkat ke Bumi
Kenyalang. Betapa bangganya aku waktu itu. Pengalaman yang tidak dirasai oleh Kak
Cik dan juga Kak Cak yang selalu ayah banggakan. Lainlah abang Mat yang telah
berangkat ke Jepun beberapa tahun yang lalu itu. Abang Mat „anak jantan‟ ayah, mana
mungkin dibanding bezakan dengan aku.

Pada pagi yang damai dan tenteram itu, selepas satu jam 30 minit kami „terbang‟ dalam
„belon MAS‟, aku dan rakan yang lainnya mendarat di Lapangan Terbang Kuching.
Itulah satu-satunya terminal pengangkutan udara yang menghubungkan rangkaian dan
jalinan pengangkutan udara antara Airport Subang- Kuching. Sebaik turun dari
pesawat, dan tiba di ruang pemeriksaan kastam, kami mesti melalui proses wajib iaitu
pemeriksaan pasport wilayah. Selesai urusan mengecap pasport wilayah, barulah kami
dibenarkan masuk ke ruang bagasi di luar terminal ketibaan (Aircraft Arrived Process –
disembark passenger, loading baggage, cleaning ). Tiba di Lapangan Terbang Kucing
pagi itu, kami disambut dengan meriah sekali. Dalam ramai-ramai itu, akulah yang
teruja. Tidak pernah kuimpikan untuk terbang jauh ke seberang laut. Yang ku tahu,

25

aku ingin memenuhi impian mak, impian Tok Wan yang mahukan aku menjadi „orang
besar‟.

Aku dan tiga orang rakan perempuan, Fauziah dari Tanjung Karang Selangor, Maryani
dari Sungai Buloh, Selangor dan Julia, dari Pulau Pinang ditempatkan di rumah Dato‟
Aziz, usahawan terkenal di Bandar Kuching. Kediaman beliau tidak jauh dari SMK Tun
Abang Haji Openg. Tidak pasti pulak aku lokasinya kediaman Dato‟. Selama lima hari
di sini, kami diperkenalkan pelbagai jenis makanan traditional Sarawak. Kami juga
dibawa melawat Kilang Pasu, Kilang Kek Lapis, Kilang Cetak Batik Tradisional Sarawak
yang bercorak Pua Kumbu dan Kilang Kraf Tangan. Pengalaman yang tidak mungkin
mampu dibeli.

Hari keenam, tiba waktunya kami menjelajah ke desa. Kampung Buntal, Kuching,
Sarawak. Tidak jauh dari Kampung Budaya Sarawak di baratnya dan Taman Negara
Bako di timurnya.

Kami tiba di sana jam kurang lebih 12.00 tengah hari. Ketua kampung dan para ibu
bapa angkat sudah lama menanti akan ketibaan kami. Meriah .

Bau semerbak menu tengah hari itu, makin dekat kian menyusuk hidungku. Kecur air
liurku. Perut yang tidak diisi sejak jam 8.00 pagi sudah mula berkeroncong. Lenggang-
lenggok bas yang membuai kami sepanjang perjalanan menjadikan perutku makin kuat
berkeriuk.

“Jemput anak-anak semua ke meja makan dulu, kita jamah makanan, selepas ini baru
kita teruskan dengan majlis penyerahan anak angkat”, jemput Ketua kampung. Pak
Kumil. Itu saja nama yang kami dimaklumkan oleh pihak urus setia. Kemudianlah aku
jalankan siasatan selanjutnya. Aku berilusi sendiri.

Selesai menikmati juadah tengah hari, kami dijemput berkumpul di balai raya untuk sesi
penyerahan anak angkat. Hanya lima keluarga yang akan terlibat dalam sesi
penyerahan ini. Aku dan Julia diserahkan kepada pasangan Encik Saari dan Puan
Embun. Kini bermulalah kami sebagai anak nelayan untuk tempoh tiga minggu.

26

Aku yang asalnya anak petani, Julia yang asalnya anak peniaga dan tinggal di Bandar
George Town, begitu asing dengan kehidupan nelayan. Inilah yang dikatakan meraih
ilmu pengetahuan dalam pelbagai situasi. Jauh perjalanan luas pengalaman.

Kami berdua masing-masing membonceng motorsikal adik angkat, Norma anak kedua
dalam keluarga Encik Saari dan Tipah anak ketiga. Bukan main gembira mereka
mendapat kakak angkat dari UKM. Aku makin jakun dengan situasi kampung, norma
kehidupan yang jauh berbeza dengan kehidupanku sebagai anak petani. Tiba di rumah
yang kecil, beranda yang sempit dan menghadap laut China Selatan. Mata ku merelek
ke arah lautan yang membiru dan beralun ombak memecah pantai. Imbau kenangan
yang aku pernah kelemasan. Sekarang laut China Selatan terbentang luas di
hadapanku. Bunyi deruan ombak yang menghempas pantai sudah menggerunkan hati
ini. Tidur malamku nanti, nyenyak dibuai mimpikah aku? Sudah tentu tiada mimpi
indah, realitinya aku tidak bermimpi pada malam pertama di Kampung Buntal ini. Pasti.
Entah jam berapa mata ku lelap malam itu.

Deruan ombak Laut China Selatan memecah keheningan pagi. Silih berganti deruan
enjin bot nelayan pulang awal pagi. Suasana dinihari yang tidak pernak kunikmati
sepanjang hidup. Samar-samar lampu kalimantang dari beranda rumah Pak Saari
menerjah masuk di celah-celah besi jerejak rumah, mataku tertumpu pada serangga
yang berterbangan mengelilingi lampu. Beza benar suasana pagi ini. Sayup-sayup
kedengaran bunyi kokokan manok yang entah dari sudut mana ia datang. Kutarik
perlahan-lahan tangan kiriku yang sejak tadi disorok dalam sarung bantal. Sejuk. Sama
dinginnya seperti di kampungku pada musim tengkujuh. Ku belek-belehkan jam di
tangan “awal lagi, baru pukul 4.00, nak bangun berwudhu, solat tahajjud… bukan
rumah sendiri”, persoalan demi persoalan bermain di mindaku. Kumengiring ke kanan,
dalam kesamaran kuperhatikan Julia sejak tadi seperti „tidur mati‟ saja dia. Nyenyak
betul. Bunyi dengkuran kecil, tidaklah sampai mengganggu seisi rumah kurasa.
Mungkin kerana terlalu penat. Perjalanan dari Bandar Kuching ke sini mengambil masa
1 Jam 30 minit dan laluan yang berlubang-lubang itu menjadikan pergerakan bas
kurang lancar.

27

“Orang dari Semenanjung itu, biasa makan apa ya pagi-pagi ini?”, terdengar aku suara
Mak Embun bertanya seseorang tentang kami. Aku bingkas bangun. Daun pintu bilik
berkeriuk ketika aku menarik penyelaknya. Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke
ruang dapur yang hanya seluas 5 x 10 kaki itu. Aku mencelah percakapan Mak embun
dengan Norma, “Mak Embun, tak perlu susah-susah kerana kami, kami makan saja apa
yang mak makan setiap hari, kami datang untuk belajar budaya di sini”, jelasku tanpa
diminta. “Nanti kami masakkan masakan Semenanjung untuk mak sekeluarga‟, ujarku
sambil mengukir senyuman manis.

Pagi itu, aku mandi lebih awal. Bilik air yang berdindingkan daun nipah separas
pinggang, memaksa aku bersihkan diri dalam keadaan duduk mencangkung. Satu
pengalaman yang juga berbeza seperti lazimnya yang kulalui sejak kecil. Tandas
tradisional dibina jauh dari rumah yang bertiti menghala ke muara sungai. Di kiri kanan
laluan ke tandas tersedia pelantar yang ku fikirkan ia tempat menjemur ikan. Rumah-
rumah lain yang tersusun tapi tidak sama saiz dan reka bentuknya memanjang
berderetan sepanjang muara sungai. Reka bentuk yang pelbagai ragam dan gaya
rumah nelayan kaum Melayu Melanau etnik Sarawak yang tidak jauh norma kehidupan
mereka seperti nelayan di Semenanjung. Bezanya bahasa yang dipertuturkan.

