The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengkaji novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanifdanial016, 2021-08-23 10:07:09

E-MINI Tesis

Mengkaji novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5

E-MINI TESIS

NAMA : MUHAMAD AYRISH ISHKANDAR BIN MOHD SHAHRUL NIZAM
NO. MAKTAB : PB180280
KELAS : 4 KHAZIN
SEKOLAH : MRSM BALIK PULAU
GURU KELAS : CIKGU AKMA

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji kelapan-lapan jenis novel Tingkatan 4 dan

Tingkatan Kajian ini melibatkan novel-novel yang berjudul Bima Sakti Menari, Silir Daksina,
Tirani, Songket Bebenang Emas, Pantai Kasih, Leftenan Adnan, Di Sebalik Dinara dan Jendela
Menghadap Jalan. Objektif yang digunakan adalah mengkaji keunikan dan keterbezaan antara
penulis kelapan-lapan novel yang dibaca. Melahirkan perasaan minat membaca novel dalam
kalangan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di Malaysia. Menerokai keunikan yang terdapat

dalam kelapan-lapan novel. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini adalah
kaedah pencarian melalui laman sesawang.

PENGHARGAAN
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap semua pihak yang

menyokong saya untuk menyiapkan E-Mini Tesis ini terutamanya para guru Jabatan Bahasa
Melayu MRSM Balik Pulau yang telah mendorong dan mendedahkan taklimat untuk
melaksanakan E-Mini Tesis.

Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa saya dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong
dan memberikan kata-kata semangat untuk menjayakan E Mini Tesis ini. Kesemua dorongan
dan semangat yang diberikan oleh semua pihak amatlah saya hargai.

1.1 PENDAHULUAN – LATAR BELAKANG
Novel ialah suatu bentuk sastera yang terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis

oleh seseorang penulis. Novel mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak
dengan orang sekelilingnya juga menonjolkan perwatakan dan sifat setiap pelaku dalam kisah
yang diceritakan secara bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan permulaan,
perkembangan, konflik, kemuncak dan peleraian.

1.2 APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN?
NOVEL FIKSYEN:

Novel fiksyen adalah novel yang dicipta berdasarkan imaginasi tulen. Ini bermakna apabila
seorang penulis menggunakan imaginasi suburnya untuk mengarang beberapa jenis cerita maka
itu jatuh di bawah fiksyen. Kebanyakan drama, novel, dan cerita pendek berada di bawah

kategori fiksyen. Ini kerana cerita-cerita ini dibina di sekeliling orang yang tidak wujud yang
melalui situasi yang tidak wujud.

NOVEL BUKAN FIKSYEN:
Novel bukan fiksyen adalah bertentangan dengan fiksyen. Bukan fiksyen adalah orang-orang

yang bercakap tentang peristiwa benar. Umumnya, jurnal, surat khabar, penyelidikan, biografi,
pelbagai jenis esei yang ditulis di bawah pelbagai topik termasuk di bawah kategori bukan
fiksyen. Seperti yang diketahui, jenis penulisan ini berkaitan dengan fakta, nombor, dan apa
yang sebenarnya dapat kita lihat dan dibuktikan. Bukan fiksyen berfokus kepada masalah sosial
atau apa yang sedang berlaku di dunia.

1.3 PENYATAAN MASALAH
Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menarik minat pelajar ialah dengan

melalui peranan ibu bapa bai mengenalkan bnyk buku-buku novel kepada
anak.Kemudian,Menggalakkan pihak sekolah meletakkan pelbagai dan banyak novel yang
menarik di perpustakaan sekolah.Selain itu,media masa juga penting bagi menyebarkan
kebaikan-kebaikan membaca novel di laman sosial.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN

- Mengkaji keunikan dan keterbezaan antara penulis kelapan-lapan novel yang dibaca.
- Memberikan minat terhadap pelajar untuk lebih membaca novel.
- Membuka peluang minat para pembaca novel untuk berkembang dengan lebih luas.
- Menerokai keunikan yang terdapat dalam kelapan-lapan novel.

1.5 SKOP PENYELIDIKAN
BIMA SAKTI MENARI

SILIR DAKSINA
TIRANI
SONGKET BEBENANG EMAS
PANTAI KASIH
LEFTENAN ADNAN
DI SEBALIK DINARA
JENDELA MENGHADAP JALAN
Fokus kajian ini adalah masalah amalan membaca novel di kalangan tingkatan empat di
Malaysia.Pengumpulan data yang melingkupi kelapan-lapan novel dari kempat-empat
zon.Kajian ini hanya melibatkan novel bahasa melayu.

