The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norimalamiza80, 2022-09-17 18:43:18

ABDUL RAHMAN LIMBONG

TOKOH PAHLAWAN MELAYU

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

TOKOH PAHLAWAN MELAYU

OLEH:
NUR INSYIRAH ADRIANA BINTI MOHD HASRUL IKRAM

4 INOVATIF

OLEH:
NUR INSYIRAH ADRIANA

BINTI MOHD HASRUL
IKRAM

4 INOVATIF



LATAR BELAKANG

NAMA:
HAJI ABDUL RAHMAN
BIN HAJI ABDUL HAMID
BIN HAJI ABDUL QADIR

Anak jati Terengganu
Dilahirkan di Kampung Jenguk Tong, Beladau
Kolam pada 1868 Masihi @ 1285 Hijrah.
Datuk nenek beliau berasal dari Patani dan
Terengganu.
Meninggal dunia di Mekah pada 1929 Masihi @
1347 Hijrah.

PENDIDIKAN AWAL

Haji Abdur Rahman Limbong mendapat pendidikan asas Islam sejak kecil
di Mekah. Yang paling utama mencorak peribadinya ketika kanak-kanak

ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya.
Haji Tun Muhammad adalah orang yang bertanggungjawab memberi
pendidikan awal tentang selok belok agama kepada Haji Abdul Rahman

Limbong dan juga sangat rapat dengan anak saudaranya itu.
Sekembalinya dari Mekah, Haji Abdul Rahman Limbong yang begitu
cintakan ilmu telah berguru pula dengan Haji Yaacob Paya Bunga, dan
hasil didikan yang diberikan oleh guru ini telah membuatkan beliau

mampu menghabiskan pengajiannya dalam masa dua bulan sahaja
Setelah itu, Haji Abdul Rahman Limbong menyambung lagi

pengajiannya dengan Haji Wan Musa, yang juga berada di Paya Bunga,
Kuala Terengganu.

Setelah selesai pengajiannya dengan Haji Wan Musa, Haji Abdul
Rahman Limbong begitu ingin sekali menuntut ilmu daripada ulama’

terkemuka di Terengganu pada waktu itu, iaitu Tokku Paloh.

PbeErNsDaImDaIKTAokNkuAWPAaLlohTOKKU PALOHApHaaTpwmaKeojayeeriklamriAkbnbjubbagaee-dPdldikruiaaieslldulairosRahkhjmeknauabasehkpeyanmameangnurhadnasalnigoiaorllpakneLidbeamahdiienlnmliaairHkgtkbnpkagiau,ehoatbjkmnndiaindeaggakteAmlnaaniimsnabajnaoyupibdtalnpaeeueangselhlrbsamerdesRtbbanaiebhagaeadtnakahglhigidsagimaaaaimankipuanyieePeksnaturTnhmuaneljLagralobgraoadakimimhamrakluo.yaaauumb,la’ieshmno.tnPuhin.eegkatgTrnklalakoayoprhhekneabmkddmiiHauaiauaelahkaPkmpjahyaiaeoanAldrtdoniioebhanngTn,diggrmgduekaikalradbnaetRliaeynkahrugohil,gkpamaaehannmnubo.LleenihmtTubkooanknkgu

PENDIDIKAN AWALKTiniesiarjShdueagHmHwpaaaaeaLmjtjnkiiimtegsAAueunbbkbacmoTedobtdnreutuougeiurllkkierstdRtRikekkosiusamaallaa.auehnahhiHhhslmmimerdkahHaPadaiialinnanaslmaiaynajnLaLnilaigtngiAdiomsTimmadibedkhbobaehaadakoknoinnuiknnntgalpuggklgeukeRgaPky-nakanaoaaaeysrhnbndlrahmioageeaphabkangntsdenyigamaitalaainudLruiannngairuidgpgmalki,aiaidtslanbsmadaerdToiamycnanikosaa.mepgakanranlkayhgaanguhaainedtnsoPgataiilgbaatlenaianhakhgloouue-alahTtetinkniihayobneamkapagiTkksaneg-tuHokgraiikaameanPlknhakjaeauiaikiwrnllAoPmayamhibahanua.udslninnoriugmyahiyldaesayR.enanadgnghaegdmnkigoamrniiliki

KARAMAH

Karamah atau keistimewaan yang dimiliki oleh Haji Abdul Rahman
Limbong hasil ketinggian ilmunya. Peristiwa karamah dan perkara
luar biasa ini sebenarnya acapkali berlaku pada Haji Abdul Rahman
Limbong antaranya satu kisah lain yang berlaku di antara beliau

dengan seorang pengemis.

Terdapat seorang pengemis yang datang meminta sedekah kepada
beliau dan Haji Abdul Rahman Limbong telah mengarahkan pengemis

itu untuk mengambil hanya segantang beras di sebuah tempat
simpanan padi. Namun, akibat tamak, pengemis itu mula mengambil

beras dalam jumlah yang banyak kerana menyangka Haji Abdul
Rahman Limbong tidak akan mengetahuinya. Secara tiba-tiba,
pengemis itu tidak dapat mencari jalan keluar dan terperangkap
sehinggalah Haji Abdul Rahman Limbong muncul dan pengemis itu

meminta maaf atas sikap tamaknya itu.

