BAHASA MELAYU
DALAM SISTEM
PENDIDIKAN
LAPORAN BARNES 1951
LAPORAN FENN-WU 1951
ORDINAN PELAJARAN 1952
LAPORAN RAZAK 1956
Laporan Barnes 1951 mrupakan jawatankuasa yang telah ditubuhkan
oleh L.J. Barnes. Tujuan penubuhan laporan ini adalah untuk meneliti
LAPORAN atau mengkaji serta memperbaik pendidikan bagi orang Melayu
BARNES 1951 dengan bercadang untuk menghapuskan sekolah venakular yang
mengunakan bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar . Laporan
Barnes juga mencadang untuk menubuhkan sekolah dwibahasa dan
bahasa penghantarnya ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sekolah Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil juga telah
LAPORAN ditukarkan kepada sekolah kebangsaan secara beransuran.
Pendidikan secara percuma juga ditawarkan selama enam tahun
BARNES 1951 oleh kerajaan dalam Laporan Barnes. Namun ,laporan ini tidak
mendapat sambutan baik daripada kaum Cina yang menentang
pembubaran pendidikan vernakular Cina. Situasi telah
menyebabkan pembentukan jawatankuasa baru yang
menghasilkan Laporan Fenn-Wu
PERBINCANGAN
Pada perspektif saya, laporan ini sewajarnya
dibantah kerana terdapat banyak kesan negatif dan
kekurangan daripada beberapa cadangan yang
telah dikemukakan. Antaranya , bahasa Melayu akan
dianggap remeh dan akan lenyap kerana wujudnya
dua bahasa penghantar iaitu bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Situasi ini menyebabkan bahasa
Melayu tidak akan menjadi pilihan pelajar yang
berbangsa selain daripada Melayu Berdasarkan
pemerhatian saya ,laporan Barnes ini tidak berjaya
mencapai obejktifnya kerana mendapat banyak
tentangan .
Jawatankuasa Fenn-Wu ini telah ditubuhkan pada tahun 1951
LAPORAN dibawah pimpinan Dr. W. P. Fenn iaitu merupakan seorang pakar
pendidikan dari Amerika Syarikat dan Dr. Wu Teh Yao iaitu pegawai
FENN-WU 1951 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Laporan Fenn-Wu ini juga
ditubuhkan bagi mengkaji potensi sekolah Cina di Tanah Melayu dan
bagi menerangkan bahawa masyarakat Cina menentang sebarang
penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang rendah.
LAPORAN Laporan Fenn-Wu ini juga berusaha untuk memperteguhkan
sekolah-sekolah vokasional dan menyediakan buku teks yang
FENN-WU 1951 menerangkan tentang kecintaan kepada tanah Melayu bagi
membezakan buku-buku teks yang berbahasa Cina serta laporan
ini juga mencadangkan untuk menghapuskan pengaruh politik
dalam pentadbiran sekolah. aOleh itu, laporan ini
bermatlamatkan pendidikan beridentiti kebangsaa.
perbincangan
Pada pandangan saya , saya membantah beberapa cadangan yang
dikemukakan oleh laporan Fenn-Wu ini kerana lebih
mementingkan perihal tentang masyarakat Cina. Hal ini
diperkatakan demikian kerana, mereka sepatutnya tidak
mempertikaikan hak mereka dengan orang Melayu terutamanya
daripada segi penggunaan bahasa Melayu yang merupakan
bahasa Rasmi . Pertubuhan ini juga telah mendatangkan
kekeliruan dan menjejaskan hubungan perpaduan kerana
ketidakpuasan hati.
ORDINAN Ordinan Pelajaran ini ditubuhkan untuk mengkaji cadangan
PELAJARAN 1952 Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dengan mencari cara
penyelesaian yang terbaik kerana kedua-dua laporan
tersebut mempunyai perbezaan cadangan yang agak ketara.
Namun , segala usul yang dirancang tidak dapat dilaksanakan
kerana kekurangan guru terlatih,kekurangan wang dan
bantahan daripada masyarakat Cina.
ORDINAN Oleh itu , kerajaan telah mewujudkan jawatankuasa khas
PELAJARAN 1952 bagi melaksanakan penggunaan tiga bahasa di sekolah
Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan
Tamil ,serta Sekolah neis Kebangsaan dikekalkan .
Disamping itu , sewaktu persekolahan murid-murid
beragama Islam diberikan pendidikan agama Islam.
PERBINCANGAN
Pada pendapat saya,saya menyokong usaha
yang ingin dilaksanakan walaupun terdapat
beberapa usul yang gagal dilaksanakan oleh
Ordinan Pelajaran iaitu bagi meleraikan
ketidakpuasan hati yang berlaku
disebabkan cadangan yang dikemukakan
oleh laporan Barnes serta pendapat yang
berbeza dengan laporan Fenn-Wu.
LAPORAN Menurut Nor Amalina Mazlan (2013), pada tahun 1956 iaitu pada
bulan April Laporan Razak telah ditubuhkan. Laporan ini
RAZAK 1956 ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi
setiap kaum. Pengerusi jawatankuasa ini ialah Dato' Abdul Razak
Hussein yang merupakan Menteri Pelajaran pada masa itu. Dua
elemen penting dalam laporan ini ialah berkaitan sistem
persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan
penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
LAPORAN Antara cadangan dalam Laporan Razak 1956 ialah persamaan
sukatan pelajaran bagi semua sekolah,bahasa Melayu sebagai
RAZAK 1956 bahasa pengantar utama , mewajibkan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris bagi semua sekolah rendah dan menengah ,
sekolah rendah ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan dan
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar manakala Sekolah
Jenis Kebangsaan dan bahasa pengantarnya boleh
menggunakan bahasa ibunda masing-masing, penubuhan satu
jenis sekolah sahaja untuk semua kaum dan lain-lain.
PERBINCANGAN
Pada pendapat saya,saya menyokong cadangan yang
dikemukakan oleh Laporan Razak kerana dapat
menyatukan perpaduan kaum. Sebagai contoh ,
dengan penubuhan satu jenis sekolah untuk semua
kaum yang ada di Malaysia. Melalui cadangan ini
,murid-murid telah dididik cara bergaul dengan
bangsa yang berlainan sejak kecil lagi. Laporan Razak
mendatangkan banyak kesan positif terhadap
hubungan perpaduan dan bahasa Melayu juga dapat
dimartabatkan dengan kewajipan bahasa Melayu
dalam pelajaran.
TAMAT
NUR ILLYA HUSNA BINTI NGADIMON