Meriah sepanjang hari bersama keluarga Pak Saari dan Mak Embun. Keluarga yang
sederhana tapi penuh dengan kasih sayang dan kebersamaan. Kami adik beradik
baharu dalam keluarga, dapat merasai kemesraan dan kasih sayang yang melimpah
ruah. Kami tidak dibanding bezakan antara satu sama lain. Dalam keluarga itu, aku
sebagai anak sulung kerana akulah yang paling tua. 25 tahun sudah usiaku waktu itu.
Kerana itu, aku sering menjadi ketua ketika di dapur setiap kali menyediakan juadah
untuk sarapan, makan tengah hari, petang dan juga malam. Mak Embun bukan main
suka bila aku menyediakan juadah orang Kedah. Untuk sampai ke Kedah suatu yang
mustahil. Itulah yang Mak Embun fikirkan. “Mak ni orang susah, ini baru jumpa dengan
orang dari Kedah, boleh rasa cucuq udang”, seloroh Mak Embun sambil menjamah
cucur udang berkuah kacang yang aku sediakan petang itu. Meniru gaya percakapan
orang Kedah dengan telornya yang kurang menjadi. Bibirku sekadar mengukir
senyuman buat Mak Embun.

28

Bunyi deruan ombak memecah hening pagi, silih berganti bunyi enjin bot. Pagi itu, ayah
Saari berjanji dengan aku dan Julia. Kami sama-sama turut ke laut. Belajar bagaimana
nelayan mencari rezeki saban hari. Cuak juga hati ini dengan ajakan ayah Saari.
Menyusuri pantai boleh digagahi. Inikan meredah Laut China Selatan. Apapun aku
tidak boleh mengelakknya lagi. Belum cuba belum tahu akan dugaan dan cabaran
berdamping dengan ombak laut China Selatan.

Kami menyusuri pantai hingga ke hujung muara Sungai Buntal. Dari jauh, ku lihat lima
buah bot kecil. Salah satunya milik bersama ayah Saari dengan tiga orang lain
rakannya. Aku dan Julia diberi safety jackets. Masing-masing menjinjing bekalan
makanan dan kain sebal sebagai persediaan jika tidak bertahan dengan kepanasan
angin laut.

Pertama kali meredah lautan dalam, Laut China Selatan. Membelah ombak setinggi
satu hingga dua meter. Mindaku makin tak keruan. Betul. Jika takutkan ombak dan
badai jangan membina rumah di tepi pantai. Ini bukan membina rumah! Menungkah
ombak laut dalam sebagai nelayan. Ya Allah! Akhirnya aku tewas. Membuak-buak
menerjah keluar makanan yang ku jamah sebelum subuh tadi. Berbalam-balam
pandanganku. Makin lama makin kelam mata putihku. Mak……

“Gi mana si, cepat ambilkan air, ambilkan minyak”, ayah Saari cuba pulihkan keadaan
ku secepat mungkin. Aku ditarik perlahan-lahan ke bahagian buritan bot. Di situ
udaranya lebih nyaman. Tidak terdedah kepada tiupan angin laut. Aku dan Julia terus
berehat di situ sehinggalah bot kami menghampiri pesisir pantai. Alhamdulillah. Hari itu,
ayah Saari dan rakan-rakan membatalkan perjalanan mereka ke laut dalam. Kerana
aku yang tertewas itu.

Pulang ke rumah dengan perasaan hampa dan keciwa. Kasihan ayah Saari. Keranaku
hasil tangkapan tidak seberapa. Ayah tidakpun menyalahkanku. Aku bukan pun anak
nelayan! Melangkah lemah. Julai mengekoriku dari belakang tanpa sepatah kata.

Tiba di beranda rumah, mak Embun juga diam seribu bahasa. Air mukanya jelas
terpancar kerisauan. Datang adik Tipah dari ruang dapur. “Mak, kak Midah ni mabuk
laut,kita sapu minyak, meh… masuk rehat dulu”, ajak Tipah.

29

Jadual ayah Saari yang sepatutnya tiba di pelantar jam 4.00 petang, tapi kami tiba jam
2.00 . Aku yang tertewas dek kerana alunan ombak yang menderu-deru… Itulah kali
pertama dan terakhir aku menjadi nelayan di Laut China Selatan. Tiada siaran ulangan
lagi sampai bila-bila. Tak kan kuulang.

Kuperhatikan satu persatu kepingan zink bumbung rumah ayah Saari. Ada cahaya yang
menerjah masuk menerusi lubang-lubang kecil. Tanda bumbung itu ada yang bocor.
Setakat ini belum lagi kami kehujanan. Hari ke-10 berlalu sehingga senja mula
merangkak di ufuk barat. Sudah senja! Aku cuba bangun dari katil yang tilamnya agak
kusam. Bersampul kuning jalur-jalur merah. Ilusi yang masih seperti berada di tengah
lautan, menjadikan aku batalkan saja niat hati untuk ke bilik air. Mandi dan menyucikan
diri. Sudah tiga waktu solat aku tertinggal dek kerana ingin menjadi anak nelayan dalam
beberapa jam itu. Subuh, Zohor dan Asar. Dan mungkin juga tertinggal waktu Ma‟qrib.
Ya Allah! Ampunkanlah aku. Ujian apakah ini. Rasa bersalah pada diri sendiri yang
kian menebal. Bukan saja sudah beberapa hari kutinggalkan bacaan ayat-ayat suci al-
Quran, kini rukun Islam yang kedua, tiang agamaku sudah roboh…

Hari ke-12 dan hari terakhir kami sebagai anak nelayan Kampung Buntal. Kenduri
gotong royong yang meriah , mesra dan santai. Bagai sebuah keluarga yang besar.
Pertandingan masakan Semenanjung dan Sarawak. Menu utama berasaskan manuk
dan seafood. Aku memilih manuk. Aku memang alah dengan seafood. Di celah-celah
jari jemariku sudah pun berkudis dek kerana menu seafood selama dua belas hari
sebagai anak nelayan itu.

Hari ke-13, seawal jam 8.00 pagi, bas yang disewa khas untuk kami 10 orang tetamu
dari semenanjung dan 20 orang urus setia penganjur Program Pertukaran Pelajar
Semenanjung- Sarawak tiba di perkarangan Balai raya Kampung Buntal. Masing-
masing dengan tutur bicara yang pelbagai ceritera. Kenangan manis berbaur duka di
saat perpisahan silih berganti. Apakan daya saat-saat terakhir kami sudah tiba ke
penghujungnya. Kami akhiri pengalaman sebagai anak nelayan dengan bersalam-
salaman.

30

Perjalanan pulang ke Bandar Kucing pagi itu, kami melewati Kampung Budaya
Sarawak. Persinggahan kami selama tiga jam di situ, banyak pengalaman baharu yang
dapat kami selami. Di pintu masuk kami dipersembahkan tarian ngajat dan lain-lain
jenis tarian pelbagai suku kaum di Sarawak. Meniti tangga curam rumah panjang
sungguh membimbangkan. Namun ia pengalaman yang amat bernilai bagi kami yang
datang dari Semenanjung.

Tiba lewat petang di kediaman Dato‟ Aziz. Beberapa jam saja yang berbaki untuk kami
menghirup udara bumi Kenyalang. Malam terakhir kami di sini. Tidurku tetap tidak
nyenyak seperti malam-malam yang berlalu. Semuanya akan menjadi kenangan indah
sepanjang hidup.

Penerbangan kami untuk kembali ke Semenanjung berlepas pada jam 8.15 pagi.
Selamat tinggal bumi Kenyalang. Jika ada jodoh kita berjumpa lagi. Bye…

Kami tiba di Lapangan Terbang Subang pada jam 9.45 pagi, dan aku sempat berehat
selamat satu jam sebelum meneruskan penerbangan ke Alor Setar Airport. Akhirnya
jam 12.00 tengah hari selamatlah aku menjejakkan kaki kembali ke bumi Jelapang
Padi. Alhamdulillah. Perjalanan hidup yang tidak mungkin dapat dinilai dengan Ringgit
Malaysia. Syukur Ya Allah, nikmat yang telah Kau anugerahkan ini.

Kembali ke kampus UKM

Januari 1993, Semester kedua tahun ketiga aku di menara gading. Semester penentu
untuk melayakkan diri keperingkat Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian. Jika GP tidak
mencapai tahap, maka aku sekadar memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera. Sudah
tentu aku meletakkan harapan yang tinggi untuk memiliki taraf Kepujian. Sebaiknya
setara dengan pencapaian Kak Cik.

