The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Memperkenalkan Pelancongan Gastronomi untuk menjana pendapatan kepada penduduk setempat di Sandakan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyatikah9, 2022-03-15 06:01:54

PELANCONGAN GASTRONOMI DI SANDAKAN

Memperkenalkan Pelancongan Gastronomi untuk menjana pendapatan kepada penduduk setempat di Sandakan.

By
Nurul Syatikah Kalaludin & Britney Diane Cagampang

KANDUNGAN

APA ITU PELANCONGAN GASTRONOMI?

• Pelancongan Gastronomi adalah bentuk
pelancongan baru dan terdapat banyak istilah
berbeza digunakan untuk pelancongan
berasaskan makanan seperti pelancongan kulinari
dan pelancongan rasa (Hall & Sharples, 2003).

• Pelancongan Gastronomi dianggap sangat penting
kerana dapat menjadikan percutian pelancong
menjadi lebih menarik dan membantu sesebuah
destinasi pelancongan dipromosikan secara
langsung disamping menunjukkan bahawa
penggunaan makanan dan minuman boleh
menjadi salah satu simbolik (Caliskan, 2013).

• Pelancongan Gastronomi selain daripada menjadi
cara yang paling penting dalam pembangunan
ekonomi, ia juga adalah bahagian yang paling
penting dalam pasaran Pelancongan Budaya dan
dapat dijadikan sebagai pelancongan berasaskan
pengalaman sokongan (Su, 2015).

1

PENGENALAN KAUM DI SANDAKAN

• Etnik adalah kata sifat yang menggambarkan
sekumpulan orang yang tergolong dalam orang
atau sekumpulan etnik yang sama. Perkataan ini
berasal dari Yunani ‘ethnikos’ yang pada gilirannya
berasal dari ethos, yang bermaksud ‘orang’ dan
digunakan untuk merujuk kepada ‘orang asing’ atau
‘bangsa’. Kumpulan orang yang mempunyai adat,
tradisi, budaya, muzik, makanan dan bahasa.
Kumpulan etnik adalah sekumpulan individu yang
mempunyai budaya yang sama (Salud, 2021).

• Penduduk Sandakan terdiri daripada kaum Cina,
kaum Kadazandusun, kaum Bugis, kaum Suluk dan
Kaum Bajau. Namun, majoriti etnik yang terdapat di
Sandakan ialah kaum Cina dan kaum Bajau.
Mengikut bancian penduduk 2010, penduduk yang
terdapat di daerah ini adalah seramai 453,500
orang (MPS, 2020).

2

KAUM CINA

 Masyarakat Cina atau lebih dikenali sebagai Orang
Cina merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia.
Kedatangan mereka ke Malaysia mula meningkat
pada pertengahan abad ke-19 disebabkan oleh
faktor pemberontakan kuasa asing, penduduk
berlebihan dan kelaparan. Dalam hal ini, jumlah
orang cina yang telah berpindah ke Malaysia telah
membentuk sebanyak 24.6% daripada 28.3 juta
penduduk Malaysia (Berita Harian, 2012). Kaum
cina antara kaum yang paling banyak di daerah
Sandakan.

 Orang cina di Malaysia boleh dibahagikan
mengikut dialek (fangyanqun) seperti Hokkien,
Hakka, Kantonis, Teochew, Hainan, Hokchiu,
Kwongsi dan Henghua.

3

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

 Makanan tradisional bagi suku kaum Cina ialah Dim
sum, Char Koey Teow, Pau, Zhong zi (nasi pulut),
Tang Yuan (pencuci mulut), Yee Sang (campuran
sayur-sayuran yang pelbagai tekstur dan berwarna-
warni yang membawa maksud kemakmuran pada
malam Tahun Baru Cina (Razak, 2016).

 Kuetiau ialah makanan tradisional masyarakat
tradisional masyarakat cina (Batrisyia Nursabrina,
2019). Contohnya, Restoran alice di Sandakan
merupakan kedai makan yang dimiliki oleh suku kaum
cina muslim yang menyediakan hidangan cina seperti
dim sum, siew mai, pau, mihun goring Singapore dan
wantan, hokian mee.

[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[[

4

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Siew Mai/Xiu Mai/Siu Mai adalah Satu jenis

MAKANAN TRChAinDesIeSDIuOmpNlinAgLdiaKntAaraUDMim SCumINSeAlection...