1.6 HIPOTESIS AWAL
Kelapan-lapan buah novel mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri.Daya

tarikan dari segi plot cerits juga memberikan impak yang besar terhadap pembaca dengan
hadirnya permulaan,perkembangan,konflik,klimaks dan peleraian.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN
Antara kepentingannya ialah untuk melatih para pelajar supaya selalu dengan novel bagi

menerapkan nilai-nilai murni dan pada masa juga dapat melatih kecenderungan minda dari segi
membaca.

2.1 BIOGRAFI SETIAP PENULIS
Sri Rahayu Mohd Yusop (Bima Sakti Menari)

Merupakan guru bahasa Inggeris di SMK Pandan Jaya, Ampang. Beliau adalah bekas pelajar
Sekolah Tun Fatimah. Memiliki ijazah sarjana muda TESL dari Universiti Otago, New Zealand dan

kelayakan ikhtisas pendidikan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Bima Sakti Menari
adalah sebuah karya novel yang unik serta menarik kerana temanya yang berbeza dari topik
kebiasaan di mana ia mengisahkan tentang pemeliharaan alam sekitar khususnya untuk
menangani pencemaran cahaya. Dalam Bima Sakti Menari, Sri Rahayu membawa pembaca
sejenak merenung tentang aktiviti-aktiviti antropogenik yang telah mengakibatkan pencemaran
cahaya sehingga langit tidak lagi gelap dan kelip-kelip Kuala Selangor tidak lagi mahu menunjuk
cahaya. NAMA pengarang wanita ini wajar dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana
dalam tempoh 12 tahun berkarya, beliau telah menghasilkan sembilan buah novel dan kesemua
novel tersebut memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Kategori Novel Remaja. Dua
daripadanya, iaitu Bukan Legasi Lalang dan Bimasakti Menari memenangi Hadiah Sastera
Perdana Malaysia Kategori Kesusasteraan Remaja (Novel) bagi tahun 2000/2001 dan 2012.
Latar belakang pendidikannya bukan kesusasteraan Melayu sebaliknya memiliki Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan TESL daripada University of Otago, New Zealand & Dunedin College of
Education, New Zealand. Sri Rahayu Mohd Yusop merupakan suatu nama yang sedang mekar
dalam jagat kesusasteraan Melayu. Minatnya kepada dunia penulisan berkait dengan minatnya
yang suka bercerita.

Nizar Parman (Silir Daksina)

Rohaini MatDarin (Jendela Menghadap Jalan)

Beliau dilahirkan pada 16 Mac 1981 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah. Beliau
meminati bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan mula menulis pada usia 17 tahun. Setelah
menamatkan pengajiannya pada tahun 2003, beliau mula menulis secara aktif dalam pelbagai genre
seperti novel, cerpen dan esei. Pada tahun 2006 beliau memenangi tempat pertama dalam peraduan
mengarang cerpen peringkat kebangsaan sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Abdul Latip Bin Talib (Leftenan Adnan)

Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia.
Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau
terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali
sebagai siri Novel Sejarah Islam. Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah
dalam menarik minat golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel
Sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-karya
beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian sejarah
Islam.

Nizar Parman (Silir Daksina)

NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Pendidikan rendahnya di Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Parit Raja,
Batu Pahat, sementara peringkat menengahnya di Sekolah Menengah Datuk Menteri, Ayer
Hitam, Batu Pahat. Beliau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 1992.

Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Kinta (MPKI),
Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open University of Malaysia.

Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong untuk
menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan penulis
tersohor tanah air semasa menuntut di sana. Setiap minggu, beliau akan meminjam buku di
perpustakaan. Adalah anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan seorang guru di SK
Seri Lalang, Kluang dan baru menamatkan pengajian ijazah asas di Universiti Terbuka Malaysia
pengkhususan Bahasa Melayu sekolah rendah. Novel Silir Daksina adalah novel pertama beliau
namun amat bertuah apabila terus menang tempat kedua hadiah sastera Utusan-Exxon Mobil
tahun 2009 kategori novel remaja. Menurut laporan panel hakim HSKU novel ini menepati ciriciri
yang mewajarkan ia memenangi HSKU pada tahun 2009. Antaranya novel ini menampilkan watak

remaja yang unggul serta mempunyai jati diri yang tinggi dan berakhlak mulia. Novel ini juga
memberi sedikit sebanyak info mengenai tarian seni zapin yang makin dilupakan kini.

