JANUARI 2022
(Adaptasi dari MANUAL STANDARD AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) PUSAT PEMBANGUNAN
KEMAHIRAN SARAWAK (PPKS) Terbitan Januari 2018)
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
KANDUNGAN
Sekapur Sirih................................................................................................................................... 3
1. TUJUAN ........................................................................................................................................... 4
2. LATAR BELAKANG ........................................................................................................................... 4
3. MAKSUD AMALAN 5S ..................................................................................................................... 4
4. PRINSIP AMALAN 5S ....................................................................................................................... 5
4.1 Sisih ......................................................................................................................................... 5
4.2 Susun ....................................................................................................................................... 5
4.3 Sapu......................................................................................................................................... 5
4.4 Seragam................................................................................................................................... 5
4.5 Sentiasa Amal.......................................................................................................................... 5
5. PERLAKSANAAN AMALAN 5S ......................................................................................................... 6
5.1 Polisi 5S ................................................................................................................................... 6
5.2 Objektif 5S............................................................................................................................... 6
5.3 Logo dan Slogan Amalan 5S.................................................................................................... 6
LANGKAH - LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S.................................................................... 7
LANGKAH 1: PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PELAKSANA 5S ................. 7
OBJEKTIF.......................................................................................................................................... 7
STRUKTUR PELAKSANAAN 5S.......................................................................................................... 7
Skop dan Fungsi Jawatankuasa ...................................................................................................... 7
LANGKAH 2: MEWUJUDKAN ZON 5S ............................................................................. 11
LANGKAH 3: LATIHAN 5S
........................................................................................................ 13
LANGKAH 4: PELANCARAN 5S
................................................................................................ 13
LANGKAH 5: PELAKSANAAN AMALAN 5S
.............................................................................. 13
5.1 SISIH ........................................................................................................................................ 13
5.2 SUSUN ..................................................................................................................................... 14
5.3 SAPU........................................................................................................................................ 15
5.4 SERAGAM ................................................................................................................................ 15
5.5 SENTIASA AMAL...................................................................................................................... 16
1
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
FAEDAH PERLAKSANAAN AMALAN 5S........................................................................... 17
KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S........................................................................................... 18
KESIMPULAN .................................................................................................................................. 19
2
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
Sekapur Sirih
Amalan 5S merupakan alat pengurusan persekitaran berkualiti yang dipelopori oleh negara
Jepun dengan penumpuan kepada lima (5) langkah tindakan pelaksanaan yang bermula dengan huruf
awalan ‘S’ yang bermatlamatkan pengurusan amalan kebersihan yang bersistematik. Seiri, Seiton,
Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang diringkaskan menjadi 5S. Dalam Bahasa
Melayu memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga
kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat
berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi. Amalan ini merupakan teknik yang paling berkesan bagi
mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa
Jepun. Bagi menjayakannya, penyertaan dan komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua warga
kerja dalam organisasi dengan menjadikannya sebagai budaya organisasi.
Amalan 5S adalah asas peningkatan kualiti dan produktiviti yang berkesan kerana:
• Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif;
• Hasil kebersihan, kekemasan dan keselamatan yang nyata;
• Lebih banyak idea kreatif dan inovatif diketengahkan oleh pekerja untuk
penyelesaian masalah dan penambahbaikan;
• Semua pekerja akan lebih berdisiplin dan beretika untuk menghasilkan prestasi kerja yang
lebih baik;
• Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat
• Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang; dan
• Menjadi kebanggaan semua pekerja dan meningkatkan imej organisasi.
Saya percaya buku ini dapat menjadi panduan dalam pelaksanaan Amalan 5S bagi seluruh warga kerja
i-CATS UC. Diharap amalan ini dapat dilaksana dan diamalkan secara berterusan dan segala kelemahan
yang sedia ada dapat diperbaiki.
Sekian, terima kasih.