Keputusan Peperiksaan Tahun Tiga Semester 1 sesi 92/93, agak membanggakan aku.
ME 3323 Sejarah Lisan: Teori dan Kaedah : A
MH 2013 Statistik Asas: C
MH 3034 Teori Komunikasi : B
MH 3613 Komunikasi Antarabudaya: C
ME 3143 Sejarah Thailand IV : B
GP Keseluruhahn: B

31

Berkat kesabaran dan niat yang ikhlas, pencapaian ini adalah yang terbaik sepanjang
lima semester aku di UKM. Alhamdulillah. Sungguh membanggakan diri selepas aku
lalui kehidupan mengejar impian yang berliku-liku. Betapa peritnya meredah onak dan
ranjau.
Hari pertama melangkah ke Dewan Kuliah 2, Fakulti Sains Kemasyarakatan &
Kemanusiaan, niat yang telus agar dapat mengekalkan GP yang sama dalam semester
kedua kelak atau GP yang lebih baik.

Kursus yang aku ikuti semester kedua lebih mencabar, memerlukan kajian dan tindakan
diluar kampus. Perlu mendapatkan orang sumber untuk ditemubual. Pendek kata, aku
perlu lebih berfokus dan aktif dalam kerja lapangan untuk mendapatkan data dan
evidens bagi menyokong tugasan ilmiah yang wajib dilunasi.

MH 3013 Kajilidikan Dalam Komunikasi
MH 3603 Isu-isu Komunikasi Dalam Pembangunan
ME 3093 Sejarah Malaysia IX (Dokumen)
ME 3373 Sejarah Asia Tenggara (Struktur & Organisasi Pertahanan)

Tempoh tiga bulan itu, berjalan lancar. Sokongan dan bimbingan pensyarah yang lebih
berfokus dan bermotivasi, menjadikan aku lebih berkeyakinan dalam menyiapkan
tugasan.

Sepanjang enam semester sebagai pelajar Jabatan Komunikasi dan multimedia sempat
aku menjadi Juru Hebah Radio Kampus, Wartawan Nadi Bangi, pelakon Sit Com Pi
Mai Pi Mai Tang Tu, penulis skrip radio, penulis cerpen, penulis skrip drama radio,
mengarang sajak dan banyak lagi karya penulisan kreatif. Dan juga menjadi juru jual
Nadi Bangi, hebat bukan? „masuk bakul angkat sendiri‟, siapa lagi yang memujiku
selain diriku sendiri .

Kini tiba hujung semester kedua tahun ketiga sebagai siswi, sudah tentu diakhiri
dengan peperiksaan. Hari terakhir menduduki peperiksaan paper ME 3373 dengan
penuh keyakinan. Assignments yang sudah pun disemak pensyarah minggu lalu,
syukur „A‟ sudah tertera. Peperiksaan bertulis yang berbaki 30% markahnya itu, aku
yakin benar „A‟ akan menjadi milikku.

32

Esok hari terakhir aku di kampus. Bilik-bilik di Kamsis B sudah banyak yang kosong.
Tinggallah kami beberapa kerat saja lagi yang menanti berakhirnya paper peperiksaan
yang penghujung. Semua bilik Kamsis B perlu dikosongkan sebelum 30 April 1993.
Jika rezeki Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian menjadi milikku, aku kembali ke bumi
bertuah ini menjelang Julai 1993 nanti. Jika tidak, maka aku sekadar kembali untuk
membawa pulang berkotak-kotak buku rujukan yang disusun rapi di setor Kamsis.

Sebulan bercuti di Lot 1551 bersama family.
Hujung minggu pertama bulan Mei 1993, jiran sekampung mengadakan kenduri kahwin.
Aku yang waktu itu sudahpun berusia 26 tahun. Sudah terlajak perjodohan. Menjadi
bualan jiran yang meniti dari bibir ke bibir tanpa rasa simpati. Tanpa berfikir jodoh itu
milik Allah dan rahsia seluruh alam semesta.

Dalam kemeriahan menghadiri majlis yang diundang itu, aku sempat memerhatikan
gelagat ramai para tetamu. Ada yang kukenali. Mungkin sebaya dengan usia ku, sibuk
mengelek anak, menyuap nasi ke mulut anak kecil disusuli peluh merecik di dahi. Aku
dan mak sekadar memerhati dari jauh. Mak merenung tepat ke arah anak mata
hitamku. Seperti mahu berbicara sesuatu. Aku faham mak. Pandangan matamu
membicarakan sesuatu, belum tiba masanya untuk aku seperti tetamu itu. Belum
masanya aku menggendong anak kecil. Bukan rezekiku yang tertulis begitu. Aku redho
mak.

Aku kadangkala menjadi keruan saat menghadiri majlis keramaian di kampung.
Bercampur-baur perasaan. Menunaikan permintaan mak atau menahan kerisauan
soalan cepu emas yang akan aku terima. “Ni Midah kan? Kerja di mana la ni? Kawan-
kawan semua dah beranak pinak, Midah bila lagi?”. Soalan yang sudah lazim ku terima
setiap kali menyertai majlis keramaian. Pun aku redho seadanya. Air mata ini tumpah
lagi, sambil berfikir dan mencari hikmah yang Allah mahu tunjukkan padaku. Kenapa
aku terasa begitu pedih sangat diuji begini.

33

Terpukul dengan teguran Allah barangkali. Benarlah, aku seringkali melewatkan dan
melengahkan urusan solatku. Sedari belajar berdikari, tinggal di kampus selama tiga
tahun, banyak amalan yang arwah Tok Wan ajari telah lama ku tinggalkan. Aku jarang-
jarang membaca al-Quran, jauh sekali solat malam atau sunat dhuha. Tak pernah pun
solat hajat memohon redho Allah. Bongkaknya aku dengan Allah. Bukankah semuanya
Allah yang kurniakan. Bukankah semua yang ada padaku hanya pinjaman semata-
mata. Cuti semester kedua itu diakhiri dengan seribu persoalan. Biarlah Allah yang
mengatur hidupku. Siapalah aku?

Julai 1993, abang posmen masih yang sama. Waktu yang sama dia menghantar
bingkisan ke Lot 1551. Sampul surat berisi keputusan peperiksaan Semester kedua
telah pun di depan mata. Tertera Gred Purata Semester : B. Alhamdulillah. Dinyatakan
juga Tarikh Pendaftaran Kursus Peringkat Kepujian pada 9 dan 10 Julai 1993. Jelas
lagi bersuluh, aku layak ke tahun kepujian. Syukur ya Allah.

8 Julai 1993, kembali ke kampus. Tahun terakhir dan tahun kepujian untuk ku.
Pendaftaran Kursus ME 4009 : Latihan Ilmiah, ME 4054: Sejarah Malaysia VIII dan ME
4134: Sejarah Indonesia pada 9 Julai 1993 meletakkan aku sebagai pelajar tahun akhir
di FSKK. Selepas ini, berbaki satu semester untukku meraih segulung ijazah yang
sekian lama kuperjuangkan untuk itu. Sejak tahun 1988.

Semester ini, aku jarang-jarang sudah mengikuti kuliah seperti di tahun pertama hingga
ke tahun ketiga. Memadai dengan bimbingan pensyarah bagi menyiapkan Latihan
Ilmiah yang lebih memerlukan kajian di Arkib Negara. Di situ terdapat banyak sumber
primer sebagai evidens dan fakta dalam penulisan. Sudah tertulis dan takdirku,
semester ini bintangku tidak menyerlah seperti tahun ketiga. Tahun keempat di menara
gading, emosi dan fikiran seperti hilang arah tuju. Mula membanding beza dengan
rakan-rakan yang rata sudah berkahwin, bertunang, paling terlewat pun sudah miliki
cinta hati masing-masing. Hari demi hari, aku makin hilang rakan untuk mengejar
impian. Lumrah bagi yang sudah berpasangan, masa dan ruang lebih tertumpu kepada

34

pasangan masing-masing. Aku tidak salahkan sesiapapun. Takdir ku begini. Aku
redho.