Bibi Sabariah Hj Abang Awet (Tirani)

Bibi Sabariah Hj Abang Awet, lahir di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak.
Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching beliau terus mendapat pendidikan
ikhtisas @ diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan
Temenggong Ibrahim, Johor Baharu. Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun
1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera. Menetap di Bandar raya
Kuching, Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA
(Persatuan Karyawan Sastera Sarawak). Karya-karya beliau dimuatkan dalam beberapa buah
antologi cerpen iaitu KEPEZI SATU, KEPEZI DUA (terbitan Haqaf Enterprise- selenggaraan
Zaharah Nawawi) dan Memori Sebuah Rindu (terbitan DBPCS), Antologi Pengucapan Puisi Hari
Wilayah-Bandar Raya 2003, 2004, 2005, Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA
2000, Pelagus-Antologi Sastera Sarawak Jilid 1 2003. Selain itu cerpen dan puisi beliau juga
pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Berita Minggu,
Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta Majalah Dewan Sastera dan Majalah Wanita. Beliau
juga penerima Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak oleh DBP Cawangan Sarawak pada
tahun 2001 dalam genre puisi dan Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena sambutan
50 tahun DBP-2006 dari bahagian Penerbitan dan Penulisan Sastera Kreatif DBP Cawangan
Sarawak.

Khairuddin Ayip (Songket Bebenang Emas)

Khairuddin bin Ayip lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu
Pahat, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik. Ayahnya pekerja
JPT sementara ibunya seorang penoreh getah. Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan
awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail

sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di
SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus
dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab
Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai
guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau
bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995,
bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996,
beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti
Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999
beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School
Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana,
Selangor.

Azmah Nordin (Pantai Kasih)
Azmah Nordin dilahirkan di Kulim, Kedah pada 10 Januari 1958. Beliau menerima pendidikan

rendah dan menengah dalam aliran Melayu dan Inggeris. Beliau ke Sabah pada tahun 1973 dan
seterusnya menetap di sana sehingga kini. Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada
awal 1980-an, iaitu dalam penulisan rencana. Kecenderungannya menulis dalam bidang sastera
bermula pada awal tahun 1986. Beliau meminati penulisan sajak, cerpen dan novel.

Dayang Noor (Di Sebalik Dinara)
Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM Kerjaya beliau adalah selama 15 tahun

pengalaman bekerja dalam bidang IT Sejarah Pendidikan beliau Sekolah Kebangsaan Kerayong,
Triang, Pahang Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru (Aliran Sains).

2.2 SINOPSIS 8 NOVEL SINOPSIS
NOVEL Watak utama bernama Nurul Hafsa. Nurul
Hafsa sedang melayan kunjungan 15 orang
BIMA SAKTI MENARI murid dan 3 orang guru pengiring dari
Hiroshima Jepun di tempat bertugasnya.
Nurul Hafsa baru tamat pengajian dalam
bidang fizik dan falak. Marion Wickham

Abdullah dan Tan Sri Muhaimin yang telah
berpisah melengkapkan cita-cita perjuangan
Nurul Hafsa, iaitu projek Kawasan Simpan
Langit Gelap, Kuala Selangor. Konflik bermula
dengan kemunculan watak penentang iaitu
Dato’ Johan-Arlington-Majid yang kebetulan
pernah berebut kasih Marion Wickham
dengan Tan Sri Muhaimin.

SILIR DAKSINA Novel ini mengisahkan tentang seorang
TIRANI remaja bernama Haiqal Hakimi. Suatu hari,
Haiqal menjumpai sebuah manuskrip lama
yang dalamnya terdapat hasil penulisan ayah
kandungnya. Haiqal teruja dengan manuskrip
itu lalu bertekad untuk mencari jejak
kehidupan arwah ayah kandungnyaitu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal
sesungguhnya tidak bahagia sehingga
berpisah. Haiqal telah membuat keputusan
bahawa dia tetap akan pergi walaupun
uminya melarang keputusannya itu. Uminya
tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup
seperti arwah ayah kandungnya.