Siew Mai Satu lapisan nipis kulit tepung yg

 Makanan tradisionbaelrinbtaikgani s1u0k0%u kDaaugimng CAiynaam iabelarshamDa imisi
sum, Char Koey Tudeaonwg,, saPyauruan, Zdahnonlagin2zbi a(hnanasdianpudliuolta)h,
Tang Yuan (pencmuecnigimkuut kluept)e,lbaYgeaiean Spearinsagyg(dciasemdipakuarna. n

sayur-sayuran yang pelbagai tekstur dan berwarna-

Dim sum merupakan sejenis masakan Cina

warni yang membawa maksud kemakmuran pada

yang merupakan hidangan ringan lingkungan

malam Tahun BaruluCaisna (yRanagzak,di2hi0da1n6g). bersama teh

Cina. Hidangan disediakan dalam bahagian
kecil dan termasuk daging, makanan laut,

 Kuetiau ialah mdaaknansaanyur-staryaudraisni,ondaaln mjuagasyapreankcuacti
tradisional masyarmakulautt cdianna b(uBaha-tbruisayhaian. NHuidrasnagbanrinain,i
2019). Contohnyab, iasRaneysatdoihraidnang adalilcame badkui l pSenagnukduaskkaecnil

atau di atas pinggan kecil.

merupakan kedai makan yang dimiliki oleh suku kaum

cina muslim yang menyediakan hidangan cina seperti
dim sum, siew mai,MpeaeuH,omkkihieunnialgaoh rheidnagngSaninAgsaiapToerneggdaaran

yang berasal dari masakan wilayah Fujian

wantan, hokian mee(H.okkien) China. Terdapat tiga jenis mee

Hokkien yang terdapat di Malaysia dan
Singapura.

.
Wantan adalah sejenis makanan (ladu) yg boleh di
dapati dlm pelbagai masakan orang Cina. Biasanya
yg kita boleh jumpa, wantan ni di hidang dalam
sup dia tersendiri bersama-sama dengan mee
wantan ataupun mee kolok.

5

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA

Char kway teow ialah hidangan mee goreng
inspirasi Cina dari Maritim Asia Tenggara. Dalam
bahasa Hokkien dan Teochew, Char bermaksud
"tumis" dan kway teow merujuk kepada mi nasi
leper.

Yee sang, yusheng atau yuu sahng ialah
sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee
sang biasanya terdiri daripada potongan daging
ikan mentah (khususnya salmon), yang
bercampur dengan cebisan sayur-sayuran, dan
beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan
lain.

Tangyuan ialah pencuci mulut Cina yang terdiri
daripada bebola tepung pulut dan air yang direbus
atau digoreng dan dihidangkan dalam sup panas
atau sirap. Tangyuan boleh sama ada kecil atau
besar dan diisi atau tidak diisi. Mereka dimakan
secara tradisional semasa Pesta Tanglung.

Zongzi atau ringkasnya zong ialah hidangan nasi
tradisional Cina yang diperbuat daripada pulut yang
disumbat dengan inti yang berbeza dan dibalut
dengan daun buluh (biasanya daripada spesies
Indocalamus tessellatus), atau kadang-kadang
dengan buluh atau daun rata besar lain.

6

KAUM BAJAU

 Kaum Bajau merupakan masyarakat yang menetap di negeri
Sabah sejak ratusan tahun yang lalu. Ia terdiri dari dua
kumpulan yang menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah
telah mendapat pengiktirafan sebagai antara penduduk asli
serta bumiputera di Sabah.

 Masyarakat Bajau juga boleh dikenali sebagai Orang Bajau
Samah (Darat) serta Orang Bajau Laut. Penempatan Orang
Bajau Samah biasanya di Sandakan, Kota Belud, Tuaran dan
papar manakala Orang Bajau Laut pula menetap di Semporna,
Kudat, Lahad Datu, Pitas Dan Kota Marudu. Bajau darat
biasanya tinggal di kawasan persisiran laut manakala Bajau laut
tinggal di kepulauan. (Sabah Gov, 2011)

7

MAKANAN TRADISIONAL KAUM BAJAU

 Makanan tradisional masyarakat Bajau berasaskan makanan
laut dan makanan berasaskan ubi serta tanaman huma yang
lain. Antaranya, Hidangan Putu, Sagol, Kilau dan Lato. Ia
boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan
yang dimasak dan makanan yang dimakan secara mentah
(Izyan Liyana, 2020).

