The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Konflik terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan .

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rabiyahtulatikah, 2021-04-15 21:40:15

Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan

Konflik terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan .

DIPLOMA PENGURUSAN
PERNIAGAAN

KOD KHUSUS: MPU-2163

TTAAJJUUKK KKHHUUSSUUSS:: PENGAJIAN MALAYSIA

TTUUGGAASSAANN BBEERRKKUUMMPPUULLAANN:: BUKU SKRAP

NNAAMMAA PPEENNSSYYAARRAAHH: PUAN FARIDAH MOHD TAP

NAMA : Puan Faridah Binti Mohd Tap
Pensyarah MPU 2163

NAMA : MUHAMMAD AFIQ HILMI BIN RAZIQ
HAZIM QUEK

NO MATRIK : 20210222

NAMA : NUR RABIYAHTUL ATIKAH BT ZAIDI
NO MATRIK : 20210368

NAMA : NUR AQELA UZMA BT AHMAD EFFENDI
NO MATRIK :20210280

NAMA : NUR AMIRA SOFIAH BT MOHD HADZMI
NO MATRIK : 20210284

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN ...... ................. 1

1.0 PENDAHULUAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2

1.1 LATAR BELAKANG . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3

PERKARA 152 PERLEMBAGAAN . . . . . . . . . . . . . . . 4

BAHASA MELAYU DALAM BERPALIMEN . . . . . . . . . 5

BAHASA ROJAK DALAM URUSAN RASMI . . . . . . . . . 6

DASAR PENDIDIKAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7-8

KESIMPULAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 9

RUJUKAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10-11

GAMBAR . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 12

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Allah
S.W.T. kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk
untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada Puan Faridah binti Mohd Tap, pensyarah pembimbing
saya kerana banyak membimbing dalam menyiapkan kerja kursus
ini. Beliau banyak memberi penerangan tentang cara melakukan
kerja kursus ini. Walaupun beliau sibuk, tetapi beliau tetap ada masa
untuk bersama saya dan rakan-rakan dalam memberi penerangan
mengenai kerja kursus ini.

Akhir sekali,saya berharap dapat mempelajari banyak ilmu
pengetahuan daripada hasil kerja kursus ini.
1

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu yang diperkenalkan dari
sejak azali lagi.Seperti yang tertera pada perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan bahasa telah memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang perlu digunakan untuk maksud rasmi.Sebagai warga
Malaysia yang merdeka kita harus berbangga kerana memiliki bahasa
kita sendiri sebagai identiti jati diri yang unggul sejajar dengan
Wawasan 2020.Bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu yang
telah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) dari abad ke-15
dengan wujudnya Kesultanan Melayu Melaka.,Bahasa Melayu
digunakan oleh pedagang-pedagang yang datang dari serata
dunia.dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan
dokumen perjanjian turut menggunakan bahasa melayu bertulis
jawi.Ini membuktikan bahasa Melayu mudah difahami oleh pelbagai
kaum termasuk pihak British.Sejak dari itu bahasa Melayu berkembang
luas penggunaannya termasuklah menjadi bahasa perantaraan di
sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan
termasuklah mahkamah.

2

1.1 LATAR BELAKANG

Latar belakang perkataan Melayu masih belum dapat disahkan

oleh sejarawan. Ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa

Melayu kepada tiga tahap utama iaitu Bahasa Melayu Kuno ,

peralihan Bahasa Melayu kuno ke Bahasa Melayu Klaik , Bahasa

Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Secara konseptual Bahasa

Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia dapat didefinisikan

sebagai bahasa utama yang menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa

