The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Pengurusan Sekolah SMKLH 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfarhanim72, 2024-03-03 08:53:30

BUKU PENGURUSAN SMKLH 2024/2025

Buku Pengurusan Sekolah SMKLH 2024

SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN fi fffflffiflfiffffifflff S.E.M.A.K.I.M BUKU PENGURUSAN 2024 SMK LOKMAN HAKIM SMK LOKMAN HAKIM SMK K . T . KOTA TINGGI, JOHOR LOKMAN HAKIM


ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT WADAH PENGETUA 1 SURAT LANTIKAN RASMI TUGAS-TUGAS KHAS 2 SURAT PERAKUAN PENERIMAAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 3 - 4 1.0 UNIT 1 : MAKLUMAT AM 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 1.11 1.12 1.13 1.14 1.15 1.16 1.17 1.18 Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan 7 Teras Utama KPM Sekolahku SEJAHTERA ABC Anak yang Baik lagi Cerdik 10 Azam Integriti 2023 Naratif Baharu dalam Pendidikan Delima PLC KSSM PBS PBD Sistem Bersepadu KPM DRONE JPNJ 4DX Amalan Budaya 7S Arahan dan Peraturan 5 - 33 2.0 UNIT 2 : PROFIL SEKOLAH 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8 2.9 2.10 2.11 2.12 2.13 2.14 2.15 2.16 2.17 2.18 Sinopsis Lencana Sekolah Sejarah Sekolah Visi, Misi, Matlamat & Objektif Sekolah Cogankata, Slogan & Piagam Pelanggan Lagu Sekolah & Lagu Sekolahku SEJAHTERA Konsep TS25 Mindscaping sekolah Inisiatif TS25 Pelan Bangunan Sekolah Pelan Pengosongan Bangunan Zon Parkir Enrolmen Murid Doa Harian Senarai Guru Tingkatan Jadual Guru Bertugas Prestasi & Analisis Mata pelajaran SPM Rekod Kecemerlangan Kurikulum 2022 Rekod Kecemerlangan HEM 2019-2022 34 - 81


2.19 Rekod Kecemerlangan Kokurikulum 2020-2022 3.0 UNIT 3 : MAKLUMAT GURU DAN STAF 3.1 3.2 3.3 Senarai Tenaga Pengajar Senarai Anggota Kakitangan Pelaksana Enrolmen Guru Mengikut Gred 82 - 88 4.0 UNIT 4 : PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 4.1 4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6 4.1.7 4.1.8 4.1.9 4.1.10 4.1.11 4.1.12 4.1.13 4.1.14 4.1.15 4.1.16 4.1.17 4.1.18 4.1.19 4.1.20 4.1.21 4.1.22 4.1.23 4.1.24 4.1.25 Carta Organisasi Pentadbiran Jawatankuasa Induk Pengurusan Pentadbiran Jawatankuasa Induk Pengurusan TS25 Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah Jawatankuasa Kewangan Sekolah Jawatankuasa Kualiti Sekolah Jawatankuasa SKPM Kualiti @ Sekolah/ idMe Jawatankuasa SPSK Jawatankuasa Pemandu KBAT Jawatankuasa PIBG Jawatankuasa Permuafakatan / Sarana / PIBK Jawatankuasa Mesyuarat Dan Taklimat Guru (Dialog Prestasi) Jawatankuasa Buku Pengurusan Sekolah Jawatankuasa Prasarana, Fizikal, Keceriaan Dan Kelestarian Sekolah Jawatankuasa Data / Maklumat Sekolah Jawatankuasa Mesyuarat Pekerja Jawatankuasa Pengurusan Sijil Jawatankuasa Perkembangan Staf / LDP Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK), Stok dan Inventori Jawatankuasa Bilik-Bilik Khas Jawatankuasa ICT Jawatankuasa Pengurusan Papan Kenyataan Sekolah Jawatankuasa Dokumentasi Program Sekolah Jawatankuasa Kelab Guru Dan Staf Jawatankuasa Pelaksanaan Program Orientasi Guru Baharu Jawatankuasa STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic) Jawatankuasa Induk Perancangan Strategik Sekolah & Pembinaan KPI Takwim Mesyuarat Guru Takwim LDP Takwim Mesyuarat SKPMg2 Takwim Dialog Prestasi Takwim Mesyuarat Panitia Takwim Mesyuarat TS25 Takwim Mesyuarat AKP Takwim Mesyuarat Pekerja Swasta 89 - 114 5.0 UNIT 5 : UNIT KURIKULUM SEKOLAH 5.1 5.2 5.3 5.4 Pakej Mata Pelajaran SMK Lokman Hakim Jawatankuasa Induk Majlis Pengurusan Kurikulum Sekolah Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Jawatankuasa Pentaksiran Dan Peperiksaan Pusat 115 - 137


5.5 5.6 5.7 5.8 5.9 5.10 5.11 5.12 5.13 5.14 5.15 5.16 5.17 5.18 5.19 5.20 5.21 5.22 Jawatankuasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Jawatankuasa Penyeliaan Hasil Kerja Murid Jawatankuasa Penyeliaan Pembelajaran & Pengajaran Jawatankuasa Program Kecemerlangan Jawatankuasa Kajian Tindakan Dan Inovasi Jawatankuasa Kelas Abad Ke-21 Jawatankuasa DTP Jurang Jawatankuasa P1NCH (Program 100% Celik Huruf) Jawatankuasa Penempatan Murid Jawatankuasa Pengurusan Jadual Waktu & Guru Ganti Jawatankuasa Headcount Sekolah Jawatankuasa MBMMBI Jadual Pencerapan PdPc Jadual Pemantauan Buku Latihan Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran Cadangan Agenda Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Cadangan Agenda Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Struktur Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran Senarai Semak Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Surat Pelaksanaan PLC Borang Standard 4 SKPMg2 6.0 UNIT 6 : UNIT HAL EHWAL MURID Carta Organisasi Pengurusan HEM Pendahuluan Dasar HEM Objektif, Visi, Misi Unit HEM Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kemenjadian Murid Fokus Tahun 2021 Program HEM 2021 Jawatankuasa Induk Majlis Pengurusan Hem Jawatankuasa Disiplin & Pengawas Jawatankuasa 3K (Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan) Jawatankuasa Data HEM Jawatankuasa Kebajikan & Bantuan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks Jawatankuasa Pengurusan Kantin Jawatankuasa Pendaftaran Murid Jawatankuasa Perhimpunan Kelab Pencegahan Jenayah Unit Bimbingan & Kaunseling Surat Pekeliling Ikhtisas HEM 138 - 163 7.0 UNIT 7 : UNIT KOKURIKULUM 7.1 7.2 7.3 Carta Organisasi Unit Kokurikulum Jawatankuasa Induk Majlis Pengurusan Kokurikulum & Sukan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) Jawatankuasa Pembangunan Sukan Peringkat Sekolah 164 - 208


7.4 7.5 7.6 7.7 7.8 7.9 7.10 7.11 7.12 7.13 Jawatankuasa Majlis Sukan Dan Permainan (1 Murid 1 Sukan) Jawatankuasa Kelab Dan Persatuan Jawatankuasa Pasukan Badan Beruniform Jawatankuasa PAJSK Jawatankuasa Penyeliaan Dan Penilaian Kokurikulum Jawatankuasa Majalah / Prospektus Sekolah Jawatankuasa Koperasi SMK Lokman Hakim Berhad Jawatankuasa Perpaduan Sekolah Jawatankuasa RIMUP Jawatankuasa Pertandingan Kokurikulum Akademik Sekolah Jadual Perhimpunan Bulanan Kokurikulum Jadual Perjumpaan Aktiviti Kokurikulum Pentaksiran Kokurikulum dan Sukan Surat Pekeliling Kegiatan Kokurikulum 8.0 UNIT 8 : TAKWIM DAN AKTIVITI SEKOLAH Hari Kelepasan Am Negeri Johor Tahun 2022 Takwim Persekolahan Sesi 2022/2023 Cuti Perayaan Sesi 2022/2023 Takwim Aktiviti Sekolah Sesi 2022/2023 209 - 236 9.0 UNIT 9 : LAMPIRAN 237 - 243