Kuteruskan perjuangan hingga ke hari terakhir semester. Selesai hari peperiksaan, aku
kembali ke Lot 1551 seperti seadanya. Maka tiadalah lagi ku bertemu dan bercinta
dengan mana-mana yang bergelar siswa, siapalah aku yang telah berusia 26 tahun
yang cuba mencipta kasih dengan jejaka yang junior-junior itu…

Semester terakhir aku di UKM. GP yang tertulis dengan pancapaian Gred C, aku
berjaya juga mendaftarkan diri untuk kursus ME 4009: Latihan Ilmiah, ME 4054:
Imperialisme dan Kolonialisme dan ME 4142 Dasar Penjajahan British di Tanah
Melayu. 26 unit berbaki untuk dikumpul. Aku tidak boleh melengah-lengahkan lagi
pecutan terakhir ini. Bukan lama pun. Tiga bulan saja lagi. Pejam celik pejam celik,
berakhirlah tempoh itu.

Dua bulan sebelum tamat semester dan tahun terakhir itu, aku menghadiri temuduga
KPLI di Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (IPSAH, Sungai Petani), hampir satu jam
sesi temuduga itu berlangsung. Soalannya mudah pada fikiranku,

1. Huraikan kandungan Falsafah Pendidikan Negara
2. Ceritakan pengalaman tentang kursus yang anda belajar sepanjang empat tahun

di UKM.

Mudah bukan???

Aku meletak harapan yang tinggi untuk menjadi guru. Sudah tiga kali aku gagal dalam
permohonan untuk bergelar guru lepasan SPM. Sejak tahun 1987. Impian mak yang
berkurun lamanya. Mak mahu aku jadi cikgu sama seperti Kak Cak dan Kak Cik. Inilah
langkah ku untuk bergelar guru yang berijazah. Moga terlaksana impian ini.

Tibalah hari-hari terakhir di UKM, kembalilah aku ke kampung tempat tumpahnya
darahku sementara menanti hari untuk graduation, Usiaku mencecah 27 tahun sudah.

Ternyata, terlewatlah aku akan rezeki perjodohan itu. Pasrah.

35

Mei 1994. Aku menghadiri temuduga sebagai Pegawai Penapis Filem di Finas. Sesi
temuduga oleh tiga orang ahli panel termasuk Tan Sri Awang Had Salleh selaku
penasihat Finas. Berjalan lancar. Betapa bangganya aku waktu itu. Teruja bila pertama
kali bersemuka dengan insan tersohor bergelar Tan Sri. Betapa kerdil kurasakan.
Namun tetap meletakkan harapan yang tinggi untuk menjawat jawatan penting itu. Yang
pasti aku tidak akan mendapat restu mak. Pasti. Apapun biar takdir yang menentukan
segalanya.

Juga Mei 1994. Kak Cik dan abang ipar menunaikan haji tahun itu. Dengan penuh
harapan, aku diminta melunasi bill-bill yang tertunggak. Aku diminta ke Kulim.

Pagi yang damai dan tenteram, aku berangkat ke Kulim. Tiba di sana jam 11.00 pagi.
Tidak seperti selalunya. Teratak bernombor 32 itu sepi tanpa gurau senda, jerit pekik
Along, Angah dan adik Mad. Mereka bertiga tinggal bersama mak sepanjang 44 hari
Kak Cik menunaikan rukun kelima itu. Hari itu, mulalah aku belajar erti sepi. Terasa sepi
menusuk jiwa.

Jemari ku yang kecil, menarik pintu almari di bilik ketiga rumah Kak Cik. Tersusun rapi
tiga naskah al-Quran pada rak tingkat kedua. “Ini kot Quran yang Kak Cik maksudkan”,
bisik ku sendiri. “Surat disimpan dalam Quran, tak ada tempat lain ka nak simpan, pelik
betul kakak aku ni, macam wasiat pulak”, pelbagai persoalan menerjah fikiranku. Tak
keruan sudah. Aku tahu. Kak Cik, Kak Cak dan aku sendiri dididik oleh Tok Wan dan
selepas itu ayah, jangan sesekali lalai dengan al-Quran. Peneman di dunia dan
peneman di alam kubur. Saham akhirat untuk insan yang mendampinginya. Aku tidak
lupa. Tapi kenapa surat penting disimpan dalam a-Quran? Aneh!. Al-Quran untuk
dibaca dan dikaji, bukan tempat simpan surat. Lazimnya surat disimpan dalam laci.
Bukan apa, saat ini aku tidak dapat menyentuh Quran. Itu masalahnya. Aduhai kakak
ku….

Seharian di teratak bernombor 32 itu sungguh membosankan. Aku membelek-belek
buku catatan nombor telefun, buku latihan pendek berlogo SMK St. Anne‟s Convent.
Satu persatu aku baca dan teliti nombor telefun yang ditulis rapi oleh Kak Cik. Bermula

36

dengan abjad A hinggalah abjad Z. “Teliti betul buku catatan ini, patutlah Kak Cik
cemerlang dalam segala hal dan situasi”. Ku bermonolog.

Waktu itu, Kak Cik telahpun menjawat jawatan PKHEM di SMK St. Anne‟s Convent.
Dalam usia 37 tahun Kak Cik sudah pun terkenal dengan sumbangannya di Daerah
Kulim. Sebagai Hakim segala pertandingan anjuran Bidang Bahasa. Sedangkan aku
sepuluh tahun lebih muda, belum pun ada apa-apa sumbangan. Belum ada sinar.
Masih menanti dalam kesamaran.

“Banyak nombor telefun sekolah dan nombor cikgu saja dalam buku ni, try call
pengetua Convent, mana tau kot-kot dapat ngajar di situ, boleh juga dapat belajar jadi
cikgu nanti”. Aku terus menekan nombor 04-4904075.

“Assalamualaikum, ini sekolah Convent kan?”.

“Waalaikumussalam, ya St. Anne‟s convent, boleh saya bantu?”.

“Saya Hamidah, adik cikgu Salehah, boleh tak nak cakap dengan pengetua kejab?”.

“ Boleh, boleh….tunggu kejab”.

“Assalamualaikum, Hajjah Meriah sini, ada apa Hamidah, Kakak apa khabar di Tanah
Suci?”.

“Walaikumussalam cikgu, kakak sihat, ni cikgu, boleh tak saya ganti kakak untuk ngajar
di Convent, saya ada minta KPLI, tapi bulan tujuh baru ada panggilan kemasukan,
bosan duduk rumah, kakak minta datang Kulim, tolong bayar bill-bill, tapi ada masalah
sikit, bosan duduk rumah sorang-sorang, kalau boleh nak cuba belajar jadi cikgu kat
Convent.” Jelasku panjang lebar akan hajatku yang sebenar.

“Boleh, boleh….memang cikgu tengah cari ni untuk ganti kakak, kelas kakak tu dah
diganti dengan cikgu lain, kelas Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua sesi petang ni tak
cukup cikgu lah, sebab ditarik ke pagi untuk ganti kakak tu”.

37

“Nanti pukul 12.00 tengah hari Hamidah datang untuk ambil jadual waktu. Kira jadi lah.
Hamidah ajar bahasa Melayu Tingkatan Satu dan Sejarah Tingkatan Dua. Belajar dulu
dengan cikgu-cikgu lain kat sini”.

“Baik cikgu, nanti saya sampai, terima kasih”.

Wah! Inilah yang dikatakan pucuk dicita ulam mendatang. Tidak terfikir yang aku
digelar „guru‟ hari ini. Guru ganti pun tetap dipanggil cikgu. Aku tersenyum sendiri.
Sudah tentu mak suka akan khabar ini. Aku terus maklumkan mak di kampung. Jelas
bukan main gembira lagi mak, waktu mendengar khabar itu menerusi telefun. Suka mak
tak terkata.

Hari kelima aku dipanggil cikgu. 16 Mei 1994. Sambutan Hari Guru yang pertama aku
sambut. Walaupun aku hanya cikgu ganti, tapi betapa bangganya aku sebagai guru.
Aku turut sama-sama mendendangkan lagu rasmi „Kami Guru Malaysia‟. Mengenang
air mataku, “mak, anak mak dah jadi cikgu, impian mak yang berkurun itu sudah jadi
reality hari ini mak”…

Sebaik sahaja Kak Cik pulang dari haramain, maka berakhirlah tempoh aku sebagai
guru ganti. Seperti menang percaturan. Minggu itu juga abang posmen menghantar dua
pucuk surat tawaran. Tawaran pertama sebagai Pegawai Penapis Filem di FINAS,
Ampang dan tawaran ke dua mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Maktab
Perguruan Kota Baharu, Kelantan. Kedua-duanya menuntut aku melaporkan diri di
sana pada tarikh yang sama iaitu 4 Julai 1994.