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis
yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana

hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam
bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah
mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai
isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang
kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau
pembinaan semula wajahnya dengan
memasang hidung palsu menjadikannya
hidungnya mancung dan cantik. Dengan
kejayaannya menjadi cantik datang jugalah
kejayaannya dalam bidang kerjaya.

SONGKET BEBENANG EMAS Novel ini mengisahkan tentang Dahlia yang
merupakan seorang murid yang cerdik.
Namun, Dahlia menghadapi masalah
keluarga sehingga menggangu
pembelajarannya, membuatkan dia hilang
tumpuan terhadap peperiksaan STPM yang
bakal didudukinya. Sebagai anak sulung,
Dahlia terpaksa memberikan perhatian
terhadap adik-adiknya setelah pelbagai
masalah melanda keluarganya. Ibunya yang
mengalami masalah tekanan mental, ayahnya
pula dipatuk ular sehingga dimasukkan ke
hospital dan adik lelakinya pula terpengaruh
dengan rakan-rakan sehingga tidak berminat

lagi untuk belajar. Situasi tersebut
menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari
asrama untuk menjaga adik-adiknya. Hadiah
atas kesabarannya menghadapi pelbagai
dugaan hidup ialah Dahlia dapat melanjutkan
pembelajaran ke Jepun.

PANTAI KASIH Raiha merupakan seorang doktor muda yang
terpaksa menghadapi pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya bergelar sebagai
seorang doktor pakar bedah. Doktor Uwang
menyertainya di pusat rawatan mewah yang
dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Sepanjang bertugas, fikiran Raiha sering
terganggu dengan komplikasi pesakit namun
mereka masih mampu untuk bertungkus
lumus menabung wang bagi mendapatkan
rawatan operasi daripada para pakar
perubatan di pusat rawatan itu. Tetapi
apabila bekerja di pusat rawatan mewah
milik Doktor Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedahsalah
seorang pesakit yang menghadapi komplikasi
berulang kali, pandangannya terhadap doktor
itu mula berubah.

LEFTENAN ADNAN Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa berlegar-
legar sekitar watak utama iaitu, Adnan. Pada
peringkat awal penceritaan, novel ini
mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil.
Kehidupan penduduk kampung di situ
bergantung pada sawah dan kebun kerana
masih berada dalam kemiskinan. Keadaan ini
turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah
yang merupakan bapa dan ibu kepada Adnan
yang membesarkan tiga orang anak iaitu
Adnan, Ahmad danAmarullah. Walaupun
usianya baru sepuluh tahun, setiap pagi
Adnan akan pergi ke kebun getah untuk
membantu orang tuanya menoreh getah.

DI SEBALIK DINARA Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis
genius bernama Farisha. Farisha mula
mengenali Aqram dalam penerbangan dari
Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur.
Kemudian, Aqram menawarkan sebuah
projek mini kepada Farisha dan Rosman
ketika mereka bertemu dengan Aqram dalam
The 3rd Malaysia Computer Security
Sympsium. Setelah bersetuju Aqram
memperkenalkan Farisha dan Rosman
dengan Dr. Maxi yang menawarkan RM 1.5
juta kepada Farisha dan Rosman untuk
menggodam tiga kelompok komputer Soft

Lab dalam tempoh sebulan. Shida pula
diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana
manakala Farisha akan menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Shida
merupakan pelan sandaran terakhir.

JENDELA MENGHADAP JALAN Novel ini mengisahkan sifat cekal dan
keberanian Lili semasa menempuh pelbagai
masalah sosial dan kemasyarakatan yang
berlaku sepanjang cuti persekolahannya di
Kampung Sentosa. Cerita bermula apabila Lili
dihantar pulang bercuti ke kampung
kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu
dengan menaiki bas expres. Seorang gadis
bernama Geetha duduk di sebelah Lili.

2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL

Antara tarikan dalam novel yang berjudul Bima Sakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd
Yusop adalah konflik yang ditimbulkan oleh pengarang. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelbagai
nilainilai murni yang dapat menjadi inspirasi kepada para pembaca. Novel ini juga menerangkan
bahawa setiap perkara buruk yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya, namun tetaplah
menjadi insan yang baik terhadap masyarakat sekeliling.