“ ”Persekitaran Berkualiti Tanggungjawab Bersama
Prof. Dr. Shahren Ahmad Zaidi Adruce
Vice Chancellor, i-CATS UC
3
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
1. TUJUAN
Tujuan Manual Standard Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) ini disediakan bagi memberi
panduan kepada warga Kolej Universiti i-CATS (i-CATS UC) dalam melaksanakan Standard Sistem
Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) bagi menghasilkan persekitaran kerja yang bersih, kemas dan
kondusif. Garis panduan ini adalah sebagai piawaian tindakan kebersihan, kekemasan dan
keselamatan secara praktikal sahaja.
2. LATAR BELAKANG
Amalan 5S telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat
kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang
berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan dengan itu mengurangkan pembaziran dari segi
masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.
3. MAKSUD AMALAN 5S
5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris yang membawa maksud seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:
Bahasa Bahasa Bahasa Maksud Contoh
Jepun Melayu Inggeris
Seiri Sisih Sort Menyisih dan membuang barang yang Menyisih fail lama yang
tidak diperlukan di tempat kerja dan tidak aktif dan
Seiton Susun Set in membuangkannya secara sistematik menggantikannya dengan
Order fail baru yang masih aktif
Seiso Sapu Menyusun barang-barang yang
Shine diperlukan secara kemas dan Menyusun dokumen/
Seiketsu Seragam sistematik supaya mudah diambil dan bahan/ alatan pejabat
Standard dikembalikan di tempat asal selepas supaya mudah
digunakan diambil/ diguna
Membersihkan dan memeriksa Menyapu/ membersih
tempat kerja secara terperinci supaya ruang pejabat dan
tiada debu atau kotoran di atas lantai, ruang kerja/ bilik serta
peralatan dan persekitaran tempat peralatan kerja
kerja individu
Mewujudkan piawaian amalan terbaik Menyeragamkan
di tempat kerja dan memastikan susunan fail/ meja
piawaian tersebut dipatuhi di samping kerja/ bilik mesyuarat/
memastikan tempat kerja itu bersih peralatan pejabat.
dan teratur sepanjang masa
Shitsuke Sentiasa Sustain Melatih pekerja untuk mengamalkan Mengamalkan selalu
Amal sistem Amalan 5S secara berterusan aktiviti sisih, susun, sapu
supaya menjadi tabiat dan budaya dan seragam
kerja organisasi
4
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
4. PRINSIP AMALAN 5S
4.1 Sisih
Memberi tumpuan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak
diperlukan di tempat kerja. Aktiviti sisih melibatkan :
a) Item yang tiada nilai dan senang dibuang perlu dibuang segera.
b) Item yang ada nilai tapi tidak digunakan dan tiada kegunaan masa akan datang
maka dihapuskan / dijual mengikut prosedur.
c) Item tiada nilai tapi kos pelupusan tinggi untuk dilupuskan perlu menentukan
kaedah / kos yang paling rendah.
4.2 Susun
Merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.
Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas, berkesan dan
selamat. Aktiviti ini melibatkan :
a) Penyusunan item dalam aturan First-In-First-Out
b) Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada item mengikut kesesuaian.
c) Menyimpan item mengikut kategori .
d) Item diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
e) Semasa bekerja fail aktif dan bahan rujukan semasa sahaja berada di atas meja,
selepas digunakan fail dan item perlu disimpan semula ke tempat asal.
4.3 Sapu
Tindakan diambil bagi memastikan ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan
bersih dan tidak menjejaskan kualiti peralatan dan kualiti kerja. Aktiviti ini melibatkan:
a) Menetapkan pemilik bagi ruang/perkakas dan mesin.
b) Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
c) Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan
penyelenggaraan.
4.4 Seragam
Mematuhi piawaian persekitaran berkualiti di tempat kerja bagi memastikannya bersih dan
teratur sepanjang masa. Tindakan yang diambil untuk mewujudkan keseragaman
prosedur, susun atur atau format.
4.5 Sentiasa Amal
Tindakan yang diambil untuk mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam
serta melakukan penambahbaikan untuk mempertingkatkan amalan 5S. Aktiviti ini
melibatkan :
a) Audit dalaman dilakukan secara berkala.
b) Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
5
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
c) Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang
ditunjukkan oleh warga PPKS.
d) Mengadakan program latihan kesedaran amalan 5S secara berterusan.