Tidak sukar untuk aku buat pilihan sebenarnya, mak yang tolong buatkan pilihan. “Mak
nak hang jadi cikgu, tak mau la jadi filem-filem pa tu, dok tapis gambaq tak elok…mesti
kena tengok dulu yang tak elok tu, baru boleh tapis”. Pilihan mak yang terbaik untukku
dan redho mak itu benar. Impian mak terlaksana sudah. Mana mungkin aku
menidakkan pilihan mak.

Akhirnya 4 Julai 1994, aku bergelar bakal guru, mendaftarkan diri di MPKB. Seramai 50
orang insan terpilih yang turut berdaftar pada tarikh yang sama. 25 orang untuk

38

mengikuti Kursus Sejarah & Bahasa Melayu, selebihnya 25 orang bagi Opsyen
Geografi & Bahasa Melayu.

Dengan elaun RM 500.00 sebulan, cukuplah kos sara hidupku seorang diri. Kami
berempat, aku, Noraini, Asmahan dan Zaharah menyewa sebuah rumah kos rendah
yang letaknya dua kilometer dari Maktab. Kadar sewa yang ditetapkan hanya
RM120.00 sebulan termasuk kos api dan air. Betul-betul murah kurasa. Cukup murah
bagi kami yang ke semuanya datang dari lokasi yang berbeza. Aku dari Kedah, Noraini
dari Pulau Pinang, Asmahan dari Pahang dan Zaharah dari Terengganu. Syukur, Allah
permudahkan segala urusanku sebaik sahaja selepas tamat pengajian di UKM.
Segalanya berjalan lancar saja. Tiada lagi berliku-liku seperti tahun-tahun 1980-an yang
telahpun bersemi dalam lipatan sejarah.

Semester pertama di MPKB, berlalu dengan cepat. Hujung minggu yang penuh dengan
aktiviti „jalan-jalan cari makan‟ hingga ke pasar Pengkalan Kubur, Rantau Panjang dan
menghirup angin petang di Pantai Cahaya Bulan. Tidak cukup syarat jika menjejak kaki
di bumi Serambi Makkah, kami tidak melewati Pasar Siti Khadijah. Pendek kata, masa
yang terluang, kami tidak sekadar melepak di rumah. Kami berdua atau berempat yang
tinggal serumah itu, pasti menjelajah ke seluruh negeri Che Siti Wan Kembang. (Buku
Teks Sejarah Tingkatan 2, halaman 141)

Muzium Negeri, Masjid Negeri, Istana Balai Besar dan semua mercu tanda negeri
Kelantan kami lawati. Sambil merakam , meneliti bukti sejarah perjuangan Tok
Janggut menentang penjajahan British. Bangunan Masjid Kampung Laut yang dibina
semula di Nilam Puri dalam usaha memelihara dan memulihara bangunan sejarah di
bumi Serambi Makkah itu juga kami lawati. (Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, halaman
147).

Cuti pertengahan penggal kedua sesi persekolahan tahun 1994, aku tidak pulang ke
kampung seperti rakan-rakan yang lainnya. Rakan sekelas berasal dari Gua Musang.
Lokasi yang terkenal dengan tittle jauh di cerok pedalaman. Untuk mengalami dan
merasai akan sausana cerok rantau dan pedalaman itu, aku mengikuti Noraihan rakan
kelas Sejarah ke sana.

39

Seawal jam lapan kami menumpang „kereta sapu‟ untuk ke pekan Kota Baharu.
Dengan bayaran tambang RM 2.00, jam 9.00 pagi kami tiba di Stesen bas Kota Bharu
seterusnya menaiki bas menuju ke Stesen Keretapi yang terletak di Pekan Wakaf
Bharu. Kereta api kelas 3 yang kami tumpang pagi itu, mengambil masa hampir empat
jam untuk tiba di Pekan Gua Musang. Perjalanan yang meredah hutan belantara dan
sekali sekala berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang di beberapa
stesen kecil.

Entah kali keberapa mataku terlelap. Tak semena-mena aku terpandang akan seorang
wanita separuh umur. Menjunjong bakul plastik empat segi di bunbunnya. Kiri
tangannnya menggenggam erat pemegang besi yang memanjang di bumbung kereta
api. Di sebelahnya berdiri seorang kanak-kanak lelaki. Kukira anak kecil itu dalam
lingkungan enam tahun. Mungkin anaknya ataupun cucunya, Terhoyong hayang
badan mereka ketika keretapi membelok laju membelah belantara, ke manakah
destinasi mereka itu? Dalam situasi meramal itu, masih sempat mataku terlelap…

“Dik, mahu beli kepok lekor, sedak ni dik sebukus tiga rial, ambik sa dik, nasi kabu pon
ada, tiga rial juga dik”. Tersentak aku dari lelap yang tidak seberapa itu.

“Bagi kepok lekor sa kak”, pintaku. Sesuai la aku jamah sebelum tiba di Stesen Gua
Musang. Perutku pun sudah beberapa kali berkeriuk tanda minta diisi. Rakanku
Noraihan di sisi kiriku, masih nyenyak dibuai mimpi barangkali.

Tiba di Stesen Gua Musang, tepat jam empat tiga puluh petang. Aku tertinggal waktu
zohor. Entah kali keberapa aku naif begini. Sudah beberapa kali ditegur Allah. Pun tidak
pernah serik. Ampunkan aku Ya Allah. “Nanti khada lah”, kata hatiku.

Dari Stesen Gua Musang, kami terpaksa menapak di sepanjang landasan kereta api
sejauh kurang lebih satu kilometer. Kemudian memasuki lorong mini tar selebar enam
kaki di celah-celah pohon getah yang sebesar pemeluk. “ An, dah lama ya An, tinggal
sini? Sejak kecil ka? Sekolah kat mana dulu?”, akhirnya pelbagai persoalan kuajukan
kepada Noraihan. Persoalan yang sebelum ini aku tidak pun terfikir begini sekali
jauhnya lokasi Gua Musang yang pernah beberapa kali aku dengar kisahnya sejak di
UKM itu.

40

“Lama sudah, sejak An umur lima tahun, ayah pindah sini ikut tawaran Rancangan
Tanah Felda, kisah yang dalam buku Sejarah Tingkatan Lima tu”, jelas An kepada ku.

“An tak pernah bawa kawan datang rumah, masa An di USM dulu, An tak ramai kawan,
sebab An ni orang susah, dari sini ke USM berapa kali tukar-tukar bas. Dapat masuk „U‟
kira satu rahmat sudah, ayah An pinjam sana sini berhutang masa mula-mula masuk
USM dulu”, jelas An lagi. “ Semua belum bayar, nanti bila sudah jadi cikgu, An bayarlah
semua hutang tu”. Oh! Tuhan, inilah pengajaran yang perlu aku ingat sampai bila-bila.
Saat aku susah diduga, ada ramai lagi insan lain yang jauh lebih susah dan derita.

Malam itu, pertama kali aku tidur berhimpit-himpit dengan An dan dua orang adik
perempuannya. Rumah Felda yang dibina sejak tahun 1970 itu, tidak banyak yang
berubah. Masih kekal dua bilik tidur, ruang rehat dan bilik dapur yang bentuk sesikat
pisang. Tiada tandas curah. Sebaliknya tandas tradisional aku istilahkan sebagai
tandas „H‟. Lubang tanah yang digali dan diletakkan kayu di kiri dan kanan lubang
sebagai tempat memijak ketika mencangkung. Tandas ini dikelilingi daun kelapa.
Aduhai! Bagaimana jika aku sakit perut pada waktu malam atau dinihari? Untuk lari
pulang ke Pekan Kota Baharu, sudah tentu sukar sekali. Tidak terfikir langsung yang
aku akan alami situasi begini. Rasa menyesal dengan keputusan yang diambil
semalam. Ya Allah. Ampunkan aku yang tidak bersyukur dengan takdirMu ini. Ada
sesuatu yang Allah jentikkan untukku.