Seterusnya, antara tarikan dalam novel yang berjudul Silir Daksina, karya Nizar Parman
adalah jalan ceritanya yang mengandungi ilmu mengenai tarian zapin. Budaya yang ditayangkan
dalam novel ini menjadi salah sebuah tarikan kepada para pembaca. Oleh itu, kita mestilah
menghargai keunikan budaya tradisional masyarakat melayu.

Antara tarikan dalam novel yang berjudul Tirani, karya Bibi Sabariah Hj Abang Awet pula
adalah pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut. Sebagai contoh, falsafah hidup yang
mengatakan bahawa kecantikan bukanlah segala amatlah menjadi tarikan utama dalam novel
ini. Kita tidak seharusnya mengutamakan kecantikan sahaja, juga perlu memperbaiki sahsiah
diri dan menjadi insan yang berdikari serta berkualiti terhadap masyarakat dan negara.

Kemudian, antara tarikan dalam novel Songket Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip
adalah inti ceritanya yang dapat menambat hati para pembaca tentang nilai kesabaran demi

meraih kejayaan. Terdapat banyak nilai-nilai murni yang dapat menjadi teladan dalam
mengharungi cabaran kehidupan realiti. Kejayaan yang diraih selepas penat lelah bersabar
dengan rintangan hidup menjadi tarikan utama terhadap para pembaca.

Antara tarikan dalam novel Pantai Kasih, karya Azmah Nordin adalah jalan ceritanya yang
menjurus kepada bidang perubatan dan kedokteran. Bukan itu sahaja, binaan plot bagi novel ini
amat teratur dan berkualiti. Konflik yang terdapat dalam novel ini akan menjadi tarikan utama
terhadap para pembaca.

Selain itu, antara tarikan yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan, karya Abdul latip Bin
Talib pula adalah novel ini mengandungi kisah sejarah Tanah Melayu semasa zaman
pemerintahan Inggeris di Naning. Sesetengah pembaca mungkin berminat untuk mengetahui
mahupun mengkaji tentang sejarah Tanah Melayu. Novel ini juga berdasarkan kisah nyata yang
telah terjadi semasa zaman pemerintahan Inggeris.

Antara tarikan yang terdapat dalam novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor adalah novel
ini menjurus kepada persaingan dalam dunia sains dan teknologi. Bukan itu sahaja, novel ini
juga melibatkan pengetahuan IT yang dapat menarik minat para pembaca dalam bidang IT.
Novel ini juga dapat membuatkan para pembaca tertanya-tanya adakah Farisha berjaya
menggodam computer Lab Soft ataupun tidak?

Akhir sekali, antara tarikan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan, karya
Rohaini MatDarin adalah novel ini terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang dapat dicontohi serta
menjadi inspirasi sewaktu mengisi masa lapang. Jalan ceritanya yang menjurus dengan hidup
bermasyarakat amatlah unik dan juga dapat dikaitkan dengan kehidupan realiti. Konflik dan
klimaks yang terdapat dalam novel ini menjadi salah sebuah tarikan utama kepada para
pembaca.

3.1 JENIS NOVEL

NOVEL FIKSYEN/BUKAN FIKSYEN
FIKSYEN
BIMA SAKTI MENARI

SILIR DAKSINA BUKAN FIKSYEN
TIRANI FIKSYEN
SONGKET BEBENANG EMAS FIKSYEN
PANTAI KASIH FIKSYEN
LEFTENAN ADNAN BUKAN FIKSYEN
DI SEBALIK DINARA FIKSYEN
JENDELA MENGHADAP JALAN FIKSYEN

3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA

BIL. TARIKH PERKARA

1. 28/7/2021 Mencari maklumat berkaitan novel Tingkatan 5.

2. 29/7/2021
Mencari maklumat berkaitan novel Tingkatan 4.

3. 1/8/2021 Menganalisis novel dari aspek komsas.

4. 3/8/2021 Menyatakan setiap tema yang terdapat di dalam kelapan-lapan novel
tersebut.

5. 6/8/2021 Mencari keunikan dan keterbezaan yang terdapat dalam kelapan-lapan
novel tersebut.

6. 8/8/2021 Membandingkan novel di Malaysia dan di luar negara berdasarkan
pengalaman.

7. 11/8/2021 Mencari nilai-nilai murni yang terdapat dalam kelapan-lapan novel
tersebut.

8. 13/8/2021 Membuat kesimpulan.

