The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KAJIAN TENTANG PEMBUANGAN SISA DOMESTIK TERHADAP PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR DI TAMAN MURNI PERDANA, PAKA.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IZZARINA, 2024-02-05 02:19:25

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1

KAJIAN TENTANG PEMBUANGAN SISA DOMESTIK TERHADAP PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR DI TAMAN MURNI PERDANA, PAKA.

SMK SERI PAKA 23100 PAKA, TERENGGANU KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 1 PEMBUANGAN SISA DOMESTIK DAN KESANNYA TERHADAP PENDUDUK DAN ALAM SEKITAR DI TAMAN MURNI PERDANA, PAKA. DISEDIAKAN OLEH, NAMA MURID : _________________ TINGKATAN : _________________ NAMA GURU : CIKGU IZZARINA BINTI AHMAD TARIKH HANTAR : 7 FEBRUARI 2024


ISI KANDUNGAN Bil Perkara Muka surat 1. Penghargaan 2. Pendahuluan 3. Objektif kajian 4. Kawasan kajian 5. Peta lakar Kawasan kajian 6. Kaedah kajian 7. Hasil kajian 8. Rumusan 9. Rujukan 10. Lampiran


PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru saya iaitu Cikgu Izzarina binti Ahmad kerana memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya kerana banyak memberi dorongan dan sokongan untuk saya menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu memberi semangat dalam menyiapkan kerja lapangan ini.


PENDAHULUAN Saya telah menjalankan kerja lapangan tentang pembuangan sisa domestik dan kesannya terhadap penduduk dan alam sekitar di Taman Murni Perdana. Saya membuat kajian ini untuk mengetahui jenis-jenis sisa domestik di kawasan kajian. Selain itu, saya telah menyatakan kesan-kesan pembuangan sisa domestik terhadap penduduk dan alam sekitar di Taman Murni Perdana. Saya juga telah mencadangkan langkah-langkah yang boleh dibuat untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik di Taman Murni Perdana. Saya memilih kawasan kajian ini kerana terletak berhampiran dengan rumah dan sekolah saya. Ini memudahkan saya menjalankan pemerhatian dan kajian tersebut.


OBJEKTIF KAJIAN Saya melakukan kerja lapangan ini bertujuan untuk menyatakan konsep dan takrifan sisa domestik di kawasan kajian. Selain itu, menyatakan jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di kawasan kajian. Seterusnya, menghuraikan kesan-kesan pembuangan sisa domestik terhadap penduduk dan alam sekitar di kawasan kajian. Akhir sekali, mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik tersebut.


KAWASAN KAJIAN Saya menjalankan kerja lapangan Geografi di Taman Murni Perdana. Taman ini merupakan taman perumahan yang terbesar di Paka, terletak di dalam mukim Paka, daerah Dungun. Jarak taman ini dengan pusat niaga Paka ialah empat kilometer. Pelbagai kemudahan yang terdapat di taman ini. Antaranya ialah dua buah sekolah rendah iaitu SK Paka II dan SK Paka III serta sebuah sekolah menengah iaitu SMK Seri Paka. Selain itu terdapat juga kemudahan hotel, dewan, padang bola, surau, kedai runcit dan sebagainya. Taman Murni Perdana terletak di kawasan tanah pamah. Sistem pengangkutan utama ialah jalan raya. Kebanyakan penduduk bekerja dalam sektor perindustrian yang terletak di sekitar Paka dan Kertih.


PETA LAKAR KAWASAN KAJIAN Sek. PETUNJUK Sek. Kuarters TNB Sekolah Sek. Kawasan kajian Petempatan . Padang Surau Al-Muhajirin Dewan Kamal Hotel T-Garden Hutan Rumput Jalan Raya Kolam U Pdg. Pdg.


KAEDAH KAJIAN Bagi mendapatkan maklumat berkaitan objektif kajian, saya telah menggunakan beberapa kaedah seperti berikut: 1. Kaedah Rujukan Saya telah membuat rujukan buku teks, buku rujukan dan internet bagi mengenalpasti maklumat yang boleh saya gunakan dalam menulis laporan kajian. 2. Kaedah Pemerhatian Melalui kaedah ini, saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian dan sekitarnya bagi mengenalpasti pembuangan sisa domestik dan kesannya terhadap penduduk dan alam sekitar di Taman Murni Perdana. Proses pemerhatian dicatatkan dalam buku catatan dan disertakan dengan foto berkaitan.


