Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
SMK LOKMAN HAKIM
81900 KOTA TINGGI, JOHOR
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE -36
TAHUN 2022
Tarikh : 14 Jun 2022
Hari : Selasa
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Semai Bakti
Felda Lok Heng Timur
1
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
SMK LOKMAN HAKIM
Kami mengucapkan
Selamat Datang
Ke
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36
BAGI TAHUN 2022
SMK Lokman Hakim
14 Jun 2022
3 petang
Dewan Semai Bakti Felda Lok Heng Timur
Kami warga
Sekolah Menengah Lokman Hakim
dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai
VISI SEKOLAH
“PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA”
MISI SEKOLAH
“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”
2
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG SMK LOKMAN HAKIM
KALI KE-36 TAHUN 2022
Tarikh : 14 Jun 2022
Hari : Selasa
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Semai Bakti Felda Lok Heng Timur
3.00 petang - Pendaftaran ibu bapa dan guru
3.30 petang - Mesyuarat Agung PIBG SMK Lokman Hakim kali ke-36
5.00 petang Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan yang Dipertua PIBG/Pengerusi
2. Ucapan Pengetua/Ex-Officio
3. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG sesi 2021/2022
4. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-35 tahun
2021
5. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan Tahun 2021
6. Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
7. Pemilihan Pengerusi Sementara Mesyuarat Agung
8. Pelantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023
9. Pembentangan Usul
9.1 Cadangan Sumbangan Dana PIBG bagi tahun 2022
10. Hal-hal lain
10.1 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
PIBG sesi 2021/2022
10.2 Cabutan Bertuah
11. Ucapan penangguhan
- Jamuan dan bersurai
3
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA PIBG
SMK LOKMAN HAKIM 2021 – 2022
Bil Nama Bidang/ Jawatan
1 En. Rahim bin Rosdi Ex-Officio/Pengetua
2 En. Muszaide Bin Makmor YDP PIBG
3 En. Mohamad Agus Bin Sabirin NYDP PIBG
4 En. Azlan bin Abdullah Setiausaha
5 Cik Adibah Syazwani binti Seth Penolong Setiausaha
6 Pn. Sudiyati binti Salleh Bendahari
7 Pn. Norfaizah Lubis binti Amran Penolong Bendahari
8 En. Rashid bin Jamian PK Pentadbiran
9 Pn. Norizan binti Mohamad PK HEM
10 En. Zulkarnain bin Esa PK Kokurikulum
11 Pn. Norfaizah Lubis binti Amran AJK PIBG/ GKMP Teknik dan Vokasional
12 Pn. Noor Latifah Binti Omar AJK PIBG/ GKMP Bahasa
13 En. Ida Hayati binti Harun AJK PIBG/ GKMP Sains dan Matematik
14 Pn. Pauziyah Binti Saring AJK PIBG/ GKMP Sains Sosial
15 Pn. Zabedah Binti Mohd Yatim AJK PIBG- Lok Heng Timur
16 Pn. Norham Binti Kassim AJK PIBG- Lok Heng Timur
17 Pn. Mahani Binti Md Jani AJK PIBG- Lok Heng Timur
18 Pn. Junainah Binti Khamis AJK PIBG- Lok Heng Barat
19 En. Muhammad Firdaus Bin Marju AJK PIBG- Lok Heng Barat
20 Pn. Shamila binti Gimin AJK PIBG- Lok Heng Barat
21 Hj. Saadon bin Ab Rahman AJK PIBG- Lok Heng Selatan
22 Pn. Shairul Idayu binti Hamidon AJK PIBG- Lok Heng Selatan
23 Pn. Aishah Binti Bahari AJK PIBG- Kilang
24 Pn. Hazrinah binti Hasbolah Pemeriksa Kira-kira
25 Pn. Salmiah binti Abd Aziz Pemeriksa Kira-kira
26 Ustaz Radizal bin Mohd Debuan AJK Guru
27 Tn Hj Halim Bin Md Yatim AJK Guru
28 Pn. Siti Nazra binti Kasmen AJK Guru
29 Pn. Sudiyati binti Salleh AJK Guru
4
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
Laporan Aktiviti PIBG SMK Lokman Hakim sesi 2021/2022
1. Program Yok Sembang-sembang
Tarikh: 12 September 2021
Hari: Ahad
Masa: 8.45 p.m. - 10.45 p.m.
Medium : Google meet
Tujuan: Berkongsi pandangan antara pihak PPD, sekolah, ibu bapa dan murid
tentang cabaran dan usaha meningkatkan kualiti dan keberkesanan PDPR warga
SMK LOKMAN HAKIM sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
2. Program Bacaan Yassin
Hari: Setiap Malam Khamis
Masa: 8.00 p.m. - 9.30 p.m.
Medium : Google meet
Tujuan: Membaca yasin, doa selamat serta perkongsian ilmu.
3. Program PICK Vaksinasi
Tarikh: 27 September & 18 Oktober 2021
Hari: Isnin
Masa: 9.00 a.m. - 2.00 p.m.