3.3 TEMA SETIAP NOVEL TEMA
NOVEL Kegigihan yang terdapat di dalam anak muda
demi untk melestarikan alam.
BIMA SAKTI MENARI
SILIR DAKSINA Konflik keluarga yang terjadi kepada haiqal
kerana atas sebab faktor penceraian ibu
TIRANI bapanya.

SONGKET BEBENANG EMAS Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi
PANTAI KASIH ilmu yang dimiliki seseorang dapat
LEFTENAN ADNAN melindungi kelemahan diri.

DI SEBALIK DINARA Tema novel ini menceritakan tentang
ketabahan seorang gadis.

Ketabahan hati seorang wanita menghadapi
pelbagai rintangan dalam hidupnya.

Menceritakan tentang keberanian seorang
anggota tentera dalam mempertahankan
tanah air.

Persaingan dalam dunia sains.

JENDELA MENGHADAP JALAN Kehidupan masyarakat yang menghadapi
pelbagai masalah diselesaikan dengan cara
bermuafakat.

3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL KEUNIKAN
NOVEL

BIMA SAKTI MENARI Keunikan yang terdapat dalam novel ini adalah binaan plot nya
yang menimbulkan rasa saspens kepada para pembaca seperti
peristiwa di mana Muhammad Taufik bersetuju mengikut arahan
penculik supaya pergi ke stesen PETRONAS pada pukul 8.30 pagi
pada hari Jumaat. Peristiwa ini dianggap menarik kerana
memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan prihatin seorang
rakan terhadap rakan yang dalam kesusahan. Sebagai seorang
rakan, Muhammad Taufik rela berkorban nyawa demi
menyelamatkan rakannya, Nurul Hafsa yang sedang dijadikan
tebusan oleh penculik. Pembaca juga ingin tahu nasib yang akan
menimpa Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa.

SILIR DAKSINA Keunikan yang terdapat dalam novel ini adalah plot

permulaannya yang dapat membuat para pembaca teruja untuk
membaca kisah tentang watak utama novel ini iaitu Haiqal. Haiqal
yang bertekad untuk mencari jejak kehidupan arwah ayah
kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat
tentangan daripada uminya. Bukan itu sahaja, Terdapat sedikit
ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini.

TIRANI Keunikan yang terdapat dalam novel ini adalah gaya bahasanya
yang mempunyai nilai-nilai kontemporari. Bukan itu sahaja, novel
ini juga menggunakan istilah saintifik dan susuk frasa daerah
turut terjalin dalam sintaksisnya.

SONGKET BEBENANG Keunikan yang terdapat dalam novel ini adalah inti ceritanya yang
EMAS dapat menambat hati para pembaca tentang nilai kesabaran
seorang anak sulung perempuan terpaksa menghadapi masalah
keluarga sehingga tidak dapat memberi tumpuan terhadap
pembelajarannya. Kisahnya yang amat menyentuh hati apabila
penat lelahnya tidaklah sia-sia sehinggakan dia berjaya
melanjutkan pembelajaran ke Jepun atas nilai kesabarannya yang
tinggi.

PANTAI KASIH Keunikan yang terdapat dalam novel ini adalah apabila pengarang
dapat menimbulkan konflik seperti peristiwa Doktor Raiha yang
mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi
selepas setiap kali pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga
Doktor Uwang yang melakukan pembedahan tersebut berasa
tercabar. Peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang murid
berani mempertikaikan

kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron
mengalami komplikasi yang sama walaupun telah menjalani
pembedahan di tempat yang sama sebanyak lima kali oleh
Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal.

LEFTENAN ADNAN Keunikan yang dipersembahkan oleh novel ini adalah novel
Leftenan Adnan mengandungi kisah sejarah Tanah Melayu
semasa zaman pemerintahan Inggeris di Naning. Sesetengah
pembaca mungkin berminat untuk mengetahui mahupun
mengkaji tentang sejarah Tanah Melayu. Novel Leftenan Adnan
lah yang menjadi pilihan kerana ianya berdasarkan kisah
sebenar.

DI SEBALIK DINARA Novel ini menjurus kepada persaingan dalam dunia sains dan
teknologi menjadikan salah sebuah keunikan yang terdapat
dalam novel ini. Peristiwa misi Farisha dalam menggodam
computer Soft Lab juga dapat menarik perhatian para pembaca.

