The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 952-11-syahirah, 2024-03-27 04:52:00

SASTERA - SERIGALA DAN ARNAB

SASTERA - SERIGALA DAN ARNAB

SERIGALA DENGAN ARNAB OLEH: NURUL SYAHIRAH


Dalam sebuah hutan, terdapat seekor serigala yang ditakuti oleh penduduk rimba. Serigala suka memburu binatang-binatang yang kecil dan lemah untuk dijadikan makanan.


Pada suatu hari, serigala berjalan-jalan di dalam hutan sambil memerhati di sekelilingnya. Matanya melilau mencari mangsa. Dia berasa sangat lapar kerana sudah tiga hari dia tidak makan.


Tiba-tiba serigala ternampak seekor arnab yang sedang asyik makan lobak merah. “Wah, gemuk juga arnab itu. Kalau dapat makan daging arnab pun sedap ni, ” serigala tersenyum sambil membayangkan daging arnab yang empuk.


Serigala menghampiri arnab perlahan-lahan lalu menerkam dengan pantas. “Sudah tiga hari aku tidak makan. Nampaknya malam ini aku tidak perlu berlapar lagi, ” kata serigala kepada arnab sambil tertawa.


Arnab yang ketakutan terus merayu kepada serigala supaya melepaskannya. “Serigala, lepaskanlah aku, ” rayu Arnab. Tiba-tiba seekor rusa melintas di hadapan mereka. Arnab lantas berhelah, “Apa kata engkau tangkap rusa? Rusa lebih besar daripada aku, sudah tentu dagingnya lebih banyak. ”


Serigala termakan dengan helah arnab. Dia terus mengejar rusa. Arnab yang terlepas daripada cengkaman serigala pantas melarikan diri untuk bersembunyi.


Serigala terus mengejar rusa, namun tidak berjaya. Rusa berlari sangat laju meninggalkan serigala untuk menyelamatkan dirinya. Serigala yang penat mengejar rusa mengambil keputusan untuk berputus asa.


Serigala berpatah balik ke dalam hutan untuk mendapatkan arnab. Namun, alangkah sedihnya serigala apabila dia melihat bahawa arnab sudah melarikan diri. “Ini semua kerana sikap aku yang tamak. Jika aku tidak melepaskan arnab, sudah tentu aku sudah kenyang. ” Serigala pun pulang ke rumahnya dalam keadaan yang lapar dan sedih.


PENGAJARAN KISAH: Kita hendaklah sentiasa bersyukur. Sikap tamak hanya membawa kerugian kepada diri sendiri.


Sila imbas kod bar ini untuk tontonan video penceritaan.


Click to View FlipBook Version