BUKU PENGURUSAN 2024/2025


1 KATA ALU-ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera, Salam Sehati Memperkasa Bangsa Bismillahirrahmanirrahim, Saya ingin merakamkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya berpeluang untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada barisan kepimpinan sekolah serta warganya kerana telah berjaya menghasilkan dokumen dalam memperkasakan pengoperasian sekolah yang lebih efisien demi kecemerlangan pendidikan sekolah- sekolah daerah Kota Tinggi secara kolektif dan bersepadu. Dalam situasi tidak berketentuan ini justeru pandemik Covid-19 yang masih menjadi ancaman, barisan kepimpinan, warga pendidik dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di sekolah rendah dan menengah mampu menjalankan amanah, tugas dan tanggungjawab dengan baik, sempurna dan istiqamah. Tahniah dan syabas saya dedikasikan kepada tuan/puan semua kerana pelbagai kejayaan di semua peringkat sepanjang sesi persekolahan 2024/2025 telah banyak diraih. Diharapkan pada sesi persekolahan 2024/2025, seterusnya pada tahun-tahun mendatang akan lebih banyak kejayaan yang bakal diperoleh melalui pencapaian dalam pelbagai bidang oleh semua sekolah di daerah Kota Tinggi. Oleh yang demikian, jadikanlah Buku Panduan Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025 sebagai rujukan utama bagi memudahkan warga pendidik serta AKP merancang dan melaksanakan program sepanjang tahun ini dengan penuh yakin dan berjaya. Bidang Pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik bagi memenuhi keperluan semasa yang bersifat global. Oleh yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang perlu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam mengurus organisasi dan sumber manusia berpandukan SKPMg2 ke arah sekolah berkualiti dan kemenjadian murid. Menjelang 2025, semua sekolah di negara ini merupakan Sekolah TS25, dengan itu, pengurusan pembelajaran bermakna dan autentik dilihat amat seiring dengan pemantapan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Hal ini ditambah pula dengan penggunaan pembelajaran digital dengan menggunakan pelantar DELIMa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, yang sewajarnya digunakan secara maksimum demi memperkasakan Pembelajaran Abad Ke-21. Perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Oleh itu, pada sesi 2024/2025 ini, biarpun pelbagai cabaran bakal menghambat kita, saya yakin dan penuh percaya bahawa barisan kepimpinan sekolah, warga pendidik serta AKP akan terus menggembleng serta memantapkan semua kekuatan yang ada selari dengan Prinsip Kerja Pendidikan Johor juga Hala Tuju Pendidikan Daerah Kota Tinggi yang merangkumi elemen Program Strategik, Kepimpinan, Guru Berinspirasi, Potensi Murid, Permuafakatan Strategik dan Sokongan Profesional. Selain itu, penerapan budaya kerja yang fleksibel, ambil peduli, dinamik, integriti dan legasi haruslah menjadi prinsip kerja utama kita dalam membawa Pendidikan Kota Tinggi ke persada antarabangsa. Akhir kata, bagi mencapai hasrat merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolahsekolah dalam “Daerah Pelancongan Bersejarah” ini, adalah diharapkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah sesi 2024/2025 ini bukan sekadar panduan asas malahan dapat membantu menyelaraskan tindakan kerja kita yang lebih kompetitif ke arah kegemilangan pendidikan. Sekian, selamat menjalankan tugas dan terima kasih. HAJI MOHAMAD FADIL BIN ISHAK Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Jabatan Pendidikan Negeri Johor PTB 1165, Jalan Bukit Seri Lalang 81900 Kota Tinggi, Johor Darul Ta’zim Tel : 07-8831012 07-8833201 Fax : 07-8834008 e-mail : [email protected] laman web:www.ppdkotatinggi.moe.gov.my


2 WADAH PENGETUA Assalamualaikum WMT WRT. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai pendidik, menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea dalam usaha merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera” dan moto sekolah “SMK Lokman Hakim SYUMUL : SYURGAMU LUAS”. Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Buku Pengurusan SMK Lokman Hakim tahun 2024 kerana telah berjaya menyempurnakan buku ini dengan baik sekali. Sesungguhnya, buku panduan pengurusan ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada guru-guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih efisien, efektif dan berfokus. Bidang pendidikan negara bersifat dinamik dan sentiasa mengalami transformasi bagi memenuhi keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, warga pendidik dan AKP merupakan arkitek sosial yang memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu, membentuk peribadi dan sahsiah sekali gus menjana potensi murid ke arah yang lebih optimum. Sehubungan dengan itu, diharapkan buku pengurusan ini dapat membantu guru-guru dan AKP membuat perancangan dan menyediakan program-program khusus dalam semua aspek sepanjang sesi persekolahan 2024/2025 bagi merealisasikan cita-cita tersebut.. Guru hari ini berdepan dengan cabaran dan tanggungjawab yang amat besar untuk merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah menjadi agenda penting negara untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Sistem ini memberikan fokus kepada pembangunan modal insan berminda kelas pertama yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi. Oleh itu, kita sebagai warga pendidik perlu sentiasa memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran, memberikan komitmen yang tinggi dan bersifat lebih kreatif dan inovatif dalam melaksanakan pendekatan ke arah usaha meningkatkan kualiti pendidikan. Dalam hal ini, warga pendidik juga seharusnya bekerja sebagai satu pasukan bermula di peringkat panitia masing-masing sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh individu seharusnya dikongsi dan dimanfaatkan semaksimum mungkin untuk meningkatkan mutu pendidikan negara dan secara tidak langsung, hal ini dapat membentuk warga SMK Lokman Hakim yang berketerampilan, profesional, berkualiti dan beretika. Harapan saya, SMK Lokman Hakim terus menghasilkan sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti. Saya yakin dan percaya bahawa SMK Lokman Hakim mampu menyediakan landskap pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti seterusnya menjadi wadah terbaik untuk melahirkan insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu dan keunggulan sahsiah yang akhirnya menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan tuntutan agama, bangsa dan negara. Selamat bertugas. ‘MALAYSIA MADANI’ “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’’ Yang menjalankan amanah ….…………………………………….. ZOOL HILMAN BIN HAIRONI Pengetua SMK Lokman Hakim


3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi Jabatan Pendidikan Negeri Johor Felda Lok Heng Timur 81900 KOTA TINGGI Johor Darul Ta’zim Telefon : 07-8947142 Faks: 07-8948526 e-Mel:[email protected] ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ------------------ Ruj. Fail: SMKLH.600-3/2/7 Tarikh: 10 MAC 2024 Kepada semua guru, SMK Lokman Hakim Gugusan Felda Lok Heng 81900 Kota Tinggi Johor. Tuan/Puan, PELANTIKAN RASMI TUGAS KHAS TAHUN PERSEKOLAHAN SESI 2024/2025 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, saya melantik tuan/puan sebagai Ahli Jawatankuasa bagi Jawatankuasa yang tersenarai dalam Buku Pengurusan SMK Lokman Hakim sesi 2024/2025. 3. Tugas tuan/puan juga tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak pentadbiran sekolah berdasarkan perubahan dalam perjawatan dan perkhidmatan berkuatkuasa mulai 10 Mac 2024 hingga 16 Februari 2025. 4. Saya percaya tuan/puan mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan berdasarkan kebolehan, keupayaan, minat dan komitmen yang telah ditunjukkan selama ini demi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Sekian untuk makluman, terima kasih. ‘MALAYSIA MADANI’ “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’’ Saya yang menjalankan amanah, ………………………………….. ZOOL HILMAN BIN HAIRONI Pengetua SMK Lokman Hakim