5. PERLAKSANAAN AMALAN 5S
5.1 Polisi 5S
“We are committed to uphold and maintain the 5S principles at our workplace
through teamwork and self-discipline towards achieving high productivity and quality
services”
Kami komited untuk memegang dan mengekalkan prinsip 5S di tempat kerja dengan
mengamalkan kerja berpasukan dan disiplin diri, dalam mencapai produktiviti yang
tinggi dan perkhidmatan yang berkualiti.
5.2 Objektif 5S
a) Membudayakan amalan 5S dalam kehidupan seharian dengan memastikan
setiap zon mempunyai sekurang-kurangnya satu agenda KAIZEN setiap tahun.
b) Mencapai kepuasan pelanggan dari segi kebersihan sekurang-kurangnya 85%.
5.3 Logo dan Slogan Amalan 5S
Maksud bentuk:
Simbol tangan simbolik kepada ikrar untuk
melaksanakan amalan 5S di PPKS.
5 jari dan juga huruf S pada tapak tangan
mewakili 5 langkah amalan 5S yang perlu diikuti
dan diamalkan.
Susunan teks Sisih, Susun, Sapu, Seragam Dan
Sentiasa Amal melambangkan Amalan
Persekitaran Berkualiti yang diamalkan oleh
semua warga PPKS.
Maksud warna
Warna oren kemerahan membawa maksud
kekuatan, keberanian dan semangat kerjasama
semua warga PPKS.
Warna putih digunakan bagi melambangkan
ketulusan. Warga kerja yang mahir, cekap dan
produktif dalam melaksanakan tugasan harian.
Slogan 5S:
“Persekitaran Berkualiti Tanggungjawab Bersama”
6
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
LANGKAH - LANGKAH PELAKSANAAN AMALAN 5S
LANGKAH 1: PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PELAKSANA 5S
OBJEKTIF
1. Untuk membina prasarana program penambahbaikan berterusan
2. Untuk meningkatkan penyertaan semua peringkat warga dan mewujudkan budaya
penambahbaikan berterusan serta semangat kerja berkumpulan ke arah mencapai prestasi
cemerlang
STRUKTUR PELAKSANAAN 5S
Tanggungjawab pelaksanaan 5S hendaklah menyeluruh dan setiap ahli hendaklah menjalankan
peranan masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana 5S bertanggungjawab untuk
memastikan pelaksanaan Amalan 5S tersebut dijalankan dengan sebaik-baiknya. Peranan ahli
perlu dijelaskan untuk kelancaran pelaksanaan tanggungjawab tersebut.
Penasihat
Pengerusi
Penyelaras
Setiausaha
JK Latihan JK Promosi JK Audit JK Kaizen Ketua-ketua
Dalaman Zon
Skop dan Fungsi Jawatankuasa
1) Jawatankuasa Pelaksana 5S
Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S bertanggungjawab terhadap perancangan pelaksanaan
serta pemilihan ahli-ahli jawatankuasa daripada wakil zon berdasarkan kebolehan masing-
masing.
7
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
Peranan Jawatankuasa Pelaksana 5S:
(a) Menentukan arah keseluruhan pelaksanaan Amalan 5S.
(b) Membentuk pelan pelaksanaan program Amalan 5S.
(c) Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan bagi pelaksanaan
Amalan 5S.
(d) Menetapkan polisi, peraturan serta garis panduan Amalan 5S.
(e) Menetapkan sistem penghargaan dan anugerah.
(f) Mengawal kemajuan program dengan pembentukan standard yang sesuai
berkaitan kebersihan dan lain-lain yang berkaitan.
(g) Melatih dan membimbing pekerja ke arah pembentukan amalan-amalan
kebersihan melalui contoh amalan terbaik (dengan bantuan Jawatankuasa
Latihan).
(h) Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan Amalan 5S (dengan bantuan
Jawatankuasa Audit).
(i) Memberi galakan untuk penyertaan dalam aktiviti-aktiviti Amalan 5S (dengan
bantuan Jawatankuasa Promosi).
Peranan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana 5S:
(a) Memantau pelaksanaan dan memastikan keseragaman serta kelancaran program
Amalan 5S.
