Kelestarian dan teknologi hijau terhadap alam sekitar Disediakan oleh: Nur Nadia Umira Binti Darmadi. Opsyen: Bm3 PISMP 2022
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau 2.1 Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau dalam meningkatkan kemahiran inovasi. 2.2 Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau dalam sektor pertanian 2.3 Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau dalam sektor perhutanan. 3.0 Kepentingan kelestarian terhadap alam sekitar. 3.1 Kesihatan manusia terjamin dan kepupusan haiwan spesis terancam dapat dielakkan 3.2 Dapat mmenjana pendapatan ekonomi dalam sektor pelancongan
4.0 Kepentingan teknologi hijau terhadap alam sekitar 4.1 Mengurangkan pencemaran dan peningkatan gas rumah hijau 4.2 Dapat meningkatkan kecekapan sumber dan tenaga 5.0 Isu-isu semasa global mengenai alam sekitar 6.0 Cadangan inovasi teknologi 6.1 Nama peralatan 6.2 Gambar/ Rajah 6.3 Cara pengoperasian 6.4 Kekuatan dan kelemahan 6.5 Prospek 7.0 Kesimpulan 8.0 Rujukan
1.0 Pengenalan Alam sekitar merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air. Penggunaan teknologi hijau adalah langkah penting dalam mencapai kelestarian alam sekitar dan melindungi bumi untuk generasi masa depan. Kerajaan berusaha untuk menerapkan penggunaan teknologi hijau dalam negara Malaysia demi kepentingan sumber alam semula jadi di negara Malaysia. Dengan memanfaatkannya, kesan negatif terhadap alam sekitar dapat dikurangkan dan dapat membentuk negara yang lebih lestari. Menurut Ismail Said et. al (2023), maksud kelestarian adalah meminimumkan impak negatif kepada alam sekitar dan penggunaan sumber. Selain itu, kelestarian alam sekitar juga merujuk kepada usaha-usaha untuk memelihara dan mengekalkan keadaan yang sedia ada. Misalnya, masyarakat haruslah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh mencemarkan alam sekitar dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil demi mengurangkan gas rumah hijau supaya kelestarian alam sekitar terjaga.
Teknologi hijau pula merujuk kepada satu aplikasi, peralatan atau sistem yang mempunyai ciri-ciri yang mementingkan kelestarian alam sekitar dan bersifat mesra alam (Norizan Hassan et. al, 2017). Manakala, menurut pandangan Bushra Limuna Ismail (2020), teknologi hijau adalah pengaplikasian sains dalam alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi mengurangkan impak negatif aktiviti manusia. Secara keseluruhannya, teknologi hijau atau dikenali sebagai teknologi lestari merujuk kepada inovasi dan penggunaan teknologi yang bertujuan untuk meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Teknologi hijau juga merupakan teknologi yang rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi yang sedia ada. Oleh itu, jelaslah bahawa teknologi hijau adalah langkah yang sangat penting untuk mencapai kelestarian alam sekitar dan menjaga bumi untuk generasi akan datang.
2.0 Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau Penggunaan teknologi hijau sangat berkait rapat dengan kelestarian alam sekitar. Teknologi hijau adalah alat yang penting dalam usaha mencapai dan memelihara kelestarian alam sekitar. Penggunaan teknologi hijau menjadi salah satu penyebab utama dalam memastikan kelestarian alam sekitar pada masa kini dan seterusnya. Sebagai contoh, dengan penggunaan teknologi hijau, dapat membantu manusia untuk menghadapi cabaran seperti perubahan iklim, kehilangan biodiversiti dan dapat mencapai kehidupan yang lebih seimbang dan berdaya tahan dalam memelihara bumi ini.
2.1 Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau dalam meningkatkan kemahiran inovasi Inovasi merupakan perkara penting yang menjadi faktor dalam penghasilan teknologi hijau. Dengan adanya inovasi, dapat mencipta teknologi hijau yang lebih efisien dan berkesan yang dapat meningkatkan kualiti kelestarian alam sekitar. Inovasi merupakan pembangunan atau penghasilan teknologi yang lebih canggih dan berkesan dalam mengurangkan impak negatif manusia terhadap alam sekitar. Teknologi hijau sebagai inovasi yang sangat penting untuk diterapkan khususnya dalam kegiatan industri (Winda Setyo Rini, 2022). Selain itu, inovasi juga mestilah menggunakan bahan yang boleh diperbaharui seperti tenaga air, udara dan suria. Hal ini dapat mengurangkan penggunaan bahan yang tidak boleh diperbaharui secara tidak langsung dapat menjaga kualiti alam persekitaran.