Tempat: SMK Lokman Hakim
Tujuan: Membantu pihak KKM dalam usaha pemberian vaksin anti covid-19 kepada
REMAJA (murid berusia 13 hingga 17 tahun).
4. Majlis Persaraan Cikgu Zulkifli bin M. Yusof
Tarikh: 31 Mac 2022
Hari: Isnin
Masa: 10.00 a.m. - 12.00 p.m.
Tempat: SMK Lokman Hakim
Tujuan: Meraikan hari persaraan Cikgu Zulkifili bin M. Yusof bagi mengenang jasa
beliau sepanjang berkhidmat di SMK Lokman Hakim.
5. Program Ziarah Cakna
Masa: 8.00 a.m. – 9.00 a.m.
Tempat: Rumah Pelajar
Tujuan: Mengenalpasti punca ketidakhadiran murid SMK Lokman Hakim.
5
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-35 TAHUN 2020/2021
TARIKH : 12 MAC 2021
HARI : JUMAAT
MASA : 4.30 petang - 5.30 petang
TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN
PENGERUSI : EN MUSZAIDE BIN MAKMOR
KEHADIRAN : 68 orang
AGENDA MESYUARAT:
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang menghadiri mesyuarat
secara atas talian.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG, guru-guru, pihak
sekolah yang menjalankan tanggungjawab dengan baik dan menyokong mesyuarat
pada hari ini.
1.3 Pengerusi meneruskan agenda mesyuarat dan menyemak kehadiran ibu bapa dan guru.
Makluman : Semua Ahli
2.0 UCAPAN ALU - ALUAN TUAN PENGETUA
2.1 Pengetua memberi ucapan alu-aluan kepada semua yang hadir.
2.2 Pengetua mengharapkan ibu bapa dapat mendidik pelajar untuk mematuhi SOP
sebagai persediaan menjalani pembelajaran bersemuka kelak.
Makluman : Semua Ahli
3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI
KE 35
3.1 Setiausaha PIBG Encik Azlan bin Abdullah membentangkan minit mesyuarat kali ke-
35 yang lalu.
3.2 Puan Mahani binti Md Jani mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan.
3.4 Puan Norham binti Kasim menyokong cadangan minit mesyuarat tersebut.
6
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
Tindakan : Setiausaha PIBG
4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit.
5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN
5.1 Bendahari PIBG Puan Sudiyati binti Salleh membentangkan kewangan PIBG SMK
Lokman Hakim bagi tahun 202.
5.2 Pn Norizan binti Mohamed mencadangkan untuk mengesahkan minit kewangan tahun
2019.
5.3 Pn Salmiyah binti Aziz menyokong cadangan untuk mengesahkan minit kewangan
2019.
Tindakan : Bendahari PIBG
6.0 PEMBENTANGAN CADANGAN SUMBANGAN 2020
6.1
Sumbangan Dana Sumbangan Kecemerlangan
PIBG (RM)
(RM) * Kurikulum Sahsiah/Motivasi Kokurikulum Majalah* Jumlah
30.00 20.00 120.00
20.00 30.00 20.00
* satu Keluarga – Satu Bayaran.
6.2 En. Mohd Agus bin Sabirin mencadangkan sumbangan PIBG dikekalkan.
6.3 Pn. Salmiah binti Aziz menyokong cadangan tersebut.
Makluman : Semua Ahli
7.0 PEMBENTANGAN USUL TAHUN 2020.
7.1 Mohd Aided Asraf bin Muszaide mengusulkan agar pihak sekolah mempelbagaikan
lagi menu atau jualan makanan di koperasi sekolah dan kantin.
7.2 Beliau turut mengusulkan agar pihak sekolah menaiktaraf bekalan elektrik di
bangunan kelas yang kadang kala mengalami bekalan elektrik terputus dan
menyebabkan pelajar kurang selesa untuk belajar.
7
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
8.0 HAL- HAL LAIN
8.1 Tuan Pengetua memperkenalkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang baharu,
iaitu En. Zulkarnain bin Esa menggantikan En. Razak bin Md Dadi.
8.2 En. Rashid bin Jamian, Guru Penolong Kanan Pentadbiran berkongsi maklumat :
8.2.1 Keputusan peperiksaan awam SMK Lokman Hakim 2019, iaitu peperiksaan
SPM. GPS meningkat kepada 5.75 berbanding 5.78 pada tahun 2018. Namun
peratus lulus menurun kepada 88.61%.
8.2.2. Pencapaian PT3 peratus lulus dengan menguasai semua mata pelajaran ialah
52.24% berbanding 2018 iaitu 28.40%. Namun PT3 tidak dilaksanakan bagi
tahun 2020.
8.2.3 Kemasukan ke IPT telah dibuka, iaitu melalui UPU bagi permohonan ke
Program Asasi, Diploma ataupun Sijil. Bagi tahun ini kerajaan telah
memansuhkan pembelian nombor pin bagi permohonan ke UPU bermula 21
Jan hingga 31 Mac 2021. Pemohonan ke IPG juga telah dibuka. Dikhuatiri
pelajar terlepas untuk mendaftar.
