Disediakan oleh: Puan Teo Siew Fang TEORI PEMEROLEHAN BAHASA BMMB1124 LITERASI BAHASA Kuliah- Minggu (2) 15.01.2023-19.01.2023
Intro Kandungan •Teori Behaviourisme •Teori Kognitif •Teori Mentalis
TEORI BEHAVIOURISME
• Dipelopori oleh Bloomfield dalam bukunya Language (1933). • Teori Behaviourisme mengkaji tentang tingkah laku individu yang boleh diperhatikan atau diukur, bukan kejadian andaian yang berlaku dalam diri individu. • Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan dan bukan semata-mata ilmu. • Pendapat ini melahirkan aliran yang mengganggap PdP bahasa adalah proses mekanikal untuk membentuk tabiat dan melalui latihan pengulangan. • Kajian saintifik menyatakan bahasa teori ini memberi fokus kepada tingkah laku baharu yang diulang sehingga menjadi tingkah laku yang lazim. • Teori ini percaya bahawa pembelajaran terjadi apabila berlaku perubahan tingkah laku hasil daripada proses pembelajaran. • Teori Behaviourisme mengganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. • Aspek lisan diberi perhatian. • Memberi penekanan kepada penghuraian jenis pola ayat - analisis konstituen terdekat. TEORI BEHAVIOURISME
HUBUNGAN TEORI BEHAVIOURISME DALAM PdP Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis berdasarkan KT. Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji (diperhati). Mengkaji semua ayat/ ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
PRINSIP TEORI BEHAVIOURISME Bahasa yang diutamakan ialah lisan. Tulisan kedua penting. Bahasa adalah tabiat/ kebiasaan Pengukuhan penting dalam PdP. Latihan bahasa perlu diperkukuhkan. Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan. Wujudkan unsur rangsangan dan tindak balas dalam PdP.
TEORI BEHAVIOURISME (Skinner) Ahli psikologi di Harvard Pembelajaran berlaku dengan adanya rangsangan dan tindak balas yang berulang. Pembelajaran bahasa merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang aktiviti yang hendak dikuasai.
3 Jenis TEORI BEHAVIOURISME Pelaziman klasik Ivan Pavlov (1849-1936) Pelaziman Operan Skinner Hukum Kesan Edward Thorndike
TEORI KOGNITIF
• Dipelopori oleh Jean Piaget. • Teori Kognitif merupakan sebuah teori yang menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebuah fenomena mental. • Aliran atau teori ini sebenarnya bersifat mentalis. • Menurut teori ini, bahasa dianggap sebagai pengetahuanyang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. • Proses ini berlaku setelah otak menerima bahan dalam bentuk rangsanggan daripad pancaindera. • Antara ahli pemikir yang terkenal dalam mengetengahkan teori ini adalah Jean Piaget dan Sinclair. Mereka berpendapat bahawa pemerolehan bahasa oleh seseorang kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan mengikut tahap perkembangan kognitif. • Dalam pada itu, ahli-ahli kognitif juga berpendapat bahawa pembelajaran bahasa ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung melalui tingkah laku. TEORI KOGNITIF (Konsep)
• Teori kognitif berkait rapat dengan perkembangan mental dengan memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kebolehan khas manusia secara semula jadi (Abd. Aziz Talib, 2000) • Kognitif adalah semua proses mental yang terlibat dalam pemerolehan, penghasilan, pengetahuan, penggunaan pengetahuan dan pengawalan prose mental (Resnick, 1987 & John, 1997) • Kognitif melibatkan pemikiran, pengetahuan, interpretasi, pemahaman dan idea individu. Proses kognitif melibatkan presepsi, ingatan serta maklumat yang diproses dan seterusnya digunakan oleh individu bagi mendapat maklumat, merancang, dan menyelesaikan masalah (Rita, 1981). • Kognitif ialah proses intelektual. Ini bermakna kognitif melibatkan proses-proses mental tahap tinggi seperti pemikiran, berbahasa, menyimpan maklumat dalam ingatan (memori) dan menggunakan maklumat yang disimpan bagi menaakul, membuat pelbagai keputusan atau menyelesaikan masalah (Mahmood Nazar, 1990). TEORI KOGNITIF (Definisi)
