The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pengimbuhan apitan kata nama

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50348105, 2021-10-10 22:44:10

apitan kata nama

Pengimbuhan apitan kata nama

PENGIMBUHAN APITAN

Bersama Cikgu Jun

#Cikgu harap semua murid dapat salin nota ini
dalam buku tatabahasa atau mana-mana
buku yang sesuai. Jangan malas salin nota
yang diberi.

DEFINISI APITAN

Imbuhan yang ditambahkan serentak di
hadapan dan di belakang kata dasar untuk
membentuk perkataan baharu

Contoh : kata dasar – laku
apitan - kelakuan

CONTOH APITAN KATA NAMA

Kata dasar Apitan Kata terbitan
lari pe-…-an pelarian
buru pem-…-an pemburuan
duduk pen-…-an pendudukan
gulung peng-…-an penggulungan
bom penge-…-an pengeboman
dalam pe-…-an pedalaman
dagang per-…-an perdagangan
ajar pel-…-an pelajar

BENTUK APITAN KATA NAMA

Terdapat empat bentuk apitan kata nama dalam bahasa
Melayu:

1. peN-…an
2. pe-…-an
3. peR-…-an
4. ke-…-an

1. Apitan peN-…-an akan menjadi pe-…-an apabila
bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf
m, n, ny, ng, r, l, dan w.

➢ Apabila apitan peN-…-an ini bergabung dengan kata dasar yang
bermula dengan huruf p, t, k, dan s, huruf pertama kata dasar
tersebut akan luluh dan berubah iaitu

❑ huruf p akan menjadi m,
❑ huruf t akan menjadi n,
❑ huruf k akan menjadi ng,
❑ huruf s akan menjadi ny

2. Apitan peN-…an akan menjadi pem-…-an apabila bergabung dengan kata
dasar yang bermula dengan huruf b dan perkataan pinjaman yang bermula
dengan huruf b, f, dan v serta gugus konsonan dengan huruf p dan b.

3. Apitan peN-…an akan menjadi pen-…an apabila bergabung dengan kata
dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan kata pinjaman yang kata
dasarnya bermula dengan huruf t dan s.

4. Apitan peN- …-an akan menjadi peng-…-an apabila bergabung dengan kata
dasar yang bermula dengan huruf g, kh, dan h dan a, e, i, o, u. Peng-…-an juga
boleh bergabung dengan perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula
dengan huruf k.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version