4 PERAKUAN PENERIMAAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TAHUN 2024/2025 Dengan hormatnya dimaklumkan saya ______________________________________________ No. KP: _ dengan ini menerima tugas amanah dan tanggungjawab yang tersenarai di bawah seperti dalam Buku Pengurusan Sekolah sesi 2024/2025. 2. Saya juga berjanji akan menunaikan dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh dedikasi dan integriti seperti mana yang telah ditetapkan dalam piagam pelanggan sekolah serta etika pengurusan. BIL TUGAS CATATAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Sekian, terima kasih. ‘MALAYSIA MADANI’ “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ’’ Saya yang menjalankan amanah, Disahkan oleh, ………………………………… ……………………………..……. ( ) (ZOOL HILMAN BIN HAIRONI) Pengetua SMK Lokman Hakim Tarikh: …………………… Tarikh: ..…………………..


5 UNIT 1: MAKLUMAT AM 1.1 Rukun Negara 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan


6 1.3 Kurikulum Kebangsaan 1.4 Sekolahku SEJAHTERA


7 1.5 Naratif Baharu Amalan Pendidikan


8 1.6 Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) APA ITU DELIMa KPM DELIMa merupakan singkatan kepada Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE. DELIMa merupakan platform tunggal yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran yang boleh digunakan oleh para pendidik dan juga pelajar untuk belajar secara dalam talian.


9 1.7 Professional Learning Community (PLC)


10


11 1.8 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) TERAS PEMBANGUNAN KURIKULUM


12


13 1.9 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


14 1.10 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


15


16


17


18


19 1.11 Informasi Covid-19


20 1.12 DRONE Jabatan Pendidikan Negeri Johor


21 1.13 Arahan Dan Peraturan ARAHAN DAN PERATURAN 1.0 ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi perintah am tersebut. 1.2 Guru-guru dinasihatkan supaya membaca, memahami dan juga boleh mentafsirkan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain dengan tepat. 1.3 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan mata pencarian sematamata. 1.4 Semua guru dan anggota pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsipprinsip perkhidmatan cemerlang. 1.5 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan matlamat Pelajaran Kebangsaan. 1.6 Guru hendaklah meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7 Guru hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga dan menjamin keselamatan pelajar ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8 Guru ganti hendaklah masuk ke kelas-kelas yang telah ditetapkan. 1.9 Guru perlulah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.10 Guru hendaklah hadir ke sekolah pada bila-bila masa yang diperlukan apabila diarahkan oleh Pengetua. 1.11 Guru digalakkan bagi mengenali pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan dan menghormati mereka. 1.12 Semua surat menyurat kepada JPN hendaklah disalurkan melalui dan salinan kepada Pengetua. 1.13 Guru dan Anggota Pelaksana mestilah mendapatkan kebenaran Pengetua sekiranya ingin pergi ke JPN atau KPM atas urusan rasmi. Surat Pekeliling Bil 7/2001 (Panduan Guru Ketika bertugas di Sekolah) 2.0 PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS 2.1 Guru-guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil.6/1985, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2001. 2.2 Guru hendaklah berpakaian kemas yang bersesuaian dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. 2.3 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 2.4 Guru lelaki dikehendaki untuk mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. 2.5 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian yang sesuai.


22 2.5.1 Guru perempuan Seluar trek / seluar panjang yang sesuai, kemeja T atau kemeja sukan berlengan panjang, baju trek, kasut sukan atau bergetah tanpa tumit. 2.5.2 Guru Lelaki Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan tanpa tumit. 2.6 Semua guru dan anggota pelaksana hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 3.0 WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 3.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan setiap hari. 3.2 Semua guru wajib berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali ketika menjalankan tugas rasmi sekolah. 3.3 Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu pertama PdPc bermula dan mengetik kad kehadiran ketika sampai dan balik. 3.4 Guru bertugas hendaklah sampai dan berada di sekolah sekurang-kurangnya 5 minit sebelum perhimpunan pagi (waktu perhimpunan : 7.10 pagi). 3.5 Kehadiran guru adalah dokumen yang membantu Pengetua untuk membuat “Nilaian Prestasi Tahunan”. 3.6 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan Kokurikulum dan kelas-kelas tambahan juga dikehendaki menandatangani Buku Kehadiran kegiatan kokurikulum/ kelas tambahan. Guru hendaklah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin sekiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. 3.7 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. 3.8 Waktu bekerja semua anggota pelaksana mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuatkuasa. 4.0 MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS 4.1 Guru tidak dibenarkan keluar kawasan sekolah sewaktu bertugas kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua. 4.2 Guru dikehendaki untuk mengisi Borang Kebenaran Keluar yang ditulis dalam Buku Rekod Keluar. Borang Kebenaran Keluar yang digunakan adalah Borang DB1 / DB3. Dapatkan tandatangan Pengetua / Penolong Kanan sebelum keluar. Guru perlu bertugas sekurang-kurangnya 4 jam yang melayakkannya mendapat kebenaran keluar. Jika tempoh keluar melebihi 4 jam, guru dinasihatkan untuk mengambil cuti rehat atau cuti yang berkelayakan. ( Rujuk Peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G). 4.3 Guru-guru yang mendapat arahan JPN/PPD/PSPN/MSSJ mesti memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu. 4.4 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.


23 4.5 Anggota Pelaksana dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Pengetua atau wakilnya dan mengisi buku kebenaran keluar / Borang DB1/DB3 serta mendapat tandatangan Pengetua atau wakilnya sebagai tanda kebenaran. 5.0 MELAKUKAN KERJA LUAR 5.1 Penjawat awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti berikut: 5.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan. 5.1.2 Dibenarkan dengan syarat: (a) Tidak dilakukan semasa waktu bekerja /pejabat. (b) Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam. (c) Tidak dengan apa-apa kecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 5.2 Berhubung dengan menjalankan tugas tuisyen di rumah, guru diingatkan bahawa tindakan tersebut melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subseksyen 132(g) yang membolehkan guru didenda tidak melebihi RM50,000 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Ribu) atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali. 6.0 CUTI 6.1 Cuti Sakit Guru-guru yang tidak hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan pentadbiran atau PK HEM atau PK Kokurikulum mengikut tatacara berikut: (i) Menelefon segera kepada Pengetua. (ii) Menyampaikan pesanan kepada guru-guru lain. (iii) Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturutturut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. (iv) Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. (v) Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putusputus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. 6.2 Sijil Perakuan Doktor Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua atau Penolong Kanan apabila kembali bertugas . 6.3 Cuti Penggal Mengikut Surat pekeliling KP(PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah menggantikan cuti rehat. Namun, guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.