Perantaraan. Dan juga dapat berupaya menjadi tunjang atau nadi

kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini. Perlembagaan tidak

menjelaskan maksud, ''Bahasa Kebangsaan''. Melalui

penterjemahan dalam Kamus Dewan yang mendefiniskan " Bahasa

Kebangsaan" adalah sebagai bahasa yang diterima oleh ramai

penduduk di sesebuah negeri yang mempunyai beberapa bahasa

atau loghat yang lain. ''Bahasa rasmi'' pula ialah Bahasa Pentadbiran

Kerajaan mungkin lebih tepat jika dilihat dalam konteks

Kebangsaan yang diterangkan sebagai "keseluruhan" untuk

melambangkan keperibadian negara Malaysia. 3

PERKARA 152 PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan iaitu bahasa Melayu adalah
bahasa rasmi persekutuan yang diterjemahkan melalui
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta Akta Bahasa
Kebangsaan 196/67 yang memperuntukkan bahawa bahasa
Melayu adalah bahasa kebangsaan dan hendaklah
digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran
negara.Namun, apa yang menyedihkan kita ialah roh dan
semangat yang dibawa oleh Perkara 152 serta Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 ini dilihat tidak dihayati sepenuhnya
dan seolah-olah sengaja dilupakan dan tidak dipedulikan
oleh segelintir rakyat kita sendiri.

4

BAHASA MELAYU DALAM PARLIMEN

Perkembangan bahasa kebangsaan selepas Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 sehingga tahun 1966.
Perbincangan ini akan difokuskan terhadap usaha kerajaan dalam
melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan khususnya dalam bidang
pentadbiran . Selain itu, perbincangan turut mengupas masalah yang
dihadapi dalam melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan.
Hal ini kerana sesuatu yang lazim bagi sesebuah negara yang terdiri
daripada masyarakat berbilang kaum akan berhadapan dengan masalah
untuk mencapai perpaduan disebabkan perbezaan latar budaya, bahasa,
kepercayaan dan lain-lain yang begitu ketara.
Tempoh masa sepuluh tahun yang dipilih pula merupakan suatu tempoh
yang menarik untuk dibincangkan kerana Perkara 152 (1) Perlembagaan
Persekutuan 1957 telah menetapkan bahawa bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Persekutuan. Tetapi dalam
perlembagaan itu juga telah disebut bahawa bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris bersama-sama boleh digunakan dalam tempoh sepuluh tahun
tersebut. Ini bermakna, bahasa kebangsaan bukan sahaja akan disaingi
hebat oleh bahasa Inggeris tetapi juga perjuangan dan usaha untuk
memastikan supaya bahasa kebangsaan terus berkembang maju akan
berhadapan dengan pelbagai rintangan.

5

BAHASA ROJAK DALAM URUSAN RASMI

Krisis ini berpunca daripada tanggapan yang salah oleh
masyarakat tentang kemampuan bahasa Malaysia
sebagai bahasa kemajuan negara ini. Faktor kedua
berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri. Hal ini
berlaku demikian kerana orang melayu yang berkuasa
telah meminggirkan bahasa Malaysia daripada
rancangan pembangunan. Mereka tidak mahu
menyokong rancangan pembangunan kepustakaan
bahasa Malaysia .

Jika keadaan ini dibiarkan berterusan,janganlah
terkejut jika negara kita terus tertinggal dalam arus
kemajuan muflis dalam bidang ilmu teknologi dan
budaya serta akhirnya terkubur di negara sendiri.Isu
yang dialami bahasa rojak ialah bahasa rojak
digunakan secara meluas terutamanya dalam
kalangan remaja bandar di malaysia,sekaligus
membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan
bahasa Melayu yang betul. Kerajaan memutuskan bagi
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul
terutamanya dalam sektor swasta dengan tidak
menggalakkan penggunaan bahasa rojak.Antara isu-
isu penggunaan bahasa rojak ialah TV3 telah menukar
nama karnival Sure heboh menjadi Jom heboh.

6

DASAR PENDIDIKAN

Menurut Abdullah Sani (1990), Dasar Pendidikan
Kebangsaan digubal sebagai garis panduan bagi
mencapai matlamat yang dihasratkan oleh
negara terutamanya kesedaran ke arah
kepentingan perpaduan , jika sebelum 2003,
mata pelajaran sains dan matematik diajarkan
kepada pelajar sekolah rendah, menengah dan
peringkat universiti dalam bahasa kebangsaan,
namun tuntutan globalisasi telah mengubah
keadaan ini, sejak 2003, mata pelajaran sains dan
matematik diajarkan dalam Bahasa Inggeris.
Ekoran dari perubahan ini, ribuan istilah yang
sudah digubal sejak 1965 tidak lagi diguna pakai
untuk keperluan sistem pendidikan negara.
Berdasarkan Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996,
jika bahasa pengantar utama si suatu intitusi
pendidikan adalah selain daripada bahasa
kebangsaan ,maka bahasa kebangsaan
hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran
wajib di institusi pendidikan itu.