Teori Belajar Kognitif? Proses internal manusia Proses mental Interaksi Pengalaman dan pengetahuan 01 02 03 04 05 Berkesinambungan
Ciri-ciri Teori Belajar Pembelajaran merupakan satu proses mental Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Pembelajaran adalah proses cuba jaya. Pembelajaran adalah satu keseluruhan 01 02 03 04 05 Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan. Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar. 06
Peringkat deria motor (umur 0-2 tahun) 01 02 03 04 Empat peringkat perkembangan kognititf Peringkat praoperasi (umur 2-7 tahun) Peringkat operasi formal (umur 11 tahun ke atas) Peringkat operasi konkrit (umur 7-11 tahun)
Aplikasi Teori Kognitif Dalam Pengajaran Menyediakan isi pelajaran dan merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan setiap perkembangan murid. Guru harus peka akan situasi semasa murid sebelum memulakan aktiviti pengajaran. Aktiviti yang dirancang haruslah bersifat “hand-on” dan “minds-on”. Hal ini keranan aktiviti seperti ini mampu merangsang serta memberi galakan kepada murid untuk melakukan penerokaan bagi mencari sebuah penemuan yang baharu. 01 02 03 04 Sebelum memulakan pengajaran atau aktiviti, guru perlu memastikan murid bersedia dari segi mental dan fizikal. Persediaan dari segi mental di sini adalah pengalaman pembelajaran sedia ada murid. Pengalamana ini akan mempengaruhi peringkat pemikiran murid itu sendiri kerana pengalaman sedia ada merupakan sesuatu yang telah wujud dalam ingatan atau memorinya.
a)Membentuk hubungan interaksi yang berkesan • Membuat ramalan komunikasi berpandukan tingkah laku dan psikologi b)Membantu guru dalam memahami murid •Memahami diri sendiri dan perkara baharu berpandukan kepada pengalaman kognitif •membantu guru dalam memahami murid dengan lebih mendalam c)Mengorganisasi prinsip pembelajaran secara ilmiah •Menjelaskan prosedur pembelajaran Kelebihan Aplikasi Teori Kognitif
Kelebihan Teori Kognitif Berfokuskan kepada idea perkembangan yang bersesuaian dan sepadan dengan fizikal murid. Sesi pengajaran dapat dilakukan dengan lebih lancar kerana bersesuaian dengan situasi semasa murid. Dapat mempengaruhi persekitaran pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran. 01 02 03 Menggalakkan murid 04 05 melibatkan diri dengan aktiviti pembeljaran melalui penerokaan dan juga interaksi dengan persekitaran Pembelajaran berdasarkan pengalaman
•Dapat meningkatkan kemampuan untuk menyelesaiakn masalah. •Dapat meningkatkan motivasi diri. •Menjadikan diri lebih kreatif dan mudah untuk memahami bahan belajar. Kelebihan Teori Kognitif •Menekankan kepada proses perkembangan kanak-kanak. •Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid. •Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri.
Kelemahan Teori Kognitif Perlu penyediaan persekitaran yang menarik bagi merangsang pembelajaran. Sesi pengajaran dapat dilakukan dengan lebih lancar kerana bersesuaian dengan situasi semasa murid. Guru hanya menekankan proses pemikiran dan mengabaikan hasil atau produk akhir. 01 02 03 04 Mereka menyatakan sekiranya kanak-kanak melalui setiap peringkat perkembangan kognitif berasaskan set operasi yang khusus, maka apabila kanak-kanak tersebut berjaya memahirkan set operasi tertentu, mereka sepatutnya juga dapat menyelesaikan semua masalah yang memerlukan set operasi yang sama.