24 6.4 Cuti Rehat Khas (CRK) 6.4.1 Cuti Rehat Khas sebanyak sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalendar; dan 6.4.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpulkan bagi tujuan pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai yang layak. 6.4.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan guru kontrak. 6.4.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 6.4.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang selayaknya dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah Am (ix) bab C. 6.4.6 Guru dan AKP yang ingin membuat permohonan Cuti Rehat Khas (CRK) dan Cuti Rehat (CR), perlu melengkapkan BORANG PERMOHONAN CUTI REHAT KHAS/CUTI REHAT dan SURAT SERAHAN DAN AKUAN TANGGUNG TUGAS. Hal ini bertujuan bagi memastikan segala perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas. 6.4.7 Semua permohonan CRK dan CR hendaklah disokong oleh Guru Penolong Kanan dan DILULUSKAN oleh Pengetua. 6.5 Cuti Kecemasan / Cuti Sambilan 6.5.1 Untuk memohon cuti ini, sila rujuk Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan yang dilampirkan bersama. 6.5.2 Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Sekolah. 6.5.3 Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pengetua untuk kelulusan. 6.6 Cuti Tanpa Gaji 6.6.1 Menurut Perintah Am Bab C, Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon di atas sebabsebab persendirian yang mustahak. 6.6.2 Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya. 6.6.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. 6.6.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negara hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun. 6.6.5 Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri manakala Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab bagi meluluskan cuti yang melebihi 15 hari. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri dalam tempoh 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan


25 6.7 Cuti Keluar Negara Guru-guru mesti mengisi Borang kebenaran keluar negara sama ada semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan. Borang permohonan ke luar negara hendaklah diserahkan ke pejabat selewat – lewatnya dua bulan sebelum tarikh kejadian. 6.8 Cuti Khas – isteri bersalin Cuti ini diberikan tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraan ini termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 6.9 Cuti Tanpa Rekod Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan persatuan / pertubuhan, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. 6.10 Cuti urusan kematian Keluarga Terdekat Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai Cuti Tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah suami atau isteri, anakanak, ibu dan bapa kandung/ angkat, ibu dan bapa mertua, anak angkat yang sah di sisi undang-undang. (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2015) 6.11 Semua jenis permohonan cuti hendaklah menggunakan (i) borang (manual) dan (ii) sistem HRMIS. 7.0 MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN 7.1 Jika warga sekolah menghadapi masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua 8.0 TUGAS GURU 8.1 Tugas guru merangkumi bidang pentadbiran, kurikulum, HEM dan kokurikulum. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. 8.2 Sekiranya guru dikehendaki untuk menghadiri mesyuarat di JPN, PPD atau sekolah lain, arahan tersebut hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. 8.3 Guru yang mewakili sekolah ke mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar hendaklah mengemukakan minit curai kepada Pengetua. 8.4 Guru yang mewakili sekolah bagi mesyuarat, taklimat atau seumpamanya, perlu membuat “in House Training” kepada guru berkaitan atau terlebih dahulu memaklumkan kepada Penolong Kanan / Pengetua mengenai tarikh dan masa pelaksanaannya apabila balik.


26 8.5 Guru yang menjalankan tugas rasmi di luar hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran masingmasing. 8.6 Guru perlulah menganggotai Panitia Mata Pelajaran atau Jawatankuasa Kurikulum sekolah apabila diperlukan dan membantu melaksanakan projek-projek yang dirancang oleh badan lain. 8.7 Guru juga perlu menggantikan guru yang tidak hadir apabila diperlukan oleh Pengetua atau wakilnya. 8.8 Guru hendaklah mengendalikan kegiatan Kokurikulum selaku guru penasihat persatuan/ kelab/ unit beruniform / permainan atau sukan mengikut yang diperuntukkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 8.9 Guru haruslah mengendalikan dan menyempurnakan tugas-tugas khas seperti Guru Tingkatan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Bertugas Harian, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Sukan, Guru SPBT dan seumpamanya. 8.10 Guru turut bertanggungjawab mengawasi dan membantu dalam perkara berikut: (a) Disiplin murid (b) Panduan kerjaya murid (c) Kebersihan sekolah dan murid (d) Keselamatan sekolah dan murid 8.11 Selain itu, guru perlu memberi kerjasama dalam urusan pejabat sekolah seperti mengemaskini stok-stok yang diurus, mengisi borang-borang dan urusan-urusan lain yang diperlukan. 8.12 Guru bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa. 9.0 PERSEDIAAN MENGAJAR HARIAN 9.1 Persediaan mengajar harian adalah dokumen penting yang menunjukkan kerja-kerja seseorang guru dan merupakan harta kerajaan. 9.2 Guru-guru perlu membuat persediaan mengajar harian dan menghantarnya kepada Pengetua pada hari Khamis setiap minggu. 9.3 Buku / Fail Persediaan Mengajar/ e-FRM mestilah dilengkapi dengan perkara-perkara berikut: i. Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk pemeriksaan ii. Salinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai nama murid untuk pemeriksaan iii. Markah ujian dan “headcount” pelajar 9.4 Setiap guru mestilah membaca Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 di muka hadapan Buku Persediaan Mengajar yang menerangkan mengenai tujuan dan penggunaan buku tersebut serta mematuhi perkara-perkara mengenainya. 9.5 Rancangan pengajaran harian mestilah ditulis sehari sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula. Sesuatu rancangan yang tidak dapat dijalankan hendaklah diberikan catatan dibawahnya. 9.6 Guru-guru berkewajipan untuk menentukan buku ini sentiasa bersih dan kemas. Merujuk peraturan-peraturan pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997, Seksyen 18 dan 130 Akta pendidikan 1996 ceraian :


27 (6) Jadual, Sukatan pelajaran dan Jadual Waktu diadakan untuk peperiksaan. (i) Seseorang Guru Besar atau Pengetua sesebuah sekolah hendaklah dengan serta -merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran (ii) Seseorang Guru Besar atau Pengetua sesebuah sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar tentang jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa. (iii) Ketua Pendaftar boleh memerlukan Guru Besar atau Pengetua, melalui suatu notis secara bertulis, untuk mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang boleh diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu. (7) Guru perlu mengadakan sesalinan sukatan pelajaran yang diluluskan dan senarai murid-murid untuk pemeriksaan. Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, sesalinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya. (8) Buku Rekod Guru Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyelenggara suatu buku rekod yang hendaklah direkodkan olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dan suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian-bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan serta merta diadakan untuk pemeriksaan oleh ketua Pendaftar. (9) Jadual, sukatan pelajaran dan sebagainya dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan. Jika sebarang jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan buku rekod guru atau mana-mana salinannya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendaklah mengemukakan atau mengadakan pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu atau masukan dalam buku rekod, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh 30 hari daripada arahan oleh Ketua Pendaftar. (10) Jadual waktu perlu dipamerkan.


28 Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu. (11) Penalti 1. Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu waktu yang diluluskan serta mana-mana guru yang mengajar murid atau mana-mana individu yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah satu kesalahan. Kesalahan tersebut akan dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. 2. Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6,7,8, 9 dan 10 boleh disabitkan dengan denda tidak melebihi lima ratus ringgit. 10.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR 10.1 Guru - guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar yang ditetapkan. 10.2 Guru bertanggungjawab sewaktu mengajar sesuatu kelas supaya keadaan kelas adalah seperti berikut: (i) Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif (ii) Bersih dan kemas (iii) Bilangan pelajar akur dengan jadual kedatangan (iv) Mencatat bilangan pelajar yang ada di dalam borang kawalan kelas 10.3 Guru-guru hendaklah berada di dalam kelas-kelas yang ditugaskan untuk mengajar atau mengganti guru sakit / cuti sepenuh masa. Guru boleh meninggalkan kelas hanya jika ada hal-hal lain yang lebih penting dengan persetujuan Pengetua. 11.0 GURU GANTI 11.1 Sila lihat Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan yang berkembar mengenai masa luang (free period). 11.2 Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan 11.3 Guru wajib menandatangani jadual guru ganti. 12.0 BUKU RAMPAIAN / BUKU KERJA / NOTA PELAJAR 12.1 Buku Rampaian / buku kerja / nota pelajar hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti. 12.2 Buku yang diperiksa hendaklah SEGERA dikembalikan kepada para pelajar. 12.3 Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku/nota yang telah diperiksa. 12.4 Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual yang akan ditetapkan. 12.5 Ibubapa / Penjaga juga diminta untuk menyemak buku-buku anak-anak mereka.