7

Pengubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan Terdapat isu-isu berkaitan dengan
adalah berasaskan laporan Razak 1956 dan kerenggangan hubungan kaum di Malaysia
laporan Rahman Talib 1960.Secara annual,
Dasar pendidikan kebangsaan adalah adalah cabaran dalam bidang pendidikan.
mengisytiharkan hasrat dan nilai kerajaan Sehubungan itu, bagi mengelakkan keadaan
bagi melahirkan rakyat yang dapat ini berterusan , maka wujud pendemokasian
memenuhi aspirasi negara . pendidikan dan sekolah wawasan yang
bertujuan merapatkan jurang perkauman
sektor pendidikan yang berperanan
melahirkan insan berilmu, terlatih dan
kemahiran bagi mmengisi keperluan sumber
tenaga manusia, sentiasa memberikan
peruntukan yang tinggi dalam setiap program
rancangan Malaysia . Ini bersesuaian dengan
hala tuju budaya ilmu yang mahu menjadikan
ilmu sebagai satu cara hidup yang
berkerinambungan dalam semua aspek
kehidupan.

8

KESIMPULAN

Bahasa Melayu telah mencapai tahap kegemilangannya hingga menjadi
lingua fragca dan bahasa ilmu sewaktu pada suatu ketika dahulu, kerana
sifat keterbukaan yang ada padanya iaitu mudah menerima pengaruh
bahasa asing. Pada masa ini, Bahasa Melayu telah mencapai tahap
kesempurnaanya , mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai
bahasa ilmu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan
pencapaiannya dan bukan berasa sangsi hingga sanggup menganaktrikan
bahasa sendir, ini telah terbukti yang mana Korea , dan Jepun disertai
oleh China yang sangat mendaulatkan bahasanya mampu menjadi
penghalang kemajuan. Oleh kerana itu, seharusnya kita bangga
menggunakan Bahasa Melayu dalam pergaulan harian dan dalam proses
pengajaran serta pembelajaran. Permasalahan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia pada masa ini adalah
masyarakat Malaysia lebih mengutamakan dan menggunakan bahasa
ibunda berbanding Bahasa Melayu dalam kehidupan harian mereka. Oleh
kerana itu, keraan digesa untuk mengambil langkah-langkah dan
pendekatan yang berkesan, mesra serta dapat diterima oleh semua kaum
yang ada di Malaysia bagi memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.

9

RUJUKAN

Abdul Rashid Melebek Amat Juhari Moain ,(2006).
Sejarah bahasa melayu. Utusan publication & distribution Sdn.Bhd

Noor Mohamad Shakil Hameed,(23 oktober 2014).
Bahasa Melayu tunjang perpaduan. Harian metro m/s 24

Puan Rina Fakhizan Mohd Sukri Ustaz Udin,(13 januari 2017).Pengunaan
bahasa rojak dalam kalangan masyarakat
.http://bahasarojakkita.blogspot.com/2017/01/bahasa-rojak-dalam-
kalangan-masyarakat.html?m=1t

Shrifaf Darimia binti Sharif Adam,(15 may 2014).
Satu perjuangan nasionalisme dari 1930 hingga 1967.
http://repo.uum.edu.my/14549/

10

Tun Abdullah's group (20 july 2014).Pengajian Malaysia:bahasa kebangsan.
http://keepcalmandlovepm.blogspot.com/2014/07/bahasa-
kebangsaan_20.html
Yahya Don, (2005). Kepimpinan pendidikan di malaysia. Pts publication &
distribution Sdn,Bhd

11

12


Click to View FlipBook Version