TEORI MENTALIS
• Dipelopori oleh Noam Chomsky. • Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky). • Mendokong istilah generatif (menghasilkan sesuatu kebolehan menggunakan pengetahuan), kreatif, eksplisit (tersurat), kegramatisan dan transformasi. • Berandaian teori kod kognitif bahawa PdP bahasa sebagai satu proses kognitif. • Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. • Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia. • N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD. • Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa. TEORI MENTALIS
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu; • proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. • proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ). • proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak. • tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
•Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. •Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. •Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia. TEORI MENTALIS
Ciri-ciri Tatabahasa Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis Menghuraikan cara-cara bahasa boleh dihasilkan dan difahami 01 02 03
Hubungan Teori Mentalis Dalam PdP Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi Tulisan dan bacaan diutamakan Pendekatan Analisis Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan 01 02 03 04 05 06 Kaedah: kod-kognitif Teknik: hafalan
Tutorial 1) Jelaskan secara terperinci iga jenis Teori Behaviourisme (Pelaziman Klasik, Pelaziman Operan, Hukum Kesan). (Kumpulan 1) 2) Berikan empat peringkat perkembangan kognitif berdasarkan Jean Piaget. (Kumpulan 2) 3) Huraikan Teori Pembelajaran Penemuan oleh J.S Bruner secara terperinci. (Kumpulan 3) 4)Huraikan Teori Pembelajaran Bermakna oleh Ausubel secara terperinci. (Kumpulan 4) 5) Huraikan Teori Pembelajaran Menurut Gestalt secara terperinci. (Kumpulan 5) 6) Huraikan Celik Akal oleh Kohler berdasarkan eksperimen yang dilakukannya secara terperinci. (Kumpulan 6) Chapter 1
Terima kasih.
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA KULIAH- Minggu (3) 22.01.2024-26.01.2024 DISEDIAKAN OLEH:| PUAN TEO SIEW FANG BMMB1124 LITERASI BAHASA
• Teori Interaksionalis • Teori Konstruktivisme • Teori Psikolinguistik KANDUNGAN
TEORI INTERAKSIONA LIS
Pengenalan (Teori Interaksionalis) • Teori ini berkembang dalam bidang psikologi dan linguistik pada tahun 60-an dan 70-an. • Teori interaksionalis juga dikenali sebagai teori Halliday kerana ahli pemikiran yang memperkenalkan teori ini bernama Mark Halliday. • Selain Halliday, ahli pemikiran lain terdiri daripada Bloom, Bowemen, dan Schlesinger.• Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. • Berdasarkan teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan tepat.
Teori Interaksionalis (Halliday) • Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. • Sistem tatabahasa kanak-kanak diperoleh disebabkan mereka mempunyai keperluan untuk menyatakan dua perkara pada satu ketika. • Interaksi bahasa penting untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa.
Prinsip-prinsip ini lahir daripada hasil cetusan daripada pandangan ahli interaksionalis. Antara prinsipnya ialah: • Dalam komunikasi, penyampaian bermakna lebih diutamakan. • Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. • Mementingkan kedua-dua unsur. • Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atauaktiviti-aktivitiyangbermaknaPrinsip-prinsip Teori Interaksionalis • Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian bermakna adalah lebih penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari strutur bahasa tetapi lebih mementingkan cara belajar untuk berinteraksi. • Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat. • Unsur makna dan struktur bahasa. • Jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti yang bermakna, maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa dengan lancar dan fasih.
• Melibatkan proses mental dan linguistik • Mementingkan peraturan bahasa • Penyampaian makna penting • Aktiviti yang bermakna • Interaksi sosial harian CIRI PEMBELAJARAN TEORI INTERAKSIONALIS
KEPENTINGAN TEORI INTERAKSIONALI S • Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. • Kanak-kanak menguasai bahasa melalui interaksi. • Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. • Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan mental dan linguistik. • Teori ini juga menyarankan guru memberikan banyak latihan kepada murid-murid. • Prinsip teori ini mengutamakan penyampaian bermakna dalam komunikasi. • Pembelajaran bukan sekadar mempelajari struktur tetapi mementingkan makna dan belajar untuk berinteraksi.
