SISTEM EJAAN RUMI BAHARU
BAHASA MELAYU
Pada tahun 1972 ,sistem Ejaan Rumi Baharu ini telah
diisytiharkan secara rasmi melalui kesepakatan Majlis Bahasa
Indonesia-Malaysia tentang penggunaannya dalam pelbagai urusan.
Antara sistem ejaan Rumi yang pernah dihasilkan ialah Sistem Ejaan
Wilkinson 1904 , Ejaan Za’ba , Sistem Ejaan Fajar Asia , Ejaan Rumi
Kongres 1956 dan Kaedah Ejaan PBMUM. Terdapat empat dasar
pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi iaitu ejaan di Malaysia
dan Indonesia perlu diseragamkan , peraturan ejaan perlulah mudah
iaitu dengan cara sistem fonologi, sesuatu pengejaan itu perlulah
sentiasa tetap dan sekata berdasarkan kaedah yang seragam dan
perkataan daripada bahasa asing perlulah dieja berdasarkan hukum dan
sistem fonologi melayu.
Terdapat beberapa ciri-ciri utama Sistem Ejaan Rumi 1972 ini
iaitu huruf dalam bahasa Melayu , ejaan kata pinjaman, penggunaan
tanda baca , sistem pola keselarasan huruf vokal , penggunaan huruf
besar dan huruf kecil dan kegramatisan tatabahasa. Ciri pertama ialah
huruf dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu vokal
seperti a, e, i ,o ,u ,konsonan seperti konsonan asli dan pinjaman dan
diftong iaitu au, ai , oi.
Dalam sistem Ejaan Rumi Baharu ini juga ,terdapat 18 pola
keselarasan huruf vokal. Keselarasan huruf vokal merupakan
kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata
dasar seperti pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dan
pada suku kata akhir tertutup. Keselarasan huruf vokal ini mempunyai
beberapa prinsip untuk dibentuk iaitu keselarasan antara dua huruf
vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan pengimbuhan , kata dasar
yang berakhiran dengan suku kata tertutup iaitu tidak melibatkan suku
kata akhir terbuka dan bagi kata yang melebihi daripada dua suku kata
, yang termasuk dalam sistem keselarasan vokal ini hanyalah dua suku
kata yang terakhir sahaja.
Terdapat dua jenis pola keselarasan vokal iaitu pola keselarasan
utama dan pola kekecualian keselarasan vokal. Rajah dibawah
menunjukkan 18 pola keselarasan vokal ;
Terdapat juga beberapa perkataan yang dikecualikan daripada
keselarasan vokal dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu kini. Hukum
yang dilaksnakan ini terdiri daripada beberapa perkataan yang berasal
daripada bahasa Nusantara dan kata serapan daripada bahasa Inggeris.
Beberapa perkataan daripada bahasa Jawa yang digunakan dalam
bahasa Melayu juga dikecualikan daripada hukum keselarasan vokal.
Antara perkataan tersebut ialah aneh, perabot, lakon , calon , lapor,
tulen , pamer , kaget dan gembleng. Rajah dibawah merupakan antara
contoh pola kekecualian keselarasan vokal ;
Seterusnya, ciri-ciri sistem Ejaan Rumi Baharu 1972 ialah ejaan
kata pinjaman iaitu imbuhan pinjaman bahasa Inggeris, imbuhan
pinjaman bahasa Sanskrit , imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab
serta imbuhan pinjaman awalan dan akhiran. Ciri seterusnya dalam
Ejaan Rumi Baharu 1972 ialah penggunaan huruf besar dan huruf kecil.
Dalam nama khas penggunaan huruf besar digunakan pada ayat
pertama. Disamping itu , ciri - ciri sistem Ejaan Rumi Baharu 1972
yang lain ialah penggunaan tanda baca. Tanda baca ini dapat
ditakrifkan sebagai simbol untuk memberi isyarat kepada pembaca.
Antara tanda baca yang digunakan ialah tanda koma , tanda nokhtah
,tanda tanya , tanda seruan , tanda sempang, tanda nokhtah bertindih
dan tanda pengikat kata. Kegramatisan tatabahasa pula adalah
bergantung pada sesuatu penulisan yang mudah untuk difahami dengan
efektif serta mengikut elemen kegramatisan tatabahasa yang betul iaitu
melalui struktur ayat , frasa gramatis , penggunaan kata yang tepat ,
fungsi ayat serta frasa yang gramatis.
Perkembangan sistem ejaan rumi baharu ini telah melalui sistem
ejaan Za’ba dan ejaan Rumi Kongres Sistem Ejaan Za’ba iaitu nama
Za’ba ini memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kerana
beliau merupakan tokoh yang banyak menabur bakti dalam
mengembangkan sistem ejaan bahasa Melayu. Hal ini diperkatakan
demikian kerana , sistem ejaan Za’ba ini telah digunakan dengan
meluas sejak tahun 1940-an hingga kini. Nama penuh tokoh yang
terkemuka ini ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Kemudian beliau telah
diberikan gelaran pendeta oleh Kongres Bahasa dan Sastera Melayu
Ketiga pada tahun 1956. Za’ba telah berjaya menyusun sistem ejaan
Rumi bahasa Melayu sejak tahun 1933 dan kemudian disiarkan dalam
Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Sistem ini juga telah
diperkenalkan kerana sistem ejaan Wilkinson yang digunakan sebelum
ini yang telah didapati mempunyai banyak kelemahan. Terdapat
banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Za’ba antaranya ialah
membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi iaitu
vokal yang terdiri daripada enam abjad dan huruf benar iaitu konsonan
yang mempunyai 21 huruf. Hasil pembaharuan juga telah
menyebabkan sistem ejaan Za’ba ini juga mempunyai peraturan-
peraturan yang tertentu.
Sistem ejaan rumi Kongres telah diwujudkan hasil persetujuan
yang telah dicapai dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III
yang telah diadakan pada 16 hingga 21 September 1956 yang telah
membincangkan mengenai perkembangan bahasa Melayu.Sistem ini
juga ditubuhkan bagi memperbaiki sistem ejaan Za’ba. Jawatankuasa
Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu telah membuat ketetapan mengenai
ejaan bahasa Melayu iaitu sebanyak 16 ketetapan dan dua ketetapan
tentang bunyi bahasa serta satu ketetapan mengenai tulisan Jawi.
Terdapat empat dasar pengejaan bahasa. Namun begitu, sistem ini tidak
dapat dilaksanakan kerana sifat sistem ini yang terlalu idealistik dari
segi linguistik hingga menjadikannya sukar diamalkan.
Kesimpulannya, sistem Ejaan Rumi Baharu bahasa Melayu 1972
ini telah mengalami banyak fasa perkembangan bagi memperoleh
bahasa Melayu kini. Segala kekeliruan dan kelemahan sistem bahasa
Melayu sebelum ini dapat diatasi dengan pelbagai inisiatif yang
dilakukan oleh tokoh-tokoh bahasa.