Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 1 PERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN Alamat berdaftar: 21, Jalan Baru 22, Taman Melaka Baru, 75350 Batu Berendam, Melaka. Alamat Perhubungan: Lot 7039 Taman Serira, Lrg 2A, Jalan Menggris, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. (No. Akaun Semasa RHB Islamic Bank Berhad (6171-M) 21126700022000) No. Pendaftaran: PPM-004-04015012018. WAKIL-WAKIL PERHUBUNGAN NEGERI: JOHOR: Mohd Nick bin Abdullah (0197244777), Ustaz AffEncikdi Nyambong (0197908174), Mohd Izzat Salo (0137084368), Puan Amirah (0132967963).• MELAKA: Puan. Myia Yusrina Zalkis bt Ayol (0137783501), Puan. Nur Latifah Ajong (0176200025), KeptEncik(B), Johari Jugah (0198787987), Haji Md. Felique (0126395224), • SELANGOR: Md. Mirai Noha bin Abdullah (0193272106), Nur Aisyah Syuhada (0122045091), Nur Shahida Abdullah (0183761960), • KEDAH: Encik Ridhuan Bos Abdullah (0134200993), • TERENGGANU: Mohd Iskandariah bin Nyambai (0195155798), • KELANTAN: Puan. Mariam Abdullah (01112950052), • SARAWAK: KUCHING: Haji Norhaza Ahmad Redzuan Bin Abdullah (0143973095), Ustaz Haji Mohd Chathazman Bin Abdullah (0137195604), SERIAN: Ustaz Amin bin Abdullah (01120918976), SRI AMAN: Puan. Masitah bt Abdullah (0149937881), LUBOK ANTU: Haji Zakaria b Abdullah (01114628434), SIBU: Ustaz Fadullah bin Abdullah (0138002253), Ustaz Yakub bin Abdullah (0145830490), SARIKEI: Encik ShahmEncik bin Abdullah (0198658120), KAPIT: Ustaz Amir Ridhwan bin Abdullah (0194387748), Ustaz Mohd Shariff Robin bin Abdullah (0108374508), Encik Bain Bayang (0198165051), BINTULU: Hajih Alizawati bt Abdullah (0198329925),, Jamal bin Abdullah (0145908694), Puan. Norzah bt Abdullah (0198286107), BELAGA: Ustazazah Masitah bt Abdullah (0198758627), MIRI: Encik Amirul Rusydie bin Abdullah (0138514858), Puan. Paridah bt. Abdullah (0198750667), MUKAH: Encik Harusani bin Abdullah (0178696138),
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 2 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Prakata Segala Puji-pujian hanyalah bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam, tiada Tuhan selain Dia dan kepada Dia kita semuanya akan dikembalikan. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang kita rindui dan cintai, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta pengikut-pengikut sahabat, tabi-tabiin serta orang-orang yang mengikuti jejak perjuangan mereka sehingga hari Kiamat. Muhammad Asad pernah menyatakan bahawa “It was not Muslims that had made Islam great; it was Islam that had made the Muslims great.” Sejarah membuktikan betapa masyarakat Arab Jahililah berubah daripada suatu kaum yang fakir nilai-nilai murni, hidup berpaksikan kepada nafsu dan akal semata-mata, bangkit menjadi masyarakat yang hebat sehingga menguasai hampir ¾ dunia. Begitu juga masyarakat lain yang dahulunya hidup di dalam bayangan kepercayaan lama animisme dan pagan, boleh bangkit menjadi bangsa yang hebat dan cemerlang. Kebangkitan ini adalah kerana mereka menerima Islam sebagai suatu cara hidup dan kembali kepada penyembahan Allah Tuhan yang Esa. Sebagaimana yang kita fahami daripada firman Allah SWT di dalam ayat ke 13 Surah Al-Hujurat, salah satu tanda kebesaran Allah SWT adalah menjadi manusia itu pelbagai bangsa dan suku. Dan mereka diharapkan saling