Natijah yang dapat aku simpulkan, aku jauh lebih beruntung, Alhamdulillah. Dugaan
yang aku lalui yang berliku-liku itu, masih jauh lebih beruntung daripada An. Benar
kata-kata arwah Tok Wan, kalau kita susah, ingat ada orang lain lagi susah. Allah uji
kita tak sama setiap orang. Ada orang kita nampak dia kaya, tetapi belum tentu hatinya
kaya dengan rahmat Allah. Ada orang kita nampak dia susah, tapi mungkin Allah
lebihkan kasih sayang untuk dia. Allah terima amalan dan ibadahnya. Kita menilai
manusia hanya dengan pandangan luaran. Hanya Allah yang tahu rahsia penghujung
kehidupan seseorang. Arwah Tok Wan juga berpesan, jangan sesekali menilai dan
menghukum orang itu jahat, dan kita membenci orang jahat. Mana tahu di penghujung
hidupnya Allah menerima taubahnya. Kerana pintu taubah terbuka luas kepada semua
umat Islam. Orang kafir sekali pun, mana tahu di penghujung hayatnya, Allah memberi

41

hidayah, selepas syahadah, lantas Allah menjemputnya, maka syurgalah untuk dia.
Kesabaran kunci segalanya. Kita perlu sabar dengan setiap ujian yang Allah beri
kepada kita. Apa yang ada pada kita hari ini, semuanya dipinjamkan saja, tak ada satu
pun yang akan kekal. Semuanya hak Allah, tak ada satupun hak kita. Apabila mati
anak adam, yang menjadi kebajikan untuk kita adalah sedekah jariah, doa anak yang
soleh, ilmu yang dimanfaatkan dan bacaan al-Quran. Pesan Tok Wan tetap aku ingat
sampai bila-bila.

Lima hari di rumah Noraihan berakhir juga. Aku yang beria-ia untuk pulang ke Pekan
Kota Baharu. Biarpun cuti pertengahan penggal kedua itu masih berbaki empat hari.
An sudah maklumi. Aku tidak betah tinggal di rumahnya yang jauh berbeza dengan
kehidupanku sejak kecil. Sukar sekali untuk aku menyesuaikan diri dengan serba serbi
kekurangan. Bukan menghina, tapi itulah realiti kehidupan masyarakat Melayu yang
rata-ratanya di kawasan pedalaman. Terdampar dalam kemiskinan. Dan sudah tentu
aku akan berhadapan dengan situasi ini suatu hari nanti bila sudah bergelar guru.

5 Ogos 1994. Konvokesyen UKM yang ke-22. Kerusi yang bernombor 85-22 adalah
tempat duduk aku di DEKTAR, UKM. Hari ini, aku dengan bangganya menerima
segulung Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian). Mak, ayah, Kak Cik, abang ipar dan
adik bongsuku Asma turut meraikan hari bersejarah ini. Allhamdulillah. Mak adalah
insan yang paling teruja waktu itu. Mak!

Kami berbaris panjang mengikut nombor pendaftaran 85-22 yang diberi. Semuanya
Graduan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Sempat aku menoleh ke
belakang, mataku kerling ke arah kanan pintu masuk B. Ya Allah. Terpandang aku akan
Si Hendsome X Pramugara. Penuh wajah ceria. Seperti sedang bergurau sambil
membetulkan topi empat segi di atas kepala seorang gadis manis. Tentu cinta hatinya.
Ah!, bukan urusan ku pun. Tapi hati ini tetap pedih. Siapalah aku untuk kawal pedih hati
ini.

Selesai majlis penyampaian ijazah, maka bertebaranlah kami menuju ke sudut-sudut
yang sesuai untuk bergambar bersama keluarga. Aku tidak ketinggalan. Hari
bersejarah ini tidak mungkin aku lepaskan ia berlalu begitu sahaja. Biarpun tanpa cinta

42

hati seperti rakan yang lain, yang pasti aku ada family yang sangat-sangat menanti
tibanya hari ini. Bersyukur dengan kasih sayang yang ada.

Selepas dua hari meraikan majlis bersejarah ini, aku kembali ke kampus MPKB. Dua
hari tidak menghadiri kelas di MPKB tidaklah memberi impak negatif kepadaku dan
beberapa orang rakan lain yang juga turut menghadiri konvokesyen di UKM. KPLI
adalah kursus sebagai persediaan untuk menjadi seorang guru. Tugasan pun sudah
tentu berkaitan dengan penyediaan rancangan pengajaran, tugasan bidang kokurikulum
dan lazimnya tugas-tugas guru di sekolah. Kami juga dibawa ke sekolah yang dipilih
untuk latihan mengajar secara kolaboratif dengan guru-guru sejarah yang senior.
Banyak pengalaman sebagai guru yang sebenar perlu kami alami sendiri sebelum
menjalani latihan praktikal pada semester kedua kelak.

Kembali bercuti di Lot 1551. Cuti hujung tahun 1994.

Musim menuai padi tiba lagi. Suasana musim menuai tahun ini tidak lagi seperti tahun-
tahun 1960-an, sewaktu aku kecil dulu-dulu. Tanah sawah belakang rumah ayah,
belakang Lot 1551 itu sudah menjadi tempat penting. Padi tidak lagi dituai dengan
khidmat Mak Cik Petani. Anak Taukeh Sengkek iaitu Boon Chong telahpun
menyediakan khidmat mesin menuai padi. Ayah dan semua petani Kampung Banggol
Terus dan Kampung Alor Pudak, menggunakan khidmat mesin padi Boon Chong.
Mudah dan cepat siap. Mak tidak perlu lagi bersusah payah menjadi tukang masak
kepada Mak Cik Petani atau abang Pondok. Zaman berteknologi sudah.
Musim membajak pun sudah bezanya. Semua kerbau ayah pun sudah tiada. Keluarga
Yeh sudah pupus. Ayah sudahpun membeli jentera membajak. “Chah…chah….”.
Pertama kali ayah menggunakan khidmat kobutar, ayah masih mengarah
chah…chah…. Arahan kepada Yeh yang berkurun lamanya, menjadikan ayah terbiasa.
Mana mungkih kobutar akan faham dan bergerak dengan arahan chah….chah… Ayah
tersenyum sendiri ketika menceritakan pengalamannya mengendalikan kobutar di
bendang pada pertama kalinya itu.

Aplikasi teknologi dalam industri pertanian. Jauh bezanya dengan situasi tahun 1960-
an. Sudah mencecah 30 tahun pun . Musim menanampun sudah tiada. Benih-benih

43

padi akan ditabur di permukaan tanah bendang yang telah diratakan. Tempohnya tetap
100 hari. Genap 100 hari, padi akan masak dan sesuai untuk dituai. Tiada lagi tapak
anak semaian dan tiada lagi suasana menanam padi yang jalan berundur itu. Yang
pasti mak tidak lagi „berderau‟ dengan kawan-kawan. Tapi mak beralih kepada bidang
perniagaan. Mak membuka gerai laksa dan ais kacang depan rumah di Lot 1551 itu.
“Mak tak reti duduk saja, mak demam kalau duduk saja”, kata mak bila Kak Cik
pertikaikan tindakan mak itu. Akhirnya Kak Cik beralah. Takkan memangpun kalau
bercakap dengan mak. Namapun mak.