8.2.4 Bilangan kelas yang dibuka adalah sebanyak 18 kelas. Waran guru yang
diperuntukkan adalah sebanyak 43 orang guru. Namun pihak sekolah hanya
mempunyai 39 orang guru. Seorang akan berpindah. Pada bulan April, akan
hadir 2 orang guru. Kekurangan 3 orang guru pada pembukaan sekolah pada 4
April 2021.
8.2.5 KSSM menggantikan KBSM bermula tahun 2021. Silibus telah bertukar begitu
juga dengan format pentaksiran SPM akan bertukar bermula tahun 2021.
8.2.6 Calon- calon SPM tidak pernah diuji langsung menggunakan format
pentaksiran yang baharu. Mereka merupakan calon batch pertama yang bakal
menduduki peperiksaan format baru KSSM.
8.2.7 Hanya beberapa subjek telah melaksanakan KSSM, iaitu Sains Computer,
Sains Sukan, Ekonomi dan Perniagaan.
8.2.8 Jangkaan akan diadakan Program Kelas tambahan bagi pelajar SPM 2021.
Pihak sekolah mengharapkan ibu bapa supaya memahami keadaan ini dan
bersedia dengan norma baharu kelas bersemuka yang lebih panjang.
8.2.9 Pelajar akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun lebih awal daripada
yang sepatutnya, iaitu pada 25 April sehingga 10 Mei 2021. Tingkatan 1
hingga 3 akan menduduki peperiksaan bermula 2 Mei hingga 10 Mei 2021.
8.3 Pn. Norizan binti Mohamad memaklumkan beberapa perkara berkaitan hal Ehwal
Murid :
8.3.1 Terdapat peningkatan enrolmen pelajar bagi tahun 2021.
8
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
8.3.2 Kehadiran bagi tahun 2020 berlaku peningkatan berbanding tahun 2019 namun
masih belum mencapai target kehadiran sekolah.
8.3.3 Isu pelajar lewat hadir ke sekolah kerana membeli makanan pada waktu pagi.
Waktu persekolahan bermula pukul 7.10 pagi dan pelajar perlu berada di
dalam kelas pada pukul 7.30 pagi. Pelajar dikira lewat jika hadir melebihi
pukul 7.20 pagi.
8.3.4 Berlaku salah faham dalam kalangan pelajar yang menyatakan bahawa pelajar
boleh datang sebelum pukul 10 pagi. Beliau turut berkongsi alasan-alasan yang
diberikan oleh pelajar.
8.3.5 Pn. Norizan meminta bantuan ibu bapa untuk memantau isu sosial pelajar di
telefon dan perhatikan pergerakkan pelajar selepas waktu sekolah.
8.3.6 Pemakaian kasut hitam stokin hitam atau kasut putih stokin putih sahaja yang
dibenarkan.
8.3.7 Bantuan awal persekolahan akan dilaksanakan pada 14 Mac 2021 dengan
bantuan guru kelas dan diharap ibu bapa dapat mematuhi SOP. Terdapat
bantuan Kerajaan Negeri dengan jumlah yang sama dan penerima akan
ditentukan sendiri oleh kerajaan negeri melalui sistem APDM.
8.4 Encik Zulkarnain bin Esa berkongsi mengenai aktiviti kokurikulum.
8.4.1 Aktiviti sukan dan kokurikulum masih ditangguhkan oleh KPM. Aktiviti koko
masih lagi boleh dilaksanakan di dalam kelas mengikit program yang disusun
oleh pihak sekolah.
8.4.2 Pihak KPM menggalakan program dilaksanakan secara dalam talian seperti
pertandingan catur yang dikendalikan oleh SMK Sri Tangkak. Markah
penyertaan ini dimasukkan dalam PAJSK dan markah PAJSK adalah dikira
sebagai salah satu penilaian bagi memasuki Asrama dan IPTA.
8.4.3 Berharap ibu bapa akan menggalakkan pelajar untuk menyertai pertandingan
yang dianjurkan.
8.4.4 En. Zulkarnain turut membentangkan pencapaian kokurikulum bagi tahun
2020 dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi komitmen
yang baik bagi memastikan kecemerlangan kokurikulum SMK Lokman
Hakim.
8.4.5 Hari Rabu merupakan hari kokurikulum dan diminta ibu bapa untuk
menyediakan pakaian kokurikulum untuk pelajar.
Makluman: Semua Ahli
9
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 2021/2022
9.0 PENUTUP
9.1 Ahli Parlimen Kota Tinggi telah bersetuju untuk memberi bantuan pakaian kepada
pelajar miskin dalam Felda Lok Heng dan mendapat baucer RM150 untuk
berbelanja di kedai Roslan, Felda Lok Heng.
9.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan
kerjasama.
9.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada apa jua sumbangan yang diberi dan
berharap para ibu bapa dapat memberi sokongan kepada pihak sekolah.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5:38 petang.
Disediakan oleh Disahkan oleh
…………………………….
AZLAN BIN ABDULLAH
Setiausaha PIBG,
SMK Lokman Hakim
Kota Tinggi, Johor.
10