kenal-mengenal dan menginsafi bahawa semua mereka asalnya dari Adam dan Hawa. Dan betapa kehidupan yang diberi ini adalah suatu cara pengabdian diri kepada Allah SWT dan mereka yang terbaik adalah yang paling bertaqwa. Kaum Dayak yang dirujuk sebagai kaum asal peribumi yang tinggal di kepulauan Borneo, adalah antara masyarakat yang semakin menerima cahaya hidayah Islam. Budaya bejalai, belelang dan bekuli ke serata pelusuk tempat, membuka minda dan hati mereka untuk melihat keindahan dan kecantikan Islam sereta merasai Islam sebagai rahmat. Dan benar sekali kata-kata Muhammad Asad, Islam telah menjadikan mereka bangsa yang lebih baik dan hebat. Hari ini, bilangan kaum Dayak Muslim di Malaysia sudah menjangkau puluhan ribu di Semenanjung Malaysia dan jika merangkumi bilangan yang ada di Sabah, Brunei, Singapura dan Sarawak angkanya telah mencecah ratusan ribu. Justeru, kemunculan Persatuan Dayak Muslim sesuatu yang sudah diduga dan dijangka. Sejak pendaftaran Persatuan Dayak Muslim Johor Bharu pada 11 Mei 2014, diikuti di negeri-negeri Melaka dan Selangor, sehingga akhirnya membawa kepada penubuhan dan pendaftaran Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan pada tahun 2018, Persatuan ini menjadi wadah kepada kaum Dayak Muslim saling berkenal-kenalan dan bantu-membantu antara satu sama lain atas dasar ukhuwwah islamiah. It was not Muslims that had made Islam great; it was Islam that had made the Muslims great.
Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 3 Di samping itu Persatuan ini membantu mereka mempelajari dan menghayati agama Islam dengan lebih baik dan mendalam. Fenomena ini adalah suatu petanda yang sangat baik kepada masyarakat Dayak Muslim yang sangat kaya dengan tradisi budaya yang unik menganuti suatu agama yang suatu masa dahulu sangat-sangat asing dan seakan-akan bertentangan dengan bangsa itu sendiri. Malah istilah Dayak yang dicipta oleh penjajah Inggeris itu sendiri bertujuan memisahkan di antara mereka dengan saudara Melayu yang beragama Islam. Ternyata Islam adalah milik semua bangsa dan keturunan sesuai dengan kesyumulan risalah Nabi terakhir. Kami amat-amat yakin dan percaya, kami boleh menjadi kaum dan bangsa yang hebat kerana kami telah memiliki Islam sebagai Ad-Din. Islam telah memisahkan kami dari jahiliah dan kepercayaan lama yang membelenggu kami daripada muncul menjadi bangsa yang hebat dan cemerlang. Nantikan legasi dan bukti yang akan kami tinggalkan. Sebagai sebuah pertubuhan NGO yang berpaksikan kepada Islam, Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK), mendukung kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia dan menjunjung Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam. Justeru PDMK berazam dan beriltizam untuk berjalan seiring dan selari dengan rakan-rakan lain di dalam agensi-agensi, NGO-NGO serta badan-badan lain yang mempunyai aspirasi, tujuan dan matlamat yang sama. PDMK percaya dengan sikap saling hormati menghormati dan bekerjasama akan membuahkan natijah yang lebih besar di dalam kebangkitan kegemilangan umat Islam. Bagi pihak rakan-rakan dan sahabat-sahabat di dalam saf kepimpinan PDMK dan PDM negeri-negeri, kami menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak di dalam merealisasikan segala usaha dan impian kami. Kami sangat mengalu-alukan segala jalinan persahabatan dan kerjasama dengan semua pihak bagi mencapai objektif dan matlamat yang dikongsi bersama. Akhirkata, kami memohon kepada Allah SWT untuk terus memelihara dan melimpahkan rahmatNya untuk perjuangan kami ini. Mudah-mudahan sumbangan kecil kami ini banyak manfaat dan faedahnya untuk masyarakat Dayak Muslim khususnya dan manusia seluruhnya dari generasi ke generasi dan menjadi saham kami di akhirat nanti. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. HJ NORHAZA AHMAD REDZUAN BIN ABDULLAH Presiden Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 4 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Profil Pertubuhan Di Malaysia, Dayak secara umumnya merujuk tiga kumpulan kaum etnik di Sarawak iaitu kaum Iban, Bidayuh dan orang Ulu. Di Sarawak, Dayak merangkumi tiga kumpulan etnik yang besar iaitu kaum Iban, Bidayuh dan orang Ulu. Ia merupakan komponen yang lebih besar meliputi lebih 33 etnik dan 30 bahasa. Berdasarkan bancian penduduk tahun 2010 kaum Iban adalah kaum Dayak terbesar iaitu seramai 738,700 orang atau 28.9% diikuti kaum Bidayuh seramai 204,800 atau 8% dan Orang Ulu seramai 144,400 atau 5.6%. Perkembangan terkini, definisi Dayak merangkumi kaum-kaum pribumi kepulauan Borneo dan sekitar nusantara meliputi kaum Dayak Melanau, Dayak Kadazan, Dayak Dusun, Dayak Bajau dan lain-lain yang juga merupakan sub Malay Archipelago. Di Semenanjung, kaum Dayak juga ramai telah berhijrah, menetap dan bermastautin di pelbagai negeri khususnya Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan lain-lain. Penghijrahan ini bermula sejak penyertaan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia selepas 1963 sama ada melalui pekerjaan, menyambung pelajaran dan perkahwinan. Penghijrahan ini sesuai dengan adat ‘belelang’ kaum Dayak yang sangat dibanggakan. Dianggarkan dengan mengambilkira setiap isi rumah, jumlah kaum Dayak yang ada di Semenanjung (termasuk bekerja ulangalik Singapura) adalah melebihi 500,000. Daripada jumlah tersebut dianggarkan melebihi 50,000 adalah beragama Islam. Justeru, kewujudan sebuah pertubuhan yang dapat menyatukan dan menyelaras usaha dakwah dan kebajikan masyarakat Dayak muslim yang telah bertambah dengan begitu ketara sangat-sangat diharapkan. Sudah sampai masanya aspirasi dan suara golongan Dayak muslim dapat disampaikan dan didengari bukan sahaja di peringkat negeri dan P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN kebangsaan malah ke peringkat antarabangsa. Dayak muslim adalah sebahagian ummat Islam yang turut menyumbang dalam pembangunan dan kebangkitan khaira ummah. Dengan ini Islam benar-benar terbukti ad-Din yang merentas zaman, keturunan, bangsa dan sempadan geografi dan menjadi rahmatan lil alamin. Tercetus sewaktu Seminar Kepimpinan Dayak Muslim Kebangsaan pada 22-24 Disember 2017 anjuran bersama Al-Hidayah Sarawak, Persatuan Dayak Muslim Melaka (PDMM) dengan kerjasama Persatuan Dayak Muslim Johor (PDMJB), Persatuan Dayak Muslim Selangor (PDMS) dan rakan Dayak dari Negeri Sembilan. Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan (PDMK) telah didaftarkan secara online pada malam 23 Disember 2017. Pertubuhan ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 15 Januari 2018 dengan No. Pendaftaran: PPM-004-04015012018. Alamat berdaftar bagi PDMK ialah 21, Jalan Baru 22, Taman Melaka Baru, 75350 Batu Berendam, Melaka. PDMK jua mempunyai Alamat Perhubungan di Lot 7039 Taman Serira, Lrg 2A, Jalan Menggris, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak. PDMK mempunyai akaun rasmi dengan RHB Islamic Bank Berhad (6171-M) dengan Nombor Akaun Semasa 21126700022000. 1.0 Latar belakang 2.0 Maklumat Pertubuhan
Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 5 Tujuan Pertubuhan ini sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Pertubuhan adalah menjadi sebuah organisasi dakwah yang dinamik dan pembela kaum Dayak Muslim di Malaysia. Penasihat Umum Ustaz Haji Fadullah Abdullah Penasihat Syariah Y.A. Tuan Abdul Karim bin Hj Mohd Nuli Presiden Hj Norhaza Ahmad Redzuan Bin Abdullah Timbalan Presiden Ust Mohd Nick Abdullah Setiausaha Nur Latifah Ajong Binti Abdullah Penolong Setiausaha Nur Aisyah Syuhada Bt Abdullah Bendahari Agong Ust Hj Mohd Chathazman Bin Abdullah Penolong Bendahari Agong (Kosong) Ahli Muhammad Mirai Noha Bin Abdullah Myia Yuzrina Zalkis Binti Ayol Biro Dakwah Hj Norhaza Ahmad Redzuan Bin Abdullah Biro Pentadbiran Nur Latifah Ajong Binti Abdullah 3.0 Tujuan 4.0 Penasihat Kehormat 2018-2019 5.0 Jawatankuasa Pusat 2018-2019 6.0 Jawatankuasa Kecil Biro Pendidikan Myia Yuzrina Zalkis Binti Ayol Biro Ekonomi Ust Hj Mohd Chathazman Bin Abdullah Biro Penempatan En Abdul Hadi bin Abdullah Biro Kebajikan Ust Hj Fadullah bin Abdullah Biro Kebudayaan/Kesenian Ust Mohd Nick Abdullah Biro Penerangan Muhammad Mirai Noha Bin Abdullah Pada Pemukiman Kepimpinan Dayak Muslim Kebangsaan yang telah diadakan pada 9-11 Februari 2018 di Pusat Latihan Sarawak JAKIM, Telaga Air, Kuching satu Muzakarah telah diadakan dan merangka Pelan Strategik PDMK untuk tempoh lima (5) tahun dari tahun 2018 sehingga tahun 2023. Bengkel tersebut dihadiri oleh ahli-ahli JK dan rakan-rakan strategik PDMK iaitu wakilwakil agensi-agensi agama, NGO-NGO Islam tempatan serta pimpinan saudara Dayak muslim pelbagai peringkat. Hasilnya satu Pelan Perancangan strategik telah digubal dan dilancarkan perlaksanaannya. Selain menggariskan visi dan misi baru, PDMK juga telah menggariskan Pelan Tindakan bagi mencapai objektif-objektif yang ditetapkan di dalam tempoh tujuh tahun dari tahun 2018 sehingga tahun 2023. 8. 1 Al – Quran & As-sunnah 8.2 Akta – Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) 8.3 Enekmen & Ordinan Negeri -negeri berkenaan. 7.0 Pelan Strategik PDMK 2018-2023 8.0 Punca Kuasa
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 6 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan 9.1. Komuniti Dayak Muslim dan saudara Kita amnya diseluruh Malaysia 9.2. Agensi-agensi Agama 9.3 NGO-NGO Islam 9.4 Rakan-rakan strategik Dayak Muslim dan saudara kita amnya luar negara. 1) Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia 2) Yang Amat Berhormat Ketua-Ketua Menteri & Menteri-menteri Besar 9.0 Pelanggan Profil Pertubuhan 3) Ketua Setiausaha Kerajaan Persekutuan & Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri 4) Menteri Hal Ehwal Islam Perseketuan & Negeri 5) Peguam Negara & Peguam Besar Negeri 6) Majlis-Majlis Islam negeri-negeri 7) Lembaga Fatwa Negeri-negeri 8) Lembaga Baitulmal dan Wakaf negeri 9) Jabatan Agama Islam Negeri-negeri 10) Jabatan Tanah Negeri-negeri 11) Jabatan Kerja Raya Negeri-negeri 12) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri-negeri 13) Jabatan Pendidikan Negeri-negeri 14) Jabatan Kesihatan Negeri-negeri 15) Lembaga-lembaga Masjid Negeri-negeri 16) Pejabat Residen & Daerah negeri-negeri 10.0 Pemegang Amanah ANALISIS FAKTOR PESTA IMPLIKASI (TINDAKAN) STRATEGIK P-Politik Kekuatan Politik Dayak Muslim belum kukuh Memperjuang dan mempertahankan hak serta kepentingan komuniti Dayak Muslim E-Ekonomi Tahap ekonomi majoriti Dayak Muslim masih di bawah paras kemiskinan Memperkasa kesedaran, kefahaman dan tindakan tentang kepentingan kuasa ekonomi Saudara Kita S-Sosial Kelemahan dalam memahami keadaan sosial dan kekeliruan dalam transisi budaya Memperkasa jati diri muslim di kalangan Dayak Muslim T-Teknologi Belum memanfaatkan teknologi terkini secara optimum Memperkasa penggunaan teknologi terkini dalam kalangan Dayak Muslim A-Agama Kesedaran, kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan Dayak Muslim masih rendah Memantapkan program kesedaran, kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan Dayak Muslim 11.0 Analisis Peta
Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 7 12.0 Analisis SWOT Analisis “SWOT “ PDMK dibuat dengan mengambil kira EMPAT (4) perkara seperti berikut: • STRENGTHS - Kekuatan utama PDMK (Faktor Dalaman) • WEAKNESSES - Kelemahan utama PDMK (Faktor Dalaman) • OPPORTUNITIES - Peluang utama PDMK (Faktor Luaran) • THREATS - Ancaman utama PDMK (Faktor Luaran) 13.0 Strengths - Kekuatan Utama PDMK KEKUATAN UTAMA IMPLIKASI(TINDAKAN STRATEGI) Organisasi yang sah di sisi undang-undang PDMK berpotensi menjadi peneraju dalam pembangunan hal ehwal Dayak Muslim. Mendapat sokongan daripada kerajaan dan agensi Islam Ahli-ahli lembaga yang berkelayakan dari pelbagai latar belakang profesyen dan etnik Pertambahan bilangan yang memeluk agama Islam 14.0 Treats - Ancaman PDMK ANCAMAN UTAMA IMPLIKASI (TINDAKAN) STRATEGIK Pertembungan kepentingan dengan agama lain Memantapkan mekanisme rundingan, kawalan dan pemantauan terhadap ancaman- ancaman tersebut Campur tangan pihak luar yang membawa agenda dan fahaman negatif Propaganda negative terhadap keharmonian komuniti saudara kita terutama melalui siber dan media massa 15.0 Weaknesss - Kelemahan Utama KELEMAHAN UTAMA IMPLIKASI (TINDAKAN) STRATEGIK Dayak Muslim berselerak di seluruh Malaysia belum disatukan Menyatukan seramai mungkin melalui wadah PDMK disetiap negeri Sumber kewangan yang terhad Memohon geran, dana, bantuan serta merancakkan aktiviti ekonomi Kekangan kekurangan sumber manusia Perlu satu transformasi dalam tadbir urus PDMK PDMK belum menonjol dalam khalayak Dayak Muslim Memperbanyakkan aktiviti dan publisiti
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 8 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan VISI Organisasi Peneraju Pembangunan Hal Ehwal Dayak Muslim di Malaysia MISI Memacu Transformasi Pembangunan Hal Ehwal Dayak Muslim secara menyeluruh Kreatif dan Inovatif, Strategik serta Kompetitif DINAMIK • Dinamik memacu dakwah Dayak Muslim AMANAH • Amanah dalam tadbir urus • Amanah dalam mengurus harta • Amanah dalam menjalankan tanggungjawab YAKIN • Yakin kepada pertolongan Allah • Yakin kepada diri sendiri • Yakin boleh AMAL • Beramal dalam berjuang • Beramal untuk kesejahteraan ummah • Beramal untuk bekalan akhirat 16.0 Opportunities - Peluang Utama Profil Pertubuhan PELUANG UTAMA IMPLIKASI (TINDAKAN) STRATEGIK Peluang kerjasama dan jaringan mengadakan program-program berkaitan hal ehwal Dayak Muslim Mempertingkatkan usaha untuk memanfaatkan peluang-peluang yang ada melalui semangat perkongsian pintar Peluang menambahkan dana dan aset Peluang memanfaatkan teknologi terkini Peluang menambah kepakaran dan kemahiran dalam pelbagai bidang KERJASAMA • Kerjasama erat sesama Dayak Muslim • Kerjasama erat dengan saudara semuslim lain. 1. Memantapkan keupayaan dan profesionalisme tadbir urus PDMK; 2. Meningkatkan keupayaan pemilikan harta PDMK; 3. Megukuhkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan Islam Dayak Muslim; 4. Memelihara kebajikan dan memperkasa pendidikan Dayak Muslim; dan 5. Melahirkan tokoh dalam kalangan Dayak Muslim. 20.1. Memantapkan keupayaan dan profesionalisme tadbir urus. i. Melantik Penasihat Agama dan Jawatankuasa Panel Penasihat Syariah Tempoh masa yang ditetapkan adalah mulai 2018 dengan KPI ditetapkan terlantik Penasihat Agama dan Jawatankuasa Panel Penasihat Syariah. 17.0 Visi Dan Misi 18.0 Nilai Bersama (Dayak Muslim) 19.0 Nilai Bersama (Dayak Muslim) 20.0 Pelan Strategik
Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 9 ii. Menubuhkan Biro-biro dan Badan Pengurusan Tempoh masa yang ditetapkan adalah mulai 2018 dengan KPI ditetapkan wujudnya struktur baru. iii. Mengadakan program peningkatan kompetensi kakitangan Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan dengan wujudnya Takwim dan rekod latihan kakitangan disediakan. iv. Menyediakan garis panduan pentadbiran dan pengurusan kewangan Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018 dengan KPI ditetapkan dengan wujudnya Garis panduan. v. Mengemaskini data Dayak Muslim Kebangsaan Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan wujud pangkalan data yang lengkap 20.2 . Meningkatkan keupayaan pemilikan harta i. Memohon tanah dari kerajaan untuk tujuan komersial. Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan Permohonan dikemukakan. ii. Memohon aset dari kerajaan negeri/ Persekutuan Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan Permohonan dikemukakan iii. Memohon dana khas untuk menubuhkan anak Syarikat atau Koperasi Dayak Muslim Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan kertas cadangan dan Permohonan dikemukakan. iv. Memohon sumbangan dana daripada pelbagai pihak termasuk institusi kewangan dan korporat Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan Permohonan dikemukakan v. Melaksanakan kempen infaq harta kepada Dayak Muslim Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan Kertas Cadangan dikemukakan dan lima kempen infaq diadakan. vi. Melabur harta untuk menjana keuntungan Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan dan pelaburan dibuat. 20.3. Mengukuhkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan Islam dalam kalangan Saudara Kita. i. Menganjurkan Konvensyen Dwi Tahunan Dayak Muslim. Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan Tempoh masa yang ditetapkan bermula 2018 dengan KPI ditetapkan dua (2) konvensyen terlaksana. ii. Ijtima’ Kepimpinan Dayak Muslim (Tahunan) Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan lima (5) Ijtima’ dilaksanakan. iii. Menganjurkan Silaturrahim Gawai Dayak & Forum Dayak Muslim Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan lima (5) kali diadakan. iv. Melaksanakan Kursus Profesionalisme Daie Dayak Muslim Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan lima (5) kali diadakan. v. Majlis Tilawah Al-Quran Dayak Muslim Kebangsaan Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan tiga (3) kali dilaksanakan. 19.0 Nilai Bersama (Dayak Muslim) 20.0 Pelan Strategik