Selain itu, teknologi hijau yang terus berkembang mencetuskan penemuan alat dan peralatan yang lebih cekap dalam penggunaan sumber air. Misalnya, teknologi pengurusan air yang cekap dan pintar dapat mengurangkan pembaziran air dan memastikan penggunaan sumber air secara berterusan. Seterusnya, kemahiran inovasi ini juga terdapat dalam pembangunan mesra alam seperti pembinaan bangunan hijau yang berkecekapan dan tidak menggunakan bahan yang boleh menjejaskan alam sekitar. Teknologi ini membantu mengurangkan jejak karbon dan memastikan bangunan beroperasi dengan lebih efisien. Oleh itu, jelaslah bahawa inovasi dalam penggunaan teknologi hijau adalah penjana utama untuk mencapai kelestarian alam sekitar. Melalui kemahiran inovasi yang diterapkan dalam penghasilan teknologi hijau ini dapat memperbaiki cara kita berinteraksi dengan alam dan memastikan kesinambungan sumber semula jadi bagi kesejahteraan akan datang.
2.2 Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau dalam sektor pertanian Hubung kait antara kelestarian dengan teknologi hijau dalam sektor pertanian adalah sangat penting bagi keberlangsungan dalam sektor ini. Teknologi hijau dalam pertanian mempunyai pelbagai inovasi yang bertujuan untuk meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memaksimumkan penggunaan sumber semula jadi dengan berkesan. Menurut Zulkifli Zaini (2008), inovasi dalam teknologi hijau digunakan dalam sektor pertanian dapat meningkatkan kecekapan aktiviti fotosintesis dari pigmen hijau daun atau klorofil. Misalnya, teknologi hijau dalam pertanian adalah penggunaan sistem pertanian lestari. Ini merangkumi amalan seperti pertanian organik yang mengutamakan kesuburan tanah dan tiada penggunaan bahan kimia yang merosakkan alam sekitar. Di samping itu juga, penerapan teknologi hijau dalam sektor pertanian juga dapat membantu dalam pengurusan sisa pertanian dengan menggalakkan kitar semula dan penggunaan sisa pertanian sebagai baja organik. Hal ini dapat mengurangkan beban pencemaran dan mengurangkan penggunaan baja kimia yang merosakkan alam sekitar. Secara keseluruhannya, teknologi hijau dalam sektor pertanian adalah kunci untuk mencapai kelestarian pertanian. Hal ini dapat membantu untuk melindungi alam sekitar dan meningkatkan sektor pertanian menjadi lebih baik dan menjamin masa hadapan yang sihat.
2.2 Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau dalam sektor perhutanan Hubung kait kelestarian dengan teknologi hijau dalam sektor perhutanan adalah penting untuk memastikan perlindungan dan pengurusan hutan yang lestari dan berkelanjutan. Teknologi hijau dalam perhutanan merujuk kepada penggunaan inovasi yang melindungi, mengurus dan memanfaatkan hutan secara berhemah. Hal ini dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar dan memastikan sumber daya hutan kekal untuk generasi akan datang. Contoh kegunaan teknologi hijau dalam perhutanan adalah seperti penggunaan teknologi untuk memantau alam sekitar. Misalnya, satelit, dron dan sistem pemantauan yang membolehkan pihak berkuasa mengesa aktiviti penebangan haram dan perubahan dalam hutan dengan lebih efisien. Hal ini dapat membantu mencegah pembalakan haram dan dapat memberi tumpuan kepada pemuliharaan hutan. Selain itu, terdapat juga kegiatan penanaman semula yang menggunakan teknologi hijau. Penggunaan spesis pokok yang sesuai, teknik penanaman yang inovatif dan penggunaan baja yang organik membantu memastikan kejayaan pemuliharaan hutan yang berkesan. Oleh itu, jelaslah bahawa teknologi hijau dalam sektor perhutanan memainkan peranan penting dalam usaha untuk mencapai kelestarian hutan yang berpanjangan. Hal ini sangat penting bagi pemuliharaan sumber hutan dan keseimbangan ekosistem yang berkekalan.