(b) Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan Amalan 5S dengan bantuan
Penyelaras.
(c) Memastikan penyertaan semua pihak dalam organisasi ke arah Pensijilan Semula
Amalan 5S.
(d) Menyokong aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Amalan 5S.
(e) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S.
Peranan Penyelaras 5S:
a) Membentuk Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S.
b) Menjadualkan mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S.
c) Menjalankan tugas urusetia/ secretariat kepada Jawatankuasa Pelaksana dalam
program Amalan 5S.
d) Menyelaras program- program Amalan 5S.
e) Mengenalpasti zon-zon pelaksanaan Amalan 5S.
f) Menyimpan rekod utama dan minit/ memo berkaitan dengan pelaksanaan
Amalan 5S.
g) Mengawasi perjalanan program Amalan 5S dan mendapatkan maklumbalas
pelaksanaan dari peringkat Jawatankuasa dan Zon Amalan 5S.
h) Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan 5S dalam organisasi.
i) Menetapkan keseragaman/ standard untuk dokumentasi dan fail zon 5S.
j) Merangka tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S.
k) Merancang dan menambahbaik Pelan Tindakan Pelaksanaan Amalan 5S (Gantt
Chart).
8
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
Peranan Jawatankuasa Latihan 5S:
a) Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan Amalan 5S.
b) Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi memupuk
kefahaman konsep dan amalan 5S kepada semua warga kerja dalam organisasi.
c) Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberi peluang untuk menghadiri
latihan/ceramah/ taklimat berhubung Amalan 5S.
d) Memberi pendedahan dan penerangan Amalan 5S secara berperingkat kepada
warga organisasi.
e) Menyelaras program lawatan pembelajaran/ penanda aras ke organisasi contoh
Amalan 5S.
f) Menyediakan laporan untuk setiap program/ latihan yang diadakan dan
melaporkan status pelaksanaan program tersebut kepada Jawatankuasa
Pelaksana Amalan 5S.
Peranan Jawatankuasa Promosi 5S:
a) Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi Amalan 5S.
b) Mengenalpasti aktiviti/ kempen promosi bagi memupuk kesedaran dikalangan
warga organisasi.
c) Merancang dan memperuntukkan bajet bagi memastikan aktiviti promosi dapat
dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
d) Mengemaskini maklumat 5S melalui risalah, laman web dan sudut 5S.
e) Bertanggungjawab untuk mereka bentuk/ design format fail 5S (untuk fail
Jawatankuasa dan zon) dengan input daripada Penyelaras.
f) Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran 5S dikalangan warga
kerja kepada Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S.
Peranan Jawatankuasa Audit Dalaman 5S:
a) Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti audit dalaman Amalan 5S dan
menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman 5S.
b) Menyediakan kriteria audit dalaman yang bersesuaian.
c) Melantik Juruaudit Dalaman 5S dan memastikan Juruaudit Dalaman diberi latihan
bagi memastikan urusan audit dalaman Amalan 5S dapat dijalankan dengan cekap
dan berkesan.
d) Mengadakan mesyuarat bersama semua ketua zon 5S untuk sesi pembentangan
penemuan dan teguran audit.
e) Mengedar markah audit dalaman dan hasil penemuan audit ke semua zon 5S dan
memastikan markah dan hasil audit tersebut dipamerkan.
f) Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalaman 5S dan
membentangkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S.
g) Menyelaras program audit oleh MPC (pra-audit dan audit pensijilan 5S).
9
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
Peranan Jawatankuasa Impak/Kaizen 5S:
a) Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti impak bagi memupuk amalan inovasi
dan kreativiti.
b) Mempromosikan aktiviti inovasi dan kreativiti.
c) Mengumpul maklumat dan data mengenai aktiviti keberkesanan pelaksanaan 5S
yang sedang/ telah dijalankan di organisasi.
d) Menyediakan laporan dan analisis keberkesanan pelaksanaan 5S.