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 10 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan iii. Mencungkil dan menggilap bakat Dayak Muslim yang berpotensi. Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan lahirnya 10 tokoh baru. iv. Menerbitkan tulisan ilmiah/ rakaman ceramah audio visual oleh Tokoh Dayak Muslim. Tempoh masa yang ditetapkan adalah bermula 2018-2023 dengan KPI ditetapkan. PDMK akan mengadakan pelbagai aktiviti sepertimana yang dirancangkan oleh Jawatankuasa Kecil yang bertanggungjawab merangka kalendar aktiviti Tahunan masing-masing. Namun program utama peringkat Kebangsaan adalah Konvensyen Dayak Muslim Kebangsaan, Sambutan Gawai Dayak Muslim Kebangsaan, Iftar Perdana Dayak Muslim Kebangsaan, Pemukiman Kepimpinan Dayak Muslim Kebangsaan, Seminar Kepimpinan Dayak Muslim Kebangsaan, Ijtima Dayak Muslim Kebangsaan, Persidangan Dakwah Dayak Muslim Antarabangsa (International Dayak Muslim Dakwah Conference), Tilawah Al-Quran Dayak Muslim Kebangsaan dan lain-lain lagi. Sebagai sebuah Pertubuhan Kebajikan dan tidak bertujuan keuntungan kewangan, PDMK bergantung sepenuhnya kepada sumbangan ahli-ahli, individu-individu simpati, orangramai, syarikat-syarikat swasta, agensi-agensi Kerajaan berkaitan, institusi-institusi korporat, Lembaga-lembaga Zakat, geran-geran Kerajaan dan sebagainya. Walaubagaimana di dalam jangkamasa panjang PDMK berharap dapat memiliki asetaset dan sumber kewangan yang kukuh bagi menampung operasi dan aktiviti-aktiviti Pertubuhan selari dengan tujuan dan seperti termaktub di dalam Perlembagaan Pertubuhan. 20.4. Memelihara kebajikan memperkasa pendidikan dan sosiobudaya Dayak Muslim. i. Mendirikan Masjid Dayak Muslim Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan wujud sebuah Masjid di Malaysia. ii. Menubuhkan Pusat Aktiviti Tarbiyyah & Kebajikan Dayak Muslim Tempoh masa yang ditetapkan adalah akhir 2023 dengan KPI ditetapkan wujud satu Pusat Aktiviti berkenaan di sekurang-kurangnya satu negeri. iii. Menyediakan dana khas untuk khairat kematian Dayak Muslim. Tempoh masa yang ditetapkan adalah bermula 2018 dengan KPI ditetapkan dengan Dana khas & Garis Panduan disediakan. iv. Mengurus bantuan kebajikan yang diperlukan oleh Dayak Muslim. Tempoh masa yang ditetapkan adalah bermula 2018 dengan KPI ditetapkan dengan bantuan diberikan dan direkodkan. v. Mengadakan aktiviti bercorak kesenian dan kebudayaan Dayak (patuh syarak). Tempoh masa ditetapkan bermula 2018 dengan KPI ditetapkan 2 kali setahun. 20.5. Melahirkan tokoh dalam kalangan Dayak Muslim. i. Mengenal pasti tokoh-tokoh Dayak Muslim. Tempoh masa yang ditetapkan adalah 2018- 2023 dengan KPI ditetapkan wujudnya Profil tokoh-tokoh berkaitan. ii. Mengetengahkan ketokohan Dayak Muslim di media elektronik. Tempoh masa yang ditetapkan adalah bermula 2018-2023 dengan KPI ditetapkan tersiar di Televisyen. Profil Pertubuhan 21.0 Aktiviti-Aktiviti 22.0 Sumber Kewangan
Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 11 Penubuhan Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan 24 Disember 2017 Kings Hotel, Melaka PDMK juga akan memainkan peranan yang lebih agresif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi memartabatkan lagi usaha dakwah dan kebajikan Dayak Muslim di Malaysia. PDMK akan terus berperanan melaksanakan aktiviti-aktiviti Dakwah Dayak Muslim bagi mencapai tujuannya. Sehubungan itu jaringan kerjasama dengan semua pertubuhan dan agensi berkaitan saudara kita akan dibina. Usaha PDMK akan meliputi semua agensi, institusi, dan badan-badan Dakwah tanpa mengira suku kaum atau keturunan. Di samping itu PDMK juga akan memainkan peranan yang lebih agresif di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi memartabatkan lagi usaha dakwah dan kebajikan Dayak Muslim di Malaysia. Sementara itu, jalinan baik dengan Majlis Islam negeri-negeri dan semua agensi dibawahnya akan tetap diperkasa dan berjalan seiringan. Mudah-mudahan segala aspirasi dan misi ke arah memperkasakan dakwah Dayak muslim di negeri Malaysia akan mencapai matlamatnya. 23.0 Penutup 21.0 Aktiviti-Aktiviti 22.0 Sumber Kewangan
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 12 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Aktiviti Bergambar Seminar Kepimpinan Dayak Muslim Kebangsaan 22-24 Disember 2017 • Kings Hotel, Melaka Pemukiman Dayak Muslim Kebangsaan 9-11 Februari 2018 • Pusat Latihan Sarawak JAKIM, Telaga Air, Kuching, Sarawak
Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 13 Malam Penghargaan Kepimpinan Dakwah Saudara Kita 11 Februari 2018 • Hotel Grand Margherita, Kuching, Sarawak Iftar Ramadan Dan Gawai Dayak 9 Jun 2018 • Surau Al-Quddus, Taman Sri Wangi, Kuching, Sarawak
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 14 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Aktiviti Bergambar Ramah Tamah Aidilfitri dan Ngiling Bidai 7 Julai 2018 •Surau Al-Quddus, Taman Sri Wangi, Kuching, Sarawak Ziarah Dakwah 11 Ogos 2018 • Persatuan Mualaf Kapuas Hulu, Kecamatan Badau, Kapuas Hulu, Klaimantan Indonesia
Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 15 Ziarah Dakwah 11 Ogos 2018 • Merindun dan TR Budit Ng Beritik, Sri Aman, Sarawak Ziarah Urusetia Saudara Kita (USK) Cawangan Pantu 12 Ogos 2018 • Pantu, Sri Aman, Sarawak
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 16 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Aktiviti Bergambar Forum Maal Hijrah 8 September 2018 •Surau Al-Quddus, Taman Sri Wangi, Kuching, Sarawak Forum Khas Maal Hijrah 11 September 2018 •Masjid Darul Barakah, Taman Satria Jaya BDC, Stampin, Kuching, Sarawak
Pelan Perancangan Strategik • 2018 - 2023 P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 17 Ziarah Dakwah 16-18 September 2018 • Dewan Masyarakat Kampung Melayu Belaga, Sarawak Konferensi Antarabangsa Islam Borneo, 25-27 September 2018 • Kalimantan Barat, Pontianak, Indonesia
P ERSATUAN DAYAK MUSLIM KEBANGSAAN 18 Persatuan Dayak Muslim Kebangsaan Dialog Interaktif Majlis Taalim Mualaf, 28 September 2018 • Kalimantan Barat, Pontianak, Indonesia Aktiviti Bergambar Ziarah Long Busang & Forum Maulidur Rasul 26 November 2018 • Long Busan, Kapit, Sarawak Forum Maulidur Rasul, 27 November 2018 • Masjid Kapit, Sarawak