3.0 Kepentingan Kelestarian terhadap alam sekitar Alam sekitar yang bersih dan sihat dapat mempengaruhi kualiti udara yang digunakan untuk bernafas, air yang diminum dan makanan yang dimakan. Udara yang bersih dapat mengelakkan manusia daripada menghidap penyakit seperti penyakit sukar untuk bernafas dan sebagainya. Alam sekitar yang bersih dapat membantu melindungi kesihatan manusia daripada penyakit yang disebabkan oleh pencemaran dan bahan kimia yang berbahaya. Di samping itu, persekitaran yang bersih dapat melindungi habitat haiwan sama ada di dalam hutan atau di dalam air. Hal ini dapat memelihara kewujudan haiwan dan dapat mengelakkan mereka menjadi spesis yang terancam. Oleh itu, jelaslah bahawa alam sekitar perlu dijaga bersama supaya manusia dan haiwan dapat hidup dengan baik demi memastikan keseimbangan ekosistem. 3.1 Kesihatan manusia terjamin dan kepupusan haiwan spesis terancam dapat dielakkan
Kelestarian alam sekitar dapat memberi kesan positif terhadap ekonomi dalam sektor pelancongan. Alam sekitar merangkumi sumber air, makanan , kayu dan bahan mentah untuk kegunaan industri. Melalui pemuliharaan hutan, penggunaan air, dan pelbagai sumber lain dapat dikekalkan untuk masa akan datang. Kelestarian alam semula jadi seperti hutan, pantai, tasik dan kawasan-kawasan dapat menarik perhatian pelancong perlu dijaga dan dipelihara. Kawasan yang dijaga dan dipelihara dengan baik dapat menarik lebih ramai pelancong dan dapat memperluas ekonomi melalui perbelanjaan pelancong seperti penginapan, makanan dan perkhidmatan lain. Di samping itu juga, kawasankawasan yang dipelihara dan dijaga seperti Taman Negara dapat menarik perhatian pelancong untuk melihat flora dan fauna yang unik. Perbelanjaan pelancong di kawasan ini juga dapat memberi sumbangan kepada ekonomi tempatan dan mendorong pembangunan infrastruktur pelancongan. 3.2 Dapat menjana pendapatan ekonomi dalam sektor pelancongan
4.0 Kepentingan Teknologi Hijau terhadap alam sekitar 4.1 Mengurangkan Pencemaran dan peningkatan gas rumah hijau Penggunaan teknologi hijau dapat membantu mengurangkan pencemaran dan peningkatan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim global. Contohnya, teknologi kenderaan elektrik yang mengurangkan pelepasan gas berbahaya yang dapat meningkatkan pencemaran udara. Selain itu, penggunaan teknologi hijau yang menggunakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria, angin dan sebagainya dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil yang menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau. Teknologi hijau dalam industri juga membantu mengurangkan pencemaran udara dan air serta penghasilan sisa yang berbahaya. Dengan menggunakan teknologi hijau dapat mengurangkan pencemaran dan dapat menjaga kualiti sumber semula jadi serta meminimumkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.
4.2 Dapat meningkatkan kecekapan sumber dan tenaga Teknologi hijau memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan tenaga. Penggunaan teknologi canggih dalam industri, bangunan dan pertanian dapat membantu mengurangkan pembaziran sumber daya dan tenaga. Misalnya, penggunaan sistem pencahayaan LED lebih menjimatkan tenaga berbanding lampu konvensional. Teknologi yang menggunakan tenaga suria juga merupakan alternatif yang boleh diguna pakai untuk menghasilkan sumber dan tenaga elektrik yang cekap. Dengan meningkatkan kecekapan sumber dan tenaga dapat mengurangkan penggunaan sumber semula jadi yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan sebagainya serta dapat meminimumkan jejak karbon yang mampu memelihara alam sekitar.
5.0 Isu-isu semasa global mengenai alam sekitar Pencemaran alam sekitar terutamanya pembuangan sampah merata-rata merupakan satu isu yang serius yang perlu dibendung. Hal ini kerana dapat menggalakkan pembiakan nyamuk dan juga mungkin mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan dan alam sekitar. Isu ini perlu diberi perhatian kerana ianya mempengaruhi kesejahteraan manusia dan ekosistem tempatan. Penulisan akhbar Berita Harian secara dalam talian yang ditulis pada 4 Januari 2023, menyatakan bahawa kes demam denggi yang dilaporkan sepajang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 39,737 kepada 66,102. Peningkatan kes dan kematian akibat denggi ini perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Pembiakan nyamuk berpunca daripada pengurusan sisa sampah yang tidak efisien. Perbuatan membuang sampah merata-rata yang boleh mendorong kepada takungan air yang menjadi habitat nyamuk yang boleh membawa pelbagai penyakit kepada manusia. Tambahan pula, pembuangan sampah merata-rata juga mempengaruhi kebersihan dan keindahan persekitaran. Tempat-tempat yang penuh dengan sampah dan air bertakung merupakan tempat yang berisiko tinggi kepada manusia untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya.
6.0 Cadangan Inovasi Teknologi 6.1 Nama Peralatan Peralatan ini diberi nama “Nyamuk Slayer X” 6.2 Gambar / Rajah Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Bahan-bahan : ·Botol plastik minuman, Plastik hitam, Air suam, Gula Cara Penyediaan 1.Potong botol plastik kepada dua bahagian dan letakkan keadaan botol seperti Rajah1. 2.Kemudian bungkuskan botol tersebut menggunakan plastik hitam seperti di Rajah 2. 3.Seterusnya larutkan gula dalam air suam, dan masukkan larutan tersebut ke dalam botol yang telah dibungkus dengan plastik hitam tadi. 4.Nyamuk Slayer X boleh diletakkan di tempat yang banyak nyamuk.