Putu merupakan makanan tradisional
berasaskan ubi kayu yang diparut, airnya
diperah dan dikukus atau stim sehingga
masak. Masyarakat Bajau menjadikan putu
ini sebagai pengganti nasi. Ia biasanya
dimakan bersama kima, tayum, tehe-tehe,
sagol, ikan bakar serta beberapa makanan
laut yang lain.

Sagol atau senagol merupakan masakan
berasaskan isi ikan yang dimasak dengan
kunyit. Ikan yang digunakan adalah ikan
yu, ikan buntal, tombad dan ikan pari yang
digunakan perlu dicelur atau direbus
separuh masak. Ada dua jenis masakan
sagol iaitu sagol kering (tiada kuah) dan
sagol basah (ada kuah).

8

MAKANAN TRADISIONAL KAUM BAJAU

Kilau atau kinilau iaitu makanan tradisional
kaum Bajau. Hidangan ini menggunakan
ikan mentah sebagai bahan utama.
Hidangan ini menggunakan bahan seperti
campuran limau, halia, mangga, bawang,
hirisan cili padi, tomato dan cuka.

Lato merupakan sejenis tumbuhan laut
dikenali sebagai rumpai laut dan ianya
kelihatan seperti buah anggur hijau kerana
bentuknya bulat. Ia merupakan makanan
wajb suku kaum Bajau Pantai Timur untuk
hidangan makan tengahari ataupun malam.
(Izyan Liyana, 2020)

Tayum atau landak laut mempunyai duri yang
panjang dan tajam. Isi tayum boleh dikeluarkan
dengan pelbagai cara dan berwarna sedikit
kuning seakan warna kunyit. Ia boleh dimakan
begitu sahaja dan juga boleh dimakan bersama
nasi.

Tehe tehe adalah sejenis makanan laut yang
terkenal dalam kalangan kaum Bajau Pantai
Timur Sabah. Ianya amat berkhasiat dan baik
untuk kesihatan. Tehe tehe banyak di sekiar batu
karang perairan laut yang cetek.

9

KAUM SULUK

 Kaum suluk atau Tausug berasal daripada Kepulauan Sulu
dan Borneo (Sabah). Suku kaum suluk ialah suku kaum yang
terdapat di sebelah pantai timur Sabah dari utara.

 Masyarakat Suluk juga dikenali sebagai “Orang dari Sulu”
dan merupakan penduduk asal di Sabah. Kaum suluk
menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan.
Masyarakat melayu suluk telah membuka penempatan di
persisiran pantai sebelah timur Sabah iaitu salah satunya di
Sandakan.

 Masyarakat yang berkaum Suluk di negeri Sabah tertumpu di
kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak,
Kudat dan Kota Kinabalu. Kepulauan sulu terdiri daripada
ratusan pulau dan penduduknya terdiri daripada nelayan dan
memugut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut,gamat serta
menjalankan perniagaan secara sistem ‘butter’ antara Borneo
Utara (Sabah) dan Zamboanga dan kawasan lain di
Nusantara (Astro Awani, 2019).

10

MAKANAN TRADISIONAL KAUM SULUK

 Makanan tempatan suku kaum suluk yang paling popular
adalah sup Hitam Tiyula Itum. Ia daripada daging dan
dimasak dengan kelapa bakar yang sudah dihancurkan
sebagai perencah kepada sup. Tiyula Itum menjadi
hidangan utama kepada suku kaum suluk setiap
mengadakan majlis perkhawinan. Hidangan lain seperti
Kinilau, Agar-agar, gamay dan tahi-tahi adalah jenis
makanan mentah. Hidangan Istah piritu dan istah
diyangdang adalah jenis hidangan yang menggunakan
bahan utama iaitu ikan. Hidangan pissak adalah jenis
makanan yang menggunakan daging (Astro Awani, 2019).

 Suku kaum Suluk kaya dengan kepelbagaian jenis
makanan tradisi mereka baik daripada makanan berkuah,
makanan laut kepada aneka kuih-muih tradisi suku kaum
suluk. Kepelbagaian dan perbezaan makanan suku kaum
suluk ini dengan tradisi Melayu telah menyebabkan suku
kaum ini dikenali dengan hanya makanan tradisi mereka.

11

MAKANAN TRADISIONAL KAUM SULUK

Sianglag adalah makanan yang diperbuat
daripada ubi kayu. Sianglag merupakan
makanan yang hampir sama dengan putu
kerana kedua-duanya diperbuat daripada
ubi. Sianglag boleh dijadikan pengganti nasi.