JENDELA MENGHADAP Keunikan yang terdapat dalam novel ini adalah binaan plot nya
JALAN yang teratur. Terdapat juga pelbagai nilai-nilai murni yang dapat
dicontohi serta menjadi inspirasi sewaktu mengisi masa lapang.
Novel yang menceritakan tentang seorang gadis bernama Lili ini
amat menarik minat para pembaca dengan sikap Lili yang positif.

3.5 PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL

Antara persamaan yang terdapat dalam kelapan-lapan novel adalah kesemuanya
mengandungi nilai-nilai murni yang dapat dicontohi. Bukan itu sahaja, kelapan-lapan novel ini
dapat memberi inspirasi kepada para pembaca untuk menjadi insan yang berjaya pada masa
akan datang. Oleh itu, kita sewajarnya memupuk amalan membaca novel yang dapat
memberikan manfaat terhadap diri kita dan menjadi teladan dalam mengharungi cabaran
kehidupan.

3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL

Terdapat sebuah novel yang mengandungi perbezaan antara novel-novel kajian yang lain
iaitu novel yang berjudul Di Sebalik Dinara. Novel tersebut bertemakan ketaasuban terhadap
teknologi sehingga menghilangkan sifat kemanusiaan. Novel ini berbeza dengan novel kajian
yang lain kerana novel lain mempunyai tema yang serupa sebagai contoh tema yang berkenaan
ketabahan diri untuk menempuhi cabaran.

Bukan itu sahaja, novel ini juga amat menarik untuk dibaca kerana inti cerita novel ini penuh
dengan misteri. Novel kajian yang lain pula hanya menekankan tentang kehidupan dan
kekeluargaan. Tambahan pula, novel Di Sebalik Dinara juga mempunyai elemen Fiksyen Sains
yang boleh membuka minda para pembaca.

3.7 BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA

Terdapat banyak perbezaan di antara novel Malaysia dan novel luar negara antaranya adalah
novel Malaysia menunjukkan budaya negara Malaysia manakala novel luar negara
mempersembahkan budaya masing-masing. Berdasarkan pengalaman saya, novel luar negara
lebih terlihat fantasi berbanding novel Malaysia. Sebagai contoh, novel “Bridge to therathia”
karya Katherine Paterson yang menceritakan tentang dua anak yang baik dari keluarga yang
berbeza yang menjurus ke arah fiksyen.Bukan itu sahaja, novel Malaysia mempunyai banyak
nilai-nilai murni yang dapat menjadi teladan berbanding novel luar negara. Oleh itu, setiap
negara mempunyai keunikan yang berbeza-beza melambangkan adat dan budaya negara
masing-masing. Kita sepatutnya mengamalkan amalan membaca dengan lebih kerap agar dapat
menambahkan ilmu dengan banyak.

3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN NILAI PENGAJARAN
NOVEL

BIMA SAKTI MENARI Nilai bertanggungjawab Kita mestilah bertanggungjawab
dalam menjaga amanah dan
manjalankan tugas agar dapat
menjadi insan yang dipercayai
dalam kalangan masyarakat.

SILIR DAKSINA Nilai kegigihan Kita perlulah gigih berusaha
walaupun dihimpit kesusahan
supaya dapat menyara keluarga
serta memperbaiki taraf
kehidupan.

TIRANI Nilai kesabaran Kita mestilah mempunyai
kesabaran yang tinggi dalam apa
jua masalah yang timbul agar
masalah tersebut dapat
diselesaikan dengan baik.

SONGKET BEBENANG EMAS Nilai ketabahan Kita perlulah tabah dalam
mengharungi cabaran dan
rintangan kehidupan agar dapat
menjadi seorang insan yang kuat
semangat dan berjaya pada masa
hadapan.

PANTAI KASIH Nilai kejujuran Kita hendaklah jujur dalam
menjalankan amanah dan
tanggungjawab yang diberikan
supaya dapat menjadi insan yang

berkualiti terhadap masyarakat
dan negara.

LEFTENAN ADNAN Nilai patriotisme Kita wajarlah mempunyai
semangat patriotik dalam diri kita
DI SEBALIK DINARA Nilai kasih sayang demi mempertahankan tanah air
tercinta agar dapat menjamin
JENDELA MENGHADAP Nilai Keprihatinan masa hadapan yang harmoni.
JALAN
Kita mestilah saling menyayangi
sesama ahli keluarga agar dapat
mengeratkan hubungan sesama
keluarga.