HASIL KAJIAN


KONSEP SISA DOMESTIK Menurut buku teks Geografi Tingkatan 1, maksud sisa domestik ialah sisa yang terhasil dari Kawasan perumahan. Sisa domestic ini terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa pepejal terdiri daripada sisa makanan, plastic, kertas, logam, perabot dan lampin pakai buang. Sisa cecair terdiri daripada minyak masak dan kumbahan. Menurut Wikipedia, sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai. Sisa buangan toksik pula seperti minyak masak atau enjin, lebihan racun rumpai atau serangga dan hampas organik. Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair. Sisa domestik dapat dikelaskan kepada bahan organik dan bahan bukan organik. Kebanyakan sisa domestik berpunca daripada kegiatan seharian manusia dan bencana alam selebihnya daripada tindak balas semula jadi alam sekitar.


JENIS-JENIS SISA DOMESTIK Sisa domestik terdiri daripada sisa pepejal dan sisa cecair yang boleh dikategorikan sebagai bahan organik dan bahan bukan organik. Bahan organik boleh diuruskan dan dilupuskan. Dihasilkan dari sumber haiwan dan tumbuhan contohnya sisa makanan, sisa kebun dan kertas. Bahan bukan organik sukar diuraikan dan dilupuskan. Dihasilkan dari sumber mineral seperti tin, plastik, besi buruk dan kaca. Hasil daripada pemerhatian di kawasan kajian, didapati penduduk banyak membuang sisa makanan, botol, kotak, buku terpakai dan lampin pakai buang.


KESAN PEMBUANGAN SISA DOMESTIK Kesan pembuangan sisa domestik di kawasan kajian ialah pencemaran bau. Timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau. Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan pencemaran air. Pembakaran sisa domestik di tapak pelupusan sampah menyebabkan udara tercemar. Tempat pembuangan sampah dapat menjadi tempat penularan wabak penyakit seperti penyakit taun, demam denggi, malaria, zika dan rotavirus yang disebarkan oleh tikus, lipas dan lalat. Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan. Sikap tidak bertanggungjawab penduduk yang membuang sisa domestik ke dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat. Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.


LANGKAH MENGURANGKAN SISA DOMESTIK Langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik ialah penerapan amalan 3 R iaitu mengurangkan apa-apa yang boleh menjadi sampah, mengguna semula bekas minuman atau mendermakan pakaian serta mengitar semula barang yang boleh menghasilkan barang baharu seperti barang kraf tangan dan baja kompas. Selain itu, mencipta pinggan daripada ubi kayu dapat menggantikan pinggan polistirena dan mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik. Program Pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan dalam mata pelajaran Geografi dan Sains bagi memupuk kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan seperti Kempen Cintai Sungai Kita dan Kempen Kitar Semula untuk memastikan alam sekitar terpelihara dan terjaga dengan baik.


RUMUSAN Hasil daripada kerja lapangan yang telah dibuat, didapati pelbagai jenis sisa domestik telah dibuang oleh penduduk di sekitar Taman Murni Perdana. Dapatan ini juga dapat membantu saya memahami lebih mendalam tentang kesan-kesan pembuangan sisa domestik disekitar kawasan kajian. Selain itu, saya telah mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik dengan lebih terancang dan sistematik. Dengan ini, saya berharap kesan-kesan negatif pembuangan sisa domestik dapat dikurangkan dan Taman Murni Perdana akan menjadi bersih dan ceria pada masa akan datang.


RUJUKAN 1. Buku teks Hisham Azman bin Ibrahim, Mohamad KhairunFitri bin Ahmad. (2016). Geografi Tingkatan 1 KSSM. Cheras: Era Visi Sdn. Bhd. 2. Internet Wikipedia. (2021). Sisa domestik. 05 Februari 2024, https://ms.wikipedia.org/wiki/sisa_domestik.


LAMPIRAN • Fotostat buku teks Geografi muka surat 146, 147, 148, 149, 150, 151. • Tangkap gambar tempat pembuangan sampah. Contoh seperti di bawah:


Click to View FlipBook Version