The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by manis sarra, 2020-11-23 09:43:15

BUAH DURIAN BUAH BACANG

BUAH DURIAN BUAH BACANG

-BUAH DURIAN, BUAH
BACANG-

Pada suatu masa pokok durian tumbuh
dekat dengan pokok bacang.Apabila tiba
musimnya, kedua-dua pokok ini berbunga
dan berbuah dengan lebat. Sampai
ketikanya buah bacang dan buah durian pun
masaklah

Pokok bacang malu kepada pokok
durian. Pertama, kerana buah durian
mengeluarkan bau yang sangat harum dan
kuat apabila masak.Keduanya pula, apabila
gugur buah durian akan berbunyi kuat.

Apabila masak buah durian akan
mengharumi sekirar kawasan di mana ia
tumbuh.

Isi durian pula sangat sedap rasanya . Buah
Bacang tidaklah seistimewa buah durian.0

Pada suatu hari, pokok bacang meminta
pokok durian meminjamkan baunya. Pokok
bacang mahu buahnya berbau harum dan
berbunyi kuat apabila gugur.

"kita tidak dapat mengubah kejadian
tuhan.kita mesti bersyukur atas apa yang
dijadikan kepada kita," kata pokok durian.

Pokok bacang tidak peduli. Pada waktu
malam setelah semua pokok tidur, pokok
bacang mencuri bau buah durian daripada
pokoknya. Bau itu dipakainya. Namun,
benarlah kata pokok durian, bau buah
bacang bertambah kuat tetapi rasa tetap
bercampur masam. Ia tidak enak seperti
buah durian.

Pokok durian menyedari akan perbuatan
pokok bacang itu. pokok bacang amat malu

dengan pokok durian kerana perbuatannya
sudah diketahui oleh sahabatnya itu.

sehingga sekarang, jika pokok durian
dan pokok bacang tumbuh berdekatan, buah
bacang tidak akan gugur

Buah durian akan mengeluarkan bau
yang harum dan kuat. Apabila gugur
bunyinya juga kuat. Sesekali buah durian
akan menunggu buah bacang untuk gugur
bersama-sama. Namun buah bacang tidak
mahu gugur sehingga buahnya gugur

-TAMAT-


Click to View FlipBook Version