Berakhir percutian hujung tahun 1994. Sekolah dibuka semula pada 1 Januari 1995.
Dan aku kembali ke kampus Maktab Perguruan Kota Baharu. Dua bulan pertama kami
diwajibkan menyediakan rancangan mengajar mengikut silibus semasa bagi setiap
subjek. Rancangan Tahunan dan juga contoh rancangan harian. Kami bergilir-gilir
menjalani praktikal sesi pengajaran dan pengajaran dalam kelas. Semua mesti mahir
dan menguasai silibus. Silibus Subjek Sejarah dari Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan
5, demikian juga dengan bahasa Melayu. Termasuk format soalan peperiksaan PMR
dan SPM. Wajib menguasai semuanya.
Mac hingga Mei 1995 kami menjalani praktikal penuh. Aku dan Noraini ditempatkan di
SM Pengkalan Chepa. Mac adalah bulan sukan sekolah. Itulah latihan praktikal kami
yang pertama selepas empat hari melaporkan diri sebagai Guru Pelatih di situ. Kami
guru pelatih, selayaknya diberi kelas-kelas bukan peperiksaan. Aku diberi kelas sejarah
Tingkatan 1 Maju dan Kelas bahasa Melayu Tingkatan 2 Maju. Manakala Noraini diberi
kelas Sejarah Tingkatan 1 Kenanga dan Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kenaga.
Kesemua kelas ini tahap sederhana, iaitu kelas ketiga dan keempat daripada lapan
kelas setiap tingkatan. Sebagai Guru Pelatih, kami menerimanya dengan hati yang
terbuka.
Tiga bulan menjalani praktikal itu, semuanya berjalan lancar seperti yang ditakdirkan.
Syukur.
SM Pengkalan Chepa terletak bersebelahan dengan Balai Polis Pengkalan Chepa.
Dihadapannya penjara. Di belakangnya Kota Baharu Airport. Lokasi yang amat
strategik. Serba lengkap. Namun murid-muridnya yang datang daripada pelbagai

44

lapisan masyarakat dan rata-rata kelas yang terakhir itu tidak mahir 3M. Latar belakang
keluarga yang pincang, masalah sosio-ekonomi yang mengundang pelbagai masalah
disiplin sama ada dalam kelas ataupun di luar kelas. Murid lelaki yang agresif, tidak
hairan dengan kehadiran guru malah tiada matlamat yang jelas akan kehadiran mereka
ke sekolah. Kami yang mengajar di sesi petang dan dengan jawatan Guru Pelatih,
sekadar memerhati tanpa sebarang teguran dan pandangan dengan situasi begitu.
Lebih-lebih lagi sesi petang, perlu jadual dan kawalan khas waktu solat Zohor. Waktu-
waktu itu, jelas nampak ruwetnya tugas seorang guru. Ya, Allah…jika inilah situasi
sebenar jika aku dilantik sebagai guru nanti, aku perlu kuat untuk mengharunginya.
Kuat memikul amanah ini.
“ Cikgu Noraini dengan Cikgu Hamidah ni dah berpunya ka?”, tak semena-mena
Penolong Kanan Pentadbiran mengajukan soalan cepu emas kepada kami, ketika kami
menjamu selera di kantin sekolah petang itu. Aku dan Noraini saling berpandangan.
Mata kami bertaut, masing-masing dapat memahami maksud pandangan itu. Aku
beralih pandangan ke arah PKP. “Saya tak ada cikgu, Noraini tak tahu lah”, jawabku
ringkas agar PKP tidak ternanti-nanti akan jawapannya. “Kalau saya ada calon, nak
berkenalan tak?”. “ Boleh cikgu, tapi saya perlu tanya mak dulu, masalah sikit la kalau
orang sini cikgu”. “Oh!, ya ka, nanti-nanti kita bincangkan ya”, PKP berlalu pergi tanpa
menanti jawapan daripada Noraini. Mungkin dia sudah faham akan maksud tersurat
dan tersirat jawapanku itu.
Yang pasti , perbincangan dengan PKP yang dijanjikan tidak berlaku sehinggalah hari
terakhir kami di SM Pengkalan Chepa.
Jun 1995. Kami menduduki peperiksaan terakhir. Hanya empat hari. Selesai sudah
peperiksaan bertulis yang memperuntukkan markah 20% daripada keseluruhan kursus.
Kami akhiri minggu kedua dan minggu ketiga bulan Jun dengan mengikuti Kursus
Induksi selama dua minggu sebelum kami berangkat pulang ke kampung halaman
masing-masing. Tempoh seminggu iaitu minggu terakhir Jun, adalah saat genting untuk
proses menempatan pertama sebagai Guru Sandaran Terlatih. Minggu debaran.
Sekadar menanti dan redho apa yang Allah takdirkan.

45

Dalam pada itu, abang ipar ku, suami Kak Cik yang pernah berkawan rapat dengan
Dato‟ Anuar Ibrahim selaku menteri pelajaran waktu itu, cuba mendapatkan surat
sokongan untuk menempatkan diriku di tengah kota raya Kuala Lumpur. Penting
sangat-sangat, bagi mengelakkan diri dihantar ke Sabah atau Sarawak. Jauh benar
jika ke sana. Mak lah insan pertama yang tak henti-henti risau setiap nafas , setiap detik
jantungnya. Bimbang. Walaupun anaknya ini sudah terlajak perjodohan. Melewati 28
tahun sudah usiaku. Mara ke angka 3 siri sudah.

Masih abang posmen yang sama
Pagi itu, suasana di Lot 1551 seperti lazimnya. Jam 11.00 pagi mak sudah bersiap
sedia untuk membuka gerai laksa. Pondok sesikat pisang itu mak sapu bersih-bersih.
Sisa makanan tumpah, sisa-sisa ABC yang melimpah bertapuk di atas meja. Aku turut
membantu mak mengangkut bekas berisi laksa. Juga lain-lain barang keperluan niaga.
Waktu itulah abang posmen tiba.
Debaran jantung makin kuat. Pasti terjawab di mana lokasinya yang akan aku tuju.
Beberapa detik waktu saja lagi. Lambat betul jari jemariku berkerja. Terketar-ketar tak
keruan sama seperti degupan jantung. Bersaing debaran seiring pergerakan jari jemari.
“Dapat mana tu Dah?”, Tanya mak yang sudah tentu tak sabar seperti aku. “Nanti la
mak, rasa nak mati dah ni”. Akhirnya, perlahan-lahan aku mengoyak sampul putih
bersaiz A4. Ku teliti dan belek satu persatu. Meniti baris-baris ayat dari halaman
pertama hingga ke halaman ke tiga. Tertera di muka pertama. Surat tawaran
penempatan Guru Siswazah Terlatih bagi tahun 1995. JPWP-03-530/Jld.15/9 (2)
bertarikh 21 Jun 1995. Aku dikehendaki melapor diri pada 3 Julai 1995 di Sekolah
Menengah (P) Pudu, Jalan Foss, 55200 Kuala Lumpur.
Aku baca satu persatu supaya mak faham dan tidak perlu aku jelaskan lagi. Tangga
Gaji T5 RM1223.00 sebulan. Wow! Lumayan.

Sekolah yang akan aku tuju sudah ada. Di mana tempat tinggalnya? Oh! Tuhan. Esok
pagi, aku cuba dapatkan beberapa naskah akhbar ternama. Berita Harian, Star dan
Utusan Malaysia. Dapatkan iklan bilik di lokasi yang berdekatan dengan SM (P) Pudu,
Jalan Foss, Jalan San Peng dan lain-lain dengan kadar sewa yang berpatutan. Sukar

46

betul dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan perkhidmatan sewa bilik. Aku tiada
pilihan. Hanya di Jalan Raja Alang, Kampung Baru. Iklan sewa bilik RM 100.00 untuk
wanita. Bayaran deposit RM 100.00 perlu dibank in. Aku menghubungi nombor telefun
yang diberi. Akhirnya, ini saja pilihan yang ada. Aku akur dengan apa yang ditawarkan.
“Asalkan ada tempat aku menginap, jangan sampai menginap di surau sekolah, sudah”.
Aku bermonolog sendiri.

Sama seperti sebelum-sebelum ini. Abang ipar, mak dan tok mengiringi aku ke Kuala
Lumpur. Tiba di Kampung Baru sudah jam 5.00 petang. Mak tetap tidak berpuas hati
dengan lokasi kediaman yang aku pilih. “Tiada pilihan mak, nanti bila jumpa kawan-
kawan di sekolah, Dah cari bilik atau rumah lain yang lebih selesa, nanti-nanti ada la tu
mak”. “Sementara saja mak”. Aku cuba memujuk mak. Tapi pasti hati mak masih
berbelah bahagi. Aku tahu, sebab aku sendiri. Tidak seperti Kak Cik. Pertama kali
posting di MRSM Kuantan, Pahang, Mak tak berkisah apapun. Sebab Kak Cik
sudahpun bersuami. Beza benar dengan aku, walaupun sudah berusia 28 tahun,
masih dilayan seperti remaja belasan tahun saja layaknya. Seolah-olah usia aku 18
tahun.
Malam itu, abang ipar, mak dan tok pulang ke Kulim segera. Mak tinggallah aku
seorang diri di bilik kecil selebar enam kaki panjang kali enam kaki lebar. Diisi dengan
dua tingkat katil besi. Bermakna, aku akan berkongsi dengan penyewa lain jika ada
insan yang mohon kelak.
Pagi 3 Julai 1995. Seawal jam 5.00 sudah aku bangun. Terbiasa dengan waktu begitu.
Tidak perlu akan alarm clock and timer set. Pertama kali berbaris menunggu giliran
untuk mandi dan berwuduk pagi itu. Lima orang semuanya. Aku yang sememangnya
bukan seorang yang peramah, tidak pun mempedulikan siapa berbaris di hadapanku,
dan siapa yang berdiri di belakangku. Fikiran masih cuak dengan pengalaman baharu.
Sudah lah tinggal di tempat yang sembit, tiada ruang dapur, bilik air yang berkongsi,
dan serba serbi yang menggerunkan. Tak hairan lah mak dalam kerisauan sejak detik
pertama melangkah masuk ke rumah kedai di Jalan Raja Alang itu. Ya Rabbi. Aku
mesti bertabah dengan ujian ini.