29 13.0 GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN GURU BIMBINGAN 13.1 Semua guru adalah GURU DISIPLIN dan GURU BIMBINGAN 13.2 Guru-guru bertanggungjawab mengawal tingkah laku pelajar pada setiap masa. 13.3 Guru-guru hendaklah sentiasa memberi BIMBINGAN kepada pelajar dan mengamalkan budaya “SEKOLAH PENYAYANG”. 13.4 Peraturan Sekolah menjadi panduan bagi mengurus pelajar-pelajar. 14.0 KESELAMATAN PELAJAR 14.1 SEMUA GURU mempunyai tanggungjawab untuk menjaga KESELAMATAN pelajarpelajar sewaktu berada di dalam kawasan sekolah. 14.2 Jika berlakunya kemalangan atau kecederaan, guru diminta segera memaklumkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran atau Penolong Kanan HEM atau Penolong Kanan Kokurikulum. 14.3 Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar berkenaan mestilah dimaklumkan. 14.4 Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi. 14.5 Latihan kebakaran wajib diadakan sekali sepenggal. 15.0 KOKURIKULUM 15.1 Guru terlibat dengan kegiatan kokurikulum sekolah. 15.2 Kehadiran guru-guru untuk kegiatan kokurikulum adalah wajib. 15.3 Guru-guru yang tidak dapat hadir perlu memberi sebab-sebab bertulis kepada Penolong Kanan Kokurikulum. 15.4 Guru dikehendaki menandatangani kehadiran dalam Buku Kehadiran Kokurikulum. 15.5 Guru-guru penasihat yang menganjurkan lawatan ke sesuatu tempat bertanggungjawab menguruskan lawatan tersebut seperti mengisi borang lawatan, merancang persediaan untuk lawatan dan sebagainya. Semua surat rasmi berhubung dengan lawatan itu hendaklah melalui Pengetua. 15.6 Guru yang bertugas menjaga papan kenyataan dikehendaki memastikan semua aktiviti mingguan dicatat pada papan kenyataan yang terletak berdekatan laluan ramai. 15.7 Guru dan murid dikehendaki memakai pakaian sukan semasa aktiviti sukan dan juga aktiviti pendidikan jasmani. 16.0 PERHIMPUNAN MINGGUAN 16.1 Semua guru diwajibkan hadir di tempat perhimpunan mingguan sekolah pada pukul 7.10 pagi. 16.2 Guru bertugas mingguan perlu memastikan keadaan tempat perhimpunan teratur dan sempurna sebelum majlis dijalankan. 16.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil.4/1984 mesti dipatuhi. 16.4 Ucapan dan pengumuman hendaklah ringkas dan padat. 16.5 Guru akan bersama-sama pelajar menazamkan Asma’ul Husna, menyanyikan Lagu Sekolah, Lagu Negeri Johor dan Lagu Negaraku.


30 17.0 MESYUARAT GURU 17.1 Segala mesyuarat yang dirancang oleh sekolah termasuk tugas rasmi yang wajib dihadiri oleh semua guru. 17.2 Semua mesyuarat wajib mempunyai agenda dan minit. 17.3 Keputusan mesyuarat mesti disampaikan kepada pihak berkenaan. 17.4 Semua mesyuarat yang tidak tercatat dalam takwim persekolahan hendaklah diadakan pada luar waktu persekolahan. 17.5 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. 17.6 Guru diwajibkan untuk menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh semua Penolong Kanan / Guru Kanan Mata pelajaran / Ketua Panitia. 18.0 KURSUS 18.1 Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD / JPN / PSPN / IAB atau Kementerian Pendidikan adalah termasuk dalam bidang perkhidmatan pengurusan. 18.2 Guru-guru adalah diwajibkan menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak yang tersebut di atas. 19.0 ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN 19.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara / majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman. 19.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua. Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 19.3 Guru dan staf sokongan digalakkan memakai batik sekolah atau pakaian yang dipersetujui untuk sesuatu majlis rasmi berkenaan. 20.0 PENGGUNAAN ALAT-ALAT / HARTA SEKOLAH 20.1 Alat-alat / harta sekolah adalah HARTA KERAJAAN. 20.2 Penggunaan alat-alat / harta benda sekolah untuk peribadi adalah dilarang. 20.3 Sesuatu alat yang dipinjam untuk kepentingan sekolah mestilah mendapat kebenaran Guru Kanan Mata pelajaran terlebih dahulu dengan mengisi Borang Pinjaman. 20.4 Alat-alat yang telah digunakan hendaklah diserahkan balik kepada Guru Kanan berkenaan. 21.0 PEMBELIAN PERALATAN 21.1 Guru-guru yang memerlukan peralatan baru hendaklah mengemukakan perkara tersebut kepada Guru Kanan Mata Pelajaran berkenaan. 21.2 Guru-guru wajib mengisi ‘nota minta’ dan tidak boleh membuat pesanan sendiri dengan sesuatu syarikat tanpa melalui Guru Kanan Mata Pelajaran. 21.3 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia wajib mendapat Sebut harga untuk membeli sesuatu barang yang melebihi daripada RM500.00 bagi 1 unit. 21.4 Peraturan Kewangan Kementerian Pendidikan wajib diikuti.


31 22.0 PELAWAT 22.1 Pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan GURU atau PELAJAR tanpa kebenaran Pengetua terlebih dahulu. 22.2 Guru-guru diminta untuk menggunakan Bilik Gerakan bagi berjumpa pelawat. 23.0 BILIK GURU 23.1 Keceriaan dan kebersihan bilik guru adalah tanggungjawab setiap guru. 23.2 Hal ini bagi menjadikan Bilik Guru sebagai contoh kepada pelajar dari segi keceriaan dan kebersihan. 23.3 Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN menggunakan Bilik Guru untuk membantu kerjakerja guru. 23.4 Pelawat-pelawat TIDAK DIBENARKAN menggunakan Bilik Guru untuk berurusan dengan guru. 23.5 Guru - guru hendaklah menjadikan Bilik Guru sebagai contoh kepada semua murid dari segi kekemasan, kebersihan dan keteraturan (5S). 23.6 Perpustakaan khas guru dapat diwujudkan dengan mengadakan koleksi bahan bacaan yang berupa jurnal, majalah-majalah, akhbar-akhbar dan sebagainya bagi dijadikan rujukan guru-guru. 24.0 SURAT RASMI SEKOLAH 24.1 Surat rasmi sekolah tidak boleh digunakan untuk membuat catatan atau surat menyurat peribadi. 24.2 Kelab / Persatuan / Badan Beruniform mesti mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu untuk menggunakan surat rasmi sekolah. 25.0 FAIL SEKOLAH 25.1 Guru-guru perlu mendapat kebenaran Pembantu tadbir terlebih dahulu untuk meminjam Fail Rasmi Sekolah. 25.2 Fail Rasmi Sekolah mesti diserahkan semula kepada Pembantu Tadbir dengan segera setelah digunakan. 26.0 TELEFON PEJABAT 26.1 Telefon sekolah hanya boleh digunakan untuk urusan rasmi sahaja. 26.2 Kebenaran Pengetua perlu diperolehi untuk kegunaan peribadi dan mesti dicatat dalam buku Panggilan Telefon serta membayar kos panggilan tersebut kepada Pembantu Tadbir Pejabat.