TEORI KONSTRUKTIVI SME
Pengenalan (Teori Konstruktivisme) • Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme, maka lahirlah satu pandangan baharu tentang cara manusia belajar bahasa, iaitu teori konstruktivisme. • Berdasarkan teori ini, pengetahuan kanak-kanak atau individu dibina secara aktif melalui daya pemikirannya. • Kanak-kanak tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, tetapi akan menyesuaikan segala maklumat baharu dalam mindanya. • Pengetahuan baharu yang diperoleh adalah kesan daripada interaksi sosial bersama-sama dengan rakan dgrunya• Antara tokoh yang dikaitakn dengan teori ini ialah McBrien & Brandt (1997(, Briner M (1993), Sushkin N (1999) dan Nik Aziz Nik Pa (1997). • Berdasarkan pandangan tokoh, konstruktivesme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. • Dalam konteks ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
PENDAPAT LAIN TENTANG TEORI KONSTRUKTIVIS ME 1) Satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan cara manusia, iaitu murid-murid belajar. • Dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya penerima pengetahuan. 2) Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. • Mengaplikasikannya dengan situasi baharu melalui pengintegrasian pengetahuan baharu yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia ada. 3) Teori ini menyatakan bahawa murid membina makna tetang dunia dengan mensinstesis pengalaman baharu dengan perkara yang mereka fahami. • Mereka membentuk peraturan melalui refleksi dan interaksi mereka dengan objek dan idea. • Apabila mereka mendapati objek dan idea tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan menginterpretasikan perkara yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan yang mereka telah bentuk. 4) Teori ini memberikan penekanan lebih kepada murid. • Hal ini disebabkan murid yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa. 5) Konstruktivisme merupakan komitmen terhadap pandangan bahawa manusia, kanak-kanak membina pengetahuan sendiri. • Sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang itu adalah hasil daripada aktivti yang dilakukan. • Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang kepada pemikiran individu lain. • Setiap insan membentuk pengetahuan dengan menggunakan pengalamansecarateilih
ciri-ciri Pembelajaran konstruktivisme • Pembelajaran koperatif • Proses inkuiri • Membina pengetahuan baharu • Menggalakkan bersoal jawab
TEORI PSIKOLINGUIS TIK
Pengenalan (Teori Psikolinguistik) • Teori psikolinguistik merujuk kepada kebolehan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa yang melibatkan proses kognitif untuk menghasilkan ayat yang bermakna. • Psikolinguistik merupakan gabungan antara perkataan psikologi dan linguistik. • Mangantar Simanjuntak (1987), mendefinisikan psikolinguistik sebagai cabang linguistik yang bergabung dengan ilmu psikologi untuk menganalisis bahasa dan pertuturan yang berlaku pada waktu seseorang bertutur dan memahami ayat-ayat yang didengarnya. • Dardjowidodo (2014) berpendapat bahawa psikolinguistik merupakan ilmu yangberkaitanpembelajaranproses • Psikologi bermaksud ilmu untuk mempelajari tingkah laku dan cara manusia berfikir. • Manakala linguistik bermaksud ilmu tentang bahasa yang memfokuskan bahasa sebagai objek kajian (Yusuf, 2019). • Dapat disimpulkan bahawa psikolinguistik ialah ilmu tentang bahasa dari segi struktur dan proses pemerolehan serta cara diterjemahkan dalam bentuk komunikasi.
Teori Psikolinguistik (Noam Chomsky) • Teori psikolinguistik dianggap sebagai teori moden yang berdasarkan hasil kajian terbaharu tentang hakikai kognitif manusia.• Noam Chomsky berpendapat bahawa otak manusia dipraprogramkan oleh mekanisme kognitif yang disebut sebagai Peranti Pemerolehan Bahasa atau Language Acquistion Devide (LAD). • Alat ini telah membolehkan individu untuk menjana ayat gramatis yang sejagat. • Setiap manusia yang dilahirkan sudah memiliki kecekapan untuk berbahasa apabila sampai waktunya. • Potensi berbahasa ini bersifat semula jadi. • Kognitif turut terlibat dalam proses pembelajaran dan tanpa peranan kognitif kbangan
Teori Psikolinguistik • Pembelajaran bahasa merupakan proses kognitif yang melibatkan usaha mental secara sedar dan berlaku dalam dimensi sosial serta pembelajaran terjadi melalui interaksi (Griffths, 2003). • Ahli psikolinguistik berpandangan bahawa pengetahuan bahasa boleh dikuasai melalui dua cara, iaitu menerusi proses pemerolehan dan pembelajaran. • Penguasaan pengetahuan bahasa menyebabkan wujudnya perbezaan antara murid natif dan bukan natif yang menghasilkan pendekatan pengajaran bahasa yang • Dalam konteks pengajaran bahasa, pelbagai strategi, kaedah, teknik dan pendekatan yang akan digunakan oleh guru bagi mencapai obejktif dan hasil pembelajaran berdasarkan kebolehan murid. • Psikolinguistik merupakan sebahagian cabang ilmu dalam bidang linguistik yang digunakan dalm konteks pendidikan di sekolah. • Guru bukan sahaja mesti menguasai kaedah pengajaran tetapi juga perlu mengintegrasikan dan menyusun kaedah dan teknik yang sesuai untuk membentuk strategi pengajran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
TERIMA KASIH