47

Selesai solat subuh pagi itu, aku menapak menyusuri jalan ke Jalan Chow Kit. Di situ
aku perlu menaiki bas untuk ke Jalan Pudu Raya. Tiba di sekolah sekitar jam 7.30
pagi. Perhimpunan pagi Isnin baru dimulakan di dewan tertutup tingkat dua bangunan
utama sekolah. Masih hingar-bingar suasana di dewan jelas kedengaran hingga ke
tingkat bawah. Aku masih tercari-cari penunjuk arah ke pejabat untuk melaporkan diri.
Terserempak dengan seorang guru wanita separuh umur. Cantik. Bersanggul siput.
Lenggok atur langkahnya yang teratur dan sopan sekali. Sempat melemparkan
senyuman manis ke arah aku yang masih meninjau penunjuk arah. Tiba di penjuru
bangunan itu, aku memberanikan diri untuk bertanya. “Assalamualaikum cikgu, boleh
saya tahu di mana pejabat sekolah?”. Sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Waalaikumussalam, cikgu baharu ya, cikgu jalan terus kemudian belok kiri. Hujung
bangunan ini jumpa lah pejabat”. “ Terima kasih cikgu”, aku bergerak ke arah yang
dimaksudkan.
Tiba di pejabat. Kami berlima sedang menunggu tibanya pengetua. Perhimpunan
dijangka tamat pada jam 8.10 pagi. Selesai perhimpunan pagi, barulah kami dapat
bersua muka dengan pengetua. Datin Rahmah Hashim. Sempat aku memerhatikan
potret beliau yang terpapar di dinding. Cantik. Di sudut kiri bilik pengetua kami,
tersusun rapi beberapa frame gambar keluarga beliau. Di celah-celah frame itu,
terdapat sejambak bunga ros kering yang tersisip sekeping kad ucapan. Kukira
jambangan bunga sempena hari ulang tahun kelahiran. Barangkali. Di sudut kanan pula
berdiri teguh almari kaca, di dalamnya tersusun rapi buku-buku yang pelbagai saiz dan
warna. Tak pasti buku apakah itu? Mungkin buku rujukan berkaitan dengan pentadbiran
dan pengurusan sekolah. Rakanku yang berempat tadi, masing-masing berkenalan.
Lain benar feel mereka dengan aku. Peramah. Hari pertama sudah kelihatan akan
kemesraan antara mereka. Ah!, biarlah dulu. Nanti-nanti berkenalanlah. Takkan lari
gunung dikejar. Aku sekadar mengukir senyuman. Pendiam dan sombong jugak aku
pada hari pertama itu.
Aku, Siti Shakirah, Laleta, Nur Umaira dan Casandra. Kami berlima selesai sesi
suaikenal dengan pengetua Datin Rahmah Hashim sekitar jam 9.00 pagi. Sesi
seterusnya diteruskan dengan perjumpaan ringkas dengan Penolong Kanan
Pentadbiran bagi urusan penetapan sesi bertugas dan penjadualan. Aku dan Siti

48

Shakirah ditugaskan untuk mengajar murid sesi petang untuk kelas Tingkatan 1 dan 2.
Manakala Laleta, Nur Umaira dan Casandra ditugaskan untuk sesi pagi. Jadual waktu
perlu dirombak semula mengikut keperluan sekolah. Kami terpaksa akur dengan
penetapan yang diberi. Kami dinasihatkan supaya berkenal- kenalan dengan guru-guru
lain sementara menunggu penyusunan semula tempat duduk di bilik guru. Untuk hari
pertama itu, kami dibenarkan pulang jam 1.00 tengah hari.
Minggu kedua, 10 Julai 1995. Secara rasminya aku cikgu Sejarah Tingkatan Dua A2,
Dua A5 dan Dua A8. Juga bahasa Melayu Tingkatan Satu A1 dan Satu A4.
Selebihnya aku ditugaskan mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 27
waktu kesemuanya. Akur segalanya. Itulah tugasan utama sebagai guru.

18 Ogos 1995. Kami berlima menghadiri temuduga khas untuk lantikan di World Trade
Centre Kuala Lumpur. Peserta terakhir untuk hari itu adalah Laleta, guru bahasa
Inggeris. Kasihan dia, dikecam kerana tidak mahir bertutur dalam bahasa Melayu.
Berketurunan India, berasal dari Petaling Jaya. Jarang-jarang menggunakan bahasa
Melayu dalam pertuturan seharian. Akhirnya Laleta dimaklumkan lebih awal, bahawa
dia gagal dalam sesi temuduga tersebut. Dia diberi tempoh setahun untuk
meningkatkan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu. Aku, Siti Shakirah, Nur
Umaira dan Casandra berjaya dalam sesi temuduga itu dan dimaklumkan bahawa
pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan surat lantikan kemudian.

Akhirnya, Surat lantikan daripada SPP.70/1/1-3346/ (6),yang bertarikh 9 Oktober 1995,
selamat aku terima pada 16 Oktober 1995 , Tarikh keramat itu sahlah aku sebagai
GURU . Aku Cikgu Sejarah. Sudah terang lagi bersuluh.

Firman Allah SWT,”Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati
yang puas lagi diredhai-Nya. Maka, masuklah engkau di dalam kumpulan hamba-
hamba-Ku yang berbahagia. Dan masukllah ke dalam syurga-Ku.” (al-Fajr 89:27-30)

Masya-Allah. Tabarakallah. Terima kasih ya Rabb. Sesungguhnya Allah Maha
Penolong. Ajaibnya, hujung tahun itu aku, dan family Kak Cik berangkat menunaikan

49

umrah. Allah benar-benar membantu hamba-Nya yang redha dan sentiasa meminta
hanya pada-Nya. Allah tak pernah tinggalkan kita walau apa pun yang terjadi. Ya
Allah, sesungguhnya setiap rencana-Mu, pasti ada hikmatnya.

Saat menanti bergelar „orang besar‟ sudah tiba di penghujungnya. Aku dan rakan-rakan
seramai 135 orang peserta National Professional Qualification for Educational Leaders
(NPQEL) @ Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan akan
tamat bila-bila masa saja. Hanya tinggal beberapa langkah lagi untuk aku menjawat
jawatan sebagai „Ketua Sekolah‟. Tugasan yang berbaki tidak sesukar seperti yang
baru bermula. Syukur ya Rabb. Hari itu akan tiba tidak lama lagi.

BICARA HATI

Benarlah selagi tak puas rasa di hati, selagi itu akan dicari
Bicara hati seribu rahsia, hati sukar dibaca
Hati yang keciwa bertahun lamanya, sukar dirawat sekelip mata
Tersimpan rapi rahsia diri, jangan sekali mengeluh takdir yang berlalu
Perbaiki diri sebelum terlewat, kelak jangan menganiaya diri.
Kasihkan diri, cermin diri…
Jangan diharap kasih yang berpaut pada ranting yang rapuh
Meracun diri yang tiada penghujung
Kembali kepada Rabbi, itu benar dan pasti.
Rahsia takdir tetap rahsia…
Sekuat mana pun kita yang menjaga, yang pergi tetap pergi…
Sekuat mana pun kita yang menolak, yang datang tetap datang tanpa diundang
Dan itulah namanya TAKDIR.
Pujuklah hati, untuk diri.

I CHuN BCH 29052020


Click to View FlipBook Version