GELARAN

Gelaran Limbong yang digunakan oleh Haji Abdul
Rahman Limbong ini sebenarnya kerana beliau

bertugas sebagai seorang guru agama di Kampung
Limbong, Chukai, Kemaman, Terengganu selepas
tamat pengajiannya.
Selain itu, ada juga pendapat yang menyatakan
bahawa gelaran Limbong ini diperoleh kerana
beliau sering mengunjungi kawasan Kampung
Limbong di Kemaman tersebut.

KERJAYA
SEBAGAI:

PENDAKWAH
AHLI PERNIAGAAN

PETANI
PEJUANG

KERJAYA




Haji Abdul Rahman Limbong bertugas sebagai
seorang guru agama dan merupakan tokoh ilmuan

yang terkemuka di Terengganu. Beliau sering
menjadi rujukan masyarakat dalam menyelesaikan
banyak permasalahan yang berkaitan dengan hal

ehwal agama dan undang-undang.
Setelah menguasai ilmu agama, Haji Abdul Rahman

Limbong aktif mengajar segenap masyarakat di
Hulu Terengganu terutama di Limbong, Kemaman.

Dari situlah gelaran Haji Abdul Rahman Limbong
mula digunakan. Kitab-kitab yang beliau ajar
meliputi beberapa disiplin ilmu.

Antaranya ialah
Kitab Al-Ajrumiyah, Kitab Mutammiman
dan Tashil Nail Al-Amani mengenai ilmu nahu dalam
Bahasa Arab serta Matn Umm al- Barahin mengenai

ilmu Tauhid.
Untuk lebih memantapkan lagi penguasaannya, beliau

juga diajarkan kitab-kitab tauhid bahasa Melayu.
Antara kitab yang pasti tidak diabaikan ialah
Faridah al-Faraid dan ad-Durr ats-Tsamin.

Kitab fekah Bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh
Haji Abdul Rahman Limbong ialah

Kitab Tahrir dan bagi ilmu tasawuf,
kitab Hidayah as-Salikin dan ad- Durr an-Nafis yang

kedua-duanya dalam bahasa Melayu.



Selain mengajar, Haji Abdul Rahman Limbong ialah
seorang ulama yang suka mengembara atau merantau
ke beberapa buah negeri dalam mengembangkan syiar

Islam. Antara tempat yang pernah menerima
kunjungan beliau ialah Beserah dan Kuantan di Pahang,

Kelantan, Patani, Kedah,Sambasdi Kalimantan, Jambi
dan Riau di Sumatera dan Brunei.

AHLI PERNIAGAAN & PETANI







Selain itu, Haji Abdul Rahman Limbong juga merupakan
seorang peniaga yang rajin bekerja serta seorang petani.

Sebahagian besar daripada rutin hariannya banyak
dihabiskan dengan menenun pakaian, membuat terompah,
terendak serta pelbagai lagi barangan dan peralatan yang

lain.
Ini jelas menunjukkan bahawa Haji Abdul Rahman Limbong
bukan sahaja berperanan dalam menyampaikan dakwah dan
menyebarkan agama Islam, malah beliau turut mempunyai
peranan dalam aspek ekonomi rakyat pada waktu itu dengan

mengusahakan pelbagai perniagaan dan bertani.

Peranannya sebagai seorang ahli perniagaan
terserlah apabila beliau berjaya menghantar 500 tan
kapur ke daerah Kuantan, dengan bantuan sebuah
kapal buatannya sendiri, yang diselenggara oleh lima
orang anak kapal dan diketuai oleh Haji Wan Nawang

Sedara.
Dalam pekerjaannya sebagai seorang petani pula,
Haji Abdul Rahman Limbong bersama-sama dengan

para penduduk kampung telah mengusahakan
tanaman pisang, jagung, padi serta kapas.
Dek kerana keterlibatannya dalam usaha tani inilah
yang menjadi titik tolak bagaimana beliau mula
memperjuangkan nasib para penduduk yang
sebahagian besarnya bekerja sebagai petani pada

masa itu.

PERJUANGAN

Kisah perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong dalam menentang para penjajah
adalah panjang, dan beliau adalah antara individu penting dalam kebangkitan rakyat
Terengganu pada waktu itu. Meskipun beliau tidak terlibat secara fizikal dalam siri-
siri pemberontakan yang berlaku di Terengganu pada tahun 1922, 1925 dan 1928,

namun semangat, motivasi dan sokongan yang diberikan olehnya kepada para
penduduk telah menaikkan semangat mereka untuk terus berjuang.




Antara siri perjuangan yang paling diingati ialah bagaimana beliau menyokong
penentangan terhadap perintah undang-undang cukai tanah dan larangan untuk
menebas hutan yang dilaksanakan oleh pihak British pada waktu itu. Keadaan ini
telah menyebabkan pihak British berasa tercabar dengan tindakan yang dilakukan
oleh Haji Abdul Rahman Limbong sehingga beliau diberi amaran oleh pihak British.