Peranan Fasilitator 5S:
a) Sebagai pemudah cara iaitu dengan mengadakan perbincangan, tunjuk ajar serta
galakan kepada ahli kumpulan/ zon 5S.
b) Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak
pengurusan dan kumpulan/ zon 5S.
c) Memberi nasihat, idea dan cadangan kepada ketua dan ahli kumpulan/ zon 5S
berhubung pelaksanaan 5S di zon.
d) Menyelaras dan memantau aktiviti kumpulan/ zon 5S.
e) Memastikan semua ahli kumpulan/ zon 5S mematuhi peraturan dan panduan
yang disediakan oleh Jawatankuasa Pelaksana.
Peranan Ketua Zon 5S
a) Bertanggungjawab dalam memastikan Sudut 5S diwujudkan dan dikemaskini
mengikut keseragaman yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksana.
b) Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan/ zon 5S dan
memastikan minit mesyuarat direkod dan difail.
c) Merancang, melaksana & memantau aktiviti kumpulan/ zon 5S dan memberi
laporan pencapaian aktiviti kepada fasilitator/ Jawatankuasa Pelaksana.
d) Mewujudkan etika kerja yang perlu dipatuhi oleh ahli-ahli kumpulan/ zon dan
merangka Jadual Giliran Bertugas mengikut keperluan.
e) Membantu memberikan panduan, latihan dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli
kumpulan/ zon 5S dalam melaksanakan Amalan 5S.
Peranan Ahli Zon 5S
a) Memberikan komitmen secara berterusan dengan mematuhi Jadual Giliran
Bertugas dan etika kerja zon yang telah dipersetujui bersama.
b) Menghadiri setiap perbincangan/ mesyuarat zon dan menyumbangkan idea bagi
menjayakan pelaksanaan Amalan 5S.
c) Menyertai aktiviti 5S secara aktif dan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam
melaksanakan aktiviti kumpulan/ zon.
d) Bertanggungjawab ke atas persekitaran zon yang telah ditetapkan dan membuat
penambahbaikan dari masa ke semasa.
10
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
LANGKAH 2: MEWUJUDKAN ZON 5S
Tujuan:
Mewujudkan kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada zon untuk memudahkan pelaksanaan
Amalan 5S.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana dengan kerjasama Penyelaras 5S akan menentukan zon-zon yang
sesuai. Pembahagian zon hendaklah diwujudkan menggunakan pelan lokasi untuk memudahkan
rujukan kumpulan 5S:
(a) Susun atur keseluruhan kawasan kerja dan pembahagian kepada zon-zon kecil
(b) Mempamerkan struktur kumpulan dan kawasan/ zon masing-masing
Setiap zon dikenalpasti seperti berikut:
1. Nama Zon
2. Kawasan
3. Fasilitator
4. Ketua
Zon Kawasan Perlaksanaan 5S:
Bil. Nama ZON Kawasan Peta Kawasan
1 INSPIRASI
Blok A, Aras Bawah
(Ground Floor)
Anggaran Keluasan:
2000m2
2 SIMPLICITY Blok A, Aras 2
Anggaran Keluasan:
1100m2
11
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
3 INTEGRITI Blok A, Aras 3
Anggaran Keluasan:
1100m2
4 INNOVASI Blok A, Aras 3A
Anggaran Keluasan:
1100m2
5 HARMONI Blok H
Anggaran Keluasan:
2100m2
6 KREATIVITI Block B & C
Anggaran Keluasan =
2000m2
12
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
LANGKAH 3: LATIHAN 5S
Tujuan:
Menyebarkan metodologi Amalan 5S dan melatih warga organisasi dengan pengetahuan asas
pelaksanaan 5S.
Latihan yang perlu diikuti bagi meningkatkan kefahaman:
a) Program Kesedaran 5S
b) Amalan Konsep Pelaksanaan 5S
c) Audit Dalaman 5S
LANGKAH 4: PELANCARAN 5S
Tujuan:
Merasmi dan menyampaikan hasrat pengurusan bagi melaksanakan Amalan 5S dalam organisasi.
