The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50348105, 2021-09-06 00:46:52

Penghasilan Karangan

Nota penghasilan karangan

PENGHASILAN

KARANGAN

Bersama cikgu Jun

PERENGGAN PENDAHULUAN

BY CIKGU JAY

• Kaedah IDeHIKS

I Isu – Tema / Konsep
De Definisi isu (+ve @ -ve)
HI Hangatkan Isu (luaskan

pengetahuan)
KS Kehendak Soalan

TAJUK SOALAN

• Kejayaan seseorang banyak bergantung kepada tahap disiplinnya. Pada
pendapat anda, apakah sebab berakunya masalah disiplin pelajar di
sekolah.?

❖ TEMA –

❖ KATA KUNCI -

SEBAB-SEBAB • Isu disiplin pelajar kerap
BERLAKUNYA menjadi paparan surat khabar.
MASALAH DISIPLIN
MURID • Isu disiplin pelajar tidak boleh
dipandang ringan.

• Masalah disiplin sekolah
dikatakan semakin meningkat
dan membimbangkan.

• Terdapat beberapa sebab
berlakunya masalah disiplin
murid.

Ayat Judul = I PERENGGAN
ISI
Ayat Huraian= M
Ba ISI (tema & kata kunci)
Ayat Huraian= K MENGAPA
Ayat contoh = BAGAIMANA
KESAN
U UNGKAPAN*
PAyat Penegasan= PENEGASAN

AYAT HURAIAN

• Letak penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan huraian isi

AYAT CONTOH

• Letak penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan contoh isi

AYAT PENEGASAN

• Letak penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan penegasan isi

FAKTOR BERLAKUNYA MASALAH
DISIPLIN MURID

- Sebab berlakunya masalah disiplin murid ialah sikap pelajar itu
sendiri.

- Hal ini demikian kerana murid yang melanggar disiplin sekolah
ialah murid yang mempunyai tingkah laku yang buruk.

- Murid berkenaan hanya mementingkan diri sendiri dan tidak
tahu menghormati guru-guru mahupun peraturan sekolah.

- Sebagai contoh, murid berkenaan juga menganggap
peraturan sekolah hanya menyusahkan diri mereka dan
menjadikan mereka memprotesnya dengan cara melanggar
peraturan sekolah tersebut.

- Sesungguhnya, masalah disiplin murid di sekolah adalah
disebabkan oleh sikap murid itu sendiri.

Isi SIKAP IBU BAPA
Mengapa
Masalah disiplin murid berpunca daripada sikap ibu bapa.
Bagaimana Hal ini demikian kerana anak-anak yang selalu dimarahi ibu
bapa Ketika di rumah cenderung untuk berkelakuan negative
kesan Ketika berada di sekolah.
penegasan Manakala, anak-anak yang tidak mendapat kasih saying
secukupnya daripada ibu bapa pula cenderung untuk membuat
sesuatu yang boleh menarik perhatian guru-guru dan rakan-
rakan.
Sebagai contoh, murid membuat kesalahan disiplin dan guru
pasti akan melaporkan kes tersebut kepada ibu bapa.
Sesungguhnya, sikap ibu bapa merupakan penyumbang kepada
masalah disiplin murid.

Isi PENGARUH MEDIA MASSA
Mengapa
Bagaimana Pengaruh media massa juga merupakan faktor yang
kesan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan murid.
penegasan Hal ini kerana murid yang menonton filem aksi ganas, cenderung
untuk melakukan aksi ganas tersebut Ketika bersma-sama rakan
di sekolah.
Murid yang masih remaja ini mempunyai sifat ingin mencuba
perkara yang mereka lihat dan inilah yang menyebabkan
mereka melakukan pergaduhan, buli, peras ugut di sekolah.
Misalnya, aksi ganas yang terdapat di televisyen ialah
pertandingan gusti dan filem tentang rompakan bank dan
sebagainya.
Sememangnya, faktor yang menjadi penyumbang masalah
disiplin murid ialah pengaruh media massa

PERENGGAN PENUTUP

Harapan Sebagai kesimpulannya, terdapat beberapa sebab berlakunya masalah
disiplin murid. Sesungguhnya, masalah disiplin dalam kalangan murid boleh
menjejaskan pencapaian akademik murid. Pada pendapat saya, pelbagai
pihak mesti berganding bahu untuk menangani masalah disiplin murid.

Cadangan Dengan kerjasama semua pihak seperti pihak ibu bapa, sekolah, komuniti
setempat, saya pasti masalah disiplin murid dapat diatasi dengan baik bak
kata pepatah sepakat membawa berkat.


Click to View FlipBook Version