Kita hendaklah bersikap prihatin
terhadap orang yang lebih susah
daripada kita supaya dapat
membantu mereka mengubah
nasib hidup mereka jadi lebih baik.

3.9 KEDUDUKAN NOVEL

Antara kelapan-lapan novel, novel yang paling menarik perhatian saya adalah novel Songket
Bebenang Emas, karya Khairuddin Ayip. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, jalan ceritanya
yang amat mencuit hati saya iaitu ia menunjukkan tentang kesabaran seorang anak sulung
perempuan yang terpaksa menghadapi masalah keluarga sehingga tidak dapat memberi
tumpuan terhadap pembelajarannya. Kisahnya yang amat menyentuh hati apabila penat
lelahnya tidaklah sia-sia sehinggakan dia berjaya melanjutkan pembelajaran ke Jepun atas nilai
kesabarannya yang tinggi. Novel ini jelas bahawa ia dapat memberikan mesej bahawa tetaplah
sabar dan tabah dalam mengharungi segala cabaran kehidupan nescaya ada ganjaran yang
telah disediakan atas segala konflik yang telah terjadi.

3.10 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kelapan-lapan novel ini dapat memberikan pelbagai ilmu didikan mahupun
nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat dijadikan sebagai teladan dalam mengharungi
kehidupan realiti. Bukan itu sahaja, kita mestilah mengamalkan amalam membaca novel yang
dapat memberikan faedah dalam kehidupan kita agar kita dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan kita dan juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan di dalam diri.

4.1 RUMUSAN KAJIAN

Kajian membincangkan bagaimana cara untuk menarik minat membaca dalam kalangan
masyarakat pada zaman sekarang.

Antara langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat masyarakat kini
membaca karya sastera ialah media massa mestilah memainkan peranan yang penting dalam
mengambil langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera. Pihak
media boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat melalui radio, televisyen dan
surat khabar. Melalui cara ini, lapisan masyarakat dapat mengetahui cara untuk mendapatkan
karya sastera di pasaran. Bukan itu sahaja, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya
sastera dan kempen menghayati karya sastera di seluruh pelosok negara. Melalui langkah ini,
rakyat berpeluang untuk mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Akhir sekali,
pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih banyak karya sastera
supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh bekerjasama dengan
penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai jenis karya sastera.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah mempunyai minat membaca agar dapat menambah
kosa kata menjadi insan yang berilmu sekali gus memberi manfaat terhadap negara.

4.2 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Antara cadangan yang boleh dilakukan bagi menambah baik novel adalah meletakkan jalan

cerita yang boleh menarik perhatian para remaja mengikut trend pada zaman sekarang.Dengan
cara ini,para pembaca akan lebih tertarik untuk membaca novel dan pada masa yang sama
dapat meningkatkan nilai-nilai murni dari segi membaca.

4.3 HIPOTESIS AKHIR
Kelapan-lapan buah novel mempunyai keunikan dan keterbezaan masing-masing. Bukan itu

sahaja, terdapat pelbagai nilai-nilai murni dalam kelapan-lapan novel ini yang dapat dijadikan
sebagai teladan dalam mengharungi cabaran dan rintangan kehidupan. Oleh itu, kita mestilah
membaca lebih banyak novel demi menjadi insan yang berpengetahuan.

4.4 PENUTUP
Izharnya, amalan membaca novel yang dapat memberi faedah seperti novel-novel yang dikaji

dapat melahirkan seorang insan yang bertauladan dan berintegriti. Membaca novel bukan
sahaja dapat menambah kosa kata malahan juga dapat menguatkan jati diri seseorang individu
melalui nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel. Dengan itu, sebagai penutup kajian saya
ingin menekankan bahawa membaca mahupun mengkaji novel dapat memberikan impak yang
positif dalam kehidupan seharian.

4.5 RUJUKAN
https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-silir-daksina-komsas-tingkatan-5.html.

http://arazakadam.blogspot.com/2015/04/tema-dan-persoalannovel-pantai-kasih.html.

https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-jendela-menghadap-jalan-komsas.html.

https://www.google.com/amp/s/www.idntimes.com/life/inspiration/amp/siantita-novaya/10-novel-
luar-negeri-ini-dijamin-bakal-bikin-kamu-nangis-bombay


Click to View FlipBook Version