Pihak pengurusan telah terlibat secara langsung serta memberi komitmen dan sokongan padu kepada
pelaksanaan Amalan 5S, melalui penetapan sasaran-sasaran yang ingin dicapai, dasar dan objektif
Amalan 5S juga menentukan matlamat setiap langkah pelaksanaan. Antara perkara yang perlu
diberikan semasa pelancaran adalah seperti berikut:
a) Dasar 5S
b) Objektif 5S
c) Buku Panduan Pelaksanaan Amalan 5S
d) Zon-zon 5S
e) Pelan tindakan pelaksanaan Amalan 5S
LANGKAH 5: PELAKSANAAN AMALAN 5S
5.1 SISIH
HURAIAN:
Tumpuan diberikan dalam mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
PANDUAN:
a) Mengenalpasti barang-barang yang tidak diperlukan dengan menggunakan pelekat yang
disediakan.
b) Menentukan tempat penyimpanan barang yang perlu dan barang yang hendak dibuang.
c) Bagi barang yang hendak dilupuskan, hendaklah dirujuk kepada Bahagian Fasiliti.
13
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
UKURAN KEJAYAAN
Kejayaan pelaksanaan sisih boleh diukur melalui:
a) Masa untuk mencari lebih cepat/pantas
b) Persekitaran kerja lebih selesa
c) Penggunaan ruang secara cekap
PELUPUSAN ASET
Objektif
Pelupusan aset bertujuan untuk :
a) Memastikan organisasi tidak menyimpan aset yang tidak boleh digunakan atau tidak
diperlukan.
b) Menjimatkan ruang simpanan/ pejabat.
c) Memastikan pelupusan boleh menjana hasil kepada organisasi.
d) Memastikan kaedah pelupusan yang dipilih bersifat mesra alam dan lestari.
Warga PPKS yang ingin membuat pelupusan aset hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada prosedur
Management of Moveable Assets (QP/AHR/01) yang boleh didapati di laman eportal di bahagian
Procedure For Corporate Services - Administration And Human Resources.
5.2 SUSUN
HURAIAN:
Merujuk kepada slogan “Setiap barang mempunyai tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”.
Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang cekap, berkesan dan selamat. Ini akan
mewujudkan kerja yang kemas dan produktif.
PANDUAN:
a) Melabelkan dan mengindeks nama dan nombor pada peralatan dan perkakasan.
b) Menyimpan barang-barang mengikut keperluan kategori.
c) Memastikan barang-barang disusun mengikut keperluan:
• barang yang sering digunakan mestilah diletakkan berhampiran dengan pengguna
• barang yang jarang digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang jauh
UKURAN KEJAYAAN
Diukur melalui ujian pencarian barang dalam tempoh yang minima. Pencarian fail dibuat mengikut
turutan indeks dan label yang telah disediakan.
14
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
5.3 SAPU
HURAIAN:
Memberikan penekanan kepada penjagaan kebersihan bagi memastikan tempat kerja yang
selesa dan selamat untuk peningkatan kualiti kerja dan perkhidmatan. Pembersihan setiap hari
diperlukan untuk memastikan ruang kerja sentiasa kemas dan bersih.
PANDUAN:
Langkah-langkah yang berikut perlu dijadikan panduan untuk melaksanakan SAPU secara berkesan:
a) Mengagihkan tugasan pembersihan kepada beberapa zon.
b) Menentukan sistem pembersihan yang akan diamalkan.
c) Melaksanakan kerja pembersihan mengikut jadual yang ditetapkan.
UKURAN KEJAYAAN
Kejayaan pelaksanaan SAPU boleh diukur melalui:
a) Produk dan hasil kerja yang berkualiti
b) Persekitaran kerja yang selesa dan selamat
c) Keadaan persekitaran lebih baik
d) Kos penyelenggaraan lebih rendah
e) Keyakinan pelanggan terhadap kebersihan pejabat
5.4 SERAGAM
HURAIAN:
Amalan SERAGAM adalah amalan yang dilaksanakan secara berterusan kerana ia dilaksanakan melalui
pewujudan prosedur dan standard yang sesuai dengan keadaan pejabat. Selain itu, aktiviti penanda
aras amalan terbaik perlu dilaksanakan ke arah penambahbaikan berterusan.