32 27.0 PENGUMUMAN MELALUI PEMBESAR SUARA 27.1 Pengumuman melalui pembesar suara boleh dibuat sekiranya pengumuman tersebut adalah PENTING. 28.0 MENULIS SURAT RASMI 28.1 Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui Pengetua. 28.2 Satu salinan draf surat yang disediakan oleh Kelab / Persatuan / sukan / Badan Beruniform mesti disemak oleh Penolong Kanan atau Pengetua. 28.3 Satu salinan mesti disimpan di dalam fail. 29.0 KENYATAAN AKHBAR 29.1 Guru-guru DILARANG sama sekali untuk membuat kenyataan akhbar/ laman sosial berhubung dengan sekolah / PPD / Jabatan Pendidikan negeri / Kementerian Pendidikan Malaysia. 30.0 BILIK-BILIK KHAS 30.1 Guru bertanggungjawab untuk menyediakan Carta Organisasi bagi setiap bilik-bilik khas. 30.2 Buku Pelawat dan Buku Rekod Penggunaan bilik-bilik khas turut perlu disediakan oleh guru berkaitan 30.3 Guru perlu mengemas dan menceriakan bilik-bilik berkenaan. 30.4 Guru perlu menyediakan dan menampal pelan kebakaran di bilik-bilik berkenaan. 30.5 Stor inventori dan stor bagi peralatan yang digunakan di bilik berkenaan hendaklah disediakan oleh guru - guru. 30.6 Guru - guru mestilah menyediakan peraturan penggunaan bilik berkenaan. 31.0 DAFTAR KEHADIRAN PELAJAR. 31.1 Guru Tingkatan hendaklah mengisi butiran berikut dalam Daftar Kehadiran Pelajar di APDM : (i) Nombor daftar pelajar (ii) Nama penuh pelajar seperti tercatat pada Kad Pengenalan (iii) Tarikh lahir pelajar (iv) Jantina (v) Nama, alamat, pekerjaan dan no. Telefon ibu bapa / penjaga. (vi) Analisa Kehadiran Bulanan 31.2 Guru Tingkatan sendiri MESTI menanda kehadiran pelajar tiap-tiap hari di APDM sebelum jam 9.00 pagi pada setiap hari persekolahan. Sekiranya guru tingkatan tiada di sekolah, Penyelaras Tingkatan atau Jawatankuasa Data/APDM perlu merekod kehadiran pelajar kelas berkenaan.


33 31.3 Guru Tingkatan dikehendaki untuk mendapatkan bukti sebab ketidakhadiran pelajar ke sekolah seperti sijil sakit daripada doktor atau surat daripada ibu bapa / penjaga dan menyimpannya di dalam fail Kehadiran Kelas yang disediakan. 31.4 Guru Tingkatan dikehendaki untuk menghantar surat Amaran Pertama kepada ibu bapa / penjaga jika didapati murid tidak hadir tiga (03) hari berturut-turut tanpa alasan, Surat Amaran Kedua selepas tujuh (07) hari selepas Amaran Pertama dan Surat Amaran Terakhir selepas tujuh (07) hari selepas Surat Amaran Kedua. Surat Buang Sekolah perlu dikeluarkan selepas 14 hari Surat Amaran Terakhir dikeluarkan iaitu pada hari ke-31. 31.5 Bagi murid yang tidak hadir secara berkala, Guru Tingkatan perlu menghantar surat Amaran Pertama pada hari ke-10, seterusnya Surat Amaran Kedua selepas 10 hari (hari ke-20) surat Amaran Pertama dan Surat Amaran Terakhir selepas 20 hari (hari ke-40) surat Amaran Kedua. Surat buang sekolah perlu dihantar pada hari ke-60 iaitu selepas 20 hari penghantaran Surat Amaran Terakhir. 31.6 Guru tingkatan mestilah memastikan semua maklumat lengkap diisi sebelum Daftar kehadiran ditutup pada setiap akhir bulan dengan menekan butang simpan dan dicetak. Cetakan kehadiran bulanan hendaklah diserahkan kepada PK HEM. 32.0 PERKARA-PERKARA LAIN 32.1 Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan maklumat dan pengurusan sekolah adalah tertakluk kepada maklumat semasa disampaikan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Kokurikulum perlu dijadikan panduan dan maklumat terkini serta diterima pakai. 32.2 Semua kunci alatan kemudahan sekolah mestilah disimpan di pejabat dan dilabelkan. 32.3 Sekiranya ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik khas, guru tersebut hendaklah mendapat kebenaran dari Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik itu. 32.4 Semua guru WAJIB hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 32.5 Semua guru hendaklah berada bersama-sama murid di surau pada waktu solat Zohor. (1.30 – 2.00 petang). 33.0 PENGOPERASIAN PEJABAT 33.1 Bagi melicinkan urusan pejabat dan menjaga integriti semua dokumen rasmi kerajaan, maka ruang dalaman pejabat adalah KAWASAN LARANGAN MASUK untuk semua guru (kecuali kumpulan pentadbir sekolah iaitu Pengetua, Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran) dan AKP (kecuali AKP yang diberi kuasa untuk bertugas di dalam ruang pejabat). 33.2 Guru dan AKP hendaklah berurusan di KAUNTER PEJABAT yang disediakan dan akan dilayan oleh Pegawai Operasi (PO) atau Pegawai Tadbir (PT) yang bertugas. Nota: Berkuatkuasa mulai 27.10.2021


34 UNIT 2: PROFIL SEKOLAH SINOPSIS LENCANA SEKOLAH AL QURAN Melambangkan segala ilmu yang disampaikan berlandaskan Agama Islam BULAN DAN BINTANG Melambangkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara dan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menerapkan nilai-nilai murni RODA DAN KELALANG BULAT Melambangkan Sains dan Teknologi bagi memenuhi guna tenaga dan menyediakan pelajar bagi menghadapi cabaran masa depan. OBOR DAN GELUNG Melambangkan semangat kesukanan dan perpaduan BUNGA PADI Melambangkan pembentukan keperibadian mulia pelajar-pelajar dan kecemerlangan akademik WARNA BIRU Melambangkan keharmonian keperibadian mulia pelajar-pelajar dan kecemerlangan akademik WARNA KUNING Adalah warna Diraja melambangkan bahawa sekolah ini ditubuhkan mengikut Perlembagaan Malaysia diterajui oleh Raja WARNA MERAH Melambangkan sikap berani dalam menampilkan bakat dan kebolehan serta semangat ingin terus mencuba. COGANKATA BERILMU, BERIMAN, BERAMAL SLOGAN “SMK LOKMAN HAKIM #SYUMUL : SYURGAMU LUAS”