Iyalam atau Piyalam Istah ialah hidangan
Filipina dari etnik Tausug yang disediakan
dengan ikan rebus yang dimasak bersama
kunyit, halia dan serai. Hidangan ini terkenal
di luar bandar Mindanao khususnya di Jolo,
Sulu dan juga Sabah yang biasa dimakan
semasa sarapan pagi sama ada bersama
nasi, ubi kayu parut (siyanglag) atau ubi
kayu tumbuk kukus (piyutu).

Sup hitam Tiyula Itum atau dikenali sebagai
Tiyula Itum. Sup ini terdiri daripada daging dan
dimasak dengan kelapa bakar yang sudah dihancur
sebagai perencah kepada sup. Daging yang telah
dihiris atau dipotong menjadi potongan kecil akan
diperap dengan kunyit, selepas itu daging tersebut
akan digaul dengan kelapa bakar yang sudah
hancur dikisar sehingga sebati. Selepas itu, daging
tersebut akan dimasak dalam periuk dengan
menambah air,garam, serai, lada secukup rasa,
ajinimoto, dan halia.

12

KAUM BUGIS

 Masyarakat Bugis yang ada di Sabah adalah bukan penduduk asal
atau pribumi di negeri Sabah kerana kebanyakkan penghijrah dari
Sulawesi Selatan, Indonesia. Sejarah kedatangan masyarakat
Bugis ke Sabah sejak abad ke 16 disebabkan oleh pergolakan
politik di Sulawesi. Kebanyakkan dari mereka tinggal menetap di
daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan
(Ahmad, 2013).

 Masyarakat Bugis terkenal sebagai bangsa yang memelihara
warisan budaya dan adat mereka serta pengamalan pantang
larang dan pelaksanaan adat. Kedatangan masyarakat Bugis di
Sabah akan menambah kepada kepelbagaian etnik yang terdapat
di Sabah (Amat, 2019).

 PemMali adalah sebahagian daripada adat-istiadat yang selalu
dalam ingatan masyarakat dan dijadikan sebagai pengawal diri
dalam melakukan sesuatu. Pemmali merupakan salah satu
keakrifan lokal yang diwarisi dalam masyarakat bugis yang
dijadikan sebagai pedoman dalam menjalani kehidupan seharian
mereka. Warisan ini tidak diwariskan kepada satu generasi sahaja
sebaliknya diwariskan kepada semua generasi secara turun-
temurun. Pemmali telah menjadi sebahagian daripada adat dan
merupakan salah satu instrumen yang berkesan untuk melahirkan
generasi yang berkesan untuk melahirkan generasi yang budi
pekerti (Imran, 2017).

13

MAKANAN TRADISIONAL KAUM BUGIS

 Makanan tradisional bagi suku kaum bugis ialah
berobok. Berobok dikenali sebagai nasi bubur
jagung yang dicampur dengan bahan seperti ayam
dan sayur-sayuran.

 Selain itu, Burasak. Hidangan burasak merupakan
nasi yang dikukus bersama santan dan dibaluti
dengan daun pisang nipah. Bentuk burasak ini
adalah leper seperti lepat pisang.

 Hidangan ini merupakan hidangan utama
masyarakat Bugis menjelang hari raya Aidilfitri dan
juga Aidiladha. Biasanya akan disajikan bersama
hidangan ayam masak merah, ayam masak likku,
asam pedas ikan parang.

14

MAKANAN TRADISIONAL KAUM BUGIS

Sanggar pappek merupakan hidangan pencuci
mulut yang ringkas. Sanggar membawa maksud
pisang manakala pappek adalah penyek atau
lenyek. Selalunya, masyarakat Bugis akan
menikmati hidangan ini pada waktu petang dan
disajikan bersama dengan sambal tomato pedas.

Es pisang ijo merupakan salah satu hidangan
pencuci mulut bagi kaum Bugis. Hidangan ini
menggunakan pisang raja atau pisang kepok
sebagai bahan utama. Ia disaluti dengan adunan
tepung yang telah dicampurkan dengan santan
serta air pandan sebagai pewarna hijau asli dan
memberikan aroma yang wangi. Hidangan ini
terkenal menjelang bulan Ramadhan.

Coto Makassar merupakan salah satu makanan
tradisional kaum Bugis yang menggunakan bahan
iaitu perut lembu yang direbus dalam tempoh yang
lama. Hidangan ini seakan-akan seperti sup soto
namun cara penyediaan serta bahan yang
digunakan adalah berlainan.