PANDUAN:
Berikut ialah panduan untuk melaksanakan keseragaman secara cekap:
a) Mewujudkan senarai semak tugasan menggunakan teknik 5W1H; (Who, What, Where, Why,
When, dan How).
b) Mewujudkan senarai semak peraturan inventori.
c) Mengadakan prosedur kerja pembersihan.
d) Mengadakan Jadual Penyelenggaraan.
15
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
UKURAN KEJAYAAN
Kejayaan pelaksanaan penyeragaman diukur melalui:
a) Mempunyai standard tempat kerja yang lebih baik
b) Mempunyai sistem kawalan visual yang lebih baik;
c) Mempunyai peraturan dan piawaian prosedur kerja (SOP)
d) Penambahbaikan dari segi operasi dan aliran kerja.
5.5 SENTIASA AMAL
HURAIAN:
Sentiasa amal ialah usaha membudayakan amalan 4s (seiri, seiton, seiso, seiketsu) di tempat kerja ke
arah penambahbaikan berterusan. Sentiasa amal memerlukan komitmen dan penyertaan seluruh
warga kerja serta disiplin diri bagi memastikan amalan 5s dapat dilaksanakan secara berkesan dan
cekap.
PANDUAN:
Berikut ialah panduan untuk mengekalkan Amalan 5S:
a) Meneruskan program kesedaran tentang kepentingan Amalan 5S dengan mengadakan latihan
yang berterusan.
b) Memastikan audit dalaman Amalan 5S dilaksanakan mengikut jadual.
c) Memastikan aktiviti promosi berterusan.
d) Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan untuk usaha yang ditunjukkan oleh warga
PPKS.
e) Mewujudkan sistem pemantauan yang efektif dan sistematik.
UKURAN KEJAYAAN
Kejayaan boleh diukur melalui:
a) Prestasi keputusan audit dalaman 5S yang cemerlang
b) Warga PPKS mematuhi peraturan di tempat kerja
c) Wujud disiplin dan semangat kerja berpasukan
d) Warga mempunyai daya usaha untuk menambahbaik aktiviti di tempat kerja
e) Peningkatan kecekapan dan keberkesanan proses kerja dan
f) Penyertaan dalam konvensyen, pertandingan dan anugerah.
16
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
FAEDAH PERLAKSANAAN AMALAN 5S
Pelaksanaan Amalan 5S akan menghasilkan pelbagai faedah dan kesan positif
kepada pengurusan organisasi termasuk dalam aspek pengurangan kos, kawalan
stok/ inventori, urusan penyelenggaraan serta sistem dan proses kerja. Faedah-
faedah Amalan 5S adalah seperti berikut:
17
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
KUNCI KEJAYAAN AMALAN 5S
Kejayaan Amalan 5S bagi sesebuah Jabatan/ Agensi bergantung kepada
perkara berikut:
Sokongan dan
Komitmen
Pengurusan
Atasan
Pelan Wujudnya
Pelaksanaan Struktur
Amalan 5S Pengurusan
Amalan 5S
Perkongsian Kunci Kejayaan Wujudnya
Amalan Terbaik Amalan 5S Komunikasi Yang
5S Berkesan
Projek Perintis Latihan Amalan
Amalan 5S 5S Kepada
Warga Jabatan Sumber: MAMPU
Agensi
18
Manual Standard Amalan Persekitaran Berkualiti 5S (QE/5S)
i-CATS University College
______________________________________________________________________
KESIMPULAN
Konsep 5S amat mudah difahami oleh setiap orang kerana perkara ini hanya memerlukan
pengetahuan konvensional dan disiplin serta komitmen yang tinggi. Amalan ini boleh dilaksanakan di
semua organisasi.
Amalan 5S dapat memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin diri dan dapat meningkatkan rasa
tanggungjawab serta sayang pada organisasi. Selain itu, Amalan 5S dapat mewujudkan persekitaran
kerja yang produktif, bersih dan selamat .
Komitmen yang tinggi dari semua pihak dalam organisasi menjadi tunjang kejayaan pelaksanaan 5S.
Selain itu, Amalan 5S perlu dilaksanakan secara berterusan untuk mengekalkan perkhidmatan yang
cemerlang dalam sesebuah organisasi.
19