6.3 Cara Pengoperasian Botol plastik digunakan untuk mengelakkan pembaziran dan mendorong kepada tindakan kitar semula. Botol plastik mudah didapati dan dapat mengurangkan sisa pembuangan sampah menjadi sesuatu yang berguna. Air suam digunakan untuk melarutkan gula dengan cepat. Gula putih bertindak sebagai bahan yang menarik perhatian nyamuk kerana mempunyai glukosa sama seperti cecair tubuh manusia. Hal ini kerana nyamuk merupakan serangga yang memerlukan sumber makanan seperti nektar daripada bunga atau gula daripada tumbuhan untuk menyediakan tenaga. Ketika nyamuk mencari makanan, mereka menggunakan indera penciuman mereka untuk mengesan bau dan perasaan manis. Jadi dengan adanya gula dapat menjadi umpan kepada nyamuk untuk masuk ke dalam perangkap itu. Alat itu perlu dibalut dengan plastik hitam. Plastik hitam lebih sesuai digunakan kerana ingin menghasilkan perangkap tersebut dalam warna yang gelap. Hal ini kerana, nyamuk cenderung kepada tempat gelap. Nyamuk tidak suka tempat cerah kerana indera mereka sensitif terhadap cahaya terang. Tambahan pula nyamuk adalah sejenis serangga yang aktif pada waktu malam. Cahaya terang boleh menyebabkan mereka kesulitan untuk mengesan bau.
6.4 Kekuatan dan Kelemahan Kelebihan ataupun kekuatan alat ini adalah alat ini murah dan mudah untuk dihasilkan. Tidak perlu menggunakan kos yang banyak. Selain itu, alat ini tidak menjejaskan manusia dan haiwan-haiwan lain. Di samping itu, alat ini sangat mudah digunakan dan diletakkan di mana-mana sahaja serta alat ini juga tidak mengeluarkan asap yang boleh mencemarkan udara seperti perangkap nyamuk lain. Kelemahan alat ini ialah alat ini tidak boleh diguna lebih dari sekali. Sebagai contoh, alat ini perlu ditukar air gula jika nyamuk sudah banyak yang terperangkap. Selain itu, kelemahan alat ini juga ialah alat ini kurang efektif kerana nyamuk yang telah masuk ke dalam alat ini masih boleh keluar melalui lubang yang berada di atas. 6.5 Prospek Alat ini boleh ditambah baik menjadi lebih efisien dan cekap untuk kegunaan harian. Sebagai contoh mengecilkan lubang di atas atau meletakkan jaring pada lubang botol (rujuk Rajah 3) di atas supaya nyamuk sukar untuk keluar jika telah terperangkap dalam alat tersebut.
7.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, kelestarian alam hendaklah dipelihara dan dijaga oleh semua pihak supaya tidak berlaku masalah kesihatan kepada manusia. Selain itu juga, masyarakat haruslah diberi kesedaran tentang isu pembuangan sampah merata-rata. Pihak kerajaan perlu menguatkuasa undang-undang dan menjalankan kempen-kempen sayangi alam sekitar supaya pembiakan nyamuk dapat dicegah dan alam sekitar terpelihara.
8.0 Rujukan Berita Harian (2023, Januari 4). Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1 047690/kes-denggi-meningkat-150-peratus-kematian180-peratus-pada-2022 Bushra Limuna Ismail. (2020). Teknologi Hijau dalam Arus Pembangunan Negara dan Amalan Masyarakat. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, (3),161-168. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/ 9812/5421 Ismail Said, Jauriah Md Azali, Siti Noor Aneeis Hashim, Nor Anita Mat Isa, Farrah Syuhaida Ismail, Hariatul Hafidzah Mahmad Khory, Nazimah Ngah & Nurhafiza Anuar. (2023). Isu Semasa dan Cabaran Masa Depan. Local Publications (M) Sdn. Bhd. Norizan Hassan, Hussin Salamon & Hasimah Abdul Rahman. (2017). Peranan Aplikasi Teknologi Hijau dalam Konteks Melestarikan Alam Sekitar menurut Perspektif Islam. E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, (4)1, 1-12. http://jurnal.dbp.my/index.php/Kanun/article/view/796 5 Winda Setyo Rini. (2022, Julai 9). Teknologi Ramah Lingkungan: Teknologi hijau. https://wargamasyarakat.org/teknologi-ramahlingkungan-teknologi-hijau/ Zulkifli Zaini. (2008). Memacu Peningkatan Produktivitas Padi Sawah melalui Inovasi Teknologi budidaya Spesifik Lokasi dalam era Revolusi Hijau Lestari. Badan Penelitian dan Pengembangan Pertanian.
SEKIAN TERIMA KASIH ' - '