Tapai pulut Bolong merupakan makanan tradisi
yang sangat popular dikalangan masyarakat Bugis.
Hidangan ini menggunakan pulut hitam yang telah
dimasak dan dicampurkan dengan ragi seterusnya
akan dikepal dan dibentukkan bulat kemudiannya
diperam antara 3 hingga 5 hari di dalam periuk
kukus.

15

MAKANAN TRADISIONAL KAUM BUGIS

Ayam masak lengkuas atau likku ini sering
dimakan bersama burasak. Ia antara makanan
orang Bugis yang begitu terkenal. Hidangan ini
akan menjadi hidangan wajib bagi setiap
masyarakat Bugis. Setiap kali tibanya hari raya
Aidilfitri atau Aidiladha, hidangan ini pasti
disediakan.

Buras atau juga dikenali dengan nama
burasak merupakan hidangan tradisi suku
kaum Bugis. Ia merupakan nasi yang dikukus
bersama santan dan dibaluti dengan daun
pisang nipah. Bentuk burasak ini adalah leper
seperti lepat pisang namun ia agak lebar dan
agak besar. Bungkusan burasak akan diikat
menggunakan tali agar ia tidak terbuka
semasa mengukusnya. Proses penyediaan
burasak yang agak lama.

Baroboq atau berobok merupakan hidangan
bubur jagung. Ia merupakan bubur yang dicampuri
dengan jagung, ayam serta sayur – sayuran.
Hidangan ini biasanya dijadikan sarapan pagi dan
juga sering dijadikan sebagai minum petang.
Malah, ia juga boleh dinikmati pada bila – bila masa
sahaja.

16

KAUM KADAZANDUSUN

 Kaum Kadazan-dusun merupakan salah satu kaum bumiputera
asli di negeri Sabah. Istilah kaum Kadazandusun wujud
berdasarkan beberapa faktor iaitu merangkumi teori sejarah asal-
usul perkataan Dusun. Dusun merujuk kepada masyarakat yang
tinggal di pedalaman terutamanya di Ranau dan Tambunan
manakala orang Kadazan ialah orang yang tinggal di bandar
terutamanya di Penampang, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Kota Belud,
dan Papar.

 Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang
merupakan satu pertiga daripada keseluruhan penduduk di Sabah.
Terdapat 27 pecahan suku kaum dibawah kaum kadazandusun ini
antaranya Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud,
Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara,
Dusun, Rungus, Kuijau dan Tambanuo.

 Kebanyakkan orang Kadazandusun menganuti agama Kristian.
Terdapat juga teori dikemukakan mengenai kaum Dusun yang
dianggap pada zaman dahulu sebagai satu lagend. Perkataan
‘Kadazan’ dipopularkan oleh Donald Stephens iaitu penyunting
Sabah Times dan memperkenalkannya pada tahun 1961 semasa
penubuhan UNKO.

17

MAKANAN TRADISIONAL KAUM
KADAZANDUSUN

 Makanan tradisional bagi kaum kadazandusun ialah
Hinava, Noomsom, Bosou,Tuhau, Sup Manuk Lihing,
Tapai, Nasi Linopot, Butod, Losun, Bambangan jeruk,
Ambuyat, Pinaasakan, Tinonsok Takano (Itawrah,
2019).

 Makanan tradisional hinava ialah satu hiidangan yang
dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan
dengan biji buah bambangan yang telah diparut, dan
dicampur bersama cili merah, halia, bawang merah,
limau kapas dan garam.

 Hidangan hinava merupakan hidangan istimewa
semasa perayaan Tadau Kaamatan (Sopi, 2019).

18

MAKANAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

Hinava atau Hinava Ginapan merupakan salah
satu hidangan tradisional istimewa bagi suku
kaum Kadazan-Dusun. Hinava adalah daripada isi
ikan segar yang dicampurkan dengan biji buah
bambangan yang telah diparut, cili merah, halia,
bawang merah, limau kapas dan garam.
Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan
masak dengan menggunakan perahan jus limau
samada menggunakan limau nipis ataupun limau
kasturi (menyerupai shushi).

Noonsom dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa
Malaysia. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam
masakan Kadazandusun, antara yang paling
popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom
Tuhau (ulam) dan Noonsom Bambangan (buah).

Bosou merupakan makanan menyerupai perkasam atau
jeruk. Bosou adalah sebagai pembuka selera kaum
kadazandusun. Ia disediakan menggunakan daging
atau ikan sebagai bahan mentah. Ia juga dikenali dengan
pelbagai nama di sabah termasuk nonsom, sambaat,
kinaraatan, gagau dan tinamba.