35 SEJARAH SEKOLAH Sekolah Menengah kebangsaan Lokman Hakim dibina pada tahun 1986, meliputi kawasan seluas 4 hektar dan pembinaannya siap pada pertengahan tahun 1987. Jarak sekolah dari bandar Kota Tinggi adalah 48 kilometer manakala jarak dari bandaraya Johor Bahru pula ialah lebih kurang 100 kilometer. Pada mulanya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah kebangsaan Lok Heng bersempena nama kawasan perkampungah Felda Lok Heng. Namunj pada bulan Jun 1999 pihak sekolah mengambil keputusan untuk menggantikan Lok Heng kepada Lokman Hakim dan kini sekolah telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim. Nama ini diambil sempena tokoh Islam terkenal dengan ilmu pengetahuannya yang tinggi serta budi pekerti mulia yang telah diberikan hikmah dan “Faslul Khitab” oleh Allah SWT. Ini bertepatan dengan ciri-ciri dan perwatakan sekolah ini yang menitikberatkan penghayatan Islam. Peringkat permulaan, SMKLH adalah sekolah yang tergolong dalam Gred B tetapi mulai tahun 1994 telah dinaik taraf ke Gred A berikutan pertambahan pelajar dan kemajuan dari segi akademik dan kokurikulum. Sementara ieu, tingkatan 4 Sains mula diperkenalkan pada sesi 1992/1993. Bermula pada sesi 1993/1994 sistem persekolahan 2 sesi telah dilaksanakan. Ketika sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1988, tenaga pengajarnya hanya terdiri daripada 12 oaran guru dengan jumlah murid seramai 222 orang. Jumlah itu semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada sesi 1994/1995 sekolah ini mempunyai murid seramai 1176 orang dengan 58 orang tenaga pengajar. Menjelang tahun 2000, jumlah murid meningkat kepada 1571 orang dengan bilangan pendidik seramai 93 orang. Kini SMKLH telah mempunyai 9 blok kelas pembelajaran, bilik-bilik khas dan bengkel dengan jumlah murid 414 serta 38 orang tenaga pengajar, 9 orang anggota pelaksana dan 10 orang pekerja swasta. Berikut adalah senarai Pengetua yang telah menerajui SMKLH sejak penubuhannya. BIL NAMA PENGETUA TEMPOH BERKHIDMAT 1 EN. RAMLI BIN MOHD ALI 01.01.1988 – 15.02.1991 2 EN. ABDUL GHANI BIN IBRAHIM 16.02.1992 – 30.11.1992 3 EN. ISMAIL BIN IBRAHIM 01.12.1992 – 08.02.1993 4 TN. HJ. KAMISAN BIN SAIDIN 04.04.1993 – 01.01.1995 5 EN. MUHAMMAD BIN MD. SALLEH 02.01.1995 – 30.01.1996 6 TN. HJ. ZAINUDDIN BIN MOHD DAUD 01.03.1996 – 16.02.1997 7 TN. HJ. MOHAMAD BIN HJ. TAHIR 01.06.1997 – 16.12.1998 8 TN. HJ. SHUIB BIN DIRWAN 01.09.1999 – 31.12.2000 9 PN. HJH. HAMIDAH BINTI IBRAHIM 01.01.2001 – 31.01.2004 10 TN. HJ. RAHMAD BIN AHMAD 25.05.2004 – 30.04.2007 11 PN. HJH. RAMLAH BINTI JAAPAR 01.05.2007 – 01.06.2010 12 EN. SAMION BIN KASSIM 01.10.2010 – 16.08.2011 13 PN. HJH. RUSIDAH BINTI HJ. SAIAN 01.10.2011 – 03.05.2015 14 EN. YAHYA BIN SUYOT 04.05.2015 – 14.02.2017 15 EN. FARZELI BIN CHE MAT MUSTAFA 15.02.2017 – 15.08.2017 16 EN. AMDAN BIN EMBONG 15.10.2017 – 31.05.2021 17 EN. RAHIM BIN ROSDI 15.07.2021 – 22.11.2023 18 EN. ZOOL HILMAN BIN HAIRONI 04.12.2023 - KINI


36 VISI SMK LOKMAN HAKIM PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA Sekolah : Institusi di mana murid menerima ilmu pengetahuan, institusi dimaksudkan adalah SMK Lokman Hakim Pendidikan Berkualiti : Pendidikan yang dapat menghasilkan manusia seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Insan Terdidik : Mempunyai daya juang dan daya saing yang tinggi, mesra pembaharuan, bertanggungjawab, mempunyai sahsiah terpuji Negara Sejahtera : Negara aman dan makmur,kesejahteraan insan, akses kepada pendidikan tertingg dan menghayati kepelbagaian SMK Lokman Hakim adalah institusi yang memberi ilmu pengetahuan melebihi institusi lain yang akan menghasilkan atau mengeluarkan kumpulan murid yang dikenali. MISI SMK LOKMAN HAKIM MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA Sekolah : Institusi di mana murid menerima ilmu pengetahuan, institusi dimaksudkan adalah SMK Lokman Hakim Melestarikan : Usaha mengekalkan, menetapkan, dan tidak mengubah tujuan Sistem Pendidikan utama tentang sistem pendidikan yang bermutu. Berkualiti Membangun : Usaha atau kegiatan membangun (memajukan atau mengembangkan) murid Potensi : Kemampuan murid untuk mencapai, menghasilkan atau melakukan sesuatu keupayaan Individu : Murid Pendidikan : Ilmu didik, ilmu mendidik, pengetahuan mendidik Berkualiti : Baik kualitinya, tinggi nilainya SMK Lokman Hakim mengekalkan, menetapkan, dan tidak mengubah tujuan utama tentang sistem pendidikan yang bermutu untuk membangun murid agar berkemampuan atau melakukan sesuatu untuk mencapai aspirasi (keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu; cita-cita) yang setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran


37 berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional. Potensi ini akan dibangunkan oleh SMK Lokman Hakim melalui ilmu didik yang menyeluruh dan bersepadu serta tinggi nilainya. NILAI Kolaboratif : Semua murid sekolah mengamalkan pendekatan yang melibatkan kerjasama dan interaksi dua atau lebih individu dalam merancang, melaksana dan menyelesaikan sebarang masalah secara berkesan. Kepelbagaian : Semua warga sekolah akan menggunakan berbagai-bagai pendekatan dalam amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan. Kecemerlangan : Semua warga sekolah akan memastikan setiap perkara yang dilakukan adalah elok / indah / gemilang Inovasi : Semua warga sekolah akan menghasilkan dan menggunakan sesuatu yang baru dalam pendekatan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan. Integriti : Semua warga sekolah menjadi sifat kejujuran dan ketulusan sebagai amalan. Hormat : Semua warga sekolah mengamalkan sifat untuk beralah atau menerima kehendak atau pendapat orang lain. PIAGAM PELANGGAN SMK Lokman Hakim komited dan berjanji akan memberikan perkhidmatan yang baik kepada semua pelanggan kami. MURID 1. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula dalam tempoh lima minit waktu jadual bermula. NILAI KOLABORATIF KECEMERLANGAN KEPELBAGAIAN INOVASI HORMAT INTEGRITI


38 2. Latihan akan disemak dan akan dikembalikan dalam tempoh tiga hari selepas latihan diserahkan. KEPADA GURU DAN KAKITANGAN 3. Buku Rekod Mengajar yang disahkan akan dikembalikan dalam tempoh satu hari selepas diserahkan. 4. Bahan dan peralatan yang telah diluluskan pembelian akan diserahkan kepada pemohon dalam tempoh satu minggu selepas pesanan diterima. KEPADA WARIS (Ibu bapa / penjaga) 5. Setiap aduan akan diberi maklum balas dalam tempoh satu minggu aduan diterima. 6. Laporan ujian, pentaksiran dan peperiksaan akan diserahkan dalam tempoh dua minggu selepas dilaksanakan. MATLAMAT STRATEGIK Empat (4) Bidang Keberhasilan Utama Sekolah 1. Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. 2. Pencapaian prestasi kokurikulum yang tinggi oleh semua murid. 3. Pencapaian kemahiran insaniah yang tinggi oleh semua murid. 4. Pencapaian prestasi pengurusan yang cemerlang. KRA 1 Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh KRA 2 semua murid Pencapaian prestasi kokurikulm yang tinggi oleh semua murid KRA 3 Pencapaian kemahiran insaniah yang tinggi oleh semua murid KRA 4 Pencapaian prestasi pengurusan yang cemerlang