Pada tahun 1923, Haji Abdul Rahman Limbong telah mewakili beberapa orang
penduduk dari kawasan Hulu Terengganu (Telemong) untuk menghantar surat
kepada Komisioner Tanah Terengganu. Tujuan utama penghantaran surat
berkenaan ialah untuk meminta pihak Komisioner bagi mempertimbangkan semula isu
pemilikan tanah rakyat dan isu itu dapat dibawa kepada kerajaan. Beliau juga

berharap agar surat itu dapat menjadi permulaan untuk keadilan demi para
penduduk.

Penentangan 21 Mei 1928




Akhirnya berlakulah peristiwa penentangan
rakyat Terengganu terhadap pihak penjajah.

Puncak kebangkitan rakyat menentang
kerajaan ini ialah pada 21 Mei 1928.

Kebangkitan 1928 melibatkan konflik berdarah,
apabila kumpulan dan kemaraan petani telah
ditentang oleh pihak kerajaan di Ulu Telemong.

Penentangan 21 Mei 1928




Dalam perkara ini Haji Abdul Rahman Limbong
disalahkan sebagai orang yang bertanggungjawab
menimbulkan pemberontakan dan penentangan ini.
Oleh kerana itu, pihak penjajah meneluarkan amaran

untuk menangkap beliau.
Untuk meredakan suasana yang berlaku, maka Haji
Abdul Rahman Lombong menyerah diri di Istana Maziah.
Tidak ada seorang pun yang berani mendekati beliau

semasa berada di istana tersebut.
Beliau menafikan tuduhan yang mengatakan bahawa
beliaulah yang menjadi punca berlkunya penentangan

rakyat terhadap pihak penjajah.

Atas nasihat yang diberikan oleh
Dato’ Seri Amar Diraja, Haji

Abdul Rahman Limbong akhirnya
telah dibuang negeri ke Mekah
sebagai hukuman untuknya dan
segala perbelanjaan dan urusan
penghantaran beliau ke Mekah

telah diuruskan oleh pihak
kerajaan negeri Terengganu.
Haji Abdul Rahman Limbong telah
meneruskan usaha dakwahnya
dan mengajar agama kepada
orang-orang Tanah Melayu yang

berkunjung ke Mekah pada
waktu itu.

Pembuangan Di Makkah & Wafatnya




Sungguhpun beliau telah dibuang ke Makkah, pengajaran dan perjuangan
beliau masih tetap utuh. Beliau masih tetap mengajar walaupun berada di

Makkah.
Ramai murid beliau menyambung semula pengajian dengan beliau di Makkah

ataupun menemui beliau sewaktu menunaikan ibadah haji.




Sewaktu beliau di Makkah, beliau pernah meminta kebenaran untuk pulang
sebentar ke Terengganu. Tetapi malangnya permintaan beliau ditolak dengan
alasan bahawa beliau akan menimbulkan semangat kepada rakyat Terengganu.
Akhirnya, setelah sekian lama beliau berkhidmat dengan mengajar berbagai
pengetahuan tentang agama di Makkah, maka beliau pun dijemput oleh Allah

SWT. Beliau meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 1348 (1929) kerana
menghidap penyakit di dalam perut.




Dengan itu berakhirlah perjuangan seorang ulama yang berpengaruh serta
pengajarannya tersemat di dalam kehidupan masyarakat Islam Terengganu

sehinggalah ke hari ini.

IKTIBAR & PENGAJARAN







Haji Abdul Rahman Limbong, anak jati Terengganu banyak memberi
sumbangan kepada para pendududk tempatan, sama ada dalam
bidang agama, undang-undang atau ekonomi.




Meskipun, keterlibatannya dalam perjuangan menentang penjajah
bukanlah secara langsung dan tidak secara fizikal, namun semangat

yang sentiasa ditiupkan buat para penduduk amat penting dan
membuka jalan buat mereka untuk tidak terlalu tunduk kepada

pihak penjajah.



Pendekatan secara hikmah yang dilakukan dalam memenangi hati
rakyat adalah nilai penting yang menjadikan beliau antara tokoh

penting dalam sejarah Terengganu.

Demikianlah beliau dengan ketokohan
menjadi seorang ulama’, dapat menjadi
contoh teladan kepada generasi para ulama’

selepas beliau.



Para ulama’ tidak sepatutnya hanya
mendiamkan diri tanpa membuat sesuatu

untuk kepentingan agama.



Perjuangan yang dilakukan oleh Haji Abdul
Rahman Limbong ialah untuk menegakkan
agama dari pengaruh-pengaruh Barat yang
menjejaskan keimanan umat Islam di waktu

itu.

PENUTUP

SAYA UCAPKAN
SELAMAT MENYAMBUT

HARI KEMERDEKAAN
KALI KE-65
&

SELAMAT MENYAMBUT
HARI MALAYSIA
KE-59


Click to View FlipBook Version