Tuhau ialah masakan dihidangkan dalam
kalangan kaum Kadazan-Dusun di Sabah, ia
diperbuat daripada sejenis halia liar tempatan
bernama sama atau nama saintifiknya Etlingera
coccinea. Masakan ini biasa dimakan bersama
ikan atau dimakan begitu sahaja. Tuhau selalu
dijual di tamu.

19

MAKANAN TRADISIONAL KAUM KADAZANDUSUN

Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang
berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia
adalah bahan berkanji yang hambar sama
dengan ubi kanji. Ambuyat ialah hidangan
kebangsaan di Brunei. Ambuyat merupakan
sejenis makanan tempatan di Sarawak, Sabah dan
Labuan yang dikenali linut.

Ikan Ampap atau dikenali sebagai Pinasakan oleh
kaum Kadazan Dusun sememangnya terkenal di
Sabah. Selalunya "ambuyat" atau biasa di sebut
"nantung" di makan bersama sup pinasakan. Untuk
membuat Pinasakan, ikan dibersihkan dan dimasak
dalam periuk dengan api yang sangat perlahan,
dengan hanya asam keping, kunyit, halia, serai, cili
padi dan garam.

Nasi bungkus daun yang dikenali sebagai Nasi
Linopot. Linopot bermaksud bungkusan. Linopot
boleh terdiri dari nasi semata-mata, atau kadangkala
nasi yang digaul dengan gu'ol (keladi), tawadak (labu
manis), mundok (ubi kayu) atau kasou (keledek).
Terdapat 7 jenis daun yang digunakan iaitu wonihan,
punti (pisang), timadang (tarap), kobu, tintap,
longkobung dan toropoi.

Losun pula ialah sejenis bawang atau tomboutung
atau lebih membawa maksud kepada sayur
campur. Losun ini dicampur dengan sayur yang lain
seperti sayur losun, bunga kantan dan cili putih.
Biasanya losun dimasak bersama ikan bilis atau
ikan masin.

20

SANDAKAN SYURGA SEAFOOD

 Sandakan merupakan satu daerah yang kaya dengan hasil laut,
majaroti penduduk setempat Sandakan memperoleh sumber
pendapatan daripada hasil laut. Majaroti penduduk juga telah
mengusahakan resoran seafood di Sandakan dan terdapat banyak
restoran-restoran seafood yang menyajikan seafood dengan segar
antaranya Restoran Sim-sim 88, D’sandakan Seafood Paradise,
Sandokan Seafood, Restoran Kak Jue, Restoran Kenalanmu
seafood dan banyak lagi. Banyak pelancong yang datang ke
Sandakan untuk merasai sendiri seafood segar di Sandakan.

 Hasil tangkapan laut yang diusahakan oleh nelayan Sandakan
mencurah-curah membekalkan sumber makanan laut untuk
Sandakan dan daerah-daerah lain seluruh Sabah. Antara hasil
tangkapan di Sandakan ada yang diekspot ke ibu negeri, Kota
Kinabalu, malahan ada yang dihantar hingga ke Labuan.

 Selain daripada Sandakan kaya dengan hasil laut, Sandakan juga
mempunyai tempat-tempat menarik yang boleh dilawati oleh
pelancong. Tempat-tempat menarik tersebut adalah seperti Sepilok
Orangutan Rehabilitation Centre, Borneon Sunbear Conservation
Centre, Rainforest Discovery Centre dan banyak lagi.

21

PENUTUP

 Sandakan merupakan bandar kedua terbesar di Sabah.
Sandakan juga merupakan daerah yang mempunyai
pelbagai kaum dan etnik seperti kaum Cina, kaum Bajau,
kaum Suluk, kaum kadazandusun dan kaum Bugis.
Selain daripada mempunyai pelbagai kaum dan etnik
Sandakan juga mempunyai kepelbagaian makanan
tradisional yang dapat menarik minat pelancong untuk
datang ke Sandakan.

 Pelancongan Gastronomi yang diwujudkan di Sandakan
akan dapat menarik minat pelancong untuk datang ke
Sandakan dan merasai makanan tradisional di Sandakan
sakaligus dapat menjana pendapatan penduduk
setempat daripada kedatangan pelancong.

 Oleh itu, ebook ini dihasilkan khas untuk penduduk
setempat Sandakan dan untuk menambahkan
pengetahuan penduduk setempat Sandakan tentang apa
itu Pelancongan Gastronomi.

22


Click to View FlipBook Version