39 OBJEKTIF 1. Pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid 1 A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1.1 100 % murid layak mendapat sijil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tempoh tiga tahun. 1.2 Sekolah mencapai GPS : 5.00 (Gred Purata Sekolah : 5.00) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tempoh tiga tahun. 1.3 1 % murid memperoleh `A’ bagi semua mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia dalam tempoh tiga tahun. 1 B SEGAK 1.4 70% murid mencapai gred C ke atas bagi ujian kecergasan (SEGAK) dalam tempoh tiga tahun. 1 C Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 1.6 100 % murid memperolehi sekurang-kurangnya pencapaian Tahap Penguasaan 3 (TP 3) bagi semua mata pelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam tempoh tiga tahun. 1.7 1 % murid memperoleh Tahap Penguasaan 6 (TP 6) bagi semua mata pelajaran Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam tempoh 3 tahun. 1 D Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) 1.8 Memastikan 100% murid pendidikan khas menguasai kemahiran penghasilan produk berasaskan pembuatan roti dalam tempoh 3 tahun 2. Pencapaian prestasi kokurikulum tinggi oleh semua murid 2A Pencapaian markah kokurikulum murid: 2.1 100 peratus murid memperoleh PNGK kokurikulum sekurangkurangnya Gred C dalam tempoh tiga tahun [CGPA; Cumulative Grade Point Average / PNGK ;Purata Nilai Gred Kumulatif ] 2B Pencapaian Sukan dan Permainan: 2.2 Lima pasukan sukan dan permainan mencapai sekurang-kurangnya tempat ke-3 di peringkat daerah dalam tempoh 3 tahun. 2.3 Dua pasukan sukan dan permainan mencapai tempat pertama di peringkat daerah dalam tempoh 3 tahun. 2.4 Pasukan olahraga sekolah mencapai sekurang-kurangnya 5 emas dalam kejohanan olahraga MSSD dalam tempoh 3 tahun. 2.5 Sekurang-kurangnya sepuluh orang pelajar mewakili daerah ke pertandingan sukan peringkat negeri dalam tempoh tiga tahun. 2C Pencapaian Koakademik: 2.6 Empat pasukan koakademik mencapai sekurang-kurangnya tempat ke3 pertandingan di peringkat daerah dalam tempoh tiga tahun. 2.7 Dua pasukan koakademik mencapai sekurang-kurangnya tempat ke-3


40 pertandingan peringkat negeri dalam tempoh tiga tahun. 2D Pencapaian Persatuan Badan Beruniform ( PBB ) : 2.8 Dua pasukan mencapai sekurang-kurangnya tempat ke-3 pertandingan PBB peringkat daerah dalam tempoh tiga tahun. 2.9 Dua pasukan mencapai tempat pertama dalam pertandingan PBB peringkat daerah dalam tempoh tiga tahun. 2.10 Sekurang-kurangnya dua pasukan menyertai aktiviti PBB peringkat negeri dalam tempoh tiga tahun. 2.11 Sekurang-kurangnya dua pasukan menyertai aktiviti PBB peringkat kebangsaan dalam tempoh tiga tahun. 2 E Pencapaian Kokurikulum Pendidikan Khas 2.14 Sekurang-kurangnya dua pasukan mendapat tempat ketiga dalam aktiviti kokurikulum pendidikan khas peringkat daerah dalam tempoh tiga tahun 3. Pencapaian kemahiran insaniah yang tinggi oleh semua murid 3A Mengurangkan kes salah laku murid aliran perdana dan pendidikan khas integrasi bagi mewujudkan murid yang berkeperibadian unggul 3.1 Pengurangan 1% kes salah laku pelajar daripada tahun sebelumnya 3B Memastikan peratus murid aliran perdana dan pendidikan khas integasi hadir ke sekolah melebihi 90 % kehadiran setahun . 3.2 Peningkatan 1% kehadiran daripada tahun sebelumnya 3C Memastikan 100% kepimpinan murid memperoleh kemahiran insaniah 3.3 Sifar kes salah laku yang melibatkan kepimpinan murid daripada tahun sebelumnya. 3D Memastikan Program Pencegahan serta Kesedaran Kesihatan dan Keselamatan dilaksanakan secara menyeluruh meliputi semua murid secara berterusan. 3.4 Sifar keputusan positif bagi ujian saringan air kencing yang dijalankan dengan kerjasama AADK dalam kalangan murid pada setiap tahun. 3.5 Bilangan murid yang berlebihan berat badan dan kurang berat badan kurang daripada 10% setiap tahun. 3E Memastikan 100% murid melaksanakan Ujian Psikometerik 3F Memastikan 100% murid yang layak menerima bantuan mendapat haknya. 3G Memastikan sifar murid keciciran persekolahan dalam tempoh tiga tahun 3H Memastikan 100% murid yang melakukan amalan baik direkod di dalam Sistem SSDM 4. Pencapaian Prestasi Pengurusan Cemerlang 4.1 Pencapaian audit pengurusan kewangan dan audit kewangan pada tahap baik dalam tempoh tiga tahun. 4.2 Guru-guru dan AKP menerima sekurang-kurangnya lima hari latihan Profesionalisme (LDP) setiap tahun. 4.3 100 % aduan kerosakan kemudahan fizikal dan persekitaran sekolah diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.


41 4.4 Tahap pengurusan sekolah berasaskan kualiti skor operasi SKPM Kualiti@Sekolah mencapai sekurang-kurangnya 90 % bagi setiap standard dalam tempoh tiga tahun. 4.5 Sekurang-kurangnya 40 % penglibatan ibu bapa bagi enam aktiviti utama sekolah dalam tempoh tiga tahun. 4.6 Memastikan kepuasan pelanggan yang mencapai tahap sangat memuaskan meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 15% dalam tempoh tiga tahun. 4.7 Memastikan jaringan dan hubungan dengan agensi luar mencapai sekurangkurangnyanya 30 buah agensi dalam tempoh tiga tahun.


42 LAGU SEKOLAH Indahnya sekolahku tercinta Riang ceria wajah semua Sekolah masyarakat bekerja bersama Beriman, berilmu, beramal teraju usaha Ikhlas, Ihsan amalan kita Tekun dedikasi mengejar cita Cerdas cergas prinsip utama Cemerlang gemilang wawasan bangsa Luaskan ilmu dan minda Serlahkan watak peribadi mulia Doa restu ingat sentiasa Dunia akhirat semoga berjaya Lagu : Idris bin Mohamad Lirik : Guru-guru SMKLH Sekolahku SEJAHTERA Di sini bermula, mengenal dunia bersama guru tercinta Seronok belajar, selamat sentiasa Sekolahku SEJAHTERA Kesihatan diutama, kebersihan dijaga Sama perkasa etika, integriti di jiwa Kita selami empati, bina kasih insani Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni Sekolahku_SEJAHTERA Sekolahku_SEJAHTERA Bangkitlah, Generasi pewaris negara Sekolahku_SEJAHTERA Sekolahku_SEJAHTERA Gemilanglah, Malaysia di mata dunia SEJAHTERA Sekolahku SEJAHTERA Ayuh kita jayakan bersama Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti


43 Konsep TS25


44 Mindscaping Sekolah


Click to View FlipBook Version